Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 11

FREQUENTLY ASKED QUESTIONS (FAQ)

PROGRAM KHAS JPA-MARA TAHUN 2023

1. Apakah itu Program Khas JPA-MARA 2023?

Program Khas JPA-MARA (PKJM) Tahun 2023 merupakan penajaan kepada


pelajar Bumiputera cemerlang lepasan SPM tahun 2022 untuk mengikuti
pengajian peringkat persediaan dan Ijazah Pertama di luar negara iaitu di
negara Jepun, United Kingdom, Amerika Syarikat, India, New Zealand dan
Republik Korea dalam bidang Kejuruteraan, Sains & Teknologi (S&T), Sains
Komputer, Sains, Ekonomi, Perakaunan, Sains Sosial dan Perubatan. Program
ini terdiri daripada tujuh sub-program berikut:

1.1. Program Akademik Jepun;


1.2. Program Akademik United Kingdom;
1.3. Program Akademik Amerika Syarikat;
1.4. Program Khas India;
1.5. Program Berkembar New Zealand;
1.6. Program Sains dan Teknologi New Zealand; dan
1.7. Program Sains dan Teknologi Republik Korea.

2. Apakah syarat-syarat permohonan Program Khas JPA-MARA 2023?

Calon-calon mestilah memenuhi syarat umum dan syarat khusus permohonan


seperti berikut:

2.1 Syarat Umum

(i) Pemohon DAN salah seorang ibu ATAU bapa berketurunan Melayu /
Bumiputera dan warganegara Malaysia;

(ii) Mempunyai kesihatan yang baik;

1
(iii) Ibu dan/atau bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam
tindakan undang-undang oleh JPA;

(iv) Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk
pengajian atau peringkat yang sama;

(v) Menduduki peperiksaan SPM 2022 buat kali pertama di mana-mana


sekolah menengah atau calon-calon persendirian; dan

(vi) Umur belum mencapai 19 tahun (20 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31
Disember tahun peperiksaan SPM diduduki.

2.2 Syarat Khusus

Perincian bagi syarat khusus mengikut bidang yang ditetapkan adalah


seperti berikut:

BIL PROGRAM / BIDANG /


SYARAT /
NEGARA PENGAJIAN /
GRED MINIMUM KEPUTUSAN SPM
KOLEJ PERSEDIAAN
(1) AKADEMIK JEPUN Mendapat sekurang-kurangnya gred A
(kombinasi gred A+ dan gred A sahaja)
Bidang dalam lima mata pelajaran berikut:
Kejuruteraan
a) Bahasa Melayu;
Negara b) Matematik;
Jepun c) Matematik Tambahan;
d) Fizik;
Kolej Persediaan e) Kimia;
Ambang Asuhan Jepun
Dan
Kod Program
PKJM 001 Mendapat sekurang-kurangnya gred A-
dalam dua mata pelajaran berikut:

a) Bahasa Inggeris;
b) Sejarah.

2
BIL PROGRAM / BIDANG /
SYARAT /
NEGARA PENGAJIAN /
GRED MINIMUM KEPUTUSAN SPM
KOLEJ PERSEDIAAN
(2) AKADEMIK JEPUN Mendapat sekurang-kurangnya gred A
(kombinasi gred A+ dan gred A sahaja)
Bidang dalam lima mata pelajaran berikut:
Sains dan Teknologi
a) Bahasa Melayu;
Negara b) Matematik;
Jepun c) Matematik Tambahan;
d) Fizik;
Kolej Persediaan e) Kimia;
Ambang Asuhan Jepun
Dan
Kod Program
PKJM 002 Mendapat sekurang-kurangnya gred A-
dalam dua mata pelajaran berikut:

a) Bahasa Inggeris;
b) Sejarah.

(3) AKADEMIK JEPUN Mendapat sekurang-kurangnya gred A


(kombinasi gred A+ dan gred A sahaja)
Bidang dalam lima mata pelajaran berikut:
Sains Sosial
a) Bahasa Melayu;
Negara b) Matematik;
Jepun c) Pendidikan Islam / Pendidikan Al-
Quran Dan As-Sunnah / Pendidikan
Kolej Persediaan Syariah Islamiah / Pendidikan Moral /
Pusat Bahasa Teikyo Usul Al-Din / Al-Syariah / Turath Al-
Quran Wa Al-Sunnah / Turath Dirasat
Kod Program Al-Islamiah;
PKJM 003 d) Satu mata pelajaran lain;

Dan

Mendapat sekurang-kurangnya gred A-


dalam dua mata pelajaran berikut:

a) Matematik Tambahan;
b) Bahasa Inggeris;
c) Sejarah.

3
BIL PROGRAM / BIDANG /
SYARAT /
NEGARA PENGAJIAN /
GRED MINIMUM KEPUTUSAN SPM
KOLEJ PERSEDIAAN
(4) AKADEMIK UNITED Mendapat sekurang-kurangnya gred A
KINGDOM (kombinasi gred A+ dan gred A sahaja)
dalam lima mata pelajaran berikut:
Bidang
Kejuruteraan a) Bahasa Melayu;
b) Matematik;
Negara c) Matematik Tambahan;
United Kingdom d) Fizik;
e) Kimia;
Kolej Persediaan
Malay College Kuala Dan
Kangsar / Kolej Tunku
Kurshiah Mendapat sekurang-kurangnya gred A-
dalam dua mata pelajaran berikut:
Kod Program
PKJM 004 a) Bahasa Inggeris;
b) Sejarah.

(5) AKADEMIK UNITED Mendapat sekurang-kurangnya gred A


KINGDOM (kombinasi gred A+ dan gred A sahaja)
dalam lima mata pelajaran berikut:
Bidang
Sains Sosial a) Bahasa Melayu;
b) Matematik;
Negara c) Pendidikan Islam / Pendidikan Al-
United Kingdom Quran Dan As-Sunnah / Pendidikan
Syariah Islamiah / Pendidikan Moral
Kolej Persediaan / Usul Al-Din / Al-Syariah / Turath Al-
International Islamic School Quran Wa Al-Sunnah / Turath
Malaysia Dirasat Al-Islamiah; dan
d) Dua mata pelajaran lain;
Kod Program
PKJM 005
Dan

Mendapat sekurang-kurangnya gred A-


dalam dua mata pelajaran berikut:

a) Bahasa Inggeris;
b) Sejarah.

4
BIL PROGRAM / BIDANG /
SYARAT /
NEGARA PENGAJIAN /
GRED MINIMUM KEPUTUSAN SPM
KOLEJ PERSEDIAAN
(6) AKADEMIK Mendapat sekurang-kurangnya gred A
AMERIKA SYARIKAT (kombinasi gred A+ dan gred A sahaja)
dalam lima mata pelajaran berikut:
Bidang
Sains Komputer a) Bahasa Melayu;
(terhad kepada AI, Robotic, b) Matematik;
Big Data, IoT, Data Science) c) Matematik Tambahan;
d) Fizik;
Negara e) Kimia;
Amerika Syarikat
Dan
Kolej Persediaan
INTEC Education College Mendapat sekurang-kurangnya gred A-
dalam dua mata pelajaran berikut:
Kod Program
PKJM 006 a) Bahasa Inggeris;
b) Sejarah.

(7) AKADEMIK Mendapat sekurang-kurangnya gred A


AMERIKA SYARIKAT (kombinasi gred A+ dan gred A sahaja)
dalam lima mata pelajaran berikut:
Bidang
Ekonomi a) Bahasa Melayu;
b) Matematik;
Negara c) Pendidikan Islam / Pendidikan Al-
Amerika Syarikat Quran Dan As-Sunnah / Pendidikan
Syariah Islamiah / Pendidikan Moral /
Kolej Persediaan Usul Al-Din / Al-Syariah / Turath Al-
INTEC Education College Quran Wa Al-Sunnah / Turath Dirasat
Al-Islamiah;
Kod Program d) Dua mata pelajaran lain;
PKJM 007
Dan

Mendapat sekurang-kurangnya gred A-


dalam dua mata pelajaran berikut:

a) Bahasa Inggeris;
b) Sejarah.

5
BIL PROGRAM / BIDANG /
SYARAT /
NEGARA PENGAJIAN /
GRED MINIMUM KEPUTUSAN SPM
KOLEJ PERSEDIAAN
(8) KHAS INDIA Mendapat sekurang-kurangnya gred A
(kombinasi gred A+ dan gred A sahaja)
Bidang dalam enam mata pelajaran berikut:
Perubatan
a) Bahasa Melayu;
Negara b) Matematik;
India c) Matematik Tambahan;
d) Fizik;
Kolej Persediaan e) Biologi;
Kolej MARA Kulim f) Kimia;

Kod Program Dan


PKJM 008
Mendapat sekurang-kurangnya gred A-
dalam dua mata pelajaran berikut:

a) Bahasa Inggeris;
b) Sejarah.

(9) BERKEMBAR NEW Mendapat sekurang-kurangnya gred A


ZEALAND (kombinasi gred A+ dan gred A sahaja)
dalam lima mata pelajaran berikut:
Bidang
Perakaunan / Ekonomi / a) Bahasa Melayu;
Kewangan / Sains Aktuari b) Matematik;
c) Pendidikan Islam / Pendidikan Al-
Negara Quran Dan As-Sunnah / Pendidikan
Malaysia dan New Zealand Syariah Islamiah / Pendidikan Moral /
Usul Al-Din / Al-Syariah / Turath Al-
Kolej Persediaan Quran Wa Al-Sunnah / Turath Dirasat
Kolej Yayasan Saad Al-Islamiah;
Business School d) Dua mata pelajaran lain;

Kod Program Dan


PKJM 009
Mendapat sekurang-kurangnya gred A-
dalam dua mata pelajaran berikut:

a) Bahasa Inggeris;
b) Sejarah.

6
BIL PROGRAM / BIDANG /
SYARAT /
NEGARA PENGAJIAN /
GRED MINIMUM KEPUTUSAN SPM
KOLEJ PERSEDIAAN
(10) SAINS DAN TEKNOLOGI Mendapat sekurang-kurangnya gred A
NEW ZEALAND (kombinasi gred A+ dan gred A sahaja)
dalam lima mata pelajaran berikut:
Bidang
Sains dan Teknologi a) Bahasa Melayu;
b) Matematik;
Negara c) Matematik Tambahan;
New Zealand d) Fizik;
e) Kimia;
Kolej Persediaan
INTEC Education College Dan

Kod Program Mendapat sekurang-kurangnya gred A-


PKJM 010 dalam dua mata pelajaran berikut:

a) Bahasa Inggeris;
b) Sejarah.

(11) SAINS DAN TEKNOLOGI Mendapat sekurang-kurangnya gred A


REPUBLIK KOREA (kombinasi gred A+ dan gred A sahaja)
dalam lima mata pelajaran berikut:
Bidang
Sains dan Teknologi a) Bahasa Melayu;
b) Matematik;
Negara c) Matematik Tambahan;
Republik Korea d) Fizik;
e) Kimia;
Kolej Persediaan
Universiti Kuala Lumpur – Dan
Malaysian Institute of
Information Technology Mendapat sekurang-kurangnya gred A-
(UniKL - MIIT) dalam dua mata pelajaran berikut:

Kod Program a) Bahasa Inggeris;


PKJM 011 b) Sejarah

7
3. Bagaimana saya boleh memohon penajaan JPA di bawah Program Khas
JPA-MARA Tahun 2023?

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian di laman web MARA iaitu
http://www.mara.gov.my/ mulai 12 hingga 16 Jun 2023. Pemohon
hendaklah membaca dan memahami kesemua panduan dan syarat-syarat
yang ada disediakan terlebih dahulu sebelum membuat permohonan.

4. Apakah Student Assessment Centre (SAC)?

Student Assessment Centre (SAC) merupakan kaedah pemilihan pelajar bagi


menyediakan profil interpersonal pelajar dan menyediakan maklumat
kumulatif berkenaan kompetensi pelajar bagi memilih pelajar terbaik untuk
ditaja JPA. Penilaian SAC ini adalah untuk melihat keadaan fizikal,
penampilan, kesesuaian, kerjasama, ketahanan, kematangan, daya kreativiti,
komunikasi, kepimpinan dan minat calon dalam bidang pengajian dan
Perkhidmatan Awam.

5. Bilakah program SAC akan dijalankan?

SAC dijadualkan pada 10 hingga 14 Julai 2023 mengikut zon pusat


temuduga.

6. Bilakah saya boleh mengetahui sama ada saya dipanggil untuk ke


program SAC?

Calon boleh membuat semakan panggilan ke program SAC mulai 4 Julai 2023
secara dalam talian di laman web MARA.

7. Apakah dokumen yang perlu saya bawa semasa menghadiri program


SAC?

8
Dokumen yang perlu dibawa semasa menghadiri SAC akan dimaklumkan
melalui surat panggilan SAC bagi calon yang melepasi syarat.

8. Bagaimanakah JPA akan membuat pemakluman berhubung urusan


permohonan, panggilan SAC, keputusan dan penawaran Program Khas
JPA-MARA Tahun 2023?

Semua urusan berhubung Program Khas JPA-MARA iaitu permohonan,


panggilan SAC, keputusan dan cetakan surat tawaran serta dokumen-
dokumen yang berkaitan akan dibuat secara dalam talian di laman web MARA.

Surat-surat/slip pengesahan yang berkenaan hendaklah dimuat turun dan


dicetak sendiri oleh calon.

Calon adalah dinasihatkan untuk sentiasa membuat semakan di laman web


MARA dari semasa ke semasa bagi mengetahui sebarang maklumat terkini
berhubung Program Khas JPA-MARA Tahun 2023.

9. Saya menduduki peperiksaan SPM 2021. Bolehkah saya memohon


Program Khas JPA MARA Tahun 2023?

Tidak. Program Khas JPA MARA Tahun 2023 hanya dibuka kepada pelajar
lepasan SPM tahun 2022 sahaja.

10. Bolehkah calon memilih bidang pengajian?

Boleh. Calon-calon hanya dibenarkan memilih satu (1) bidang yang


ditawarkan sahaja bergantung kepada minat dan kecenderungan calon.

11. Adakah calon dibenarkan untuk mengikuti program persediaan secara


persendirian di pusat persediaan yang berasingan?

Tidak. Calon-calon yang berjaya ditawarkan di bawah Program Khas JPA-

9
MARA Tahun 2023 perlu mengikuti program persediaan di kolej persediaan
yang telah ditetapkan oleh JPA sahaja.

12. Sekiranya saya menolak tawaran penajaan di bawah Program JPA-MARA


Tahun 2023 adakah saya layak dipertimbangkan sebarang penajaan lain
di JPA?

Ya. Pelajar boleh memohon apa-apa program penajaan lain yang


ditawarkan oleh JPA sekiranya berminat dan melepasi syarat-syarat
permohonan penajaan.

13. Berapakah Elaun Sara Hidup yang akan saya terima semasa di peringkat
persediaan?

Elaun Sara Hidup yang akan diterima adalah sebanyak RM430.00 sebulan
bagi pusat persediaan yang tidak menyediakan makan dan minum atau
RM100.00 sebulan bagi pusat persediaan yang menyediakan makan dan
minum.

14. Adakah program SAC dilaksanakan di luar negara bagi calon-calon yang
mengikuti program pertukaran pelajar?

Tidak. Program SAC hanya dilaksanakan di dalam negara sahaja.

15. Sekiranya saya tidak dipanggil ke program SAC, adakah saya boleh
membuat rayuan?

Tidak. Hanya calon yang melepasi syarat sahaja akan dipanggil ke program
SAC.

16. Setelah saya mendapat tawaran penajaan JPA, bolehkah saya memohon
pinjaman tambahan daripada penaja lain seperti PTPTN?

Tidak. Pelajar hanya dibenarkan untuk menerima satu tajaan sahaja.

10
17. Tarikh Tutup Permohonan

Tarikh tutup permohonan ialah pada 16 Jun 2023 (Jumaat) jam 11.59 malam.
Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.

18. Keputusan Permohonan

Keputusan permohonan penajaan Program Khas JPA-MARA ini dijangka akan


diumumkan melalui laman sesawang http://www.mara.gov.my/ pada 4 Ogos
2023 (Jumaat).

*Dikemaskini pada 11 Jun 2023

11

You might also like