Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

PEPERIKSAAN PSV TINGKATAN 2 1

BAHAGIAN A :
( 40 markah )

Arahan: Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A, B, C dan D . Pilih satu jawapan yang
terbaik bagi tiap-tiap soalan .
Lorekkan jawapan yang betul pada kertas OMR.

1 Apakah istilah yang digunakan bagi hiasan dalam seni kraf atau karya seni .

A Motif
B Kelarai
C Ornamen
D Seni ragam hias

2 Maklumat di bawah tentang bahagian pada perahu.


Apakah nama bahagian tersebut ?

mengikat layar, sauh dan meletakkan tiang layar.

A Badan
B Okok
C Caping
D Bangau

3 Pilih antara berikut alat permainan yang mempunyai seni ragam hias .
I Wau A I dan II
II Konda kondi B I dan IV
III Sepak raga C II dan III
IV Congkak D III dan IV

4 Dimanakah kedudukan seni ragam hias pada gasing di bawah ?

PEPERIKSAAN PSV TINGKATAN 2 2


5 Ukiran yang sering digunakan di hadapan perahu untuk tujuan mengangkut galah panjang dan pukat
serta sebagai hiasan dan makna tersendiri ialah..

A Helang
B Ikan
C Bangau
D Matahari

6. Apakah fungsi seni ragam hias pada beca atau kereta lembu?

A Untuk keselamatan penumpang


B Untuk menunjukkan kemahiran pereka kenderaan itu
C Untuk menunjukkan identiti bangsa
D Untuk nilai estetika dan menarik perhatian

7. Ukiran motif pergunungan yang terdapat pada bahagian atas jebak puyuh menggunakan teknik
__________________ bersilat.
A picitan
B tebuk tembus
C geometri
D Awan larat

8. Ukiran motif seni ragam hias yang terdapat pada rehal ialah….……………
A Figuratif
B Pergunungan
C Geometri
D Fauna

PEPERIKSAAN PSV TINGKATAN 2 3


9. Antara alat tradisional di bawah yang manakah digunakan di dapur rumah ?
I Rehal A I dan II
II Kukuran B I dan IV
III Acuan putu C II dan III
IV Congkak D III dan IV

10 Pilih maklumat yang betul tentang seni lukisan .


I Asas pada penghasilan karya lain A I dan II
II Mengambar menggunakan media basah B I dan IV
III Hanya boleh dihasilkan secara manual C II dan III
IV Mengambar menggunakan media kering D III dan IV

11 Media di bawah untuk melukis .

A Titik
B Garisan
C Gosokan
D Contengan

Media : Arang dan pastel

12. Media yang digunakan dalam lukisan gua di dalam Gua Tambun, Perak ialah…
A kapur
B krayon
C arang
D hematit

13. Definisi Lukisan adalah…..

A Teknik menggambar atau hasil kerja seni yang menggunakan pelbagai media kering.
PEPERIKSAAN PSV TINGKATAN 2 4
B Teknik menghasilkan karya menggunakan media basah.
C Karya seni berbentuk 2 dimensi atau 3 dimensi.
D Karya seni yang dihasilkam boleh dilihat dipelbagai sudut.

14.Karya Kelambu 1964, soft pastel adalah karya..


A Dzulkifli Buyong
B Abdullah Arif
C Datuk Lat
D Saidin Yahya

14. Siapakah pelukis yang telah menghasilkan siri komik untuk majalah Guru dengan judul “Puteri
Langkawi” ?..
A Syed Ahmad Jamal
B Abdullah Arif
C Datuk Lat
D Saidin Yahya

15. Manakah antara media berikut digunakan untuk menghasilkan karya lukisan?

A Tempera
B Cat
C Akrilik
D Krayon

16. Berdasarkan lukisan di bawah, apakah tajuk buku yang dihasilkan kartunis itu ?

A Lat house
B Kampung boy
C Lots more Lat
PEPERIKSAAN PSV TINGKATAN 2 5
D Keluarga Si-Mamat

17 Apakah gaya catan moden di Malaysia sebelum negara mencapai kemerdekaan ?

A Aliran Ekspresionisme
B Aliran Impresionisme
C Aliran Surealisme
D Aliran Kubisme

18. Maklumat di bawah tentang tokoh catan Malaysia pada tahun 1950-an.
Siapakah tokoh catan tersebut ?
A Zakariah Noor
B Chuah Thean Teng
C Tay Hooi Keat
D Syed Ahmad Jamal

Mempelopori penggunaan teknik membatik dalam karya seni halus

19.Manakan antara berikut merupakan ciri-ciri catan cat minyak .

A Legap dan cair


B Lutsinar dan cair
C Legap dan lambat kering
D Lutsinar dan cepat kering

20. Mengapakah lakaran pensel tidak boleh tebal jika menghasilkan catan cat air .

A Menjimatkan masa melakar


B Supaya catan lebih cepat kering
C Kesan pensel boleh bercampur dengan cat air
D Mengelakkan kesan pensel dari kelihatan

21.Cat akrilik ialah…..

A Cat yang dihasilkan daripada minyak


B Cat yang dicampur dengan air
C Cat sintetik yang berasaskan air.
D Cat yang berasal daripada bahan-bahan dan sumber semula jadi

22. Apakah tema yang sering menjadi pilihan pelukis Abdullah Ariff dan Yong Mun Sen ?

I Potret A I dan II

PEPERIKSAAN PSV TINGKATAN 2 6


II Alam semula jadi B I dan IV
III Aktiviti kehidupan seharian C II dan III
IV Perayaan dan budaya tempatan D III dan IV

23.Teknik cat air yang menghasilkan kesan lut sinar dan sukar dikawal sapuan warnanya ialah……………..
A Basah atas basah
B Kering atas basah
C Basah atas kering
D Kering atas basah

24. Pelukis cat air yang gemar menjadikan bunga orkid sebagai tema kerjayanya ialah …………….
A Khaw Sia
B Kuo Ju Ping
C Yong Mun Sen
D Abdullah Ariff

25. Syed Ahmad Jamal pernah menghasilkan sebuah karya bertajuk ‘Joget” pada tahun 1957. Apakah media
yang beliau gunakan untuk karya tersebut?

A Cat air
B Cat minyak
C Batik
D Media campuran

26. Apakah kelebihan seni cetakan berbanding seni halus yang lain ?

A Kos bahan yang murah


B Mudah kering dan mudah di bingkai
C Boleh menghasilkan banyak kepingan karya
D Boleh dicetak pada semua permukaan bahan

27.Kaedah yang paling sesuai untuk mencetak baju t-shirt adalah cetakan ………………..

A kalograf
PEPERIKSAAN PSV TINGKATAN 2 7
B gurisan lino
C sutera saring
D akuatin

28.
 Potongan kayu
 Potongan lino
 Gurisan kayu
 Kolaj

Ciri -ciri di atas merujuk kepada kaedah dan teknik bagi cetakan…………………………
A timbulan
B permukaan
C benaman
D saring

29. Apakah istilah dalam seni cetakan berdasarkan pernyataan di bawah ?

A Helaian
Cetakan boleh dihasilkan B Salinan
dalam beberapa keping C Edisi
D Siri

30.Maklumat di bawah menerangkan tentang satu proses cetakan .

 Menggunakan pemidang skrin


 Sekuji digunakan bagi meratakan dakwat

Apakah kaedah cetakan tersebut ?

A Timbulan
B Benaman
C Permukaan
D Saring sutera

31. Antara berikut pilih maklumat yang berkaitan dengan seni cetakan.

I Bersifat tiga dimensi A I dan II


II Menggunakan pewarna air B I dan IV
III Menggunakan blok perantara C II dan III
IV Karya boleh diperbanyakkan D III dan IV
PEPERIKSAAN PSV TINGKATAN 2 8
32.Fungsi sekuji ialah……

A Alat mengukir plat


B Untuk mencairkan dakwat cetak
C Menyapu dakwat atau warna
D Meregangkan pemidang

33.Manakah antara berikut ialah teknik dalam keadah cetakan saring sutera?

A Gurisan asid
B Foto emulsi
C Potongan lino
D Line engraving

34.Ergonomik bermaksud ……………………………………..

A Sains yang berkaitan degan mereka bentuk dan menyusun atur sesuatu perkara supaya
pengguna boleh menggunakannya secara mudah dan selamat.
B Nilai estetik reka bentuk agar susunan lebih cantik dan indah mata memandang.
C Keindahan reka bentuk landskap yang mempunyai pelbagai fungsi untuk digunakan dalam
kehidupan seharian.
D Prinsip reka bentuk yang mencetuskan ilham kepada perekanya agar hasil rekaan menjadi
lebih cantik dan menarik.

35.Apakah peranan reka bentuk landskap berdasarkan nilai estetikanya?


I Mengawal pencemaran A I dan II
II Mengawal hakisan tanah B I dan IV
III Mencantikkan pemandangan C II dan III
IV Membentuk ruang lebih menarik D III dan IV

PEPERIKSAAN PSV TINGKATAN 2 9


36.Manakah antara berikut ialah landskap kejur?

A Pokok palma
B Ikan dalam kolam
C Arca
D Tumbuhan renek

37.Apakah yang dimaksudkan landskap lembut?

A Elemen - elemen yang hidup


B Elemen - elemen yang keras atau bukan hidup.
C Elemen - elemen yang canting dan bernilai estetika tinggi
D Elemen - elemenyang mempunyai motif harmoni dan menyenangkan

38 Terdapat beberapa konsep dalam reka bentuk hiasan dalaman iaitu:


I tradisional A I dan II
II moden B I dan IV
III klasik C I, II dan III
IV kontemporari D Semua di atas

39 Fungsi reka bentuk dalaman ialah…


I Beri keselesaan kepada penghuni dan pengunjung A I dan II
II Mengubah rumah mewah menjadi kusam B I dan IV
III Menyempitkan ruang yang luas C I, II dan III
IV Menjadikan ruang menjadi lebih luas D Semua di atas

40.Perkara yang manakah salah mengenai prinsip dan elemen hiasan dalaman?
A Imbangan
PEPERIKSAAN PSV TINGKATAN 2 10
B Semula jadi
C Harmoni
D Pengulangan

PEPERIKSAAN PSV TINGKATAN 2 11


Bahagian B
(40 markah).

Arahan: Bahagian ini mengandungi 2 soalan. Jawab dua-dua soalan.


Siapkan dengan cantik dan sempurna semua di bahagian ini.

Soalan 1.
Menggunakan media basah menggunakan satu atau gabungan teknik cat air untuk
menghasilkan karya bertemakan buah-buahan.

PEPERIKSAAN PSV TINGKATAN 2 12


Soalan 2.
Berpandukan panduan dalam kotak Petunjuk di bawah, lukis bentuk simbol landskap dan
warnakannya dengan terang dan cantik dalam ruangan yang disediakan.

KOLAM

Petunjuk:

Pokok Rumput
Tumbuhan Renek

Palma Bangunan
Landskap kejur (lantai)

PEPERIKSAAN PSV TINGKATAN 2 13

You might also like