Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 26

[2017] 1 LNS 747 Legal Network Series

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU


DALAM NEGERI KELANTAN
[GUAMAN SIVIL NO: 22-NCVC-5-09/2015]

ANTARA

NADICORP HOLDING SDN BHD … PLAINTIF

DAN

1. KHAIRUL AZUAN KAMARRUDIN


[No. Syarikat : 780209-03-5985)
2. NOOR SHAFINA BINTI SHAFIE
(K/P : 780114-07-5706) … DEFENDAN-
DEFENDAN

ALASAN PENGHAKIMAN

A. LATAR BELAKANG

[1] Ini merupakan satu kes melibatkan perlanggaran kontrak yang


dikatakan berlaku di antara Plaintif dan Defendan yang melibatkan
satu Perjanjian Penjualan Saham Syarikat Triangle Range Sdn Bhd
(TRSB) daripada Defendan-Defendan (Penjual) kepada Plaintif
(Pembeli). Plaintif telah membuat tuntutan ke atas Defendan-
Defendan kerana Defendan-Defendan telah kononnya melanggar
beberapa terma di dalam perjanjian tersebut. Defendan-Defendan juga
turut membuat tuntutan balas terhadap Plaintif.

[2] Semasa perbicaraan penuh, pihak Plaintif telah memanggil 6


orang saksi manakala Defendan memanggil seorang sahaja saksi. Di
akhir perbicaraan, Mahkamah ini telah memutuskan untuk menolak
tuntutan Plaintif dan dalam masa yang sama telah menolak tuntutan

1
[2017] 1 LNS 747 Legal Network Series

balas Defendan-Defendan. Di atas persetujuan pihak-pihak,


Mahkamah tidak mengeluarkan apa-apa perintah terhadap kos.

[3] Tidak berpuashati dengan keputusan tersebut, Plaintif telah


memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan. Pihak Defendan tidak
memfailkan apa-apa rayuan.

[4] Ini merupakan alasan-alasan kepada keputusan Mahkamah.

B. KES PLAINTIF

[5] Plaintif merupakan sebuah syarikat yang diperbadankan di


Malaysia dan mempunyai alamat penyampaian di di No.38 Jalan Chow
Kit, 50350 Kuala Lumpur. Defendan Pertama dan Defendan Kedua
merupakan individu yang mempunyai saham di Syarikat Triangle
Range Sdn Bhd (TRSB).

[6] Mengikut Pernyataan tuntutan pada 5.8.2013, pihak Plaintif dan


Defendan-Defendan telah memasuki satu perjanjian Pembelian Saham
Syarikat Triangle Range Sdn Bhd. (“Perjanjian tersebut”). Defendan-
Defendan selaku Penjual telah bersetuju untuk menjual kepada
Plaintif 600,000 unit saham Defendan- Defendan di dalam Syarikat
Triangle Range Sdn Bhd dengan harga jualan sebanyak
RM9,000,000.00 iaitu 60% daripada keseluruhan keluaran modal
syarikat TRSB.

[7] Syarikat TRSB sebenarnya telah diberi pajakan untuk


melombong oleh pihak berkuasa berkenaan di atas tanah yang dikenali
sebagai Lot 2227 dan Lot 2238 Bukit Pencuri, Mukim Bendang Nior,
Daerah Kusial, Jajahan Tanah Merah, Kelantan.

[8] Semasa proses perbincangan, Defendan-Defendan telah


berakujanji untuk memastikan perkara-perkara berkaitan kelulusan
pajakan melombong, kebenaran operasi melombong dan sebagainya

2
[2017] 1 LNS 747 Legal Network Series

serta segala syarat dipenuhi dan diikuti sebelum perjanjian


ditandatangani kedua-dua pihak.

[9] Pihak Plaintif menyatakan terdapat beberapa syarat syarat


terdahulu (Condition Precedent) dan terma-terma perjanjian yang
dipersetujui oleh pihak-pihak antaranya:

a) Klausa 6.1 (b) Perjanjian tersebut memperuntukkan


TRSB mempunyai kebenaran untuk pajakan melombong
(mining lease) daripada badan otoriti berkenaan dan TRSB
tidak melanggar sebarang undang-undang yang berkaitan
dengan perkara tersebut.

b) Klausa 4.1 (a) Perjanjian lersebut memperuntukkan


Defendan- defendan perlu mendapatkan tempoh tambahan
selama 12 tahun pajakan melombong (Mining Lease) bagi
syarjkat TRSB daripada pihak berkuasa berkenaan dan
tambahan sebanyak 12 tahun itu yang menjadikan tempoh
kesemunya pajakan melombong adalah sebanyak 17 tahun
dalam masa 90 hari daripada tarikh Perjanjian.

c) Klausa 4.1 (d) perjanjian tersebul memperuntukkan


Defendan-Defendan perlu mendapatkan sebarang kelulusan
daripada pihak berkuasa berkenaaan dengan operasi
melombong termasuk Kelulusan untuk operasi melombong
(Approval of Opention at Mining Scheme) yang
dikeluarkan oleh Jabatan Mineral dan Geosains dan
memastikan kelulusan tersebut masih sah untuk tujuan
operasi melombong.

d) Klausa 6.1 Perjanjian tersebut memperuntukkan


Defendan-Defendan telah mengakujanji, membuat
representasi bahawa mereka antaranya:

3
[2017] 1 LNS 747 Legal Network Series

i) Mempunyai kuasa sepenuhnya untuk membuat


perjanjian

tersebut dengan Plaintif. [Klausa 6.1(a)]

ii) Memastikan syarikat TRSB mempunyai kebenaran


untuk mengoperasikan perlombongan di tanah
berkenaan. [Klausa 6.1(b)]

iii) Memastikan kesemua langkah-langkah yang


sepatutnya diambil yang berkaitan dengan perjanjian
tersebut dan pajakan melombong dapat dilakukan
berdasarkan kepada undang- undang yang berkaitan.
[Klausa 6.1(c)]

iv) Memastikan Syarikat TRSB mempunyai kapasiti


untuk membuat permohonan pajakan melombong
(Mining Lease) bagi tempoh tambahan selama 12
tahun sepertimana yang dipersetujui di dalam
perjanjian tersebut. [Klausa 6.1(d)]

v) Memastikan bahawa TRSB tidak terikat dengan


mana-mana perintah Mahkamah atau mana-mana
peruntukan di dalam perjanjian yang lain sehingga
menghalang TRSB daripada melakukan dan
melaksanakan perkara-perkara yang termaktub di
dalam perjanjian tersebut. [Klausa 6.1(k)]

[10] Sekiranya pihak Defendan (Penjual) melanggar perjanjian


tersebut, terma perjanjian menyatakankan bahawa:

a) Defendan-Defendan perlu memulangkan balik bayaran


deposit dan kesemua bayaran yang telah dibuat sekiranya
Defendan-Defendan selaku penjual gagal mematuhi terma-
terma perjanjan tersebut.

4
[2017] 1 LNS 747 Legal Network Series

b) Penjual (Defendan-defendan) perlu memulangkan balik


bayaran- bayaran (Purchase Consideration) yang telah
dibayar oleh pihak Plaintif. [Klausa 9.1(i)(i)] Perjanjian
tersebut]

c) Penjual perlu membayar gantirugi tertentu (ascertained and


liquidated damages) iaitu 10% daripada jumlah
keseluruhan “Purchase Consideration” Perjanjian tersebut.
[Klausa 9.1(i)(ii) Perjanjian tersebut]

d) Setelah kesemua bayaran balik dibuat, Plaintif hendaklah


memindahkan semula saham-saham yang telah dibeli
tersebut dan segala kos pindahan tersebut ditanggung oleh
Defendan-Defendan. [Klausa 9.1(iii) Perjanjian tersebut]

[11] Sebelum perjanjian tersebut ditandatangani, Plaintif telah


menjelaskan bayaran deposit sebanyak RM450, 000.00 pada
22/10/2012. Plaintif kemudiannya telah membuat pembayaran
sebanyak RM2, 000,000.00 pada 30/7/2013 sebelum bayaran bulanan
dibuat. Susulan pembayaran tersebut peguamcara Defendan-Defendan
telah pada 24/9/2013 menyerahkan satu sijil saham bernombor 019
kepada Peguamcara Plaintif.

[12] Seterusnya pembayaran bulanan sebanyak RM500,000.00


sepertimana perjanjian telah dibuat oleh Plaintif dengan teratur.

[13] Setelah menandatangani perjanjian tersebut, Plaintif telah


menjalankan kerja-kerja awalan dan kerja-kerja operasi yang
melibatkan kos sebanyak RM1,456,023,70. Kos-kos tersebut terdiri:

Kos pengangkutan dan sewaan RM 378,100.00


caterpillar
Kos buruh RM 2,900.00
Kos ‘Forwarding & Custom RM21,037.50

5
[2017] 1 LNS 747 Legal Network Series

Clearance
Kos Pengangkutan ke tapak RM36,000.00
projek Tanah Merah
Kos pemasangan peralatan RM5,130.00
elektdk di tapak projek
Kos pengangkutan kargo Freight RM178, 124.00
& Haulages Charges
Kos sewaan kenderaan trak RM21, 714.00
“pick up’
Pendahuluan tunai “Advance RM108,760.00
Cash” kepada penama En
Rizalman
Kos perkhidmatan Jurutera dari RM40,952.00
Negara China
Kos yuran professional termasuk RM65,929.00
yuran guaman bayaran duti
setem dan kos membaharui
‘mining scheme’
Gaji-gaji pekeria “Payroll” RM 117,713.20
Kos Kontraktor RM88, 887.00
Kos kepada penama Datuk RM390,777.00
Suhaidi
JUMLAH RM1,456,023.70

[14] Plaintif menyatakan bahawa pihak Defendan telah melanggar


beberapa terma perjanjian yang telah ditandatangani. Plaintif telah
mendapat tahu bahawa terdapat satu kes Mahkamah terhadap syarikat
TRSB iaitu berkaitan Perjanjian Usahasama di antara Syarikat TRSB
dengan Syarikat Bumiraya Sdn Bhd. Kes tersebut telah difailkan di
Mahkamah Sesyen Kota Bharu dengan nombor kes B52NCC-15-
09/2013.

6
[2017] 1 LNS 747 Legal Network Series

[15] Syarikat TRSB juga mempunyai satu kes penghakiman di


Mahkamah Sesyen Shah Alam (Saman No. T-52-2783-2010) yang
kemudiannya telah menyebabkan syarikat tersebut digulungkan oleh
Mahkamah Tinggi Malaya Di Shah Alam melalui Petisyen
(Penggulungan Syarikat) No. 28NCC-103-03/2014.

[16] Perkara ini adalah jelas bercanggah dengan terma-terma


perjanjian tersebut di mana Defendan-Defendan telah gagal untuk
mendedahkan maklumat secara keseluruhan khususnya mengenai
kedudukan syarikat TRSB sepertimana yang dikehendaki. Plaintif
mendakwa sekiranya keseluruhan maklumat tersebut didedahkan
sebelum perjanjian ditandatangani maka Plaintif tidak akan
meneruskan dengan perjanjian tersebut.

[17] Plaintif mendakwa Defendan juga telah gagal mendapatkan


tempoh tambahan selama 12 tahun pajakan melombong (Mining
Lease) bagi syarikat TRSB daripada pihak berkuasa berkenaan yang
menjadikan tempoh kesemuanya pajakan melombong sebanyak 17
tahun dalam masa 90 hari daripada tarikh Perjanjian. Pada masa yang
sama, Defendan-Defendan juga telah gagal untuk memperbaharui
Surat Pengendalian Melombong (SPM) daripada pihak Jabatan
Mineral dan Geosains yang telah tamat tempoh sehingga menyebabkan
operasi perlombongan tidak boleh beroperasi dan Plaintif telah
mengalami kerugian atas kerja-kerja awalan yang telah dilaksanakan.

[18] Plaintif melalui peguamcara mereka telah menyerahkan notis


penamatan perjanjian tersebut kerana pihak Defendan telah melanggar
perjanjian tersebut. Plaintif menuntut:

i. Defendan-Defendan membayar balik wang sebanyak RM5,


000,000.00 yang telah dibayar oleh Plaintif berdasarkan
kepada perjanjian tersebut.

7
[2017] 1 LNS 747 Legal Network Series

ii. Defendan-Defendan membayar balik wang deposit


sebanyak RM450, 000.00 yang telah dibayar Plaintif
kepada Defendan-Defendan.

iii. Defendan-Defendan membayar sebanyak RM 900,000.00


sebagai gantirugi tertentu iaitu 10% daripada Purchase
Consideration Perjanjian tersebut.

iv. Membayar kos operasi sebanyak RM1, 456,023.70.

v. Gantirugi kesusahan yang dialami oleh Plaintif akibat


kegagalan Defendan-defendan mematuhi terma-terma
perjanjian tersebut

vi. Faedah pada kadar 5% setahun dikira dari tarikh


penghakiman hingga tarikh penyelesaian;

vii. Kos Peguamcara berdasarkan hubungan peguam dan Klien:

viii. Kos tuntutan ini; dan

ix. Apa-apa relief lain yang Mahkamah anggap wajar dan


sesuai.

C. KES DEFENDAN

[19] Defendan menyatakan bahawa penamatan Perjanjian oleh


Plaintif adalah tidak sah kerana Defenden-Defendan tidak melanggar
mana-mana terma atau syarat terdahulu (condition presedent)
perjanjian tersebut.

[20] Defendan menjelaskan Defendan tidak membuat salahnyata fakta


atau menyembunyikan sebarang fakta berkaitan keadaan syarikat
TRSB sebelum perjanjian jual beli saham dibuat. Kes B52NCC-15-
09/2013 di Mahkamah Sesyen Kota Bharu sebenarnya berbangkit
selepas perjanjian jual beli saham ditandatangani dan kes tersebut

8
[2017] 1 LNS 747 Legal Network Series

telah pun diselesaikan secara baik di luar Mahkamah dan tidak


menjejaskan perjanjian yang dibuat di antara pihak Plaintif dan
Defendan.

[21] Bagi kes terhadap Defendan yang didaftarkan di Shah Alam,


pihak Defendan-Defendan tidak mempunyai pengetahuan
mengenainya kes yang didaftarkan di Shah Alam. Defendan juga tidak
tahu bahawa satu perintah penggulungan telah dibuat terhadap
syarikat TRSB pada 25.6.2014. Sebaik sahaja Defendan mengetahui
bahawa syarikat TRSB telah digulungkan, Defendan-Defendan telah
memfailkan suatu Notis Usul pada 07.04.2015 dan telah mendapatkan
suatu perintah bahawa perintah penggulungan tersebut digantung
sepenuhnya menurut seksyen 243 Akta Syarikat 1965 pada 07.08.2015

[22] Bagi isu kegagalan Defendan untuk mendapatkan tempoh


pajakan tambahan selama 12 tahun lagi, Defendan menegaskan
bahawa perlanggaran tersebut bukanlah suatu ‘material breach” yang
membolehkan Plaintif menamatkan Perjanjian tersebut dengan
Defendan. Ini kerana Defendan-Defendan telah pun mendapatkan
tempoh pajakan selama 5 tahun yang masih berkuatkuasa semasa
Perjanjian tersebut ditamatkan secara salah oleh Plaintif.

[23] Mengenai isu pembaharuan Surat Pengendalian Melombong


(“SPM”), Defendan menegaskan bahawa Plaintif dan/atau ajen Plaintif
pada setiap masa material tahu mengenai kedudukannya daripada
Jabatan Mineral & Geosains dan secara lisan dan/atau amali
(“conduct”) telah mengenepikan hak Plaintif tentang perkara ini.

[24] Defendan juga menegaskan bahawa isu SPM ini bukanlah sebab
sebenar operasi perlombongan tidak boleh beroperasi, akan tetapi
Plaintif sendiri yang telah enggan, gagal atau cuai untuk meneruskan
tanggungjawab dan obligasi Plaintif untuk meneruskan operasi
perlombongan dan Plaintif telah secara mala fide menggunakan alasan

9
[2017] 1 LNS 747 Legal Network Series

atau isu SPM ini untuk melepaskan tanggungjawab Plaintif dan


mengenakan liabiliti ke atas Defendan.

[25] Menurut Defendan, Defendan telah membayar balik atau


dipersetujui untuk membayar balik lebih kurang RM2,000,000.00
kepada Tan Sri Dato' Sri Mohd Nadzmi bin Mohd Salleh (Pengerusi
Eksekutif plaintif) dan Dato' Suhaidi bin Sulaiman (Agen Plaintif)
(SP6) seperti yang diminta oleh Plaintif, Pengerusi Eksekutif Plaintif
dan /atau ajen Plaintif sendiri. Oleh itu, Plaintif tidak berhak untuk
menuntut kesemua jumlah seperti yang dinyatakan di dalam Penyata
Tuntutan.

[26] Defendan menegaskan bahawa Defendan telah mematuhi


dan/atau telah sedaya upaya mematuhi syarat & terma perjanjian
tersebut dan jika tidak ada ketidak patuhan adalah di dalam
pengetahuan Plaintif sendiri. Defendan juga menegaskan bahawa
Plaintif telah menamatkan perjanjian secara salah dan telah
menyebabkan Defendan tidak menerima harga baki RM 4 juta hasil
penjualan saham tersebut dan juga kerugian lain. Defendan-Defenden
membuat tuntutan balas sebagaimana berikut:

i) Suatu Perlaksanaan Spesifik diperintahkan supaya Plaintif


meneruskan Perjanjian tersebut dan rnembayar baki harga
jual beli saham tersebut sejumlah RM4, 000,000. 00 sahaja
kepada Defendan-Defendan;

ii) Gantirugi Am yang jumlahnya akan ditentukan oleh


Mahkamah

iii) Faedah pada kadar 8% setahun ke aras jumlah


RM4,000,000.00 tersebut di atas dan/atau ke atas jumlah
Gantirugi Am tersebut di atas daripada tarikh Notis
Penamatan Perjanjian tersebut pada 21.5.2014 sehingga ke
tarikh penghakiman;

10
[2017] 1 LNS 747 Legal Network Series

iv) Faedah pada kadar 5% setahun ke atas jumlah


RM4,000,000.00 tersebut di atas dan/atau ke atas jumlah
Gantirugi Am tersebut di atas daripada tarikh Penghakiman
sehingga penyelesaian penuh;

v) Kos tindakan di sini;

D. ISU-ISU YANG PERLU DIPUTUSKAN

[27] Isu-isu utama yang perlu diputuskan adalah seperti berikut:-

i) Samada pihak Defendan melakukan pelanggaran kontrak

ii) Samada perlanggaran kontrak seperti yang didakwa


merupakan perkara asas kontrak?

iii) Samada pihak Plaintif telah diprejudiskan

E. UNDANG-UNDANG BERKAITAN

[28] Mahkamah ingin merujuk kepada peruntukan undang-undang


dan otoriti-otoriti yang berkaitan:-

i) Seksyen 40 Akta Kontrak 1950 menyatakan:-

Effect of refusal of party to perform promise wholly

40. When a party to a contract has refused to perform, or


disabled himself from performing, his promise in its entirety, the
promisee may put an end to the contract, unless he has signified,
by words or conduct, his acquiescence in its continuance.

ii) Seksyen 56 Akta Kontrak 1950 menyatakan

“Effect of failure to perform at fixed time in contract which time


is essential

11
[2017] 1 LNS 747 Legal Network Series

56. (1) When a parly to a contract promises to do a certain thing


at or before a specifed time, or certain things at or before
specified tines, and fails to do any such thing at or before the
specified time, the contract, or so much of it as has not been
performed, becomes voidable at the option of the promisee, if
the intention of the parties was that time should be of the
essence of the contract”

[29] Berdasarkan otoriti tersohor kes Berjaya Times Square Sdn Bhd
vs. M. Concept Sdn Bhd [2010] 1 CLJ 269 prinsip undang-undang
berkaitan pelanggaran dan penamatan kontrak adalah diringkaskan
seperti berikut:-

a) Mahkamah perlu memutuskan samada terdapat


perlanggaran kontrak atau tidak iaitu pihak mana yang
teraniaya (innocent) dan pihak mana yang melanggar
kontrak (guilty party);

b) Sekiranya satu pihak melanggar kontrak, pihak tersebut


dikatakan telah menolak repudiate) kontrak berkenaan;

c) Pihak yang teraniaya boleh memilih samada menerima


penolakan kontrak tersebut (repudiation) dan menamatkan
kontrak, atau tidak menerima penolakan kontrak dan
mahukan kontrak diteruskan.

d) Sekiranya kontrak ditamatkan, segala tanggungjawab masa


hadapan pihak-pihak tamat, tetapi tanggungjawab yang
lepas masih kekal dan berkuatkuasa;

e) Perlanggaran kontrak hendaklah perlanggaran satu yang


merupakan asas kontrak (go to the root of the contract),
iaitu pihak yang bertanggungjawab untuk melaksanakan
telah gagal melaksanakannya secara keseluruhannya;

12
[2017] 1 LNS 747 Legal Network Series

f) Sekiranya sebahagian pelaksanaan kontrak telah


dilaksanakan, pihak yang teraniaya TIDAK BOLEH
menamatkan kontrak;

g) Oleh yang demikian, pembatalan kontrak bukanlah remedi


yang boleh digunakan di dalam kes perlanggaran di mana
kontrak telah dilaksanakan sebahagiannya.

F. PENGANALISAAN DAN DAPATAN MAHKAMAH

[30] Adalah menjadi kes Plaintif bahawa pihak Defendan telah


melanggar beberapa terma perjanjian yang telah ditandatangani
bersama. Justeru itu Mahkamah perlu meneliti dan menganalisa setiap
satu persatu “perlanggaran” tersebut jika ada dengan mengambilkira
pembelaan Defendan terhadapnya.

i) Samada pihak Defendan melakukan Perlanggaran Kontrak.


Kes No B52-NCC-15-09/2013 di Mahkamah Sesyen Kota Bharu

[31] Plaintif mendakwa bahawa Defendan telah melanggar kontrak


apabila gagal mendedahkan maklumat bahawa satu tindakan melalui
writ telah difailkan terhadap Syarikat TRSB yang melibatkan
perjanjian usahasama di antara Syarikat TRSB dengan syarikat
Bumiraya Mestika Sdn Bhd yang telah difailkan di Mahkamah Sesyen
Kota Bharu. Menurut Plaintif, Defendan gagal memberitahu Plaintif
bahawa Defendan telah disaman dan ianya telah memprejudiskan
Plaintif.

[32] Mahkamah telah meneliti keterangan yang ada dan mendapati


bahawa tindakan ini diambil terhadap Syarikat TRSB dan bukan
terhadap Defendan-Defendan secara peribadi. Dari penelitian
keterangan yang ada, Mahkamah berpuashati bahawa Plaintif di dalam
kes ini iaitu Syarikat Bumiraya hanya memfailkan tindakan ini pada
3/9/2013 (P21 – m.s 38-49, Ikatan B1), manakala Perjanjian (P4 – m.s

13
[2017] 1 LNS 747 Legal Network Series

1-35, Ikatan B1), yang ditandatangani oleh Plaintif dengan Defendan


bagi kes di hadapan Mahkamah ini telah ditandatangani pada 5/8/2013
iaitu lebih kurang 1 bulan sebelum kes di Mahkamah Sesyen Kota
Bharu ini difailkan. (Lihat m.s 1 – 35 Bahagian A). Keterangan ini
boleh dilihat melalui keterangan SD 1 iaitu Khairul Azuan (“Khairul”)
yang menyatakan bahawa Perjanjian P4 dimasuki pihak-pihak pada
5/8/2013 sedangkan Syarikat Bumiraya menfailkan samannya hanya
pada 3/9/2013. SP4, (Tifla Hairi) mengesahkan perkara ini semasa
disoal balas.

[33] Mahkamah mendapati bahawa Defendan telah membuat


tindakan-tindakan yang sewajarnya dengan mengarahkan
peguamcaranya supaya menulis surat kepada Peguam Plaintif
mengenai perkara ini, dan Peguambela Defendan telah menulis surat
kepada Peguam Plaintif bertarikh 6/5/2014 (D19) mengenai perkara
ini.

[34] Melalui keterangan SD1 juga semasa pemeriksaan semula,


keterangan menunjukkan bahawa perjanjian diantara TRSB dan
Bumiraya Mestika Sdn. Bhd di (P24) ini walaupun dimasukkan pada
27/4/2011 telah dimaklumkan oleh SD1 kepada Plaintif melalui SP6,
Dato’ Suhaidi semasa rundingan perjanjian, iaitu sebelum perjanjian
dimasuki. SP6 Dato’ Suhaidi adalah wakil Plaintif bagi merundingkan
perjanjian diantara Plaintif dan Defendan. SP6 hanya meminta SD1
menyelesaikan sendiri dengan Bumiraya tanpa melibatkan Plaintif.

[35] Mahkamah setelah meneliti pembelaan ini dan dibandingkan


dengan keterangan pihak Plaintif menerima pembelaan Defendan ini.
Ini adalah kerana adalah mustahil bagi Defendan untuk mendedahkan
butiran kes tersebut sedangkan kes tersebut belum wujud semasa
Perjanjian (P4) tersebut dimasuki pada 5/8/2013.

[36] Apapun kes ini dapat diselesaikan di luar mahkamah tanpa


melibatkan Plaintif dimana Triangle Range Sdn. Bhd (TRSB) telah

14
[2017] 1 LNS 747 Legal Network Series

membayar kepada Bumiraya sebanyak RM450,000 di eksibit D59 &


D60 (m.s 9&10, Ikatan D) sebagai bayaran penyelesaian penuh dan
muktamad.

[37] Justeru itu, dakwaan Plaintif bahawa Defendan telah melanggar


kontrak kerana dengan sengaja tidak mendedahkan maklumat ini
adalah tidak benar. Tidak hairanlah SD1 di dalam keterangan (melalui
Pernyataan Saksinya – PSD1) menyatakan:

“Oleh itu saya sekali lagi menyatakan bahawa isu yang dibangkitkan
oleh Plaintif ini adalah satu “non issue” atau “non starter” dan
merupakan helah Plaintif sahaja untuk menamatkan Perjanjian
tersebut secara salah kerana Plaintif enggan membayar baki harga
belian dan jualan saham kepada Defendan disini”

ii) Kes Mahkamah Sesyen Shah Alam Saman No. 1-52-2783-


2010 (Multi Link Sdn Bhd Vs TRSB) dan Kes Penggulungan
Syarikat Petisyen No 28NCC-3013-03/2014

[38] Kes di Mahkamah Sesyen melibatkan penghakiman ingkar


dimana Penghakiman Ingkar Kehadiran (Eksibit P23 di m.s 130-142,
Ikatan B), telah dimasukkan terhadap Defendan tanpa pengetahuan
Defendan. Ekoran daripada itu TRSB telah menghadapi satu Petisyen
Penggulungan Syarikat di dalam kes No 28 NCC-103-03/2014 di
Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor, yang dikemukakan oleh
Syarikat Multi Link Sdn Bhd (“Multi Link”).

[39] Plaintif mendakwa bahawa Defendan telah melanggar Perjanjian


tersebut (P4) apabila tidak memaklumkan kewujudan tindakan-
tindakan ini di Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi Shah Alam.
Plaintif mendakwa sekiranya fakta itu dimaklumkan kepada Plaintif,
Plaintif tidak akan memasuki Perjanjian tersebut.

15
[2017] 1 LNS 747 Legal Network Series

[40] Mahkamah telah meneliti dokumen yang dikemukakan di


hadapan Mahkamah di muka surat 144 Bahagian A Ikatan Dokumen
Bersama (Jilid I) dan Mahkamah berpuashati bahawa kes ini hanya
difailkan pada 12hb Mac 2014 sedangkan perjanjian di antara Plaintif
dan Defendan ini (P4) dimasuki pada 05.08.2013 iaitu hampir 7 bulan
sebelum itu.

[41] Menurut pihak Defendan iaitu melalui SD1 beliau tidak didalam
kedudukan untuk mengetahui perkara ini ketika memasuki perjanjian
ini pada 05.08.2013 (P4) sedangkan pada ketika itu Petisyen
Penggulungan tersebut masih belum difailkan. Malahan pihak
Defendan juga tidak mengetahui dan tidak sedar bahawa satu Perintah
Penggulungan telah dibuat terhadap Syarikat Triangle Range Sdn Bhd
pada 25/6/2014 seperti mana di muka surat 204 Bahagian A, Ikatan
Dokumen Bersama (Jilid I).

[42] Malahan lagi mengikut SD1, beliau hanya mengetahui wujudnya


kes penggulungan di Mahkamah Tinggi Shah Alam ini apabila fakta
ini berada di dalam pliding di dalam kes yang difailkan oleh Plaintif
sebelum ini di Mahkamah Tinggi Kota Bharu iaitu Guaman No MT(2)
22-NCVC-68-08/2014 apabila diplid oleh Plaintif sendiri dalam
perenggan 15 Jawapan Kepada Pembelaan bertarikh 18/11/2014.

[43] Menurut SD1 lagi, kes di Kota Bharu ini ditarik balik oleh
Plaintif kononnya untuk membolehkan Plaintif menyelesaikan kes di
luar Mahkamah, namun tiada penyelesaian datang dari Plaintif
sehinggalah Plaintif menyaman semula Defendan.

[44] Mahkamah setelah meneliti keterangan pihak pembelaan dan


juga pihak Plaintif memutuskan bahawa tidak ada sebab untuk
Mahkamah ini untuk menolak pembelaan ini kerana dari segi hukum
akal, memang Defendan tidak akan mengetahui Petisyen ini kerana
tindakan ini berlaku setelah perjanjian (P4) telah ditandatangani.
Mengenai kes asal di Mahkamah Sesyen, adalah wajar Defendan tidak

16
[2017] 1 LNS 747 Legal Network Series

mengetahuinya kerana atas sebab itulah Penghakiman Ingkar


Kehadiran dimasukkan terhadapnya.

[45] SD1 didalam keterangannya menyatakan (lihat PSD 1 m.s 8&9):

“Penghakiman yang mana Petisyen tersebut dibuat juga merupakan


suatu Penghakiman Ingkar Kehadiran. Jadi memang Triangle dan
kedua-dua Defendan tidak pernah tahu tentang Saman, Penghakiman
Ingkar, Notis Seksyen 218 dan Petisyen tersebut sebelum ianya
diplidkan dalam pliding Plaintif. Malah selepas Defendan melantik
peguamcara bagi bertindak dalam kes ini, peguamcara Defendan di
atas arahan saya selepas dinasihati oleh peguamcara telah membuat
suatu Carian Penggulungan Syarikat dan mendapati bahawa pada
04.09.2014, Triangle telah digulung. Apabila mengetahui Triangle
telah digulung, di atas nasihat peguamcara Defendan, saya selaku
penyumbang telah menyelesaikan tuntutan Pempetisyen Multilink Sdn
Bhd dan telah mengarahkan peguamcara saya untuk menfailkan suatu
Notis Usul di Mahkamah Tinggi Shah Alam bagi mendapatkan suatu
Perintah Penggantungan Perintah Penggulungan dan Deklarasi bahawa
Perintah Penggulungan adalah tidak sah di mana Triangle akan
dianggap sebagai tidak pernah digulung langsung.”

[46] Mengikut SD1, seterusnya Mahkamah Tinggi Shah Alam telah


menggantung Perintah Penggulungan tersebut. SD1 berkata:

“Saya telah dinasihati oleh peguamcara Defendan bahawa Mahkamah


Tinggi Shah Alam telah membuat suatu Perintah Penggantungan pada
07.08.2015 seperti boleh dilihat di mukasurat 229-230 Bahagian A,
Ikatan Dokumen Bersama (Jilid 1). Secara ringkasnya, Perintah
Penggulungan tersebut telah pun digantung sepenuhnya menurut
Seksyen 243 Akta Syarikat 1965 yang mana oleh itu, status Triangle
menurut undang-undang syarikat adalah diibaratkan sebagai tidak
pernah digulung. Oleh itu saya menegaskan bahawa kedua-dua kes
tersebut tidak dalam apa cara sekalipun boleh dan/atau telah

17
[2017] 1 LNS 747 Legal Network Series

menjejaskan Perjanjian di antara Plaintif dan Defendan di sini. Saya


juga menegaskan bahawa Plaintif sekali lagi hanya menggunakan
alasan tersebut untuk tidak meneruskan Perjanjian tersebut yang mana
ini merupakan suatu “after thought” di pihak Plaintif untuk tidak
meneruskan Perjanjian tersebut.”

[47] Mahkamah juga mengambil “judicial notice” bahawa tindakan


adalah terhadap syarikat bukan Defendan sebagai individu dan adalah
lazimnya Notis Petisyen tidak akan sampai ke tangan
individu/Pengarah Syarikat/Pemegang Saham Syarikat seperti
Defendan-Defendan yang akhirnya menyebabkan seseorang Pengarah
/Pemegang Saham Syarikat tidak akan tahu bahawa syarikatnya telah
digulungkan. Apatah lagi Perintah Penggulungan tersebut diasaskan
daripada Penghakiman Ingkar Kehadiran.

[48] Sebagai kesimpulan, mahkamah menerima pembelaan ini bahawa


Defendan tidak melanggar terma-terma perjanjian di P4 tersebut
kerana walaupun Perjanjian di P4 telah dimasuki selepas Penghakiman
Ingkar Kehadiran, Defendan mahupun TRSB tidak tahu bahawa
Penghakiman Ingkar Kehadiran tersebut telah dimasukkan pada
17/12/2010 terhadap Defendan.

iii) Kegagalan Defendan mendapatkan Lanjutan Pajakan


Melombong selama 12 tahun serta kegagalan memperolehi surat
kelulusan “SKSPM” dalam masa 90 hari.

[49] Plaintif mendakwa ini merupakan satu lagi faktor bahawa


Defendan telah melanggar terma Perjanjian di P4 apabila Defendan
gagal mendapatkan Lanjutan Pajakan Melombong sebanyak 12 tahun
lagi dan gagal pula mendapat surat kelulusan “SKSPM” dalam masa
90 hari daripada hari Perjanjian, sekali gus melanggar Klausa 4.1(a)
Perjanjian/di muka surat 9 Ikatan B1).

18
[2017] 1 LNS 747 Legal Network Series

[50] Mahkamah bersetuju dengan hujah Defendan bahawa kelewatan


permohonan SKSPM adalah disebabkan oleh pihak Plaintif sendiri
melalui SP6 (Dato’ Suhaidi) yang meminta SD1 untuk memberi
keutamaan menguruskan pembelian mesin dan jentera bagi
perlombongan di Cina bersama dengan SP6 selaku wakil Plaintif dan
fakta ini diakui sendiri oleh SP6 semasa disoal balas. Memandangkan
kelewatan ini adalah berpunca daripada permintaan Plaintif sendiri
maka ini bermakna perkara ini adalah di dalam pengetahuan Plaintif
sendiri.

[51] Selama ini Plaintif tidak memberitahu atau membangkitkan


mengenai kelewatan ini tetapi mengapakah secara tiba-tiba
dibangkitkan tatkala ketika hendak mengeluarkan Notis Penamatan.

[52] Mengenai permohonan untuk SKSPM, ianya telah dibuat kepada


jabatan yang berkenaan iaitu Jabatan Mineral dan Geosains melalui
Konsultan berdaftar, EQM Ventures Sdn. Bhd (sila lihat m.s 275-308,
Ikatan B2). Ini terbukti apabila EQM Ventures Sdn. Bhd telah
mengeluarkan invois bagi kerja-kerja tersebut di eksibit P51 (sila lihat
di m.s 547-550, Ikatan B3).

[53] Menurut Defendan oleh kerana kedudukan dan pemasangan


mesin di tapak perlombongan masih belum sempurna akibat terdapat
sebahagian mesin yang belum tiba dari Cina, maka kelulusan SKSPM
masih belum diluluskan sebelum itu. Keadaan begini tidak memenuhi
kehendak di dalam permohonan untuk SKSPM.

[54] Justeru itu mahkamah bersetuju dengan hujahan Defendan


bahawa kegagalan mendapatkan SKSPM dalam tempoh yang
dipersetujui adalah disebabkan oleh Plaintif sendiri yang gagal
menyediakan mesin-mesin dan jentera di tapak perlombongan dan
ianya adalah di dalam pengetahuan Plaintif sendiri.

19
[2017] 1 LNS 747 Legal Network Series

[55] Mengenai lanjutan pajakan melombong selama 12 tahun lagi,


mahkamah mendapati ini adalah amalan biasa bagi pelombong untuk
memohon lanjutan tempoh apabila kerja-kerja perlombongan mula
dijalankan.

[56] Mengikut SD1, dalam kes ini ianya masih belum diperolehi oleh
kerana Plaintif gagal atau enggan untuk melaksanakan kerja walaupun
TRSB mempunyai Lesen Pajakan Melombong selama 5 tahun bermula
dari 27/2/2013 sehingga 26/2/2018 (lihat m.s 127, Ikatan B1). Ini
adalah semestinya di dalam pengetahuan Plaintif.

[57] Mahkamah berpendapat Defendan tidak boleh dipersalahkan


semata-mata dan ini bukan merupakan suatu pemecahan kontrak yang
material kerana masih lagi terdapat tempoh pajakan selama 5 tahun
lagi yang hanya akan tamat pada tahun 2018.

[58] Mahkamah mendapati hakikatnya ialah Plaintif yang enggan


menjalankan kerja melombong sedangkan pihak Defendan telah
bersedia.

iv) Isu Ketiga: Samada Perlanggaran seperti yang dikatakan itu


merupakan perlanggaran perkara yang merupakan asas kontak.

[59] Berkaitan dengan isu ini, Mahkamah ingin merujuk kepada kes
Berjaya Times Square (supra) dimana mahkamah menyatakan:

“as long as some work has been done indicating that the
development or construction had commenced, there would be no
total failure of consideration because the promise had been
perfomed although not in its entirety”

Mahkamah Rayuan di dalam kes ARAPROP DEVELOPMENT SDN


BHD v. LEONG KEONG & YANG LAIN [2008] 1 MLJ 783 yang
dirujuk oleh Defendan menyatakan:

20
[2017] 1 LNS 747 Legal Network Series

Section 40 of the Act uses the phrase “In its entirety” in


describing the extent of the breach. The contract breaker must
have “refused to perform … his promise in its entirety” before
the “promisee may put an end to the contract”. Section 56(1) of
the Act uses the phrase “fails to do any such thing at or before
the specified time” to describe the nature of the breach which
would make a contract voidable.

[60] Diteliti secara mendalam kedua-dua keputusan Mahkamah


Persekutuan dan Mahkamah Rayuan di atas, Mahkamah ini
berpendapat bahawa perlanggaran terma yang menjadi asas kontrak
adalah yang merupakan keengganan untuk melaksanakan kontrak
secara keseluruhan (secara total). Didalam erti kata yang lain, Plaintif
hanya berhak menamatkan kontrak sekiranya terdapat ‘total failure of
consideration’.

[61] Berbalik kepada kes di hadapan Mahkamah ini, bersandarkan


fakta-fakta dan keterangan-keterangan yang telah dikemukakan,
Mahkamah membuat dapatan fakta bahawa segala perlaksanaan terma-
terma Perjanjian dan tindakan oleh Defendan jelas menunjukkan
Defendan berhasrat untuk melaksanakan tanggungjawabnya di bawah
Perjanjian, malah telah pun melaksanakan sebahagiannya. Sebaliknya
mahkamah berpendapat pihak Plaintif dengan sengaja mencari alasan
dengan menimbulkan masalah kononnya wujudnya perlanggaran
terma-terma Perjanjian tersebut oleh Defendan dengan tujuan untuk
menamatkan kontrak tersebut, sedangkan perlanggaran yang wujud
tidak merupakan asas kontrak:

[62] Sebagai contoh, TRSB telah memperolehi Pajakan Melombong


selama 5 tahun yang masih berkuatkuasa dari 27.02.2013 sehingga
26.02.2018 (mukasurat 127, Ikatan B1). Mahkamah berpendapat
bahawa Plaintif masih boleh menjalankan kerja-kerja perlombongan
sehingga 26.02.2018 meskipun lanjutan selama 12 tahun masih belum

21
[2017] 1 LNS 747 Legal Network Series

diperolehi. Defendan telah membuat permohonan untuk SKSPM


kepada Jabatan Mineral dan Geosains melalui Konsultan berdaftar
iaitu EQM Ventures Sdn Bhd (mukasurat 275-308, Ikatan B2).

[63] Mahkamah juga mendapati bahawa Defendan secara “diligent”


telah memindahkan saham Triangle Range Sdn Bhd kepada Plaintif
tanpa gagal bagi setiap kali bayaran dibuat oleh Plaintif (di
mukasurat 30, S&J No. 38, PSD-1). Fakta ini turut diakui oleh SP4
semasa disoal balas. Malah pada masa penamatan Perjanjian, proses
jual beli saham dan pembayaran di antara Plaintif dan Defendan masih
lagi diteruskan.

[64] Mahkamah membuat dapatan fakta dari keterangan yang ada


bahawa Plaintif masih meneruskan dengan Perjanjian dan pembayaran
belian saham kepada Defendan tanpa sebarang masalah, rungutan,
bantahan atau ungkitan meskipun Lanjutan Pajakan Melombong
selama 12 tahun dan SKSPM masih belum diperolehi dalam masa 90
hari dari tarikh Perjanjian. Ini menunjukkan bahawa Plaintif telah
menerima kelewatan dan melepaskan hak untuk membatalkan
Perjanjian, serta menganggap Perjanjian masih kekal berkuatkuasa,
berdasarkan tindak-tanduk Plaintif sendiri.

[65] Dilihat keterangan secara totaliti, Mahkamah mendapati bahawa


Defendan memang berniat untuk melaksanakan Perjanjian yang
ditandatanganinya (P4). Sebaliknya, Mahkamah berpuas hati bahawa,
dengan hormatnya, pihak Plaintif dengan sengaja dan juga mencuba
mencari alasan untuk menamatkan Perjanjian ini.

[66] Untuk melengkapkan Alasan Penghakiman ini, pihak Plaintif ada


membangkitkan bahawa Plaintif telah diprejudiskan oleh tindakan
Defendan-Defendan ini, yang kononnya gagal mendedahkan
maklumat-maklumat penting. Mahkamah ingin tekankan di sini
bahawa dilihat keterangan secara keseluruhan, Mahkamah berpuashati
bahawa tiada prejudis yang ditanggung oleh Plaintif. Contohnya bagi

22
[2017] 1 LNS 747 Legal Network Series

kes Mahkamah Sesyen Kota Bharu yang melibatkan Bumiraya Mestika


Sdn Bhd, kes ini telah selesai secara baik apabila diatas inisiatif
Defendan yang telah membayar Bumiraya RM450,000, maka TRSB
tidak mempunyai apa-apa liabiliti yang perlu dibayar Plaintif.

[67] Mengenai isu berkenaan dengan Perintah Penggulungan yang


dikenakan terhadap Syarikat TRSB, dengan Perintah penggulungan
tersebut telah digantung sepenuhnya melalui Perintah Mahkamah
Tinggi Shah Alam, TRSB boleh diibaratkan sebagai tidak pernah
digulung. Justeru, didalam kedua-dua situasi ini, ianya tidak akan
menjejas secara serius Perjanjian yang dimasuki oleh Plaintif dan
Defendan dan oleh itu tidak memprejudiskan bukan sahaja Plaintif
tetapi Defendan juga.

[68] Mengenai isu Perlanjutan Tempoh Pajakan yang belum


diuruskan, seperti Mahkamah telah sentuh sebelum ini, ianya adalah
formality sahaja dan “in the matter of course”. Apa pun tempoh
pajakan tersebut masih lagi sah sehingga 26/2/2018. Perkara ini diakui
oleh pihak Plaintif.

[69] Justeru itu Mahkamah tidak nampak apakah prejudis yang telah
diakibatkan oleh Defendan terhadap Plaintif. Namun apa yang ketara
ialah Plaintif telah menggunakan alasan-alasan yang disebutkan di
atas untuk membatalkan Perjanjian dengan Defendan.

[70] Justeru itu, diakhir perbicaraan, Mahkamah memutuskan bahawa


pihak Plaintif, diatas imbangan kebarangkalian gagal membuktikan
tuntutannya terhadap Defendan. Dengan itu, tuntutan Plaintif ditolak.

v) Tuntutan Balas Defendan terhadap Plaintif.

[71] Defendan telah membuat tuntutan balas terhadap Plaintif untuk


satu Perlaksanaan Spesifik diatas sebab keengganan Plaintif

23
[2017] 1 LNS 747 Legal Network Series

meneruskan Perjanjian tersebut, baki harga jualan saham sebanyak


RM4,000,000, ganti rugi am, faedah dan kos.

[72] Bagi Perlaksanaan Spesifik, adalah menjadi undang-undang


mantap bahawa pihak yang memohon perintah sedemikian perlu
membuktikan ke tahap kepuasan Mahkamah bahawa ia berkemampuan
serta bersedia dan bersetuju untuk melaksanakan perjanjian tersebut
(lihat Specific Relief Act 1950, MMI Industries Sdn Bhd vs. Let Sin
Industries Sdn Bhd, Ganam d/o Rajamany vs. Somoo s/o Sinnah
[1984] 2 MLJ 290).

[73] Berlandaskan nas undang-undang yang dirujuk diatas,


Mahkamah mempunyai budi bicara untuk membenarkan Perlaksanaan
Spesifik. Di dalam kes ini TRSB telah digulungkan pada 16.7.2014.
Terdapat perintah “stay” diberikan bagi Perintah penggulungan
syarikat tersebut. Walau bagaimana pun dari segi realitinya,
Mahkamah tidak berapa yakin syarikat TRSB boleh beroperasi
dimasa-masa hadapan, seperti biasa seolah-olah tiada perintah
penggulungan dibuat. Ini kerana Perintah “stay” tertakluk kepada apa
yang dimohon berdasarkan kemampuan oleh pihak-pihak. “Stay” tidak
bermaksud perintah penggulungan syarikat tidak diberikan.

[74] Di dalam kes The Ayer Molek Rubber Company Berhad v.


Bintang-Bintang Sdn Bhd (J-02-1279-06/2012) Mahkamah Rayuan
menyatakan sebagaimana berikut:

“It is well settled that the order for stay does not have retrospective
effect and it is clear that it has only prospective effect. Because it
does not have retrospective effet the Court when granting the stay is
obliged to consider the events from the date winding-up petition was
filed until the date of stay inclusive of any issues which have to be
dealt with under section 223 of CA 1965. And if stay is granted it can
be on terms. The parties to the stay application must be vigilant to
obtain the relevant terms. For example, (i) in the instant case where

24
[2017] 1 LNS 747 Legal Network Series

the first stay was obtained pending appeal, a term could have been
incorporated in the order that the company be restrained from
disposing of its landed property; (ii) to validate any of its transactions
from the date of commencement of winding up proceedings until the
interlocutory or final stay is granted. We will go to the extent of
saying when Court is minded to grant the stay it will be prudent to
ensure that the past acts of the company after the commemcement of
the winding up has been regularized to ensure no disputes as the
instant case will arise.”

[75] Di dalam kes penggulungan syarikat, pemegang saham bukan


lagi menjadi keutamaan tetapi pemiutang. Apa guna saham-saham
tersebut terus dipindah milik sekiranya syarikat telah digulungkan.
Pada keadaan biasa, semua perjanjian akan terbatal akibat ‘operation
of law’ apabila syarikat digulungkan.

[76] Oleh yang demikian, Mahkamah memutuskan tuntutan balas


Defendan tidak wajar diberikan kerana pihak-pihak khususnya
Defendan tidak dapat memberi fakta yang meyakinkan berkaitan isu
penggulungan syarikat tersebut. Walaupun kes ini bukan melibatkan
perjanjian oleh syarikat, tetapi saham syarikat merupakan “subject
matter” perjanjian tersebut.

G. KESIMPULAN

[77] Sebagai kesimpulan, tuntutan Plaintif ditolak dan tuntutan balas


Defendan juga ditolak. Diatas persetujuan pihak-pihak, tiada perintah
terhadap kos.

Bertarikh: 31 MEI 2017

25
[2017] 1 LNS 747 Legal Network Series

(AHMAD BACHE)
Pesuruhjaya Kehakiman
Mahkamah Tinggi Malaya Kota Bharu

KAUNSEL:

Bagi pihak plaintif - Hisham Fauzi; T/n Hisham Fauzi & Associates
Tingkat 2, Kompleks Niaga Lembaga
Tabung Haji, Jalan Pati,
15000 Kota Bharu, Kelantan.

Bagi pihak defendan - Nik Ab Hafiz Nik Mohammad; T/n Tabian Tahir
& Co
Suite 3542-D, 1 st Floor, Jalan Telipot,
15150 Kota Bharu, Kelantan.

Kes-kes yang dirujuk:

Berjaya Times Square Sdn Bhd vs. M. Concept Sdn Bhd [2010] 1 CLJ
269

Araprop Development Sdn Bhd v. Leong Keong & Yang Lain [2008] 1
MLJ 783

The Ayer Molek Rubber Company Berhad v. Bintang-Bintang Sdn Bhd


(J-02-1279-06/2012)

MMI Industries Sdn Bhd vs. Let Sin Industries Sdn Bhd, Ganam d/o
Rajamany vs. Somoo s/o Sinnah [1984] 2 MLJ 290

Perundangan yang dirujuk:

Akta Syarikat 1965, s. 243

26

You might also like