Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 16

946/1 STPM 2023

PENGAJIAN PERNIAGAAN

KERTAS 1
(1 Jam 45 Minit)

PEPERIKSAAN PERCUBAAN
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KELANTAN

Arahan kepada calon:

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN


BERBUAT DEMIKIAN.

Jawab semua soalan dalam Bahagian A

Jawab semua soalan 11 dalam Bahagian B

Jawab soalan 12 atau 13 dalam Bahagian B

Anda boleh menjawab kedua-dua soalan, iaitu 12 dan 13 tetapi hanya satu jawapan yang

pertama akan diperiksa.

Kertas soalan ini terdiri daripada empat halaman bercetak


Bahagian A [50 markah]

Jawab semua soalan

1. Berikan perbezaan syarikat sendirian berhad dan syarikat awam berhad dari aspek
milikan dan sumber modal.
[4]

2. Jelaskan dua aktiviti perniagaan berasaskan pengeluaran.


[6]

3. Huraikan dua kaedah pemeriksaan yang dijalankan terhadap produk semasa proses
pengeluaran.
[4]

4. Huraikan tiga pendekatan kawalan kualiti dalam pengeluaran.


[6]

5. Nyatakan empat strategi peletakan pasaran.


[4]

6. Huraikan tiga faktor psikologi yang mempengaruhi gelagat pengguna.


[6]

7. Huraikan sumber dana jangka pendek yang berikut:


a. Overdraf
[2]
b. Pinjaman berjangka
[2]
8. Huraikan tiga prinsip insurans
[6]

9. Huraikan tiga langkah dalam proses perancangan sumber manusia.


[6]
10. Nyatakan empat kepentingan latihan kepada pekerja.
[4]
Bahagian B [50 markah]
Baca kajian kes di bawah dan jawab soalan yang mengikutinya
Ramly Burger : Jenama Tempatan Bertaraf Antarabangsa
11 Pengarah Urusan Kumpulan Ramly iaitu Datuk Dr. Hj. Ramly Mokni antara tokoh
usahawan berjaya di Malaysia. Bermula dengan pengeluaran secara manual dan kecil – kecilan
pada tahun 1984, kini Datuk Dr. Hj. Ramly Mokni telah berjaya mentransformasikan
perniagaannya ke tahap komersial sehingga terkenal di peringkat antarabangsa.
Selepas 38 tahun beroperasi, Kumpulan Ramly kini memiliki kilang pemprosesan
sendiri yang mampu mengeluarkan 10,000 keping daging burger sehari dan bakal meningkat
kepada 6 juta sehari. Bagi memantapkan pengedaran dan perkhidmatan jualan kepada
pelanggan, beliau menubuhkan sepuluh buah anak syarikat antaranya Ramly Halal Mart Sdn.
Bhd., Ramly Halal Logistic Sdn. Bhd. dan Ramly Food Service Sdn. Bhd.
Makmal Mikrobiologi Ramly yang lengkap dengan peralatan berteknologi tinggi juga
ditubuhkan berfungsi sebagai tempat penyelidikan dan pembangunan produk Ramly. Dalam
usaha merealisasikan wawasannya, Datuk Dr. Hj. Ramly menyasarkan peningkatan pendapatan
sebanyak 20 % dengan meningkatkan penghasilan produk sebanyak enam kali ganda. Beliau
telah melaburkan RM500 juta bagi menubuhkan sebuah kilang pemprosesan berprestasi tinggi
dan terbesar di rantau Asia yang terletak di Selangor Halal Hub, Pulau Indah. Kilang yang
dilengkapi dengan kemudahan berprestasi tinggi dan terbesar di rantau ini bakal menghasilkan
empat barisan produk iaitu burger, frankfurter, nugget dan meatball dengan lebih banyak dan
cepat iaitu pada kadar 5 tan sejam bagi setiap satu produk. Selepas itu, kumpulan akan
menambah dua barisan pengeluaran dengan pelaburan tambahan sehingga RM1 bilion dalam
jangka masa tiga tahun lagi.
Beliau juga menyasarkan dalam tempoh setahun dua lagi, 30 % pengeluaran adalah
untuk pasaran tempatan, manakala 70 % adalah untuk dieksport. Syarikat sedang meninjau
pasaran eksport baru selain rantau Asean seperti Korea, Timur Tengah dan Eropah. Selain itu
Kumpulan Ramly mengukuhkan lagi rangkaian Ramly Halal Mart dan Ramly Halal Kiosk
kepada lebih 450 buah berbanding 16 kedai Ramly Halal Mart dan 12 kedai Ramly Halal Kiosk.
Begitu juga dengan usahawan gerai burger, ketika ini dalam 25,000 hingga 30,000, namun
selepas ini kami menyasarkan 50,000 hingga 100,000 usahawan gerai burger. Kami juga
meninjau pasaran eksport baru seperti Jepun selain negara Asia bagi pemasaran produk Ramly
yang ketika ini mempunyai sebanyak 108 produk SKU
Hari ini perniagaan Ramly bukan sahaja tertumpu kepada penghasilan makanan sejuk
beku sahaja, malah telah berjaya melebarkan sayap perniagaan dengan membuka Café Ramly.
(Disesuaikan daripada https://bm.soyacincau.com/2019/12/02
Berdasarkan kajian kes di atas,
(a) jelaskan pendekatan yang digunakan oleh Kumpulan Ramly dalam menentukan
strategi dan objektif pemasaran [20]

(b) jelaskan campuran pemasaran yang digunakan oleh Kumpulan Ramly [10]

Jawab satu soalan sahaja

12. Jelaskan lima strategi campuran promosi yang boleh dilakukan oleh sesebuah syarikat
dalam usaha untuk memberitahu, menarik, mempengaruhi dan memujuk pengguna membeli
sesuatu produk .
[20]

13. Huraikan proses pengambilan sumber manusia oleh sesebuah organisasi perniagaan.
[20]
Cadangan Skema Jawapan

1. Perbezaan ciri-ciri syarikat sendirian berhad dan syarikat awam berhad. [4]
Ciri Syarikat Sendirian Berhad Syarikat Awam Berhad
Milikan 2 hingga 50 orang pemegang saham Minimum 2 orang pemegang saham
dan tiada had maksimum
Sumber Jualan saham kepada orang Jualan saham kepada orang awam
perseorangan
Modal
( 2 x 2m = 4m)

2. Dua aktiviti perniagaan berasaskan pengeluaran. [6]


F1: Ekstraktif
H1: Melibatkan aktiviti pengeluaran bahan mentah daripada sumber
semulajadi dari bumi sama ada di daratan atau lautan tanpa mengubah
bentuk asalnya / setara
C1: Aktiviti perladangan / perlombongan / pembalakan / perikanan / sesuai
F2: Barangan Pengguna
H1: Melibatkan proses pengeluaran barang-barang untuk kegunaan pengguna
akhir / setara
C1: Pengeluaran beras / gula / minyak / sesuai
F3: Barangan Industri
H1: Melibatkan pengeluar barangan menjual keluarannya kepada pengeluar
lain, akan memproses keluaran tersebut atau menambah nilai keluaran
tersebut untuk dijual semula atau menghasilkan produk lain untuk dijual /
setara.
C1: Pengeluaran komponen barangan elektrik / komponen kenderaan / sesuai
F4: Pembuatan
H1: Aktiviti memproses bahan mentah yang dikeluarkan oleh industri
ekstraktif untuk menghasilkan barang siap atau barang separa siap / setara
C1: Memproses getah untuk hasilkan tayar / proses kayu balak untuk hasilkan
papan perabot / sesuai
F5: Pemasangan
H1: Aktiviti mencantum atau memasang komponen-komponen sesuatu
produk bagi menghasilkan barangan siap untuk dipasarkan / setara.
C1: Pemasangan komponen kereta / komputer / sesuai
2 fakta pertama (1F + 1H + 1C) x 2 = 6m

3. Huraikan dua kaedah pemeriksaan yang dijalankan terhadap produk semasa proses
pengeluaran.
[4]

1) Pemeriksaan Menyeluruh
H1: Pemeriksaan ini melibatkan pengambilan setiap sampel produk untuk
dikaji dan diperiksa satu demi satu /
H2: Merupakan kaedah pengawalan kualiti terhadap semua produk yang
dikeluarkan melalui proses pemeriksaan bagi mengesan produk yang rosak
atau cacat dengan segera /

2) Pelan Pensampelan
H1: Kaedah ini merujuk kepada pemeriksaan ke atas beberapa sampel kecil
yang diambil secara rawak dalam satu kumpulan atau lot produk /
H2: Pemeriksaan satu sampel kecil produk ini akan digunakan untuk
membuat kesimpulan umum tentang sesuatu kumpulan produk yang
dikeluarkan / setara
(1F + 1H ) x 2 = 4m

4. Huraikan tiga pendekatan kawalan kualiti dalam pengeluaran.[6]

F1: Kawalan Input


H1: Merupakan kawalan ke atas input pengeluaran /seperti bahan mentah,
tenaga kerja, mesin /
H2: kaedah yang dilakukan sebelum aktiviti pengeluaran bermula /
H3: Memeriksa semua input adalah yang terbaik dan memenuhi spesifikasi
yang ditetapkan / setara
F2: Kawalan Proses
H1: Kawalan yang dilakukan semasa peringkat input ditransformasikan
kepada output (semasa proses pengeluaran sedang berlaku ) /
H2: bertujuan menyisih barangan cacat daripada proses /
H3: Melibatkan tindakan pemulihan, pembetulan dan pengubahsuaian segera
sekiranya kerosakan atau penyimpangan berlaku / apabila didapati kerja
yang dilakukan tidak betul atau kualiti produk dalam proses pengeluaran
tidak mengikut piawai / setara
F3: Kawalan Output
H1: Kawalan dibuat ke atas output selepas proses pengeluaran tamat /
H2: Aktiviti tersebut melibatkan pemeriksaan dan perbandingan output
dengan standard yang ditetapkan sebelum produk dipasarkan / setara
(1F + 1H ) x 3 = 6m
5. Empat strategi peletakan pasaran ialah :
i. atribut produk [1]
ii. manfaat [1]
iii. kekerapan penggunaan [1]
iv. pengguna [1]
v. klasifikasi produk [1]
[ empat yang pertama, 1F=1m x4 =4m]

6. Tiga faktor psikologi yang mempengaruhi gelagat pengguna adalah


1.Motivasi [1]
H- merupakan pendorong yang mendesak individu untuk memenuhi keperluan dan
kehendaknya yang pelbagai. [1]/
H- individu akan memenuhi keperluan asas atau yang terendah dahulu sebelum
memenuhi keperluan di peringkat tertinggi. [1]
2.Persepsi [1]
H- Setiap pengguna mempunyai tanggapan yang berlainan tentang produk yang
ditawarkan di pasaran /dari segi harga, reka bentuk, warna dan jenama.[1]/

H- Pengiklanan merupakan strategi yang paling berkesan yang boleh digunakan oleh
pengeluar untuk membentuk tanggapan yang positif kepada pengguna tentang sesuatu
produk, khususnya produk yang baharu wujud di pasaran. [1]
3.personaliti [1]
H- Merupakan sifat-sifat individu yang unik dan konsisten serta sering dikaitkan
dengan sifat peribadi seseorang.[1]/

H- Personaliti yang berbeza akan mempengaruhi gelagat pengguna dalam membuat


keputusan pembelian/ contohnya pengguna yang ceria lebih suka membeli pakaian
yang berwarna cerah. [1]
4.pembelajaran [1]
H- Merujuk kepada pengalaman dan pemerhatian lepas yang mempengaruhi
perlakuan atau gelagat pengguna.[1]/

H- Pengeluar perlu memastikan produk yang dikeluarkan boleh memberi kepuasan


maksimum kepada pengguna.[1]
5.sikap [1]
H- merupakan penilaian dan tindak balas yang konsisten terhadap sesuatu produk /
idea oleh seseorang yang seterusnya akan menentukan sama ada dia suka atau tidak
suka terhadap produk tersebut.[1]/
H- pengeluar perlu cuba untuk mengeluarkan produk yang bersesuaian dengan sikap
pengguna demi mempengaruhi keputusan pembelian pengguna. [1]
[ tiga yang pertama; (1F=1m + 1H/1C=1m) x 3 = 6m]

7. Terangkan sumber dana jangka pendek yang berikut:

a.Overdraf
- Pengeluaran wang daripada akaun semasa melebihi baki wang yang ada
dalam akaun [1]/
- Digunakan untuk membayar hutang dan pembelian bahan mentah [1]/
- Kadar bunga yang tinggi dikenakan ke atas overdraf yang dikeluarkan
mengikut hari [1]

b.Pinjaman berjangka
- Kemudahan pinjaman oleh bank untuk tempoh yang singkat [1] /
- Faedah yang dikenakan berasaskan kadar bulanan [1] /
- Kos pinjaman bergantung kepada jumlah pinjaman, waktu aliran tunai dan
tempoh pinjaman [1]

[2H x 2 = 4M]
8. Terangkan tiga prinsip insurans [6]

1. Gantirugi [1]

- Prinsip ganti rugi bertujuan untuk memulihkan perniagaan kepada kedudukan asal
sebelum berlakunya kerugian bukan untuk mendapat keuntungan /
- Limpah : Pampasan insurans setakat nilai kerugian yang benar-benar dialami [1] /
- Caruman : Syarikat insurans tidak akan membayar pampasan melebihi jumlah
gantirugi [1] /
- Subrogasi : syarikat insurans mempunyai semua hak ke atas harta pemegang polisi
insurans setelah ganti rugi diberi [1] /
- Cth : Syarikat insurans membayar ganti rugi dalam bentuk tunai, gantian barang
hilang, pembaikian barang rosak, pembinaan semula bangunan terbakar [1]

2. Doktrin punca terdekat [1]

- Pampasan ke atas kerugian akan dibayar jika punca kerugian yang berlaku secara
langsung daripada berpunca daripada risiko yang diinsuranskan [1] /
- Cth : Restoran Ummi yang dilindungi daripada risiko kebakaran hanya boleh menuntut
gantirugi jika kerugian disebabkan oleh kebakaran sahaja [1]

3. Kepentingan boleh diinsuranskan [1]

- Si diinsurans perlu mempunyai kepentingan terhadap harta dan nyawa yang


diinsuranskan [1]/
- Hanya si diinsunrans sahaja yang berhak menuntut ganti rugi apabila berlakunya risiko
yang diinsuranskan [1] /
- Cth : En Ali pemilik restoran Sedap boleh mengambil insurans kebakaran untuk
melindungi restorannya [1]

4. Penuh percaya mutlak [1]

- Pemegang polisi mesti memberi maklumat yang lengkap ke atas harta dan nyawa yang
diinsuranskan [1] /
- Penyembunyian maklumat dianggap sebagai pelanggaran kontrak insurans [1] /
- Cth : Pasaraya Maju perlu memberi maklumat yang benar tentang semua harta kepada
syarikat insurans [1]
[tiga yang pertama (1F + 1H/1C = 2M) x 3 = 6M]

9. Huraikan tiga langkah dalam proses perancangan sumber manusia. [6]

1. Analisis kerja [1]

- Satu teknik mengkaji sesuatu kerja untuk mengenalpasti kemahiran, pengetahuan,


pengalaman dan keperluan lain yang penting untuk melaksanakan tugas [1] /
- Terdiri daripada dua iaitu penghuraian kerja dan spesifikasi kerja [1]

2. Menentukan keperluan [1]

- Satu anggaran bilangan, jenis pekerja yang diperlukan oleh organisasi pada masa
hadapan [1] /
- Membuat perbandingan untuk menentukan sama ada berlaku lebihan atau kurangan
sumber manusia [1]

3. Memenuhi keperluan [1]


- Memastikan matlamat organisasi untuk mendapatkan pekerja yang dikehendaki
tercapai [1] /
- Aktiviti-aktiviti mengisi kekosongan jawatan yang terdapat dalam organisasi [1] /

[(1F +1H = 2M ) x 3 = 6M]

10. Berikan empat kepentingan latihan kepada pekerja. [4]

i. Boleh meningkatkan produktiviti pekerja [1] /


ii. Meningkatkan kepuasan pekerja [1] /
iii. Meningkatkan motivasi pekerja [1] /
iv. Dapat mengurangkan kesilapan pekerja [1] /
v. Mendedahkan pekerja kepada kemahiran dan pengetahuan baharu [1]
[empat yang pertama (1H x 4 = 4M)]
Cadangan skema jawapan
11 (a) Pendekatan yang digunakan oleh Kumpulan Ramly dalam menentukan strategi dan
objektif pemasaran :
Fakta Huraian Fakta Kaitan Kes
1. Penembusan - meningkatkan jualan K1 - Kumpulan Ramly mengukuhkan lagi
Pasaran [1] produk sedia ada di rangkaian Ramly Halal Mart dan Ramly Halal
pasaran sedia ada [1] Kiosk
K2 - kepada lebih 450 buah berbanding 16
kedai Ramly Halal Mart dan 12 kedai Ramly
Halal Kiosk.
K3 - Begitu juga dengan usahawan gerai burger,
ketika ini dalam 25,000 hingga 30,000,

K4 - namun selepas ini kami menyasarkan


50,000 hingga 100,000 usahawan gerai
burger.[1]
Maksimum 3KK
2. Pembangunan - memperkenalkan K5 - Makmal Mikrobiologi Ramly yang
produk [1] produk baru ke lengkap dengan peralatan berteknologi tinggi
pasaran sedia ada [1] / juga ditubuhkan berfungsi sebagai tempat
- mencipta produk penyelidikan dan pembangunan produk Ramly.
baru / menambahbaik [1]
faedah / ciri – ciri
produk [1] K6- Kilang yang dilengkapi dengan kemudahan
berprestasi tinggi dan terbesar di rantau ini
bakal menghasilkan empat barisan produk [1]
K7- iaitu burger, frankfurter, nugget dan
meatball dengan lebih banyak dan cepat [1]
K8 - iaitu pada kadar 5 tan sejam bagi setiap
satu produk.[1]
K9- Selepas itu, kumpulan akan menambah dua
barisan pengeluaran [1]
Maksimum 4KK
2. Pembangunan - menjual produk K10 - Beliau juga menyasarkan dalam tempoh
Pasaran [1] sedia ada ke pasaran setahun dua lagi, 30 % pengeluaran adalah
baharu [1] / untuk pasaran tempatan, manakala 70 % adalah
- usaha mencari untuk dieksport.[1]
pengguna baru /
terokai pasaran baru K11 - Syarikat sedang meninjau pasaran
[1] eksport baru selain rantau Asean [1]

K12 - seperti Korea, Timur Tengah dan


Eropah.[1]

K13 - Kami juga meninjau pasaran eksport baru


seperti Jepun selain negara Asia bagi pemasaran
produk Ramly yang ketika ini mempunyai
sebanyak 108 produk SKU [1]

3. Pempelbagaian - pertumbuhan K14 - Hari ini perniagaan Ramly bukan sahaja


[1] perniagaan dgn tertumpu kepada penghasilan makanan sejuk
memasarkan produk beku sahaja, malah telah berjaya melebarkan
baru ke pasaran baru/ sayap perniagaan dengan membuka Café
- memulakan Ramly [1]
perniagaan baru,
menambah lini
produk [1]
[4F + 4H + 12KK = 20M]
11 (b) Campuran pemasaran yang digunakan oleh Kumpulan Ramly :
Fakta Huraian Fakta Kaitan Kes
1. Produk [1] - barang atau K1 - Kumpulan Ramly kini memiliki kilang
perkhidmatan yang pemprosesan sendiri yang mampu
ditawarkan oleh mengeluarkan 10,000 keping daging burger
perniagaan untuk sehari dan bakal meningkat kepada 6 juta
memenuhi keperluan sehari. [1]
dan kehendak
pengguna [1] K2 - menghasilkan empat barisan produk iaitu
burger, frankfurter, nugget dan meatball [1]

K3- produk Ramly yang ketika ini mempunyai


sebanyak 108 produk SKU [1]

2. Pengedaran [1] - usaha K4- Bagi memantapkan pengedaran dan


memindahkan perkhidmatan jualan kepada pelanggan, beliau
produk dari pusat menubuhkan sepuluh buah anak syarikat [1]
pengeluaran kepada
pelanggan pada
masa dan tempat K5 - antaranya Ramly Halal Mart Sdn. Bhd.,
yang dikehendaki [1] Ramly Halal Logistic Sdn. Bhd. dan Ramly
Food Service Sdn. Bhd. [1]

K6- Syarikat sedang meninjau pasaran eksport


baru selain rantau Asean seperti Korea, Timur
Tengah dan Eropah. [1]
K7- Selain itu Kumpulan Ramly mengukuhkan
lagi rangkaian Ramly Halal Mart dan Ramly
Halal Kiosk kepada lebih 450 buah berbanding
16 kedai Ramly Halal Mart dan 12 kedai Ramly
Halal Kiosk. [1]
K8 - Begitu juga dengan usahawan gerai burger,
ketika ini dalam 25,000 hingga 30,000, namun
selepas ini kami menyasarkan 50,000 hingga
100,000 usahawan gerai burger. [1]
K9 - Kami juga meninjau pasaran eksport baru
seperti Jepun selain negara Asia bagi pemasaran
produk Ramly yang ketika ini mempunyai
sebanyak 108 produk SKU [1]
Maksimum 3KK
[2F + 2H + 6KK=10M]
12. Lima strategi campuran promosi yang boleh dilakukan oleh sesebuah syarikat dalam usaha
untuk memberitahu, menarik, mempengaruhi dan memujuk pengguna membeli sesuatu produk:
.

1. Pengiklanan :

- Pengiklanan merupakan cara menyampaikan maklumat sesuatu barang dan perkhidmatan oleh
penjual kepada pengguna melalui pelbagai jenis media massa dan berbayar seperti radio, TV,
internet, suratkhabar dll.
- Pengiklanan juga merupakan sebarang bentuk persembahan yang dirancang dan dibuat khas
untuk memperkenalkan dan menarik perhatian orang lain terhadap sesuatu barang.
- Iklan dibuat secara berulangkali untuk mewujudkan permintaan, mengekalkan permintaan dan
meluaskan permintaan.
Contoh: Syarikat A mengiklan produk kesihatannya melalui rancangan Wow Shop TV9

2. Promosi Jualan :
- Promosi jualan adalah satu cara penyampaian maklumat tentang barang dan perkhidmatan
oleh penjual kepada pengguna melalui teknik-teknik jualan dalam jangka masa pendek.
-Promosi jualan merupakan segala usaha galakan jualan yang digunakan oleh firma untuk
meningkatkan hasil jualan dan meluaskan pasaran yang sedia ada.
- bentuk/teknik promosi jualan ialah kupon/baucar, pameran-pameran perdagangan, point-of-
purchase, pertandingan-pertandingan dan barang sampel.
Contoh: Syarikat A menawarkan potongan harga bagi produk kesihatan mereka pada setiap
hujung bulan.

3. Publisiti :
-Publisiti merupakan cara menyampaikan maklumat sesuatu barang dan perkhidmatan dari
pengeluar kepada pengguna melalui sebaran media komunikasi tetapi pihak pengeluar tidak
perlu membayar.
-Bentuk publisiti ialah liputan berita, rencana berita, penyuntingan rekod dan filem, persidangan
akhbar.
-Contoh: Produk kesihatan syarikat A mendapat publisiti melalui rencana yang ditulis dalam
Berita Harian mengenai kebaikan vitamin C.

4. Perhubungan awam :

- Satu cara yang diambil oleh perniagaan untuk menjalin hubungan yang baik dengan
masyarakat umum khasnya pihak berkepentingan perniagaan seperti pembekal, pelanggan dan
kerajaan.
- Cara yang biasa digunakan oleh syarikat adalah seperti mengeluarkan buletin/majalah,
mewujudkan laman web, melantik pegawai perhubungan awam
-Perhubungan awam bertujuan meningkatkan imej syarikat di kalangan masyarakat umum.
- Contoh Syarikat Vivo menggunakan khidmat duta artis Dato Siti Nurhaliza bagi
mempromosi telefon Vivo

5. Jualan bersemuka/Jualan terus/langsung :

- Jualan bersemuka ialah satu cara menyampaikan maklumat barang dan perkhidmatan dari
pengeluar atau firma kepada pengguna melalui jurujual yang terlatih dan berkebolehan.
-maklumat mengenai kelakuan membeli dan cita rasa pengguna dapat diperolehi secara
langsung oleh firma
Contoh Syarikat insurans Takaful Ikhlas menggunakan ejen terlantik untuk menjual produk
mereka.

Cth 2: Syarikat A menggunakan jurujual terlatih untuk jualan bersemuka produk kesihatan
mereka.

[ (1F+2H+1C= 4m) x 5 = 20M]/


[ (1F+1H+2C= 4m) x 5 = 20M]
13. Proses pengambilan sumber manusia adalah seperti berikut :-
1. Merekrut/Menarik minat [F1=1]
- merupakan proses menarik minat, mencari dan mengalakkan individu yang berkelayakan
untuk mengisi kekosongan jawatan [1]
- Pengrekrutan membolehkan pengurus memilih calon terbaik daripada sekumpulan yang
memohon sesuatu jawatan kosong.[1]
- Sumber pengrekrutan terdiri dari sumber dalaman dan sumber luaran [1]
- Cth : Pengrekrutan sumber dalaman boleh dibuat melalui pengumuman kerja di papan
kenyataan , risalah organiasasi, e-mel organisasi, pencalonan daripada penyelia atau
rujukan pekerja [1]
- Cth : Pengrekrutan luaran boleh dibuat melalui iklan, agensi pekerjaan, head-hunting
atau walk-in. [1]

2. Pemilihan [F2=1]
- merupakan proses menilai dan memilih pekerja terbaik untuk mengisi jawatan kososng
dalam organisasi.[1]
- melibatkan proses berterusan untuk memilih individu yang berkelayakan untuk mengisi
jawatan kosong sedia ada atau kekosongan jawatan akan datang. [1]
- Calon yang dipilih mestilah memiliki kelulusan dan kemahiran berdasarkan kriteria yang
telah ditetapkan dalam huraian kerja dan spesifikasi kerja. [1]
- Proses pemilihan melibatkan borang permohonan, semakan rujukan , temuduga dan
ujian [1]

3. Penawaran Kerja [F3=1]


- Tawaran kerja dilakukan kepada calon-calon yang layak setelah pemilihan dilakukan [1]
- Tawaran kerja dibuat melalui surat rasmi / panggilan telefon / e-mel [1]
- Calon perlu mengesahkan sama ada menerima atau menolak tawaran tersebut dalam
tempoh yang ditetapkan. [1]
- Antara kandungan tawaran kerja ialah jawatan yang ditawarkan, tempoh percubaan dan
pengesahan jawatan, gaji yang bakal diterima, faedah dan ganjaran, dan lain-lain. [1]
4. Induksi [F4=1]
- Proses formal untuk memberi pendedahan awal kepada pekerja baharu supaya dapat
menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja baru. [1]
- Tujuan utama induksi ialah untuk membolehkan pekerja baru membiasakan diri dengan
persekitaran tempat kerja baru. [1]
- Tempoh induksi bergantung kepada kandungan program induksi yang dirangka untuk
seseorang pekerja. [1]
- Semasa induksi diterangkan tentang tugas dan tanggungjawab kerja, waktu bekerja,
keadaan di tempat kerja dan syarat perkhidmatan. [1]

[1 Fakta + 4H / 3H + 1C = 5M x 4 =20M]

You might also like