Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 44

Terima Kasih kerana

mendapatkan Buku
Resepi Selera Kucing
Setiap resepi yang dikongsikan
berdasarkan selera kucing yang
kebiasaan, jadi jangan takut
untuk bereksperimen dengan
senarai resepi ini mengikut
kesesuaian selera Si Comel anda.

Jika si comel anda mengalami


sebarang masalah kesihatan,
sebaiknya dapatkan nasihat Doktor
anda sebelum mencuba resepi ini.

Selamat Memasak !
Senarai Makanan Berkhasiat
untuk Kucing
AYAM
Sumber protein, fat, selenium, vitamin B6 &
Phosphorus. Membina otot, meningkatkan berat
badan & menyihatkan tulang & gigi

DAGING
Seperti Ayam, juga merupakan sumber protein
kepada Si Comel untuk membina otot dan
meningkatkan berat badan.
IKAN
Sumber protein, Omega-3 fatty acids, and vitamin
D. Meningkatkan daya tahan badan, kesihatan
otak & sistem saraf Si Comel
LABU
Sumber Fibre,Vitamin A, Vitamin C, Vitamin E, alpha
carotene, calcium, iron, dan lutein. Membantu
sistem pencernaan & mengawal berat badan.
BAYAM
Sumber Fibre Vitamin A, C, E, K, B6, B2, magnesium, folate,
calcium, dan potassium. Melancarkan sistem pencernaan
& meningkatkan kesihatan mata. Jangan beri pada kucing
yg mengalami masalah buah pinggang
Lobak Merah
Sumber vitamin K1, B6, potassium, fiber, dan beta
carotene. Melancarkan sistem pencernaan &
meningkatkan kesihatan kulit & anti lung cancer.

TELUR AYAM
Sumber protein & lemak. Membina otot &
meningkatkan berat badan. Jangan bagi mentah,
sebaiknya rebus atau separuh masak.
Senarai Makanan Berkhasiat
untuk Kucing
MINYAK ZAITUN
Meningkat kesihatan sistem kardiovaskular,
mengawal diabetes, meningkatkan daya tahan
badan & membantu menyihatkan bulu kucing.

SELERI
Sumber Fibre untuk membantu pencernaan &
menambah tekstur untuk si comel mengunyah.

ZUCCINI
Sumber contains magnesium, manganese, dan
potassium. Meningkatkan sistem pencernaan &
mengawal berat badan Si Comel.
BROKOLI
Penuh dengan anti oksidan & anti cancer.
Membantu Sistem pencernaan & melawaskan si
comel
Kacang Pis
Sumber Vitamin A, B1, B6, C and K. Meningkatkan
kesihatan mata, otot, saraf, kulit, sistem
pencernaan & kesihatan tulang

MINYAK BUNGA MATAHARI


Meningkatkan tenaga, system daya badan,
kesihatan hati dan mengekalkan kesihatan organ.

ORGAN DALAMAN AYAM


Organ dalaman seperti hati, jantung & pedal. Sumber Vit
A, B12, selenium, iron, amino acid & taurine. Meningkatkan
kesihatan mata. Tenaga, kesihatan sendi, kesihatan hati &
sistem kardiovaskular.
Senarai Makanan BAHAYA
untuk Kucing

ALKOHOL COKLAT KOPI LIMAU

SUSU BIASA ANGGUR LEMON KACANG

TELUR MENTAH OREN BAWANG KISMIS

MAKANAN
CENDAWAN PLUM GARLIC BERGORENG
Diluar kemampuan saya untuk
menghalang anda berkongi
Ebook yang saya hasilkan ini
kepada mereka yang tidak
memilikinya dengan sah.
Harapnya anda dapat
memahami situasi saya dengan
tidak berkongsi ebook ini.

Jika anda menerima buku ini


melalui perkongsian, tiada
masalah. Rezeki anda.
Kalau rasa berbesar hati ingin
berkongsi rezeki dengan saya,
boleh buat pembelian sah
melalui link dibawah ya....
CLICK SINI UNTUK MEMBERI SOKONGAN
Sajian 1
Kibbles Susu
BAHAN-BAHAN
• 1-1/2 cawan tepung
• 1-1/2 sudu catnip/Lobak Merah
• 1/3 cawan serbuk susu kucing
• 1/2 cawan susu kucing
• 2 Sudu butter
• 1 sudu madu
• 1 biji telur

LANGKAH-LANGKAH:
1. Panaskan oven kepada 180 darjah celcius
2. Campurkan semua bahan & kacau sehingga menjadi
doh
3. Leperkan 1/4 inci tebal & potong kepada saiz kibble
4. Susun diatas baking sheet & atas tray pembakar
5. Bakar selama 20 minit.
6. Dah Siap~ sejukkan sebelum dihidang.
Sajian 2
Kek Ringkas Meow
BAHAN-BAHAN
• 1 1/2 cawan kibbles
• 3 sudu peanut butter
• 1/3 cawan labu rebus
• 1 Sudu gula halus
• 2 Sudu air
• 1 sudu sprinkles.
LANGKAH-LANGKAH:
1. Campurkan semua bahan & blender sehingga sebati
2. Masukkan kedalam acuan untuk dibentukkan kepada
bentuk kek.
3. Campurkan gula halus & 2 sudu air & kacau sehingga
sebati. Letakkan diatas kek sebagai icing kek. Tabur
sprinkles.
4. Dah Siap~
Sajian 3
Ikan & Labu
BAHAN-BAHAN
• 3 kg ikan pelaling/Selar/Sardin
• 1 kg labu manis

LANGKAH-LANGKAH:
1. Rebus isi ikan sehingga masak & lembut.
2. Selepas masak, toskan isi ikan & simpan
air rebusan ikan tadi.
3. Rebus labu manis mengunakan air
rebusan ikan tadi sehingga lembut.
4. Toskan labu & campur bersama isi ikan
tadi.
5. Lecek@hancurkan ikan dan labu.
6. DAH SIAP ~
Sajian 4
Wetfood Telur

BAHAN-BAHAN
• Wetfood
• Telur
LANGKAH-LANGKAH:
1. Masukkan wetfood kedalam bekas yang
boleh ditutup
2. Hancurkan wetfood sehalus yang boleh.
3. Rebus Telur sehingga separuh masak.
4. Pecahkan telur separuh masak kedalam
wetfood & gaul sebati
5. DAH SIAP ~ kalau tak habis, lebihannya
boleh simpan dalam peti sejuk
Tips Menghapuskan Kutu
Si Comel anda kerap menggaru di bahagian Badan & Tengkuk?
Kemungkinan Si Bulus diganggu Kutu, Lice atau Hama Badan tu.
Jom bebaskan Si Comel dari gangguan Parasite Serangga

Mula-mula kita HAPUSKAN dahulu


Parasite Serangga
1. Titiskan sahaja 1 titis KilFlea di belakang
tengkuk kucing
2. Ulang sehari sekali sehingga Si Comel kurang
menggaru.
3. Bila Si Comel dah kurang menggaru, simpan
KilFlea
4. Tahniah ! Si Comel anda dah bebas Parasite !
2ml

Bila dah tiada Parasite, kita lindung Si


Comel dari Jangkitan Semula
1. Titiskan setitis setiap 4 hari dalam tempoh
sebulan.
2. Selepas sebulan titiskan KilFleaX sebulan
sekali utk kekalkan perlindungan.
3. Tahniah! Si Comel anda sudah dilindungi dari
Parasite !
2ml
Jom dapatkan KilFlea Combo, Hanya RM 26 sahaja
untuk membebaskan Si Comel anda dari gangguan
Parasite Jahat. Click link dibawah untuk dapatkan.
CLICK SINI
ATAU whatsapp kami di talian 011 2067 2711
Sajian 5
Puding Susu Meow

BAHAN-BAHAN
• Susu Khas Kucing
• Air
• Agar-agar
• Serbuk Catnip
LANGKAH-LANGKAH:
1. Rebus Air sehingga panas
2. Campurkan susu kucing (sukatan
mengikut arahan pada pack susu)
kemudian kacau sebati.
3. Kemudian masukkan agar-agar
mengikut kuantiti cecair.
4. Sejukkan seketika, bila dh sejuk boleh
masukkan kedalam bekas & disejukkan
di dalam peti ais.
5. DAH SIAP ~ bila dihidang boleh taburkan
catnip diatasnya.
Sajian 6
Daging & Telur

BAHAN-BAHAN
• Daging
• Telur
LANGKAH-LANGKAH:
1. Potong Daging mentah dalam bentuk
dadu.
2. Pecahkan sebiji telur separuh & kocak
sehingga sebati.
3. Campurkan daging mentah & telur.
4. DAH SIAP ~
Sajian 7
Roti & Isi Ikan

BAHAN-BAHAN
• Sekeping Roti Gardenia
• Ikan

LANGKAH-LANGKAH:
1. Rebuskan isi ikan sehingga lembut
2. Potong dadu roti
3. Gaul sebati roti & isi ikan tadi.
4. DAH SIAP ~ kalau tak habis, lebihannya
boleh simpan dalam peti sejuk
Sajian 8
Tuna Ball Bakar

BAHAN-BAHAN
• 1 tin kecil isi ikan tuna
• 2 sudu serbuk roti
• 1 biji telur
• 3 sudu cheese (pilihan)

LANGKAH-LANGKAH:
1. Panaskan oven ke 180 darjah celcius
2. Campurkan semua bahan sehingga sebati
3. Bulat-bulatkan semua bahan & letak diatas tray
pembakar
4. Bakar selama 20 minit
5. Dah Siap~ sejukkan & sedia untuk dihidang.
Sajian 9
Kibbles Tuna DIY
BAHAN-BAHAN
• 1 tin tuna
• 2 cawan serbuk roti
• 2 Biji Telur
• 1/2 sudu minyak sayuran

LANGKAH-LANGKAH:
1. Panaskan oven kepada 180 darjah celcius
2. Campurkan isi tuna & minyak sayuran kemudian
kacau sebati bersama telur yg sudah dipukul & serbuk
roti.
3. Gunakan sudu, ambil 1/4 dari saiz sudu & susun diatas
baking sheet diatas tray pembakar.
4. Bakar selama 10 minit.
5. Dah Siap~ sejukkan sebelum dihidang.
Sajian 10
Chicky Heart
BAHAN-BAHAN
• 500 gram hati ayam yang dicincang halus.
• 1 cawan tepung jagung
• 3/4 cawan tepung
• 2 Biji Telur
• 1/4 cawan air rebusan ayam
LANGKAH-LANGKAH:
1. Panaskan oven kepada 180 darjah celcius
2. Campurkan semua bahan & kacau sehingga menjadi
doh
3. Ambil sedikit doh & bulatkan kecil-kecil
4. Susun diatas baking sheet & atas tray pembakar,
gunakan sudu, curah sedikit air rebusan ayam keatas
bola-bola
5. Bakar selama 10 minit.
6. Dah Siap~ sejukkan sebelum dihidang.
Sajian 11
Agar-Agar Meriah
BAHAN-BAHAN
• 1kg ikan termenung atau ikan tongkoi
• Ayam mengikut kuantiti
• Bayam setengah ikat atau 1 ikat
• Agar-agar 2 bungkus
• Sedikit Garam
• Gula batu seketul atau 2 ketuan tujuan tidak bagi
wetfood tidak berair
• Karot sebatang besar
LANGKAH-LANGKAH:
1. Siang ikan yang hendak direbus.
2. Rebus isi ikan sehingga lembut, kemudian toskan.rebus
pula sayur bayam dan karrot.
3. Blender ikan hingga hancur betoi2 dan tambah sedikit
minyak zaiton supaya tulang ikan akan hancur, kemudian
blender pula isi ayam sehingga hancur
4. Air rebusan jangan dibuangkan,guna pula untuk masak
agar-agar dan untuk blender bahan diatas
5. Agak mendidih masukan semua bahan yang sudah di
blender dalam agar-agar tadi.Masukan secubit garam
dan sedikit gula batu
6. Gaul dan biarkan mendidih perlahan hingga semua
masak sebati.
7. Kemudian biarkan sejuk seketika,selepas itu masukan
dalam bekas ,dan masukan kedalam peti sejuk.
8. Dah Siap~ hidangkan untuk kucing.Kita pun boleh
tumpang sekali.
Tips menghapuskan
Earmites
Si Comel anda kerap menggaru di bahagian Kepala & Badan?
Kemungkinan Si Bulus diganggu Earmites tu.
Jom bebaskan Si Comel dari gangguan Earmite Jahat

Mula-mula kita HAPUSKAN dahulu


Earmites
1. Titiskan sahaja 2 titis KilFlea di setiap telinga Si
Comel
2. Ulang 2 hari sekali sehingga Si Comel kurang
menggaru.
3. Bila Si Comel dah kurang menggaru, simpan
KilFlea
4. Tahniah ! Si Comel anda dah bebas Earmites !
2ml

Bila dah tiada Earmites, kita lindung Si


Comel dari Jangkitan Semula
1. Titiskan 2 titis KilFleaX setiap telinga, ulang
setiap 4 hari dalam tempoh sebulan.
2. Selepas sebulan titiskan KilFleaX sebulan
sekali utk kekalkan perlindungan.
3. Tahniah! Si Comel anda sudah dilindungi dari
2ml Earmites !

Jom dapatkan KilFlea Combo, Hanya RM 26 sahaja


untuk membebaskan Si Comel anda dari gangguan
Parasite Jahat. Click link dibawah untuk dapatkan.
CLICK SINI
ATAU whatsapp kami di talian 011 2067 2711
Sajian 12
Ayam,Karot & Labu

BAHAN-BAHAN
• isi ayam
• labu
• Lobak Merah
• agar-agar

LANGKAH-LANGKAH:
1. Rebus isi ayam sehingga masak & lembut.
2. Selepas masak, toskan isi ayam.
3. Potong dadu & rebus karot bersama labu.
4. Rebus sedikit agar-agar sehingga separuh
hancur.
5. Campurkan isi ayam (asingkan sedikit),
Lobak Merah, labu, agar-agar & blend
sehingga separuh halus.
6. Sejukkan sebentar.
7. Hidang dengan sedikit isi ayam yang sudah
diasingkan tadi.
8. DAH SIAP ~
Sajian 13
Ikan & Kuning Telur

BAHAN-BAHAN
• 1 Cawan Isi Ikan Rebus
• 1 biji kuning telur
• Brokoli
• 2 sudu minyak bunga matahari

LANGKAH-LANGKAH:
1. Rebus ikan & asingkan isinya.
2. Isi ikan panas-panas tadi, campurkan dengan 1
biji kuning telur sahaja & kacau sebati
3. Cincang brokoli & campurkan dengan isi ikan
tadi.
4. Campurkan juga minyak bunga matahari.
5. Dah Siap~ lebihan boleh disimpan dalam peti
sejuk selama 3 hari.
Sajian 14
Tuna & Minyak Zaiton

BAHAN-BAHAN
• Ikan tuna (boleh guna yang di dalam tin tanpa
garam tambahan)
• 1 biji telur
• 1 sudu minyak zaitun
• 2 tablet bonemeal (optional)

LANGKAH-LANGKAH:
1. Rebuskan Isi ikan tuna mentah sehingga masak,
jika tin tidak perlu.
2. Rebus telur sehingga masak & cincang halus.
3. Jika ada, hancurkan 2 tablet bonemeal.
4. Gaulkan semua bahan sehingga sebati
5. Dah Siap~
Sajian 15
Ayam & Minyak Zaiton

BAHAN-BAHAN
• Isi Ayam
• Labu/Lobak merah
• Agar-agar
• Wetfood tin
• Minyak zaiton

LANGKAH-LANGKAH:
1. Panaskan air rebusan ayam hingga mendidih
2. Masukan serbuk agar-agar/sarang burung jelly
kedalam ayam yang sudah mendidih
3. Kacau agar-agar dalam 3 minit,lalu masukan labu
dan kacaukan hingga sebati,kemudian masukan
ayam kacau selama 2 minit
4. Tutup api dan masukan makanan tin yang telah
diblender tadi
5. Kacau semua bahan tadi biarkan sebati,Lalu
tambahan separuh sudu minyak zaiton sameon.
6. Biarkan 5 minit dalam periuk.Kemudian masukan
makanan tadi yang telah siap kedalam bekas
mengikut bekas muatan
7. Dah Siap~
Sajian 16
Brokoli Salmon

BAHAN-BAHAN
• 1 Cawan Isi Ikan Salmon
• 1/4 Cawan Brokoli
• 1/2 cawan roti

LANGKAH-LANGKAH:
1. Rebus ikan salmon & asingkan isinya.
2. Potong Kecil-kecil Brokoli
3. Potong dadu roti
4. Campur & Blender kasar semua bahan-bahan.
5. Dah Siap~ lebihan boleh disimpan dalam peti
sejuk selama 3 hari.
Sajian 17
Ikan & Bayam
BAHAN-BAHAN
• ikan kembung/tongkol
• 1 ikat bayam
• 1/2 pek agar-agar

LANGKAH-LANGKAH:
1. Rebus isi ikan sehingga masak & lembut.
2. Selepas masak, toskan isi ikan & simpan
sedikit air rebusan ikan tadi.
3. Rebus bayam sehingga masak.
4. Rebus agar-agar sehingga separuh hancur
5. Campurkan isi ikan, bayam, air rebusan ikan
& blend sehingga separuh halus.
6. Campurkan bahan yg sudah dikisar dengan
agar-agar yang dimasak tadi. Kacau
hingga sebati.
7. Simpan dalam bekas bertutup & sejukkan
didalam peti ais sebentar.
8. DAH SIAP ~ boleh hidang mengunakan sudu
ikut sukatan anda.
Sajian 18
Sup Kaki Ayam

BAHAN-BAHAN
• 1.8kg kaki ayam
• 3L water

LANGKAH-LANGKAH:
1. Rebus kaki ayam & air didalam pressure cooker
selama 45 minit. Jika tiada, rebus sehingga kaki
ayam lembut.
2. Biarkan sejuk & hidangkan air rebusan sahaja
kepada si comel.
3. Dah Siap~ air rebusan juga boleh digunakan
untuk menyediakan sajian lain menggantikan air.
Sajian 19
Ayam Lobak Merah

BAHAN-BAHAN
• 1 Dada Ayam
• 1 tin tuna
• 1/4 cawan Lobak Merah potong dadu
• 2 sudu beras perang
LANGKAH-LANGKAH:
1. Rebus dada ayam sehingga masak & simpan air
rebusannya
2. Rebus Lobak Merah sehingga empuk.
3. Campur & Blender kasar semua bahan-bahan
termasuk beras tambah sedikit air rebusan ayam
tadi.
4. Dah Siap~ lebihan boleh disimpan dalam peti
sejuk selama 3 hari.
Sajian 20
Ayam Zaiton

BAHAN-BAHAN
• 85 g isi ayam
• 50 g nasi putih
• 30 g Lobak Merah
• 4 g minyak olive

LANGKAH-LANGKAH:
1. Bakar kosong isi ayam & potong halus
2. Rebus & lenyekkan Lobak Merah bersama nasi
putih.
3. Gaul semua bahan termasuk minyak olive.
4. Dah Siap~ sedia untuk dihidang
Sajian 21
Tuna Oat

BAHAN-BAHAN
• 85 g tuna
• 50 g oat kosong
• 30 g kentang
• 4 g minyak olive

LANGKAH-LANGKAH:
1. Rebus isi ikan tuna sehingga empuk.
2. Rebus & lenyekkan kentang bersama oat.
3. Gaul semua bahan termasuk minyak olive.
4. Dah Siap~ sedia untuk dihidang
Sajian 22
Ayam Lenyek

BAHAN-BAHAN
• 1 Dada Ayam
• 1/4 cawan brokoli
• 1/4 cawan Lobak Merah potong dadu

LANGKAH-LANGKAH:
1. Rebus dada ayam sehingga masak & simpan air
rebusannya
2. Rebus brokoli & Lobak Merah sehingga empuk.
3. Campur & Blender kasar semua bahan-bahan
tambah sedikit air rebusan ayam tadi.
4. Dah Siap~ lebihan boleh disimpan dalam peti
sejuk selama 3 hari.
Sajian 23
Sup Dalaman Ayam

BAHAN-BAHAN
• 3 ketul hati ayam
• 2 ketul Pedal ayam
• 2 ketul jantung ayam
• 3 cawan air
• 2 cawan tepung
• Garam
LANGKAH-LANGKAH:
1. Rebus semua bahagian ayam sehingga lembut.
2. Asingkan air rebusan & cincang halus bahan
rebusan
3. Gunakan kuali leper, campurkan air rebusan
bersama bahan rebusan.
4. Campur tepung & secubit garam, kacau sebati
dengan api yang perlahan.
5. Teruskan mengacau sehingga kuah menjadi
pekat.
6. Sejukkan sebentar
7. Dah Siap~
Sajian 24
Kibbles Ayam Bayam
BAHAN-BAHAN
• 1 ketul dada ayam
• 1 cawan bayam
• 1 sudu catnip (optional)
• 1 biji telur
• 1/2 cawan oat
• 1/4 cawan tepung
LANGKAH-LANGKAH:
1. Panaskan oven ke 180 darjah celcius
2. Rebus & potong ayam sehingga halus.
3. Blender ayam & bayam sehingga hancur & masukkan
bahan yang lain, blender sehingga sebati.
4. Ratakan bahan blender (1/2 inci) & potong kecil2, saiz
kibbles.
5. Susun diatas tray pembakar & bakar selama 20 minit.
6. Dah Siap~ sejukkan sebelum hidang
Sajian 25
Stew Ayam Meow
BAHAN-BAHAN
• 1 ekor ayam (bebas hormon atau antibiotik)
• 2 cawan beras perang
• 6 tangkai saderi
• 8 lobak merah (kulit digosok tetapi tidak dikupas)
• 2 atau 3 potong labu kuning (dilenyek)
• 2 atau 3 zucchini
• 1 potong brokoli kecil
• segenggam kacang pis
LANGKAH-LANGKAH:
1. Basuh ayam, kemudian rebus.
2. Potong sayur-sayuran menjadi kepingan kecil dan
masukkan ke dalam periuk.
3. Masukkan beras.
4. Masak sehingga ayam terlerai daripada tulang dan
sayur-sayuran menjadi lembut.
5. Asingkan ayam daripada tulang sepenuhnya. Ini
sangat penting, kerana tulang ayam yang dimasak
dapat pecah dan menyebabkan kerosakan usus
yang serius.
6. Tuangkan rebusan ke dalam pengisar dan kisar atau
potong hingga campuran jadi halus (mudah untuk
digigit).
7. Bekukan dalam beg plastik bersaiz makanan dan
boleh dihidang pada bila-bila masa
8. Dah Siap~
Sajian 26
Tuna Ball Simple
BAHAN-BAHAN
• 1 tin tuna
• 1/3 cawan kacang pis
• 1 sudu cheese parmesan
• 1/4 cawan oat
• 1 sudu minyak sayur

LANGKAH-LANGKAH:
1. Blender semua bahan & tambah minyak jika
diperlukan sehingga menjadi doh.
2. Skop sedikit & bulatkan menjadi bulatan kecil.
3. Dah Siap~ sedia untuk dihidang. Boleh disimpan
didalam peti sejuk sehingga 10 hari.
Sajian 27
Salmon & Brokoli

BAHAN-BAHAN
• 1 Potong ikan salmon
• 1 biji telur
• 1 Sudu brokoli
• 1 sudu minyak ikan

LANGKAH-LANGKAH:
1. Rebus isi Salmon sehingga masak
2. Rebus telur & potong halus
3. Rebus brokoli & cincang halus
4. Campurkan semua bahan & blender sehingga
sebati
5. Dah Siap~ sedia untuk dihidang.
Sajian 28
Kek Meow Special

BAHAN-BAHAN
• 3/4 tin tuna atau salmon
• 3 sudu shredded cheese
• 3 sudu tepung
• 1 biji telur

LANGKAH-LANGKAH:
1. Panaskan oven kepada 180 degree
2. Hancurkan isi tuna atau salmon
3. Campurkan semua bahan sehingga sebati
4. Masukkan bahan kedalam 2 lubang tray muffin.
5. Bakar selama 15-20 minit
6. Sejukkan kek sebelum hidang. Jika kucing susah
untuk makan, potong dua untuk memudahkan.
7. Dah Siap~
Sajian 29
Ikan & Minyak Bunga
Matahari
BAHAN-BAHAN
• 1 Cawan Isi Ikan Rebus
• 1 sudu minyak bunga matahari
• 1 sudu organic atau beras perang masak
• 2 sudu air rebusan ayam, daging, ikan atau air
biasa

LANGKAH-LANGKAH:
1. Campur semua bahan
2. Gaul hingga sebati
3. Dah Siap~ lebihan boleh disimpan dalam peti
sejuk selama 3 hari.
Sajian 30
Ayam, Brokoli & Lobak
Merah Lenyek
BAHAN-BAHAN
• 1 ketul isi ayam
• 1/2 cawan brokoli
• 1/4 batang Lobak Merah

LANGKAH-LANGKAH:
1. Rebus ayam sehingga masak, asingkan air
rebusannya
2. Rebus Brokoli & Lobak Merah sehingga lembut.
3. Campurkan semua bahan rebusan bersama
sedikit air rebusan ayam & blender sehingga
sebati.
4. Sejukkan sebentar
5. Dah Siap~
Sajian 31
Aiskrim Segera Meow
BAHAN-BAHAN
• 1 susu kucing
• 1/2 tin wetfood
• 1 Ziplock bag sederhana
• 1 Ziplock bag besar
• Garam
LANGKAH-LANGKAH:
1. Campurkan bahan sehingga sebati.
2. Masukkan bahan kedalam ziplock bag sederhana.
3. Didalam Ziplock beg besar, letakkan ais & garam.
4. Masukkan ziplock beg sederhana kedalam ziplock
bag besar dan bolak balikkan sehingga bahan
campuran mengeras.
5. Keluarkan ziplock beg & hidangkan aiskrim meow
untuk si comel anda.
6. Dah Siap~
Sajian 32
Snek Pisang
BAHAN-BAHAN
• 4 biji pisang
• 1/4 cawan kibbles
LANGKAH-LANGKAH:
1. Lenyekkan isi pisang kedalam satu mangkuk
2. Gunakan bekas ais, masukkan semua pisang
lenyek kedalam lubang & letakkan kibbles di
bahagian atas lapisan pisang.
3. Bekukan didalam freezer semalaman
4. Setelah beku, keluarkan dari bekas ais &
hidangkan kepada si comel.
5. Dah Siap~
Sajian 33
Ais Kiub Tuna
BAHAN-BAHAN
• 1 Tin tuna
• 1/2 cawan air

LANGKAH-LANGKAH:
1. Blender semua bahan sehingga hancur.
2. Masukkan ke dalam bekas ais kiub & bekukan di
dalam freezer semalaman
3. Bila dh beku, boleh hidangkan kepada si comel.
Sesuai sewaktu hari panas!
4. Dah Siap~
Sajian 34
Kibbles Veffies Manis
BAHAN-BAHAN
• 1 biji keledek
• 1 biji pisang
• 1 cawan Lobak Merah minced
• 1/2 cawan sos apple
• 2 cawan tepung
• 1 cawan oat
• 1/3 cawan air
LANGKAH-LANGKAH:
1. Panaskan oven ke 180 darjah celcius
2. Lenyekkan pisang & keledek rebus.
3. Campurkan semua bahan & kacau sehingga menjadi
doh.
4. Lenyekkan doh sampai tebal anggaran 1/8 inci &
potong seperti saiz kibbles.
5. Bakar dalam 25 minit.
6. Dah Siap~ sejukkan sebelum dihidang.
Sajian 35
Neko Seaweed

BAHAN-BAHAN
• 1 Tin Tuna
• 1/2 cawan white rice, cooked
• Seaweed Kering, tanpa perasa

LANGKAH-LANGKAH:
1. Campurkan Tuna & nasi sehingga sebati.
2. Hancurkan beberapa keping seaweed &
campur sekali sehingga sebati.
3. Sedia dihidang, boleh sprinkes seaweed hancur
sebagai tambahan.
4. Dah Siap~
KLIK SINI UNTUK DAPATKAN
EBOOK BLUEPRINT PERNIAGAAN

You might also like