Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 22

GARIS PANDUAN PERANCANGAN

PERMOHONAN KEBENARAN
MERANCANG

PLANMalaysia@Pahang
Aras 4, Kompleks Tun Razak (KOMTUR)
25200, Bandar Indera Mahkota,
Kuantan, PAHANG

Kemaskini 2020

0
ISI KANDUNGAN

Isi Kandungan 1

1. PENDAHULUAN 2
1.1 Pengenalan 3
1.2 Tujuan

2. SKOP DAN TAFSIRAN 4


2.1 Tafsiran Pemajuan, Kerja Kejuruteraan dan Kerja Tanah 4
2.2 Skop Pemakaian Garis Panduan 5

3. GARIS PANDUAN KHUSUS 7


3.1 Kawalan Perancangan 7
3.2 Keperluan Komponen Pelan Susunatur 8
3.3 Syarat-syarat Tambahan 8

4. MEKANISME PELAKSANAAN 9
4.1 Tatacara Memproses Permohonan 9
4.2
4.3 Senarai Semak Permohonan 11
4.4 Kadar Fi Permohonan 11

5. KESIMPULAN 17

LAMPIRAN
Borang A/LPS : Surat Keizinan Pentadbir Tanah Daerah
Borang B/LPS : Surat Pengakuan Pemohon

1
1. PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan

1.1.1 Aktiviti pertanian dan industri asas tani merupakan salah satu
penyumbang kepada KDNK negara dan negeri yang penting. Sumbangan
sektor pertanian kepada KDNK Negeri Pahang pada 2016 adalah sebanyak
RM 10,960 juta iaitu bersamaan 23.4 peratus. Di Negeri Pahang pada
masa kini aktiviti pertanian giat dijalankan khususnya di Cameron
Highlands. Kawasan-kawasan lain yang aktif menjalankan aktiviti
pertanian pada masa kini juga melibatkan kawasan-kawasan Bukit Tinggi
dan Janda Baik di Daerah Bentong, juga di kawasan Klau dan Sungai Ruan
di Daerah Raub serta juga kawasan-kawasan bercerun di daerah-daerah
lain.

1.1.2 Pembangunan aktiviti pertanian tanpa kawalan (sama ada berskala


besar atau sara diri) khususnya di kawasan tanah tinggi dan bercerun
mengakibatkan permasalahan kepada alam sekitar dan menjejaskan
kualiti kehidupan secara amnya. Isu-isu seperti hakisan tanah,
pencemaran sungai dan empangan serta kerosakan harta benda
memberi kesan negatif kepada alam sekitar dan pembangunan negeri.
Berdasarkan amalan semasa kini, tiada sebarang syarat Kebenaran
Merancang (KM) dikenakan ke atas aktiviti pertanian. Oleh itu terdapat
keperluan untuk mengawal perlaksanaan terhadap aktiviti pertanian
tertentu melalui proses kebenaran merancang dengan tatacara dan
kawalan secara sistematik.

1.1.3 Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara Bil. 3/2014 yang bersidang
pada 8 Disember 2014 juga telah memberi penekanan kepada keperluan
untuk mensyaratkan kebenaran merancang bagi kerja tanah untuk aktiviti
pertanian di Kawasan Sensitif Alam Sekitar seperti di Cameron Highlands.
Pihak Berkuasa Negeri hendaklah menetapkan dan memperincikan jenis
pertanian, jenis struktur pembinaan dan keluasan kawasan pertanian
yang memerlukan kelulusan KM bagi memudahkan kelulusan pemajuan
aktiviti pertanian.

1.1.4 Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Integriti dan Tadbir Urus (JITU) Negeri
Pahang Bil. 3/2016 bertarikh 15 Disember 2016 juga telah
membincangkan isu aktiviti pertanian di atas tanah persendirian dan
tanah lesen pendudukan sementara (LPS) untuk aktiviti pertanian di
Cameron Highlands yang menyebabkan kerosakan ke atas aset dan
infrastruktur. Mesyuarat tersebut telah memutuskan supaya
PLANMalaysia@Pahang (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri
Pahang) untuk menyediakan satu mekanisme Kebenaran Merancang
(KM) bagi mengawal aktiviti pertanian tanah tinggi dan lereng bukit
khususnya di Cameron Highlands dan daerah-daerah lain.

2
1.2 Tujuan
Garis panduan ini disediakan untuk merancang dan mengawal aktiviti kerja tanah
untuk pertanian melalui proses Kebenaran Merancang seperti yang
diperuntukkan di dalam Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172).
Garis panduan ini juga berpandukan kepada Kaedah-Kaedah Kawalan
Perancangan (Pemajuan Tanah Bukit, Tanah Tinggi dan Lereng Bukit) Di Negeri
Pahang 2019 yang diwartakan pada 30 Julai 2019 (No. Warta Phg. P.U. 35) dan
Kaedah-Kaedah Kawalan Pengawalan Perancangan (Am) (Pindaan) 2019 yang
diwartakan pada 31 Julai 2019 (No warta Phg. P.U36).
Garis panduan ini juga telah diselaraskan dengan beberapa garis panduan lain
yang berkaitan dan dirujuk iaitu Rancangan Fizikal Negara, Rancangan Struktur
Negeri Pahang, Rancangan Tempatan dan Rancangan Kawasan Khas Pihak
Berkuasa Tempatan yang berkaitan dan dasar-dasar serta polisi semasa yang
digunapakai oleh Kerajaan Negeri Pahang.

Aktiviti pertanian tanpa kawalan perancangan mengakibatkan isu-isu alam sekitar dan bencana alam.

3
2. SKOP DAN TAFSIRAN
Pemakaian garis panduan ini terpakai bagi permohonan kebenaran merancang bagi kerja
kejuruteraan (kerja tanah untuk aktiviti pertanian) yang melibatkan kawasan tanah tinggi
atau lereng bukit yang melibatkan aspek berikut:
a) Kerja tanah yang boleh memberi kesan kepada struktur/kestabilan tanah/saliran
(khususnya di kawasan tanah tinggi dan bercerun);
b) Kerja bangunan (bangunan menempatkan /memproses produk pertanian); dan
c) Perubahan material penggunaan bangunan untuk pertanian.

2.1 Tafsiran Pemajuan, Kerja Kejuruteraan dan Kerja Tanah


Subseksyen 19(1) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172)
memperuntukkan :
“Tiada seorang pun, selain pihak berkuasa tempatan, boleh memulakan,
mengusahakan, atau menjalankan apa-apa pemajuan melainkan jika kebenaran
merancang berkenaan dengan pemajuan itu telah diberikan kepadanya di bawah
seksyen 22 atau dilanjutkan di bawah subseksyen 24(3)”.
Istilah pemajuan, kerja tanah dan kerja kejuruteraan yang digunapakai di dalam
garis panduan ini ditafsirkan sebagaimana menurut Akta Perancangan Bandar dan
Desa 1976 (Akta 172) seperti berikut:-
a. Pemajuan
Menjalankan apa-apa kerja bangunan, kejuruteraan, perlombongan,
perindustrian, atau apa-apa kerja lain yang seumpamanya pada, di atas, di
sebelah atas atau di bawah tanah, membuat apa-apa perubahan material
mengenai penggunaan mana-mana tanah atau bangunan atau mana-mana
bahagian daripadanya, atau memecah sempadan atau mencantumkan tanah;
dan “memajukan” hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya.
b. Kerja Kejuruteraan
Termasuklah membentuk atau meratakan tanah, membentuk atau
menyediakan jalan masuk ke suatu jalan, atau memasang kabel, sesalur atau
menyediakan bekalan air atau aliran.
c. Kerja Tanah
Termasuklah apa-apa perbuatan mengorek, merata, menimbus dengan apa-
apa bahan, atau menebang pokok atas mana- mana tanah, atau apa-apa
perbuatan lain yang menyentuh atau mengganggu mana-mana tanah.

4
2.2 Skop Pemakaian Garis Panduan
Garis panduan ini mensyaratkan keperluan mengemukakan permohonan
Kebenaran Merancang bagi semua pembangunan pertanian yang meliputi
daerah-daerah di Negeri Pahang dengan kriteria seperti berikut:-
a. Tanah Bukit
Kawasan Tanah Bukit yang melebihi 150 meter dari aras laut (tidak termasuk
Daerah Cameron Highlands, kawasan Genting Highlands, Bukit Tinggi dan
Janda Baik di Daerah Bentong); atau
b. Lereng Bukit
Kawasan yang melibatkan lereng bukit berkecerunan 15 darjah ke atas (bagi
semua daerah); dan
c. Keluasan kawasan mengikut aktiviti pertanian seperti ditetapkan di Jadual 1;
serta
d. Meliputi aktiviti pertanian di tanah persendirian atau kawasan Lesen
Pendudukan Sementara (LPS)

Rajah 1: Aktiviti Pertanian Yang Dibenarkan Melalui Perbandingan Tahap


Ketinggian Dan Kelas Kecerunan.

a) Di semua daerah (selain Daerah Cameron Highlands, Kawasan


Genting Highlands, Bukit Tinggi dan Janda Baik)

TIDAK DIBENARKAN
Tahap Ketinggian (m)

˃1,000m
TIDAK DIBENARKAN
TIDAK DIBENARKAN

TIDAK DIBENARKAN
300m
DIBENARKAN
DIBENARKAN

150m

0° KELAS I KELAS II KELAS III KELAS IV


15° 25° 35°
Kelas Kecerunan

Kawasan berlorek tertakluk kepada KM Pertanian.

5
b) Khusus bagi Daerah Cameron Highlands, Kawasan Genting
Highlands, Bukit Tinggi dan Janda Baik.

Tahap Ketinggian (m)


˃1,000m

DIBENARKAN
TIDAK DIBENARKAN

TIDAKDIBENARKAN
300m

DIBENARKAN
DIBENARKAN
150m

TIDAK
0° KELAS I KELAS II KELAS III KELAS IV
15° 25° 35°
Kelas Kecerunan

Kawasan berlorek tertakluk kepada KM Pertanian.

Jadual 1 : Kerja Kejuruteraan (Kerja Tanah Untuk Pertanian) Yang Disyaratkan Mengemukakan
Permohonan Kebenaran Merancang

PERINCIAN
AKTIVITI TOPOGRAFI &
BIL. AKTIVITI JUSTIFIKASI
PERTANIAN KELUASAN PEMAJUAN
PERTANIAN
1. Tanaman Getah Tanah bukit, tanah Melibatkan kerja tanah
Kelapa Sawit tinggi atau lereng bukit yang boleh memberi
Teh dengan keluasan 40 kesan kepada
Kelapa hektar (100 ekar) struktur/kestabilan
tanah/saliran
Buah-Buahan, Tanah bukit, tanah
Sayur-Sayuran tinggi atau lereng bukit
Bunga-Bungaan, dengan keluasan 2
Rempah &Herba hektar (5 ekar)
Dan Lain-lain

6
3. GARIS PANDUAN KHUSUS
3.1 Kawalan Perancangan
3.1.1 Berdasarkan kepada Kaedah-Kaedah Kawalan Perancangan (Pemajuan
Tanah Bukit, Tanah Tinggi dan Lereng Bukit) Di Negeri Pahang 2019,
pemohon dan PBT hendaklah membuat rujukan kepada :-
i. Garis Panduan Perancangan Kawasan Bukit, Tanah Tinggi Dan
Kawasan Sekitarnya yang disediakan oleh Jabatan Perancangan
Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia, 2009;
ii. Garis Panduan Pembangunan Di Kawasan Tanah Tinggi, Kementerian
Sumber Asli dan Alam Sekitar, 2005;
iii. Garis Panduan Pembangunan Pertanian Di Tanah Bercerun, Jabatan
Pertanian Malaysia, 2013;
iv. Guidelines for Erosion and Sediment Control in Malaysia, Jabatan
Pengaliran Malaysia, 2010; dan
v. Garis panduan lain yang berkaitan langkah-langkah amalan pertanian
yang baik bagi permohonan melibatkan pembangunan pertanian.
3.1.2 Semua pembangunan pertanian adalah tidak dibenarkan di kawasan
bercerun 25 darjah ke atas dan kawasan tanah tinggi melebihi 300 meter.
Bagi Daerah Cameron Highlands, kawasan Genting Highlands, Bukit Tinggi
dan Janda Baik di Daerah Bentong adalah dikecualikan daripada had
ketinggian 300 meter. Semua kerja pembersihan tapak, pemotongan cerun
atau kerja tanah bagi menjalankan aktiviti pertanian, hendaklah tidak
dijalankan di kawasan bercerun 25 darjah ke atas. Cerun-cerun melebihi 25
darjah perlu dikekalkan dengan tumbuhan semulajadi. Rujuk Rajah 1.
3.1.3 Kerja tanah untuk pertanian di tanah bukit dan bercerun juga hendaklah
tidak menggunakan jentera berat (jengkaut dan jentolak), melaksanakan
amalan agronomi baik, pembinaan struktur-struktur pemuliharaan tanah,
sistem saliran yang baik dan perangkap mendap dan apa-apa kawalan lain
seperti yang ditetapkan oleh Jabatan Pertanian dan Jabatan Alam Sekitar.
3.1.4 Bagi permohonan yang melibatkan kawasan tanah bukit dan lereng bukit,
laporan-laporan teknikal berikut perlu disediakan dan dikemukakan
kepada PBT iaitu:-
i. Laporan Cadangan Pemajuan (LCP) perlu dikemukakan mengandungi
perihal tanah termasuk alam sekitar fizikal, topografi, landskap,
geologi, kontur, saliran air dan tadahan air dan bentuk semulajadi di
atasnya.
ii. Laporan Cadangan Sistem Saliran berdasarkan Manual Saliran Mesra
Alam (MSMA) yang disediakan oleh jurutera hidrologi yang berdaftar
dengan Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia;
iii. Laporan Kawalan Hakisan dan Kelodak (ESCP) diperakukan oleh
Jabatan Pengairan dan Saliran; dan
iv. Apa-apa laporan atau pelan lain yang ditentukan oleh PBT atau
Agensi Teknikal berkaitan.
v.

7
3.2 Keperluan Komponen Pelan Susunatur
Bagi penyediaan pelan susunatur oleh perunding, di antara keperluan minima
yang perlu disediakan di dalam komponen pelan susunatur adalah sebagaimana
berikut:-
a) Menunjukkan tahap ketinggian dan kecerunan bagi seluruh kawasan dengan
jelas;
b) Jalan / laluan masuk ke tapak sekurang-kurangnya 20’;
c) Tapak plot / petak cadangan tanaman atau penternakan;
d) Tapak struktur binaan (pembungkusan / stor / pejabat / jualan / pameran /
tempat tinggal pekerja / kandang ternakan / rumah sembelih);
e) Garis anjakan binaan atau plot tanaman kepada sempadan tapak minima 10’;
f) Rangkaian jalan dalaman / jalan ladang;
g) Tempat letak kenderaan (pekerja & pelawat);
h) Sistem saliran (perimeter drain/ monsoon drain & discharge point);
i) Perangkap kelodak (Silt Trap) atau Empangan Penampan (Check Dam);
j) Tapak pembuangan sampah domestik dan sisa beracun;
k) Tapak pelupusan sisa pertanian / kompos;
l) Kedudukan dan rekabentuk teres tanaman/tapak pentas;
m) Tapak kolam / tangki takungan SPAH (jika menggunakan struktur pelindung
hujan / rain shelter);
n) Rizab zon penampan (jika perlu);
o) Tapak tangki air (jika perlu);
p) Tapak pencawang elektrik (jika perlu);dan
q) Tapak tangki septik / kumbahan bagi kawasan yang melibatkan sebarang
kediaman atau rumah pekerja (jika perlu).

3.3 Syarat - syarat Tambahan


Pihak PBT dan agensi teknikal yang berkaitan di dalam memproses dan
mempertimbang permohonan Kebenaran Merancang Bagi Kerja Kejuruteraan
(Kerja Tanah Untuk Pertanian) boleh mengenakan syarat-syarat meliputi perkara
berikut:-
a) Mengurangkan cut and fill di dalam cadangan tapak permohonan;
b) Cerun curam dan kawasan terbuka perlu ditanam dengan rumput
sungkupan-hidro atau pembenihan-hidro;
c) Menggunakan sisa tumbuhan selepas penuaian sebagai halangan terhadap
aliran air;
d) Sistem perparitan yang sistematik (longkang & downpipe, parit perimeter &
outlet);
e) Boleh mensyaratkan agar pemohon mengamalkan amalan baik pertanian
dengan mempunyai sijil myGAP dan pensijilan kualiti hasil pertanian oleh
Jabatan Pertanian;
f) Mengurus sisa pertanian secara sistematik melalui proses kaedah pelupusan
in-vessel composting atau kaedah-kaedah lain; dan
g) Memastikan sisa-sisa dan struktur rumah perlindungan plastik diuruskan
secara sistematik.

8
4. MEKANISME PELAKSANAAN
4.1 Tatacara Memproses Permohonan
Proses permohonan kebenaran merancang bagi kerja kejuruteraan (kerja tanah
untuk pertanian) di kawasan tanah bukit dan lereng bukit boleh melibatkan tiga
kategori permohonan seperti mana berikut:-

4.1.1 Permohonan KM Di Atas Tanah Pemilikan Individu / Syarikat.


Bagi semua permohonan kebenaran merancang bagi kerja kejuruteraan
(kerja tanah untuk pertanian) yang dimajukan di kawasan tanah milik
individu/syarikat adalah sebagaimana yang digariskan mengikut tatacara
prosedur semasa di OSC dengan penyesuaian iaitu:
a) Permohonan dikemukakan secara manual (hardcopy);
b) Mendapatkan ulasan dari Jabatan Pertanian atau Jabatan Veterinar
sebagai agensi teknikal luaran tambahan (Agensi teknikal luaran
yang ditambah juga perlu dijemput ke Mesyuarat JK OSC berkaitan)
Untuk tujuan ini, hebahan perlu dijalankan oleh Pejabat Tanah dan PBT
kepada pemilik tanah individu serta syarikat berkaitan keperluan KM bagi
pemajuan pertanian yang terlibat di kawasan tanah bukit dan lereng
bukit.

4.1.2 Permohonan KM Di Atas Tanah Lesen Pendudukan Sementara (LPS)


Baharu.
Bagi pemajuan yang dicadang untuk dimajukan di kawasan tanah LPS,
pemohonan perlu dilaksanakan mengikut ketetapan berikut:
a) Pemohon mengemukakan permohonan LPS untuk pertimbangan
Pejabat Tanah. Pejabat Tanah mengedarkan untuk mendapatkan
ulasan PBT dan agensi-agensi sebelum diangkat ke Jawatankuasa
Penyelesaian Tanah Daerah (JKPTD). Ulasan daripada PBT dan
PLANMalaysia@Pahang akan mengesan permohonan-permohonan
LPS yang tertakluk kepada keperluan mengemukakan KM.
b) Pejabat Tanah mengeluarkan Surat Keizinan kepada pemohon (Rujuk
Lampiran - Borang A-LPS). Surat Keizinan ini merupakan surat kuasa
bagi kebenaran pemilik tanah (Pentadbir Tanah mewakili Pihak
Berkuasa Negeri) kepada pemohon bagi tujuan permohonan KM
seperti diperuntukkan di bawah Subseksyen 21(2) Akta Perancangan
Bandar dan Desa 1976 (Akta 172). Pihak Pentadbir Tanah perlu
mengeluarkan Surat Keizinan hanya sekiranya JKPTD yang bersidang
berpuas hati dengan permohonan LPS yang dikemukakan dan
memberi kelulusan dasar sahaja serta mengarahkan pemohon untuk
mengemukakan permohonan KM terlebih dahulu sebelum kelulusan
LPS diberikan.
c) Pemohon menyediakan permohonan KM yang lengkap dan
dikemukakan kepada Unit Pusat Setempat (OSC) PBT. Permohonan

9
KM seterusnya dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa OSC untuk
dipertimbangkan. OSC memaklumkan keputusan permohonan KM
kepada pemohon dan disalinkan kepada Pejabat Tanah.
d) Hanya permohonan KM yang telah lulus (Borang C1) sahaja yang
boleh diberi permit LPS oleh Pentadbir Tanah Daerah. Prosedur ini
melibatkan dua proses yang berbeza dan perlu berpandukan kepada
carta aliran proses kerja di Rajah 1.
e) Khusus bagi Daerah Cameron Highlands, permohonan LPS perlu
diangkat bagi mendapatkan kelulusan oleh MMKN, sepertimana
arahan semasa oleh PBN (Rajah 2).

4.1.3 Permohonan Memperbaharui LPS Sedia Ada dan Permohonan KM.


Bagi permohonan memperbaharui LPS, ditetapkan supaya:
a) Pemohon mengemukakan Surat Akuan bersama dengan
permohonan untuk memperbaharui LPS kepada Pentadbir Tanah.
(Rujuk Lampiran Borang B - LPS). JKPTD akan menilai Surat Akuan
bersama permohonan memperbaharui LPS.
b) Seandainya pemohon mengakui bahawa pemajuan ingin diteruskan
seperti kelulusan KM yang asal tanpa sebarang perubahan atau
penambahan aktiviti tanaman / ternakan maka permohonan LPS
boleh dipertimbangkan terus oleh JKPTD. Pentadbir Tanah
menyediakan sesalinan Surat Akuan dan memaklumkan keputusan
permohonan lanjutan LPS kepada pihak PBT.
c) Seandainya pemohon memberi perakuan bahawa pemajuan akan
melibatkan perubahan material (penambahan struktur atau ciri-ciri
fizikal lain) atau penambahan plot-plot pertanian / ternakan secara
intensif maka terdapat keperluan untuk mengemukakan
permohonan baru bagi KM. Dalam keadaan ini, JKPTD akan
mensyaratkan pemohon supaya mendapatkan kelulusan KM yang
baru sebelum kelulusan pembaharuan LPS diberikan.
d) Jika didapati terdapat perlanggaran/penipuan terhadap pengakuan
oleh pemohon, maka tindakan penguatkuasaan boleh dibuat oleh
Pentadbir Tanah dan PBT dengan membatalkan LPS dan KM yang
telah diberikan serta tindakan penguatkuasaan yang berkaitan.
4.1.4 Penyediaan LCP dan pelan susun atur semasa mengemukakan
permohonan kebenaran merancang, perlu disediakan dan ditandatangani
oleh Jururancang Bandar Bertauliah sahaja dan pelan susun atur tersebut
hendaklah ditandatangani oleh pemohon yang telah diberi kuasa melalui
Surat Keizinan oleh Pentadbir Tanah Daerah (bagi permohonan KM).
4.1.5 Khusus bagi Daerah Cameron Highlands, semua permohonan
memperbaharui LPS akan dirujuk dan dipertimbangkan oleh Majlis
Mesyuarat Kerajaan Negeri sepertimana arahan semasa oleh Pihak
Berkuasa Negeri.

10
4.2 Senarai Semak Permohonan
Bagi tujuan memudahcara permohonan kebenaran merancang bagi kerja
kejuruteraan (kerja tanah untuk pertanian), senarai semak khas disediakan
sebagaimana Jadual 2. Setiap permohon perlulah mematuhi senarai semak yang
tersebut agar tidak menimbulkan kelewatan dan berkemungkinan akan ditolak
ringkas oleh Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) PBT berkenaan.

4.3 Kadar Fi Permohonan


Kadar fi permohonan kebenaran merancang bagi kerja kejuruteraan (kerja tanah
untuk pertanian) perlu dinyatakan di dalam Kaedah-Kaedah Pengawalan
Perancangan (Am) dan diwartakan oleh Pihak Berkuasa Negeri. Cadangan kadar
fi adalah seperti berikut :-

JENIS DAN KOMPONEN KADAR FI KM BARU KADAR FI


PERLANJUTAN KM
Semua Majlis Semua Majlis
Perbandaran/Majlis Perbandaran/Majlis
Daerah Daerah
KERJA KEJURUTERAAN
(Kerja tanah untuk
pertanian)

i. Keluasan 5 ekar RM1,000/permohonan RM500/permohonan


hingga 10 ekar
(2 hektar – 4 hektar)

ii. Melebihi 10 ekar RM3,000/permohonan RM1,500/permohonan


(melebihi 4 hektar)

11
Rajah 2 : Carta Alir Proses Permohonan LPS Tujuan Pertanian dan Kebenaran Merancang bagi Kerja
Kejuruteraan (Kerja Tanah Untuk Pertanian) di Kawasan Tanah Bukit atau Lereng Bukit. (Selain
Daerah Cameron Highlands).

Permohonan LPS Tujuan Pertanian


di Tanah Bukit / Lereng Bukit PEMOHON
i. Pemohon membuat permohonan
LPS terus di kaunter Pejabat
Daerah dan Tanah (PDT)
berkaitan dan perlu mematuhi PDT
sebagaimana syarat serta
bayaran yang telah ditetapkan.

ii. Mesyuarat Jawatankuasa


TIDAK Ulasan PBT dan
LENGKAP / PLANMalaysia@
Penyelesaian Tanah Daerah ULASAN AGENSI
TOLAK Pahang – mengesan
(JKPTD) akan membuat
pengesyoran bahawa
TEKNIKAL permohonan yang
permohonan LPS bagi tujuan tertakluk kepada KM
pertanian di tanah bukit /
lereng bukit ini diluluskan
secara dasar dengan syarat MESY. JKPTD
perlu mengemukakan KM dan
hanya surat keizinan pentadbir
tanah sahaja dikeluarkan.

iii. Pemohon perlu melantik


perunding selepas surat
keizinan dikeluarkan.

iv. Pemohon yang gagal berbuat


demikan, surat keizinan akan
dibatalkan serta merta. PDT
SURAT KEIZINAN PENTADBIR TANAH
(DISERTAKAN SEWAKTU KEMUKA KM)

Permohonan Kebenaran Merancang Aktiviti


Kejuruteraan (Pertanian) PEMOHON &
PERUNDING
v. Pemohon perlu melantik
Jururancang Bandar
Berdaftar sebagai perunding
dan salinan surat keizinan
perlu disertakan bersama OSC PBT
sewaktu mengemukakan
permohonan KM kepada OSC
PBT.
LULUS DGN
vi. Perunding perlu mematuhi SYARAT / TOLAK
ULASAN AGENSI
senarai semak, Borang A
TEKNIKAL
(KPPA) dan bayaran fi yang
telah ditetapkan.

vii. OSC memaklumkan keputusan


kepada pemohon dan PDT.
MESY. JK OSC
viii. Keputusan Lulus Penuh KM
membolehkan pemohon diberi
lesen LPS yang sah.

ix. Bagi tujuan pembaharuan LPS


,permohonan KM hanya perlu
dibuat sekali sahaja dengan PDT
syarat tiada sebarang
perubahan dibuat ke atas LULUS
jenis tanaman atau saiz PENUH KM LESEN LPS
plot/petak tanaman

x. Perubahan ke atas jenis PEMOHON


tanaman atau saiz plot/petak
tanaman perlu membuat
permohonan pindaan KM ke
atas kelulusan asal.

12
Rajah 3 : Carta Alir Proses Permohonan LPS Tujuan Pertanian dan Kebenaran Merancang bagi Kerja
Kejuruteraan (Kerja Tanah Untuk Pertanian) di Kawasan Tanah Bukit atau Lereng Bukit. (Bagi Daerah
Cameron Highlands)

Permohonan LPS Tujuan Pertanian


di Tanah Tinggi / Lereng Bukit PEMOHON
i. Pemohon membuat permohonan
LPS terus di kaunter Pejabat
Daerah dan Tanah (PDT)
berkaitan dan perlu mematuhi PDT
sebagaimana syarat serta
bayaran yang telah ditetapkan.

ii. Mesyuarat Jawatankuasa TIDAK Ulasan PBT dan


Penyelesaian Tanah Daerah LENGKAP / PLANMalaysia@
TOLAK ULASAN AGENSI
(JKPTD) akan membuat Pahang – mengesan
pengesyoran bahawa TEKNIKAL
permohonan yang
permohonan LPS bagi tujuan
tertakluk kepada KM
pertanian di tanah bukit /
lereng bukit ini diluluskan
secara dasar dengan syarat MESY. JKPTD
perlu mengemukakan KM dan
hanya surat keizinan pentadbir
tanah sahaja dikeluarkan.

iii. Khusus bagi Daerah Cameron


Highlands permohonan LPS perlu
diangkat ke MMKN.

iv. Pemohon perlu melantik


perunding selepas surat
keizinan dikeluarkan.
PDT
v. Pemohon yang gagal berbuat
demikan, surat keizinan akan SURAT KEIZINAN PENTADBIR TANAH
terbatal serta merta. (DISERTAKAN SEWAKTU KEMUKA KM)

Permohonan Kebenaran Merancang Kerja PEMOHON &


Kejuruteraan (Pertanian)
PERUNDING
vi. Pemohon perlu melantik
Jururancang Bandar
Berdaftar sebagai perunding
dan salinan surat keizinan
perlu disertakan bersama OSC PBT
sewaktu mengemukakan
permohonan KM kepada OSC
PBT.
LULUS DGN
vii. Perunding perlu mematuhi ULASAN AGENSI SYARAT / TOLAK
senarai semak, Borang A TEKNIKAL
(KPPA) dan bayaran fi yang
telah ditetapkan.

viii. OSC memaklumkan keputusan


kepada pemohon dan PDT. MESY. JK OSC
ix. Keputusan Lulus Penuh KM
membolehkan pemohon diberi
lesen LPS yang sah.

x. Bagi tujuan pembaharuan LPS,


permohonan KM hanya perlu
dibuat sekali sahaja dengan
syarat tiada sebarang PDT MMKN
perubahan dibuat ke atas
jenis tanaman/ternakan atau LULUS
saiz plot/petak tanaman PENUH KM LESEN LPS

xi. Sebarang perubahan ke atas


jenis tanaman/ternakan atau PEMOHON
saiz plot/petak tanaman perlu
membuat permohonan KM
baru.

13
Jadual 2 : Senarai Semak Permohonan Kebenaran Merancang Bagi Kerja Kejuruteraan
(Kerja Tanah Untuk Pertanian) Negeri Pahang

BIL. PERKARA JUMLAH


DOKUMEN

1. Borang A : Kaedah-kaedah Pengawalan Perancang Am (KPPA) 2


2. Bukti bayaran fi permohonan kebenaran merancang mengikut Jadual IV,
1
Kaedah-Kaedah Pengawalan Perancang (Am)
3. Salinan Geran atau Hakmilik Tanah yang telah disahkan oleh Pentadbir Tanah. 2
4. Carian Rasmi terbaru untuk geran tanah yang hendak dimajukan 2
5. Salinan Surat Keizinan Pentadbir Tanah (Bagi Tanah LPS) 2
6. Laporan Cadangan Pemajuan (LCP) perlu mengandungi analisa kecerunan dan
peta kesesuaian pembangunan.
i. Pelan Berskala A3 Berwarna mengikut Piawaian Perancangan
ii. Tajuk cadangan pemajuan (sama dengan borang dan surat
permohonan)
iii. Jadual gunatanah (petunjuk) 3
iv. Skala Pelan Pembangunan
v. Disahkan oleh Jururancang yang bertauliah
vi. Pelan susun atur yang mempunyai kontur
vii. Menunjukkan ukuran anjakan dan rezab jalan masuk dan keluar
7. Pelan Susunatur (skala yang bersesuaian) 3
8. Laporan dan Pelan Kawalan Mendapan Dan Hakisan (ESCP) 2
9. Laporan Cadangan Sistem Saliran berdasarkan Manual Saliran Mesra Alam
2
(MSMA).
10. Pelan Kerja Tanah (platform level, cut and fill, isipadu tanah dll) 3
11. Salinan softcopy dalam bentuk cakera padat mengandungi
Pelan Susunatur Perancangan (format Autocad 2000/LT 2000 Drawing (*.dwg.)
Unjuran “Cassini Projection” 2
Unit Skala 1:1
Mengandungi titik koordinat sebenar (Real Coordinate)
12. Foto Tapak

14
Rajah 3 : Ilustrasi Aktiviti Pertanian Di Kawasan Cerun Dan Lereng Bukit Berkecerunan
Dari 0° Hingga Melebihi 25°
Rajah 4 : Ilustrasi Aktiviti Di Kawasan Bercerun Dan Lereng Bukit Berkecerunan Dari 0° - 25°

15
Penggunaan jentera berat tidak dibenarkan di tanah bukit dan lereng bukit

Jentolak (Bulldozer) Jengkaut (Excavator)

Contoh pemuliharaan struktur tanah yang disyorkan adalah seperti berikut:-

Parit Ladang (Field Drain) Parit Lereng (hillside ditches / toe drain)

Pagar Kelodak (silt fence) Perangkap Kelodak (sump/silt trap)

Empangan Penampan (check dam) Teres Bangku (bench terrace)

16
5. KESIMPULAN
Melalui penyediaan garis panduan ini adalah diharap kawalan perancangan terhadap
aktiviti kerja kejuruteraan (kerja tanah untuk pertanian) di kawasan tanah bukit dan lereng
bukit Negeri Pahang dapat diurus serta diperkemaskan, ke arah mewujudkan persekitaran
yang mampan dengan mengutamakan kepentingan memelihara alam sekitar. Garis
panduan perancangan ini juga akan dapat membantu Pihak Berkuasa Tempatan dan pihak
berkepentingan lain dalam melayani permohonan kebenaran merancang bagi kerja
kejuruteraan (kerja tanah untuk pertanian) agar dapat diurus tadbir dengan baik, mudah
serta cekap bagi manfaat pembangunan di seluruh Negeri Pahang.

17
LAMPIRAN
Borang A - LPS

SURAT KEIZINAN MENGEMUKAKAN


PERMOHONAN KEBENARAN MERANCANG
BAGI PERMOHONAN LESEN PENDUDUKAN SEMENTARA (LPS)
UNTUK TUJUAN AKTIVITI PERTANIAN NEGERI PAHANG

Kepada :

(PBT Berkenaan)

PERIHAL TANAH & PEMOHON

No. Geran / No. Pajakan/ No. Hakmilik Sementara (jika ada) :

No. Lot (jika ada) : Mukim / Bandar :


Nama Pemohon : ___________________________________________________________
No. KP : __________________________ Beralamat : ______________________________
__________________________________________________________________________

KEIZINAN PENTADBIR TANAH DAERAH

Saya _______________________________________________________ selaku Pentadbir Tanah Daerah

___________________________ No. K/P ______________________ bersetuju dengan permohonan LPS

(Ruj :_____________________) yang berkenaan dan memberi izin kepada pemohon untuk mengemukakan

Kebenaran Merancang terlebih dahulu sebelum lesen LPS bagi tujuan pertanian dikeluarkan kepadanya.

Dengan ini saya memberi kuasa kepada pemohon menandatangani pelan susun atur yang akan dikemukakan

kepada Majlis Perbandaran / Daerah ________________________________ untuk permohonan Kebenaran

Merancang.

Tandatangan & Cop Rasmi :

Tarikh :
Borang B - LPS

SURAT PENGAKUAN PEMOHON


PERMOHONAN MEMPERBAHARUI LESEN PENDUDUKAN SEMENTARA
BAGI TUJUAN PERMOHONAN AKTIVITI PERTANIAN
NEGERI PAHANG

PERIHAL PEMEGANG PERMIT

Nama : ______________________________________________________________________
No. K/P : _________________________ Alamat : ____________________________________
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
No. LPS : __________________ Tahun : _________ Mukim / Bandar : __________________

AKUAN PEMEGANG LPS

Saya

No. Kad Pengenalan : ___________________________ berhasrat mengemukakan permohonan

memperbaharui permit LPS bagi tempoh tahun : ________________,

Dengan ini membuat pengakuan bahawa:-

Tiada sebarang perubahan akan dibuat untuk meneruskan aktiviti tanaman /


ternakan atau struktur bangunan atau keluasan kawasan, atau
Ada membuat perubahan dibuat ke atas aktiviti tanaman / ternakan atau struktur
bangunan atau keluasan kawasan.

Adalah dengan ini saya mengaku dan bersetuju bahawa jika terdapat sebarang pelanggaran atau penipuan

dibuat terhadap pengakuan ini, maka tindakan boleh diambil ke atas saya dan permit yang diberikan kepada

saya akan terbatal serta merta dengan sendirinya.

Tandatangan Pemohon : Pesuruhjaya Sumpah :

Tarikh:
Garis Panduan Perancangan Permohonan Kebenaran Merancang
bagi Aktiviti Pertanian Negeri Pahang, 2018.

Disediakan oleh :

BAHAGIAN KAWALAN PERANCANGAN & GEOSPATIAL,


PLANMalaysia@Pahang
(Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Pahang),
Aras 4, Kompleks Tun Razak (KOMTUR),
25200 Bandar Indera Mahkota, Kuantan,
PAHANG DARUL MAKMUR

Tel : 609- 572 1181 | Faks : 609-573 2001

21

You might also like