Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN

BORANG CQI CORR

NAMA KURSUS : ENGINEERING MATHEMATICS 1


KOD KURSUS : DBM10013

BIL. SESI ULASAN NAMA & PENGESAHAN


PENGAJIAN Course Silibus / Penilaian / Kaedah PdP CADANGAN PENAMBAHBAIKAN TANDATANGAN KETUA PROGRAM /
PENYELARAS KURSUS KETUA JABATAN
1. Sesi I: Pencapaian bagi CLO2 didapati kurang memuaskan Pelajar perlu melakukan aktiviti latih tubi dengan
2023/2024 iaitu sekitar 32.1% terutamanya bagi program DJK menjawab beberapa set soalan latihan dengan
di mana pencapaian CLO adalah kurang daripada mengikut topik. Pada minggu ulangkaji pula, pelajar
50%. Pencapaian CLO2 ini dikira melalui penilaian dikehendaki untuk melakukan aktiviti latih tubi
pelajar secara individu iaitu melalui test, End Of dengan menjawab beberapa set soalan peperiksaan
Chapter dan peperiksaan akhir semester. Oleh itu, akhiryang lepas. Setiap kali aktiviti latih tubi ini
pelajar-pelajar tidak boleh berbincang sesama dilaksanakan, jawapan pelajar disemak untuk melihat
rakan sekiranya terdapat soalan yang susah untuk penguasaan pelajar. Perbincangan diadakan sekiranya
dijawab. Tambahan lagi, topik -topik yang dinilai didapati terdapat pelajar yang tidak mencapai hasil
dalam test, End Of Chapter dan juga peperiksaan pembelajaran yang ditetapkan.
akhir semester adalah terdiri daripada topik-topik
seperti Basic Algebra, Trigonometri, Matrics,
Complex Number dan Vector & Scalar yang
sememangnya merupakan topik-topik wajib
difahami oleh pelajar-pelajar.
LAPORAN PELAKSANAAN CQI KURSUS
PROGRAM: DEE, DJK, DEP, DKM
KURSUS: DBM10013 – ENGINEERING MATHEMATICS 1
TEMPOH PELAKSANAAN: SESI I: 2023/2024
Bil Isu

1 Pencapaian bagi CLO 2C didapati kurang memuaskan iaitu di 33% terutamanya bagi
program DJK di mana pencapaian CLO adalah kurang daripada 50%

Faktor Penyebab

Pencapaian CLO2C ini dikira melalui penilaian pelajar secara individu iaitu melalui
End of Chapter, Test, dan juga melalui peperiksaan akhir semester. Pelajar didapati
tidak dapat menjawab test dan peperiksaan akhir semester dengan baik kerana
kurang penguasaaan bagi hampir kesemua topik yang terkandung di dalam silibus
DBM10013. Ini menyebabkan pencapaian CLO2C menjadi rendah.

Tindakan Penambahbaikan

Tindakan penambahbaikan yang dijalankan adalah seperti berikut:

1. Selesai setiap topik, pelajar perlu melakukan latih tubi dengan menjawab
soalan latihan tambahan yang disediakan pensyarah bagi membolehkan
pelajar menjawab End Of Chapter dengan baik.
2. Selesai Topik Trigonometri dan Complex Number, pelajar dikehendaki untuk
melakukan aktiviti latih tubi dengan menjawab satu set soalan pra-ujian yang
disediakan. Jawapan pelajar disemak untuk melihat penguasaan pelajar.
Perbincangan diadakan sekiranya didapati terdapat pelajar yang tidak
mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan.
3. Pada minggu ulangkaji, pelajar dikehendaki untuk melakukan aktiviti latih
tubi dengan menjawab set soalan peperiksaan akhir yang lepas. Jawapan
pelajar disemak untuk melihat penguasaan pelajar. Perbincangan diadakan
sekiranya didapati terdapat pelajar yang tidak mencapai hasil pembelajaran
yang ditetapkan.
Ulasan Keberkesanan

Berikut merupakan perbandingan pencapaian CLO2C bagi kursus DBM10013 untuk


sesi II: 2022/2023 dan sesi I:2023/2024 yang melibatkan program DEE, DJK, DEP
dan DKM

Jadual 1
DEE

CLO2C Pencapaian kumpulan (%) Pencapaian Pelajar ≥


DBM10013 50%
Sesi II: 51 50
2022/2023
Sesi I: 59 65.7
2023/2024
DJK

CLO12C Pencapaian kumpulan (%) Pencapaian Pelajar ≥


DBM10013 50%
Sesi II: 29 0
2022/2023
Sesi I: 44 32.1
2023/2024
DEP

CLO2C Pencapaian kumpulan (%) Pencapaian Pelajar ≥


DBM10013 50%
Sesi II: 34 0
2022/2023
Sesi I: 51 43.3
2023/2024
DKM

CLO2C Pencapaian kumpulan (%) Pencapaian Pelajar ≥


DBM10013 50%
Sesi II: 58.4 64.7
2022/2023
Sesi I: 57 69.3
2023/2024
Dari Jadual 1, didapati bahawa pencapaian CLO2C bagi Sesi I: 2023/2024 telah
meningkat ,melebihi 50% bagi tiga program dan hanya 1 program tidak mencapai
50% (DJK). Maka, boleh disimpulkan bahawa tindakan penambahbaikan yang telah
dijalankan perlu diteruskan pada masa hadapan dan pelajar perlu ada semangat
motivasi pelajar untuk terus mempelajari matematik kejuruteraan 1 ini.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

You might also like