Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

PUSAT TUISYEN FANTASY Nama: Topik: Karangan Penggunaan telefon bimbit semakin popular dalam kalangan remaja.

Walau bagaimanapun, penggunaan telefon bimbit tanpa kawalan boleh mengganggu kehidupan remaja. Berikan pendapat anda tentang peranan yang patut dimainkan oleh ibu bapa untuk mengawal penggunaan telefon bimbit dalam kalangan remaja. Khalayak sejagat dasawarsa ini telah mengalami anjakan paradigma yang berkembang sejajar dengan arus modenisasi dan globalisasi. Kemunculan teknologi maklumat yang serba canggih telah memfaktorkan segenap lapisan masyarakat terutamanya golongan belia yang masih mentah mindanya mudah terjerumus ke dalam lembah teknologi. Tidak dinafikan telefon bimbit ialah satu alatan teknologi yang amat memukau dan mengagumkan. Penggunaan telefon bimbit telah menjadi satu trend dalam kalangan remaja dan tidak hairannya ada yang menggunakan telefon bimbit melambangkan statusnya. Hakikatnya, penciptaan alat canggih ini nescaya memudahkan kita untuk berhubung dan bercantum dengan sesiapa sahaja di global ini. Namun, terlalu leka dan obsesif dengan hantaran khidmat pesanan ringkas(SMS), permainan internet yang dimuaturunkan ke dalam telefon bimbit dan bersembang-sembang dengan kawan karib tanpa batasan akan menjejaskan kehidupan dan kesihatan mereka. Alangkah ajaibnya apabila mendengar berita bahawa bil telefon bimbit segelintir remaja boleh mencecah ribuan ringgit. Tidak disangkal setiap masalah yang timbul pasti ada ubat penawarnya yang mujarab untuk membasmi virusnya daripada terus merebak, ibarat kata pepatah, di mana ada mahu, di situ ada jalan. Sememangnya, pada pendapat saya, ibu bapalah ubat penawar bagi masalah penyalahgunaan telefon bimbit dalam kalangan pemuda kerana mereka yang membawa pemuda ke dunia ini. Pada umumnya, bayi diibaratkan sehelai kain putih dan ibu bapalah berfungsi sebagai pereka dan pelukis kain relevan. Interpretasinya, ibu bapa menggalas tanggungjawab mereka dalam mencorakkan tingkah laku dan personality anak-anak. Ibu bapa haruslah memanifestasikan cara-cara penggunaan telefon bimbit yang betul. Objektif penggunaan telefon bimbit patut dijelaskan kepada remaja semasa belasan tahun mereka berada di sisi anda kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Tamsilnya, ibu bapa haruslah menerapkan konsep kepada remaja bahawa telefon bimbit sepatutnya berfungsi untuk menerima SMS atau membuat panggilan telefon yang penting dan cemas. Usaha ini perlu diambil kerana kebanyakan remaja suka mengaplikasikan telefon bimbit untuk berborakborak dan sibuk meladen SMS yang dihantar oleh kawan. Keseronokan dan kesibukan remaja bersembang menerusi telefon bimbit yang tidak bernoktah sememangnya akan mempengaruhi tumpuan remaja terhadap pelajaran dan rutin kehidupan. Ibu bapa juga haruslah memberitahu remaja bahawa telefon bimbit mengandungi gelombang radioaktif yang tidak baik kepada kesihatan kita. Jangan demi keseronokan yang lantas lalu memudaratkan kesihatan diri yang tidak dapat dibeli melalui wang tunai.

Disebabkan keghairahan dan kegirangan memiliki telefon bimbit, remaja lazimnya akan mencuba segala kemudahan yang disediakan di dalam telefon. Sehubungan dengan perkara ini, ibu bapa harus berjaga-jaga semasa memilih reka bentuk telefon bimbit kepada anak-anak. Ibu bapa sepatutnya membeli telefon yang sederhana untuk remaja dan bukan yang canggih dan serba banyak fungsi. Elakkan daripada membeli telefon yang boleh memuaturunkan permainan computer di internet. Jika tidak, remaja yang masih berfikiran mentah akan mudah tergusur oleh permainan tersebut sehingga mengalpakan pelajaran di sekolah. Jangan ibu bapa menganggap bahawa anak merupakan anugerah Tuhan yang tidak ternilai dan harus membekalkannya sesuatu yang terbaik dan tercanggih. Pendirian ibu bapa hendaklah teguh dalam penentuan fungsi telefon bimbit yang patut dimiliki oleh remaja. Pada pandangan saya, ibu bapa seharusnya mengehadkan tempat, masa dan kos penggunaan telefon bimbit remaja. Misalnya, ibu bapa tidak boleh mengizinkan mereka membawa telefon bimbit ke sekolah atau ke pusat tuisyen. Jangan mudah dipujuk bahawa mereka memerdukan telefon bimbit untuk menghubungi ibu bapa pada masa kecemasan. Sesungguhnya, sekolah terdapat juga mempunyai telefon dan boleh menyuruh guru menelefon ibu bapa jika diperlukan. Selain itu, masa penggunaan telefon bimbit juga harus ditetapkan. Ibu bapa boleh melarang anak-anak menggunakan telefonnya selepas 11p.m. dan membeslah telefonnya. Dengan itu, mereka tidak akan asyik bermain permainan dalam telefon sihinnga larut malam dan mengantuk pada waktu persekolahan. Tambahan pula, kos penggunaan telefon juga harus dibatasi. Jangan ibu bapa bertanggapan bahawa anak-anak sendiri sangat pintar dan mereka dapat mempertahankan diri daripada pelbagai aplikasi dalam telefon bimbitnya. Seandainya ibu bapa dapat meminimumkan kos penggunaan telefon bimbit anak-anak, boleh tentulah mereka tidak boleh bersembang dengan kawan atau membalas SMS dengan tanpa sempadan dan kawalan. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Hakikatnya, pelbagai strategi boleh diambil untuk membasmi masalah ini, hanya terpulang kepada kehangatan dan keazaman ibu bapa menyelamatkan remaja daripada ketagih kepada telefon bimbit. Memandangkan penggunaan telefon bimbit dalam kalangan remaja lebih mengarah kepada status dan bukannya satu keperluan, ibu bapa sebagai agen pembatas yang paling berkesan terhadap remaja haruslah mengawal penggunaan telefon bimbit. Ibu bapa kontemporati ini tidak haruslah masih memandang enteng terhadap isu ini kerana terlalu obsesif menggunakan telefon bimbit sedikit banyak akan menghakiskan usia remaja mereka. Ibu bapa harus ingatilah peribahasa yang berbunyi ini, cegah sebelum parah dan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk mengelakkan remaja daripada penyalahgunaan telefon bimbit seawalawalnya. Sedar, kita sebagai manusia yang arif dan berintelektual sepatutnya menjadi tuan kepada alat teknologi dan bukanlah menjadi hambanya.

You might also like