Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Kritikan terhadap dasar kerajaan Brooke dalam menghapuskan pelanunan di

Sarawak pada abad ke-19

Lawrence Law Sze Yung

IPG Kampus Batu Lintang, Jalan College, 93200 Kuching, Sarawak

ABSTRAK

Kajian ini membincangkan tentang kritikan terhadap dasar kerajaan Brooke dalam
menghapuskan pelanunan di Sarawak pada abad ke-19. Pendekatan kualitatif dan
hermeneutik dengan reka bentuk kajian sejarah melalui analisis dokumen dan
manuskrip telah dipilih untuk menjawab persoalan dalam penulisan ini. Kajian ini
mendapati bahawa dasar kerajaan Brooke dalam menghapuskan perlanunan di
Sarawak telah dikritik oleh pelbagai pihak yang terdiri daripada pegawai tinggi
British, pihak akhbar, pertubuhan bukan kerajaan, golongan agama dan ahli-ahli
politik British. Kajian ini juga mendapati bahawa pihak yang menyokong tindakan
kerajaan Brooke berpendapat bahawa dasar tersebut adalah wajar untuk
mempertahankan kedudukan kerajaan dan sebagai langkah melindungi kegiatan
perdagangan dan mewujudkan keamanan di Sarawak.

Kata kunci: Pelanunan, Amalan Berburu Kepala, Ekspedisi Perang

You might also like