Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Mengumumkan ketibaan Puan Normala Binti Kamaruddin,

Guru Besar SK Wan Abdul Samad

Diiringi Penolong-penolong kanan SK Wan Abdul Samad

Dijemput guru besar untuk mengesahkan identiti dengan meletakkan kedua tapak tangan pada alat

pengesahan identiti.

Seterusnya mari sama-sama kita saksikan gimik perasmian pelancaran Bulan Panitia Sains,

Matematik, RBT dan PJK. Dengan itu dijemput guru besar ke meja yang disediakan untuk

menyempurnakan gimik perasmian. Terima kasih diucapkan kepada puan guru besar atas gimik

perasmian sebentar tadi.

Dipersilakan barisan pentadbir untuk duduk di kerusi yang disediakan.

Seterusnya di jemput kumpulan murid tahun 6 untuk demonstrasi menimang bola takraw, bola

sepakk, bola tampar dan _______________________. Terima kasih diucapkan kepada murid tahun 6

atas persembahan demonstrasi sebentar tadi.


Yang berusaha Puan Normala Binti Kamaruddin

Guru Besar SK Wan Abdul Samad

Puan Noriza Binti Mohamad Saad

PK Pentadbiran,

Puan Harlina Binti Japeri

PK Hal Ehwal Murid,

Encik Lamzi Bin Saad

PK KoKurikulum,

Yang dihormati rakan -rakan guru serta anak-anak didik yang dkasihi sekalian.. Terlebih dahulu

marilah kita memanjatkan kesyukuran kepada Allah s.w.t dengan limpah kurnia-Nya dapat kita

berhimpun pada pagi ini sempena Majlis Pelancaran Bulan Panitia Sains, Matematik, Reka Bentuk &

Teknologi (RBT) dan Pendidikan Jasmani & Kesihatan peringkat Sekolah Kebangsaan Wan Abdul

Samad bagi tahun 2023. Bulan Panitia Sains ,Matematik, RBT Dan PJPK ini diadakan untuk menarik

minat pelajar kepada sains , matematik, teknologi dan kejuruteraan di mana ia merupakan bidang

yang penting bagi melahirkan murid yang berdaya saing dalam globalisasi pada masa kini. Sealin itu

juga untuk memberi peluang kepada murid untuk mengambil bahagian dalam reka cipta

mengikut kecenderungan masing-masing serta melakukan aktiviti kecergasan dan aktif

dalam permainan yang dianjurkan. Oleh itu, pelbagai program telah dirancang oleh setiap panitia

yang terlibat untuk memberi peluang kepada murid SK Wan Abdul Samad.

Daun semulur di pekan sari,

Batang jerami rebah ke bumi;

Madah dihulur sembah diberi,

Kata perasmi hajatnya kami.


Oleh itu, majlis dengan sukacitanya menjemput Pn Normala Binti Kamaruddin GB SK Wan Abdul
Samad untuk meyampaikan ucapan dan merasmikan Bulan Panitia.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih di atas ucapan perasmian oleh Pn Guru Besar sebentar tadi.

Dengan berakhir ucapan perasmian sebentar tadi, maka berakhirlah majlis pelancaran Bulan Panitia

Sains, Matematik, RBT dan PJPK. Mohon ampun dan maaf andai ada silap dan slaah sepanjang

mengendalikan majlis. Pihak majis merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua dalam

menjayakan majlis kita pada hari ini. Sekian, saya sudahi majlis ini dengan kalimah, wabillahitaufik

walhidayah wassalamualaikum wrt.

You might also like