Professional Documents
Culture Documents
Laporan Tahunan 2007
Laporan Tahunan 2007
2 3
4 5
Dari Kiri
I
Laporan Tahunan JPHPT 2007
Kalender JPHPT
2007
Acara-Acara Dalam Kalender
◄ 30 April 2007
Hari Keluarga JPHPT
.
II
Laporan Tahunan JPHPT 2007
◄ 15 Julai 2007
Majlis Penyerahan Bantuan Lembu
Pedaging Yang disempurnakan Oleh
Menteri Pertanian YB Datuk Haji Rahim
Ismail di Kampung Rosob, Kota Belud.
▲ 18 Julai 2007
◄ 07 Ogos 2007
Majlis Pengagihan Ternakan Kerbau
Yang disempurnakan Oleh Menteri
Pertanian YB Datuk Haji Rahim Ismail
di Kampung Bundu, Kuala Penyu.
III
Laporan Tahunan JPHPT 2007
◄ 13 November 2007
Majlis Makan Malam Jabatan
dan Majlis Jasamu Dikenang.
IV
Laporan Tahunan JPHPT 2007
V
Laporan Tahunan JPHPT 2007
En.Andrew Buatin
Penolong Pegawai Veterinar (Pegawai Penguasa Kilang Makanan Lok Kawi)
Tel: 088-754372
e-mail: Andrew.Buatin@sabah.gov.my
VI
Laporan Tahunan JPHPT 2007
VII
Laporan Tahunan JPHPT 2007
VIII
Laporan Tahunan JPHPT 2007
IX
Laporan Tahunan JPHPT 2007
Pada tahun ini industri ternakan sekali lagi mencatatkan prestasi yang memberangsangkan
dengan pencapaian nilai hasil ternakan negeri sebanyak RM 620.08 juta pada tahun 2007
berbanding dengan RM795.21 juta pada tahun 2006.
Prestasi ini akan dikekalkan pada tahun-tahun yang akan datang. Kami akan terus
komited dengan strategi-strategi jabatan iaitu pencegahan ancaman penyakit dan
mengoptimakan produktiviti, mengukuhkan sistem pengurusan serta memperkemaskan
fungsi-fungsi di seluruh jabatan untuk memadukan tenaga dengan lebih berkesan.
Bagi pihak jabatan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pasukan
pengurusan dan semua kakitangan di atas komitmen teguh dan sumbangan mereka
terhadap kejayaan berterusan jabatan ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih
kepada pelanggan, rakan kongsi, pihak media dan komuniti penternakan di atas
sokongan berterusan kepada jabatan ini.
X
Laporan Tahunan JPHPT 2007
PROFIL JABATAN
Makna Logo
Bentuk Bujur
Menggambarkan simbol benih lembaga di mana semua hidupan bermula untuk pertumbuhan
dan perkembangan.
Kepala Kerbau
Mewakili semua jenis ternakan di Sabah. Kerbau dipilih oleh kerana ia mempunyai kepentingan
sejarah dan kebudayaan sebagai binatang buruh dan daging untuk rakyat negeri Sabah.
Tanduk Kerbau
Mewakili dua objektif jabatan iaitu :
i) Untuk menjamin (melindungi) kekukuhan status kesihatan ternakan di Sabah.
ii) Untuk memajukan dan mengembangkan pengeluaran ternakan dengan penglibatan dan
penyertaan dari pekebun kecil bagi keperluan negeri Sabah dan untuk dieksport.
Warna Biru
Mewakili Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak.
Warna Putih
Menggambarkan kebersihan bumi negeri Sabah mengenai dengan taraf kesihatan yang bebas
dari penyakit ternakan yang utama.
Motto Jabatan
XI
Laporan Tahunan JPHPT 2007
Visi
Industri ternakan yang komersil, bersepadu dan mantap untukmengeluarkan makanan yang
berkualiti bagi mencapai tahap saradiri yang berkekalan dan eksport.
Misi
Latar Belakang
Sebelum tahun 1976, Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak, Sabah
wujud sebagai sebuah bahagian di bawah Jabatan Pertanian Sabah. Bahagian tersebut
dinamakan Bahagian Perusahaan Ternak yang diketuai oleh seorang Penolong Pengarah
Pertanian. Tugas utama bahagian tersebut pada ketika itu adalah mencegah jangkitan penyakit
dan merawat ternakan.
Pada 01hb. Januari 1976, Jabatan ini telah ditauliahkan menjadi sebuah jabatan
tersendiri dan diketuai oleh seorang pengarah dimana aktiviti-aktivitinya bertambah kepada
pengeluaran baka-baka ternakan dan diperluaskan kepada para pekebun kecil. Kini jabatan ini
merupakan salah satu daripada empat (4) buah jabatan di bawah Kementerian Pembangunan
Pertanian dan Industri Pemakanan Sabah.
Objektif
Objektif dan strategi Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak, Sabah ialah seperti
berikut:
Menentukan bahan-bahan haiwan untuk makanan manusia suci, bersih dan sesuai
untuk dimakan.
Strategi
XII
Laporan Tahunan JPHPT 2007
Fungsi
Menurut perintah dalam Ordinan Haiwan 1962 JPHPT Sabah telah dipertanggungjawabkan
Untuk mengendali fungsi-fungsi seperti berikut:
XIII
Laporan Tahunan JPHPT 2007
STRUKTUR JPHPT
Pengarah JPHPT
Gred G/Q54
Pembantu Khas
Pen. Pengarah Pen. Pengarah Pen. Pengarah Pen. Pengarah Pen. Pengarah Pen. Pengarah Pen. Pengarah
Pentadbiran & Pembangunan Pembangunan Pembangunan Pembangunan Makmal Diagnosa Kesihatan Awam
Kewangan Sumber Genetik Penternak & Industri Industri Tenusu Industri Unggas & Veterinar
Ternakan Ruminan dan Rusa Khinzir
Pembantu Khas
Pentadbiran Ladang Skim Pawah Projek Lembu Ladang Makmal Abattoir Unit Perancangan Pemantauan Pusat Penerangan ICT
Perjawatan Pembiakan Kambing Tenusu Pembiakan Diagnostik: Pembangunan Projek Pengurusan
Unggas Meat Technology Daerah Budget Veterinar Pengembangan
Lantikan Ruminan Skim Bantuan Pusat Kepayan Centre (MTC) Plan Tindakan
Statistik (PPV) Pameran
Tatatertib Pusat Biotek Kerbau Pengumpulan Pig Farming Area Pengeluaran
Susu (PFA) Tawau Kuarantin Makanan
Kewangan nologi Projek Lembu Laporan Seminar
Penguatkuasaan Tahunan (PTPM)
Audit Pusat Pedaging Projek SALT (Skim Hari Ladang
Pengeluaran dan Pengeluaran Akreditasi Quality
Pengurusan PINTAR Rusa Ladang
Rekod Penyelidikan Assurance
Makanan Pembangunan Ternakan (HACCP, VHM,
Kakitangan Pemasaran Unggas)
Ternakan Padang Ragut Halal, GAHP,
Inventori/Stor (PPPMT) GMP)
Penyelidikan
Pengurusan
Unit Pelesenan
Kualiti/QIT/KMK Pemasaran
Import/Eksport
Pelaksanaan:
MS ISO 9002:
1994
MS ISO 9001:
2000
Persidangan/
Mesyuarat
Tahunan
/Hari Q
XIV
Laporan Tahunan JPHPT 2007
XV
Laporan Tahunan JPHPT 2007
STATUS INDUSTRI
Industri ternakan di negeri Sabah memainkan peranan penting dalam meningkatkan pengeluaran
hasil pertanian negeri dan seterusnya menyumbang kepada ekonomi negara. Sub-sektor ternakan
bukan ruminan khasnya ayam pedaging dan ayam penelur merupakan penyumbang tertinggi
dalam pengeluaran hasil ternakan di negeri ini diikuti oleh sub-sektor ternakan ruminan. Jadual 1
menunjukkan anggaran populasi ternakan negeri Sabah bagi tahun 2007.
Kerbau 42,157
Lembu Pedaging 79,051
Lembu Tenusu 10,034
Kambing 45,742
Bebiri 1,970
Babi spp 82,200
Rusa 2,568
Ayam pedaging 2,777,350
Ayam penelur 1,682,801
Itik pedaging 24,800
Itik penelur 20,392
Berpandukan kepada populasi ternakan dan penyembelihan sepanjang tahun yang sama, nilai
hasil ternakan adalah dianggarkan berjumlah RM619.24 juta seperti yang ditunjukkan dalam
Jadual 2 dibawah.
JUMLAH 619,242,884
1
Laporan Tahunan JPHPT 2007
Nilai hasil ternakan tersebut telah susut 28.24% berbanding dengan tahun 2006. Prestasi industri
ternakan pada tahun ini agak lemah dipengaruhi pelbagai kemelut oleh semua aktiviti yang
menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Carta 1 menunjukkan perbandingan nilai
pengeluaran hasil ternakan negeri ini. Peratusan ini dijangka akan meningkat seiring dengan
pemulihan ekonomi negara sepenuhnya pada tahun-tahun yang akan datang dan pertumbuhan
dijangka sederhana menjelang abad ke-21 kerana pertambahan penduduk akan meningkatkan
permintaan dan kenaikan harga oleh peningkatan kuasa membeli.
2
Laporan Tahunan JPHPT 2007
3
Laporan Tahunan JPHPT 2007
Sumber protein berdasarkan daging di dalam negeri telah dipenuhi melalui bekalan daging segar
tempatan dan import. Negeri Sabah telah lama mencatat pengeluaran ayam dan babi pada tahap
saradiri. Pada tahun ini, negeri Sabah telah mengeksport ternakan hidup dan hasil ternakan
ayam/itik dan babi yang berjumlah lebih kurang RM12 juta ke Wilayah Persekutuan Labuan,
Sarawak, Semenanjung Malaysia dan Negara Brunei Darussalam. Walaupun masih pada tahap
pembangunan, sektor tenusu telah mula menunjukkan potensinya dalam industri ternakan di
negeri Sabah. Pada tahun ini, negeri Sabah juga telah mengeksport hasil tenusunya dalam bentuk
susu segar dan susu pasteur ke Wilayah Persekutuan Labuan, Sarawak dan Brunei Darussalam
yang berjumlah sebanyak RM9.11 juta.
Industri ternakan di negeri ini akan terus tertekan dengan pesatnya pembangunan
perindustrian dan terhimpit oleh perbandaran. Kawasan penternakan semakin sempit
dan tidak sesuai untuk pemeliharaan secara ekstensif dan lepas bebas.
4
Laporan Tahunan JPHPT 2007
Kadar kelahiran yang lambat dan penyembelihan yang tinggi merupakan faktor penghambat
kepada pertambahan bilangan ternakan dalam usaha mengeluarkan anak lembu/kerbau jantan
untuk digemukkan, justeru itu menyumbang kepada pengeluaran daging tempatan di tahap rendah
dan kemampuan memenuhi permintaan pasaran tempatan masih belum tercapai.
Untuk itu, keperluan daging lembu dan kerbau telah dipenuhi melalui bekalan
import dari Australia, India dan juga New Zealand.
5
Laporan Tahunan JPHPT 2007
Ayam/Itik
Pengeluaran daging ayam tahun 2007 dianggarkan sebanyak 29,471 tan metrik dan peratusan
sumbangan kepada pengeluaran hasilan ternakan negeri Sabah
adalah sebanyak 45.44%. Pengeluaran daging ayam ini adalah dari
108 buah ladang yang kebanyakannya terdapat di sebelah
pantai barat dan pantai timur negeri Sabah yang mana
arah alirannya adalah menuju kepada penternakan
komersial yang lebih tersusun dan moden. 8 buah
daripada ladang-ladang ini mempunyai populasi semasa
melebihi 50,000 ekor .
Pada tahun 2007 pengeluaran telur ayam ialah sebanyak 422.3 juta biji dengan
nilai sebanyak RM147.8 juta yang dihasilkan oleh 28 buah ladang di mana
kebanyakkannya terletak di pantai barat Sabah.
Di samping itu, pengeluaran telur itik negeri Sabah ialah sebanyak 9.8 juta biji di mana
kebanyakkan telur itik telah dijadikan telur masin bagi menampung
keperluan pasaran tempatan. Nilai yang dijana oleh
industri ini adalah sebanyak RM0.88 juta.
Pengeluaran telur itik telah disumbangkan oleh 13
buah ladang itik yang terdapat pantai barat dan
daerah Sandakan.
Babi
6
Laporan Tahunan JPHPT 2007
7
Laporan Tahunan JPHPT 2007
Lembu Tenusu
Walaupun kawasan ragutan semakin berkurangan, penternakan lembu tenusu dijangka akan terus
berkembang sehingga ke dekad yang akan datang kerana ternakan ini boleh diternak secara lebih
intensif. Pulangan yang baik akan terus mengekalkan minat para pengusaha untuk giat di dalam
bidang ini.
8
Laporan Tahunan JPHPT 2007
Rusa
Burung Unta
Sebagai satu lagi alternatif sumber protein haiwan yang eksotik, penternakan burung
unta kini semakin popular. Burung unta untuk daging boleh disembelihkan pada umur 10–
12 bulan. Pada ketika itu setiap seekor mampu menghasilkan daging sebanyak 35–40 kg, kulit
seluas 4 meter persegi dan lebih kurang 1.5 kg bulu. Namun, industri kecil yang baru ini
dijangka berkembang sekadar membekalkan induk baka, sehinggalah ke dekad yang akan
datang memandangkan kos penternakan yang mahal dan stok asas
yang belum mencukupi. Burung unta boleh juga dipelihara
untuk tujuan pelancongan dan rekreasi.
Aktiviti pemprosesan hasilan ternakan dan hiliran boleh diterokai, kerana terdapat ruang pasaran
yang sedia ada dan permintaan produk ternakan yang tinggi. Pemprosesan hasilan daripada
ternakan seperti daging lembu/kerbau, ayam/itik, babi dan hasil-hasilan sampingannya
mempunyai potensi yang besar untuk dimajukan. Bahan-bahan mentah boleh diimport atau
menggunakan bahan sampingan yang diperolehi dari sumber tempatan.
9
Laporan Tahunan JPHPT 2007
Prestasi Kewangan
Dalam tempoh perbelanjawan tahun 2007, sebanyak RM17,305,990.90 telah dibelanjakan untuk
menampung perbelanjaan pembangunan iaitu sebanyak 96.94% dan manakala 89.80% telah
dibelanjakan untuk mengurus yang berjumlah sebanyak RM24,662,839.54.
10
Laporan Tahunan JPHPT 2007
11
Laporan Tahunan JPHPT 2007
12
Laporan Tahunan JPHPT 2007
PERJAWATAN
Sebanyak 41 kategori gred jawatan dalam senarai Anggaran Perjawatan yang diperuntukan
kepada Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak Sabah. Dalam proses penggredan
perjawatan di bawah SSM Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak Sabah,
beberapa jawatan telah diluluskan mengikut Waran Perjawatan Bil. 35 Tahun 2004
Jabatan ini telah mendapat kelulusan dalam penggredan semula di bawah Sistem Saraan
Malaysia beberapa jawatan dalam Waran Perjawatan Bil. 35 Tahun 2005 seperti berikut:-
Pihak Jabatan juga telah memberi peluang untuk beberapa pegawai Jabatan memangku ke
jawatan yang lebih tinggi daripada jawatan hakiki masing-masing berdasarkan kelayakan
Naik Pangkat
Beberapa lantikan kenaikan pangkat beberapa orang pegawai dan kakitangan diperolehi mengikut
kategori.
Pertukaran
Beberapa pertukaran juga yang melibatkan beberapa kategori jawatan. Pertukaran dibuat adalah
untuk menampung keperluan dan desakan perkhidmatan di ladang-ladang/daerah-daerah yang
terlibat dan juga pengganti kepada mereka yang meninggalkan perkhidmatan atas bersara.
13
Laporan Tahunan JPHPT 2007
14
Laporan Tahunan JPHPT 2007
PEMBANGUNAN PENTERNAKAN
Ladang-Ladang Jabatan
Tujuan utama ladang-ladang ternakan jabatan diwujudkan adalah untuk membiak baka induk
ternakan yang berkualiti bagi membekal baka ternakan kepada para penternak. Selain daripada itu,
ianya memberi latihan kepada kakitangan jabatan dan penternak.
15
Laporan Tahunan JPHPT 2007
Dalam pada itu jabatan juga melibatkan diri dalam penghasilan makanan ternakan untuk
menampung keperluan makanan ternakan di ladang-ladang Jabatan. Sepanjang tahun ini, kilang
makanan jabatan telah menghasilkan 18,796 beg pelbagai jenis makanan ternakan yang
berjumlah 939.8 tan metrik untuk diedarkan ke ladang-ladang Jabatan.
16
Laporan Tahunan JPHPT 2007
PERKHIDMATAN VETERINAR
Rawatan Ternakan
Perkhidmatan rawatan ternakan secara klinikal dan ambulatori disediakan di seluruh negeri.
Tumpuan perawatan adalah ke atas haiwan ternakan yang bernilai ekonomi kepada penternak
seperti lembu, kerbau dan kambing manakala haiwan kesayangan yang diterima di klinik juga
dirawat dengan sewajarnya. Untuk ternakan seperti ayam, itik dan babi, perkhidmatan kesihatan
dikendalikan oleh pihak ladang sendiri di mana masing-masing mempunyai perkhidmatan doktor
veterinar swasta.
17
Laporan Tahunan JPHPT 2007
Secara keseluruhannya, 63.92% adalah kes rawatan ternakan. Jumlah ternakan ruminan yang
dirawat adalah 27.86%, ternakan ayam/itik sebanyak 34.12%, ternakan babi 2.31%, manakala
haiwan kesayangan dan lain-lain haiwan yang dirawat pula masing-masing sebanyak 35.25% dan
0.46%.
Perkhidmatan Pembedahan
18
Laporan Tahunan JPHPT 2007
Kawalan Penyakit
Perkhidmatan suntikan pencegah penyakit adalah aktiviti utama jabatan. Suntikan pencegahan
Ranikhet F dan S (seperti dalam carta di bawah) tidak menggambarkan situasi sebenar oleh
sebab perkhidmatan ini telah disediakan oleh pengamal swasta dan juga penternak sendiri,
khasnya penternak komersial.
19
Laporan Tahunan JPHPT 2007
Suntikan H.S telah dijalankan bagi mencegah berlakunya wabak penyakit secara sporadik
terutamanya menjelang musim tengkujuh. Ternakan yang diternak secara lepas bebas telah
menghalang kelicinan usaha kempen suntikan, sementara itu kerjasama para penternak pula tidak
memberangsangkan. Bagaimanapun, wabak penyakit ini tidak mencapai tahap yang
membimbangkan dan situasi adalah terkawal.
20
Laporan Tahunan JPHPT 2007
Unit Kesihatan Awam Veterinar Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak Sabah
telah diwujudkan pada tahun 1986 di bawah seliaan Pegawai Veterinar Kepayan, Kota Kinabalu.
Pada tahun 1994, unit ini telah diletakkan langsung di bawah Bahagian Epidemiologi dan
Perubatan Veterinar. Peranan unit ini meliputi aspek-aspek Kawalan Penyakit Zoonotik, Kawalan
Import-Eksport Haiwan dan Bahan-Bahan Asal Haiwan, Perkhidmatan Kuarantin Haiwan dan
Penguatkuasaan Undang-Undang serta sebarang Peraturan yang melibatkan bidang veterinar.
Ternakan dan haiwan yang diimport akan diperiksa dan dikuarantin demi untuk menentukan
haiwan tersebut sihat dan tidak berpenyakit zoonosis. Rumah sembelih ternakan yang
berpiawaian antarabangsa adalah perlu untuk menggantikan yang sedia ada.
Citarasa masyarakat pengguna berubah bersesuaian dengan peredaran masa. Peningkatan taraf
hidup serta tahap pengetahuan para pengguna yang tinggi akan menambah kesedaran tentang
kesihatan awam. Daging yang bermutu tinggi dan tidak tercemar kini menjadi pilihan. Sehubungan
dengan itu, pemeriksaan daging menjadi aktiviti yang penting bagi daging segar tempatan, dan
daging beku yang diimport. Ini memastikan daging tersebut sihat, tidak berpenyakit berjangkit dan
bersih dari pencemaran.
Pemeriksaan “ante-mortem” dan “post-mortem” yang lengkap dan sempurna ke atas ternakan
perlu dijalankan secara bebas dan profesional bagi memastikan semua jenis daging adalah sihat
dan selamat untuk dimakan bagi mengelakkan jangkitan penyakit zoonosis daripada haiwan
kepada manusia. Walaupun
terdapat pelbagai kemudahan
kuarantin di daerah-daerah lain
di negeri ini, sebahagian besar
perkhidmatan kuarantin haiwan
diberikan di Stesen Kuarantin
Haiwan Kinarut. Ini kerana Kota
Kinabalu merupakan pintu
masuk utama ke negeri ini.
21
Laporan Tahunan JPHPT 2007
Ayam 103,941,119.18
Kerbau 37,845,295.96
Lembu 17,067,007.14
Itik 2,311,258.35
Kambing 4,635,728.37
Babi 1,807,595.06
Bebiri 8,022,830.73
Pelbagai 1,514,042.85
Hasil tenusu 210,666,584.94
Jumlah 387,811,462.58
22
Laporan Tahunan JPHPT 2007
Jumlah 387,811,462.58
23
Laporan Tahunan JPHPT 2007
Kambing 10,084.50
Pelbagai 7,374,014.00
Babi 1,638,600.00
Lembu 1,477,789.43
Kerbau 1,036,000.00
Bebiri 30,930.00
Jumlah 58,470,584.52
24
Laporan Tahunan JPHPT 2007
25
Laporan Tahunan JPHPT 2007
Sebanyak 7,932 sampel telah dikendalikan dengan 670 sampel darah, 6,818 sampel serum, 443
sampel tinja dan 1 lain-lain spesimen telah diambil untuk penyakit-penyakit tersebut. (Jadual 24)
Daripada jumlah kes yang telah diterima, sebanyak 3,564 sampel diterima untuk kes-kes
diagnostik. (Jadual 23). Sebanyak 4,090 sampel untuk kawalseliaan penyakit Salmonella,
Newcatle disease, Infectious bursa, Melioidosis dan Leptospirosis (jadual 24) manakala kes
kawalan mutu hasil ternakan telah menerima sebanyak 2,400 pelbagai sampel.
26
Laporan Tahunan JPHPT 2007
*Bilangan ini menunjukkan kes diterima secara langsung oleh Pusat Penyelidikan Penyakit Ternakan tanpa melalui stesen daerah. Kes ini terdiri daripada ladang kerajaan dan ladang penternakan swasta.
#Bilangan ini menunjukkan kes dihantar oleh Bahagian Kesihatan Awam Veterinar tanpa melalui daerah. Pelbagai(KAV) adalah kes hasil ternakan/makanan
Unggas – ung, angsa, burung merpati, burung unta & turki Haiwan zoo – beruang, gajah, monyet, O. utan, kucing hutan, badak, memerang & harimau
Burung liar – burung helang, burung bangau, burung pipit & burung tekukur
26
Laporan Tahunan JPHPT 2007
Lain2 – hasil ternakan yang lain, Unggas – burung, angsa, burung merpati, burung unta & turki Haiwan zoo – beruang, gajah, monyet, O. utan, kucing hutan, badak, memerang & harimau
Burung liar – burung helang, burung bangau, burung pipit & burung tekukur
28
Laporan Tahunan JPHPT 2007
28
Laporan Tahunan JPHPT 2007
Kes yang diterima oleh pusat ini dikategorikan kepada 7 jenis kerja iaitu kes diagnostik, kes
gerompok, kes kawalan mutu, kes kawalselia, kes projek kajian, kes rujukan dan kes vaksin.
Jadual yang berikut menunjukkan bilangan kes dan bilangan sampel yang diterima mengikut
spesis dan jenis sampel.
Kes Diagnostik
30
Laporan Tahunan JPHPT 2007
Kes Kawalselia
Jumlah 560 25 425 76 322 3,459 689 491 22 1,039 374 2,117 9,039
31
Laporan Tahunan JPHPT 2007
Kawalan Penyembelihan
Penyembelihan ternakan yang didaftarkan pada tahun laporan adalah seperti di Jadual 28.
Beaufort 0 0 0
Bongawan 19 64 0
Keningau 0 372 3,880
Kota Belud 15 176 0
Kota Kinabalu 0 0 61,330
Kota Marudu 0 166 617
Kuala Penyu 3 0 749
Kudat 0 72 2,584
Lahad Datu 0 0 22,194
Menumbok 0 0 0
Papar 0 0 0
Penampang 0 0 0
Ranau 9 65 1,123
Sandakan 0 0 19,935
Sipitang 12 0 0
SMTC Kinarut 9 101 0
Tambunan 0 0 857
Tawau 0 82 14,484
Tenom 61 72 1,058
Tuaran 23 18 1,466
Jumlah 151 1,188 130,277
32
Laporan Tahunan JPHPT 2007
Penyakit Hawar Berdarah disebabkan oleh bakteria Pasteurella multocida( type B). Penyakit ini
berlaku sepanjang tahun dengan kekerapan yang tinggi pada musim hujan. Jangkitan berlaku
melalui titisan air, sentuhan, dan udara. Tanda-tanda penyakit ialah sukar bernafas, bengkak di
bahagian muka dan leher serta banyak air liur. Penyakit ini boleh dikawal dengan menggunakan
pelalian (vaksin oil adjuant) yang diberi setahun sekali pada semua ternakan berumur tiga bulan
ke atas. Pelalian cair (vaksin broth) diberi ketika berlaku wabak.
Melioidosis – C613
Sepanjang tahun 2007, kesemuanya 54 kes melioidosis dikesan. Ini melibatkan 49 kes pada
kambing, 2 kes pada lembu, 1 kes pada khinzir, 1 kes pada Orang Utan dan 1 kes pada rusa.
Kes Melioidosis dikesan di 10 buah daerah iaitu, Beaufort (2 kes), Kota Belud (23 kes), Kota
Kinabalu (1 kes), Menumbok (2 kes), Papar (5 kes), Penampang (1 kes), Sandakan (10 kes),
Sipitang (1 kes), Tawau (8 kes) dan Tuaran (1 kes).
Pasteurellosis – C617
Sebanyak 13 kes pasteurellosis melibatkan pelbagai spesis dilaporkan sepanjang tahun 2007.
Semua spesis yang terlibat ialah kambing dari daerah Keningau (2 kes), Kota Belud (1 kes),
Membakut (2 kes), Papar (1 kes), Penampang (2 kes), Pitas (1 kes), Tambunan (1 kes) dan
Tawau (3 kes).
Pasteurellosis disebabkan oleh Pasteurella haemolytica dan Pasteurella Multocida. Bakteria ini
ialah normal microflora yang bersikap opportunist apabila ternakan berada dalam keadaan stress.
Tanda penyakit ini ialah kesukaran bernafas, hingus, batuk dll.
Bovine Anaplasmosis disebabkan oleh Anaplasma spp. Penyakit ini berjangkit melalui kutu yang
bertindak sebagai vektor. Tanda-tanda penyakit ialah pucat, jaundis, kurus dan kurang selera
makan. Penyakit ini boleh dikawal secara tidak langsung melalui kawalan kutu yang dibuat secara
berkala.
CLA ialah penyakit yang disebabkan oleh corynebacterium pseudotuberculosis. Tanda penyakit
ialah berlaku pernanahan pada nodus limpa dan organ dalaman. Ternakan yang menunjukkan
tanda-tanda tersebut diasingkan dan ditakai.
33
Laporan Tahunan JPHPT 2007
Coccidiosis – (C620)
36 kes Coccidiosis dikesan sepanjang tahun ini melibatkan 35 kambing dan seekor ayam
kampung.
Kes Coccidiosis dikesan di daerah Beaufort (1 kes), Bongawan (17 kes), Kota Kinabalu (1 kes),
Kuala Penyu (1 kes), Kunak (2 kes), Membakut (1 kes), Menumbok (1 kes), Penampang (3 kes),
Pitas (1 kes), Ranau (1 kes), Semporna (2 kes) dan Tambunan (5 kes).
Coccidiosis biasanya menghasilkan masalah pada haiwan yang berumur di bawah 6 bulan
terutama pada ternakan yang dipelihara di tempat yang kurang bersih dan bersesak-sesak atau
yang menerima pertukaran makanan yang mendadak. Tanda-tanda awal penyakit ini adalah
hilang selera makan, demam dan cirit-birit. Haiwan seterusnya menjadi lemah dan pucat akibat
najis cair bercampur darah.
Penyakit Unggas
Avian salmonellosis ialah penyakit yang disebabkan oleh Salmonella spp. Salmonellosis boleh
menyebabkan keracunan makanan jika mencemari makanan.
Infectious Brusal Diseases menyerang ayam pada umur dua minggu hingga empat belas minggu.
Virus ini disebarkan melalui najis, makanan, minuman, peralatan dan reban yang tercemar.
Tanda-tanda penyakit ialah tiada selera makan, lemah, pembesaran terbantut, muram, dehidrasi,
cirit-birit dan inkoordinasi. Pencegahan ialah melalui pelalian.
Penyakit pullorum adalah disebabkan oleh Salmonella pullorum. Penyakit ini menyebabkan kadar
kematian yang tinggi pada anak ayam. Tanda-tanda penyakit ialah anak ayam berkumpul
berdekatan sumber haba, tiada selera makan, mengantuk dan najis berwarna putih.
Penyakit merebak melalui telur dari induk yang positif dan dari persekitaran yang tercemar.
Pencegahan ialah melalui penakaian induk yang positif.
34
Laporan Tahunan JPHPT 2007
PENDAHULUAN
OBJEKTIF
Objektif laporan ini adalah untuk membentangkan prestasi yang telah dicapai oleh keempat-
empat Projek Sosioekonomi dan juga Program Transformasi Penternak Projek Pembangunan
Ternakan Jabatan sehingga tahun 2007.
Bilangan Penternak
Bilangan penternak yang aktif bagi tahun 2007 adalah seperti pada (Jadual 24), terdapat
pengurangan ketara bilangan penternak meskipun setiap projek mengadakan pengambilan
penternak (12 orang bagi masing-masing Projek PKLP dan SPMK, 20 orang bagi SPK dan 10
orang bagi Projek PINTAR).
Keadaan ini adalah disebabkan oleh ramai penternak yang sebelumnya berada dalam Projek
Sosioekonomi pada tahun 2006 telah dinaik taraf/transformasi menjadi penternak komersial di
bawah Program Transformasi pada tahun 2007 dan nama mereka telah dimasukkan ke dalam
Laporan Program Transformasi.
Jadual 24 : Perbandingan Bil. Penternak, Bil. Ternakan, Kelahiran dan Kematian Projek SOSEK
Tahun 2006 dan 2007
35
Laporan Tahunan JPHPT 2007
Jumlah
Jumlah Jumlah Jumlah Jumlah Anak
Projek Keseluruhan
Penternak Induk Pejantan
Jantan Betina
Bilangan Ternakan
Bilangan keseluruhan ternakan yang dimiliki oleh penternak kecuali bagi projek PINTAR,
mencatatkan penurunan bagi kesemua projek (Jadual 24). Penurunan yang ketara ini adalah
disebabkan penternak yang dinaik taraf, secara pelaporan telah dipindahkan kepada Program
Transformasi.
Kelahiran
Jumlah keseluruhan anak yang dilahirkan pada tahun 2007 adalah 2,673 Iaitu meningkat
sebanyak 67 peratus berbanding jumlah anak yang dilahirkan pada tahun 2007 (Jadual 26).
Keadaan ini dapat dilihat berdasarkan peratus kelahiran. Secara keseluruhan peratus kelahiran
adalah meningkat bagi kesemua projek. Berdasarkan bilangan induk yang ada, kadar kelahiran
yang dicatatkan adalah Skim Pawah Kambing 55%, Projek PINTAR 32%, Projek Pekebun Kecil
Lembu Pedaging dan Skim Pawah Menternak Kerbau mencatat kadar kelahiran masing-masing
29 peratus dan 16 peratus.
Kematian
Berdasarkan peratus kematian, kecuali projek PINTAR yang mencatatkan penurunan peratus
kematian dari 3.2% tahun 2006 kepada 2.7% pada tahun 2007, projek lainnya mencatatkan
kenaikan kadar kematian. Secara terperinci kadar kematian bagi setiap projek adalah seperti
berikut; SKP 11.5%, PKLP 8.7% dan SPMK 3.9% (Jadual 26).
36
Laporan Tahunan JPHPT 2007
Jadual 26 : Perbandingan Peratus Kematian dan Peratus Kelahiran Projek Sosioekonomi Tahun
2005, 2006 dan 2007.
Seramai 6 orang peserta/ penternak telah diluluskan untuk menyertai projek Pekebun Kecil Lembu
Pedaging, dengan agihan ternakan sebanyak 243 ekor. Pembayaran balik ternakan bagi projek
lembu pedaging adalah sebanyak 24 ekor.
Bil. Penternak 95 95 75 75 64
Peserta Diluluskan 12 9 10 12 6
Jumlah Kematian 20 33 34 79 89
37
Laporan Tahunan JPHPT 2007
Meskipun kuota untuk mengikuti skim ini setiap tahun adalah 12 orang namun pada tahun 2007 ini
hanya seramai 4 orang penternak memohon untuk menyertai Skim Pawah Menternak Kerbau.
Sebanyak 20 ekor kerbau telah diagihkan.
Seramai 20 orang penternak telah diluluskan tetapi hanya 19 orang yang hadir berkursus.
Sebanyak 640 ekor kambing telah diagihkan kepada penternak. Sebanyak 74 ekor kambing telah
dikutip sebagai pembayaran balik dari penternak.
38
Laporan Tahunan JPHPT 2007
Seramai 3 orang yang peserta memohon untuk mengikuti projek PINTAR dengan pengagihan
sebanyak 48 ekor lembu pedaging. Pembayaran balik lembu dari penternak projek ini adalah
sebanyak 80 ekor. Jumlah ini merupakan jumlah yang terbanyak berbanding tahun-tahun
sebelumnya.
Bil. Penternak 53 85 62 69 43
Peserta Diluluskan 12 10 14 7 3
Program Transformasi
Tahun 2007 merupakan tahun ketiga Program Transformasi Penternak ini dilaksanakan.
Meskipun bilangan pemohon yang berminat untuk menyertai projek ini agak ramai pada tahun ini
tetapi disebabkan peruntukan untuk membeli ternakan berkurangan maka bilangan penternak dan
juga ternakan yang diagih adalah jauh berkurangan berbanding tahun 2006 (Jadual 27 ).
Secara terperinci, pada tahun 2007 seramai 33 orang penternak kambing, 18 penternak lembu
pedaging dan 4 penternak kerbau telah disenaraikan untuk ditransformasi dengan pengagihan
ternakan masing-masing sebanyak 1,387 ekor kambing, 318 ekor lembu pedaging dan 190 ekor
kerbau. Jadual 9 menunjukkan prestasi Program Transformasi penternak kambing, lembu
pedaging dan kerbau bagi tahun 2006 dan 2007.
39
Laporan Tahunan JPHPT 2007
Jadual 31. Bilangan Penternak Transformasi dan agihan ternakan yang telah diluluskan untuk
ditransformasi pada tahun 2005, 2006 dan 2007.
Kambing
Kambing
Kambing
Kerbau
Kerbau
Kerbau
Lembu
Lembu
Lembu
Bil.
16 16 0 109 55 3 33 18 4
Penternak
Agihan
705 527 0 7,916 2,996 166 1,387 318 190
Ternakan
Jadual 32 : Prestasi Program Transformasi Penternak Kambing, Lembu Pedaging dan Kerbau
Bagi Tahun 2006 dan 2007.
2006 2007
Kambing
Kambing
Perihal
Kerbau
Kerbau
Lembu
Lembu
Penternak
40
Laporan Tahunan JPHPT 2007
PINTAR /
SPK SPMK PKLP Kambing Lembu Kerbau
HRC
Asal 184 160 96 51 123 52 10
Aktif 92 81 64 43 122 46 10
Bilangan
penternak
Baru 12 3 6 6 8 12 3
Naik Taraf 7 0 3 17 6 5 1
J 64 11 16 49 213 93 12
Pengagihan
B 1079 57 227 905 4182 1045 262
J 23 5 3 11 146 5 0
Dewasa
B 394 27 75 70 1059 329 65
Kematian
J 41 2 6 27 307 40 3
Anak
B 50 4 5 26 330 75 8
Baki hutang J+B 2209 196 321 1027 8183 2538 232
41
Laporan Tahunan JPHPT 2007
1.PENDAHULUAN:
Projek Lembu Tenusu telah dimulakan dinegeri Sabah sejak tahun 1982. Kini dengan strategi
serta perancangan yang rapi dan teratur yang telah di buat oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan
dan Perusahaan Ternak Sabah terdapat seramai 131 orang penternak tenusu dengan
pengeluaran susu segar sebanyak 9,898,705.58 pada tahun 2007. Ianya telah meningkat
sebanyak 18.2% jika dibandingkan dengan pengeluaran susu pada tahun 2006 iaitu sebanyak
8,369,645Liter. Dari segi jumlah pengeluaran daging pula projek lembu tenusu telah
mengengeluarkan lembu jantan untuk disembelih sebanyak 791 ekor atau hampir 124.5 tan
daging segar serta sebanyak 594 ekor dijual sebagai bibit .Kadar pembiakan secara keseluruhan
pada tahun 2007 adalah 62.3% sedikit lebih tinggi jika dibandingkan dengan tahun 2006 iaitu
54.7% . Jumlah kelahiran anak pada tahun 2006 adalah sebanyak 3,075 ekor manakala pada
tahun 2007 jumlah kelahiran adalah 3,563 ekor. Jumlah kematian ternakan secara keseluruhan
pada tahun 2007 adalah sebanyak 425 ekor (4.2%) lebih rendah daripada tahun 2006 (iaitu 667
ekor atau 7.5 %).
Pengeluaran susu segar negeri Sabah pada tahun 2007 telah mengalami peningkatan
sebanyak 1,529,060.58 liter (18.2%). Lebih tinggi berbanding tahun 2006 dimana peningkatan
pengeluaran susu adalah hanya 11.3%. Hal ini disebabkan oleh kerana terdapat 990 ekor lembu
tenusu bunting yang diimpot pada tahun 2006 sudah mulai mengeluarkan hasil susu pada tahun
2007. Walaupun terdapat 18 orang penternak lembu tenusu telah berhenti meneruskan projek
masing-masing, namun lembu-lembu tenusu yang dimiliki oleh mereka telah dibeli oleh penternak
lembu tenusu yang masih bertahan.
42
Laporan Tahunan JPHPT 2007
Jumlah 7,133,779 8,560,957.98 3073 3563 667 425 +20 +16.5 -35.5
4. PENCAPAIAN FIZIKAL:
Pada tahun 2007, jumlah Pusat Penggumpulan Susu (PPS) di seluruh negeri Sabah adalah
14 buah iaitu PPS Tenom, PPS Keningau, PPS Tawau, PPS Kudat, PPS Kota Marudu, PPS Kota
Belud, PPS Ranau, PPS Tuaran, PPS Penampang, PPS Papar, PPS Bongawan, PPS Membakut,
PPS Beaufort dan PPS Menumbok. Sebanyak 5 buah PPS telah dinaik taraf yaitu PPS Tenom,
PPS Bongawan, PPS Penampang, PPS Membakut, dan PPS Beaufort.
Projek ini juga telah menambah bilangan CHILLER TANK sebanyak 2 buah dengan kapasiti
1,600 liter setiap sebuah dan ditempatkan di PPS Papar (1 buah)dan PPS Kota Marudu (1 buah).
Terdapat 9 buah lori pengangkut susu segar dari PPS ke kilang SaDar Sdn Bhd. Dengan yang
demikian, kemampuan projek ini dalam mengendalikan penampungan dan penghantaran susu
telah meningkat.
Peningkatan pengeluaran susu daripada Projek ini sebanyak 20% telah mengakibatkan
meningkatnya jumlah susu yang dikendalikan oleh PPS setiap hari. Tabel 4 memperlihatkan
jumlah susu yang diterima oleh masing-masing PPS setiap hari serta jumlah penghantaran susu
segar ke kilang SADAR setiap bulan oleh lori pengangkut susu kepunyaan jabatan. Oleh yang
demikian, kos yang terlibat dalam proses penerimaan dan penghantaran susu ke kilang telah
meningkat sebanyak hampir 50%.
43
Laporan Tahunan JPHPT 2007
Jadual 26 : Jumlah Susu Harian yang dikendalikan di PPS seluruh Sabah Tahun 2007
Susu
Kapasiti Produksi
dikendalikan Jumlah Jumlah
Nama PPS Tampung Susu
Setiap Kakitangan penghantaran/minggu
(liter) (liter)
hari(liter)
Tenom 17,000 3,000 2 3 kali 1,045,114.7
Keningau 27,000 8,000 4 4 kali 4,012,458.7
Penampang 1,600 180 1 2 kali 82,874
Menumbok 2,600 300 1 3 kali 121,901
Beaufort 7,600 600 2 3 kali 290,673.0
Membakut 6,400 350 1 3 kali 223,500
Bongawan 3,200 270 2 3 kali 118,902
Papar 3,200 300 2 3 kali 135,688
Tuaran 9,200 1,500 3 3 kali 403,828
Ranau 3,200 280 1 3kali 135,656.58
Kota Belud 3,200 300 1 3 kali 132,008
Kota Marudu 7,600 1,500 3 3 kali 660,221
Kudat 10,000 1,500 3 3 kali 643,248
Tawau 11,000 1,500 2 2 kali 554,885
Pada tahun 2007 seramai 18 orang penternak telah berhenti berusaha dalam projek ini
manakala penternak baru yang telah memulakan usaha penternakan lembu tenusu adalah
seramai 1 orang menjadikan jumlah penternak yang masih aktif setakat Disember 2007 seramai
131 orang. Lampiran 1 memperlihatkan jumlah dan senarai penternak sehingga tahun 2007.
Seramai 17 penternak berhenti daripada menternak lembu tenusu disebabkan oleh masalah kos
pengeluaran yang semakin tinggi dan kurang rumput sementara 1 peserta projek baru terpaksa
diberhentikan oleh sebab pengurusan yang bermasalah.
44
Laporan Tahunan JPHPT 2007
Tidak ada Kursus Asas Lembu Tenusu yang dilaksanakan pada tahun 2007, kerana tidak ada
pengambilan peserta projek yang baru. Lawatan sambil belajar yang dapat dilaksanakan oleh
Bahagian ini pada tahun 2007 adalah ke negara Filipina, iaitu Philiphine Carabao Centre, dan
beberapa penternak lembu tenusu jenis Sahiwal x Friesian di bawah kebun kelapa. Kursus AI
juga telah berjaya dilaksanakan untuk kakitangan JPHPT seramai 10 orang dan 5 orang penternak
lembu tenusu.
Setakat bulan Disember 2007, jumlah populasi lembu tenusu di Sabah yang diternak oleh Peserta
Projek Lembu Tenusu adalah sebanyak 10,034 ekor dengan komposisi seperti yang terdapat pada
Tabel 7. Demikian juga dengan jenis pastura yang diusahakan sebagai foder terdiri dari 95%
rumput napier variety “Taiwan”. Rumput Taiwanese Napier (Pennisetum Purpureum) varieti yang
baru yang dikenali dengan napier generasi ke 3 juga telah mula ditanam di Sabah dan ianya
berkembang dengan sangat baik. Kelebihan rumput napier generasi ke 3 adalah daripada segi
“yield” yang lebih tinggi. Kajian dan penyelidikan perlu dilaksanakan lebih lanjut berkenaan dengan
kebaikan rumput napier generasi ke 3 ini dari segi pengeluaran hijauan, kecepatan regenerasi
setelah pemotongan, respon terhadap pembajaan , daya cerna (digestibility) dan juga nilai
gizinya.Hampir 90% penternak mengamalkan pemeliharaan secara intensif dalam fidlot dengan
amalan pemeliharaan “cut and carry” . Keluasan pastura yang telah diusahakan adalah seluas
2194 ekar.
45
Laporan Tahunan JPHPT 2007
Walaupun terdapat peningkatan dalam pengeluaran dan pemasaran susu pada tahun ini namun
jumlah kerosakan susu dianggap masih tinggi. Jumlah pengeluaran susu dari projek ini pada
tahun 2007 adalah 8,560,957.98 liter, daripada jumlah tersebut hanya 7,257,749.9 juta
liter(84.8%) sahaja yang dapat dipasarkan dalam keadaan baik dan sebanyak 1,186,200 juta liter
(13.86%) digunakan untuk anak lembu ,sementara sebanyak 112,418 liter(1.3%) mengalami
kerosakan di PPS ataupun di SaDAR, 22,858.0(0.002%) susu ditolak oleh kilang kerana
mengandungi antibiotik. Sebanyak 4,590 liter (0.0005%) dijual dipasaran terbuka. Punca-punca
kerosakan adalah disebabkan chiller yang gagal berfungsi dengan baik, ,gagal ujian antibiotik dan
putus bekalan elektrik. Tabel 7 memperlihatkan jumlah pengeluaran, pemasaran dan kerosakan
susu sepanjang tahun 2007.
Jumlah keseluruhan kelahiran ternakan lembu tenusu pada tahun 2007 adalah 3563 ekor
Jumlah tersebut menunjukkan kadar kelahiran anak pada tahun berkenaan masih pada tahap
62.3% sahaja. Kadar tersebut lebih tinggi daripada kadar kelahiran pada tahun 2006 iaitu 54.7%.
Jumlah kes kematian ternakan pada tahun 2007 adalah sebanyak 425 ekor (4.2%) dimana ianya
sedikit lebih rendah jika dibandingkan pada tahun sebelumnya (2006 – jumlah kematian 667 ekor
atau 7.5%) . Jumlah ternakan yang dijual adalah sebanyak 1385 ekor dimana 791 adalah jualan
untuk disembelih dan 594 ekor dijual sebagai baka ternakan. Jumlah Penjualan, Kelahiran dan
kematian Ternakan dapat dilihat pada Tabel 6. Jumlah kelahiran yang masih dianggap rendah ini
adalah disebabkan oleh beberapa faktor seperti pemakanan yang kurang baik dan juga
kekurangan pejantan unggul yang tersedia untuk digunakan. JPHPT akan mengimpot lembu
pejantan sebanyak 40 ekor jenis Sahiwal x Friesian (T 60 – 62.5 % F + 37.5% S) pada tahun
2008 untuk tujuan di pinjamkan kepada para penternak lembu tenusu pada tahun 2009.
46
Laporan Tahunan JPHPT 2007
Jumlah ternakan yang telah diagihkan pada tahun 2007 adalah sebanyak 598 ekor dengan jumlah
penerima sebanyak 89 orang penternak yang terdiri dari 1 orang penternak baru dan 88 orang
penternak lama. Pengagihan ternakan adalah berdasarkan kepada beberapa aspek seperti
berikut:
1. Keluasan Pastura
2. Kapasiti Kandang/Fidlot
3. Prestasi Pengeluaran susu
4. Prestasi pembayaran Balik
5. Pemilikan “REPLACEMENT HEIFER” sendiri
Sebanyak 600 ekor lembu tenusu yang telah bunting jenis Friesian/Sahiwal (62.5% : 37.5% S)
telah diimpot daripada New Zealand pada tahun 2007 Ternakan tersebut dibekalkan oleh
Wrightson Company Pte Ltd New Zealand. Ternakan disimpan di SPT Sebrang Keningau dan
PPT Wario selama satu bulan sebelum diagih-agihkan kepada penternak yang telah disenaraikan
sebagai penerima.
Sebanyak 2 buah CHILLER TANK masing-masing dengan kapasiti 1,600 liter dan telah
berjaya dibeli oleh projek ini pada tahun 2007 .CHILLER TANK telah diserahkan kepada Projek
Lembu Tenusu daerah Kota Marudu dan Papar. Sementara dua unit antibiotik Test Kit telah
diserahkan ke MKAV Kepayan untuk analisis kualiti susu.
Prestasi keseluruhan Projek Lembu Tenusu dapat dilihat pada Tabel 6 dan Tabel 7. Jumlah
keseluruhan penternak yang masih aktif menghasilkan susu adalah 131 orang dengan jumlah
pengeluaran susu segar dari projek ini pada tahun 2007 adalah sebanyak 8,560,957.98 liter iaitu
meningkat sebanyak 20% berbanding pengeluaran pada tahun 2006 yaitu 7,164,214.0 liter.Dari
segi jumlah kelahiran anak lembu juga telah meningkat sebanyak 7.6 % , iaitu daripada 3073 ekor
pada tahun 2005 kepada 3563 ekor pada tahun 2007.Kadar kelahiran pada tahun 2007 meningkat,
daripada 54.7% pada tahun 2006 kepada 62.3% pada tahun 2007. Jumlah kematian juga
mengalami penurunan sebanyak 2.4% dimana peratus kematian pada tahun 2006 adalah 7.5%
sedangkan pada tahun 2007 peratus kematian hanya 4.1%. Secara keseluruhan prestasi Projek
Lembu Tenusu pada tahun 2007 adalah lebih baik dari tahun 2006.
47
Laporan Tahunan JPHPT 2007
PROJEK RUSA
PENDAHULUAN
Projek rusa atau payau telah mulakan oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan
Ternak Sabah sejak tahun 1979 di SPT Sebrang, Keningau dengan tujuan untuk melihat potensi
ternakan ini serta mempelajari hala-cara yang terbaik dari segi pengurusan dan pemeliharaan
ternakan ini.Beberapa siri kajian dan pengamatan telah dilaksanakan di ladang rusa jabatan untuk
mendapatkan kaedah yang terbaik untuk mengusahakan ternakan ini.
Berdasarkan hasil kajian dan pengamatan selama bertahun-tahun mengenai potensi penternakan
rusa di Sabah yang sangat menggalakkan maka akhirnya Projek Rusa untuk penternak kecil telah
diperkenalkan oleh Jabatan Perkhidmatan haiwan Dan Perusahaan Ternak Sabah kepada
penternak sebagai salah satu ternakan alternatif yang sangat berpotensi untuk diusahakan . Sejak
Projek Rusa ini dimulakan pada tahun 2002, seramai 39 orang penternak telah berjaya
memulakan projek penternakan rusa dan sebanyak 719 ekor rusa betina dan 39 ekor pejantan
telah diagihkan.
2. OBJEKTIF:
Projek Rusa yang diperkenalkan oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak
kepada penternak mempunyai beberapa objektif seperti berikut:
Pemilihan peserta
Peserta yang dipilih adalah mereka yang berminat dan berkemampuan untuk membangun ladang
rusa yang sememangnya memerlukan kos yang tinggi. Peserta juga mesti mempunyai tanah
minima 3 ekar. Pemilihan peserta dilakukan oleh Ahli Jawatankuasa pemilihan yang terlibat dan
dilantik oleh ketua jabatan.
Kursus
Semua penternak yang dipilih akan menjalani kursus pengurusan ternakan rusa yang dikendalikan
oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan Dan Perusahaan Ternak Sabah. Kursus adalah selama 1
minggu di Ladang-ladang Rusa yang dibangunkan oleh Jabatan.
Pembangunan Ladang
Para penternak yang telah menghadiri kursus dengan jayanya akan membangun ladang rusa
masing-masing dengan bantuan khidmat nasihat teknikal dari jabatan. Pegawai dan kakitangan
jabatan akan sentiasa memantau pembangunan ladang penternak.
48
Laporan Tahunan JPHPT 2007
Penternak yang telah selesai dalam pembangunan ladang akan diagihkan dengan baka ternakan
rusa sebanyak 20 ekor betina dan 1 ekor jantan sebagai pejantan yang dipinjamkan.
Pembayaran Balik
Penternak yang sudah diagihkan dengan ternakan dikehendaki menandatangani satu surat
perjanjian dimana mereka dikehendaki membayar kembali ternakan tersebut kepada jabatan
dalam bentuk anak rusa yang sudah cerai susu(6 bulan) atau gantian dengan wang sebanyak
RM450.00 seekor dalam tempoh 5 tahun.
Para Penternak rusa yang telah membayar balik kepada Jabatan layak untuk dinaik taraf dengan
menambah bilangan ternakan rusa yang akan diagihkan setakat mana yang mampu ditampung
oleh ladang penternak serta tertakluk kepada stok bekalan baka yang ada di ladang jabatan.
PENCAPAIAN FIZIKAL
Jumlah Penternak
Seramai 12 dan 11 orang penternak telah dipilih masing-masing pada tahun 2002 dan 2003,
seramai 12 orang lagi telah dipilih pada tahun 2004 manakala pada tahun 2005 seramai 12 orang
lagi penternak rusa telah dipilih, seperti yang terdapat pada Jadual 41.
Pengagihan Ternakan
Sebanyak 231 ekor ternakan rusa telah diagihkan kepada 11 orang penternak sepanjang tahun
2002, manakala pada tahun 2003 pengagihan adalah sebanyak 189 ekor kepada 9 orang
penternak , pada tahun 2004 seramai 7 orang telah diagihkan ternakan rusa sebanyak 147 ekor
dan pada tahun 2005 pula sebanyak 252 ekor telah diagihkan kepada 12 orang penternak seperti
yang dapat dilihat pada Jadual 41.
Jadual 30 : Bilangan Rusa Diimport, Bilangan Pengagihan dan bilangan Penternak Rusa
Bil Perkara Tahun 2002 Tahun 2003 Tahun 2004 Tahun 2005
Kelahiran ternakan
Jumlah ternakan rusa yang lahir sejak tahun 2002 hingga 2005 adalah sebanyak 828 ekor
dimana 343 ekor lahir pada tahun 2005 seperti yang dapat dilihat pada tabel 2. Kadar kelahiran
pada tahun 2005 menurun disebabkan oleh ternakan rusa yang baru diagihkan belum melahirkan
anak.
49
Laporan Tahunan JPHPT 2007
Kematian Ternakan
Jumlah ternakan rusa yang mati sejak tahun 2002 sehingga pada tahun 2005 adalah sebanyak 37
ekor iaitu setinggi 7.6% secara keseluruhan. Kematian sebahagian besar adalah anak yang baru
lahir. Terdapat 4 ekor induk yang mati disebabkan distokia. Jadual 42 memperlihatkan jumlah
kematian ternakan sepanjang tahun 2002 , 2003 , 2004 dan 2005.
Pembayaran Balik
Jadual 42 memperlihatkan prestasi pembayaran balik ternakan yang telah diagih-agihkan kepada
penternak. Sebanyak 6 orang penternak rusa telah selesai membayar balik kepada kerajaan sejak
tahun 2003-2005 dengan jumlah pembayaran sebanyak RM 54,000 atau setara dengan 120 ekor.
Dalam tempoh tersebut sebanyak 1 orang penternak lagi telah mula membuat pembayaran
sebanyak RM 4,050 atau setara dengan 9 ekor dan seorang lagi membuat pembayaran RM 900
atau 2 ekor.
50
Laporan Tahunan JPHPT 2007
Sebanyak 300 ekor baka ternakan rusa telah dibeli daripada PPES Ternak Miri Sarawak pada
tahun 2005 untuk diagih-agihkan kepada peserta projek yang baru dan lama.
Lawatan Projek:
Lawatan berjadual dilakukan ke semua ladang ternakan rusa di seluruh negeri untuk melihat
perkembangan serta memberikan khidmat-nasihat dan khidmat susulan kepada semua penternak
rusa. Disamping itu lawatan bertujuan untuk mengikuti perkembangan setiap ladang rusa dan
membincang mengenai pembayaran balik ternakan.
Kelahiran
Terdapat sebanyak 350 ekor rusa dilahirkan di empat buah ladang Jabatan. Kadar kelahiran
mencapai 60.1%. Kelahiran mengikut spesies dapat dilihat pada Jadual 45.
Kematian
Sebanyak 67 ekor rusa mati sepanjang tahun 2005 iaitu pada kadar 19.1%. Punca kematian
adalah kecederaan akibat kemalangan, pergaduhan, dan tekanan ketika penanganan dalam
kilung terutama pada musim panas. Kematian mengikut spesies dapat dilihat pada Jadual 45.
Jualan Ternakan
Sebanyak 4 ekor telah dijual dari ladang JPHPT sepanjang tahun 2005 dengan nilai sebanyak RM
3,300. Sementara sebanyak 258 ekor telah diagihkan kepada penternak dengan nilai RM
193,500.00 .Hasil jualan dapat dilihat pada Jadual 45.
Jadual 33 : Populasi Rusa di Pusat Pembangunan Rusa SPT Sebrang, SPT Tawau, PPP Telupid
dan PPP Entilibon
Rusa Rusa
Bil Ladang Rusa Keluasan Rusa Merah Rusa Chital
Sambar Timorensis
1. SPT Sebrang 50 ekar 7 ekor 39 ekor 45 ekor 311 ekor
2. SPT Tawau 30 ekar 42 Nil 54 17
3. PPP Entilibon 80 ekar Nil Nil nil 120
4. PPP Telupid 100 ekar Nil 56 nil 702
51
Laporan Tahunan JPHPT 2007
Jadual 34 : Kelahiran, Kematian, pengagihan dan Hasil Jualan Ladang Rusa Jabatan
Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak Sabah
Jualan
Bil Ladang Rusa Populasi Induk Kelahiran Kematian pengagihan
(RM)
SPT Sebrang
3,300 210
Sambar 28 ekor 16 10 (62.5%) 3 (9%)
1 Timorensis 87 74 (85%) 9(8.5%)
Chital 63 31 21 (69%) 3(6.5%)
Rusa Merah 9 7 3 (43%) 1(11%)
SPT Tawau
3(6%)
Sambar 50 ekor 17 11(64.7%)
2
Timorensis 18 5 4 (80%) 1(5%)
Rusa Merah 42 13 5 (38.4%) 3 (9.7%)
PPP Entilibon
3
Timorensis 120 ekor 80 47 (58.7%) 13(27.6%)
PPP Telupid
48
4 Timorensis 702 ekor 301 156 (52%) 27(17.3%)
Chital 60 36 19 (52.8%) 4(21%)
52