Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 10

METODOLOGI DAKWAH

KEPADA MASYARAKAT MUSLIM

Mohamad Zulkifli Abdul Ghani


TAKRIF DAKWAH
 Bahasa :
• Asal daripada kalimah )‫ دعوة‬،‫ يدعوا‬،‫(دعا‬.
• Membawa maksud yang pelbagai antaranya :
 Seru, panggil, ajak (contohnya ajak seseorang untuk makan
bersama, seru orang ramai untuk solat dan sebagainya).
 Rayu, mohon, doa (contohnya merayu kepada sesorang,
berdoa kepada Allah SWT dan sebagainya).
 Pengaruh, perdaya samada kepada kebenaran ataupun
tidak (contohnya syaitan perdaya manusia untuk melakukan
kejahatan, seseorang perdaya dengan kata-kata manis dan
sebagainya).
 Dakwah (seru manusia kepada ajaran Islam yang mulia,
amar makeruf dan nahi Mungkar).
• Kesimpulannya : Pengertian dakwah yang utama ialah : seruan,
ajakan, rayuan, mohon dan doa. Ia boleh dilakukan samada
dengan perkataan atau dengan perbuatan.
TAKRIF DAKWAH
 Istilah :
• Kalimat dakwah membawa dua pengertian utama iaitu
Islam dan Dakwah.
• Makna Islam :
 Menurut Dr Ahmad Ghilwash : Dakwah Islamiah ialah
tunduk dan patuh kepada semua ajaran Islam tanpa
ada ketetapan dan syarat-syarat tertentu. Inilah
merupakah tujuan asal penciptaan manusia.
 Ulama’ lain pula menjelaskan bahawa dakwah ialah
menyeru kearah keimanan, melaksanakan kefarduan
spt solat, puasa dan sebagainya serta mentaati
segala perintah Allah.
 Kesimpulannya : Semua yang berkaitan dengan Islam
samada perkataan ataupun perbuatan termasuk
dalam takrif dakwah ini.
TAKRIF DAKWAH
 Istilah :
• Makna Dakwah :
 Menurut Khidr Husaian : Dakwah Islamiah ialah
menyelamatkan manusia daripada kesesatan dan
memberi peringatan ttng akibat penolakan terhadap
dakwah.
 Menurut Ali Mahfuz : Menyeru manusia ke arah
kebaikan dan huda, amar makruf nahi mungkar
supaya selamat dunia dan akhirat.
 Kesimpulannya : Dakwah dikhususkan kepada amar
makruf dan nahi mungkar ataupun kata-kata yang
serti dengannya.
 Mafhum dakwah yang difahami sekarang ini ialah amar
makruf dan nahi mungkar.
Pengertian Ilmu Dakwah
 Menurut (Abu al-Fath Al-Bayanuniyy, 2010: 19) menerangkan bahawa
ilmu dakwah bererti sejumlah kaedah dan ajaran yang dapat
menyampaikan Islam kepada manusia, mengajar dan
mempraktikkannya. Adapun jika dilihat dari pengertian ilmu dakwah,
objek kajiannya mencakupi pelbagai komponen dengan kegiatan
dalam dakwah yang seiring dengan prinsip perbahasan ilmiah. Rumusan
beliau ialah:
 Sejarah dakwah menjelaskan tentang perkembangan dakwah sejak masa
kenabian hingga sekarang.
 U’shulu al-Da’wah yang merupakan perbahasan dalil-dalil tentang dakwah
beserta sumbernya yang diambil dari Al-Quran dan As-Sunnah, termasuk
perbahasan tentang rukun dakwah, juru dakwah, sasaran dakwah dan tujuan
dakwah.
 Manahij al-Da’wah yang berkaitan langkah-langkah serta program dakwah.
 Asalib al- Da’wah tentang cara penerapan langkah-langkah dan program
dakwah.
 Wasail al-Da’wah iaitu media yang digunakan dalam berdakwah.
 Masyakil al-Da’wah iaitu masalah yang dihadapi dalam dakwah dan cara
mengatasinya.
 Menurut Dr. Rauf Shalabi menerangkan bahawa ilmu dakwah adalah
ilmu yang membawa masyarakat kepada keadaan kegelapan kepada
keadaan cahaya dan dari keadaan sempit kepada keadaan lapang, di
dunia dan di akhirat.
Sejarah Ilmu Dakwah
 Dakwah bermula semenjak dahulu lagi, ia diamalkan oleh para nabi dan
Rasul.
 Nabi Muhammad SAW mwlaksanakan dakwah secara tersusun, akan tetapi tidak dikenali
ketika itu dengan ilmu khusus dinamakan dengan Ilmu dakwah.
 Diteruskan lagi oleh para Khulaf’ ar-rasyidin dan para Tabiin.
 Kemudian diteruskan oleh ulama selepas mereka, pada ketika itu mereka tidak berhajat
kepada ilmu khusus dinamakan dengan ilmu dakwah.
 Selepas kejatuhan khilafah, umat Islam semakin jauh dengan ajaran
Islam yyang sempurna sehingga ada dikalangan mereka yang amat
jauh dari Islam seperti :
 mencampuradukkan ajaran Islam dengan yang lain.
 cuai dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang muslim
 Maka bermulalah kesedaran Umat Islam tentang pentingnya berpegang
teguh pada ajaran Islam yang sebenar.
 Bangkitlah para ulama’ samada melalui individu atau jamaah menulis
tentang dakwah, menyedarkan umat Islam dari lena dengan tujuan
untuk mengembalikan khilafah.
 Selepas kejatuahn Khilafah Othmaniyah pada tahun 1924, muncullah
ilmu baru dikenali sebagai ilmu dakwah.
 Usaha ini diteruskan sehinggalah kini.
Tujuan Ilmu Dakwah
 Menunjukkan cara Nabi dan Rasul yang diutuskan oleh
Allah untuk menyeru kaumnyya kepada jalan yang
benar dan diredai Allah.
 Mengetahui hakikat konsep dakwaah Islam iaitu
mengetahui ayat Al-Quran dan Hadis Nabi yang
berkaitan ilmu dakwah dan menyeru masyarakat agar
beriman dan bertakwa kepada Allah.
 Menjalankan kegiatan dakwah dengan berbekalkan
ilmu dakwah dan menggunakan metod dan teknik
dakwah yang tepat untuk mencapai sasaran dengan
mengajak masyarakat membuat kebaikan dan
mencegah kemungkaran di muka bumi ini. (Zuraini,
1996:16-17).
 Mengembalikan semula kegemilangan umat islam
kepada perinsip islam yang sebenar dengan
berpegang teguh kepada islam secara menyeluruh.
 Mengembalikan semula khilafiah Islamiyyah.
Fungsi Ilmu Dakwah
 Memberi penjelasan tentang upaya mentranformasikan
nilai-nilai kebenaran dan memberi penjelasan mengenai
ajaran Islam.
 Memberi penjelasan tentang upaya tranformasi iman ke
dalam amal soleh jamaah.
 Memberi penjelasan tentang upaya membangun dan
mengembalikan manusia kepada fitrahnya, meluruskan
tujuan hidup manusia dan menegakkan fungsi khilafah
manusia menurut Al-Quran dan Hadis. (Hasanuddin,
1996:10).
 Menyedarkan umat islam dari lenanya dan menguatkan
semula kelemahan yang ada dalam kalangan umat
islam.
 Menyatupadukan kesatuan umat islam supaya umat
islam menjadi kuat.
HUBUNGAN ILMU DAKWAH
 Semua ilmu islam saling berkait antara satu sama lain.
 Ilmu dakwah menumpukan tiga aspek utama
 Akidah
 Syaraiah
 Akhlak
 Sudah pasti kaitannya dengan ilmu lain
 Ilmu dakwah mengkaji pelaksanaan penghayatan islam kepada
manusia keseluruhannya.
Sekian

You might also like