Rukun Negara

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

RUKUN NEGARA: KESETIAAN KEPADA

RAJA DAN NEGARA

Rukun Negara merupakan sebuah deklarasi yang menggariskan prinsip-prinsip utama


yang menjadi landasan dan asas bagi kewujudan pelbagai kaum di Malaysia. Mula digubal
rentetan peristiwa sejarah hitam negara pada 13 Mei 1969 dan diisytiharkan secara rasmi
oleh Yang di-Pertuan Agong pada 31 Ogos 1970 yang menjadi pemangkin kepada
pengukuhan perpaduan dan semangat patriotisme rakyat Malaysia.

Rukun Negara terdiri daripada lima prinsip utama yang meliputi Kepercayaan kepada
Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan
Undang-undang, Kesopanan dan Kesusilaan. Prinsip-prinsip ini adalah nilai teras yang
membentuk dasar kerjasama dan kesepaduan antara rakyat Malaysia, tanpa mengira
latar belakang atau kepercayaan masing-masing.

Kesetiaan kepada Raja dan Negara adalah salah satu nilai penting dalam Rukun Negara,
yang menjadi landasan utama bagi mewujudkan keharmonian, keselamatan, dan
kemajuan negara Malaysia. Nilai kesetiaan ini merangkumi komitmen dan tanggungjawab
setiap warganegara untuk mempertahankan dan melindungi kedaulatan negara serta
menghormati institusi Raja sebagai Ketua negara.

Mengimbau kembali pada tahun 2020, dalam situasi dan keadaan mencabar yang
dihadapi negara pada ketika itu, iaitu pandemik COVID-19, isu-isu keselamatan dan
keamanan, serta cabaran ekonomi, nilai kesetiaan ini dilihat sangat relevan dan penting
untuk dipegang teguh. Ini dapat dilihat melalui keputusan-keputusan penting yang perlu
dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri bagi mengawal atau mengurus
situasi kesihatan dan mengimbangi keperluan ekonomi serta kesejahteraan rakyat secara
holistik. Setiap keputusan yang dibuat perlu mengambil kira pelbagai aspek dan akan
menentukan masa depan negara.

Kesetiaan kepada Raja dan Negara bukan sahaja bermaksud menunjukkan sokongan
kepada institusi diraja, tetapi juga mempunyai implikasi penting dalam menjaga
keharmonian dan kestabilan negara. Kita perlu menghargai perbezaan budaya dan
agama antara kaum dan memastikan bahawa hak setiap individu dilindungi. Sebagai
warga Malaysia, kita juga perlu memainkan peranan penting negara dalam pembangunan
dan kemajuan negara melalui peningkatan produktiviti dan kualiti dalam pekerjaan.

Perkara 32 (1) dalam Perlembagaan Persekutuan telah menyatakan dengan jelas bahawa
Ketua Utama Negara bagi Persekutuan adalah Yang di-Pertuan Agong. Perkara 32 juga
turut menerangkan beberapa peranan penting yang dijalankan oleh Yang di-Pertuan
Agong. Elemen ini yang secara tidak langsung diterapkan dalam rukun negara ke-2 agar
rakyat dapat memahami fungsi dan signifikannya jawatan Yang di-Pertuan Agong.
Oleh itu, untuk mencapai matlamat yang dinyatakan dalam Rukun Negara, setiap
warganegara perlu mengamalkan nilai kesetiaan kepada Raja dan Negara dengan
sepenuh hati dan bertanggungjawab. Kita harus sentiasa mengutamakan kepentingan
negara dan mematuhi undang-undang yang ditetapkan. Selain itu, kita perlu berusaha
untuk memperbaiki kualiti hidup dan ekonomi negara dengan menyokong inisiatif-
inisiatif yang dibangunkan oleh kerajaan dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu memahami dan menghayati nilai-nilai dalam Rukun
Negara, terutama sekali nilai kesetiaan kepada Raja dan Negara. Kita harus sentiasa
mengingati bahawa kesetiaan ini adalah satu tanggungjawab yang perlu dipikul bersama
oleh seluruh warga Malaysia dalam usaha untuk memacu negara ke peringkat yang lebih
tinggi.

You might also like