Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 27

Apa itu akaun semasa?

Akaun semasa adalah akaun deposit yang ditawarkan semua institusi perbankan di Malaysia

dan boleh digunakan sama ada untuk kegunaan peribadi atau perniagaan. Sebagai pemegang

akaun semasa, anda boleh membuat bayaran melalui cek. Oleh itu, anda harus mengetahui

perkara-perkara berkenaan penggunaan cek sebelum membuat sebarang pembayaran.

Setiap institusi perbankan mempunyai syarat yang berbeza untuk membuka akaun semasa. Ciri-

ciri produk yang ditawarkan oleh setiap institusi perbankan juga berbeza contohnya hanya

segelintir institusi perbankan yang menawarkan akaun semasa dengan faedah. Oleh itu, anda

dinasihatkan agar membuat perbandingan sebelum membuka akaun semasa anda.

Kebanyakkan bank mempunyai kemudahan current account ini. Akaun ini boleh dibuka atas

nama individu, perniagaan, syarikat, pertubuhan, dan kelab. Current account membolehkan

anda menggunakan kemudahan cek, dan boleh membuat transaksi yang lebih banyak

berbanding akaun simpanan biasa (selalunya akan disekat jika terdapat banyak transaksi).

Current account adalah lebih baik berbanding akaun simpanan biasa, kerana bank melihat anda

mempunyai potensi atau komitmen untuk menyimpan dan berbelanja lebih di akaun ini. Mana
tak nya, akaun simpanan mempunyai limit tiga ribu sahaja sehari, namun pembayaran cek

boleh sehingga berjuta-juta jika duit dalam akaun mencukupi!

Jom kita lihat produk-produk Current Account beberapa bank di Malaysia :

MAYBANK

CIMB
RHB BANK

BANK ISLAM
Di dalam ebook bonus ini akan diterangkan mengenai pendaftaran akaun semasa (current

account) di Maybank sahaja. Tidak salah untuk buka current akaun di bank pilihan anda sendiri.

Maybank saya lihat mempunyai kelebihan berbanding bank-bank yang lain. Antaranya :

(a) Ramai orang mempunyai akaun Maybank, dan boleh online transfer kepada anda

(b) Cawangan-cawangan Maybank lebih banyak di bandar besar dan pekan-pekan

(c) Kemudahan cash deposit machine Maybank boleh didapati di beberapa stesen Petronas

(d) Kekuatan branding Maybank itu sendiri sebagai bank terbesar di Malaysia

Jom lihat kelebihan kemudahan akaun Current Account-i Maybank :


Untuk membuka current account, anda perlu sediakan duit deposit sebanyak RM 1,000 untuk

individu dan RM 2,000 untuk perniagaan/syarikat. Jangan risau, dah dapat buku cek nanti anda

keluarkanlah duit anda semula, dan tinggalkan RM 50 sahaja di dalam akaun tersebut.

Current account memerlukan seorang introducer (pengesahan dari current account individu

lain atau current account perniagaan/syarikat yang telah berumur lebih satu tahun). Untuk ini,

saya tidak berapa risau kerana ramai orang yang mempunyai current account Maybank. Cuba

tanya kepada ahli keluarga anda (ayah, abang atau kakak). Lebih mudah, tanya sahaja di wall

facebook anda atau di dalam group-group perbincangan bisnes.


Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut. Untuk individu, bawa kad pengenalan asal

dan salinan, serta supporting documents asal dan salinan (senang bawa lesen memandu).

Untuk perniagaan, bawa bersama sijil perniagaan, cop dan dokumen maklumat perniagaan.

Langkah 1 : Buat cop perniagaan anda terlebih dahulu

Cop tak kisah boleh buat bulat atau empat segi, terpulang kepada anda. Cop ini akan menjadi

cop rasmi dan akan digunakan semasa pendaftaran current account bank. Jika ada perubahan

pada cop, sila buat surat rasmi dan maklumkan kepada bank anda.
Langkah 2 : Pergi ke cawangan Maybank terdekat (Kunjungan Pertama)

Saya syorkan anda ke cawangan terus, kerana pendaftaran online hanyalah sebagai pemberi

info sahaja kepada Maybank. Kunjungan pertama ini adalah untuk mengambil borang current

account Maybank. Rujuk link ini untuk senarai cawangan Maybank : Cawangan Maybank.

Nota : Jika anda boleh bawa introducer terus sekali dengan anda, maka abaikan langkah 2 ini.

Sila ke langkah 4 dulu kemudian langkah 3. Bawa introducer bersama anda ke Maybank.

Langkah 3 : Isi borang current account Maybank


Anda akan dapat dua borang ini. Satu warna hijau dan satu kad warna putih.

Yang warna hijau tersebut ada dua muka. Bahagian depan untuk individu dan bahagian

belakang untuk perniagaan/syarikat/pertubuhan. Anda pilih salah satu, dan isi butiran peribadi.

Yang kad warna putih isikan nama akaun sebagai nama anda sendiri (jika ingin buka akaun

peribadi) atau tulis nama perniagaan anda (untuk buka akaun perniagaan). Isi lengkap juga

ruangan lain dan tandatangan.

Seperti di dalam gambar di atas, ruangan kanan adalah untuk introducer. Minta introducer

menulis nama beliau (jika individu) atau nama perniagaan (jika perniagaan), nombor akaun
mereka, cawangan dan tandatangan. Bawah tandatangan, minta dicop jika introducer adalah

sebuah perniagaan. Introducer tidak perlu hadir bersama jika telah melengkapkan ruangan ini.

Langkah 4 : Pergi ke cawangan Maybank terdekat (Kunjungan Kedua)

Jangan lupa bawa bersama cop dan dokumen-dokumen yang dinyatakan di bahagian atas tadi.

Pergi ke kaunter pertanyaan dan beritahu ingin buka akaun semasa (current akaun). Pegawai

yang bertugas akan proses dokumen anda. Beliau akan minta tandatangan di satu lagi kad

untuk pengesahan tandatangan cek. Jika anda ingin masukkan akaun ini di dalam Maybank2u

sedia ada anda, sila beritahu pegawai tersebut. Beliau akan minta kaunter uruskan gabungan

akaun ke dalam Maybank2u anda, atau anda boleh buka Maybank2u berasingan.

Langkah 5 : Sediakan duit deposit (RM 1,000 atau RM 2,000)

Sediakan sahaja duit di dalam akaun simpanan anda. Bank akan hubungi setelah akaun anda

telah siap. Kebiasaannya 3 hari bekerja. Jika ada cawangan yang cepat, anda boleh terus dapat

nombor akaun. Terus sahaja bank-in atau transfer duit deposit pada hari yang sama akaun

berjaya diaktifkan, supaya akaun semasa anda tidak negatif jika lambat sehari.

Tahniah! Anda telah pun mempunyai akaun semasa (current account). Buku cek selalunya

siap dalam masa 1-2 minggu. Anda boleh mengeluarkan duit anda semula dari akaun.
CARA DAFTAR SYARIKAT DENGAN SURUHANJAYA

SYARIKAT MALAYSIA (SSM)

Pendaftaran perniagaan adalah lebih mudah berbanding pendaftaran syarikat. Kedua-dua jenis

pendaftaran ini perlu dilakukan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Perniagaan perniagaan

merujuk kepada Milikan Tunggal (Sole-Propriertor) dan Perkongsian (Partnership).

Di dalam ebook bonus ini akan diterangkan mengenai pendaftaran perniagaan bentuk milikan

tunggal sahaja. Syarat utama untuk pendaftaran perniagaan di SSM adalah pemilik perniagaan

perlulah warganegara Malaysia (atau pun mempunyai taraf penduduk tetap Malaysia) dan

mestilah berumur 18 tahun ke atas.

Definisi Perniagaan :

Perniagaan meliputi tiap-tiap bentuk tred, perdagangan, pertukangan, pekerjaan, profesion

atau aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan bagi maksud-maksud mendapat keuntungan, tetapi

tidak meliputi apa-apa jawatan atau penggajian atau apa-apa pengusahaan amal atau apa-apa

kerja yang dinyatakan dalam jadual di bawah peruntukan Akta Pendaftaran Perniagaan 1956

(APP 1956). Perniagaan yang boleh didaftarkan di bawah APP 1956 hanya perniagaan
beroperasi di Malaysia Barat iaitu meliputi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan

dan bentuk perniagaan adalah seperti berikut :

1. Perniagaan Milik Tunggal : Perniagaan dimiliki sepenuhnya oleh seorang pemilik.

2. Perniagaan Perkongsian : Perniagaan dimiliki oleh sekurang-kurangnya dua (2) orang dan

tidak melebihi daripada dua puluh (20) rakan kongsi.

Pendaftaran boleh didaftarkan menggunakan nama sendiri atau nama ‘Tred’.

a) Nama sendiri menggunakan nama seperti di dalam kad pengenalan tidak perlu

memohon kelulusan nama perniagaan. Contoh: Ruslan bin Mohamed, Siow Ah Thai,

Ramasamy a/l Mutusamy.

b) Nama Tred ialah nama perniagaan yang dicadangkan dan perlu mendapat kelulusan

daripada Pendaftar Perniagaan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) terlebih dahulu.

Contoh: Kedai Dobi Mewah, Lucky Star Catering, ABS Unggul Enterprise.

Terdapat dua cara untuk pendaftaran perniagaan :

(a) Pendaftaran di Kaunter SSM (cawangan seluruh Malaysia)

(b) Pendaftaran secara atas talian (online) di laman web SSM

Kelebihan daftar perniagaan berbanding menggunakan nama sendiri dalam bisnes :


(a) Meningkatkan keyakinan pelanggan untuk membeli daripada anda, berbanding pesaing

(b) Meningkatkan kredibiliti anda sebagai seorang penjual di mata pelanggan

(c) Memudahkan penyediaan dokumen-dokumen kewangan (seperti invoice, resit)

(d) Potensi untuk mengembangkan perniagaan (menambah cawangan)

(e) Memudahkan potensi untuk membuat pinjaman dari institusi kewangan

Nampaknya ada yang tak sabar dah tu nak tahu cara mendaftar pertama (Kaunter SSM)

PENDAFTARAN PERNIAGAAN DI KAUNTER SSM

Langkah 1 : Fotostat kad pengenalan anda dan bersedia bawa RM 70 bersama.

Langkah 2 : Pergi ke mana-mana cawangan SSM berdekatan anda

Untuk mengetahui senarai lengkap SSM terdekat, boleh lawati link ini : Senarai Cawangan SSM.

Tiada dress code untuk pendaftaran ini. Ianya adalah kaunter biasa dan tiada formality (sebab

risau ada pakai smart-smart siap beli coat baru dan tie sebab ingat ada sesi bergambar pula,

hehe). Waktu operasi adalah mengikut waktu pejabat.

Boleh hubungi dahulu cawangan SSM tempat anda untuk pengesahan. Disyorkan pergi di awal

pagi (kerana tengah hari dan petang selalunya ramai orang) dan hari selain hari isnin (kerana
kebiasaan urusan pendaftaran perniagaan dan syarikat melalui ejen yang mendaftar pada hari

sabtu dan ahad dilakukan pada hari isnin).

Langkah 3 : Pergi ke kaunter pertanyaan dan isi 2 borang pendaftaran

Kaunter pertanyaan akan memberikan dua buah borang pendaftaran. Satu untuk pendaftaran

perniagaan baru dan satu lagi untuk kelulusan nama perniagaan. Jangan risau jika tidak pasti

untuk mengisi borang-borang ini kerana terdapat panduan mengisi disediakan di papan

kenyataan tempat mengisi. Guna huruf besar sahaja dan pen warna hitam.

Untuk memudahkan dan menjimatkan masa anda, boleh download kedua-dua borang tersebut

di link ini : Borang Pendaftaran Perniagaan Baru (Borang A) dan Borang Permohonan Kelulusan

Nama Perniagaan (Borang PNA.42). Isi sebelum bawa ke pejabat SSM orait?

Contoh Borang A dan Borang PNA.42 adalah seperti di bawah :


Nampak tak di Borang PNA.42 tu ada ruangan tiga nama perniagaan?

Yup, anda perlu menulis sekurang-kurangnya tiga nama perniagaan untuk mereka semak. Isi

nama-nama tersebut mengikut keutamaan. Nama yang paling anda ingin guna di nombor satu,

dan berikutnya. Kenapa perlu tiga nama? Sebab mereka akan lihat di dalam sistem, jika ada

orang lain telah guna, anda tidak boleh gunakannya. Sediakan tambahan dua nama lagi sebagai

back-up, kalau-kalau ketiga-tiga nama tu langsung tidak dapat digunakan.

Sedikit tips, nama perniagaan tak semestinya perlu meletakkan Enterprise. Cuba buat gabungan

nama yang menjadikan nama perniagaan anda unik. Juga boleh gunakan perkataan seperti

Solutions, Network, Marketing atau Trading yang bersesuaian dengan bidang perniagaan.
Langkah 4 : Setelah mengisi borang, pergi semula ke kaunter pertanyaan

Pegawai di kaunter pertanyaan akan buat pre-screening untuk borang anda. Jika tiada masalah,

pegawai tersebut akan memberikan anda nombor giliran.

Langkah 5 : Pergi ke kaunter yang di dalam nombor giliran

Terdapat nombor kaunter yang perlu anda ikuti. Tunggu sehingga nombor dipanggil. Berikan

borang tadi dan salinan kad pengenalan. Anda akan diminta untuk duduk tunggu sebentar

untuk semakan nama perniagaan. Jika nama pertama tidak dapat digunakan, pegawai akan

terus semak untuk nama kedua, dan seterusnya ketiga.

Langkah 6 : Buat pembayaran dan terima sijil perniagaan

Apabila telah siap semakan, nama anda akan dipanggil. Untuk pendaftaran menggunakan nama

trade, bayaran adalah RM 70 (RM 60 untuk yuran pendaftaran setahun dan RM 10 untuk

cetakan maklumat perniagaan). Resit akan diberikan. Anda akan diminta untuk tunggu sekali

lagi sehingga sijil perniagaan siap dicetak. Tahniah!!! Anda dah mempunyai perniagaan rasmi!

PENDAFTARAN PERNIAGAAN SECARA ONLINE

Pendaftaran perniagaan secara online menggunakan Perkhidmatan e-Lodgement SSM.

SILA GUNAKAN INTERNET EXPLORER UNTUK PENDAFTARAN PERNIAGAAN SECARA ONLINE


Semasa ebook bonus ini ditulis (25 Julai), terdapat beberapa error dari penyedia laman web.

Jika masalah berterusan, kami syorkan anda membuat pendaftaran secara manual di kaunter.

Untuk pendaftaran perniagaan secara online, anda perlu melalui tiga jenis pendaftaran iaitu

(a) Pendaftaran akaun di MyGoverment Portal

(b) Pendaftaran Subscriber SSM di laman web SSM

(c) Pendaftaran user di e-Info SSM

Langkah 1 : Daftar akaun baru di MyGoverment Portal

Link laman utama MyGoverment Portal : http://www.malaysia.gov.my/

Klik pada ruangan Daftar atau terus klik pada link ini. Isikan segala butiran yang diperlukan.

Setelah selesai penghantaran pendaftaran, semak e-mail anda untuk link pengesahan. Klik pada

link “Click Here” seperti di gambar sebelah kanan ini.


Secara ringkas carta alir pendaftaran akaun di MyGoverment Portal :

Langkah 2 : Login ke dalam akaun anda


Langkah 3 : Kemaskini semua butiran diri anda

Klik pada butang edit untuk personal information dan user group tersebut. Isikan butiran diri

selengkapnya. Save dan hantar maklumat tersebut.


Langkah 4 : Tunggu akaun disemak dan diaktifkan

Kebiasaanya mengambil masa beberapa jam untuk akaun disemak oleh JPN dan diaktifkan.

Nombor kad pengenalan palsu secara automatic akan dikesan dan pendaftaran akan

dibatalkan. Akaun yang telah diaktifkan akan menerima e-mail pengesahan.

Langkah 5 : Login semula ke akaun MyGoverment anda

Untuk login, jika anda mempunyai masalah error. Sila masukkan terus e-mail anda di ruangan

yang dinyatakan sebagai e-mail. Password adalah seperti yang anda daftarkan. Kemudian tekan

butang back browser anda untuk kembali ke laman utama. Sepatutnya browser akan beritahu

anda telah berjaya log masuk sebagai <Nama Penuh Anda>.

Langkah 6 : Klik pada link “Online Service Directory”

Anda akan dibawa ke ruangan senarai penuh online services kerajaan Malaysia.
Di sini terdapat pelbagai pendaftaran dan pembayaran servis di Malaysia. Boleh search di

bahagian tepi untuk servis-servis berkaitan SSM.

Langkah 7 : Pendaftaran SSM Subscriber

Klik pada link ini : http://www.malaysia.gov.my/form?formId=289017&osId=3333181

Isikan butiran diri anda. Dan kemudian buat bayaran RM 5 untuk pendaftaran subscriber

selama setahun. Kad kredit atau kad debit diperlukan untuk pembayaran ini.

Langkah 8 : SSM – Application for Business Name Approval (ROB)

Klik pada link ini : http://www.malaysia.gov.my/form?formId=289018&osId=2444719


Klik pada ‘Click Here’, anda perlu open form yang diberikan dan isi cadangan nama yang ingin

didaftarkan. Boleh buat berulang kali untuk nama berlainan dan Submit. Semakan dan approval

untuk nama bisnes ini mengambil masa 1-2 hari bekerja.

Anda boleh sentiasa semak pengesahan di MyPage di akaun anda. Klik pada link My

Transaction atau klik sini. Anda akan dapati nama perniagaan anda approved atau rejected.

Langkah 9 : SSM – Online Registration of Business (ROB)

Klik pada link ini : http://www.malaysia.gov.my/form?formId=289022&osId=2444887

Atau anda boleh search di ruangan “Online Service Directory” tadi. Isikan code approval untuk

nama perniagaan anda tadi. Sistem akan secara automatik akan link dengan approval. Isikan

butiran maklumat perniagaan dan diri anda sendiri. Submit borang tersebut, dan buat

pembayaran RM 60 untuk pendaftaran perniagaan. Kad kredit atau kad debit diperlukan.

Selesai pembayaran, minta tunggu 1-2 hari untuk pihak SSM menghantarkan email pengesahan

pendaftaran beserta sijil perniagaan anda. Print di atas kertas putih.

Langkah 10 : Daftar akaun SSM e-Info

Klik pada link ini : https://www.ssm-einfo.my/ dan daftar Register “Now”.


Langkah 11 : Login ke akaun SSM e-Info dan pilih Search

Masukkan nama perniagaan anda yang baru di-approved tersebut dan tekan butang ‘Search’.
Langkah 12 : Add to cart nama syarikat, dan kemudian view to Cart, agree untuk bayaran
Langkah 13 : Buat bayaran menggunakan payment gateway yang ada, kemudian klik butang

generate pdf. Dokumen makumat perniagaan akan ditunjukkan. Save dan print.

Tahniah!!!
Anda kini telah mempunyai sebuah perniagaan milikan tunggal!

You might also like