Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 17

KOLEJ VOKASIONAL BINTULU

PROGRAM: TEKNOLOGI PEMBINAAN

SUBJEK: PENDIDIKAN ISLAM

TAJUK: KAJIAN KES (RASUAH: KESAN KEPADA NEGARA)

NAMA AHLI KUMPULAN :1. MEOR MUHAMMAD AMIRULHAZIQ BIN MEOR

MOHD FAIZUL

2. ARIF AKMAL BIN ABDULLAH ABDUL LATIP

3. DAYANGKU NURFITRI BINTI AWANG ABDUL KADIR

NAMA PENSYARAH : USTAZ MOHD FAKRUL ADAM BIN BAHRIN

TARIKH : 15/4/2023

1|Page
ISI KANDUNGAN

BIL. PERKARA HALAMAN

1. Pengenalan 3-4

2. Laporan Kes 5

3. Faktor / punca kes 6-7

4. Kesan dan akibat 8-9

5. Cadangan penyelesaian 10-11

6. Rumusan 12

7. Rujukan 13

8. Lampiran 14-17

2|Page
PENGENALAN

Maksud Rasuah:

Penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah atau dorongan untuk seseorang
individu kerana melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan
tugas rasmi. Suapan terdiri daripada wang, hadiah, bonus, undi, perkhidmatan, jawatan, upah,
diskaun. Sebagai contoh, seorang kontraktor telah menghadiahkan seutas jam tangan kepada
seorang pegawai kerajaan kerana telah meluluskan projek kepada syarikat milik kontraktor
berkenaan.

Jenis-Jenis Rasuah:

1. Meminta/Menerima rasuah [seksyen 16 & 17(a) Akta SPRM 2009]

Mana-mana orang atau ejen secara rasuah meminta/menerima/bersetuju


menerima suapan rasuah (wang, benda, perkhidmatan dan lain-lain) sebagai dorongan
atau upah untuk melakukan atau tidak melakukan apa-apa jua berkenaan transaksi
tersebut atau berkenaan dengan urusan rasmi majikan berkenaan.

2. Menawar/Memberi suapan [seksyen 17(b) Akta SPRM 2009]

Mana-mana orang atau ejen secara rasuah menawar/memberi/bersetuju suapan


rasuah (wang, benda, perkhidmatan dan lain-lain) sebagai dorongan atau upah untuk
melakukan atau tidak melakukan apa-apa jua berkenaan transaksi tersebut atau
berkenaan dengan urusan rasmi majikan berkenaan.

3. Mengemukakan tuntutan palsu [Seksyen 18 Akta SPRM 2009]

Mana-mana orang memberi kepada ejen atau ejen memberi kepada majikannya
suatu dokumen yang diketahuinya atau disedarinya mengandungi butir palsu, yang
dimana majikannya mempunyai kepentingan tersendiri dengan tujuan untuk
mengelirukan dan memperdayakan.

4. Menggunakan jawatan/kedudukan untuk suapan pegawai badan awam [Seksyen 23


Akta SPRM 2009]

Mana-mana pegawai badan awam menggunakan jawatan atau kedudukan untuk


mendapat suapan dengan membuat apa-apa keputusan atau mengambil tindakan
berhubungan dengan apa-apa perkara, di mana pegawai itu, saudara maranya atau
sekutunya mempunyai kepentingan secara langsung atau tidak langsung.

3|Page
Dalil Berkaitan Rasuah:

Allah SWT telah menerangkan dengan jelas berkaitan rasuah melalui firman-Nya:

١٨٨ ‫﴾َو اَل َت ۡأ ُك ُلٓو ْا َأۡم َٰو َلُك م َب ۡي َن ُك م ِبٱۡل َٰب ِط ِل َو ُتۡد ُلوْا ِبَه آ ِإَلى ٱۡل ُح َّك اِم ِلَت ۡأ ُك ُلوْا َف ِر يٗق ا ِّم ۡن َأۡم َٰو ِل ٱلَّن اِس ِبٱِإۡلۡث ِم َو َأنُتۡم َتۡع َلُموَن‬

“Dan janganlah sebahagian daripada kalian memakan (atau mengambil) harta (sebahagian
orang lain) antara kalian dengan jalan yang batil (salah dan haram), dan janganlah pula kalian
menghulurkan harta kalian (memberi rasuah) kepada pihak yang mengendalikan hukuman
(pemerintah yang berkuasa dan para hakim), supaya kalian dapat memakan (atau mengambil)
sebahagian daripada harta manusia dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kalian mengetahui
(akan salahnya perbuatan itu).” (Surah al-Baqarah: 188)

Ayat di atas ditafsirkan oleh hadis Rasulullah SAW melalui sabdanya:

‫َلَع َن ‌َر ُسوُل‌ِهَّللا‌َص َّلى‌ُهللا‌َع َلْيِه ‌َو َس َّلَم ‌الَّر اِش ي‌َو اْلُمْر َت ِش ي‬.‌

“Rasulullah SAW telah melaknat (mengutuk) pemberi rasuah dan penerima rasuah.” (Riwayat
Abu Dawud 3580, al-Tirmizi 1337 dan lain-lain)

LAPORAN KES

4|Page
Laporan Kajian Kes Rasuah

Pada 4 Ogos 2022, 3:11 pm yang lalu, laman web Malaysiakini mengeluarkan artikel
akhbar yang membincangkan tentang rasuah yang bertajuk “SPRM tahan dua lagi individu kes
rasuah kuota pekerja asing”. Akhbar ini membincangkan tentang isu rasuah yang sedang
berleluasa di negara kita. Artikel akhbar ini berasal dari sumber yang dipercayai iaitu laman web
Malaysiakini.com. Laporan ini bertujuan untuk membincangkan isu rasuah yang terdapat di
dalam artikel ini.

Isu rasuah ini tidak boleh dipandang remeh atau dipandang ringan oleh masyarakat
pada zaman ini. Artikel ini menjelaskan tentang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM) menahan reman dua individu yang terbabit dalam kes rasuah kuota bekerja. Majistret
Irza Zulaikha Rohanuddin membenarkan suspek direman selama tiga hari bermula 4 Ogos
2023 sehingga 7 Ogos 2023 selepas pihak SPRM berjaya mendapatkan permohonan reman.

Selain itu, Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Hishamuddin Hashim telah mengesahkan
penahanan reman itu dan kes rasuah ini akan disiasat mengikut seksyen 16 (a) Akta SPRM
2009 iaitu seksyen yang berkaitan tentang meminta dan menerima rasuah.

Malaysiakini mendapatkan sumber yang dipercayai iaitu suspek merupakan lelaki yang
berusia lingkungan 30an dan 50an itu bekerja sebagai ahli perniagaan dan mempunyai syarikat
agensi pekerjaan sendiri. Mereka ditahan pada jam 10 dan 12 malam bertempat di Ibu Pejabat
SPRM Putrajaya. Sumber juga mengatakan suspek disiasat kerana berkaitaan dengan
penerimaan wang berjumlah 1 juta. Pihak yang ditahan ialah ketua pegawai eksekutif (CEO)
sebuah syarikat teknologi maklumat (IT), pegawai kanan syarikat itu dan empat yang lain
daripada agensi pengambilan pekerja. Dua individu telah dibebaskan dengan jaminan SPRM.

Akhir sekali, bestinet mengeluarkan satu pernyataan kepada Malaysiakini bahawa


syarikat itu yakin tidak bersalah dan akan dibebaskan dengan segera daripada semua tuduhan.
Bestinet mengendalikan Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja Asing (FWCMS) yang
menguruskan proses untuk pengambilan.

15 April 2023

Disediakan oleh,

MEOR MUHAMMAD AMIRULHAZIQ MEOR MOHD FAIZUL

ARIF AKMAL BIN ABDULLAH ABDUL LATIP

DAYANGKU NURFITRI BINTI AWANG ABDUL KADIR

FAKTOR / PUNCA KES

5|Page
1. Ingin hidup mewah

Menurut Abdul Samat Kasah (2003) seseorang yang ingin hidup mewah dan
cepat kaya akan sentiasa mengejar kebendaan tanpa mengira halal dan haram. Apa
yang dipentingkan golongan ini hanyalah material semata mata dengan membuang jauh
tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka.

2. Wujud peluang

Menurut Profesor John Hogarth seorang pensyarah di Fakulti Undang-Undang,


University of Canada, rasuah berpunca daripada sifat tamak dan kerana wujudnya
peluang untuk melakukan aktiviti rasuah (Mohammed Tarmize, 2014). Setiap manusia
memerlukan keperluan asas seperti makanan, tempat tinggal dan pakaian akan tetapi
kerana sifat tamak, mereka mahukan lebih daripada itu walaupun bukan di bawah
kemampuan mereka. Oleh kerana sifat tamak inilah ia telah membuka ruang peluang
kepada mereka untuk memberi dan menerima rasuah.

3. Kelemahan peribadi

Menurut Daud (2019) dalam kajiannya mendapati bahawa antara faktor yang
mempengaruhi seseorang itu melakukan rasuah adalah kerana sikap mengabaikan nilai
murni dan tuntutan agama. Perkara ini berlaku kerana individu itu sendiri yang kurang
menghayati dan memahami konsep pahala dan dosa serta konsep kerja sebagai satu
ibadah.

4. Kurang berintegriti

Menurut Husin (2021) Seorang pekerja yang berintegriti rendah akan mudah
untuk melakukan jenayah rasuah walaupun memiliki kelulusan yang tinggi, cekap dan
mahir dalam melakukan kerja. Apatah lagi apabila wujud peluang, mereka akan merebut
dengan menerima suapan rasuah daripada syarikat atau kontraktor dengan meluluskan
kontrak dan tender tanpa mengikut prosedur biasa yang telah digariskan oleh
organisasi. Abraham Lincoln pernah berkata “hampir semua orang mampu berhadapan
dengan kesusahan. Namun sekiranya ingin melihat karakter sebenar seseorang itu, beri
dia kuasa kerana kuasa mampu menyebabkan seseorang lupa diri dan lupa akan
amanah yang sepatutnya dipikul”.

5. Tekanan kewangan tekanan kerja

6|Page
Menurut Pensyarah Universiti Xiamen Malaysia, Dr Anas Afandi Ahmad
berpandangan bahawa terdapat sesetengah pekerja yang terpaksa mengambil rasuah
adalah kerana tekanan dalam industri tertentu (Mukhriz, 2022). Tekanan ini
kebiasaannya berlaku dalam sesebuah syarikat yang menetapkan sasaran pencapaian
terlalu tinggi atau tidak realistik di mana perlu dicapai walau dengan apa cara sekalipun.
Akibatnya, rasuah dijadikan jalan untuk mendapatkan tender atau projek agar prestasi
tahunan dapat dicapai seperti yang diinginkan oleh industri.

KESAN DAN AKIBAT

7|Page
1. Harga tinggi, kualiti rendah

Menurut Ku Syafiq Ku Fozi, rasuah menyebabkan wujudnya situasi monopoli


atau oligopoli dalam ekonomi. Pemilik perniagaan yang mempunyai ‘kabel’ dengan
pegawai atau pemimpin kerajaan boleh memanipulasi dasar dan mekanisme pasaran
untuk meraih kuasa monopoli. Dengan kuasa monopoli ini, persaingan harga atau kualiti
tidak lagi wujud. Pengguna akhirnya terkesan kerana terpaksa membayar lebih untuk
kualiti yang rendah.

2. Peruntukan sumber yang tidak berkesan

Menurut Ku Syafiq Ku Fozi, kesan dan akibat lain ialah dalam ekonomi yang
korup, rasuah menyebabkan syarikat yang tidak layak boleh memenangi tender projek
melalui rasuah, menyebabkan perbelanjaan berlebihan disalurkan dalam projek yang
rendah piawai atau gagal. Ini merugikan negara kerana sumber yang sama sepatutnya
boleh disalurkan kepada projek yang lebih baik dan membantu rakyat.

3. Sistem pemerintahan menjadi lemah

Menurut Ej Koo, jika sistem pemerintahan menjadi lemah sekali gus


menyebabkan imej negara pada mata dunia tercalar. Setiap kali berlaku rasuah, maka
pemerintah kehilangan hasil atau tergelincir daripada tindakan-tindakan yang
sepatutnya. Rasuah menjejaskan perjalanan demokrasi dan pentadbiran yang cekap
apabila peraturan dan undang-undang diabaikan. Misalnya, rasuah dalam pilihan raya
atau pemilihan umum lain dalam badan perundangan menghancurkan akauntabiliti.

4. Kemerosotan ekonomi negara

Menurut Ej Koo juga, kesan dan akibat seterusnya ialah rasuah dalam politik
secara tidak langsung mengurangkan keyakinan perlabur-pelabur sama ada dalam
mahu pun luar negara untuk melabur di negara kita. Hal ini kerana sistem pentadbiran
negara yang menjadi kucar-kacir menyebabkan peraturan dan undang-undang
pelaburan tidak dilaksanakan dengan cekap dan bersih. Kekurangan pelaburan asing di
negara kita akan menjejaskan ekonomi negara dan ekonomi negara menjadi tidak stabil.
Tamsilnya, kehidupan rakyat di negara kita akan terjejas. Rakyat negara kita tidak dapat
hidup dalam keadaan yang baik jika ekonomi kita semakin teruk.

5. Melumpuhkan fungsi perjalanan sesuatu organisasi

8|Page
Menurut laman web ipendidikan.my hal ini terjadi kerana timbul nsur penipuan
dalam urusan. Sebagai contoh, Pegawai kastam yang bertugas di persempadanan
negara menerima wang sogokan untuk melepaskan seludupan rokok murah. Situasi ini
berlaku kerana mereka inginkan imbuhan yang lebih dek kerana gaji yang rendah serta
mereka juga pembeli rokok murah. Maka kita boleh lihat bahawa organisasi yang
sepatutnya menghalang seludupan rokok ini telah merugikan negara sebenarnya kerana
ia terlepas dari terkena cukai yang menjadi sumber pendapatan negara.

CADANGAN PENYELESAIAN

9|Page
1. Menanamkan konsep mu‟ahadah, murqabah, muhasabah, mu‟aqabah dan mujahada
dalam diri individu

Menurut (Kamal Mahyudin, 1998) faktor dalaman individu adalah penyebab


utama berlakunya jenayah penipuan seperti rasuah, setiap individu perlu menanamkan
dalam diri beberapa konsep yang dapat menghindari diri daripada perbuatan rasuah.
Terdapat lima konsep yang diperkenalkan oleh Abdullah Nasih Ulwan iaitu konsep
Mu‟ahadah iaitu mengingati perjanjian dengan Allah. Selain itu,konsep Muraqabah iaitu
selalu di awasi
dan disertai oleh Allah. Seterusnya, konsep Muhasabah iaitu tahu kemampuan yang ada
padanya, tahu posisi dan peribadinya dalam berinteraksi dalam persekitarannya. Selain
itu, konsep Mu‟aqabah iaitu memberi hukuman terhadap diri sendiri. Akhir sekali,
konsep Mujahada iaitu bersungguh-sungguh dalam kehidupan optimis dalam bekerja
dan berjuang.

2. Mengamalkan Budaya Kerja Cemerlang (BKC)

Menurut Sharifah Hayati (2008), Antara ciri-ciri cemerlang dalam budaya kerja
ialah sesuatu pekerjaan itu dilaksanakan dengan berkualiti seperti tekun, khusyuk,
ikhlas, konsisten dan amanah. Terdapat empat komponen utama penentu BKC dalam
Islam selain daripada aspek nilai pada kerja yang dilaksanakan iaitu sumber pekerjaan
hendaklah bersifat halal dan tidak mengandungi perkara-perkara haram atau bersifat
‘’syubhah‟ seperti hasil rasuah atau penipuan. Kedua, cara melaksanakan kerja perlu
bersih seperti hendaklah tidak dengan cara peras ugut, penipuan, penyalahgunaan
kuasa dan kedudukan. Ketiga, hendaklah natijah yang dihasilkan tidak membawa
keburukan kepada manusia dan alam sejagat. Yang keempat, hendaklah ia dihasilkan
melalui nilai kerja yang cemerlang seperti ikhlas, tekun, amanah dan komited dalam
kerja.

3. Kerajaan perlu komited dan telus membanteras gejala salah guna kuasa dan rasuah

Menurut Nasrudin Hassan Ketua Penerangan PAS dan anggota parlimen


Temerloh rasuah perlu dielakkan bermula daripada pemimpin negara khususnya yang
berlaku di kementerian dan jabatan atau agensi kerajaan. Budaya kronisme dan
nepotisme mesti dirobohkan kerana ia telah menjadi benteng bagi melindungi para
pelaku rasuah dan salah guna kuasa dalam struktur pentadbiran kerajaan.

10 | P a g e
4. Tadbir Urus yang baik

Menurut Faridah (20120) cabaran ke arah mencapai tadbir urus yang baik
adalah perlu untuk membanteras kejadian rasuah dalam pentadbiran tanah yang tidak
berkesudahan. Untuk mencapai tadbir urus yang baik, perkara utama yang perlu
diselesaikan adalah soal ketelusan dan akauntabiliti dalam pentadbiran. Justeru itu,
usaha untuk membentuk dan menghidupkan tadbir urus yang baik akan terencat jikalau
gejala rasuah tidak ditangani dengan bersungguh-sungguh oleh semua pihak sama ada
kerajaan atau swasta, pemimpin atau rakyat jelata. Penyalahgunaan kuasa oleh para
pegawai atau kakitangan akan memudaratkan kepercayaan rakyat tentang ketelusan
pejabat tanah. Kerajaan haruslah berfungsi sebagai entiti yang mengamalkan governans
yang baik demi kepercayaan rakyat terhadap pejabat tanah tentang keselamatan hak
milik tanah mereka.

5. Penerapan konsep keagamaan dan moral hendaklah dilakukanterutama di sektor


pendidikan negara

Menurut Nur Atiqah Abdul Halim cadangan penyelesaiannya ialah


menerapankan konsep keagamaan dan moral dalam kalangan pelajar sekolah dan
universiti. Usaha menerapkan konsep murni sebegini perlu dilakukan pada peringkat
awal kehidupan seseorang itu supaya mudah untuk mengawalnya. Semua konsep yang
baik dijelaskan kepada pelajar supaya mereka memahami keperluan untuk
membebaskan diri dan negara daripada ancaman rasuah ini. Ringkasnya,pendidikan
kepada golongan muda berupaya menyekat penularan wabak sosial yang begitu
memalukan ini dengan begitu mudah dan berkesan.Pihak sekolah juga boleh
memasukkan bahaya rasuah dalam sistem pendidikan. Benci kepada rasuah akan
dapat dihayati dalam diri sekiranya diajar dan dididik sejak zaman persekolahan lagi.

11 | P a g e
RUMUSAN

Rasuah merupakan satu penyakit kerana ia memberi impak besar terhadap


kemusnahan institusi masyarakat. Gejala seperti ni perlu dibendung dengan cara yang
berkesan sebelum ia menjadi budaya dalam kalangan masyarakat di Malaysia baik pemerintah,
pekerja mahupun masyarakat awam. Menghasilkan satu kaedah pencegahan tidak begitu
mudah, begitu juga dalam melaksanakannya.
Setiap kaedah pencegahan ada tahap keberkesanannya dan bagi kaedah yang kurang
berkesan ia memerlukan penambahbaikan. Faktor dalaman yang menyebabkan seseorang
melakukan rasuah adalah kerana wujudnya peluang, kelemahan peribadi dan tidak berintegriti.
Manakala faktor luaran disebabkan oleh gaji yang rendah, tekanan kewangan dan tekanan
kerja serta dasar negara yang kurang efektif.
Pihak SPRM juga menghadapi beberapa cabaran dalam menangani rasuah di Malaysia
seperti penggunaan teknologi yang lebih canggih oleh mereka yang cuba menyembunyikan
aktiviti rasuah, campur tangan dan kurangnya kerjasama dari ahli politik serta kurang sokongan
dan keyakinan dari orang awam. Faktor dan cabaran ini perlu diambil kira oleh kerajaan serta
agensi pencegahan rasuah dalam menganalisis kaedah pencegahan yang terbaik bagi
mengurangkan aktiviti rasuah di Malaysia di samping meningkatkan keberkesanan
pencegahan.
Kaedah pencegahan yang berkesan diyakini dapat dihasilkan sekiranya kerajaan serta
agensi pencegahan rasuah menitikberatkan faktor berlakunya rasuah dan cabaran yang
dihadapi dalam menanganinya di Malaysia.

12 | P a g e
RUJUKAN

Malaysiakini.com: SPRM tahan dua lagi individu kes rasuah kuota pekerja asing (4 ogos 2022)
Kuala Lumpur
Analisis faktor-faktor gejala rasuah dan cabaran menanganinya di Malaysia oleh Azman Ab
Rahman, Nur Wahida Lokman, Syed Mohd Najib dan Lufti Mohamed Zain (September 2022)
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Relevan7.com.my: 7 kesan rasuah kepada negara oleh Ku Syafiq Ku Rozi (21 September
2022).
AstroAwani: Tangani rasuah empat cadangan perkasa SPRM oleh Hasimi Muhamad (10
Januari 2022) Kuala Lumpur
Rasuah Dalam Pentadbiran Tanah: Penyelesaian Menurut Islam oleh Harun, Noraida Jady atau
Zaidi Hassim (September 2017) Kuala Terengganu
Cara-Cara Mengatasi Amalan Rasuah oleh Nur Atiqah Abdul Halim
4 cadangan PAS untuk tangani rasuah oleh Nasrudin Hassan (23 Ogos 2016) Temerloh
Penipuan, Rasuah dan Pencurian Maklumat dalam Urus Niaga Tanah: Cabaran dan
Penyelesaian oleh Noraida Harun, Zaidi Hassim Noor Ashikin Hamid (1 September 2013)
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
Hapuskan pemberi rasuah oleh Abdul Hadi Awang (20 0gos 2022)

13 | P a g e
LAMPIRAN

14 | P a g e
15 | P a g e
16 | P a g e
17 | P a g e

You might also like