Dakwah Bil Hal

You might also like

Download as ppsx, pdf, or txt
Download as ppsx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

DAKWAH BIL HAL

OLEH: ABDULLAH FADHIL BIN ASTAWI


UNTUK: KURSUS METODOLOGI DAKWAH
INSTITUT LATIHAN ISLAM MALAYSIA
KAMPUS CAWANGAN LAHAD DATU, SABAH MALAYSIA
08HB JUN 2022
DEFINISI

• Faisal (2013) menunjukkan dakwah bil hal adalah amalan yang memfokuskan usaha atau karya
nyata yang boleh meningkatkan kedudukan dan kesejahteraan individu atau sesebuah kelompok
masyarakat.
• Drs Samsul Munir Amin (2009) dakwah bil hal merupakan aktiviti dakwah Islam yang dilakukan
dengan tindakan nyata atau amal nyata terhadap keperluan penerima dakwah, sehingga tindakan
nyata tersebut sesuai dengan keperluan penerima dakwah.
FAEDAH DAKWAH BIL HAL

• Dapat melihat secara nyata cara pelaksanaan Ibadah, Akhlak dan Muamalah,
• Masalah yang dihadapi oleh kelompok sasaran dapat diselesaikan dengan nyata.
• Mad’u boleh mengajukan masalah mereka secara terus tanpa perantaraan.
PELAKSANAAN DAKWAH BIL HAL

• Menyelidik keperluan mad’u sebelum pergi menemui mereka.


• Merancang dan menyediakan kos untuk menyelesaikan keperluan mad’u.
• Merancang aktiviti sampingan yang dapat menonjolkan Islam adalah cara hidup.
PENGHALANG DAKWAH BIL HAL

• Dai’e tidak istiqamah dengan akhlak Islam.


• Dai’e tidak bermuamalah dengan cara Islam
• Aktiviti yang banyak menumpu kepada penjelasan dan pemberitahuan tentang Islam.
• Dai’e mengambil kesempatan untuk mencari salah para mad’u.
• Datang lambat, balik cepat.
CONTOH DAKWAH BIL HAL
JASA YANG DISUMBANGKAN OLEH DR. ABDUL RAHMAN HUMAID AL-SUMAITH TERAMAT BANYAK. ANTARANYA:
• Beliau membelanjakan seluruh harta yang diinfaqkan oleh orang ramai dengan katanya: “harta-harta manusia yang mereka
sumbang untuk amal kebajikan tidak mungkin bagiku membazirkannya walaupun 1 riyal.”
• Beliau menubuhkan sekolah-sekolah pembelajaran dan pendidikan untuk anak-anak Afrika lebih daripada setengah juta orang.
• Beliau menubuhkan 5 buah universiti di Afrika.
• Beliau menggali telaga untuk para penduduk lebih daripada 12,000 telaga.
• Beliau menyediakan lebih daripada 4000 pendakwah, guru dan pemikir untuk meneruskan dakwah Islamiyyah.
• Beliau menyediakan lebih daripada 840 tempat belajar.
• Beliau membina hampir 5700 masjid.
• Memberi bantuan dan memelihara lebih daripada 5000 anak yatim.
• Membina 124 hospital dan klinik.
• Menyediakan sejumlah yang besar perbelanjaan untuk umat Islam sedunia berbuka puasa yang melebihi 40 buah negara dan
membabitkan hampir 2 juta orang.
• Memberi tajaan untuk 95 ribu pelajar muslim dalam meneruskan pembelajaran mereka.
• Mencetak lebih daripada 6 juta naskah mushaf untuk diedarkan kepada muallaf atau saudara islam yang baru.
BOLEHKAH SAYA JADI DAI’E?
• Tanggungjawab setiap muslim adalah menyebarkan dakwah Islam sebagai cara hidup yang
• Syumul
• Satu-satunya cara hidup yang diredai Allah

• Sebagai dai’e kita tidak boleh menjadi diri sendiri atau menjadi orang lain tetapi kita hendaklah
menjadi muslim yang sejati.
BAGAIMANA SAYA MELAKUKAN DAKWAH BIL HAL?
Terdapat Lapan Kaedah Dakwah Sosial Yang Dilakukan Oleh Rasulullah S.A.W Iaitu:

A. Komitmen Dan Jati Diri Pendakwah (Thiqah Al-dai’iyyah).


B. Matlamat Dan Objektif Yang Jelas (Tahdid Al-hadaf).
C. Memahami Situasi Dan Keadaan Masyarakat (Al-taaruf Ala Tabi’at Al-mujtama’).
D. Penyediaan Kepimpinan (Tarbiyyah Qiyadiah).
E. Penyampaian Dakwah Secara Jelas ( Al-ard Al-wadih).
F. Menciptakan Keunggulan Dan Daya Penarik Dakwah (Ijad Istiqtab Hawl Al-dakwah).
G. Moral Dan Akhlak Mulia ( Al-suluk Al-mutabiq Li Al-mabadi’).
H. Sabar Dan Tabah Menghadapi Cabaran ( Al-sabr Wa Al-tahammul).
BAGAIMANA SAYA MELAKUKAN DAKWAH BIL HAL?
Pelaksanaan Dakwah Bil Hal Ia Memerlukan Pendekatan Yang Sesuai Dengan Keadaan Yang Dihadapi. Di Antaranya Ialah
Pendekatan Dalam Bentuk Berikut:

A. Taui’yyah (Kesedaran). Ini Bermaksud Mengarahkan Kesedaran Agar Sumbangan Dakwah Semakin Jelas. Dengan
Demikian Kerja-kerja Dakwah Menjadi Lebih Bertenaga, Efisien Dan Produktif, Kerana Masyarakat Atau Golongan Sasar Telah
Menyedari Potensi Yang Ada Serta Memiliki Orientasi Yang Jelas Dan Ini Akan Memudahkan Golongan Sasar Di Arah Untuk
Melakukan Kebaikan-kebaikan.

B. Irsyad (Bimbingan). Ini Bermaksud Memberi Bimbingan Sehingga Masyarakat Tidak Terjebak Dalam Ranjau-ranjau
Kesesatan Serta Berada Di Jalan Yang Benar. Mampu Menghadapi Rintangan Secara Bermaruah, Tidak Pesimis Dan Tidak
Berputus Asa Dalam Menghadapi Sebarang Situasi.

C. Himayah (Perlindungan). Ini Bermaksud Memberikan Perlindungan Terhadap Nilai-nilai Murni Sehingga Tidak Dicemari Oleh
Tingkah Laku Menyimpang Dan Juga Memberikan Perlindungan Kepada Golongan Sasar Dari Segala Bentuk Kezaliman.

D. Tanmiyyah (Pembangunan). Bermaksud Pembangunan Dan Pengembangan Kehidupan Masyarakat Ke Arah Kemajuan
Yang Membawa Kepada Kecemerlangan Dan Kebahagiaan Mental Dan Fizikal, Dunia Serta Akhirat.
DI MANA LOKASI SESUAI UNTUK DAKWAH BIL HAL?
1. Kelompok Muslim
• Masalah ekonomi
• Penyelesaian haruslah bersifat jangka panjang dangan kaedah bagi kail bukan ikan.
• Masalah sosial
• Muslim yang fasik - hendaklah didekati dengan tidak terlalu rapat dengan mereka tetapi masih lagi kita
perlu menunjukkan akhlak seorang muslim yang sejati.
• Masalah kesihatan
• Ziarah

2. Kelompok Non-Muslim
• Masalah ekonomi
• Bagi ikan bukan kail
• Masalah sosial
• Dengan cara perundangan sivil dan kita boleh bertindak memudahkan urusan mereka.
SEMOGA BERJAYA

TERIMA KASIH

‫حين سكت أهل الحق عن الباطل توهم أهل الباطل أنهم على حق‬
“KETIKA AHLUL HAQ DIAM TERHADAP KEBATILAN, MAKA AHLUL BATIL AKAN MENGIRA MEREKA BERADA DALAM
KEBENARAN”

https://www.facebook.com/abdullahfadhil.kcd
019 801 3093

You might also like