Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 27

DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH

SEMESTER 1 (SEPTEMBER) / 2023

HPGD1103

PEMBANGUNAN KURIKULUM

NO. MATRIKULASI :
NO. KAD PENGENALAN :
NO. TELEFON :
E-MEL :

PUSAT PEMBELAJARAN : KOTA KINABALU LEARNING


CENTRE
Isi Kandungan Muka Surat
Bahagian I

1.0 Pengenalan 1
2.0 Pembangunan kurikulum pada masa hadapan 1
2.1 Keperluan Menyesuaikan Diri Dengan Perubahan Sosial
dan Teknologi 2
2.2 Permintaan Pasaran Kerja 2-3
2.3 Keterangkuman dan Ekuiti 3-4
2.4 Pembangunan Kaedah Pengajaran 4
2.5 Keperluan Budaya dan Sosial 4-5
3.0 Domain 5
3.1 Domain Kognitif 6
3.2 Domain Afektif 6-7
3.3 Domain Psikomotor 7
3.4 Domain Tingkah Laku (Behavior) 8
4.0 Persediaan 8
4.1 Perundingan dan Penglibatan 8
4.2 Penyelidikan dan Analisis 9
4.3 Latihan dan Pembangunan Guru 9
4.4 Penilaian dan Penyesuaian Berterusan 9
5.0 Kesimpulan 10
6.0 Petikan dan Rujukan 11

Bahagian II

1.0 Tajuk Kursus 12


2.0 Penerangan Kursus 12
3.0 Rasional Kursus 12
4.0 Tempoh Kursus 13
5.0 Penyata hasil pembelajaran kursus (tiga kenyataan mesti disediakan) 14
5.1 Pernyataan Hasil Pembelajaran 1 14
5.2 Pernyataan Hasil Pembelajaran 2 14
5.3 Pernyataan Hasil Pembelajaran 3 14
6.0 Pra-Syarat Kursus 14
7.0 Kandungan Minimum 5 Atau Lebih Topik Untuk Disertakan 15
7.1 Sejarah Malaysia 15
7.2 Warisan Budaya Malaysia 15
7.3 Kepelbagaian Budaya Malaysia 15
7.4 Makanan Malaysia 15
7.5 Kesenian Malaysia 15
8.0 Bahan 16
8.1 Modul Pembelajaran 16
8.2 Bahan Bacaan 16
8.3 Video dan Multimedia 16
8.4 Rancangan Lapangan 16
8.5 Persembahan dan Demontrasi 17
8.6 Kerja Kumpulan dan Projek 17
8.7 Jemputan Cendekiawan Tempatan 17
8.8 Bahan Sumber Dalam Talian 17
9.0 Metodologi Pengajaran/Strategi Pengajaran 18
9.1 Pembelajaran Berpusatkan Pelajar 18
9.2 Penggunaan Teknologi 18
9.3 Kajian Tempatan 18
9.4 Penglibatan dalam Aktiviti Kebudayaan 18
9.5 Persembahan Kebudayaan 18
9.6 Lawatan Kebudayaan 19
9.7 Kerjasama dalam Komuniti Setempat 19
9.8 Tulisan Penulisan Esei 19
10.0 Prosedur Penilaian/penggredan 19
10.1 Cadangan Kaedah Penilaian 19
10.1.1 Projek kajian Budaya Pelajar 19
10.1.2 Penyediaan Makanan Budaya Malaysia 20
10.1.3 Penulisan Esei dan Kertas Kerja 20
10.1.3 Pameran Booth Seni Budaya Yang Dianjurkan
Oleh Guru
20
11.0 Rujukan Utama kursus 20-21
12.0 Makmumat Tambahan Lain 21

Bahagian III

Lampiran Penyertaan Kelas Dalam Talian

Gambar 1 22
Gambar 2 23
Gambar 3 23
Gambar 4 24
Gambar 5 24
Bahagian I

1.0 Pengenalan

Pada 2019, kerajaan Malaysia memperkenalkan dasar wajib untuk kanak-kanak


berumur 4 tahun mendaftar di sekolah awam atau prasekolah swasta yang diiktiraf oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia KPM, dasar ini berkuatkuasa pada Januari 2020.
Tujuannya adalah untuk meningkatkan akses kepada pendidikan prasekolah di negara ini
selain memberi peluang kepada kanak-kanak untuk memenuhi potensi mereka. Hal ini
membawa banyak manfaat, termasuk peningkatan kemampuan berfikir kritis, hubungan
sosial yang baik, peluang ekonomi yang lebih baik, dan peranannya dalam pembangunan
sosial dan ekonomi negara. Menurut Vaizey (1967), pendidikan merupakan satu aspek yang
dititikberatkan oleh masyarakat di seluruh dunia sejak zaman dahulu.

Dalam sistem Pendidikan Malaysia terkandung kurikulum yang merujuk kepada


rangkaian mata pelajaran, isi kandungan, matlamat, dan pendekatan pengajaran yang
digunakan dalam sistem pendidikan. Menurut Schubert (1987) kurikulum adalah kandungan
subjek, konsep, aktiviti perancang, hasil pembelajaran, pengalaman yang diingini, produk
budaya, tugasan yang perlu diperolehi dan agen pembaharuan masyarakat. Hal ini
merangkumi keseluruhan pengalaman pembelajaran yang disusun secara berstruktur untuk
pelajar dalam sesuatu sistem pendidikan.

2.0 Pembangunan Kurikulum Pada Masa Hadapan

Pembangunan kurikulum adalah proses yang melibatkan ramai orang dan prosedur
yang berbeza. Hal ini berlaku apabila didapati kurikulum yang sedia ada tidak memenuhi
keperluan pelajar dan masyarakat pada era kini. Oleh itu, perubahan atau transformasi
kurikulum perlu berlaku agar pendidikan sesebuah negara itu tidak ketinggalan dan
memenuhi standard keperluan globalisasi.

1
2.1 Keperluan Menyesuaikan Diri Dengan Perubahan Sosial Dan Teknologi

Perkembangan dalam teknologi dan perubahan sosial yang pesat boleh memberi kesan
besar kepada keperluan kemahiran dan pengetahuan pelajar. Contohnya pengenalan kepada
pelajaran berkaitan teknologi maklumat dan komunikasi yang semakin penting dalam dunia.
Antara jurnalnya ialah Isu Dan Trend Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi
Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak: ditulis oleh Nordin, N., & Bacotang, J. pada tahun
(2021).

Dalam artikel ini menjelaskan kesediaan untuk menghadapi cabaran pandemik ini
maka, adalah menjadi wajar untuk membangunkan satu Learning Management System
(LMS) sebagai satu platform pembelajaran atas talian yang lebih sistematik dan
komprehensif untuk kanak-kanak prasekolah. Perkara ini penting berkaitan dengan situasi
negara yang menjurus dengan norma baharu dan memudahkan urusan pembelajaran atas
talian bersama kanak-kanak menjadi lebih teratur dan efisien. Kajian oleh Aina’ Rasyidah
Samsuddin dan Hapsah Md Yusof (2020) menunjukkan gajet yang paling banyak digunakan
oleh kanak-kanak adalah telefon bimbit, televisyen dan tablet atau ipad. Sehubungan dengan
itu, menerusi satu LMS yang komprehensif, ianya dilihat akan mampu menyokong
pembelajaran kanak-kanak dengan menggunakan gajet yang sering mereka gunakan. Menurut
Hairia’an dan Dzainudin (2020) penggunaan aplikasi dalam talian dalam kalangan guru
mampu meningkatkan kemahiran mereka dalam teknologi maklumat.

2.2 Permintaan Pasaran Kerja

Perubahan dalam pasaran kerja mempengaruhi perkara yang pelajar mesti pelajari
untuk berjaya dalam kerjaya masa depan. Sebagai contoh, kurikulum dalam teknologi
maklumat mungkin perlu dikemas kini untuk menampung keperluan pekerjaan baharu seperti
pembangun perisian berasaskan awan. Artikel yang bertajuk Cabaran Pengintegrasian
Pendidikan STEM Dalam Kurikulum Malaysia yang ditulis oleh Nur Amelia Bt Adam dan
Lilia Bt Halim pada tahun (2019) menyatakan kepentingan bidang STEM pada masa
hadapan.

2
Kejayaan masa depan pelajar sangat bergantung pada penekanan dan pembangunan
bidang STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik). STEM bukan sahaja asas
untuk inovasi teknologi, tetapi juga pemacu utama ekonomi global. Melalui STEM, dapat
diwujudkan tenaga kerja berpengetahuan tinggi yang boleh menangani cabaran global,
menyelesaikan masalah yang kompleks, dan membawa perubahan positif kepada masyarakat.
Seterusnya, pelaburan dalam pendidikan STEM bukan sahaja pelaburan masa depan
teknologi, tetapi juga pelaburan dalam kemajuan dan kemampanan masyarakat global secara
keseluruhan. Oleh itu, Kurikulum Sains dan Matematik perlu diperhalusi semula untuk
melihat apakah sebenarnya ada unsur-unsur Sains Teknologi Kejuruteraan dan Matematik
STEM di dalamnya, ataupun hanya menekankan idea dan rumusan untuk dihafal serta
difahami bagi tujuan menjawab soalan peperiksaan. Sesungguhnya, Pendidikan STEM ini
bermatlamat dalam penjanaan model insan yang bukan sahaja berintelektual, tetapi dapat
menyumbang kepada negara dari segi tenaga kerja dan kepakaran.

2.3 Keterangkuman dan Ekuiti

Penambahbaikan kurikulum boleh memastikan pelajar yang mempunyai keperluan


yang pelbagai. Contohnya, pelarasan kurikulum boleh dibuat untuk pelajar kurang upaya
supaya mereka boleh mengakses pembelajaran dengan lebih baik. Artikel yang bertajuk Isu
Penggunaan ICT Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran (PdP) Bagi Pelajar Orang
Kelainan Upaya (OKU) Dan Institusi Pendidikan Sewaktu Covid-19 yang ditulis Azman Ab
Rahman, Nurul Nadia Nozlan, Hussein ‘Azeemi Abdullah Thaidi, Muhammad Firdaus Ab
Rahman & Mohamad Anwar Zakaria pada tahun (2021) menyatakan kaedah penentuan
teknologi khusus yang sesuai digunakan oleh OKU dalam kategori Masalah Pembelajaran
sebelum memulakan PdP (pengajaran dan pembelajaran) merupakan kaedah utama PdP
pendidikan Islam semasa COVID-19.

Penting untuk ditekankan bagaimana teknologi sebegini boleh digunakan untuk


mencapai keterangkuman dan ekuiti yang lebih besar dalam pendidikan, terutamanya bagi
pelajar OKU. Cabaran utama PdP Pendidikan Islam pelajar OKU Masalah Pembelajaran
ialah isu berkaitan kemudahan teknikal, komitmen pelajar dan ibu bapa, kemahiran dan
kepakaran guru serta akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Kerajaan
Malaysia. Pandemik telah mempercepatkan perubahan dalam pendidikan, dan pemahaman
kemasukan serta ekuiti dapat membantu memastikan perubahan ini memberi manfaat kepada

3
semua pelajar, termasuk mereka yang berkeperluan khas. Dalam kajian ini Kurikulum Negara
masih belum mampu menyediakan kemudahan ICT dalam proses pembelajaran kepada
golongan OKU. Bagi meningkatkan akses kepada pembelajaran golongan OKU apabila
negara mengalami situasi perintah berkurung, adalah penting bagi pihak yang
bertanggungjawab mengemas kini sistem Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Ini
akan memastikan golongan OKU boleh mendapat akses yang lebih baik kepada sumber
pembelajaran yang mereka perlukan di bawah sekatan ini.

2.4 Pembangunan Kaedah Pengajaran

Penggunaan teknologi baharu dan kaedah pengajaran yang inovatif membolehkan


penambahbaikan bahan dan cara pengajaran. Sebagai contoh, penggunaan platform
pembelajaran dalam talian atau pendekatan pembelajaran berasaskan projek boleh
dimasukkan ke dalam kurikulum. Berikut adalah rujukan berdasarkan jurnal yang bertajuk
Pentaksiran Bilik Darjah PBD Dalam Norma Baharu: Pemimpin Pertengahan Dalam
Mengupayakan Pelaksanaan PBD Berasaskan Teknologi yang dihasilkan oleh Mohd Amir
Shaukhi Hj Ahmad et al, Sains Insani (2022).

Sejak bermulanya Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah PdPr, guru-guru sekolah


telah mengorak langkah untuk menggunakan pelbagai strategi pengajaran dengan
menggunakan aplikasi digital. Hal ini berlaku dalam pelaksanaan PBD iaitu terdapat
beberapa aplikasi yang telah diperkenalkan kepada guru-guru untuk membantu guru-guru
melaksanakan PBD semasa PdPr iaitu penggunaan Kahoot, Quiz dan Live Worksheet. Perkara
ini penting diterapkan dalam kalangan guru sekolah untuk bersiap sedia apabila negara
mengalami fasa darurat atau perintah berkurung.

2.5 Keperluan Budaya dan Sosial

Perubahan dalam nilai sosial dan budaya masyarakat boleh mempengaruhi apa yang
sepatutnya diajar dalam kurikulum. Sebagai contoh, dalam masyarakat yang mengalami
kemajuan pengurusan kewangan, amat penting untuk persiapkan diri apabila berlaku
keperluan mendesak seperti budaya menabung supaya tidak mudah terjerumus dengan
pinjaman wang yang tidak berlesen.

4
Dalam jurnal yang bertajuk Pembangunan Modul Latihan Matematik Pengguna
(Pengurusan Kewangan) Untuk Guru Matematik Sekolah Menengah: Adakah Satu
Keperluan? ditulis oleh Norazura Said, Muzirah Musa, Chew Cheng Meng, Muhammad
Nidzam Yaakob pada tahun (2022) menyatakan elemen pengurusan kewangan yang teliti
dalam kalangan rakyat Malaysia pada umumnya berada pada tahap yang agak merunsingkan.
Hal ini kerana individu daripada generasi muda didapati gagal mengurus dan mentadbir
kewangan dan berkemungkinan besar mengalami masalah kewangan pada masa hadapan
(Jabatan Insolvensi Malaysia, 2020). Menurut Statistik Jabatan Insolvensi Malaysia, terdapat
sekurang-kurangnya 64,632 rakyat Malaysia yang berusia di antara 18 dan 44 tahun telah
dikategorikan muflis dalam tempoh masa lima tahun kebelakangan ini (AKPK, 2019).
Ketidakupayaan untuk memulangkan pinjaman perumahan, kegagalan membayar balik
pinjaman peribadi dan syarikat, kadar hutang kad kredit yang terlalu tinggi, serta mereka
yang menjadi penjamin kepada korporat dan sosial, ini antara punca seseorang dikategorikan
muflis. Kebankrapan ini memperlihatkan bahawa golongan muda masih gagal mengambil
langkah berjaga-jaga yang diperlukan untuk mengelakkan pemfailan muflis pada usia yang
begitu muda. Hal ini menimbul persoalan mengenai tahap celik kewangan golongan muda di
negara ini iaitu adakah mereka cukup cekap dalam menguruskan kewangan mereka. Oleh itu,
perlu juga dititikberatkan ilmu kewangan ini kepada generasi muda terutama di bangku
sekolah lagi supaya mereka mampu mengurus kewangan ke arah yang lebih sihat.

3.0 Domain

Dalam merangka kurikulum pendidikan masa depan, terdapat beberapa bidang atau
domain yang perlu dititikberatkan bagi memastikan pelajar bersedia menghadapi cabaran
masa hadapan. Dalam konteks pendidikan, terdapat empat domain utama dalam kurikulum
yang sering diiktiraf dan disepadukan dalam proses pembelajaran. Keempat-empat domain
ini merangkumi pelbagai aspek pengetahuan dan kemahiran yang penting untuk
perkembangan pelajar.

5
3.1 Domain Kognitif

Domen ini mementingkan pembangunan pengetahuan dan pemahaman pelajar. Hal ini
meliputi perkara seperti subjek matematik, sains, sejarah, bahasa dan banyak lagi. Matlamat
utama adalah untuk membantu pelajar memahami konsep, fakta, teori, dan prinsip dalam
pelbagai mata pelajaran. Untuk mengharungi masa depan yang semakin kompleks dan
pelbagai, membangunkan domain kognitif yang kuat adalah amat penting. Hal ini kerana
keupayaan untuk berfikir pelajar dan menyelesaikan masalah dengan berkesan akan
membantu individu untuk berjaya dalam pelbagai konteks dan menjadi penyumbang berharga
kepada masyarakat dan dunia pada masa hadapan. Menurut John Aru Philips (2010) domain
kognitif menyenaraikan seseorang yang boleh diperhatikan dan tidak boleh diperhatikan
kebolehan intelek, seperti memahami maklumat, menyusun idea, menilai maklumat dan
tindakan.

Dalam artikel yang bertajuk Cabaran Pengintegrasikan Pendidikan STEM dalam


Kurikulum Malaysia yang ditulis oleh Nur Amelia Bt Adam dan Lilia Bt Halim pada tahun
2019 adalah menyatakan kepentingan bidang STEM pada masa hadapan. Dalam konteks
pembelajaran STEM, pembangunan domain kognitif yang kuat, termasuk pemikiran kritis,
pemikiran analitikal, dan kemahiran berfikir kreatif, adalah sangat penting. Kebolehan ini
membantu pelajar memahami, menangani dan menyumbang kepada bidang STEM dengan
cara yang lebih berkesan dan produktif.

3.2 Domain Afektif

Selain itu, domain afektif berkaitan dengan emosi, seperti perasaan, nilai, bagaimana
kita menghargai sesuatu, semangat untuk sesuatu, apa yang mendorong kita untuk melakukan
sesuatu, dan sikap terhadap sesuatu menurut John Aru Philips (2010). Domain afektif telah
memberi tumpuan kepada pembangunan aspek emosi, sosial dan sikap pelajar. Hal ini
termasuk pembangunan nilai, etika, tanggungjawab, empati dan kesedaran sosial. Matlamat
utama adalah untuk membentuk pelajar yang bertanggungjawab, penyayang dan beretika.
Mengintegrasikan domain afektif dalam kurikulum masa depan boleh membantu
menyediakan individu untuk berjaya dalam pelbagai aspek kehidupan mereka, sama ada
dalam kejayaan, perhubungan atau sumbangan mereka kepada masyarakat.

6
Artikel yang bertajuk Pentaksiran Bilik Darjah PBD Berasaskan Teknologi yang
dihasilkan oleh Mohd Amir Shaukhi Hj Ahmad, Kalai Selvan Arumugham dan Azhan Anuar
pada tahun (2022) dikaitkan dengan domain afektif adalah penggunaan ICT dalam proses
pengajaran dan pembelajaran untuk pelajar OKU boleh mempengaruhi domain afektif
mereka dalam pelbagai cara, seperti meningkatkan motivasi, memberikan sokongan emosi,
membolehkan pembelajaran peribadi, meningkatkan rasa berdikari, dan memudahkan
penglibatan sosial.

3.3 Domain Psikomotor

Menurut John Aru Philips (2010) domain psikomotor melibatkan fizikal. Domain ini
memberi tumpuan kepada pembangunan kemahiran fizikal dan kemahiran praktikal. Hal ini
termasuk kemahiran seperti sukan, seni, kraf, teknologi dan aktiviti praktikal lain. Matlamat
utama adalah untuk membangunkan kemahiran fizikal dan praktikal pelajar. Penyepaduan
domain psikomotor dalam kurikulum membolehkan pelajar mengembangkan kemahiran
berfikir secara praktikal dan kritis yang akan membantu mereka berjaya dalam pelbagai
konteks, termasuk dalam kerjaya, kemahiran seharian, dan dalam menghadapi cabaran masa
depan.

Oleh itu, domain psikomotor mempunyai perkaitan yang kuat dengan penggunaan
teknologi baru dalam pembelajaran, kerana teknologi sering melibatkan tindakan fizikal,
interaksi dengan peranti, dan pembangunan kemahiran teknologi. Mengintegrasikan domain
psikomotor dalam pembelajaran teknologi boleh membantu peserta pembelajaran
membangunkan kemahiran yang diperlukan untuk beroperasi dan berinovasi dalam dunia
yang semakin berhubung dan berasaskan teknologi. Berdasarkan jurnal bertajuk “Penilaian
Bilik Darjah PBD dalam Norma Baharu: Pemimpin Pertengahan Dalam Memperjuangkan
Pelaksanaan PBD Berasaskan Teknologi” yang dihasilkan oleh Mohd Amir Shaukhi Hj
Shaukhi Hj Ahmad et al., (2022) dapat dilihat bahawa pelajar dan guru memerlukan bersedia
untuk memperoleh kemahiran teknologi supaya jika perintah kawalan domestik terpakai,
guru dan pelajar boleh meneruskan sesi pembelajaran melalui pengajaran dan pembelajaran
dalam talian (PdPR). Selain itu, ini juga membantu pelajar lebih peka dan mahir
menggunakan teknologi.

7
3.4 Domain Tingkah laku (Behavioral)

Domain itu berkaitan dengan pembentukan tingkah laku dan tabiat yang positif. Hal
ini merangkumi aspek membangunkan disiplin, ketaatan, pengurusan masa dan kemahiran
sosial. Matlamat utama adalah untuk membentuk tingkah laku yang positif dan berkesan
dalam diri pelajar. Penyepaduan domain tingkah laku dalam kurikulum akan membantu
pelajar dan individu secara keseluruhan untuk membangunkan kemahiran dan tingkah laku
yang mendorong kejayaan masa depan, baik dalam kerjaya, perubahan sosial dan aspek
kehidupan yang lain. Kemahiran ini akan membantu mereka menjadi individu yang lebih
berkesan, berkemahiran dan menyesuaikan diri dalam menghadapi pelbagai cabaran.

Tingkah laku memainkan peranan penting dalam pengurusan kewangan. Mengambil


tindakan untuk memahami dan memperbaiki tingkah laku kewangan pelajar boleh membantu
pelajar mencapai matlamat kewangan pelajar dengan lebih berkesan. Dalam jurnal yang
bertajuk Pembangunan Modul Latihan Matematik Pengguna (Pengurusan Kewangan) Untuk
Guru Matematik Sekolah Menengah: Adakah Satu Keperluan? terdapat kenyataan Jabatan
Insolvensi Malaysia (2022) yang menyatakan generasi muda didapati gagal mengurus dan
mentadbir kewangan pada masa hadapan. Oleh itu, perlulah memahami hubungan antara
tingkah laku dan pengurusan kewangan untuk memastikan kewangan yang sihat untuk masa
hadapan pelajar.

4.0 Persediaan

4.1 Perundingan dan Penglibatan

Melibatkan pelbagai pihak berkepentingan, termasuk guru, ibu bapa, pelajar, serta
pakar pendidikan dan pakar kurikulum dalam perancangan dan pembangunan kurikulum.
Dengan mendengar input daripada pelbagai pihak, kurikulum boleh direka bentuk agar lebih
relevan dan responsif kepada keperluan dan harapan sedia ada.

Dalam konteks ini, institusi pendidikan atau badan yang bertanggungjawab untuk
membangunkan kurikulum boleh membentuk kumpulan kerja yang terdiri daripada pelbagai
pihak berkepentingan yang berkaitan, seperti guru, pakar pendidikan, pakar dalam pelbagai
disiplin, ibu bapa, dan pelajar.

8
4.2 Penyelidikan dan Analisis

Menjalankan penyelidikan dan analisis menyeluruh tentang arah aliran pendidikan,


keperluan pasaran kerja, perkembangan teknologi dan cabaran global. Maklumat ini boleh
membantu mereka bentuk kurikulum yang sesuai dengan keadaan semasa dan akan datang.

Analisis keperluan merupakan satu langkah utama dalam pembangunan kurikulum


yang membantu memastikan kurikulum yang akan dibangunkan adalah sesuai dengan
keperluan, matlamat dan keadaan yang wujud dalam konteks pendidikan berkenaan. Ini
adalah asas yang kukuh untuk membuat keputusan yang berkesan dalam pembangunan
kurikulum.

4.3 Latihan dan Pembangunan Guru

Menyediakan guru dengan latihan dan sokongan yang diperlukan untuk memahami
dan mengajar kurikulum baharu. Guru perlu memahami matlamat dan pendekatan kurikulum
supaya mereka boleh mengajarnya dengan berkesan.

Analisis Keperluan Latihan Perguruan merupakan pendekatan penting dalam


memastikan latihan perguruan berkesan dan relevan. Dengan pendekatan ini, latihan boleh
disesuaikan dengan keperluan guru dan menghasilkan peningkatan prestasi sebenar dalam
pengajaran dan pembelajaran. Pelarasan berterusan juga penting untuk mengekalkan
perkaitan latihan dari masa ke semasa.

4.4 Penilaian dan Penyesuaian Berterusan

Wujudkan sistem penilaian yang mantap untuk mengukur keberkesanan kurikulum


dan memantau hasil pembelajaran pelajar. Sekiranya terdapat masalah atau pelarasan perlu
dibuat, kurikulum mestilah boleh dikemaskini secara berkala agar kekal relevan.

Antara kaedah yang digunakan dalam persediaan pembangunan kurikulum dengan


penekanan kepada penilaian dan pelarasan berterusan ialah "Analisis Data Hasil
Pembelajaran." Analisis Data Hasil Pembelajaran melibatkan pengumpulan dan penyelidikan
data hasil pembelajaran pelajar secara berkala untuk memahami sejauh mana objektif
pembelajaran tercapai.

9
5.0 Kesimpulan

Kurikulum masa depan mesti direkabentuk untuk melahirkan individu yang bersedia
menghadapi cabaran dunia yang berubah, memiliki pengetahuan mendalam, kemahiran yang
relevan, etika yang kukuh dan kebolehan menyesuaikan diri dengan perubahan. Hal ini
penting dalam menyediakan generasi akan datang untuk kejayaan dan sumbangan positif
dalam masyarakat dan dunia.

10
6.0 Petikan dan Rujukan

Ab Rahman,A., Nozlan,N.N., Thaidi,H.A., Ab Rahman,M.F., Zakaria,M.A. (2021).


Isu Penggunaan ICT Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran (PdP) Bagi
Pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) Dan Institusi Pendidikan Sewaktu Covid-19.
373-386.

AKPK. (2019). AKPK Annual Report 2018.

Hairia’an, N. H., & Dzainudin, M. (2020). Pengajaran dan pemudahcaraan dalam talian
semasa perintah kawalan pergerakan. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Kebangsaan,9, 18-28. https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPAK/article/view/4534

Jabatan Insolvensi Malaysia. (2020). Jabatan Insolvensi 2020.

John Aru Philips (2010). Curriculum Development. Open University Malaysia. Selangor

Mohd Amir Shaukhi Hj Ahmad, Kalai Selvan Arumugham, Azhan Anuar, (2022).
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Dalam Norma Baharu: Pemimpin Pertengahan
Dalam Mengupayakan Pelaksanaan PBD Berasaskan Teknolog.

Nordin, N., & Bacotang, J. (2021). Isu Dan Trend Penggunaan Teknologi Maklumat Dan
Komunikasi Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak, 10(1), 99-107.
https://doi.org/10.37134/jpak.vol10.1.9.2021

Norazura Said, Muzirah Musa, Chew Chang Meng, Muhammad Nizam Yaacob, (2022).
Pembangunan Modul Latihan Matematik Pengguna (Pengurusan Kewangan) Untuk
Guru Matematik Sekolah Menengah: Adakah Satu Keperluan?. International Journal
of Education, Islamic Studies and Social Sciences Research, [S.l.], v. 7, n. 2, p. 181-
191.

Nur Amelia Adam. (2019). Cabaran Pengintegrasikan Pendidikan STEM dalam Kurikulum
Malaysia. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Schubert, W. H. (1987). Foundations Of Curriculum And Program Design. Teaching


Education, 1(1), 88-91

Vaizey, J. (1967). Education for tomorrow. England: Penguin Books Ltd

11
Bahagian II

1.0 Tajuk Kursus

Kursus Menjelajah Ke Pelbagai Dimensi Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia di kalangan


Pelajar.

2.0 Penerangan Kursus

Kursus ini bertujuan untuk memberi pemahaman kepada pelajar tentang masyarakat
dan budaya Malaysia, termasuk sejarah, adat resam, nilai, dan perbezaan etnik yang
membentuk kepelbagaian budaya negara.

Pelajar yang mengikuti kursus sebegini juga boleh memberi sumbangan positif
kepada promosi pelancongan dan persefahaman antara budaya di Malaysia. Hal ini adalah
peluang penting bagi mereka untuk menjadi duta budaya dan menggalakkan penghormatan
terhadap kepelbagaian budaya di negara ini.

3.0 Rasional Kursus

Kursus Menjelajah Ke Pelbagai Dimensi Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia di


kalangan Pelajar merupakan kursus yang mempunyai rasional yang kukuh dalam sistem
pendidikan Malaysia. Hal ini memberi pelbagai manfaat kepada pelajar bagi mengelakkan
pelajar berpecah belah mengikut bangsa mereka ketika berada di dalam kawasan sekolah dan
di luar sekolah, adalah perlu untuk menerapkan nilai inklusif, kepelbagaian dan perpaduan
dalam pendidikan.

Selain itu, Kursus Menjelajah Ke Pelbagai Dimensi Masyarakat dan Kebudayaan


Malaysia di kalangan Pelajar adalah penting dalam memupuk perpaduan, persefahaman
antara etnik, dan membentuk identiti nasional. Hal ini juga membantu pelajar memahami
sejarah, budaya dan nilai Malaysia, yang penting untuk menggerakkan masyarakat ke arah
perpaduan dan bersepadu.

12
4.0 Tempoh Kursus

Dilakukan dari tempoh 6 hingga 25 September 2023 untuk memastikan segala ilmu
yang diberikan sampai kepada pelajar. Selain itu, memastikan kursus ini tidak mengganggu
masa pembelajaran pelajar.

Tempoh Penerangan

Minggu 1 6 September 2023

6 September 2023 1. Lawatan Ke tempat Bersejarah.

2. Projek Kajian Budaya pelajar.

Minggu 2 12 September 2023

15 hingga 17 September 1. Kem Kebudayaan.


2023
2. Penyediaan Makanan Budaya.

Minggu 3 19 hingga 20 September 2023

19 hingga 20 September 1. Penulisan Esei atau Kertas Kerja.


2023
2. Penggunaan Teknologi.

Minggu 4 Minggu 4

25 September 2023 25 September 2023

1. Ceramah Jemputan Kebudayaan.

2. Pameran Seni Budaya.

3. Persembahan Tarian dan Muzik.

4. Penyempaian hadiah dan penghargaan.

13
5.0 Penyata Hasil Pembelajaran Kursus (tiga kenyataan mesti disediakan)

5.1 Pernyataan Hasil Pembelajaran 1

Selepas menamatkan kursus ini, pelajar akan dapat menerangkan secara terperinci
perbezaan budaya utama antara kumpulan etnik utama di Malaysia, termasuk Melayu, Cina,
India, dan etnik lain. Mereka juga dapat memahami pelbagai bahasa, adat resam, makanan,
seni dan nilai budaya masyarakat Malaysia.

5.2 Pernyataan Hasil Pembelajaran 2

Pelajar akan dapat mengenali nilai-nilai perpaduan dan integrasi dalam masyarakat
Malaysia, serta menghargai kepentingan nilai-nilai seperti hormat-menghormati, bertolak
ansur dan tolong-menolong dalam mengekalkan keharmonian antara etnik yang berbeza.
Mereka juga dapat memahami sejarah Malaysia, termasuk sejarah perkembangan sosial dan
politik yang membentuk negara ini. Dalam akhir hasil kursus ini pelajar dapat menerapkan
domain afektif yang tertumpu kepada pembangunan aspek ekonomi, sosial dan sikap pelajar.

5.3 Pernyataan Hasil Pembelajaran 3

Selepas mengikuti kursus ini, pelajar juga dapat mengaplikasikan domain psikomotor
dalam diri mereka dengan kemahiran berfikir kritis dalam menilai isu budaya dan perpaduan
dalam masyarakat Malaysia. Mereka juga seharusnya dapat berkomunikasi secara berkesan
dengan individu daripada latar belakang budaya yang berbeza, dan mereka harus
mengamalkan sikap terbuka, inklusif dan hormat-menghormati terhadap kepelbagaian etnik
dan budaya.

6.0 Pra- Syarat Kursus

Kursus Menjelajah Ke Pelbagai Dimensi Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia di


kalangan pelajar adalah sebahagian daripada kurikulum sekolah menengah dan boleh
diaplikasikan untuk semua pelajar. Namun kursus ini hanya memfokuskan pelajar tingkatan 4
bagi mengelakkan gangguan pembelajaran kepada pelajar yang menduduki peperiksaan
penting.

14
7.0 Kandungan Minimum 5 Atau Lebih Topik Untuk Disertakan

7.1 Sejarah Malaysia

Topik ini merangkumi tinjauan sejarah Malaysia dari zaman prasejarah hingga zaman
moden. Hal ini boleh memberikan gambaran keseluruhan perkembangan politik, sosial dan
ekonomi negara.

7.2 Warisan Budaya Malaysia

Melibatkan pelajar dalam kajian pelbagai aspek budaya Malaysia seperti kesenian
tradisional, tarian, muzik, seni bina, kraf, dan adat resam. Hal ini membolehkan mereka
memahami dan menghargai warisan budaya Malaysia.

7.3 Kepelbagaian budaya Malaysia

Memahami konsep multikulturalisme di Malaysia dengan mengkaji pelbagai etnik,


agama, bahasa dan tradisi budaya. Ini juga mungkin termasuk penekanan terhadap
kepelbagaian budaya di Malaysia.

7.4 Makanan Malaysia

Kajian pelbagai hidangan makanan tradisional Malaysia, resepi, dan budaya makan di
Malaysia. Ini membolehkan pelajar meneroka peranan makanan dalam budaya Malaysia.

7.5 Keseni malaysia

Meneliti seni visual, seni persembahan, dan seni muzik Malaysia. Hal ini termasuk
seni tradisional seperti wayang kulit, tarian, dan seni bina moden.

15
8.0 Bahan

Bagi mencapai kursus Penerokaan Pelbagai Dimensi Masyarakat dan Budaya


Malaysia dalam kalangan pelajar, terdapat beberapa bahan dan sumber yang boleh
digunakan. Ini termasuk:

8.1 Modul Pembelajaran

Modul pembelajaran yang merangkumi topik seperti sejarah, budaya, agama, bahasa,
adat resam, dan kehidupan dalam masyarakat Malaysia. Modul ini boleh menjadi panduan
utama dalam kursus.

8.2 Bahan Bacaan

Sumber bacaan yang merangkumi buku teks, artikel, jurnal dan buku yang berkaitan
dengan masyarakat dan budaya Malaysia. Bahan bacaan ini membantu pelajar memahami
dengan lebih mendalam tajuk yang diajar.

8.3 Video dan Multimedia

Penggunaan dokumentari video, filem, rakaman audio dan bahan multimedia yang
berkaitan dengan pelbagai aspek masyarakat dan budaya Malaysia. Ini dapat membantu
pelajar mengalami dan memahami topik dengan cara yang lebih visual.

8.4 Rancangan Lapangan

Lawatan lapangan ke tempat-tempat penting dan bersejarah di Malaysia seperti


muzium, tempat ibadat, taman kebudayaan, dan perkampungan orang asli. Ini membolehkan
pelajar melihat dan mengalami sendiri budaya dan kehidupan masyarakat yang berbeza.

16
8.5 Persembahan dan Demonstrasi

Demonstrasi oleh individu atau kumpulan yang mahir dalam bidang tertentu seperti
seni tradisional, muzik, tarian dan masakan. Antara bahan yang digunakan seperti baju
budaya, alat muzik, dan bahan masakan. Persembahan ini dapat memeriahkan pengalaman
pelajar.

8.6 Kerja Kumpulan dan Projek

Bahan yang digunakan seperti kamera, mikrofon, atau alat-alat untuk mengumpulkan
data jika projek melibatkan pengambilan gambar, rakaman audio, atau penyelidikan
lapangan. Hal ini memberi peluang kepada pelajar untuk mengambil bahagian dalam projek
berkumpulan yang berkaitan dengan aspek masyarakat dan budaya Malaysia. Ini
membolehkan pelajar berinteraksi dan bekerjasama dalam pengalaman pembelajaran yang
lebih praktikal.

8.7 Jemputan Cendekiawan Tempatan

Menjemput cendekiawan, pakar akademik atau tokoh tempatan untuk memberikan


syarahan atau sesi perbualan mengenai topik tertentu berkaitan masyarakat dan budaya
Malaysia.

8.8 Bahan Sumber Dalam Talian

Akses kepada tapak web, portal pendidikan, sumber dalam talian dan rangkaian sosial
yang berkaitan dengan topik pembelajaran. Ini membolehkan pelajar mencari maklumat
tambahan dan berkomunikasi dengan komuniti dalam talian yang berkaitan.

Gabungan bahan-bahan ini akan membantu mewujudkan pengalaman pembelajaran


yang lebih menyeluruh dan mendalam kepada pelajar dalam meneroka dan memahami
pelbagai dimensi masyarakat dan budaya Malaysia.

17
9.0 Metodologi Pengajaran/Strategi Pengajaran

9.1 Pembelajaran Berpusatkan Pelajar

Fokus pengajaran kepada pelajar dengan memberi peluang kepada mereka untuk aktif
dalam pembelajaran. Hal ini termasuk perbincangan berdasarkan soalan terbuka, projek
penyelidikan atau kajian lapangan yang memerlukan penyertaan pelajar yang aktif.

9.2 Penggunaan Teknologi

Mengintegrasikan teknologi dalam pengajaran dengan menggunakan laman web,


aplikasi, video dan sumber digital lain yang berkaitan dengan budaya Malaysia di kalangan
pelajar.

9.3 Kajian Tempatan

Pelajar diminta untuk menjalankan projek kajian tempatan dalam komuniti mereka
untuk memahami budaya dan sejarah tempatan serta memelihara warisan budaya sedia ada.
Dalam aktiviti ini guru bertanggungjawab mengiring pelajar ke pusat-pusat bersejarah seperti
muzium.

9.4 Penglibatan dalam Aktiviti Kebudayaan

Pelajar digalakkan mengambil bahagian dalam aktiviti kebudayaan seperti tarian,


muzik, seni halus, atau membuat makanan tradisional. Ini akan memberikan pengalaman
langsung dalam budaya Malaysia. Dalam aktiviti ini guru menjadi pemantau kepada pelajar
untuk memastikan pelajar mengambil bahagian.

9.5 Persembahan Kebudayaan

Pelajar digalakkan menganjurkan persembahan seni dan budaya, di mana mereka


boleh mempamerkan hasil pembelajaran mereka dalam bentuk persembahan tarian, muzik,
atau seni visual.

18
9.6 Lawatan Kebudayaan

Lawatan ke tapak bersejarah, muzium atau komuniti etnik di sekeliling pelajar. Ini
membolehkan pelajar melihat dan mengalami budaya secara langsung.

9.7 Bekerjasama dengan Komuniti Setempat

Pelajar Membina hubungan dengan komuniti etnik atau komuniti tempatan untuk
membawa pakar budaya tempatan sebagai rakan pembelajaran atau penceramah jemputan di
kursus ini.

9.8 Tugasan Penulisan Esei

Beri peluang kepada pelajar untuk menulis esei atau kertas kerja mengenai topik
budaya Malaysia yang menarik minat mereka.

10.0 Prosedur Penilaian / Penggredan

Prosedur penilaian dalam Kursus Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia di peringkat


sekolah menengah adalah penting untuk mengukur pencapaian dan pemahaman pelajar
tentang aspek budaya dan kebudayaan Malaysia.

10.1 Cadangan kaedah penilaian

Antara cadangan kaedah penilaian yang dilakukan ialah.

10.1.1 Projek Kajian Budaya Pelajar

Menilai projek kajian budaya pelajar adalah dengan menggunakan kriteria penilaian
yang berdasarkan matlamat kajian, metodologi kajian, dan hasil kajian.

19
10.1.2 Penyediaan Makanan Budaya Malaysia

Selain itu, menilai makanan budaya Malaysia adalah dengan menggunakan kriteria
penilaian yang melibatkan rasa, tekstur, persembahan dan unsur budaya dalam hidangan. Hal
ini adalah sebagai sebahagian daripada aktiviti penghakiman budaya.

10.1.3 Penulisan Esei atau Kertas Kerja

Penilai esei atau kertas kerja adalah dengan menggunakan rubrik pemarkahan. Rubrik
ialah alat yang membantu penilai menilai hasil kerja pelajar secara sistematik dan objektif
berdasarkan kriteria yang ditetapkan.

10.1.4 Pameran Booth Seni Budaya Yang Dianjurkan Oleh Guru

Penilaian booth pameran seni dan budaya adalah cara yang baik untuk memupuk
minat pelajar dan guru dalam seni dan budaya Malaysia, serta memberi mereka peluang
untuk meneroka dan menyelami unsur budaya yang berbeza.

10.0 Rujukan utama untuk kursus

Mohd Nor, N. M., Jamal, M. B., Kaspin, K. G., Rahman, M. H. A., Marzuki, M., & Ramlie,
H. (2021). Pemahaman Terhadap Kursus Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia
dalam Kalangan Pelajar Diploma Pelbagai Etnik di Universiti Pendidikan Sultan
Idris (UPSI). International Journal of Education, Psychology and Counselling 6 (39),
198-207.

Azat Khairi. (2011). Konsep 1Malaysia dan Cabaran Pelaksanaannya ke Arah Pemantapan
Perpaduan Sebuah Negara Bangsa. Sosiohumanika.

Azizi Jaafar, (2019). Asas Pembangunan Kurikulum dalam Pendidikan. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.

20
Newmark, P. (1988). A Textbook of Translation. London: Prentice Hall International.

Norshahrul Marzuki Mohd Nor1, Mohamad Basri Jamal, Khairul Gufran Kaspin,
Muhammad
Hasbi Abdul Rahman, Mazdi Marzuki, Habibah @ Artini Ramlie, (2021).
Pemahaman
Terhadap Kursus Masyarakat Dan Kebudayaan Malaysia Dalam Kalangan Pelajar
Diploma Pelbagai Etnik Di Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi). International
Journal Of Education, Psychology And Counselling (Ijepc). Universiti Pendidikan
Sultan Idris.

11.0 Maklumat tambahan lain

1. Surat kebenaran ibubapa mengikuti kursus ini akan diberikan kepada pelajar.
2. Pelajar akan mendapat sijil penyertaan dan hadiah setelah menyelesaikan kursus ini
dengan memenuhi keperluan penilaian yang dilakukan.
3. Makanan Pelajar akan disediakan.
4. Pelajar disarankan untuk membaca sumber-sumber tambahan berkaitan topik kursus
untuk memperdalam pemahaman berkaitan kursus ini.

21
Bahagian III

Lampiran Penyertaan Kelas Dalam Talian

Gambar 1

Gambar 2

22
Gambar 3

Gambar 4

23
Gambar 5

24

You might also like