Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 22

PENGURUSAN HAL EHWAL MURID DI SEKOLAH :

Satu Pengenalan dan Aplikasi


Oleh:

Azman bin Hj. Adnan

Penolong Kanan (HEM)

Sekolah Menengah Kebangsaan Adela

Pengenalan

Pengurusan Hal-Ehwal Murid (HEM) merupakan satu bidang yang penting di


sekolah. Sekiranya tidak dikendalikan dengan baik ia akan mencacatkan dan
menjejaskan perjalanan dan prestasi sekolah itu sendiri. Dengan adanya permintaan
dan harapan yang tinggi di kalangan murid/pelajar dan masyarakat seluruhnya
terhadap kemampuan sekolah, pengurus atau pemimpin sekolah seharusnya
memainkan peranan yang lebih daripada hanya menjalankan fungsi pentadbiran
dan penyelenggaraan. Pengurus/pemimpin sekolah mesti berupaya menjadi
penggerak dan penggalak perubahan untuk mempengaruhi ahli-ahli dalam sekolah
menuju ke arah kecemerlangan. Ini kerana pelajar-pelajar merupakan aset negara
masa depan. Jatuh bangunnya negara bergantung kepada kualiti tenaga manusia
yang dihasilkan oleh pendidikan. Untuk membantu individu supaya seimbang dari
segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek (J.E.R.I) sebagaimana yang tercerna dalam
Falsafah Pendidikan Negara (FPN) bukanlah satu perkara yang mudah. Di
peringkat sekolah ia berkehendakkan satu perancangan yang lebih berstruktur dan
strategik untuk memastikan sesebuah sekolah itu memenuhi ciri-ciri instituti yang
berjaya dalam bidang akademik dan bukan akademik. Oleh itu untuk mencapai
hasrat ini, jawatan khas Guru Penolong Kanan (HEM) telah diwujudkan di sekolah
bagi membantu pihak pentadbir (guru besar/pengetua) dalam memainkan peranan
sebagai pemaju, pembina, pembantu, perancang, pemudahcara, penyelaras,
pengawal, penawar, dan kaunselor kepada ahli-ahli di bawah pengawasannya
khususnya pelajar-pelajar.

Siapakah Pelajar-Pelajar Sekolah?

Pelajar-pelajar sekolah terdiri daripada mereka yang berumur antara 7 hingga 18


tahun. Pelajar-pelajar sekolah rendah ialah mereka yang berumur antara 7 hingga
12 tahun manakala pelajar sekolah menengah pula berumur antara 13 hingga 18
tahun. Mengikut ahli-ahli psikologi, kanak-kanak atau pelajar-pelajar yang berada
pada setiap peringkat umur mesti melaksanakan tugas perkembangan masing-
masing. Kegagalan memenuhi tugas perkembangan pada sesuatu peringkat boleh
menjejaskan perkembangan kanak-kanak atau pelajar-pelajar pada peringkat
perkembangan seterusnya. Pengurus-pengurus di peringkat sekolah mestilah
memahami diri pelajar sebagai organisme yang berkembang dan kompleks. Mereka
menghadapi pelbagai masalah dan cabaran yang kompleks dalam proses
perkembangan diri dan memerlukan bantuan serta bimbingan daripada guru-guru di
sekolah.

Konsep Pengurusan dan Pengurusan Hal Ehwal Murid

Menurut Peter F. Drucker, pengurusan boleh ditakrifkan sebagai proses sosial yang
dibentuk untuk memberikan kerjasama, penglibatan, campur tangan dan penyertaan
orang lain ke arah pencapaian yang lebih berkesan terhadap sesuatu objektif yang
ditetapkan.

Jaafar Muhammad (1988) pula mendefinisikan pengurusan sebagai satu proses


mengagihkan input-input organisasi (termasuk sumber ekonomi dan sumber
kakitangan) dengan cara perancangan, pengorganisasian, pengarahan dan
pengawalan untuk tujuan mengeluarkan output (perkhidmatan) yang diperlukan
oleh pelanggan-pelanggan supaya objektif organisasi tercapai.

Oleh itu, berlandaskan konsep asas pengurusan, pengurusan HEM merupakan satu
proses pengendalian resos-resos sama ada manusia atau fizikal dengan tujuan untuk
mencapai matlamat dan objektif pada tahap yang memuaskan. Dalam waktu yang
sama ianya dapat memberikan rasa kepuasan, semangat kerjasama dan disiplin
yang tinggi di kalangan ahli-ahli dan semua pihak yang terlibat dalam instutiti
sekolah sama ada pentadbir, pelajar, guru, kakitangan sokongan, ibu bapa, dan
masyarakat.

Dalam istilah yang mudah pengurusan HEM adalah proses-proses yang


berhubungkait dengan:

i. Perancangan kerja atau program bagi murid/pelajar

ii. Pengelolaan murid/pelajar dan program secara berkesan

iii. Pemilihan cara atau kaedah yang berkesan dalam pengurusan organisasi

iv. Penyeliaan dan penyelarasan aktiviti-aktiviti

v. Pengawalan, penilaian prestasi murid/pelajar dan penilaian program

Ada juga yang melihat proses pengurusan HEM tersebut dari aspek:

i. Perancangan (planning)
Proses menentukan objektif dan cara operasi untuk

aktiviti-aktiviti HEM yang dijalankan bertujuan untuk mencapai

matlamat dengan cara yang paling berkesan.

ii. Pengelolaan (Organising)

Pengumpulan resos-resos sama ada manusia atau bukan manusia

dan pembentukan prosedur dalam menguruskan program HEM.

iii. Pentadbiran/Memimoin (Leading)

Merangkumi kepemimpinan, motivasi, penyeliaan, dan penyelarasan

terhadap program/rancangan HEM berkenaan.

iv. Pengawalan/Pemulihan (Controlling)

Ini berkait dengan laporan, maklumbalas, tindak ikut untuk

memperbaiki rancangan HEM yang dilaksanakan.

Sejarah Perkhidmatan HEM/Personalia di Sekolah

Di negara barat seperti Amerika dan Syarikat, pengurusan personalia pelajar yang
lebih dikenali sebagai Perkhidmatan Bantuan (student services) atau Perkhidmatan
Personelia Pelajar (student personnel services) pada awal 1920-an yang bermula di
instituti pengajian tinggi dan kemudiannya berkembang pula sehingga ke peringkat
sekolah. Dengan berpegang kepada pendapat bahawa sedangkan mahasiswa di
pengajian tinggi yang lebih dewasa pun memerlukan perhatian dalam aspek
peribadi, kanak-kanak di sekolah tentulah lebih memerlukan perhatian dalam
aspek-aspek yang disebutkan. Nordin (1993:17) memetik kandungan buku
Sturtevant dan Hayes (1930) yang menyatakan bahawa aspek perkhidmatan yang
disediakan oleh pekerja personelia murid di barat pada peringkat awal meliputi
bimbingan pelajaran dan pekerjaan, pelanggaran disiplin, moral, hal-hal sosial,
masalah kesihatan tubuh badan dan faktor ekonomi yang menganggu kehidupan
sebagai pelajar. Nama-nama jawatan yang pernah dicatatkan dalam Education
Research Bulletin pada awal sejarah perkhidmatan ini termasuklah pegawai
penjaga kedatangan murid, guru pelawat, ahli psikologi sekolah, ahli psikitri
sekolah, penyelia dan pegawai kesihatan sekolah.
Seperti juga di negara-negara barat, di Malaysia, perkhidmatan hal ehwal pelajar
secara rasmi juga dimulakan di peringkat universiti iaitu pada penghujung tahun
1960-an dan awal 70-an ekoran gerakan agresif para mahasiswa universiti dan
kemudiannya kerajaan mewujudkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU)
yang mewujudkan jawatan Timbalan Naib Canselor Disiplin buat pertama kalinya
yang kemudiannya diubah kepada Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar).

Di peringkat sekolah, perkhidmatan yang secara konsepnya termasuk di bawah


ruang lingkup personalia murid telah lama wujud. Tugas menjaga disiplin pelajar
sebenarnya telah wujud menyamai sejarah pendidikan formal pendidikan di
Malaysia itu sendiri. Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling pula wujud pada
awal tahun 1960-an. Bagaimanapun perkhidmatan `hal ehwal murid’ secara formal
adalah fenomena awal tahun 1980-an. Jawatan Penolong Kanan (Hal Ehwal Murid)
hanya diisi dan diwujudkan oleh Kementerian Pelajaran pada awal tahun tersebut.
Ini meliputi semua sekolah menengah hingga ke sekolah rendah.

Rasional perkhidmatan Hal Ehwal Murid di Malaysia

Nordin Kardi (1993) menyatakan terdapat 2 jenis rasional kewujudan pengurusan


hal ehwal murid diwujudkan di semua jenis instituti pendidikan di Malaysia iaitu:

(i) Rasional tersembunyi - berunsur politik

(ii) Rasional terbuka - berunsur pendidikan

Rasional tersembunyi, walaupun tidak nyata tetapi dapat dirasakan oleh masyarakat
umum. Malaysia yang rakyatnya majmuk mewujudkan jurang dari segi ekonomi
pada tahun-tahun sebelum 1970-an. Peristiwa 13 Mei 1969 telah membawa
perubahan dalam corak pengurusan pendidikan. Akta Universiti dan Kolej
Universiti 1971 kemudiannya diwujudnya yang seterusnya jawatan Timbalan Naib
Canselor (HEP) wujud di universiti.

Rasional terbuka pula menggambarkan kemunculan pengurusan hal ehwal pelajar


sebagai memenuhi cita-cita murni pendidikan. Faktor bilangan pelajar yang
semakin bertambah di semua peringkat instituti pendidikan, keperluan pelajar
terhadap perkhidmatan yang lebih bertanggungjawab dan profesional dan
melaksanakan konsep-konsep dan amalan baru dalam dunia pendidikan, sering
disebut sebagai rasional yang mendorong penyediaan dan seterusnya pengurusan
dalam hal ehwal murid berkenaan.

Sekolah dikatakan bertanggungjawab menyediakan suasana pendidikan yang


kondusif dari aspek sosial, fizikal dan kerohanian. Suasana sedemikian dikatakan
begitu perlu untuk membina `scholarship’ di sekolah. Pengurusan informal yang
diberikan oleh guru biasa secara tidak formal dikatakan tidak lagi mampu
diteruskan bahkan tidak lagi `cost effective’. Dengan rasional ini, diwujudkan
pentadbiran hal ehwal murid atau pelajar disemua peringkat instituti pendidikan
termasuk sekolah.

Falsafah dam Fungsi Pengurusan HEM Di Sekolah.

Menurut Williamson dan Sarbin (1940) perkhidmatan hal ehwal murid hendaklah
merangkumi falsafah pendidikan yang holistik, falsafah demokrasi yang
mengiktiraf harga diri setiap individu, keunikan dan kompleksnya masalah pelajar,
keperluan pelajar terhadap pertolongan profesional dan keperluan terhadap usaha
menghindar atau pencegahan masalah.

Nordin (1993:18) pula memetik pandangan dalam tulisan Mueller (1961) yang
menggariskan falsafah pengurusan murid iaitu:

The uniqueness of individuals is recognized.

Each individual must be treated as a functioning whole.

A Student Personel program must be developed based on the individual’s current


drivers, interest, and needs, that is appropriate for any particular school.

Pengurusan Hal Ehwal Murid atau personalia pelajar dalam konteks negara
Malaysia pula pada asasnya mestilah bertunjangkan kepada Falsafah Pendidikan
Negara (FPN) dan Dasar Pendidikan Kebangsaan (DPK). Dengan kata-kata lain,
pengurusan HEM yang dikendalikan dalam semua instituti pendidikan termasuklah
di sekolah hendaklah dilaksanakan berpandukan falsafah, dasar, aspirasi dan sistem
pendidikan di negara ini. Berdasarkan pegangan falsafah ini, maka segala urusan
berkaitan perkhidmatan dan pengurusan Hal Ehwal Murid bukan sahaja bertepatan
dengan matlamat sekolah, tetapi juga matlamat negara.

Berdasarkan asas falsafah itu, digariskan beberapa prinsip asas pentabiran HEM
iaitu:

Keseluruhan tugas pengurusan HEM hendaklah difahami dan dipecahkan kepada


komponen-komponennya. Pengurus HEM hendaklah mengkaji fungsi-fungsinya
secara mendalam dan berusaha mendapatkan pengalaman melaksanakannya.

Tanggungjawab melaksanakan fungsi-fungsinya yang khusus hendaklah diserahkan


kepada personel yang berkelayakan.

Setiap staf hendaklah bekerja mengikut tahap kepandaian dan kemampuannya yang
maksimum.

Walaupun guru-guru lain juga perlu dilibatkan bagi melaksanakan pengurusan


HEM, sesebuah sekolah itu hendaklah mempunyai tenaga yang berkepakaran.
Pakar dalam bidang ini elok menumpukan usaha mengajar guru lain dan menolong
mereka tumbuh dan berkembang sendiri bagi memenuhi keperluan murid.

Setiap staf hendaklah diberi orientasi terhadap tugas dan tanggungjawab dengan
secukupnya.

Ia hendaklah mengendalikan aktiviti yang sampai kepada setiap pelajar.

Hendaklah ada sistem yang membolehkan setiap pelajar mempunyai hubungan


yang rapat dengan sekurang-kurangnya seorang guru.

Aktiviti-aktiviti berkelompok hendaklah dilaksanakan.

Peranan dan pembahagian tugas staf hendaklah disediakan dengan jelas.

Saiz pentadbiran HEM hendaklah berpadanan dengan saiz keperluan sesebuah


sekolah itu sendiri.

Hubungan dengan badan-badan di luar instituti pendidikan hendaklah diadakan.


Hubungan dengan NGO dan pelbagai jabatan kerajaan misalnya, mampu
menyediakan pilihan aktiviti yang sangat luas. Ia kerap kali dapat membantu
mempermudahkan prosedur kerja yang memerlukan urusan dengan pihak luar.

Fungsi-fungsi pengurusan HEM di sekolah pula dapat dilihat seperti berikut:

mengenalpasti potensi pelajar dan memupuknya hingga ke tahap cemerlang.

memberikan khidmat bantuan kepada pelajar yang bermasalah.

mengelolakan program latihan kepemimpinan dan organisasi pelajar.

mengendalikan program orientasi pelajar.

memberi galakan dan pedoman berdikari.

mendedahkan pelajar terhadap sumber-sumber pengetahuan masyarakat.

mengeratkan hubungan antara instituti pendidikan dengan masyarakat dan ibu bapa.

mengorientasikan pandangan ibu bapa supaya secocok dengan matlamat


pendidikan negara.

merancang dan melaksanakan program kendiri untuk mengenal kelemahan dan


kekuatan diri.

mengatur dan mengelola aktiviti untuk mencapai kecemerlangan diri.


Prinsip dan Strategi Pengurusan HEM di Sekolah.

Prinsip dan strategi dalam pengurusan HEM di sekolah amatlah mustahak demi
mencapai keberkesanan sesuatu program khususnya untuk membina sahsiah
pelajar. Prinsip yang tepat dan praktikal pasti akan dapat menentukan halatuju
pengurusan sesuatu program. Kawalselia dan penyelarasan juga akan dapat
mengurangkan masalah. Jadi beberapa prinsip yang sesuai untuk menentukan
pengurusan HEM berasaskan kepada satu sistem yang terancang dan teratur. Di
antara prinsip-prinsip pengurusan HEM yang sesuai ialah:

Perancangan jadual kerja yang rapi mengikut jangka pendek dan jangka panjang.

Pengelolaan program secara terperinci bagi menentukan kejayaan.

Penggunaan staf secara optimum dengan memupuk semangat mereka ke tahap


tertinggi.

Pengarahan kerja staf bagi menjamin kelicinan perjalanan organisasi.

Penyelarasan aktiviti untuk mengawal pembaziran masa, tenaga dan peruntukan.

Pengawalan belanjawan mengikut prinsip penggunaan minimum untuk


mendapatkan hasil yang maksimum

Proses penilaian program secara objektif.

Strategi pengurusan HEM pula akan menentukan dan menjamin keberkesanan


sesuatu program atau tindakan yang akan diambil. Tanpa strategi pengurusan,
mungkin sukar bagi sesuatu organisasi untuk mencapai matlamatnya. Pengurusan
HEM yang menggunakan teori dan model yang sesuai dapat menentukan ketepatan
tindakan strategi. Di antara beberapa strategi yang perlu diambilkira ialah
penggunaan pelbagai teori dan model termasuklah:

Penggunaan teori motivasi bagi menggerakkan pelajar.

Penggunaan teori kepimpinan bagi mewujudkan ciri-ciri kepimpinan di kalangan


pelajar.

Pengunaan teori pengurusan supaya rancangan pemupukan personaliti pelajar


mencapai keberkesanannya.

Pengunaan teori tingkahlaku untuk mengubah sikap pelajar ke arah yang positif.

Penggunaan teori kaunseling untuk membantu dan membimbing pelajar dalam


pelbagai aspek dan penguraian masalah.
Penggunaan teori pengajaran dan pembelajaran bagi memudahkan penerapan
sesuatu program yang bermatlamat.

Penggunaan model-model disiplin untuk membantu menyelesaikan pelbagai


masalah disiplin yang berkaitan dengan pelajar.

Penggunaan model-model latihan untuk menyemai, memupuk dan membentuk personaliti dan
tingkahlaku serta jiwa insan pelajar yang harmonis.

Objektif Pengurusan Hal Ehwal Murid

Objektif Pengurusan Hal Ehwal Murid dapat dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu:-

Objektif Masyarakat

Masyarakat memerlukan sumber tenaga manusia yang berkualiti dan cemerlang


bagi memenuhi keperluan tenaga kerja dalam masyarakat sama ada bekerja dalam
sektor awam, swasta atau bekerja sendiri.

Objektif Sekolah

Sekolah mempunyai matlamat dan objektif yang telah ditetapkan dari segi
pencapaian akademik dan non-akademik. Pelajar-pelajar dalam konteks ini

dikehendaki berusaha bagi mencapai matlamat dan objektif yang ditetapkan oleh
pihak sekolah.

Objektif Fungsian

Sekolah dan pelajar-pelajarnya mesti memainkan fungsinya dengan sebaik


mungkin supaya proses pendidikan, penerapan nilai-nilai dan sosialisasi dapat
berjalan dengan baik dan lancar. Pengurus Hal Ehwal Murid sebagai satu unit perlu
memainkan fungsinya supaya sekolah berjalan dengan lancar.

Objektif Peribadi Pelajar

Pelajar sebagai individu mempunyai objektf yang tertentu di dalam proses


pembelajaran di sekolah. Cita-cita dan harapan setiap pelajar perlu dipenuhi oleh
pihak sekolah sama ada bagi tujuan akademik mahupun kerjaya pada masa
hadapan.

Personel Dalam Pengurusan HEM

Personel adalah komponen yang paling penting dalam sesuatu organisasi. Kualiti
pengurusan sesebuah organisasi dan keluarannya bergantung terus kepada kualiti
personelnya. Oleh yang demikian, semua personel dalam pengurusan HEM sama
ada profesional atau bukan profesional hendaklah sentiasa segar dari segi
pengetahuan dan latihan mereka. Terdapat beberapa ciri kualiti yang perlu ada pada
personel HEM daripada Pengetua, Pen. Kanan HEM, kaunselor dan staf –staf yang
lain iaitu:

Komited terhadap pengurusan HEM.

Berkemahiran mengenalpasti dan memahami permasalahan pelajar dan


menyelesaikannya.

Berpengalaman memahami perkembangan personaliti pelajar.

Berinisiatif untuk menjayakan pengurusan HEM.

Berupaya mewujudkan suasana yang selamat dan kondusif untuk aktiviti


pengajaran dan pembelajaran (P & P)

Oleh itu seseorang pengurus HEM perlu memiliki kemahiran konseptual,


kemahiran manusia dan kemahiran teknikal untuk mempersiapkan diri
mengelolakan hal-hal yang berkaitan dengan pengurusan HEM di sekolah.

Unit Hal Ehwal Murid di Sekolah

Unit Hal Ehwal Murid (HEM) atau di sesetengah sekolah dinamakan seperti Majlis
HEM, Unit Personalia Pelajar dan lain-lain yang membawa konotasi yang sama
adalah satu unit yang diwujudkan di bawah pengelolaan Penolong Kanan (HEM) di
sekolah-sekolah untuk menguruskan perkhidmatan hal ehwal murid.

Peranan utama unit ini mengendalikan pelbagai program dan perkhidmatan serta
pengurusan yang tersirat dalam kurikulum sekolah sama ada berupa akademik atau
ko-kurikulum iaitu:

Merancang program aktiviti dan teknik pelaksanaan semua aktiviti untuk per
kembangan sahsiah pelajar.

Menyelaras, menyelia dan menilai pelaksanaan aktiviti pelajar.


Mempertingkatkan akhlak dan nilai hidup pelajar, membina personaliti dan
membentuk sikap pelajar yang positif dan progresif.

Mengawasi keselamatan, menjaga kesihatan dan memelihara kebajikan pelajar.

Membina semangat kasih sayang kepada diri sendiri, ibu bapa, agama dan negara.

Untuk menjayakan pengelolaan program dan perkhidmatan HEM berkenaan, unit


ini biasanya mempunyai struktur organisasi yang tertentu yang diubahsuai dan
ditambah mengikut keperluan di sekolah-sekolah berkenaan. Rajah 1 dan 2 di
bawah dapat menunjukkan contoh struktur asas unit HEM yang mempunyai
beberapa bahagian di bawah kawalannya dan setiap bahagian atau bidang ini
mempunyai objektif, dasar, pelaksanaan dan kumpulan sasaran masing-masing.

Rajah 1 : Struktur Organisasi Sekolah Menengah Gred A

Rajah 2 : Struktur & Bidang-Bidang Dalam Pengurusan HEM

MAJLIS HAL EHWAL PELAJAR

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ADELA (SEMEKA)

KOTA TINGGI, JOHOR

Pengerusi : Tn. Hj. Sufaat bin Tumin (Pengetua)

Timb. Pengerusi : En. Azman bin Adnan (Pen. Kanan HEM)

Naib Pengerusi 1 : En. Mohamad bin Mahadi (Pen. Kanan 1)

Naib Pengerusi 2 : En. Sairi bin Jasman (Penyelia Petang)

Setiausaha : En. Mohd. Fodzi Osman

Kaunselor Pelajar : En. Md. Noor Marzuki

Guru Kanan Disiplin (Pagi) : En. Tukiman Sarmin

Guru Kanan Disiplin (Petang): En. Sinin Mokreh

Penyelaras Pengawas (Pagi) : En. Rosli A. Hamid

Penyelaras Pengawas (Petang): En. Norazmi Md. Bandi


Penyelaras Dokumen Pelajar : Pn. Sharidatul Mohamad

Penyelaras Biasiswa

dan Simpanan : Pn. Hamisah Eahsan

Penyelaras SPBT : En. Salem Amir

Penyelaras Perangkaan

Harian/Enrolmen Murid : Pn. Rusnani Fadzil

Penyelaras Kesihatan Murid : Pn. Raimah Omar

Penyelaras Keselamatan &

Pencegahan Kebakaran : En. Hilmi Azani Hussin

Penyelaras papan Kenyataan

& Maklumat Sekolah : Cik Wizanatunisa Sairi

Penyelaras Kantin Sekolah : Pn. Faizah wahaid

Penyelaras Asrama Bistari : En. Misran Siatas

Penyelaras Buletin/Majalah : En. Mohd. Ibrahim Mohamad

Penyelaras Tingkatan : En. Johar Ahmad

Penyelaras Register Murid : Cik Rohayah Darmawan

Penyelaras Kepimpinan &

Pengembangan Motivasi : En. A. Wahab Awang

Penyelaras Badan Kebajikan

Murid (BAKESMA) : Cik Mahanom Sulaiman

Penyelaras Koperasi : YM Raja Zainarabidin Raja Zailon

Rajah 3 : Contoh Struktur Organisasi Unit HEM di Sekolah

Program Hal Ehwal Murid Di Sekolah


Pelaksanaan program atau aktiviti HEM di sekolah adalah berasaskan bidang-
bidang yang terangkum dalam unit HEM itu sendiri meliputi kebajikan pelajar dan
ko-kurikulum.

1. Matlamat Program HEM

Antara matlamat program hal ehwal murid ialah:

Membantu dalam perkembangan diri murid/pelajar supaya

berfungsi sebagai individu yang seimbang.

Memupuk semangat berdikari.

Memupuk semangat kerjasama dan kekitaan.

Membantu merancang hidup yang lebih bermakna dan berkesan.

Memberi dorongan dan motivasi dan semua aspek.

Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang-bidang ilmu yang


berbagai-bagai.

Memperkembangkan potensi dan kebolehan ke tahap maksima.

Membantu murid/pelajar meringankan masalah yang dihadapi.

Menyedarkan murid/pelajar tentang pentingnya hidup bermasyarakat.

Menyuburi potensi kepemimpinan di kalangan murid/pelajar

2. Elemen-elemen penting dalam program HEM:

i. Menyelesaikan masalah

ii. Membuat keputusan

iii. Hubungan manusia

iv. Komunikasi yang efektif


Model-model Program HEM

Antara model-model yang biasanya digunakan untuk melaksanakan program-


program HEM adalah seperti berikut:

Program menyeluruh - melibatkan murid/pelajar atau ahli. Contoh: program


orientasi pelajar.

Program perkembangan, pemulihan dan pembaikan - secara individu atau


kumpulan. Contoh: program peningkatan disiplin PINTAS.

Program pengajaran (instructional). Contoh: program 5 minit anti-dadah dalam


P&P.

Program terbuka - melibatkan agensi-agensi luar. Contoh: pameran pendidikan,


latihan kebakaran.

Program Bersepadu - integrasi program-program atau aktiviti. Contoh: program


motivasi, perkhemahan dan lain-lain.

Jenis-jenis Program HEM

Terdapat banyak program HEM yang dilaksanakan di sekolah. Antaranya adalah


seperti berikut:

(a) Orientasi/suaikenal

(b) Penyebaran maklumat

© Kajian/penyelidikan misalnya menyelesai masalah disiplin pelajar atau prestasi


pelajar

(d) Bimbingan pelajaran dan kemahiran

(e) Bimbingan kerjaya/vokasional

(f) Khidmat konsultasi - kepada pelajar, guru dan ibu bapa

(g) Bimbingan kerohanian dan psikososial (perkembangan diri)

(h) latihan kepemimpinan - kepada pengurus dan pemimpin kelab/persatuan


(i) Latihan kejurulatihan di kalangan pelajar

(j) Program kesedaran keselamatan

Program keceriaan sekolah

Pendidikan Pencegahan Dadah/Merokok/Aids

Kursus-Kursus Motivasi/Bina Insan/Kepimpinan

Pameran/kempen-kempen

(o) Kaunseling

(p) Program komuniti

(q) Program pemulihan.

5. Perancangan Program HEM

Perkara-perkara berikut biasanya adalah antara perkara yang diberi

pertimbangan untuk melaksanakan program-program HEM sesuai dengan tuntutan


untuk ke arah keberkesanan dan kualiti perkhidmatan HEM di sekolah.

(a) Penubuhan jawatankuasa - guru, murid atau ibu bapa

(b) Kajian keperluan (luaran dan dalaman)

© Jenis program dan rasional

(d) Matlamat & objektif program

Kemudahan resos - manusia dan fizikal

(f) Kekangan-kekangan yang ada

(g) Alternatif pemilihan

(h) Proses dan strategi pelaksanaan

(i) Polisi, peraturan, dan prosedur

(j) Masa (menentukan takwim sekolah untuk mengetahui tempoh yang bersesuaian
dengan program HEM).
(k) Kaedah penyeliaan & pengawalan

(l) Jenis dan kaedah penilaian - terhadap kualiti program dan prestasi murid/pelajar

(m) Tindakan susulan - program pemulihan dan pengayaan untuk penambaikan.

Ciri-ciri Pengurus HEM Yang Berkesan

Pengurus HEM yang merupakan personel penting dalam menentukan keberkesanan


dan kualiti pengurusan dan program-program HEM. Oleh itu mereka perlu
memiliki beberapa ciri seperti berikut:

(a) Mempunyai pengetahuan dalam asas-asas pengurusan

(b) Mudahlentur (fleksibel)

© Sentiasa bersedia menjalankan tugas

(d) Mempunyai pengetahuan dalam bidang analisis masalah

(e) Mempunyai siat-sifat kepemimpinan

(f) Mampu memberi dorongan yang membina

(g) Mempunyai kemahiran dalam bidang perhubungan manusia

(h) Boleh berkomunikasi dengan efektif

(i) Mempunyai kemahiran kejurulatihan dan kepegawaian

(j) Mempunyai pengetahuan dalam domain kognitif, psikomotor, efektif, dan


kerohanian.

(k) Kreatif dan kritikal

(l) Mempunyai pegangan yang tugas itu adalah satu amalan

(m) Mempunyai sifat terbuka

(n) Sihat dan bertenaga

Senarai Tugas Guru Penolong Kanan II

Sekolah Rendah
Mukadimah

Guru Penolong Kanan II bertanggungjawab kepada Guru Besar untuk mencapai


Dasar Pendidikan Kebangsaan. Guru Penolong Kanan II bertanggungjawab
mempertingkatkan disiplin kebajikan murid, dan penerapan nilai-nilai murni.

1. Bidang Tugas

1.1 Menjalankan tugas-tugas Guru Besar semasa ketiadaan Guru Besar dan Guru
Penolong Kanan I

1.2 Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Guru Besar

1.3 Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam pengurusan dan pentadbiran Hal-
Ehwal Murid.

1.4 Membantu Guru Besar dalam pentadbiran sesi petang bagi sekolah-sekolah
yang mempunyai sesi petang.

1.5 Membantu Guru Besar menyelia dan menilai aktiviti hal-ehwal murid.

1.6 Membantu Guru Besar dalam semua aspek perancangan dan pengurusan
sekolah.

2. Senarai Tugas

2.1 Disiplin

a. Menentukan penerapan amalan-amalan dan nilai-nilai yang murni.

b. Memastikan undang-undang dan peraturan-peraturan sekolah dikuatkuasakan.

c. Mengambil tindakan yang sesuai terhadap kes-kes murid yang melanggar


peraturan-peraturan tatatertib dan salahlaku.

d. Menyelaras dan menyediakan rekod disiplin dan laporan murid.

e. Guru Penasihat Lembaga Pengawas Sekolah.

2.2 Bimbingan dan Kaunseling

a. Merancang dan menyelaras pelaksanaan program bimbingan dan kaunseling.


b. Menyelaras dan menyediakan rekod bimbingan dan keunseling murid dan
menyediakan laporan yang diperlukan.

c. Merancang dan melaksanakan program kebajikan dan orientasi bagi murid-murid


baru.

2.3 Kesihatan dan Kebajikan Murid

a. Menguruskan kemudahan rawatan murid.

b. Memastikan program-program kesihatan murid dijalankan dengan sempurna


seperti menguruskan Kad 001/002, PKS 1/PKS 2 dan Kad Tenaga Asas.

c. Menyelaras penyeliaan yang berkaitan dengan kantin sekolah.

d. Menyelaras segala aktiviti kesihatan dan kebersihan murid.

e. Melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan dengan Rancangan Amalan Makanan


dan Pemakanan, Projek Susu dan lain-lain rancangan bantuan dan kebajikan murid.

f. Memastikan langkah-langkah keselamatan semasa berada di sekolah sentiasa


dilaksanakan.

2.4 Skim Pinjaman Buku Teks

a. Menyelaras hal-hal pengeluaran, pengambilan, pengagihan dan hapuskira.

b. Menguruskan kutipan-kutipan data, mengawal buku-buku stok dan mengawal


bilik Buku Bantuan.

c. Menyediakan anggaran belanjawan mengurus skim pinjaman buku teks.

3. Pentadbiran

3.1 Mengurus dan mengemaskini Rekod Pendaftaran Murid

3.2 Menyemak Buku Kedatangan Harian Murid sidang pagi

3.3 Mengurus kemasukan dan penempatan murid.

3.4 Mengurus pertukaran murid.

3.5 Mengurus surat akaun, sijil-sijil murid, surat-surat pengesahan dan pengedaran
sijil-sijil berhenti sekolah.
3.6 Menyemak buku/kad kemajuan murid dan jadual markah.

3.7 Membantu menyediakan anggaran belanjawan sekolah.

4. Pengawasan Asrama (Jika ada)

4.1 Menentukan sistem kemasukan dan penempatan pelajar ke asrama.

4.2 Membantu di dalam pemilihan dan penyeliaan warden-warden asrama.

4.3 Menyelaras hal-hal pembelajaran dan menentukan langkah-langkah


keselamatan asrama.

4.4 menyelaras penyeliaan kebersihan dan mewujudkan keceriaan asrama.

4.5 Menyelaras penyeliaan hal makanan dan dapur.

4.6 Menyelaras pengawasan hal-hal kesihatan penghuni asrama.

4.7 Membantu dalam urusan sebutharga/tender makanan asrama sekolah.

4.8 Memastikan bahawa kemudahan dan penyertaan penghuni asrama dalam


aktiviti riadah dan kokurikulum diadakan.

4.9 Menyelaras segala jenis pungutan wang dan pembayaran yang berkaitan dengan
asrama.

4.10 Penasihat Lembaga Pengawas Asrama.

5. Tugas-tugas Lain

5.1 Menganggotai jawatankuasa-jawatankuasa yang diluluskan oleh Guru Besar


dari masa ke semasa.

5.2 Melaksanakan arahan-arahan dan tugasan-tugasan lain yang diberikan oleh


Guru Besar dari masa ke semasa.

Senarai Tugas Penolong Kanan

(Hal Ehwal Murid) Sekolah Menengah

Mukadimah
Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid bertanggungjawab kepada Pengetua untuk
mencapai Dasar Pendidikan Kebangsaan. Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid
bertanggungjawab mempertingkatkan kebajikan murid, aktiviti kokurikulum dan
penerapan nilai-nilai murni.

1. Bidang Tugas

1.1 Menjalankan tugas-tugas Pengetua semasa ketiadaan Pengetua dan Penolong


Kanan.

1.2 Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Pengetua.

1.3 Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam hal-hal Pendidikan Jasmani,


Kokurikulum, Disiplin dan Kaunseling, Keselamatan dan Kebajikan Murid, Buku
Teks, Biasiswa dan Bantuan Kewangan, Penerbitan dan Percetakan, Perayaan
Sekolah, Koperasi Sekolah, Kantin Sekolah dan Pengawasan Asrama (jika ada).

1.4 Membantu Pengetua dalam pentadbiran sesi petang bagi sekolah-sekolah yang
mempunyai sesi petang.

1.5 Membantu Pengetua menyelia dan menilai seperti dalam 1.3 di atas.

1.6 Membantu Pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah.

2. Senarai Tugas

2.1 Disiplin

a. Menentukan penerapan amalan-amalan dan nilai-nilai yang murni.

b. Memastikan undang-undang dan peraturan-peraturan sekolah dikuatkuasakan.

c. Guru Penasihat Lembaga Pengawas Sekolah.

d. Mengambil tindakan yang sesuai terhadap kes-kes murid yang melanggar


peraturan-peraturan tatatertib dan salahlaku.

e. Menyelaras dan menyediakan rekod disiplin dan laporan murid.

2.2 Bimbingan dan Kaunseling

a. Merancang dan menyelaras pelaksanaan program bimbingan dan kaunseling


bersama-sama dengan guru-guru bimbingan dan kaunseling.
b. Menyelaras dan menyediakan rekod bimbingan dan kaunseling murid dan
menyediakan laporan yang diperlukan.

c. Merancang dan melaksanakan program kebajikan dan orientasi bagi murid-murid


baru.

2.3 Program Perlindungan Murid

a. Merancang dan menyelaras program mencegah penyalahgunaan najis dadah dan


program-program lain di peringkat sekolah.

2.4 Pentadbiran

a. Mengurus dan mengemaskini Buku Rekod Pendaftaran Murid.

b. Menguruskan kemasukan dan penempatan murid.

c. Mengurus pertukaran murid

d. Menyemak Buku Kedatangan Harian murid sidang pagi.

e. Mengurus surat akaun, sijil-sijil pelajar, pengesahan dan pengedaran sijil


berhenti sekolah.

f. Menyemak buku/kad kemajuan murid dan jadual markah.

g. Membantu menyediakan anggaran belanjawan sekolah.

h. Membantu merancang Takwim sekolah.

2.5 Kesihatan

a. Menguruskan kemudahan rawatan murid.

b. Memastikan program-program kesihatan murid dijalankan dengan sempurna


seperti menguruskan Kad 001/002, PKS 1/PKS 2 dan kad Tenaga Asas.

c. Menyelaras penyeliaan yang berkaitan dengan kantin sekolah.

d. Menyelaras segala aktiviti kesihatan dan kebersihan murid.

2.6 Skim Pinjaman Buku Teks

a. Menyelaras hal-hal pengeluaran, pengambilan, pengagihan dan hapuskira.


b. Menguruskan kutipan-kutipan data, mengawal buku-buku stok dan mengawal
Bilik Buku Bantuan.

c. Menyediakan anggaran belanjawan mengurus skim pinjaman buku teks.

2.7 Biasiswa dan Bantuan

a. Menyelenggara perakuan-perakuan biasiswa dan bantuan.

b. Mengemaskini rekod-rekod biasiswa dan bantuan.

c. Menguruskan tuntutan dan bayaran biasiswa murid.

3. Kokurikulum

3.1 Sukan dan Permainan

a. Membantu merancang, melaksana dan menyelia kegiatan sukan dan permainan


di semua peringkat.

b. Membantu merancang Takwim Sukan dan Permainan sekolah,.

3.2 Kelab/Persatuan

a. Menyelaras dan menyelia aktiviti-aktivti Persatuan dan Kelab yang bercorak


akademik.

3.3 Pasukan Pakaian Seragam

a. Merancang strategi penglibatan murid dalam kegiatan pasukan pakaian seragam.

b. Menyelaras pelaksanaan kegiatan pasukan pakaian seragam sekolah,

3.4 Koperasi Sekolah dan Sebagainya

a. Menyelaras kegiatan-kegiatan berkaitan dengan koperasi sekolah, Amanah


Saham Nasional, Bank Simpanan Nasional dan sebagainya.

4. Pengawasan Asrama (jika ada)

4.1 Menentukan sistem kemasukan dan penempatan pelajar ke asrama

4.2 Membantu dalam pemilihan dan penyeliaan warden-warden asrama.


4.3 Menyelaras hal-hal pemelajaran dan menentukan langkah-langkah keselamatan
asrama.

4.4 Menyelaras penyeliaan kebersihan dan mewujudkan keceriaan asrama.

4.5 Menyelaras penyeliaan hal makanan dan dapur.

4.6 Menyelaras pengawasan hal-hal kesihatan penghuni asrama.

4.7 Membantu dalam urusan sebutharga/tender makanan asrama sekolah.

4.8 Memastikan bahawa kemudahan dan penyertaan penghuni asrama dalam


aktiviti riadah dan kokurikulum diadakan.

4.9 Menyelaras segala jenis pungutan wang dan pembayaran yang berkaitan dengan
asrama.

4.10 Penasihat Lembaga Pengawas Asrama.

5. Tugas-tugas Lain

5.1 Menganggotai jawatankuasa-jawatankuasa yang diluluskan oleh Guru Besar


dari masa ke semasa.

5.2 Melaksanakan arahan-arahan dan tugasan-tugasan lain yang diberikan oleh


Guru Besar dari masa ke semasa.

You might also like