Tokoh-Tokoh Tempatan Di Tanah Melayu Yang Mendapat Pendidikan Di MPSI Sekitar Abad Ke-20

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

https://ms.wikipedia.

org/wiki/Abdul_Ghafar_bin_Baba
https://ms.wikipedia.org/wiki/Abdul_Rahman_Talib
https://ms.wikipedia.org/wiki/Ahmad_Kamal_Abdullah
https://ms.wikipedia.org/wiki/Awang_Had_Salleh
https://ms.wikipedia.org/wiki/Hassan_Muhammad
https://ms.wikipedia.org/wiki/Ibrahim_Yaakob
https://ms.wikipedia.org/wiki/Senu_Abdul_Rahman
https://ms.wikipedia.org/wiki/Abdul_Ghafar_bin_Baba
Abdul Ghafar bin Baba
• Tun Abdul Ghafar bin Baba (Jawi: ‫ ;عبدالغفار بن باب‬18 Februari 1925 – 23 April
2006) merupakan Timbalan Perdana Menteri di bawah pemerintahan Perdana
Menteri, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad.
• Abdul Ghafar terlibat dalam politik sejak 1939 sewaktu berumur 14 tahun
dengan menyertai Kesatuan Melayu Muda. KMM ditubuhkan oleh Ibrahim Yaakob
• beliau menyambung pelajaran di Maktab Perguruan Sultan Idris (kini
Universiti Pendidikan Sultan Idris), Tanjung Malim (1946 - 1949). Beliau memulakan
kerjaya sebagai seorang guru (1949 - 1955) sebelum beralih sepenuhnya kepada
kerjaya politik (1955 - 2004).
https://ms.wikipedia.org/wiki/Ibrahim_Yaakob

Ibrahim Yaakob
Ibrahim Hj Yaakob atau IBHY lahir pada 27 November 1910 di Tanjung
Kertau, Temerloh, Pahang - meninggal pada 8 Mac 1979 di Jakarta, Indonesia Jenazah
beliau disemadikan di Taman Makam Pahlawan Kalibata, Jakarta. Pada batu nisannya,
tercatat nama Iskandar Kamel Agastya. (IBHY), Leftenan Kolonel purnawirawan TNI-AD,
NRP 26217.
Ibrahim Yaakob adalah presiden dan pengasas Kesatuan Melayu Muda (KMM) dan tokoh
politik Melayu pertama yang menentang kerajaan penjajah British. Matlamat Kesatuan
Melayu Muda adalah mencapai kemerdekaan bagi Malaya melalui penyatuan bersama
Republik Indonesia di bawah konsep Indonesia Raya.[1] Sebagai pengasas Kesatuan Melayu
Muda, dia menyambut baik dan bekerjasama dengan pihak Jepun kerana dia percaya Jepun
akan memberikan kemerdekaan pada Malaya dan secara aktif membantu Jepun melalui
aktiviti gerakan kelima.[2] Ibrahim dilatih selama enam bulan dan sebelum Jun 1944 dia
dilantik sebagai Komandan Giyuugun dengan pangkat Leftenan Kolonel. Dengan bantuan
tentera Jepun pasukan Giyuugun telah ditubuhkan di Semenanjung Tanah Melayu dan
di Sumatera. Ini menyebabkan Ibrahim Yaakob tidak dipercayai oleh pihak British dan
mendorong Ibrahim Yaakob berhijrah dan menetap di Indonesia sehingga tahun 1973.
Beliau merupakan tokoh terkenal di Tanah Melayu, pelbagai tempat bersejarah diletakkan
bersempena nama beliau.

Keluarga
Ibrahim Yaakob berasal daripada keturunan Bugis, di Sulawesi Selatan. Ibu bapanya
merantau ke Riau dan seterusnya ke Temerloh, Pahang sekitar tahun 1920-an. Ayahnya
Haji Yaakob merupakan guru agama dan tokoh yang dihormati. Ibunya bernama Hawa binti
Hussein. Ketika berusia 2 tahun, ibu bapanya bercerai. Beliau dipelihara oleh ibunya dengan
hidup sederhana.
Pada batu nisan isterinya tercatat nama Maria Kamel bin H Siraj lahir 15 Disember 1920 dan
meninggal dunia pada 20 November 2002. Sejarawan Cheah Boon Keng mencatat nama
isteri Ibrahim Yaakob sebagai Mariatun Haji Sirat.

Pendidikan
IBHY mendapat pendidikan awal di sekolah Melayu di Tanjung Kertau pada tahun 1918
ketika berusia tujuh tahun. Pada tahun 1928, beliau telah dipilih menjadi guru pelatih di
Pusat Latihan Perguruan di Kuantan, Pahang.

Guru pelatih di MPSI


Di antara tahun 1928–1931, Ibrahim menerima latihan perguruan di Maktab Perguruan
Sultan Idris (MPSI) di Tanjung Malim, Perak dan menerima semangat nasionalisme
daripada Pendeta Zaba dan lain-lain. Pensyarah di situ mengajar tentang gerakan
nasionalisme yang berkembang di India, Mesir dan Indonesia. Pensyarah yang lain ialah
Abdul Hadi Hassan, Nurdin Haji Haron, Harun Mohd Amin (Harun Aminurrashid), Buyong
Adil dan Abdul Rahman Muhyidin. Harun Mohd Amin telah menulis tentang kehebatan
pemuda Melayu Panglima Awang yang mengelilingi dunia bersama Ferdinand Magellan.
Surat khabar dari Indonesia seperti Pewarta Deli, Pertja Selatan, Pedoman
Masyarakat, Fikiran Rakyat, Soeloeh Rakyat Indonesia, Semangat Islam, Seruan
Azhar, Bintang Timur dan Bintang Hindia turut dibaca dan beredar di kalangan pelajar.
'Sumpah Pemuda' rakyat Indonesia menjadi ikrar persatuan. [3]
Tulisan dan pengaruhnya
Tulisan beliau dalam surat khabar Majlis,Warta Malaya dan Utusan Melayu menyentuh
tentang nasib orang Melayu dari segi ekonomi, pelajaran, cara hidup orang Melayu dan
kaitannya dengan bangsa Cina dan Eropah serta dasar British di Tanah Melayu.
Beliau juga pernah menulis beberapa buah buku yang kebanyakannya diterbitkan di
Indonesia.

1. Melihat tanahair, Singapura 1941


2. Nusa dan Bangsa Melayu, 1951
3. Sedjarah dan perdjuangan di Malaya, Djokjakarta 1951
4. Sekitar Malaya Merdeka, Djakarta 19 August 1957

Pelbagai Persatuan
Sebelum tertubuhnya KMM, IBHY dan rakan-rakannya telah mewujudkan satu persatuan
sulit yang “berhaluan sosialis” iaitu Ikatan Semenanjung Malaya/Borneo pada tahun 1929
yang memperjuangkan gagasan “Malaya Raya”. Gesaan IBHY terhadap masyarakat Melayu
supaya menubuhkan Persatuan Kebangsaan Melayu bagi menyatukan orang-orang Melayu
untuk menyelamatkan hak kebangsaaan telah memperlihatkan dirinya sebagai pengerak
nasionalisme Melayu di Tanah Melayu. Beliau juga terlibat aktif dalam Kelab Melayu
Bentung pada tahun 1931-1934, Persatuan Melayu Selangor pada tahun 1938, Persatuan
Belia Melayu dan beberapa persatuan yang menjadi medan IBHY menperjuang dan
memperkembangkan ideologinya.

Menubuhkan Kesatuan Melayu Muda


Persatuan Belia Melayu yang pada asalnya bercorak sosial berubah kepada motif politik.
Selaras dengan perubahan tersebut, nama Persatuan Belia Melayu telah ditukar
kepada Kesatuan Melayu Muda (KMM) atau turut dikenali sebagai Young Malay Union.
Pada 1939 pada usia 28 tahun, beliau menubuhkan secara rasmi Kesatuan Melayu Muda
yang kebanyakannya terdiri daripada golongan guru Melayu lepasan MPSI. Persatuan ini
menjurus kepada persatuan pemuda Melayu yang berasaskan ‘pemuda-pemuda sedar’ atau
‘progresif’ yang dalam lingkungan usia lewat 20-an. Beliau sebagai pengasas menjadi Yang
diPertua, Onan Haji Siraj sebagai Naib Yang Dipertua, Abdul Karim Rashid sebagai
setiausaha, Haji Othman Abdullah sebagai bendahari, Hassan Manan, Ahmad
Boestaman, Isa Muhamad, Ishak Haji Mohammed, Sultan Djenain dan lain-lain tokoh. Dr
Burhanuddin Helmi menyertai KMM pada 1939. Dato Onn Jaafar yang akan
mengasas Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu menyertai KMM pada April 1942. Nama
KMM diberikan oleh Sultan Djenain , seorang pelarian politik Parti Komunis Indonesia yang
bertindak sebagai penaung KMM.
[4]

Tahun 1940, seusia 29 tahun, Ibrahim Yaakob telah menjadi nasionalis radikal yang
mengagumi idealisma dan kharisma Sukarno sebagai Pemimpin Besar Revolusi Nasional
Indonesia. Ketika Perang Pasifik meletus pada 7 Disember 1941, Ibrahim Yaakob telah
ditangkap oleh pihak British tetapi dibebaskan pada 1942 oleh pihak Jepun setelah Jepun
mendarat di Tanah Melayu. Tentera Jepun menubuhkan tentera Pembela Tanah Air (PETA)
di pulau Jawa. Tetapi menubuhkan Giyuugun di pulau Sumatera dan di Tanah Melayu. [5]Dia
meninggal di Jakarta pada 8 Mac 1979.[6] Komander tentera Jepun melantik Ibrahim Yaakob
sebagai Leftenan Kolonel bagi pasukan tentera Giyuugun.
KMM tidak tertakluk kepada golongan bangsawan dan sesuai untuk golongan bawahan.
Sementara Persatuan Melayu Selangor yang dipimpin oleh Tengku Ismail Tengku
Muhammad Yasin dikuasai oleh golongan bangsawan,slogan KMM ialah “satu untuk
semua:semua untuk satu”.

Utusan menemui Sukarno


Ibrahim Yaacob telah mengutus tiga wakil KMM sebagai perwakilan Tanah Malaya ke
Jakarta untuk bertemu dengan Sukarno. Di Jakarta, Badan Penyelidikan Usaha Persiapan
Kemerdekaan Indonesia (BPUPKI) tengah membincangkan sempadan wilayah negara
Indonesia. Wilayah Indonesia Raya ianya meliputi seluruh bekas Hindia Belanda, Malaya,
Borneo Utara, New Guinea, Timor Portugis. Akan tetapi Mohammad Hatta lebih condong
kepada pandangan untuk mengehadkan Indonesia Raya sekadar bekas Hindia Belanda
(dikurangi New Guinea) diganti dengan Malaya dan Borneo Utara sahaja. Pada mesyuarat
tersebut menghasilkan seramai 39 dari 66 ahli BPUPKI bersepakat menyokong gagasan
Indonesia Raya.

Pertemuan Taiping 1945


Pada 8 Ogos 1945 Sukarno, Mohammad Hatta, dan Radjiman Wediodiningrat terbang
ke Saigon, Vietnam berbincang dengan Pemerintah Tentera Jepun Marshall Terauchi dan
kembali ke Jakarta pada 13 Ogos 1945.
Dalam surat khabar Asia Raya, 16 Ogos 1945 Sukarno-Hatta menyatakan mereka menemui
Leftenan Kolonel Ibrahim Yaakob dan beberapa pegawai Giyugun lain. Ketika pertemuan itu
Ibrahim Yaakob mengatakan bahawa rakyat di Tanah Melayu ingin bersatu dalam
negara Indonesia Raya.

Menjadi anggota Parlimen Indonesia


Sukarno merasa terhutang budi kepada Ibrahim Yaakob di atas semangat juang dan
setiakawan orang Indonesia di Tanah Melayu. Lantas Sukarno mengajak Ibrahim Yaakob
berjuang sahaja di pulau Jawa kerana mereka seketurunan - Bugis Jawa Indonesia.
Pada 15 Ogos 1945 Jepun menyerah kalah secara tiba-tiba setelah
bandar Hiroshima dan Nagasaki diledakkan dengan bom
atom. PETA dan Giyuugun diperintah bubar oleh tentera Jepun dn senjata
diserahkan.Gagasan Indonesia Raya terbatal dengan sendirinya. Pada 19 Ogos 1945,
Ibrahim Yaakob meminta kapal terbang tentera Jepun untuk membawanya ke Jakarta.
Ibrahim Yaakob terbang ke Jakarta bersama isterinya Mariatun Haji Siraj, iparnya Onan Haji
Siraj dan Hassan Manan.
Di Indonesia, beliau menukar nama kepada Iskandar Kamel dan menjadi pengurus Gerakan
Kemerdekaan Malaya. Terbit bagi pihak KMM di Jakarta . Pejabatnya terletak di nombor 4
Jalan Kebahagian, Jakarta.[7]

PKMM diharamkan
Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu mengharamkan PKMM pada 1950 .
Sedangkan KMM telah bergabung dengan PKMM dan sangat anti British dan anti pegawai-
pegawai dalam Persekutuan Tanah Melayu.

Bertemu dengan Tunku di Jakarta[sunting | sunting sumber]


Pada November 1955, Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu , Tunku Abdul
Rahman bertemu dengan beliau di Jakarta ketika hendak berunding dengan
Presiden Sukarno. Ketika itu, Tunku Abdul Rahman baru sahaja dilantik sebagai Ketua
Menteri setelah Perikatan menang 51 daripada 52 kerusi dalam pilihan raya yang pertama
pada tahun 1955. Tunku yang menerima pendidikan Inggeris di London berasa selesa
jika Tanah Melayu merdeka dalam Komanwel British. Ini dilihat sebagai neo-
kolonialime kerana Ibrahim Yaakob mahu Tanah Melayu bergabung dengan Indonesia
dalam Indonesia Raya.
Sukarno sendiri tidak senang dengan pendirian Tunku yang dilihat sebagai 'boneka' British
sahaja. Dengan pelbagai pengaruh lain termasuk Aidid dan Subandrio - komunis, Sukarno
melancarkan 'Ganyang Malaysia' pada 1965.

Pengarah Bank Pertiwi


Ibrahim Yaakob mengundur diri dari arena politik apabila demokrasi terpimpin semakin kuat
di Indonesia akibat pengaruh komunis. Peristiwa Gestapo 1965 amat memberi kesan
kepada beliau. Ibrahim Yaakob menyertai sektor swasta sebagai pengarah Bank Pertiwi.

Kembali ke Malaysia
Apabila Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri Malaysia pada 1970, barulah Ibrahim
berpeluang kembali ke Malaysia pada 1973. Ketika itu, Tunku Abdul Rahman telah
'digulingkan' selepas Peristiwa 13 Mei. Namun Ibrahim memilih bermastautin di Indonesia
sambil menegaskan dirinya bukan warga Malaysia tetapi rakyat Persekutuan Tanah Melayu.
Malah kesetiaannya adalah untuk negeri-negeri Melayu, bukan Malaysia dalam konteks
terkini.

Kontroversi
Di Indonesia, tercetus kontroversi bahawa Timbalan Presiden, Adam Malik disyaki sebagai
agen CIA kerana kerap ke Malaysia dan berjaya menamatkan 'Ganyang Malaysia' 1965
dengan mudah. Begitu juga kerakyatan Ibrahim Yaakob sehingga dilantik sebagai ahli
parlimen Indonesia dan menukar nama kepada Iskandar Kamel. Ketika ditemu ramah di
Malaysia pada 1973, beliau mengakui bahawa dia agen kepada British dan Jepun. Buku
Mustapha Hussain (2005) menuduh Ibrahim Yaakob membawa wang dua guni dan ketulan
emas ke Indonesia pada tahun 1945. Bagaimana dia mendapat wang yang banyak untuk
membeli surat khabar Warta Malaya.
Sebagai seorang guru, Ibrahim Yaakob ada menulis buku bertajuk 'Nusa dan Bangsa
Melayu' pada 1951. Beliau menafikan perjuangan KMM tidak berhaluan kiri mahupun radikal
. Sebaliknya usaha menerapkan kesedaran cintakan agama, bangsa dan negara. KMM
adalah anti British dan anti feudal.
https://ms.wikipedia.org/wiki/Senu_Abdul_Rahman

Senu Abdul Rahman


Tan Sri Dato' Senu bin Abdul Rahman (10 Oktober 1919 – 16 Jun 1995) merupakan ahli
politik Barisan Nasional/ UMNO di Malaysia. Beliau pernah menjadi guru, Setiausaha
Agung UMNO pertama (1969), menjadi Duta Malaya yang pertama ke Indonesia dan Duta
Besar Malaya yang pertama ke Jerman dan juga Menteri Penerangan Malaysia.[1][2] Beliau
pernah menjadi Menteri Belia dan Sukan dari tahun 1966 hingga 1968.

Keluarga
Bapanya, Abdul Rahman bin Tahir walaupun berasal dari keluarga miskin, dengan usaha
gigihnya akhirnya beliau memiliki beberapa rumah rumah untuk disewakan dan beberapa
kedai kopi kecil di sekitar Alor Star. Ibu beliau bernama Hamidah binti Saad. Kedua ibu bapa
beliau berasal dari Seberang Prai (Province Wellesley), Penang[3] Beliau bernikah dengan
Puan Sri Fatimah Abdullah pada bulan Februari 1939. Mereka mempunyai enam anak
perempuan iaitu Normi, Toh Puan Norma, Norishah, Norsita, Noryati dan Normala dan dua
anak lelaki, Azam dan Fatah. Beliau juga mempunyai enam belas cucu: Sufi
Yusoff,Nurazwani Hamidi, Shahril Hamidi, Amir Hamidi, Aina Zahida Abdul Kadir, Idi Nasran
Abdul Kadir, Maya Fitri Abdul Kadir, Aishah Parkes, Farah Parkes, Omar Parkes, Sofia
Parkes, Zara Azam, Gadis Fatah Hidayat, Girlina Fatah Hidayat, Chika Fatah Hidayat, Dara
Alia Fatah Hidayat. Cucu Tan Sri Senu, Sufi Yusoff turut menjadi Setiausaha
Politik, Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir Mohamad (2002).

Rakan Karib
Sebagai rakan lama, Senu meraikan ulang tahun kelahiran Tunku Abdul Rahman ke-80 di
rumah mereka di Taman TAR, Ampang.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]


Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Jitra (1927), Maktab Perguruan Sultan
Idris, Tanjung Malim (1937) dan jurusan Sains Politik di Universiti of California, Los
Angeles (UCLA)(1948) dan Ijazah Sarjana Sastera (Sains Politik) (1954).[4]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]


Beliau menjadi Guru di Sekolah Sungai Korok Tinggi, Alor Star (1939-1941) dengan gaji
permulaan RM17.00 sebulan. Beliau berhenti menjadi guru selepas itu. Kemudian menjadi
Pegawai di Jabatan Pelajaran Alor Setar (1942-1944) di bawah pentadbiran
tentera Thailand semasa Perang Dunia II. Orang yang membantunya mendapatkan
pekerjaan itu ialah Tunku Abdul Rahman. Dengan bantuan Mohamed Khir Johari, mereka
membentuk kumpulan drama dan mementaskan drama 'Aku Berdosa' dan 'Salah Pedoman'
di Alor Setar. Salah seorang pelakonnya ialah Monte Zain (Mohammed Zain Tajuddin).
Ketika inilah seberkas ditubuhkan.
Seterusnya menjadi pegawai Kedutaan Indonesia di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
(PBB) (1954). Beliau menjadi Duta Malaysia yang pertama ke Indonesia selama 4 tahun
(1957-1962), Duta Malaysia pertama ke Jerman selama 2 tahun (1962-1964), Pengarah
Pilihanraya Parti Perikatan (1964) dan Menteri Penerangan dan Penyiaran yang pertama
(1964). Pada 1964, beliau kembali ke Tanah Melayu menjadi Pengarah Pilihan raya 1964
dan bertanding di Kubang Pasu Barat.[4]
Maktab Perguruan[sunting | sunting sumber]
Senu Abdul Rahman belajar di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim. Pada 4 Mac
1939 perarakan 400 pelajar mengelilingi maktab itu sempena Hari Pertabalan Sultan
(?). Shaharom Husain dalam buku 'Memoir Shaharom Husain' (1996)[5] menceritakan Senu
Abdul Rahman telah memberi syarahan politik tanpa kebenaran pengetua maktab. Senu
dituduh memasukkan politik dan cuba mengheret penuntut ke dalam kancah politik.
Senu Abdul Rahman bekerja sebagai guru di Kedah dan menjadi setiausaha sebuah parti
politik Melayu, SABERKAS. Presiden Pekembar (UMNO), Dato’ Onn Jaafar menjemput
beliau merangka dan menggubal undang-undang bagi sebuah Malaya merdeka
menyebabkan Senu merasa dirinya sebagai seorang guru Melayu tidak layak, kerana tidak
tahu bahasa Inggeris dan tidak mempunyai kelayakan akademik. Guru bahasa
Inggeris Mohammed Zain Tajuddin (Monte Zain) dari Alor Setar menasihati beliau belayar
dan belajar di Amerika Syarikat. Senu menghilangkan diri selama tujuh tahun , menjadi
kelasi kapal Australia (membawa kambing biri-biri) untuk menuntut di Universiti California.
[6] [4]
Pada 28 Februari 1948, beliau meninggalkan isteri dan tiga anak perempuannya, yang
sulung berusia 6 tahun. Hari itu, Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan
menggantikan Malayan Union.
Beliau menjejakkan kaki ke Amerika Syarikat pada 1949 untuk sambung pengajiannya di
sana bagi menumbangkan Malayan Union. Senu bermalam di rumah Shaharom Husain dan
menyatakan hasratnya pergi ke Amerika. [7] Beliau menghilangkan diri selama tujuh tahun ke
sana. Wartawan Utusan, Zainuddin Maidin dalam buku 'Hari Itu Sudah
Berlalu' [8]menceritakan Senu bertemu dengan Syed Kechik Syed Mohamed ketika berada
di California. Mohammed Zain Tajuddin (Monte Zain) dalam bukunya 'Out of Malaya' (1996)
[9]
juga menceritakan pengalaman mereka, Tan Sri Khalid Abdullah ketika berada
di California. Tan Sri Khalid merupakan bekas Pengerusi Eksekutif Utusan Melayu dan
mereka dari Kedah belaka.
Senu bekerja sebagai pelayan di Saint Germain Restaurant di Vermont Streets yang dimiliki
oleh Roger dan Louise Simoncelli dari Itali. Senu menggunakan nama 'Ramon Senu' dan
belajar bahasa Inggeris di American School, Los Angeles. Beliau melanjutkan pelajaran
di Universiti of California, Los Angeles dalam jurusan Sains Politik dan minor Ekonomi dan
bergraduat pada 20 Jun 1954. Semasa menghilangkan diri, ramai yang percaya dia pergi
ke Moscow, Russia tetapi sebenarnya beliau berada di Los Angeles, Amerika, melanjutkan
pelajaran sambil bekerja di restoran Itali sebelah malam.
Selepas habis belajar, beliau pergi ke New York dan bekerja di kilang anak patung.
Kemudian bertemu dengan Dr Sudjarwo, yang kemudian menjadi Ketua Delegasi Indonesia
ke PBB. Dr Sudjarwo menawarkan jawatan kerani sementara selama 4 bulan. Dia pergi ke
Konsulat British di New York untuk mendapatkan pasport kerana mahu pergi ke London.
Encik Osman yang menjadi Pesuruhjaya di London mencadangkan beliau menjadi
pensyarah di London School of Oriental Studies, London. Beliau kembali ke tanahair dengan
mendapat pekerjaan sebagai Pegawai (Officer) di atas kapal Blue Funnel Ocean Steam
Ship Company. Beliau tidak pernah menjadi pegawai tentera atau tentera laut sewaktu
belajar di Los Angeles, Amerika.
Tetapi Khir Johari yang menjadi Setiausaha Agung UMNO mencadangkan beliau pulang
segera kerana Pilihan raya 1955 akan diadakan dan boleh membantu kempen. Beliau tiba
di Tanah Melayu pada Mei 1955. Beliau berada di luar negara selama 7 tahun, 7 bulan dan
7 hari.
Pilihan raya 1955 memerlukan Perikatan (UMNO-MCA-MIC) menang 52 kerusi supaya
dapat merubah pemikiran British dan menunaikan kemerdekaan pada 1957.
Menubuhkan SABERKAS[sunting | sunting sumber]
Beliau menubuhkan SABERKAS bersama-sama rakan pada 1943. Beliau menjadi
Setiausaha SABERKAS (1947-1948). Seterusnya Setiausaha Agung UMNO di samping
Setiausaha Bersama Parti Perikatan sehingga negara mencapai kemerdekaan tahun 1957.
Beliau dilantik menjadi Setiausaha Agung UMNO (1968-1978).[4]

Duta ke Indonesia[sunting | sunting sumber]


Selepas Tunku Abdul Rahman menjadi Ketua Menteri Malaya pada 1955, beliau
melawat Indonesia untuk mengeratkan hubungan dengan jiran tetangganya. Pada
November 1957, Senu dipilih menjadi Duta ke Indonesia. Malaya menawarkan supaya
Indonesia menubuhkan kedutaan di Kedutaan yang pertama di Kuala Lumpur.
Ketika itu Belanda menekan Indonesia berhubung krisis Irian Jaya/ Irian Barat. Tunku Abdul
Rahman menulis surat kepada Presiden Sukarno agar menerima mediator Malaysia iaitu
Senu Abdul Rahman. Perdana Menteri Indonesia, Djuanda Kartawidjaja menerima
cadangan itu dan Panglima TNI Nasution melawat Malaya pada 13 Oktober 1960. Tunku
mencadangkan Irian Barat dijagai oleh PBB dan dipantau oleh Malaya.
Senu juga mengiringi Presiden Amerika Syarikat ke-36, Lyndon Baines Johnson bertemu
dengan Yang di Pertuan Agong (1960-1965) , Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed
Hassan Jamalullail semasa melawat Kuala Lumpur.[10] Tunku Abdul Rahman
melawat Washington DC sebagai kunjungan balas. Selepas itu mengiringi Tuanku Syed
Putra mengerjakan haji di Mekah. Sebagai tetamu diraja, mereka diberi kesempatan
menjengok ke dalam Baitullah. Seterusnya rombongan bertemu dengan Raja Arab
Saudi, Faisal ibn ’Abd al ’Aziz Al Sa’ud(1964-1975).
Senu Abdul Rahman juga bersalam dengan Raja Ethiopia Haile Selassie ketika melawat
Kuala Lumpur. Begitu juga dengan Perdana Menteri India ,Indira Ghandhi ketika melawat
KL. Beliau menjadi menteri pengiring ketika Shah Iran, Mohamed Reza Shah
Pahlavi dan Farah Diba melawat KL.

Ketua Pemuda UMNO ke-4 (1964-1971)[sunting | sunting sumber]


Pada 1964, Senu Abdul Rahman menewaskan penyandang, Sardon Jubir bagi
jawatan Ketua Pemuda UMNO. Senu menubuhkan pasukan Pemuda Tahan Tasak iaitu
memastikan kemenangan calon-calon Perikatan dan UMNO dalam Piliharaya.

Revolusi Mental[sunting | sunting sumber]


Rancangan Revolusi Mental [11] dihasilkan oleh Senu Abdul Rahman bersama 11 penulis
lain [12]. Rancangan ini telah dibukukan oleh Datuk Ali Haji Ahmad, Haji Hamzah Alang dan
Haji Abdullah Ahmad Badawi dan Prof Datuk Dr Taib Osman pada tahun 1970 dan dicetak
3000 naskah pada 1971. Tujuan buku ini sebagai langkah Pemuda dalam menyedarkan
orang Melayu mengenai masa depan mereka dalam sebuah negara yang baru mendeka.
Buku ini mengandungi penyelidikan mengenai kedudukan orang Melayu termasuk bilangan
mahasiswa mengikut kaum di UM pada 1968.[13]

Pilihan raya[sunting | sunting sumber]


Beliau menjadi ahli Parlimen Kubang Pasu Barat, Kedah. Kemudian menjadi ahli
Parlimen Kuala Kedah/ Langkawi menggantikan Tunku Abdul Rahman (1973). Seterusnya
ahli parlimen Kuala Kedah (1974-1982)[4]
Senu tewas ketika bertanding dalam Pilihan raya umum Malaysia 1969 di Kedah. Apabila
Senu tewas dalam Pilihan raya 1969 , beliau dilantik sebagai Setiausaha Agung UMNO
yang pertama dan Ali Haji Ahmad memangku jawatan Ketua Pemuda sehingga pemilihan
berikutnya.[14]
Beliau menang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1978 bagi kawasan Kuala
Kedah, negeri Kedah. Beliau bertanding atas tiket parti Barisan Nasional dan berjaya
menewaskan Fadzil Mohd Noor dari PAS.Fadzil Mohd Noor adalah Dekan Fakulti Pengajian
Islam, UKM dan rakan ABIM Anwar Ibrahim.Ketika itu Perdana Menteri Malaysia ialah
Tun Hussein Onn dan Timbalan Perdana Menteri ialah Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad.

Dokumentari merdeka[sunting | sunting sumber]


Semasa Perang Dunia II, Senu bekerja sebagai pelukis di Jabatan Penerangan Jepun.
Semasa zaman pemerintahan Siam (Thailand) , beliau pernah bekerja di Jabatan Pelajaran,
Kedah. Beliau berminat dalam penerbitan drama dan menjadi produser semasa Jepun dan
Siam. Antara filem yang dihasilkan ialah 'Aku Berdosa' dan 'Salah Pedoman'. Beliau turut
menghasilkan dokumentari 'Dasar Perjuangan UMNO' pada 1956.[15]
Pada Mac 1957 berlaku protes pekerja di hadapan Shaw Brothers Malay Film Production
Studio di Jalan Ampas, Singapura. Ketika itu, politik semasa hangat membincangkan status
kewarganegaraan Cina dan India. Tunku Abdul Rahman yang lima bulan kemudian
menjadi Perdana Menteri Malaysia menghantar pembantu kanannya Senu Abdul Rahman
ke Shaw Brothers[16]. Pada 7 April 1957, Run Run Shaw setuju menerima semula lima
pekerja yang dipecat dan PERSAMA setuju menggugurkan tuntutan bayaran lebih masa.
[17]
Sebuah filem bertajuk 'Mogok' telah dikeluarkan di bawah arahan Jamil Sulong dan
dilakonkan oleh S Kadarisman.
Sebuah dokumentari ‘UMNO 25 tahun’ disiarkan oleh RTM pada 1971 . Dokumentari 90
minit ini sempena ulang tahun penubuhan UMNO ke-25. Dokumentari ini memaparkan
sumbangan bekas Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak Hussain ; Tan
Sri Sardon Jubir, Ibu Zain; Senu Abdul Rahman dan Tan Sri Syed Jaafar Albar.[18]

Anugerah[sunting | sunting sumber]


Senu menerima Bintang Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (P.G.D.K) (1973) yang
membawa gelaran 'Datuk'. Beliau juga menerima gelaran Datuk dari Sultan Kelantan (1980-
an). Panglima Mangku Negara (P.M.N) (1988) oleh Yang di Pertuan Agong yang membawa
gelaran 'Tan Sri' pada 1988.

Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]


Senu Abdul Rahman meninggal dunia pada 16 Jun 1995 dan dikebumikan di Ampang Jaya.

You might also like