Perbandingan Kurikulum Malaysia, Finland, USA

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 28

DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

2023/2024

KURSUS PQI6004

APLIKASI PEMBANGUNAN DAN PENILAIAN KURIKULUM

PROJEK KUMPULAN
PERBANDINGAN KURIKULUM PENDIDIKAN DI MALAYSIA,
FINLAND DAN AMERIKA SYARIKAT

AHLI KUMPULAN

NAMA NO. MATRIK


IRSYAD AIMAN BIN AHMAD KASHLAN 22086421
MOHAMAD NOR IQMAL BIN NOOR HADI 22091157
MUHAMMAD HAFIZ BIN ABD MOHD NASIR 22087068
MUHAMAD AMINUDDIN BIN ZAIEDI S2160207
MUHAMMAD AIMAN ASYRAF BIN IMEL 22088006
AHMAD FAATEH BIN HALIM 22087026
MUHAMMAD LUQMAN BIN JARIAH 22099392

NAMA PENSYARAH : PROF. MADYA DR RAFIZA ABD RAZAK


ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN .............................................................................................. 3


2.0 PERBEZAAN KURIKULUM DI MALAYSIA, FINLAND DAN
AMERIKA SYARIKAT ........................................................................................ 6
3.0 PERSAMAAN KURIKULUM DI MALAYSIA, FINLAND DAN
AMERIKA SYARIKAT ...................................................................................... 10
3.1 Sistem Pendidikan Khas yang Inklusif ...................................................... 10
3.2 Teknologi dalam Pendidikan ..................................................................... 11
3.3 Kepentingan Pendidikan Awal ................................................................... 13
4.0 KEKUATAN SISTEM PENDIDIKAN ........................................................ 16
5.0 KELEMAHAN SISTEM PENDIDIKAN .................................................... 22
6.0 KESIMPULAN ............................................................................................. 27
7.0 RUJUKAN .................................................................................................... 28

2
1.0 PENGENALAN

Sistem pendidikan disifatkan sebagai wujud sepanjang zaman kanak-kanak dan remaja bagi
individu yang membentuk masyarakat, contohnya ia menikmati bahagian organisasi dalam
pelbagai tempoh yang meliputi tempoh yang disebutkan dalam kehidupan seseorang, iaitu
pendidikan awal, utama, menengah. Mengikut keperluan dan kepentingan setiap negara, sistem
pendidikan dapat diorganisasikan ke dalam tahap yang lebih rendah yang pada umumnya
berumur antara 5 hingga 18 tahun. Sebaliknya, pengajaran dibahagikan kepada subjek,
diselesaikan wajib dan meliputi pelbagai cabang pengetahuan.

Sistem Pendidikan di Malaysia merupakan asas penting bagi membangunkan


masyarakat dan negara kearah yang lebih baik. Malaysia merupakan negara yang mempunyai
masyarakat majmuk di manasetiap dasar yang dilaksanakan perlu selari dengan keperluan
masyarakat. Dasar pendidikan yang dilaksanakan bukan sahaja bertujuan untuk memberi
pelajaran di sekolah semata-mata tetapi sebagai alat untuk merealisasikan perpaduan bangsa.
Melalui sistem persekolahan, masyarakat dibentuk dengan memberi pelajaran kepada semua
rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa,agama, dan warna kulit. Bagaimanapun, setelah 53
tahun mengecapi kemerdekaan, masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa masih lagi tidak
menunjukkan hubungan perpaduan yang kukuh. Sehingga kini, masyarakat Malaysia masih
terpisah melalui sistem persekolahan, iaitu sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan
Cina, dan sekolah jenis kebangsaan Tamil. Oleh itu, pihak kerajaan perlu mengambil perhatian
serius dalam memastikan isu-isu Pendidikan dikawal dengan sebaiknya supaya hubungan
masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa sentiasa berada dalam keadaan yang harmoni; atau
malah menemui kegagalan sekiranya sistem pendidikan tidak dilaksanakan dengan baik dan
telus.

Sistem Pendidikan di Finland pula dibuat secara percuma yang mana negara tersebut
menyediakan perkhidmatan asas kepada rakyat seperti kebajikan sosial, kesihatan dan
Pendidikan. Finland berkhidmat dengan baik kepada semua pelajar tanpa mengira latar
belakang keluarga, sosio-ekonomi, status dan kemampuan sehingga dinobat sebagai sistem
pendidikan yang terbaik di dunia. Tambahan pula, pelbagai langkah dilaksanakan bagi
memastikan sistem Pendidikan mendapat tempat terbaik di peringkat global melalui
pendidikan, latihan dan inovasi dalam perkhidmatan pendidikan negara tersebut. Seterusnya,
pemberian dan pinjaman serta bantuan kewangan diberikan kepada institusi pengajian tinggi
untuk membuka peluang kepada mahasiswa melanjutkan pengajian mereka.

3
Pendidikan Amerika agak pelbagai, jadi setiap orang boleh memilih sendiri laluan
individu dalam menguasai pengetahuan. Mereka diajar untuk menggunakan bahasa “I can “, “I
will” dan “I believe” dalam suasana pembelajaran mereka supaya terzahir tindakan daripada
pembudayaan bahasa tersebut. Apabila melihat, mendengar, dan membudayakan penggunaan
bahasa yang optimis, minda separa sedar akan menghadam perkataan tersebut membentuk
sikap yang akhirnya membentuk tindakan yang menjadi respon kepada pemikiran tersebut.
Sebab itu kebanyakan mereka ini apabila dewasa menjadi orang yang lantang memberi
pendapat, mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan berani berpegang kepada pendirian
masing-masing walaupun orang lain tidak bersetuju. Sistem pendidikan Amerika
menggunakan pensil daripada sekolah rendah sehinggalah ke peringkat pengajian PhD
sekalipun. Falsafah disebaliknya ialah setiap kesalahan boleh dipadam dan diperbaiki. Tiada
peperiksaan kemasukan ke institut dan universiti, setiap pelajar menulis kertas ujian dalam
mata pelajaran sepanjang tahun, dan keputusan pada akhir tahun dihantar bukan sahaja ke
bahagian pendidikan sekolah, tetapi juga ke kolej dan universiti. Selepas tamat pengajian,
setiap pelajar hanya boleh mempertimbangkan jemputan dari pelbagai institusi pendidikan
untuk belajar atau menghantar permintaan kepada mereka sendiri, menunggu jawapan.

IGCSE (International General Certificate of Secondary Education), GCSE (General


Certificate of Secondary Education) dan IBMYP (International Baccalaureate Middle Years
Programme) adalah tiga program pendidikan menengah yang berbeza dengan tujuan dan
struktur yang berbeza. IGCSE adalah program pendidikan menengah yang diiktiraf secara
antarabangsa dan ditawarkan oleh Cambridge Assessment International Education (CAIE).
IGCSE menyediakan kelayakan pendidikan menengah untuk pelajar di seluruh dunia. Biasanya
diambil oleh pelajar pada peringkat menengah atas iaitu sekitar umur 14-16 tahun. Melibatkan
sejumlah mata pelajaran wajib dan elektif termasuk mata pelajaran seperti Bahasa Inggeris,
Matematik, Sains, dan mata pelajaran elektif yang berbeza bergantung kepada minat pelajar.
IGCSE melibatkan ujian bertulis, ujian amali dan kursus berterusan. Penekanan diberikan
kepada pembangunan kemahiran analisis dan pemikiran kritis.

Seterusnya, GCSE adalah program pendidikan menengah yang diiktiraf di United


Kingdom dan merupakan sebahagian daripada sistem pendidikan di England, Wales dan
Northern Ireland. Ini adalah kelayakan penting untuk pelajar di peringkat menengah atas
biasanya antara berumur 14-16 tahun. Penilaian GCSE melibatkan ujian bertulis dan komponen
berterusan. Keputusan GCSE adalah faktor penting dalam menentukan peluang pelajar untuk
melanjutkan ke peringkat A-level atau pengajian tinggi yang lain.

4
IBMYP adalah program pendidikan menengah yang dikembangkan oleh International
Baccalaureate Organization (IBO). Ia dirancang untuk melibatkan pelajar pada peringkat
menengah dalam pendidikan antarabangsa dan pembangunan secara holistik. Program ini
jugak diperuntukkan untuk pelajar berusia 11-16 tahun. Ia menyediakan kerangka kerja yang
holistik termasuk mata pelajaran penting seperti Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan mata
pelajaran individu yang disusun mengikut bidang pembelajaran. IBMYP juga menggunakan
penilaian formatif dan sumatif. Penekanan diberikan kepada pembangunan pelajar dalam lima
bidang tumpuan antaranya Komunikasi, Kesejahteraan, Berfikiran kritis, Pembelajaran dan
Penggabungan ilmu.

Walaupun tiga program ini mempunyai fokus kepada pendidikan menengah, struktur,
penekanan dan pengiktirafan mereka adalah berbeza. Pemilihan program bergantung kepada
keperluan pelajar, tujuan pendidikan mereka dan konteks pendidikan tempat mereka berada.

5
2.0 PERBEZAAN KURIKULUM DI MALAYSIA, FINLAND DAN
AMERIKA SYARIKAT

Malaysia

Peperiksaan SPM merupakan Peperiksaan terpenting bagi pelajar akhir iaitu pelajar tingkatan
5 untuk mereka menentukan haluan mereka di peringkat yang lebih tinggi. Pelajar dikehendaki
mengambil sejumlah mata pelajaran tertentu termasuk mata pelajaran wajib seperti Bahasa
Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sejarah. Selain mata pelajaran wajib, pelajar
mempunyai pilihan untuk mengambil mata pelajaran elektif. Mata pelajaran elektif ini boleh
berbeza bergantung kepada minat dan kehendak pelajar. Keputusan SPM adalah kriteria utama
untuk pelajar memohon masuk ke universiti atau institusi tinggi di Malaysia.

Skor SPM membentuk sebahagian daripada syarat kelayakan masuk ke pelbagai


program pengajian. SPM adalah satu penilaian besar yang mengukur tahap pencapaian
akademik pelajar di peringkat menengah atas. Hasilnya,mencerminkan kebolehan dan
pemahaman pelajar dalam pelbagai mata pelajaran. Mata pelajaran elektif yang dipilih oleh
pelajar termasuk subjek seperti Sains Sukan, Seni Visual, Perdagangan dan lain-lain.

Pilihan mata pelajaran elektif memberikan peluang kepada pelajar untuk menentukan
kepakaran dan mengembangkan kemahiran dalam bidang-bidang tertentu. SPM mengambil
kira kebolehan dan bakat pelajar melalui pelbagai pilihan mata pelajaran elektif. Keputusan
SPM sering digunakan oleh majikan sebagai satu daripada kriteria untuk menilai kelayakan
untuk pekerjaan tertentu.

Finland

Finland terkenal dengan sistem pendidikan yang sangat baik dan holistik. Pelajar di Finland
tidak perlu mengulangkaji pelajaran demi peperiksaan. Kurikulum sekolah mereka tiada
sebarang ujian atau peperiksaan spesifik seperti di Malaysia. Malah, pelajar tahun akhir sekolah
menengah tidak diwajibkan mengambil National Matriculation Exam. Tiada tekanan untuk
mendapatkan gred terbaik atau skor tertinggi. Ini membolehkan para pelajar menerokai bakat
dan kelebihan diri mereka tanpa perlu bergantung terhadap pencapaian akademik semata-mata.

6
Pelajar di Finland memasuki tahap pendidikan menengah setelah menamatkan sekolah
menengah rendah sekitar umur 16 tahun. Terdapat dua jalur utama iaitu pendidikan menengah
umum yang membawa kepada ujian matrikulasi dan pendidikan menengah profesional yang
memberikan kemahiran praktikal untuk kehidupan seharian dan mempersiapkan pelajar untuk
pasaran pekerjaan. Bagi mereka yang memilih pendidikan menengah umum yang membawa
kepada ujian matrikulasi, terdapat ujian akhir kebangsaan. Ujian ini memerlukan pelajar untuk
mengambil ujian mata pelajaran tertentu dan skor diterjemahkan dalam nilai matrikulasi yang
dapat digunakan untuk memohon masuk ke universiti.

Tujuan ujian ini untuk menilai pengetahuan dan kemahiran pelajar selepas
menyelesaikan pendidikan menengah umum. Hasil ujian matrikulasi digunakan sebagai
kriteria pemilihan untuk pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat universiti atau
institusi tinggi yang lain. Pelajar dikehendaki mengambil ujian dalam beberapa mata pelajaran
tertentu yang berkaitan dengan program pengajian yang mereka pilih untuk masuk ke
universiti. Ujian matrikulasi di Finland boleh melibatkan soalan bertullis, amali atau ujian lain
yang sesuai dengan tuntutan mata pelajaran. Mata pelajaran yang diambil bergantung kepada
bidang pengajian yang dipilih oleh pelajar. Contohnya, pelajar yang berminat dalam bidang
sains mungkin akan mengambil ujian dalam matematik, kimia dan fizik. Ujian ini juga
memfokuskan pada penilaian mata pelajaran yang berkaitan dengan bidang pengajian yang
dipilih.

Amerika Syarikat

Pendidikan di Amerika Syarikat telah disusun oleh American Common Core State Standards.
Oleh itu, mereka telah bahagi kepada dua peringkat di sekolah menengah iaitu, junior high
school dan senior high school. Sistem pendidikan di AMERIKA SYARIKAT mempunyai mata
pelajaran yang wajib dipelajari oleh pelajar. Contohnya, Sains (meliputi Biologi, Kimia, Fizik),
Matematik, English, dan Physical Education seperti pendidikan jasmani di Malaysia.

SATs (Scholastic Assessment Test) merupakan ujian Penilaian sekolah menengah. Ia


adalah ujian standard yang biasanya diambil oleh pelajar sekolah menengah tingkat atas di
Amerika Syarikat. Ujian ini direka untuk menilai kemampuan pelajar dalam bahasa inggeris
dan matematik, dan skor SAT sering digunakan sebagai kriteria untuk masuk ke kolej dan
universiti. Dalam matematik, terbahagi kepada 2 bahagian satu yang membenarkan
penggunaan kalkulator dan satu yang tidak membenarkan penggunaan kalkulator. Soalan-

7
soalan yang diberikan berkaitan dengan topik seperti algebra, geometri, statistik dan kemahiran
kritis matematik lain. Kemudian, bahagian bahasa Inggeris juga terdiri daripada 2 bahagian
iaitu pertama tentang membaca yang menguji pemahaman bacaan dan satu bahagian penulisan
yang melibatkan soalan tentang tata bahasa, penulisan dan kosa kata.

Pelajar seringkali mengambil ujian SAT sebagai satu faktor yang diambil kira dalam
proses permohonan masuk ke kolej atau universiti di Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun,
sesetengah institusi juga mungkin mempertimbangkan prestasi akademik, aktiviti kokurikulum
dan elemen lain semasa menilai permohonan.

8
MALAYSIA FINLAND AMERIKA SYARIKAT

Disusun oleh
Disusun oleh Finnish National Disusun oleh American
Kementerian Pendidikan
Board of Education Common Core State Standards
Malaysia

Pendidikan Menengah
Pendidikan Menengah (Secondary School)
Pendidikan Menengah
Tingkatan 1 - 5 - Senior High School
Berumur 18 -19 tahun
Berumur 13 - 17 tahun Gred 9 - 12
Berumur 14 - 18 tahun

SATs (Scholastic Assessment


SPM National Matriculation Exam
Test)

Wajib:
Bahasa ibunda (Finnish,
Wajib:
Swedish)
Bahasa Melayu SATs:
Bahasa Inggeris Membaca
Pilihan:
Pendidikan Islam Menulis dan Bahasa
Matematik
Pendidikan Moral Matematik
Bahasa Kebangsaan kedua
Sejarah
Bahasa Asing
Matematik
Kemanusiaan dan sains semula
Sains
jadi

Jadual 1.0 : Perbezaan kurikulum di Malaysia, Finland dan Amerika Syarikat.

9
3.0 PERSAMAAN KURIKULUM DI MALAYSIA, FINLAND DAN
AMERIKA SYARIKAT

3.1 Sistem Pendidikan Khas yang Inklusif

Malaysia

“Sekolah Pendidikan Khas” di Malaysia merujuk kepada sekolah pendidikan khas yang
memenuhi keperluan murid berkeperluan khas atau kurang upaya. Sekolah-sekolah ini direka
bentuk untuk menyediakan pendidikan dan perkhidmatan sokongan yang disesuaikan untuk
memenuhi keperluan unik pelajar yang mempunyai pelbagai ketidakupayaan, seperti
ketidakupayaan fizikal, ketidakupayaan pembelajaran, kecacatan deria dan ketidakupayaan
intelek.

Matlamat sekolah ini adalah untuk memastikan murid berkeperluan khas menerima
pendidikan inklusif dan berkualiti yang memenuhi keperluan individu mereka. Sekolah
pendidikan khas di Malaysia menawarkan pelbagai perkhidmatan, termasuk kaedah pengajaran
khusus, teknologi bantuan, dan terapi untuk membantu pelajar mengatasi cabaran dan
mengembangkan potensi penuh mereka.

Kementerian Pendidikan Malaysia bertanggungjawab untuk menyelia dan mengawal


selia perkhidmatan pendidikan khas di negara ini. Ia berfungsi untuk memastikan terdapat
akses yang sama kepada pendidikan untuk semua pelajar, termasuk mereka yang berkeperluan
khas.

Finland

• Sokongan umum (general support)

Sokongan umum adalah hak semua murid di mana untuk pelajar yang berada di kategori khas
akan diberi peluang untuk menjalani ujian seperti pelajar biasa. Sebagai contoh pelajar khas
yang bakal menduduki peperiksaan akan dihadiri oleh ibu bapa untuk membincangkan adakah
mereka perlu ditemani oleh guru pengiring semasa menjawab peperiksaan agar masalah
‘anxiety’ dapat dielakkan.

10
• Sokongan intensif (intensified support)

Sokongan intensif adalah sokongan sepenuh masa untuk murid yang mempunyai keperluan
khas kekal seperti dyslexia, asd, adhd dan lain-lain. Ia berlaku di dalam kelas biasa, dan
adakalanya di dalam kelas atau sesi berasingan. Namun murid tetap berada di dalam kelas arus
perdana

• Sokongan khas (special support)

Sokongan khas pula, adalah sokongan untuk murid yang tahap 'impairment' mereka tegar, maka
mereka berada di kelas khas. Jumlah kelas ini mengecil di Finland kerana kejayaan intervensi
awal itu tadi. Memposisikan murid berkeperluan khas di kelas arus perdana memang mencabar,
dan guru-guru memang ada menyuarakan keletihan mereka mengendalikannya.

Amerika Syarikat

Individuals with Disabilities Education Act (IDEA)

Akta Pendidikan Individu Kurang Upaya (IDEA) ialah undang-undang persekutuan di Amerika
Syarikat yang mengawal perkhidmatan pendidikan khas yang diberikan kepada kanak-kanak
kurang upaya. IDEA memastikan pelajar kurang upaya mendapat akses kepada pendidikan
awam (FAPE) yang percuma dan sesuai yang disesuaikan dengan keperluan individu mereka.
Undang-undang ini menekankan kepentingan menyediakan perkhidmatan dalam persekitaran
yang paling tidak terhad, membenarkan pelajar kurang upaya belajar dan mengambil bahagian
di sekolah bersama rakan sebaya mereka yang tidak cacat setakat yang mungkin.

3.2 Teknologi dalam Pendidikan

Malaysia

Di Malaysia, teknologi dalam pendidikan telah menjadi fokus penting dalam upaya
meningkatkan kualiti pendidikan. Beberapa aspek utama teknologi dalam pendidikan Malaysia
melibatkan:

• Penggunaan Peralatan Elektronik

Sekolah-sekolah di Malaysia semakin menggunakan teknologi dengan menyediakan peranti


berteknologi seperti komputer, laptop, dan tablet di ruang kelas. Ini memungkinkan pelajar

11
untuk mengakses sumber digital dan melibatkan diri dalam pembelajaran interaktif. Kerajaan
secara amnya telah mula menyedari hal ini sangat penting kerana mengikut peredaran zaman.
Golongan yang tidak berkemampuan telah mendapat bantuan alatan ini secara percuma agar
mereka juga dapat mengikuti peredaran zaman dengan sempurna kerana zaman kini banyak
ilmu boleh didapati melalui alam maya dan juga kelas juga disampaikan melalui alam maya.

• Platform Pembelajaran(E-Learning)

Peningkatan penggunaan platform pembelajaran alam maya, baik di peringkat sekolah


mahupun pengajian tinggi, memudahkan pelajar untuk mengakses bahan pembelajaran, tugas,
dan ujian secara online. Platform ini juga menyokong pembelajaran jarak jauh dan banyak
kelebihan yang boleh kita dapati seperti pelajar yang tidak sihat juga boleh belajar melalui
kaedah ini.

Finland

Di Finland, penggunaan teknologi dalam pendidikan juga menjadi aspek penting dalam
mengembangkan dan meningkatkan sistem pendidikan.

• Pembelajaran Online dan Digital

Penggunaan platform pembelajaran online dan digital diintegrasikan ke dalam kurikulum.


Pelajar dan guru dapat mengakses sumber pembelajaran secara atas talian untuk memantapkan
proses pengajaran dan pembelajaran.

• Penggunaan Aplikasi Pendidikan

Aplikasi pendidikan digunakan untuk menyokong pembelajaran di dalam dan di luar kelas.
Aplikasi ini dapat berupa alat pembelajaran interaktif, permainan pendidikan, atau platform
pembelajaran online yang disesuaikan dengan keperluan pelajar.

Amerika Syarikat

Di Amerika Syarikat, teknologi telah menjadi komponen integral dalam sistem Pendidikan.

• Sistem Pengurusan Pembelajaran

Sistem Pengurusan Pembelajaran (LMS) ialah perisian atau platform berasaskan web yang
direka untuk mengurus, menyampaikan dan menjejaki aktiviti pembelajaran dalam
persekitaran pendidikan.

12
• Big Data dan Analisis Pendidikan

Pengumpulan dan analisis data dalam pendidikan telah menjadi lebih umum. Guru dan
pentadbir akan menggunakan data untuk mengidentifikasi graf, memahami kemajuan pelajar,
dan mengembangkan strategi pengajaran yang lebih efektif.

3.3 Kepentingan Pendidikan Awal

Malaysia

Pendidikan awal di Malaysia dianggap sangat penting dan memiliki berbagai keuntungan untuk
perkembangan para pelajar.

• Persiapan untuk Pendidikan Rendah

Pendidikan awal memberikan pendedahan yang sempurna untuk pendidikan selanjutnya.


Pelajar yang menjalani pendidikan awal dengan baik cenderung lebih bersedia untuk memasuki
tingkat pendidikan formal yang lebih tinggi.

• Pendidikan untuk Semua

Pendidikan awal di Malaysia berusaha untuk mencapai prinsip "Pendidikan untuk Semua,"
memberikan akses pendidikan yang setara bagi semua pelajar, tanpa memandang latar belakang
atau ekonomi

Finland

Pendidikan awal di Finland, atau yang dikenal sebagai "Varhaiskasvatus," memainkan peran
penting dalam sistem pendidikan negara ini.

• Pendekatan Holistik

Pendidikan awal di Finlandia memiliki pendekatan holistik yang memperhatikan semua aspek
perkembangan pelajar, termasuk fizikal, sosial, emosi, dan kognitif.

• Kelas Campuran

Pelajar-pelajar di kelas pendidikan awal Finland sering kali berada di kelas campuran, yang
bererti mereka berasal dari berbagai latar belakang dan tahap kecekapan. Hal ini menciptakan
lingkungan inklusif dan merangsang kerjasama antara mereka.

13
Amerika Syarikat

Pendidikan awal di Amerika Syarikat melibatkan berbagai jenis program dan pendekatan yang
ditujukan untuk para pelajar sebelum mereka memasuki sistem pendidikan formal.

• Fokus pada Pembelajaran Melalui Bermain

Banyak program pendidikan awal di Amerika Syarikat menekankan pembelajaran melalui


bermain. Pelajar diberikan kesempatan untuk bereksplorasi, berekreasi, dan membangun
keterampilan sosial, kognitif, dan kawalan motor melalui aktiviti bermain.

• Pendekatan Pembelajaran Individual

Program pendidikan awal di Amerika Syarikat cenderung mengakui perbezaan individual


dalam perkembangan pelajar. Guru berusaha memberikan dorongan sesuai dengan keperluan
anak untuk memastikan setiap anak dapat berkembang secara optimal.

14
AMERIKA
CIRI-CIRI MALAYSIA FINLAND
SYARIKAT

- Sokongan umum
(general support)
Individuals with
Sistem Pendidikan Pendidikan Khas - Sokongan intensif Disabilities
Khas yang Inklusif (intensified support) Education Act
(IDEA)
- Sokongan khas
(special support)

- Penggunaan
- Pembelajaran
Peralatan Elektronik - Sistem Pengurusan
Online dan Digital:
Teknologi dalam Pembelajaran
Pendidikan - Platform Big Data dan
- Penggunaan
Pembelajaran Analisis Pendidikan
Aplikasi Pendidikan
(E-Learning)

- Fokus pada
- Persiapan untuk Pembelajaran
- Pendekatan
Pendidikan Rendah Melalui Bermain
Kepentingan Holistik
Pendidikan Awal
- Pendidikan untuk - Pendekatan
- Kelas Campuran
Semua Pembelajaran
Individual

Jadual 2.0 : Persamaan kurikulum di Malaysia, Finland dan Amerika Syarikat.

15
4.0 KEKUATAN SISTEM PENDIDIKAN

Malaysia (Sijil Pelajaran Malaysia)

• SPM sebagai tanda aras pendidikan

SPM ialah peperiksaan formal yang dilaksanakan dihujung tingkatan lima yang menjadi
penanda aras pencapaian pendidikan di peringkat sekolah menengah. Ia menilai pengetahuan
secara teori dan kemahiran pelajar dalam pelbagai mata pelajaran, menyediakan penilaian
standard dan sama untuk seluruh negara untuk menilai prestasi akademik.

• Kelayakkan untuk menyambung pelajaran ke peringkat seterusnya

Keputusan SPM diambil kira untuk menyambung pelajaran ke peringkat universiti, sama ada
universiti swasta, kerjaan , di dalam dan di luar negara. Keputusan SPM menentukan seseorang
berkelayakkan layak atau tidak ke bidang-bidang tertentu. Dengan keputusan yang baik, ia
akan membuka banyak kebarangkalian kepada pelajar untuk mendapat jurusan yang lebih
sukar dan professional sebagai contoh doktor dan peguam.

• Peluang kerjaya

SPM adalah kelayakan yang diiktiraf oleh majikan, dan keputusan sering digunakan sebagai
ciri-ciri untuk penempatan pekerjaan. Keputusan SPM yang baik boleh meningkatkan peluang
kerjaya. Sebagai contoh individu yang mempunyai keputusan yang cemerlang akan diberikan
keutamaan untuk menjawat jawatan awam dengan lebih mudah berbanding individu yang
mendapat keputusan yang lemah. Selain itu, bidang yang diambil oleh pelajar dalam SPM
adalah salah satu faktor pelajar akan diambil dalam sektor pekerjaan.

• Pilihan pengkhususan

SPM membolehkan pelajar memilih pengkhususan dalam bidang tertentu dengan memilih
mata pelajaran elektif sebagai contoh pengkhususan sains tulen perlu memilih sibjek biologi,
kimia dan fizik. Pengkhususan ini boleh membantu pelajar menyelaraskan pendidikan mereka
dengan minat dan matlamat kerjaya mereka. Individu yang berminat untuk menjadi seorang
doktor perubatan perlu memilih pengkhususan sains tulen kerana kedua perkara adalah selari
dengan keperluan bidang tersebut.

16
• Pengiktirafan negara

SPM ialah sijil yang diiktiraf di peringkat kebangsaan dan diakui oleh kerajaan malaysia,
menyediakan ukuran standard pencapaian pendidikan. Pengiktirafan ini memudahkan
perbandingan pelajar dari sekolah seluruh malaysia.

• Mengalakan Perkembangan individu

Proses persediaan dan peperiksaan untuk SPM menggalakkan pelajar mengembangkan


kemahiran belajar, pengurusan masa, dan disiplin. Kemahiran ini bernilai bukan sahaja untuk
kejayaan akademik tetapi juga untuk pembangunan peribadi dan profesional. Di samping itu,
kemahiran ini dapat di dapat di dalam pekerjaan kelak dan semasa di peringkat pengajian
tinggi.

• Persediaan untuk pengajian yang lebih tinggi

SPM direka untuk menilai kesediaan pelajar untuk pendidikan tinggi. Ia merangkumi pelbagai
mata pelajaran, membantu pelajar memperoleh asas pengetahuan yang luas yang boleh
memberi manfaat dalam meneruskan pengajian lanjutan.

• Penilaian holistik

SPM merangkumi komponen bertulis dan praktikal, menawarkan penilaian holistik kebolehan
pelajar. Ini boleh menjadi penting terutamanya dalam bidang yang memerlukan kemahiran
praktikal, seperti sains dan mata pelajaran teknikal.

• Pencapaian peribadi

Berjaya menamatkan SPM dan mencapai keputusan yang cemerlang boleh meningkatkan
keyakinan pelajar dan memberikan pencapain peribadi individu kerana semua individu yang
berpendidikan melalui proses ini. Pengalaman positif ini boleh menyumbang kepada
perkembangan peribadi mereka secara keseluruhan, sebagai contoh individu yang
mendapatkan keputusan yang cemerlang akan lebih yakin untuk membuat keputusan dan kerja
yang lain.

17
Finland (National Matriculation Exam)

• Pendidikan yang percuma

Pendidikan menengah atas adalah percuma untuk semua pelajar di Finland, dan kerajaan
menyediakan sokongan menyeluruh untuk pelajar, termasuk makanan dan pengangkutan
percuma. Ini banyak pengurangkan beban ibubapa kerana sesetengah ibubapa tidak mampu
menyara pendidikan disebabkan kos yang tinggi seperti uniform sekolah, kokurikulum dan
kos-kos tersembunyi.

• Pendidikan yang kualiti tinggi

Finland mempunyai kadar tamat pengajian sekolah menengah tertinggi di dunia dan terkenal
dengan peluang yang sama, fokus pada kesejahteraan pelajar dan pendekatan pembelajaran
yang inovatif. Pendidikan di finlanfd juga diakui oleh dunia luar dan antarabangsa.

• Saiz kelas yang kecil

Sekolah Finland mempunyai saiz kelas yang kecil, membolehkan perhatian individu kepada
pengajaran guru di dalam kelas kerana kurang gangguan dari rakan sekelas. Memupuk
persekitaran pembelajaran yang menggalakkan pemikiran kritis dan kerjasama. Di samping itu,
guru juga lebih fokus kepada setiap pelajar dan mengatur teknik pembelajaran dan pengajaran
yang baik.

• Guru yang mempunyai kepakaran tinggi

Guru Finland berpendidikan tinggi, menyumbang kepada kejayaan sistem pendidikan dan
latihan vokasional. Guru yang berpendidikan tinggi mengetahui teknik pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai untuk pelajarnya keran setiap pelajar mempunyai cara pendekatan
yang berlainan untuk berlajar.

• Pendidikan dan Latihan vokasional

Pendidikan vokasional merupakan bahagian penting dalam pendidikan menengah atas di


Finland, dengan 68% daripada semua pelajar menengah atas mendaftar dalam program VET.
Pendidikan vokasional amat membantu pelajar-pelajar untuk mampu bertahan hidup serta
membuat pendapatan lebihan dengan menjual kemahiran tersebut kepada orang yang
memerlukan. Kemahiran ini juga akan membantu pelajar untuk melaksanakan aktiviti harian
dengan lebih mudah.

18
• Pengiktirafan antarabangsa

Finland telah dipanggil negara terbaik untuk pendidikan tinggi selama bertahun-tahun, dan
ijazah dari universiti Finland. Pengiktirafan seperti ini akan membantu graduan dari pendidikan
ini untuk mencari kerjaya dan menyambung pengajian yang lebih tinggi. Di samping ia mampu
menaruh persepsi yang tinggi kepada orang ramai jika mempunyai pendidikan ini.

Amerika Syarikat (SATs - Scholastic Assessment Test)

• Kriteria dan syarat kemasukan universiti

Kebanyakkan tempat pengajian tinggi di Amerika Syarikat melihat SATs sebagai satu bahan
ukur untuk menerima pelajar. Keputusan yang cemerlang memungkinkan mereka diterima
secara mudah di mana-mana institut-institut pengajian tinggi di Amerika Syarikat. Tambahan
pula, keputusan yang amat cemerlang melayakkan mereka diterima masuk dalam jurusan
profesional seperti doktor.

• Perbandingan pendidikan yang memenuhi standard dan piawaian

Dengan kehadiran peperiksaan ini, ia memudahkan pihak pengajian tinggi untuk


mengasingkan pelajar yang layak dan tidak layak untuk memasuki institut mereka. Selain itu,
pelajar akan lebih berusaha keras untuk berusaha dengan lebih gigih demi mendapatkan
keputusan yang baik dalam peperiksaan ini.

• Keadilan dalam peperiksaan dan peperiksaan yang objektif dengan keperluan

Peperiksaan SAT dicipta untuk menjadi suatu alat ukuran yang adil dan objektif bagi
menentukan dan menyediakan pelajar yang berkelayakkan untuk memasuki pengajian tinggi.
Ia bertujuan untuk menilai kemahiran asas dalam membaca, menulis, dan mengira. Peperiksaan
ini bersifat neutral kerana peperiksaan ini menyediakan keadaan peperiksaan yang tidak
dipengaruhi oleh faktor luar yang mempengaruhi peperiksaan seperti kualiti sekolah menengah
yang pelajar pelajari atau latar belakang sosioekonomi pelajar-pelajar yang mengambil
peperiksaan.

19
• Peperiksaan yang memastikan pelajar bersedia untuk memasuki alam universiti

Kehadiran peperiksaan SATs ini memastikan pelajar bersedia untuk memasuki alam pengajian
tinggi. Selain itu peperiksaan ini dijalankan kerana untuk melihat keberkesanan pelajar dan
mencerminkan kemahiran dan ilmu pengetahuan yang diperlukan di alam pengajian tinggi.

• Biasiswa pelajar yang berdasarkan merit peperiksaan

Sesetengah institut pengajian tinggi menggunakan markah peperiksaan SAT sebagai kriteria
atau penanda aras untuk memberikan biasiswa berasaskan merit kepada pelajar-pelajar yang
mendapatkan keputusan yang cemerlang. Keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan di
dalam SAT boleh membuka peluang untuk mendapatkan bantuan kewangan atau bonus dari
segi kewangan kepada pelajar.

• Konsisten

SAT direka dan diuruskan secara konsisten kerana sesi dan lokasi peperiksaan yang dijalankan
pada waktu berbeza mengikut kawasan-kawasan sekolah. Konsistensi ini membolehkan ia
dipercayai dari semua pihak termasuklah pihak kerajaan Amarika Syarikat. Di samping itu,
jumlah kekerapan untuk meniru dan kemungkinan untuk meniru di dalam peperiksaan adalah
rendah kerana sistem peperiksaan adalah tulus dan mengalakkan ketulusan dalam peperiksaan
yang dijalankan. Sistem ini dikuatkan dengan peraturan-peraturan yang ketat semasa
peperiksaan dijalankan.

20
KEKUATAN SISTEM PENDIDIKAN

FINLAND (National SATs (Scholastic


MALAYSIA (SPM)
Matriculation Exam)] Assessment Test)

Kriteria dan syarat


Penanda aras pendidikan Pendidikan yang percuma
kemasukan universiti

Perbandingan pendidikan
Kelayakkan untuk Pendidikan yang kualiti
yang memenuhi standard
menyambung pelajaran tinggi
dan piawaian

Keadilan dalam peperiksaan


Peluang kerjaya Saiz kelas yang kecil dan peperiksaan yang
objektif dengan keperluan

Peperiksaan yang
Guru yang mempunyai memastikan pelajar bersedia
Pilihan pengkhususan
kepakaran tinggi untuk memasuki alam
universiti

Biasiswa pelajar yang


Pendidikan dan Latihan
Pengiktirafan negara berdasarkan merit
vokasional
peperiksaan

Pandangan positif terhadap


Perkembangan individu Konsisten
pelajaran

Persediaan untuk pengajian


Pengiktirafan antarabangsa -
yang lebih tinggi

Penilaian holistik - -

Pencapaian peribadi - -
Jadual 3.0 : Kekuatan Sistem Pendidikan

21
5.0 KELEMAHAN SISTEM PENDIDIKAN

Malaysia

• Berorientasikan peperiksaan dan pencapaian akademik

Fokus berlebihan untuk mencapai gred kelulusan A dalam peperiksaan. Sehingga kebanyakan
proses pengajaran yang berlaku di kelas lebih berupa proses menyediakan pelajar untuk
peperiksaan, bukannya bersifat menyampaikan ilmu pengetahuan, keterampilan dan nilai
seperti yang dituntut oleh kurikulum mata Pelajaran tersebut.

Dari segi budaya, kelemahan dalam sistem pendidikan sekarang ialah amat mementingkan
peperiksaan sebagai tiket untuk mendapatkan pekerjaan yang baik. Bagi ibu bapa, perkara ini
amat diambil berat dan mengharapkan anak-anak mereka mendapat keputusan yang baik dalam
setiap peperiksaan. Pendidikan yang menumpuan semata-mata dalam pencapaian akademik
telah menjadi budaya sehingga sanggup membelakangkan elaman-elaman adab dan sopan.
Aspek budi bahasa, sopan santun, adab dan akhlak serta aspek nilai-nilai murni seperti ikhlas,
jujur dan amanah semakin hari semakin kurang diberi perhatian. Sehubungan dengan itu,
Kementerian Pelajaran berhasrat untuk mengurangkan peperiksaan dan ujian dalam sistem
pendidikan sekarang. Melalui pemantauan, didapati sistemyang terlalu mementingkan
peperiksaan dianggap tidak praktikal dan tidak sesuai lagi untuk menguji kemampuan sebenar
pelajar, sekali gus membebankan guru dan pelajar sendiri.

• Sistem persekolahan vernakular

Telah di jelas dalam pernyataan di atas, sistem persekolahan di Malaysia dari sebelum merdeka
hingga sekarang telah mempunyai sistem persekolahan yang pelbagai aliran atau lebih dikenali
sebagai persekolahan vernakular. Sistem pendidikan di Malaysia kini bergerak seiring dengan
perubahan arus permodenan dan globalisasi serta seiring dengan keperluan semasa masyarakat.
Namun perubahan itu tidak tertakluk dalam perubahan sistem persekolahan yang masih
mengekalkan sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina dan sekolah jenis
kebangsaan Tamil. Banyak isu-isu yang dibangkitkan berkenaan dengan sistem persekolahan
ini. Namun selepas segala perbincangan dan perdebatan yang dibuat keputusan hanya berakhir
dengan tiada jalan penyelesaian bagi mengubah sistem itu kepada sistem yang lebih baik. Isu-
isu sistem persekolahan merupakan isu yang sensitif bagi masyarakat Malaysia yang berbilang
bangsa, kerana bukan sesuatu yang mudah untuk mendapat persetujuan daripada masyarakat

22
yang mempunyai pandangan dan kepentingan yang berbeza. Pengaruh politik tanah air telah
menyekat sebarang keputusan yang telah dibuat sehinggakan keputusan yang dipersetujui tidak
dapat dilaksanakan. Seperti yang kita tahu, bahawa pihak kerajaan sentiasa memainkan peranan
bagi menaikkan mutu pendidikan kebangsaan, tetapi sejauh mana setiap tindakan yang diambil
dapat menyelesaikan masalah yang timbul.

• Kualiti Guru dan Latihan

Kebimbangan telah dibangkitkan mengenai kualiti dan latihan guru. Meningkatkan program
latihan guru dan peluang pembangunan profesional adalah penting untuk memastikan bahawa
pendidik dilengkapi dengan baik untuk menyampaikan pelajaran yang berkesan dan menarik.

• Kekurangan Peluang Latihan Vokasional

Penekanan kepada kelayakan akademik kadang-kadang mengatasi pendidikan vokasional dan


teknikal. Menyediakan lebih banyak peluang untuk latihan vokasional dan pembangunan
kemahiran mampu memenuhi pelbagai keperluan dan kepentingan pelajar.

• Kaedah Penghafalan

Sistem pendidikan di Malaysia telah dikritik kerana menggalakkan kaedah penghafalan


berbanding pemikiran kritikal dan kemahiran penyelesaian masalah. Pendekatan tradisional
pembelajaran ini boleh mengehadkan keupayaan pelajar untuk mengaplikasikan pengetahuan
dalam situasi dunia sebenar.

Finland

• Pengkhususan Terhad

Sistem pendidikan Finland memberi tumpuan kepada kurikulum yang luas dan komprehensif,
serta menyediakan pendidikan yang meluas. Walau bagaimanapun, ini boleh dianggap
kelemahan bagi pelajar yang ingin mengkhususkan diri awal dalam bidang atau subjek tertentu.
Sistem lain seperti di beberapa negara Asia, menawarkan laluan yang lebih khusus dalam
pendidikan menengah.

• Sempadan Bahasa

Walaupun Bahasa Inggeris diajar sebagai bahasa kedua di sekolah-sekolah Finland, sesetengah
kritikan berpendapat bahawa terdapat lebih banyak penekanan kepada kemahiran bahasa yang

23
lebih praktikal dan diaplikasikan di dunia sebenar. Ia amat relevan dalam konteks global di
mana Bahasa Inggeris merupakan bahasa komunikasi antarabangsa.

• Integrasi Teknologi

Sistem pendidikan Finland sering dipuji kerana penekanan kepada kualiti guru dan
kesejahteraan pelajar, tetapi sesetengah kritikan mencadangkan bahawa mungkin terdapat
ruang untuk penambahbaikan dalam hal mengintegrasikan teknologi moden ke dalam
kurikulum. Dalam lanskap teknologi yang berkembang pesat, ia akan memastikan pelajar
mempunyai kemahiran digital yang baik adalah penting.

• Kepelbagaian dan Inklusif

Kritikan berpendapat bahawa sistem pendidikan Finland mungkin tidak memenuhi keperluan
pelajar yang pelbagai. Walaupun sistem ini direka untuk menjadi inklusif, mungkin terdapat
cabaran dalam memenuhi keperluan individu pelajar dengan gaya pembelajaran yang berbeza,
keupayaan, atau latar belakang.

• Beban Kerja Guru dan Sumber

Walaupun penghargaan yang tinggi diberikan kepada guru di Finland, terdapat kebimbangan
mengenai beban kerja dan sumber yang tersedia. Guru mungkin menghadapi cabaran dalam
menangani keperluan pelbagai pelajar, terutamanya dalam bilik darjah dengan pelbagai
keupayaan dan latar belakang.

Amerika Syarikat

• Kekurangan Konsistensi

Amerika Syarikat tidak mempunyai kurikulum kebangsaan yang mengakibatkan kurangnya


kesesuaian di seluruh negeri dan daerah sekolah. Ini boleh membawa kepada perubahan dalam
kualiti dan kandungan pendidikan, menjadikannya mencabar bagi pelajar yang berpindah
antara rantau.

• Pengkhususan Awal

Sistem Pendidikan Amerika Syarikat menggalakkan pengkhususan yang lebih awal kepada
elajar. Beberapa hujah mengatakan bahawa perkara ini akan mengehadkan pendedahan pelajar

24
kepada pelbagai subjek, yang berpotensi menghalang keupayaan mereka untuk membuat
keputusan yang tepat mengenai kerjaya masa depan mereka

• Kadar Keciciran yang Tinggi

Kadar keciciran di beberapa daerah di Amerika Syarikat kekal menjadi kekhawatiran. Pelajar-
pelajar, terutamanya mereka yang daripada latar belakang yang kurang baik, mungkin
menghadapi cabaran yang menyumbang kepada ketidakhadiran sekolah menengah, membatasi
peluang masa depan mereka.

• Penekanan Terhad kepada Kemahiran Praktikal

Para pengkritik mencadangkan bahawa sistem pendidikan Amerika Syarikat boleh memberi
tumpuan yang lebih kepada kemahiran dunia sebenar yang diperlukan pelajar dalam kehidupan
seharian dan kerjaya masa depan mereka. Ini termasuk kemahiran seperti pengurusan
kewangan, pemikiran kritikal, dan penyelesaian masalah.

• Rekrutmen dan Retensi Guru

Amerika Syarikat menghadapi cabaran dalam merekrut dan mengekalkan guru berkualiti
tinggi, terutamanya di kawasan yang kurang berpendapatan. Isu-isu seperti gaji rendah, syarat-
syarat kerja yang mencabar, dan peluang pengembangan profesional yang terhad boleh
menyumbang kepada kekurangan guru.

25
KELEMAHAN SISTEM PENDIDIKAN

MALAYSIA FINLAND AMERIKA SYARIKAT

Berorientasikan
peperiksaan dan Pengkhususan Terhad Kekurangan Konsistensi
pencapaian akademik.

Sistem Persekolahan
Sempadan Bahasa Pengkhususan Awal
Vernakular

Kadar Keciciran yang


Kualiti Guru dan Latihan Integrasi Teknologi
Tinggi

Kekurangan Peluang Penekanan Terhad kepada


Kepelbagaian dan Inklusif
Latihan Vokasional Kemahiran Praktikal

Beban Kerja Guru dan Rekrutmen dan Retensi


Kaedah Penghafalan
Sumber Guru

Jadual 4.0 : Kelemahan Sistem Pendidikan

26
6.0 KESIMPULAN

Kepentingan ilmu pengetahuan yang seimbang dari sudut rohani dan kemahiran kini menjadi
satu keperluan yang amat mustahak bagi sesebuah negara. Tanpa ilmu pengetahuan yang
seimbang, keupayaan untuk memajukan negara adalah sukar dan akan menjejaskan juga segala
rancangan dan kemajuan yang telah dirancang. Keadaan ini memperlihatkan kepada kita betapa
pentingnya pendidikan dalam membangunkan sesebuah negara. Bangsa yang tidak berilmu
akan ketinggalan, melalui pendidikan juga dapat melahirkan modal insan yang berkualiti.
Modal insan yang berkualiti boleh menjadi tenaga kerja dalam membangunkan negara. Negara
yang mempunyai rakyat yang mempunyai ilmu akan maju dari segala aspek termasuk politik,
ekonomi dan sosial. Melalui pendidikan ilmu dapat dipelajari dan ilmu dapat digunakan untuk
pembangunan negara. Pendidikan juga merupakan satu jambatan kepada kemajuan sesebuah
negara. Semakin tinggi ilmu seseorang itu maka seseorang itu lebih berpeluang untuk mendapat
pekerjaan yang lebih baik dan dapat mengubah nasib keluarga. Melalui pendidikan corak hidup
dapat diubah daripada miskin ke lebih senang. Orang yang berlatarkan pendidikan yang tinggi
mereka mempunyai peluang untuk menjawat jawatan tinggi dan secara langsung dapat
meningkatkan pendapatan mereka. Peningkatan pendapatan yang diperolehi oleh mereka
secara tidak langsung memberi manfaat kepada negara iaitu meningkatkan pendapatan negara.
Berdasarkan huraian-huraian tersebut, jelaslah bahawa sistem pendidikan memainkan peranan
yang penting dalam Pembangunan sesebuah negara. Tanpa sistem pendidikan yang mantap
sesebuah negara itu dianggap jauh ketinggalan daripada arus pemodenan.

27
7.0 RUJUKAN

10 reasons why Finland’s education system is the best in the world. World Economic Forum.
(n.d.). https://www.weforum.org/agenda/2018/09/10-reasons-why-finlands-education-
system-is-the-best-in-the-world/

Bakar, D. S. A. (n.d.). Kepentingan SPM Dan Peningkatan. Dr Shafie Abu Bakar.


https://drshafie.blogspot.com/2020/07/kepentingan-spm-dan-peningkatan.html

Chander, S. (2023b, August 19). Five pros and cons of sats. Private Tuition Specialists.
https://www.privatetuitionspecialists.com/pros-and-cons-of-
sats/#:~:text=The%20SATs%20exams%2C%20are%20important,they%20may%20ne
ed%20extra%20support.

Garg, S. (2023, July 4). The Digital Sat and its advantages. College Core Education.
https://collegecore.com/the-digital-sat-and-its-advantages.html

Halatuju Pendidikan Selepas SPM (Sijil Pelajaran Malaysia). Info UPU. (2021, June 21).
https://www.infoupu.com/halatuju-pendidikan-selepas-spm/

Kiddy123.com. (n.d.). IGCSE VS SPM: What are the main differences. Kiddy123.com |
Malaysia Early Childhood Directory. https://www.kiddy123.com/article/igcse-vs-spm-
what-are-the-main-differences.html

Leontjev, D. (2022). Finnish Matriculation Examination, National Curriculum, and teachers’


attitudes, perspectives, and practices: When the two assessment cultures meet. AFinLA:
n vuosikirja.

Pont, B., Yee, H. J., Albiser, E., Zapata, J., & Fraccola, S. (2013). Education Policy Outlook:
Finland. OECD Publishing.

Standardized tests: Finland’s education system vs. the U.S. Big Think. (2022, April 19).
https://bigthink.com/the-present/standardized-testing/

Wikimedia Foundation. (2023, July 28). Matriculation exam (Finland). Wikipedia.


https://en.wikipedia.org/wiki/Matriculation_exam_(Finland)

28

You might also like