Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

.

Telefon : 04-423 9581


Faks : 04-423 3841
E-mail :

Rujukan : SMKSL800-2/5/7
Tarikh : 1 JANUARI 2019

Pengerusi,
Jawatankuasa Penaja Pasukan Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia
SMK Sungai Layar,,
08000 Sungai Petani.

Melalui:
Guru Penasihat Jawatankuasa Penaja Pasukan Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia

Tuan,

KELULUSAN MENUBUHKAN PERSATUAN/ KELAB/ BADAN BERUNIFORM SMK SUNGAI


LAYAR, SUNGAI PETANI, KEDAH

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Saya terlebih dahulu mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada tuan dan
semua Ahli Jawatankuasa Penaja Kelab yang berhasrat untuk menyemarakkan lagi aktiviti kelab
sekolah ini.

3. Sehubungan itu, berdasarkan kuasa yang diberikan kepada saya mengikut Peraturan (4)
dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 seperti dalam Warta Kerajaan
Malaysia Jilid 42, No.11, Tambahan No. 21, Perundangan (A): P.U.(A) 196, bertarikh 21 Mei 1998,

maka saya dengan sukacitanya meluluskan penubuhan Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia
dengan syarat pihak tuan mengemukakan kepada saya perlembagaan kelab berkenaan, Senarai Ahli
Jawatankuasa dan Senarai Aktiviti Utama dalam tempoh empat belas hari daripada tarikh Mesyuarat
Penubuhan yang akan pihak tuan adakan.

Sekian, terima kasih.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menurut perintah,

...................................................... ...
(FATIMAH BINTI SHAARI)
Pengetua,
SMK Sungai Layar,
08000 Sungai Petani.

You might also like