Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Islam Wetu Telu bermaksud Islam Waktu Tiga atau disebut juga sebagai Islam Sasak.

Wetu
ialah waktu manakala Telu ialah Tiga. Ajaran Islam Wetu Telu merupakan ajaran yang
diamalkan di Pulau Lombok Indonesia.

Ada juga yang berpendapat pengikut Wetu Telu hanya menjalankan 3 asas ajaran Islam
sahaja iaitu mengucap 2 kalimah syahadat, berpuasa dan solat. Namun bagi pengamal Wetu
Telu, mereka menafikan perkara tersebut dan menurut mereka lagi, mereka menjalankan
ajaran Islam berdasarkan Al Quran, AS Sunnah dan juga Ijmak.

Pengamal Islam Wetu Telu mengatakan bahawa Wetu Telu itu bukanlah bermaksud mereka
hanya mengamalkan 3 rukun Islam sahaja tetapi Wetu Telu itu sebenarnya mendukung
falsafah 3 jenis kemunculan hidup iaitu melahirkan, bertelur dan tumbuh dari biji.

Erni Budiwanti ( 2011 ) berpendapat bahawa Wetu Telu merupakan sikretikkan agama Islam
dengan adat mereka. Namun persoalannya, adakah semua adat yang masih diamalkan oleh
pengikut Islam Wetu Telu ini bertentangan dengan Islam?

Suku Sasak di Lombok boleh dibahagikan kepada 3 iaitu Sasak Boda, Sasak Wetu Telu dan
Sasak Waktu Lima ( Wetu Limo ). Sasak Boda ialah Sasak yang masih mengamalkan agama
tradisional mereka, Wetu Telu pula ialah Sasak yang sudah menganut agama Islam tetapi
masih berpegang kuat dengan adat dan tradisi lampau mereka dan Islam Lima Waktu pula
ialah Islam sebagaimana yang dipercayai oleh kita.

Antara kepercayaan Wetu Telu ialah:

a. Mereka percaya mati bukanlah perpisahan jasad dan roh. Ini kerana mereka percaya
bahawa jiwa orang mati itu sebenarnya masih mampu untuk mempengaruhi orang hidup
seperti anak dan cucu mereka. Oleh itu, mereka sangat menghormati roh leluhur mereka.

b. Pakaian merupakan aspek penting untuk menghormati Allah, syurga dan juga roh nenek
moyang. Oleh itu biasanya mereka akan memakai pakaian Umbaq Kombong yang diperbuat
daripada daun lontar.
Orang Wetu Telu dengan tegas mengakui bahawa mereka memang mengamalkan ajaran
daripada Nabi Muhammad dan mereka sendiri solat lima waktu sehari bukannya tiga waktu
sebagaimana yang dituduh.

Tuduhan ini mungkin mula berakar sejak zaman order baru. Pada waktu itu, Suharto memang
dengan keras membanteras fahaman komunis. Jadi salah satu yang sering menjadi penyokong
komunis ialah mereka yang kuat berpegang kepada adat. Jadi kerajaan Indonesia pada waktu
itu dengan aktif telah melancarkan “perang” terhadap golongan adat ini dengan melemparkan
pelbagai tuduhan yang tidak berasas. Antara yang terpalit ialah geng Islam Wetu Telu ini.

Kesimpulan yang boleh dibuat ialah, Islam Wetu Telu sebenarnya lebih kepada falsafah adat
suku Sasak bukanlah soal beragama. Mereka mengamalkan adat dan budaya mereka dan
dalam masa yang sama mereka turut mengamalkan ajaran Islam dengan menunaikan perintah
yang dituntut oleh agama.

Kini hanya tinggal beberapa kerat sahaja yang kebanyakannya ialah orang tua. Ini disebabkan
dakwah yang berterusan yang dilakukan oleh Islam Wetu Limo dan juga kempen daripada
pihak pemerintah.

Saya harap perkongsian ini bermanfaat kepada kita semua, jika anda rasa perkongsian ini
menarik, sila tekan tombl subsrice, like dan share.

You might also like