A. Kaedah Pendidikan Kesihatan BAKAS

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 6

Garis Panduan Modul Pelaksanaan Bagi

Aktiviti Pendidikan Kesihatan Di Bawah Program BAKAS

Aktiviti Pendidikan Kesihatan

Definisi Pendidikan:
Pendidikan ialah satu usaha sistematik yang disengajakan, dibuat oleh sesuatu
masyarakat untuk menyampaikan pengetahuan, nilai, sikap dan kemahiran kepada
ahlinya. Ia juga merupakan satu usaha memperkembangkan potensi individu dan
perubahan yang berlaku dalam diri manusia

Definisi Kesihatan:
Menurut WHO, kesihatan adalah sesuatu yang sempurna dari segi fizikal, mental dan
sosial, dan bukan hanya sekadar tiada penyakit atau cacat cedera sahaja.

Definisi Pendidikan Kesihatan:

Mengikut Pertubuhan Kesihatan Dunia “Pendidikan Kesihatan seperti pendidikan


umum adalah bertujuan mengubah pengetahuan, perasaan dan tingkahlaku orang
ramai. Ianya menumpukan perhatian kepada amalan-amalan kesihatan yang dipercayai
mungkin boleh mewujudkan satu taraf kesihatan yang baik”
WHO (1990)
Pendidikan Kesihatan merupakan suatu proses membekalkan atau
menggunakan pengalamaan bagi mempengaruhi secara mendalam kefahaman, sikap
dan amalan berhubung dengan kesihatan individu, keluarga dan komuniti.
Green (1980)
Pendidikan Kesihatan adalah sebarang pengalaman pembelajaran yang
dibentuk bagi memudahkan adaptasi dan tingkahlaku yang kondusif untuk kesihatan.
Anspaugh & Ezell (1995)
Pendidikan Kesihatan merupakan proses untuk mengembang dan membekal
pengalaman–pengalaman pembelajaran yang terancang dalam cara untuk memberi
maklumat, mengubah sikap, dan mempengaruhi tingkahlaku. Proses tersebut akan
membolehkan kanak-kanak mencapai tanggungjawab kesihatan kendiri, yang menjurus
kepada peningkatan tahap kesihatan dan kesejahteraan.
Marx & Wooley (1998)
Page 5

_________________________________________________________________________________________________________
Unit Bekalan Air & Kebersihan Alam Sekeliling (BAKAS),
Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan,
Kementerian Kesihatan Malaysia
Satu proses dimana situasi atau suasana pembelajaran oleh agen perubahan
bersama masyarakat bagi mengubah tabiat atau perlakuan mereka sendiri. Penunjuk-
penunjuk yang digunakan adalah Pengetahuan (Knowledge), Sikap (Attitude) dan
Amalan (Practice) mereka terhadap perubahan tersebut.
(KKM)
Contohnya: menggalakkan masyarakat membuang najis dengan cara yang
sempurna iaitu menggunakan tandas sanitari supaya terhindar daripada jangkitan
penyakit daripada najis seperti taun, hepatitis A, deman kepialu dan sebagainya

Kejadian penyakit berjangkit bawaan air (Hepatitis A)


 Pengetahuan
- tentang penyakit berjangkit itu, agen, cara merebak, cara pencegahan dan
kawalan;
 Sikap
– penerimaan terhadap perubahan baru iaitu bersedia atau sanggup mengikuti
nasihat kesihatan yang disampaikan;
 Amalan
– melaksanakan amalan-amalan baik tentang cara menyedia makanan, perolehan
punca makanan dan air, amalan kebersihan diri, amalan penjagaan kebersihan
alam sekeliling.

Perbezaan Antara Pendidikan Kesihatan dan Promosi Kesihatan

Pendidikan Kesihatan mengikut Northern California Society for Public Health


Education (2003) adalah gabungan pengajaran/pelajaran yang mempromosikan
tindakan-tindakan sukarelaan dengan pengambilan keputusan yang munasabah untuk
meningkatkan taraf Kesihatan.

Promosi Kesihatan selain dari aspek-aspek pendidikan kesihatan melibatkan


polisi-polisi atau dasar-dasar kementerian-kementarian/agensi-agensi tertentu demi
meningkatan taraf kesihatan, cara hidup rakyat dan rancangan-rancangan membaiki
keadaan persekitaran sesuatu negara. Oleh yang demikian promosi kesihatan adalah
lebih komplek dan komprehensif dalam kegiatan peningkatan taraf kesihatan yang
sempurna dan sebagainya dalam aspek-aspek kesihatan.
Page 5

_________________________________________________________________________________________________________
Unit Bekalan Air & Kebersihan Alam Sekeliling (BAKAS),
Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan,
Kementerian Kesihatan Malaysia
Kaedah-Kaedah Dalam Pelaksanaan Pendidikan Kesihatan

Takrif Kaedah:
- cara atau peraturan membuat sesuatu (terutamanya yang bersistem
atau yang biasa)
(Kamus Dewan, DBP)
Takrif Pendidikan Kesihatan:
- rujuk definasi Pendidikan Kesihatan (KKM)

Klasifikasi Kaedah-Kaedah Pendidikan Kesihatan


 Ceramah / Syarahan
 Taklimat
 Dialog / Forum
 Nasihat Individu / Persaorangan
 Perbincangan Kumpulan Kecil
 Tunjukcara / Demotrasi
 Pameran
 Main Peranan (Role Play)

Kaedah-Kaedah Pendidikan Kesihatan Bagi Aktiviti BAKAS

- menggunakan model komunikasi Lasswell H.D

Page 5

_________________________________________________________________________________________________________
Unit Bekalan Air & Kebersihan Alam Sekeliling (BAKAS),
Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan,
Kementerian Kesihatan Malaysia
 Ceramah / Syarahan
“cara seseorang menyampaikan idea dan fakta terhadap isu semasa serta
pandangan individu tentang sesuatu hal kepada orang ramai dalam suatu
jangkamasa tertentu”
Prof. Leon Fletcher
Tujuan;
i) Memberi penerangan
ii) Memberi keyakinan
iii) Mendapatkan tindakbalas
iv) Motivasi

Tempat / jenis program ceramah-ceramah kesihatan dilaksanakan:


i) Klinik Kesihatan
- ceramah bulanan secara berjadual kepada ibu-ibu mengandung sebelum sesi
pepemeriksaan bermula.
ii) Balairaya / Dewan Orang Ramai
- program bersepadu antara unit-unit kesihatan / agensi luar / NGO (Kempen
Cara Hidup Sihat / Majlis Pelancaran Kospen/Combi)
iii) Sekolah / Kolej
- sesi program promosi kesihatan yang khusus (Kempen Cara Hidup
Sihat / Cerah / Anti Merokok)
iv) Kampung / Masjid
- sesi pencegahan wabak denggi / taun /
v) Sesi program masyarakat /Kem Kesihatan Bersama Masyarakat dsb

“Kita berucap jangan setakat menentukan kita mampu difahami, malah kita mesti
menentukan kita tidak mungkin disalahfahami”
Pujangga Cina
 Nasihat Individu / Perseorangan
i) Nasihat disampaikan secara langsung kepada persaorangan;
ii) Dikenali juga nasihat antara perseorangan (interpersonal) atau bersemuka (face
to face);
iii) Sesuai bagi masalah yang sensitif
Page 5

Dijalankan semasa lawatan ke rumah (bancian) serentak dengan edaran risalah.


_________________________________________________________________________________________________________
Unit Bekalan Air & Kebersihan Alam Sekeliling (BAKAS),
Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan,
Kementerian Kesihatan Malaysia
 Perbincangan Kumpulan Kecil
i) Sesuatu aktiviti pendidikan yang bertujuan untuk menambah kefahaman
kumpulan sasaran terhadap sesuatu perkara;
ii) Berasaskan kepada masalah kesihatan yang telah dikenalpasti;

iii) Aktiviti ini berdasarkan perbincangan, penjelasan dan keterangan.

Penerangan sesuatu isu kesihatan kepada Ahli Jawatankuasa Kemajuan Kampung


(JKK) dalam mesyuarat JKK seperti keperluan pembinaan projek GFS.

 Tunjukcara / Demotrasi
“Demonstrasi sebagai satu teknik pengajaran yang dapat memusatkan perhatian
kumpulan sasar kepada langkah-langkah atau peraturan yang terlibat dalam
sesuatu proses manual”
Sharifah Alawiyah Alsagoff

“Saya dengar saya lupa, saya lihat saya ingat, saya buat saya faham”
Peribahasa Cina
i) Menentukan objektif dan isi;
ii) Menerangkan tujuan tunjukcara dan perkara yang harus diketahui akhirnya;
iii) Demonstrasi dilakukan dari mula hingga akhir;
iv) Rancangkan kepelbagaian (cara)
v) Libatkan audien jika sesuai (Hands-On)
vi) Ringkaskan, bincangkan dan buat ulasan

 Pameran
Apa-apa bahan maklumat yang diidedahkan / ditunjukkan bagi menyampaikan
sesuatu mesej;

i) Ciri-Ciri Pameran
 Fokus kepada khalayak ramai
 Dapat maklumat dengan cepat

ii) Kelebihan
 Penerimaan masej pelbagai
 Jimat - kumpulan sasaran besar
Page 5

_________________________________________________________________________________________________________
Unit Bekalan Air & Kebersihan Alam Sekeliling (BAKAS),
Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan,
Kementerian Kesihatan Malaysia
iii) Kelemahan
 Komunikasi sehala / maklumbalas tidak diketahui
 Persediaan rumit

Dilaksanakan serentak semasa program kem, majlis pelancaran, kempen dsn.

 Gotong Royong
“tolong-menolong (bantu-membantu), kerja bersama-sama:
Kamus Dewan, DBP; Edisi Keempat

Sesuatu sikap atau kegiatan yang dilakukan oleh anggota masyarakat secara
kerjasama dan tolong menolong dalam menyelesaikan pekerjaan maupun masalah
dengan sukarela tanpa adannya imbuhan.

Dilaksanakan serentak semasa kempen pencegahan wabak seperti denggi,


pembinaan projek bekalan air NBOS dsn.

 Sasaran Aktiviti Pendidikan Kesihatan Bagi Program BAKAS

Jumlah kampung yang telah dilaksanakan pendidikan kesihatan x 100%


Jumlah kampung yang dirancang untuk dilaksanakan pendidikan kesihatan
Sasaran: 90%

 Rujukan
 Green W.L. et al (1980) Health Education Planning: A Diagnostic Approach. Mayfield Publ. Palo
Alto Calif.
 Digman M. (1987) Introduction to Programme Planning. A Basic Text for Community Health
Planning. Lee & Febiger Phil.
 Marsick V.J. (1987) Designing Health Education Programs. Lazes P.M., Kaplan L.H., Gordon
K.A. (ed) The Handbook of Health Education. Aspen Maryland.
 World Health Organisation (1976) Educational Planning and Health. WHO Chronicle 30(2)
Geneva
 World Health Organisation (1990) General Concepts of Health Education. Health Education in the
Control of Schistosomiaisis. Geneva.
 Gilbert G.G & Sawyer R.G. (1995) Health Education: Creating Strategies for School and
Community Health. Jones & Bartlett Publ. Boston & London
Page 5

_________________________________________________________________________________________________________
Unit Bekalan Air & Kebersihan Alam Sekeliling (BAKAS),
Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan,
Kementerian Kesihatan Malaysia

You might also like