Surat Makluman Ibu Bapa Kerja Kursus

You might also like

Download as rtf, pdf, or txt
Download as rtf, pdf, or txt
You are on page 1of 2

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PERNU

75460 MELAKA
KO
KOD SEKOLAH: MEA2102 No. Tel : 06-2615016
EMAIL: MEA2102@moe.edu.my No. Faks : 06-2615017
_____________________________________________________________________________________________________

Ruj. Kami : SMKP.001


Tarikh : 07 Julai 2023

Kepada :
Semua Ibu Bapa / Penjaga
Semua Murid Perniagaan Tingkatan 5 UM/UPM
SMK Pernu

Tuan,
MAKLUMAN KERJA PROJEK MPEI : PERNIAGAAN KERTAS 3
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2023

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Penilaian Kerja Kursus SPM akan bermula tahun
ini.

2. Penilaian kerja kursus ini akan bermula pada bulan Julai ini dan berakhir pada awal bulan
Oktober bagi murid-murid Tingkatan 5 UM dan 5 UPM.

3. Skor yang diperolehi murid akan direkodkan dan dimasukkan dalam Sijil Peperiksaan
Malaysia (SPM). Pihak sekolah akan mengeluarkan sijil yang berasingan, khas untuk kerja projek
tersebut.

4. Untuk makluman, pihak sekolah berharap pihak Tuan/ Puan dapat memantau kehadiran
dan perjalanan kerja projek Perniagaan anak-anak jagaan Tuan berjalan mengikut tarikh yang
telah ditetapkan berdasarkan jadual yang dilampirkan. Dengan ini, kehadiran anak-anak jagaan
Tuan adalah penting agar tidak ketinggalan apabila pentaksiran sedang dijalankan.

5. Segala keprihatinan dan kerjasama daripada pihak tuan didahului dengan ucapan terima
kasih dan setinggi-tinggi penghargaan.
Sekian, Terima Kasih.

"MALAYSIA MADANI"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
"MELAKAKU MAJU JAYA, RAKYAT BAHAGIA, MENGGAMIT DUNIA"
"BIJAK LAKSANA TUAH, BERANI LAKSANA JEBAT"

Saya yang menjalankan amanah,

( HAJI JASMI BIN HUSIN )


Pengetua
SMK Pernu,
Melaka.

sk. -
"MALAYSIA MADANI"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
"MELAKAKU MAJU JAYA, RAKYAT BAHAGIA, MENGGAMIT DUNIA"
"BIJAK LAKSANA TUAH, BERANI LAKSANA JEBAT"

Saya yang menjalankan amanah,

( HAJI JASMI BIN HUSIN )


Pengetua
SMK Pernu,
Melaka.

sk. -

You might also like