Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 7

TUGASAN BERKUMPULAN

REVIEW FILEM “1 LITRE OF TEARS”

CDA 40303: GERAKAN DAKWAH


PUAN NIK NUR AZIZAH BINTI NIK HALMAN

IJAZAH SARJANA MUDA SAINS SOSIAL


(ANTROPOLOGI & DAKWAH) DENGAN KEPUJIAN

AHLI KUMPULAN 11

NAMA NO MATRIK
1 ROZILA SIFAUL VELIA BINTI SUNARTO 060468
2 MOHAMAD AIMAN BIN MOHD SHAH 060319
3 MUHAMMAD ARIF SYAMIM BIN MOHD RAMLI 059420
4 SAIDATUL NAJIHA BINTI NORMI ZAKARIA 059093
5 MUHAMMAD ASYRAAF BIN SUKIMAN 061512
6 MUHAMMAD SYUKRI BIN SUYUTI 059064
ROZILA SIFAUL VELIA BINTI SUNARTO - 060468

Filem “1 Litre of Tears” yang berasal daripada negara Jepun ini mengisahkan perjalanan
menyedihkan seoarang gadis muda yang secara tiba-tiba mengalami penyakit aneh yang luar
biasa dan boleh membawa maut. Filem ini yang berdasarkan kisah benar yang Bernama Aya
Kito membawa kita kepada pergolakkan emosi sambil memaparkan semangat dan keazaman
yang cukup kuat untuk meneruskan kehidupan yang perit itu.
Kisah ini berkisar mengenai Aya Ikeuchi yang waktu itu berusia 15 tahun dan baru
mengetahui dirinya mengalami penyakit Spinocerebellar Degneration iaitu sesuatu penyakit
gangguan penurunan fungsi pada otak dan saraf tulang belakang sehingga mengakibatkan
terjadinya gangguan pada Gerakan dan keseimbangan badan.
Persembahan dalam filem ini amatlah luarbiasa dengan penyampian gambaran siatuasi
yang sampai ke pihak penonton yakni membolehkan penonton berhubung dengan watak pada
emosi yang mendalam. Para pelakon seperti doktor juga memainka peranan iaitu berusaha
pelbagai cara untuk mendiagnos penyakit yang dialami oleh Aya. Pengarah Riki Okumura
mahir dalam menangkap intipati perjalanan Aya dengan meggabungkan detik-detik kesedihan
dengan contoh harapan dan ketabahan.
“1 Litre of Tears” bukan semata-mata kisah penderitaan, malah kisah mengenai
semangat untuk meneruskan hidup walaupun sedang dilanda musibah yang dahsyat. Dorongan
dan sokongan dari ahli keluarga dan juga rakan-rakan Aya mendorong lagi semangat Aya untuk
meneruskan kehidupan sehingga akhir hayatnya.
Berdasarakan filem ini, terdapat elemen-elemen islam yang boleh kita terapkan dalam
kehidupan. Elemen yang pertaama ialah ketabhan dan redha. Aya dalam film ini meneunjukkan
ketabahan dan keredhaan yang luar biasa untuk mengahdapi penyakitnya. Keberanian untuk
menerima takdir yang perit ini adalah satu semangat yang boleh dijadikan contoh teladan.
Elemen-elemen islam yang kedua ialah nilai kekeluargaan dan tanggungjawab. Di
dalam filem ini, boleh kita lihat dan perhatikan seluruh keluarga Aya saling bantu-membantu
menjaga Aya dan ibu Aya bertungkus-lumus berkerja demi membayar kos rawatan Aya. Tidak
dilupakan juga rakan-rakan sekolah Aya yang saling membantu menghukurkan tangan Ketika
Aya dalam kesulitan menjalanai aktivti di sekolah.
MOHAMAD AIMAN BIN MOHD SHAH - 060319

Dalam filem One Litre of Tears dalam drama televisyen Jepun berdasarkan pengalaman
sebenar Aya Kito, yang memerangi penyakit degeneratif spinocerebellar degeneration. Ia
adalah penyakit yang menyerang otak kecil dan tulang belakang dan menyebabkan gangguan
pada saraf motorik. Penderita akan kehilangan kendali terhadap saraf-saraf motoriknya secara
bertahap dan semakin lama keadaan fizikalnya akan semakin parah.
Walaupun siri ini memberi tumpuan terutamanya kepada perjuangan peribadi Aya dan
kesan terhadap keluarga dan rakan-rakannya, terdapat unsur-unsur yang boleh ditakrifkan
sebagai mempunyai bentuk Dakwah yang halus. Sebagai contoh seperti iman, harapan, dan
ketabahan. Perwatakan Aya melambangkan ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi
kesukaran yang amat besar. Keutamaan ini bergema dengan ajaran Islam yang mengharungi
ujian dengan sabar dan bertawakal kepada Allah.
Siri ini menggambarkan ikatan kekeluargaan yang kukuh dan kepentingan sokongan
keluarga semasa masa sukar. Nilai-nilai Islam juga menekankan kepentingan hubungan
kekeluargaan dan saling menjaga. Keazaman Aya untuk menjalani kehidupan yang bermakna
walaupun keadaannya boleh dilihat sebagai panggilan untuk mencari tujuan dan makna hidup,
selaras dengan prinsip Islam.
Akhir sekali, dalam situasi ini menggesa penonton untuk merenung tentang kerapuhan
kehidupan dan kematian yang tidak dapat dielakkan atau diulang kembali. Renungan sebegini
adalah tema umum dalam ajaran Islam, yang mendorong orang beriman untuk menjalani
kehidupan yang soleh dan mempersiapkan diri untuk kehidupan akhirat.
Ringkasnya, walaupun One Litre of Tears bukanlah secara eksplisit iaitu jelas dalam
saluran dakwah, ia hanya menyentuh tema universal yang selaras dengan nilai Islam tertentu.
Penonton dengan perspektif Islam mungkin mendapati unsur-unsur keimanan, ketahanan, dan
nilai kekeluargaan yang ada dalam kepercayaan islam, walaupun cerita ini tidak bersifat
keagamaan secara eksplisit. Adalah penting untuk mendekati tafsiran sedemikian dengan
pemahaman tentang konteks budaya dan fokus naratif utama cerita ini.
MUHAMMAD ARIF SYAMIM BIN MOHD RAMLI - 059420

Filem ini berkisahkan seorang gadis yang mempunyai sebuah penyakit iaitu “Ataksia Pinus
Carabela”. Penyakit tersebut disebabkan oleh kelainan genetic sehingga menyebabkan
penyusustan salah satu bahagian otak yang menyebabkan koordinasi, refleks serta
kesimbangan badang tidak dapat dikawal secara perlahan-lahan.
Sifat tolong menolong dapat dilihat pada rakan-rakan di sekolah pertama Aya. Rakan-
rakanya sentiasa menghulurkan bantuan sekiranya Aya memerlukannya. Contohnya, rakan-
rakanya menemani Aya ke kelas kerana dirinya berjalan lambat berikutan daripada penyakit
yang dihidapinya dan meneman Aya menungu ibunya di kedai roti untuk menjemputnya
pulang ke rumah selepas waktu sekolah. Selain itu, rakannya juga membantu Aya berdiri
selepas terjatuh ketika hendak menyeberangi jalan. Seterusnya, wanita kedai roti yang
menjadikan kedai roti miliknya sebagai tempat Aya menggu ibunya selepas waktu sekolah
tamat.
Komited dengan tugas dan tanggungjawab dapat dilihat pada doktor yang merawat
Aya. Selain daripada memberikan rawatan kepada Aya, doktornya jufa memberikan sokongan
moral kepada Aya untuk kekal positif agar proses penyusutan otak dapat diperlambatkan.
Selain itu, guru di sekolah khas juga komited dalam menghasilkan pelajar yang dapat
menyesuaikan diri dengan Masyarakat walaupun mempunyai banyak kekurangan. Gurunya,
rela dipandang keji demi memastikan anak-anak muridnya dapat berdikari tanpa bantuannya.
Sifat bertanggungjawab pula dapat dilihat pada watak ibu Aya. Hal ini demikian kerana
ibu Aya sentiasa berada di sisinya tidak kira dalam keadaan senang mahupun susah. Ibunya
sentiasa memberikan yang terbaik kepada Aya dari segi pendidikan, bantuan dan sokongan
moral.
Sifat positif yang terakhir dapat dilihat pada diri Aya sendiri iaitu optimistik dan
sentiasa berfikiran positif. Aya sentiasa menulis aktiviti hariannya pada diarinya seperti yang
disarankan oleh doktor walaupun kemampuan dan kemahiran menulis Aya berkurangan. Selain
itu, Aya sentiasa menghadiri rawatan terapi dan melatih vokalnya walaupun dirinya menyedari
tahap kesihatanya semakin merosot.
SAIDATUL NAJIHA BINTI NORMI ZAKARIA – 059093

Filem “1 Litre of Tears” ini merupakan sebuah adaptasi daripada kisah benar
berdasarkan daripada catatan harian seorang remaja yang berasal daripada negara Jepun yang
bernama Aya Kito. Aya merupakan penghidap penyakit saraf yang bernama Ataxia
Spinocerebellar. Penyakit ini merupakan sebuah penyakit neurodegeneratid yang
mempengaruhi sistem saraf pusat khususnya cerebellum. Penyakit ini boleh menyebabkan
gangguan pada keseimbangan dan juga kemampuan pergerakan dan perbicaraan
Kebiasaannya, penyakit ini bertindak progresif iaitu simptom yang semakin hari semakin
memburuk seiring dengan berjalannya waktu. Dalam cerita ini, penyakit ini telah menyebabkan
gangguan fungsi kepada beberapa organ pada tubuh Aya sehingga menyebabkan kemampuan
dirinya semakin hari semakin terbatas.
Tajuk “1 Litre of Tears” digunakan sebagai tajuk filem ini untuk menggambarkan
perjuangan dan penderitaan yang dialami oleh Aya sepanjang hayatnya untuk meneruskan
kehidupan sehariannya yang semakin lama semakin terasa sukar kerana penyakitnya semakin
parah. Aya menggambarkan satu liter air mata itu sebagai simbolik kepada segala emosi yang
dirasakan olehnya yang menunjukan dirinya seorang yang kuat dan tabah dalam mengharungi
dugaan hidupnya.
Berdasarkan daripada cerita ini terdapat banyak elemen yang boleh dijadikan iktibar
oleh umat Islam. Pada awal kehidupannya Aya merupakan seorang remaja yang sangat ceria,
bersemangat dan penuh impian walaupun hidupnya mula berubah apabila disahkan menghidap
penyakit semangatnya untuk terus berjaya tidak pernah pudar. Antara perjuangan yang
dilakukan ialah dengan meneruskan penulisan catatan hariannya untuk berkongsi cerita kepada
orang lain bagi memberikan inspirasi dan semangat kepada penghidap penyakit sepertinya.
Aya juga menunjukkan keteguhan imannya apabila dia menerima setiap takdir yang ditentukan
keatas dirinya dengan lapang dada. Karakter Aya dalam filem ini seharusnya dijadikan inspirasi
oleh umat Islam antaranya ialah melalui sikap ketabahan dalam diri, keberanian untuk
mengharungi segala dugaan secara bersendirian, dan juga semangat diri yang tak pernah padam
dalam meneruskan kehidupan.
Sebagai umat Islam, elemen tersebut seharusnya diterapkan dalam diri kerana setiap
tindak tanduk kita adalah dibawah jagaan rahmat Allah dan kita seharusnya yakin dengan
pertolongan daripada Allah untuk mengharungi segala dugaan dalam kehidupan kita. Aya juga
mengajarkan kita tentang kepentingan untuk menghargai setiap saat dalam hidup kita dengan
mencari jalan kebahagiaan meski sedang berada dalam kesulitan hal ini juga dapat dikaitakn
dengan sentiasa menghargai dan mensyukuri segala keadaan yang kita hadapi agar hidup kita
didunia dan akhirat lebih diberkati.
MUHAMMAD ASYRAAF BIN SUKIMAN – 061512

Filem “One Litre of Tears” dari kisah benar seorang gadis muda bernama Aya Kito
yang didiagnosis menghidap penyakit degeneratif yang jarang dipanggil degenerasi
spinocerebellar. Filem ini menceritakan tentang perjalanan Aya ketika dia berani menghadapi
cabaran penyakitnya dengan. Naratif itu menyerlahkan keazaman dan ketabahan Aya ketika
dia menghadapi batasan fizikal yang dikenakan oleh penyakit itu sambil terus mengejar
impiannya. Selain itu, filem ini merakamkan intipati semangat pantang menyerah Aya dan
kesan mendalam yang dia ada pada mereka yang ditemuinya. Naratif yang menyentuh hati ini
secara berkesan menggambarkan perjuangan yang dihadapi oleh individu yang mempunyai
keadaan yang melemahkan, menggalakkan penonton untuk merenung nilai ketahanan dan
belas kasihan.
Filem ini juga berjaya memaparkan konsep dakwah atau dakwah Islamiah melalui
penggambaran ketahanan, keimanan, dan kepentingan sokongan masyarakat. Watak utama,
Aya, berperanan sebagai penjelmaan nilai-nilai Islam ini ketika dia mengharungikehidupannya
dengan penyakit degeneratif, tidak pernah putus harapan dalam menghadapi kesusahan.
Melalui perjuangannya, filem itu meningkatkan kesedaran tentang kerapuhan kehidupan,
keperluan bergantung kepada Tuhan, dan kepentingan menaikkan satu sama lain.
Penggambaran ini selaras dengan prinsip dakwah dalam Islam, yang menekankan keperluan
umat Islam untuk menyebarkan belas kasihan, pemahaman, dan kerohanian antara lain. Dengan
mempamerkan keimanan Aya yang tidak berbelah bahagi dan kebaikan yang diberikan oleh
orang yang disayanginya, filem ini menggalakkan penonton merenung kehidupan mereka
sendiri, memupuk pemahaman yang lebih mendalam tentang Islam dan ajarannya. Secara
keseluruhannya, “One Litre of Tears” menyinari kekuatan iman, ketahanan, dan
kemasyarakatan, menjadikannya filem teladan dalam menerokai konsep dakwah dalam Islam.
MUHAMMAD SYUKRI BIN SUYUTI – 059064

Kisah “1 litre tears” merupakan sebuah filem yang diangkat daripada kisah benar
berkenaan dengan seorang remaja yang menghidapi ataksia spinoserebelar iaitu sebuah
penyakit yang berpunca daripada masalah serebrum dan saraf tunjang.
Kisah ini diambil daripada diari yang di tulis oleh remaja itu sendiri iaitu Aya Ikeuchi
ketika berumur 15 tahun, yang mana beliau menulis diari ini bertujuan untuk memberi
semangat baru kepada pesakit yang mengalami penyakit seperti beliau. Ibu Aya menyedari
penyakit beliau selepas melihat ketidakseimbangan Aya ketika berjalan sehingga terjatuh yang
menyebabkan kawasan muka Aya terluka. Selepas dibawah ke hospital Dokter telah di
diagnosis mempunyai ataksia spinoserebelar.
Selepas berlakunya diagnosis kepada Aya bermulanya cabaran dan rintangan yang
dihadapi oleh beliau yang mana secara perlahan kekuatan pada kaki semakin berkurang
menyebabkan ramai rakan Aya terpaksa menolong beliau untuk ke kelas. Guru yang melihat
keadaan tersebut menyeru keluarga Aya untuk memberhentikan Aya daripada bersekolah
kerana menganggu pelajar yang lain. Oleh itu keluarga Aya menghantar beliau ke sekolah khas
iaitu sebuah sekolah yang mendidik dan memberi bimbingan kepada remaja atau kanank-kanak
istimewa.
Sepanjang berada di sekolah khas, Aya mempunyai semangat yang baru dimana rakan-
rakan yang ada saling menyokong antara satu sama lain terutama sekali ketika membuat
persembahan khas kepada ibu bapa dan keluarga mereka. Setelah beberapa lama di sekolah
khas Aya terpaksa dikeluarkan kerana penyakit beliau yang semakin parah, oleh sebab itu Aya
telah menghabiskan masa beliau bersama keluarga sehinggalah meninggal dunia ketika
berumur 25 tahun.
Daripada filem ini sedikit sebanyak telah memberikan motivasi kepada para pesakit
yang menghadapi penyakit yang kronik untuk terus berusaha menghadapi kehidupan seperti
mana yang ditunjukkan oleh Aya walaupun beliau hanya berumur 15 tahun tetapi kekuatan
mental dan semangat beliau jauh lebih hebat berbanding orang-orang yang tidak menghidap
penyakit. Pengajaran yang dapat diperoleh daripada kisah ini juga ialah keteguhan seorang ibu
yang mengasuh dan mendidik anak yang mempunyai penyakit kronik sehingga Aya mampu
untuk menghadapi penyakit yang dialaminya.

You might also like