Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

Panduan Simpanan BSN SSP

Terdapat banyak cara anda boleh menyimpan dengan BSN Sijil Simpanan Premium (SSP). BSN
SSP sekarang lebih mudah untuk diakses oleh semua!

Melalui Mesin ATM


1. Masukkan kad ATM / Debit BSN
2. Pilih Bahasa.
3. Masukkan nombor PIN
4. Pilih ‘Simpanan BSN SSP’.
5. Masukkan amaun dalam gandaan RM10.
6. Sahkan simpanan dan simpan resit transaksi.

Melalui Mesin Deposit Tunai (Dengan Kad ATM/Debit BSN)


1. Masukkan kad ATM / Debit BSN
2. Pilih Bahasa.
3. Masukkan nombor PIN
4. Pilih ‘Simpanan BSN SSP’.
5. Pilih kaedah simpanan (debit akaun atau tunai).
6. Masukkan amaun dalam gandaan RM10.
7. Sahkan simpanan dan simpan resit transaksi.

Melalui Mesin Deposit Tunai (Tanpa Kad ATM/Debit BSN, hanya untuk
penyimpan BSN SSP sedia ada sahaja)
1. Pilih Bahasa.
2. Pilih ‘Simpanan BSN SSP’.
3. Masukkan nombor akaun simpanan BSN Giro/Giro-i.
4. Masukkan amaun dalam gandaan RM10.
5. Sahkan simpanan dan simpan resit transaksi

Melalui Perbankan Internet myBSN


1. Kunci masuk ke Laman Web BSN di www.bsn.com.my.
2. Pilih ‘Simpanan BSN eSSP’.
3. Piilih ‘nombor akaun’ daripada senarai.
4. Lengkapkan maklumat yang diperlukan.
5. Sahkan simpanan dan cetak resit transaksi.

Melalui Ejen Bank Berdaftar (EB BSN)


1. Kemukakan kad pengenalan dan wang tunai (bagi pelanggan baru) ATAU kad ATM/Debit
BSN atau tunai (bagi pelanggan sedia ada) kepada EB BSN.
2. EB BSN akan proses simpanan BSN SSP di terminal POS.
3. Sahkan simpanan dan simpan resit transaksi.
4. Simpanan maksima adalah RM1,000 untuk setiap transaksi.

You might also like