Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

MINIT MESYUARAT BIDANG TEKNIK DAN

VOKASIONAL BIL 1/2023

TARIKH : 22/03/2023
HARI : ISNIN
MASA : 2.30PM

KEHADIRAN :

1. En. Azuddin bin Sena Pon (GKMP Teknik Dan Vokasional)


2. Pn. Najihah binti Sulaiman (K.P Perniagaan )
3. Pn. Nur Nadiah binti Abd Aziz (K.P Sains Rumah Tangga)
4. Pn. Azezillah binti Abdullah (K.P Sains Komputer dan ASK)
5. Pn. Norwati binti Ab. Rahim (K.P Reka Bentuk dan Teknologi)
6. Pn. Jamaliah binti Sakirin
7. En. Zamri Bin Husin

TIDAK HADIR :

8. Pn. Sumarni binti Mohamad Nor (K.P Ekonomi &


Prinsip
Perakaunan)
9. En Mohd Syamil Izmi Bin Abu Zaki

AGENDA1: Ucapan GKMP Teknik dan Vokasional– En. Azuddin bin Sena Pon

1.1 GKMP mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan kehadiran semua guru dan
GKMP ke Mesyuarat Bidang Teknik dan Vokasional bilangan 1/2023. Beliau
mengucapkan terima kasih kepada semua guru kerana menjalankan tugas dengan baik
sepanjang 2022/2023..

2. Pengesahan Minit Mesyuarat

2.1 Pn. Jamaliah mencadangkan agar minit mesyuarat bil 1 / 2023 disahkan. Pn.
Norwati menyokong cadangan tersebut.

3. Perkara Berbangkit

3.1 En Azuddin mengingatkan bahawa setiap subjek menjalankan PLC sekurang-


kurangnya 4kali setahun.

3.2 Selain itu beliau turut mengingatkan bahawa buku nota dan latihan wajib dihantar untu
pemeriksaan GKMP sebanyak 2 kali setahun mengikut jadual yang telah disediakan.

AGENDA 2: Perbincangan Profesional

2.1 Pelantikan AJK TVET

2.1.1 En Azuddin memaklumkan pelantikan Pn Najihah secara rasmi sebagai ketua panitia
TVET bagi sesi 2023/2024.

-1-
2.1.2 En Azuddin juga bersetuju selepas berbincang dengan semua ahli untuk melantik
setiusaha atau pencatat minit mengikut urutan Ketua panitia masing-masing.

Tindakan : Ahli Panitia


AGENDA 3 : Rancangan Pengajaran Harian (RPH)

3.1 Fail RPH

3.1.1. En Azuddin mengingatkan semua ahli panitia untuk menyiapkan fail rancangan mengajar
yang telah diumumkan di dalam “group” rasmi sekolah SMKP

3.1.2. En Azuddin juga memberitahu bahawa semua guru perlu menyediakan dua fail iaitu fail nipis
untuk RPH mingguan dan fail besar untuk Fail Rekod Persediaan Mengajar (FRPM) Fail-fail
ini diselaraskan untuk semua unit panitia.

3.1.3 Fail nipis yang berisi RPH itu perlu dihantar pada setiap hari Jumaat sebelum 12.15pm
kepada GKMP untuk disemak
Tindakan : Ahli Panitia

AGENDA 4 : Dokumen Standard Kurikulum/Sukatan Pelajaran/Huraian Sukatan


Pelajaran

4.1 En Azuddin juga meningatkan semua guru untuk mencetak DSKP dan RPT setiap
subjek yang diajar dan disimpan di dalam FRPM

4.1.1 RPT juga perlu disediakan mengikut tahun semasa dan disediakan oleh guru sendiri

Tindakan : Ahli Panitia


AGENDA 5: Buku Nota & Latihan

5.1 Ahli panitia diingatkan agar dapat membuat semakan buku dan mengingatkan semua
buku nota dan latihan perlu dihantar seperti yang telah dijadualkan.

5.2 Ahli panitia diingatkan agar menyemak buku latihan sekurang-kurangnya 2 kali
sebulan
dan diminta agar mengingatkan murid menulis indeks. Guru-guru perlu tandatangan,
menulis tarikh dan komen setiap kali semakan dilakukan.
Tindakan : Ahli Panitia
AGENDA 6 : Takwim Peperiksaan

6.1 En Azuddin memaklumkan bahawa ujian peperiksaan pada sesi 2023/2024 ialah
sebanyak 4 kali iaitu UD1, UPSA1, UD2, UASA dan jadual pengubal soalan
disediakan
oleh Ketua Panitia.

6.2. Semua jawapan UASA jika ada perubahan perlu dibincangkan oleh ahli panitia dan di
maklumkan kepada ahli panitia

6.3. En Azuddin turut mengingatkan ahli panitia untuk membuat soalan mengikut
format terbaru.

-2-
Tindakan : Ahli Panitia

AGENDA 7: PBD

7.1 Semua guru wajib menjalankan pentaksiran setiap sesi PDPC dijalankan. Borang
transit perlu disediakan dan diingatkan agar murid yang mendapat TP3 boleh
dipertingkatkan lagi tahap penguasaannya lebih tinggi lagi, eviden dalam buku nota
dan latihan boleh digunakan.

7.2. Ahli juga diingatkan untuk menjalankan PBD secara berterusan di dalam kelas dan
hasil
dari pentaksiran itu disimpan didalam borang transit.

7.3. Borang transit perlu di simpan didalam file perkembangan murid mengikut kelas dan
soalan-soalan PBD untuk RBT adalah selaras dan perlu dibincangkan di peringkat
panitia.

7.4 Murid yang mendapat TP5 atau TP6, perlu sediakan ada evidens.

Tindakan : Ahli Panitia

AGENDA 8: Pengurusan Fail Panitia

8.1 Semua Ketua panitia sila kemaskini fail masing-masing


Tindakan : Ketua Panitia

AGENDA 9 : OPPM & Perancangan strategik

9.1 En Azuddin mengingatkan Ketua Panitia agar menyediakan OPPM dan


perancangan strategik untuk tahun 2023/2024

9.2 Beliau juga mengingatkan Ketua Panitia untuk cetak dan simpan di dalam file
panitia subjek masing-masing.

Tindakan : Ketua Panitia


AGENDA 10 : Anggaran perbelanjaan

10.1 Setiap pembelian perlulah mengikut prosedur yang betul iaitu melalui nota minta dan
mengikut prosedur yang betul . Ketua panitia perlu menyediakan anggaran perbelanjaan
panitia masng-masing

Tindakan : Ahli Panitia

AGENDA 11 : Pemantauan Dan Pencerapan

11.1 Tarikh pencerapan dan pemantauan boleh dirujuk dalam takwim, pencerapan
dilaksanakan 2 kali setahun . Makluman untuk semua ahli panitia juga, semakan buku
akan ilakukan 2 kali setahun.

Tindakan : Ahli Panitia

-3-
AGENDA 12 : Minggu STEM

12.1 En Azuddin memaklumkan pada semua ahli bahawa minggu STEM akan melibatkan
3 bidang serentak selama 3 minggu iaitu bidang Bahasa, Bidang Science dan Math
dan Teknik Vokasional.

12.2. Minggu STEM ini akan diadakan pada 5hb Jun sehingga 23hb Jun.

Tindakan : Semua Ahli Panitia

AGENDA 13 : Mematuhi Masa Instuctions (MMI)

13.1. Ahli panitia diingatkan agar mematuhi jadual waktu persendirian dengan
sepenuhnya.

Tindakan : Ahli Panitia

AGENDA 14 : Bilik-bilik Khas

14.1. En Azuddin menyenaraikan Bilik-bilik Khas yang dijaga oleh guru iaitu :

Bilik Hidroponik : En Zamri


Bilik Elektrik : En Azuddin
Bilik Teknologi Pembuatan : Pn Norwati
Bilik Jahitan dan Pakaian : Pn Nur Nadiah
Bilik Masakan : Pn Jamaliah
Makmal Komputer : Pn Aziezillah

Tindakan : Makluman Ahli Panitia

AGENDA 15 : PLC

15.1 En Azuddin memaklumkan bahawa setiap panitia perlu mengadakan PLC sesame ahli
sekurang-kurangnya 4 kali setahun dan perbincangan itu perlu melibatkan
perbincangan professional.

Tindakan : Ketua Panitia


AGENDA 16 : Hal-hal Lain

16.1 Pn Norwati bertanyakan pendapat tentang komponen kerja kursus RBT sama ada ahli
panitia bersetuju untuk membeli komponen secara “loose” , D.I.Y mahupun barang
recycle bagi projek kerja kursus tingkatan 1,2 dan 3

16.2 Pn Aziezillah mencadangkan untuk subject SK tingkatan 4 dan 5 diajar oleh En Syamil
kerana beliau lebih mengenali pelajar sepanjang mengajar ASK dari tingkatan 1,2 dan 3.
Namun terdapat sedikit kekangan kerana beliau sedang menyambung pengajian dalam
-4-
master

16.3 Pn Jamaliah juga memaklumkan bahawa kerja kursus tingkatan 5 akan beliau
dilaksanakan sebelum bersara namun penyelarasan akan diselaraskan oleh Pn Nadiah
laksanakan.

16.4 Pn Nadiah memaklumkan dan bertanyakan pendapat tentang kekurangan kerusi dan meja
untuk bengkel jahitan. Jika masalah tidak dapat diselesaikan, En Azuddin meminta Pn
Nadiah untuk memohon sumbangan dari PIBG.

Ucapan Penangguhan

Mesyuarat diakhiri dengan ucapan terima kasih dan ditangguhkan pada pukul 4.19pm

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………………….. ……………………………………..
(PN. NUR NADIAH ABDUL AZIZ) (EN.AZUDDIN BIN SENA PON)
GKMP TVET

-5-
-6-
-7-
Setiausaha Panitia Teknik dan Vokasional

Disemak dan disahkan oleh

…………………………………………………….
EN. AZUDDIN BIN SENA PON
GKMP Teknik dan Vokasional SMK Pernu, Melaka

-8-

You might also like