Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

CONTOH KAEDAH MENJAWAB SOALAN UNTUK BAHAGIAN III : UNDANG-UNDANG UMUM

Soalan 1
(a) Haris seorang warganegara Malaysia telah berkahwin dengan Katie, seorang warganegara British di United Kingdom pada tahun 1990.
Berdasarkan kepada perlembagaan persekutuan, bolehkah isteri haris memohon untuk menjadi warganegara Malaysia dan apakah syarat-syarat
yang perlu dipenuhi oleh isterinya?
(6 markah)
JAWAPAN:
Boleh.
Syarat-syarat:
(a) Katie telah bermastautin di Persekutuan sepanjang tempoh dua tahun sebelum daripada tarikh permohonan dan Katie berniat hendak
bermastautin secara tetap di Persekutuan; dan
(b) bahawa Katie adalah berkelakuan baik.
Ini adalah merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan, Bahagian 3, Bab 1 Perkara 15 Fasal (1) (a) dan (b).
atau
Merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan, Bahagian 3, Bab 1 Perkara 15 Fasal (1) (a) dan (b), Katie boleh memohon untuk menjadi warganegara
Malaysia dengan syarat .......
(b) Sekiranya permohonan Katie untuk menjadi warganegara Malaysia diluluskan oleh kerajaan persekutuan, bilakah Katie boleh didaftarkan
menjadi warganegara Malaysia?
(5 markah)
JAWAPAN:
Katie boleh didaftarkan menjadi warganegara Malaysia sehingga ia telah mengangkat sumpah yang dinyatakan dalam Jadual Pertama
Ini adalah merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan, Bahagian 3, Bab 1 Perkara 18 Fasal (1).
c) bilakah secara rasminya Katie boleh menjadi warganegara dengan cara Pendaftaran?
markah)
JAWAPAN:
Katie secara rasminya boleh menjadi warganegara Malaysia mulai dari hari ia didaftarkan sedemikian itu.
Ini adalah merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan, Bahagian 3, Bab 1 Perkara 18 Fasal (3).
(d) Encik Wagiman yang berasal dari Indonesia telah memperolehi kewarganegaraan Malaysia secara perakuan masukan pada tahun 2001. Selepas
memperolehi kewarganegaraan, beliau telah kembali ke Negara asalnya dan tidak kembali ke Malaysia sehingga sekarang. Sepanjang ketiadaannya,
tiada sebarang berita diperolehi daripada beliau. Adakah kerajaan persekutuan boleh dan mempunyai sebarang peruntukan untuk melucutkan
kewarganegaraan beliau di bawah perlembagaan persekutuan?
(5 markah)
JAWAPAN:
Boleh.
Ini adalah merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan, Bahagian 3, Bab 2 Perkara 25 Fasal (2) (a) dan (b) yang menyatakan bahawa ……..
e) Atas permintaan kerajaan persekutuan, kerajaan negeri Selangor telah bersetuju untuk memberikan buat selama-lamanya sebidang tanah kerajaan
negeri yang telah dirizabkan sebelum itu bagi maksud kegunaan kerajaan persekutuan. Walau bagaimanapun kerajaan persekutuan telah diminta
oleh kerajaan negeri Selangor supaya membayar premium tanah tersebut terlebih dahulu.
Jelaskan bagaimana kaedah penentuan bayaran premium tanah yang perlu dibayar oleh kerajaan persekutuan kepada kerajaan negeri Selangor.
(5 markah)
JAWAPAN:
Kaedah penentuan bayaran premium tanah hendaklah sama banyak dengan nilai pasaran tanah itu dikurangkan dengan –
(a) ...
(b) ...
Ini adalah merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan, Bahagian 6, Bab 4 Perkara 85 Fasal (2) (a) dan (b).
窗体底端

Author
KPSL N27 - Kompilasi Soalan
Pn.Kristina yang mengikuti suaminya bertugas di Brussels Belgium telah pulang ke Malaysia untuk melahirkan anak sulung dengan menaiki pesawat
Lutfhansa sebuah syarikat penerbangan Jerman.Tanpa diduga Pn.Kristina mengalami sakit perut dan melahirkn seorang bayi dalam pesawat berkenaan
ketika berada di ruang udara Thailand. Sila jelaskan nama negara yang akan di daftarkan sebagai tempat kelahiran bayi Pn.Kristina dan berikan justifikasi
berdasarkan Perlembagaan Persekutuan berhubung penetapan negara tersebut.

*******

ok..di soalan ni dia dah cakap kat mana kita kena rujuk atau "Apa Tajuk dlm buku"..babnya adalah Perlembagaan Persekutuan.kat soalan tu pn dah kira
ada klu untuk jawapan.so jawab macamni..

Jawapan
Nama negara yang akan didaftarkan adalah Jerman.

Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan,Jadual Kedua, Bahagian Taksiran 19A. (*salin balik dr buku) seseorang bayi yang lahir dalam sesuatu kapal atau
kapal udara berdaftar hendaklah disifatkan sebagai telah lahir di tempat di mana kapal atau kapal udara itu telah di daftarkan.

Oleh kerana kapal terbang tersebut milik berdaftar syarikat negara Jerman maka tempat kelahiran bayi tersebut perlu didaftarkan sebagai negara Jerman.

PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN UNDANG-


UNDANG KERAJAAN BIL.1 TAHUN 2014
(5102D) - SUBJEK JABATAN UNTUK
PENOLONG PEGAWAI TADBIR
Salam untuk semua...
Memandangkan hari ini ada masa untuk membuat jawapan untuk soalan exam yang lepas. Maaflah
sekiranya jawapan saya nie tak betul or tak tepat. Tapi inilah cara saya menjawab exam yang lepas
dan exam KPSL PPT sebelum ini. Jawapan saya nie tidak semestinya betul sebab saya pun tidak tahu
jawapan yang betul-betul tepat.Tapi jawapan hendaklah berdasarkan Akta yang

Soalan 1 dan 2 nie berkenaan Akta


digunapakai.

Pencen 1980.
Soalan
1. Encik Haris berumur 30 tahun telah meninggal dunia dalam
perkhidmatan sebagai Pegawai Tadbir
dan Diplomatik. Taraf jawatan beliau adalah tetap dan telah
berkhidmat selama empat (4) tahun serta telah disahkan dalam
perkhidmatan sebulan sebelum beliau meninggal dunia. Beliau
meninggalkan seorang balu dan seorang anak lelaki berusia lima (5)
tahun.
(a) Adakah Encik Haris layak diberikan taraf sebagai seorang
pegawai berpencen? Berikan alasan anda. (8 markah)
(b) Balu dan anak lelaki Encik Haris juga layak diberikan faedah-
faedah persaraan atau apa-apa pampasan terbitan. Nyatakan
sebabnya, tempoh pemberian dan jumlah pencen terbitan
tersebut. (7 markah)
(c) Nyatakan keadaan yang boleh menyebabkan faedah persaraan
yang diberi kepada balu dan anak tersebut terhenti. (10 markah)
Jawapan
1. 1 (a) Layak, Encik Haris layak diberikan taraf sebagai pegawai
berpencen. Ini berdasarkan kepada seksyen 7, Akta Pencen 1980 (Akta
227) menerangkan bahawa seseorang pegawai tetap boleh diberi taraf
sebagai seorang pegawai berpencen jika ia telah-
(a) disahkan dalam jawatanya yang sekarang; dan
(b) genap tempoh selama tidak kurang daripada tiga tahun
perkhidmatan yang boleh dimasukira.
Dengan merujuk kepada seksyen 8(b), Akta Pencen 1980 juga
menjelaskan pegawai-pegawai yang berikut hendaklah disifatkan menjadi
pegawai-pegawai berpencen iaitu:
(b) seseorang pegawai tetap dan telah disahkan yang mati dalam
perkhidmatan, bersara atas sebab-sebab perubatan atau di bawah
seksyen 12A sebelum genap sepuluh tahun perkhidmatan yang boleh
dimasukira.
1 (b) Balu dan anak lelaki Encik Haris juga layak diberikan faedah-faedah
persaraan atau apa-apa pampasan terbitan. Ini boleh dirujuk berdasarkan
kepada seksyen 14(1), Akta Pencen 1980 yang menjelaskan tertakluk kepada
seksyen 16, jika seseorang pegawai berpencen mati dalam perkhidmatan,
Yang di-Pertuan Agong boleh memberi kepada orang yang ditetapkan dalam
peraturan-peraturan itu pencen terbitan tidak kurang daripada satu perlima
daripada gaji yang akhir diterima oleh pegawai yang mati itu dan ganjaran
terbitan atau hanya ganjaran terbitan sahaja.
Merujuk kepada peraturan 15, Peraturan – peraturan Pencen 1980,
Bahagian III menerangkan orang-orang yang layak mendapat pencen
terbitan, elaun persaraan terbitan dan ganjaran terbitan.
(1) Pencen terbitan atau elaun persaraan terbitan boleh diberi kepada-
(a) balu atau duda;
(b) anak; atau
(c) balu atau duda dan anak;
Dengan syarat bahawa dalam hal bayaran kepada seseorang duda,
pegawai
perempuan yang mati itu mesti berada dalam perkhidmatan pada atau
selepas 1hb Julai 1980.
(2) Ganjaran terbitan boleh diberi kepada-
(a) orang-orang di bawah perenggan (1); dan
(b) ibu kepada pegawai yang mati atau, jika ibunya telah mati, bapa
tanggungannya.
(3) Jika tidak terdapat mana-mana orang sebagaimana yang
disebutkan dalam perenggan (1) dan (2), hanya ganjaran terbitan
boleh diberi kepada wakil diri di sisi undang-undang pegawai yang
mati.
Dengan merujuk kepada peraturan 16, Peraturan-peraturan Pencen
1980 menjelaskan peruntuk-kadaran pencen terbitan, elaun persaraan
terbitan atau ganjaran terbitan.
(1) Pencen terbitan atau elaun persaraan terbitan atau ganjaran
terbitan di bawah Akta boleh dibayar kepada orang-orang di bawah
peraturan 15 (1) dan (2) mengikut kadar yang difikirkan patut oleh
Yang di-Pertuan Agong dan pencen terbitan atau elaun persaraan
terbitan itu boleh diuntuk-kadar semula bila-bila sahaja mana-
mana orang itu mati atau tidak lagi layak mendapat bayaran itu.
Berdasarkan peraturan 14, Peraturan-peraturan Pencen 1980
menjelaskan pencen terbitan dan ganjran terbitan di bawah Akta hendaklah
dihitung mengikut cara yang sama seperti penghitungan pencen dan ganjran
di bawah peraturan 4 iaitu
(1) Tertakluk kepada Peraturan-peraturan ini, seseorang pegawai
berpencen boleh, apabila bersara, diberi-
(a) Pencen bulanan berdasarkan-
1/600 x jumlah genapnya bulan perkhidmatan yang boleh
dimasukira x gaji yang akhir diterima, tertakluk kepada
maksimum sebanyak setengah daripada gaji yang akhir
diterimanya; dan
(b) ganjaran berdasarkan-
7.5% x jumlah genapnya bulan perkhidmatan yang boleh
dimasukira x gaji yang akhir diterima.
1 (c) Keadaan dimana faedah persaraan yang diberikan kepada balu dan
anak Encik Haris boleh terhenti boleh dirujuk berdasarkan seksyen 16, Akta
Pencen 1980 yang menerangkan pencen terbitan atau elaun bersara terbitan
yang diberi di bawah Akta ini hendaklah terhenti jika penerimanya-
(b) seorang anak, lain daripada anak yang cacat otak atau hilang upaya
jasmani dan secara kekal dan tidak berupaya menangngung dirinya sendiri
atau seorang anak yang disebut dalam peranggan (c), apabila berkahwin atau
apabila mencapai umur dua puluh satu tahun, mengikut mana yang lebih
dahulu; atau
(c) seorang anak yang sedang mendapat didikan di suatu institusi
pelajaran tinggi tetapi tidak melebihi pelajaran yang menuju kea rah ijazah
pertama, apabila tamat atau berhenti mendapat didikan itu atau apabila
berkahwin, mengikut mana yang lebih dahulu.
Berdasarkan kepada seksyen 21A, Akta Pencen 1980 menyatakan
pencen dan lain-lain akan terhenti apabila memperolehi kewarganegaraan
Negara lain.
(1) Jika seseorang yang telah diberi pencen atau lain-lain faedah di
bawah Akta ini telah dengan sukarelanya (selain daripada perkahwinan)
memperolehi kewarganegaraan, atau telah menggunakan hak-hak
kewarganegaraan, atau telah membuat pengisytiharaan kesetiaan kepada,
mana-mana Negara lain selain dari Malaysia atau telah dilucutkan
kewarganegaraan Malaysianya, pencen atau lain-lain faedah tersebut
hendaklah terhenti dengan serta-merta.
(2) Jika pencen atau lain-lain faedah terhenti di bawah seksyen-kecil
(1), tiada pencen atau lain-lain faedah boleh diberi kepada orang-orang
tanggungan.
Soalan
1. 2. (a) Encik Ridha telah dilantik sebagai Pembantu Tadbir
(Perkeranian/Operasi) Gred N17 oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
pada 5 Januari 1998 dan ditempatkan di Ibu Pejabat Jabatan Kebajikan
Masyarakat di Kuala Lumpur. Berdasarkan rekod, beliau sebenarnya
pernah dibersarakan mengikut peruntukan subseksyen 10 (5)(a) Akta
Pencen 1980. Walau bagaimanapun beliau telah disahkan sebagai sihat
dan berkeupayaan untuk menjalankan tugas dengan sempurna oleh
Panel Perubatan dan dipersetujui oleh Jemaah Pegawai.
i. Apakah kesan pelantikan tersebut terhadap pencen Encik
Ridha? Berikan alasan anda. (8 markah)
ii. Jika tempoh perkhidmatan sebelum beliau dibersarakan boleh
dimasuk kira apabila bersara wajib dari jawatan baharu nanti,
apakah tindakan yang perlu diambil oleh Encik Ridha dan
mengapakah beliau perlu berbuat demikian? (10 markah)
2. (b) Apakah faedah persaraan yang boleh diberikan kepada seorang
pegawai sementara? (7 markah)
3.
Jawapan
2 (a) (i). Kesan perlantikan tersebut terhadap pencen Encik Ridha
adalah dengan merujuk kepada seksyen 23, Akta Pencen 1980
menerangkan bahawa;
(1) Jika seseorang pegawai yang diberi pencen di bawah Akta ini
atau dibawah mana-mana undang-undang bertulis dilantik
semula sebagai seorang pegawai tetap dalam perkhidmatan
awam, maka Yang di-Pertuan Agong boleh menggantung
pencen itu sepanjang tempoh ia dilantik semula sebagai
seorang pegawai tetap.
(2) Tertakluk kepada seksyen –kecil (1), jika seseorang yang
telah bersara dibawah seksyen 11(a)(i) atau 11(b)(i) dan
dalam tempoh lima tahun persaraannya itu melibatkan
dirinya dalam apa-apa aktiviti yang mungkin bercanggah
dengan tujuan ia disarakan, Yang di-Pertuan Agong boleh
menggantung pencenya sehingga ia mencapai umur lima
pulh lapan atau genapnya tempoh bersara selama lima
tahun, mengikut mana yang lebih awal.
(2A) Jika seseorang pegawai yang disebut dalam subseksyen (2)
yang telah dilantik semula sebelum 1 Julai 2008 yang telah
diberikan opsyen sebelum tarikh itu dan tidak memilih umur
persaraan paksa lima puluh lapan tahun, subseksyen (2)
hendaklah terpakai baginya dengan menggantikan perkataan
‘lima puluh lapan’ dengan perkataan ;lima puluh lima’ atau ‘lima
puluh enam’, mengikut mana-mana yang berkenaan,
sebagaimana umur yang telah dipilih oleh pegawai itu bagi
persaraan paksanya sebelum 1 Julai 2008.
(3) Berkenaan dengan persaraan di bawah seksyen 11(b)(i),
subseksyen (2)
hendaklah terpakai hanya bagi pegawai-pegawai yang dilantik
ke perkhidmatan awam selepas mula berkuatkuasanya
subseksyen ini.
2 (a) (ii). Tindakan yang perlu diambil oleh Encik Ridha dan
mengapakah beliau perlu berbuat demikian jika tempoh perkhidmatan
sebelum beliau dibersarakan boleh dimasuk kira apabila bersara wajib dari
jawatan baharunya ialah dengan merujuk kepada peraturan 9, Peraturan-
peraturan Pencen 1980 dengan menjelaskan seperti berikut:
(1) Bagi maksud-maksud Peraturan-peraturan ini, jika apa-apa tempoh
perkhidmatan seseorang pegawai telah dibayar faedah persaraanya dan
tempoh itu telah diambil kira sebagai perkhdimatan yang boleh dimasukira,
pegawai itu hendaklah melepaskan atau membayar balik kepada Kerajaan
apa-apa faedah persaraan yang telahpun dibayar kepadanya sebelum apa-apa
faedah di bawah Akta itu boleh diberikan.
(2) Bagi maksud perenggan (1), “faedah persaraan” ertinya pencen, ganjaran atau
faedah-faedah lain tamat perkhidmatan termasuklah bayaran-bayaran
tindakan dan saguhati serta caruman yang dibuat oleh majikan yang dibayar
kepada mana-mana kumpulanwang simpanan mengenai sesuatu
perkhidmatan yang boleh dimasukira beserta dengan bunga, jika ada.
Dengan merujuk juga kepada peraturan 10, Peraturan-peraturan pencen 1980
yang menerangkan opsyen kepada pegawai berpencen apabila bersara
menjelaskan juga
(1) Apa-apa caruman yang dibuat oleh majikan sepanjang apa-apa tempoh
perkhidmatan yang boleh dimasukira kepada mana-mana kumpulanwang
simpanan beserta dengan bunga yang terakru hendaklah dibayar balik kepada
kerajaan.
(1A) Pembayaran balik caruman yang dibuat oleh majikan di bawah
perenggan (1) bolehlah dibuat sama ada dengan memulangkan jumlah
caruman yang dibuat oleh majikan beserta dengan bunga yang terakru ke
dalam Kumpulanwang Persekutuan Disatukan atau dengan menolak
jumlah caruman yang dibuat oleh majikan beserta dengan bunga yang
terakru daripada ganjran atau ganjran terbitan yang layak dibayar
dibawah Peraturan-peraturan ini atau daripada kedua-duanya.
(2) Tertakluk kepada perenggan (1) dan (4), seseorang pegawai berpencen boleh
apabila bersara memilih supaya pencen dan ganjarnnya dikira berdasarkan-
(a) keseluruhan perkhidmatanya yang boleh dimasukira termasuk apa-
apa tempoh sepanjang mana ia bertanggungan mencarum kepada
mana-mana kumpulanwang simpanan; atau
(b) tempoh perkhidmatan yang boleh dimasukira sepanjang mana ia
tidak mencarum kepada mana-mana kumpulanwang simpanan.
(3) Jika seseorang pegawai telah memilih perenggan (2)(b), tempoh yang
diambilkira bagi penghitungan pencen dan ganjarannya ialah-
(a) pencen-
Jumlah bulannya perkhidmatannya yang boleh dimasukira,
(tertakluk kepada maksimum sebanyak tiga ratus bulan) ditolak
tempoh dalam mana ia mencarum kepada mana-mana
kumpulanwang simpanan;
(b) ganjaran-
jumlah bulannya perkhidmatan yang boleh dimasukira dengan
ditolak tempoh dalam mana ia telah mencarum kepada mana-mana
kumpulanwang simpanan.
(4) Pilihan di bawah perenggan (2) tidak boleh dipakai bagi seseorang pegawai
berpencen yang telah dilantik ke dalam perkhidmatan pada atau selepas-
(a) 15hb Januari 1975 bagi Semenanjung Malaysia; dan
(b) 1hb Julai 1978 bagi Sabah dan Sarawak.
(5) Walau apa pun peruntukan perenggan (4), jika seseorang pegawai meninggal
dunia semasa dalam perkhidmatan dan tidak meninggalkan balu atau duda
dan tanggunggan yang layak dibayar pencen terbitan atau pencen
tanggunggan di bawah Peraturan-peraturan ini, maka orang tanggunggan
yanh layak dibayar ganjaran terbitan hendaklah diberi pilihan sama ada
hendak menerima ganjaran terbitan yang dibayar di bawah Peraturan-
peraturan ini atua hendak menerima caruman yang dibuat oleh majikan di
dalam Kumpulanwang Simpanan Pekerja atau mana-mana kumpulanwang
simpanan beserta dengan bunga yang terakru, yang mana lebih berfaedah
antara keduanya.
2 (b). Faedah persaraan yang boleh diberikan kepada seorang pegawai
sementara adalah dengan merujuk kepada seksyen 24, Akta Pencen 1980 yang
menyatakan seperti berikut;
Apabila seseorang pegawai sementara yang terus berkhidmat di bawah Skim
Baru bersara di bawah seksyen 10,11 atau 12, Yang di-Pertuan Agong boleh
memberi elaun bersara dan ganjaran yang banyaknya sama dengan tiga per
empat daripada pencen dan ganjaran yang masing-masingnya lazim kena
dibayar kepada seseorang pegawai berpencen yang bersara di bawah hal
keadaan yang sama di bawah Akta ini jika pegawai sementara itu-
(a) telah nerkhidmat terus-menerus dengan Kerajaan Persekutuan
atau sesuatu Kerajaan Negeri sebelum daripada 1hb Januari 1976
dan sehingga tarikh persaraannya selepas 1hb Januari 1976;
(b) telah genap tempoh selama tidak kurang daripada sepuluh tahun
perkhidmatan yang boleh dimasukira dengan Kerajaan Persekutuan
atau sesuatu Kerajaan Negeri; dan
(c) telah pada tarikh perlantikkanya tidak kena membayar carum
kepada Kumpulanwang Simpanan Pekerja atau lain-lain
kumpulanwang simpanan.
Merujuk juga kepada seksyen 25, Akta Pencen 1980 juga menjelaskan
seperti berikut iaitu;
Tertakluk kepada seksyen 16-
(a) jika seseorang pegawai sementara mati dalam perkhidmatan dan
sepatutnya menjadi layak mendapat elaun bersara dan ganjaran di
bawah seksyen 24 jika sekiranya ia telah bersara pada tarikh
kematiannya, Yang di-Pertuan Agong boleh memberi kepada orang
yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan itu-
(i) ganjaran terbitan yang banyaknya sama dengan ganjaran
pegawai itu; dan
(ii) elaun bersara terbitan yang banyaknya sama dengan elaun
bersara pegawai itu;
(b) jika seseorang pegawai sementara yang sedang menerima elaun
bersara mati dalam atau selepas tempoh dua belas tahun setengah
dari tarikh persaraannya, elaun bersara terbitan yang sama
banyaknya dengan elaun bersara pegawai itu boleh diberikan
kepada orang yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan;
Dengan syarat bahawa apa-apa pemberian elaun bersara
terbitan selepas tamatnya tempoh dua belas taun setengah
hendaklah dibuat hanya jika penerimanya-
(i) dalam hal seseorang balu atau duda, telah berkahwin
dengan pegawai yang mati itu semasa pegawai itu masih
dalam perkhidmatan;
(ii) dalam hal seseorang anak atau anak tiri tanggungan,
ialah anal atau anak tiri tanggungan hasil perkahwinan
yang telah berlaku semasa pegawai itu masih dalam
perkhidmatan;
(iii) dalam hal seseorang anak angkat, ialah anak yang
diangkat di bawah mana-mana undang-undang bertulis
yang berhubungan dengan pengangkatan atau di bawah
mana-mana adat atau kelaziman semasa pegawai itu
masih dalam perkhidmatan; atau
(iv) dalam hal seseorang anak tidak sah taraf, ialah anak
yang dikandungkan semasa pegawai itu masih dalam
perkhidmatan.
Ok sampai sinie sahaja untuk hari nie. In sya allah ada
kelapangan lagi saya akan cuba
buat untuk soalan berkenaan KWSP pulak iaitu
soalan 3 dan 4.
Apabila menjawab soalan, anda harus tahu cara menulis rujukan
yakni menggunakan seksyen, bahagian, perkara dan lain-lain
merujuk kepada apa yang dikandungkan pada buku tersebut.
Contoh cara-cara menulis jawapan dengan rujukan adalah seperti
berikut:-

(a) Jika merujuk Perlembagaan Persekutuan:-


Merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan, Bahagian II, Perkara 6
menyatakan bahawa (jawapan anda).................

(b) Jika merujuk Peraturan-Peraturan Kumpulan Wang


Simpanan Pekerja 2001:-
Berpandukan kepada Peraturan-Peraturan Kumpulan Wang
Simpanan Pekerja 2001, Bahagian III, Perkara 6, (jawapan
anda)........................

(c) Jika merujuk Akta Pencen 1980:-


Berdasarkan Akta Pencen 1980, Seksyen 6A menyatakan (jawapan
anda).....................

You might also like