Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 4

HNP3073

ISU KESELAMATAN MALAYSIA

TAJUK ARTIKEL:
ANCAMAN SINDIKET DADAH TERHADAP JUVENIL DI
MALAYSIA

JURNAL:
GEOGRAFIA OnlineTM Malaysian Journal of Society and Space 11
issue 1 (62 - 72)

NAMA : MUHAMMAD ALIFF BIN JAMALI

NO. MATRIK : D20181084422

KUMPULAN :A

PENSYARAH : DR. NADIRAH BINTI MOHD AZMI


1.0 PENGENALAN

Jurnal yang dikaji ialah Geografia OnlineTM Malaysian Journal of Society and Space, 11 issue
1 (62 - 72). Artikel yang dikaji ialah Ancaman Sindiket Dadah terhadap Juvenil di Malaysia.
Artikel ini dikaji oleh Zarina Othman dan Mohamad Daud Druis dari Pusat Pengajian Sejarah,
Politik dan Strategi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia,
Bangi, Selangor, Malaysia. Artikel ini mengkaji tentang mengapa golongan juvenil terdedah
dan rencam sebagai mangsa dadah sehingga mereka terjebak sebagai pesalah jenayah juvana
dalam usia yang muda.

Artikel ini menggunakan dua kaedah iaitu kualitatif dalam mengumpulkan data primer
dan sekunder. Untuk mengkaji kesan dadah terhadap keselamatan insan, artikel ini telah
mereka bentuk, mengumpul dan menganalisis data, supaya dapat menghasilkan corak dan fakta
yang boleh membantu dalam analisis ini. Data primer diperoleh melalui kaedah menemubual
informan utama dari agensi-agensi penguatkuasa yang diendalikan oleh pihak kerajaan dan
swasta iaitu badan-badan bukan kerajaan (NGO). Artikel ini juga menemubual pakar-pakar
dalam bidang-bidang tertentu seperti pegawai polis, pegawai perubatan dan pegawai Agensi
Anti Dadah Kebangsaan (AADK) serta pegawai Pusat Pemulihan Narkotik. Selain itu, artikel
ini juga menemubual dengan pesalah Juvana di dalam penjara. Temu bual bersemuka bersama
informan dalam artikel ini dapat membantu dalam mengembangkan data yang lebih
berkredibiliti dan berkesan. Sementara itu, dokumen dan laporan tahunan jabatan, minit
mesyuarat, surat khabar, dokumen peribadi seperti diari, surat atau jurnal di perpustakaan mini
jabatan tersebut turut dijadikan rujukan dalam kajian ini. Manakala data sekunder adalah
daripada bahan bercetak dan dokumen termasuk buku-buku dan laporan kerajaan, agensi bukan
kerajaan (NGO) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang membincangkan kajian
terdahulu.

2.0 ULASAN ARTIKEL

2.1 KELEBIHAN ARTIKEL

Kepincangan ancaman sindiket dadah semakin berleluasa apabila saban hari, kita kerap kali
disajikan dalam akhbar dan berita di televisyen yang memaparkan jenayah dadah yang berlaku
di negara kita. Lebih menyedihkan, golongan muda juga turut terlibat dalam jenayah ini
sekaligus menjadikan mereka pesalah Juvana. Oleh itu, perlunya artikel yang bertajuk
‘Ancaman Sindiket Dadah terhadap Juvenil di Malaysia’ adalah untuk membincangkan tentang

1
ancaman sindiket dadah dari peringkat antarabangsa yang menyasarkan golongan muda di
Malaysia sehingga mereka terjebak dalam jenayah juvana.

Abstrak yang ditulis oleh penulis adalah jelas dan mempunyai maklumat yang
mencukupi di mana penulis menyatakan permasalahan kajian, objektif kajian, metodologi
kajian dan hasil kajian. Dalam Pengenalan, penulis memberikan definisi golongan remaja dan
juvana dengan jelas supaya pembaca dapat membezakan kedua-dua entiti ini. Isu yang
diketengahkan oleh penulis untuk menarik perhatian pembaca adalah isu golongan juvenil
seawal usia 10 tahun direkrut oleh sindiket sebagai pengedar dadah kecil-kecilan di sekolah.

Penulis mengartikulasikan teori dengan jelas dalam kajian tersebut. Pendekatan teori
yang digunakan oleh penulis dalam kajian ini adalah Teori Neo-Liberalisme bagi panduan
untuk menjelaskan dan menganalisis isu penglibatan juvenil dalam pengedaran dadah di
Malaysia. Penulis menyatakan bahawa Teori Neo-Liberalisme boleh menjelaskan peranan
yang telah dimainkan oleh pelaku bukan negara termasuk penjenayah mahupun sindiket dan
juga isu-isu keselamatan merentas sempadan dalam konteks globalisasi sebagai aktor utama.
Pengaplikasian teori tersebut dalam kajian ini adalah relevan kerana teori ini berpaksikan
kepada kemakmuran ekonomi kepada seluruh dunia yang mengamalkan pasaran bebas. Dalam
membincangkan peranan yang dimainkan oleh pelaku bukan negara dalam teori ini, mereka
tidak mengendahkan kerencaman ekonomi sesebuah negara yang mereka masuki. Oleh yang
demikian pelaku bukan negara yang juga terdiri dari perniagaan multi-nasional yang
mempunyai hubungan atau jaringan dengan pihak sindiket antarabangsa, kemudian
bekerjasama dalam menjalankan aktiviti yang haram termasuk perniagaan dadah.

Penulis juga memilih sampel yang relevan dengan kajian serta tidak berat sebelah. Hal
ini dikatakan demikian kerana sampel yang dipilih adalah terdiri daripada responden yang
merupakan pesalah Juvana terpilih sahaja dan tidak melibatkan pihak lain seperti golongan
remaja yang tidak terjebak dengan salahlaku juvana. Latar belakang kajian dihuraikan dengan
jelas tentang sejarah ancaman sindiket dadah di rantau Asia Tenggara terutamanya di kawasan
Segitiga Emas. Bukan hanya berkisar tentang sejarah, malah statistik ancaman sindiket dadah
dari tahun ke tahun juga dinyatakan dengan jelas dalam kajian ini. Penulis menyatakan statistik
tangkapan kesalahan narkotik dari tahun 1988 hingga tahun 2012 dalam bentuk graf supaya
memudahkan pembaca untuk menganalisis statistik tersebut.

Objektif penulis dilihat tercapai apabila persoalan mengenai mengapa golongan juvenil
terdedah dan rencam sebagai mangsa dadah sehingga mereka terjebak sebagai pesalah jenayah

2
juvana dalam usia yang muda, telah dijawab dengan jelas dan konkrit. Penulis menyatakan
bahawa kes dadah melibatkan golongan remaja adalah disebabkan oleh pengaruh rakan sebaya,
ketiadaan wang dan perlaksanaan polisi yang lemah. Oleh sebab itulah, remaja terjebak dengan
kegiatan sindiket dadah di peringkat sekolah lagi. Untuk mengukuhkan hujah, penulis telah
menemu bual seorang informan yang merupakan pesalah juvana akibat pengedaran dadah dan
mendapati bahawa beliau terjebak dalam sindiket ini kerana ketiadaan wang dan pengaruh
rakan sebaya. Oleh hal yang demikian, saya bersetuju dengan dapatan daripada penulis.

2.2 KELEMAHAN ARTIKEL

Antara kelemahan yang terdapat dalam artikel ini adalah penulis tidak menyatakan objektif
dengan jelas di mana tiada bab khusus untuk objektif kajian walaupun ianya dinyatakan dalam
bab Pengenalan sahaja. Selain itu, terdapat banyak kesalahan tatabahasa dan ejaan dalam
artikel ini sehingga menganggu pembacaan saya. Antara contoh kesalahan tersebut adalah
perkataan ‘neolibralisme’ yang sepatutnya ditulis ‘neo-liberalisme’ (m/s 65), ‘pihak penguasa’
yang sepatutnya ditulis ‘pihak berkuasa’ (m/s 66) dan banyak lagi.

Walaupun terdapat cadangan yang dikemukakan oleh penulis dalam usaha untuk
menangani ancaman sindiket dadah, akan tetapi, penulis hanya memfokuskan kepada golongan
remaja dan ibu bapa sahaja. Penulis hanya menyatakan bahawa perlu kerjasama antara jabatan-
jabatan penguatkuasa dalam negara sahaja tanpa menghuraikan tindakan kerjasama tersebut.
Hal ini telah menimbulkan tanda tanya kepada pembaca tentang cadangan yang perlu
dikemukakan kepada pembuat dasar supaya ancaman sindiket dadah dari luar negara dan dalam
negara dapat ditumpaskan secara holistik dan berkesan.

3.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, artikel ini merupakan sebuah artikel yang sangat baik untuk dibaca dan dikaji
untuk pengkaji seterusnya. Saya bersetuju dengan pandangan penulis bahawa masalah
ancaman sindiket dadah boleh ditumpaskan sekiranya golongan remaja disematkan kesedaran
terhadap keburukan dadah di peringkat awal lagi agar kelangsungan hidup masa hadapan
mereka lebih terjamin khususnya dalam bidang pendidikan. Selain itu, cadangan penulis
kepada pihak sekolah pula adalah perlu membina persekitaran yang selamat supaya elemen
penyusupan pelaku bukan negara dalam kehidupan golongan remaja ini dapat dielakkan.

(994 patah perkataan)

You might also like