Surat Permohonan Kerja LED Vision (Fasiliti)

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 5

Rujukan Kami : UHSB/ADMIN/01/2023 ( )

Rujukan Tuan :

17 APRIL 2023

ENCIK AINUDDIN BIN ABU KASIM


PENGARAH PEJABAT PENGURUSAN FASILITI,
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM),
Hang Tuah Jaya, 76100 Durian Tunggal, Melaka.

Tuan,

MEMOHON KEBENARAN BAGI MENDAPATKAN PERMIT KERJA UNTUK MENJALANKAN KERJA-KERJA


BERKAITAN PAPARAN LED SCOREBOARD DI STADIUM UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTeM)

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita ingin dimaklumkan bahawa pihak UTeM Holdings Sdn. Bhd. telah melantik syarikat LED Vision
Sdn. Bhd. sebagai kontraktor bagi kerja-kerja menanggal lama dan memasang baru paparan LED Scoreboard di
Stadium Universiti Teknikal Malaysia (UTeM).

3. Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin mendapatkan kebenaran serta permit kerja daripada pihak
tuan supaya melepaskan seramai empat orang kontraktor LED Vision Sdn. Bhd bertugas bagi menjalankan kerja-
kerja tersebut pada 02/05/2023 sehingga 19/05/2023. Pihak kontraktor juga akan menggunakan skylift yang
berdaftar di bawah Akta Kilang dan Jentera 1967 semasa menggiatkan kerja tersebut.

4. Pihak kontraktor juga mengambil maklum saranan yang dicadangkan oleh jurutera Pejabat
Pengurusan Fasiliti UTeM supaya menutup trek larian dengan plywood setebal 20mm ketika skylift ingin
merentasi sebahagian ruang tersebut untuk menuju ke arah tapak kerja. Langkah ini diambil untuk memastikan
keadaan trek larian dimaksudkan terhindar daripada apa-apa kerosakan yang boleh tertimbul.

5. Pihak kontraktor juga mengambil perhatian memastikan bahawa tapak kerja haruslah sentiasa berada
dalam keadaan selamat, bersih dan teratur. Pihak kontraktor juga telah melampirkan beberapa dokumen-
dokumen sokongan seperti Garis Masa Projek, Sijil Perakuan Kelayakan Mesin Angkat (Skylift), Sijil Orang Yang
Kompeten Operator Kren (Bergerak) dan gambar plywood yang akan digunakan untuk dijadikan rujukan pihak
tuan.

Pihak kami berharap agak pihak tuan dapat mempertimbangkan perhomonanan kami ini dan segala kerjasama
daripada pihak tuan amatlah kami hargai.

Sekian, terima kasih

Yang Benar,

________________________________,
MUHAMMAD NAZRULFIKRY BIN ZAILANI
Jr. Engineer – Project Administration
UTeM Holdings Sdn. Bhd.

sk. : Kapten Ahmad Shakir Bin Yahaya , Pengarah Pejabat Keselamatan UTeM

UTeM Holdings Sdn Bhd Phone


Fax
[606 233 0082 / 233 6264]
[606 233 0785]
UTeM HOLDINGS SDN BHD
No 1 Jalan TU62 200601012783 (732534-H)
Web [www.utemholdingsgroup.com]
Taman Tasik Utama, E-mail [admin@utemholdingsgroup.com]
75450 Ayer Keroh, Melaka
Lampiran 1

GARIS MASA PROJEK


Lampiran 2

SIJIL PERAKUAN KELAYAKAN MESIN ANGKAT SKYLIFT


Lampiran 3

SIJIL ORANG YANG KOMPETEN OPERATOR KREN (BERGERAK)


UNTUK MENGENDALIKAN JENTERA
Lampiran 4

GAMBAR DIMENSI PLYWOOD YANG AKAN DIGUNAKAN UNTUK MENUTUP SEBAHAGIAN


RUANG TREK LARIAN UNTUK MENUJU KE ARAH LOKASI KERJA

You might also like