Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

Daging Masak Hitam

• Masa Penyediaan: 30 minit,


• Masa Memasak: 30 minit
• Jumlah Hidangan: 4 orang

Bahan-bahan:
• 500g daging
• 1 batang serai, ketuk
• 1 helai daun pandan
• 1 batang kayu manis
• 5 biji buah pelaga
• 2 kuntum bunga lawang
• kuntum bunga cengkih
• 2 sudu besar cili kisar
• 1 biji tomato, hiris nipis
• kicap manis secukupnya
• Bahan-bahan untuk perapan:
o 1 sudu besar sos tiram
o 1 sudu besar kicap manis
o 1 sudu kecil serbuk jintan putih
o 1 sudu besar serbuk ketumbar
o 1 sudu kecil serbuk jintan manis
• Bahan-bahan untuk tumbuk halus:
o 3 ulas bawang putih
o 4 biji bawang merah
o 1 inci halia

Cara Penyediaan:
1. Hiris daging melintang arah urat supaya tidak liat.
2. Perap daging dengan bahan-bahan tumbuk halus dan bahan-bahan untuk
perapan selama minimum 1/2 jam.
3. Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan serai, daun pandan, kayu
manis,buah pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih.
4. Masukkan pula cili kisar dan tumis sehingga garing.
5. Masukkan tomato dan masak sehingga tomato lembut.
6. Masukkan daging yang diperap tadi dan tambah lagi kicap manis
secukupnya.
7. Masak sehingga daging empuk dan kuah menjadi pekat.
Tip:
• Lagi lama diperap daging, makin sedap rasanya kerana bahan perapan
meresap ke dalam daging dan menjadikannya lembut.

You might also like