Peraturan Permainan Sukan Staf Siri 4

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

PERATURAN PERMAINAN

KAROM (LELAKI) – 1 orang

1. Terdapat 9 biji buah karom berwana putih / hitam bagi setiap pemain.

2. Semua buah perlu diletakkan di base (dinding belakang) dekat pemain.

3. Setiap pemain perlu memasukkan semua buah mengikut warna pilihan, tanpa perlu lessen.

4. Buah merah perlu dimasukkan sekali sahaja dengan cara memasukkan buah merah terus dan diikuti
buah warna pemain.

5. Jika tidak berjaya, maka buah merah perlu diletakkan kembali dan pemain hilang giliran. Jika Berjaya,
buah merah perlu diletakkan kembali untuk pemain lawan perlu memasukkannya dengan cara ke-4.
Hanya sekali sahaja diperlukan. Jika kedua-dua pemain telah memasukkannya, maka buah merah perlu
dikeluarkan.

6. Jika pemain memasukkan buah warna lawan, sebiji buah warna pemain tersebut perlu diganti dan
pemain hilang giliran.

7. Jika buah pemain terkeluar dari papan, pemain perlu meletakkan semula di base ikut warna pemain.

8. Jika stiker dimasukkan, sebiji buah perlu diganti dan pemain hilang giliran.

9. Pemain yang berjaya menghabiskan buah karom akan dikira sebagai pemenang.

KAROM (PEREMPUAN) – 1 orang

1. Terdapat 3 biji buah karom berwarna putih/hitam bagi setiap pemain.

2. Kesemua buah karom termasuk buah merah akan diletakkan di tengah-tengah.

3. Selepas dipecahkan, buah merah akan dikeluarkan.

4. Pemain perlu memasukkan semua buah karom mengikut warna pilihan.

5. Jika pemain mengeluarkan buah lawan dari papan, sebiji buah pemain tersebut perlu diganti dan
diletakkan di tengah dan pemain hilang giliran.

6. Jika pemain memasukkan striker, sebiji buah warna pemain tersebut perlu diganti dan pemain hilang
giliran.

7. Pemain yang berjaya menghabiskan buah karom akan dikira sebagai pemenang.
CONGKAK (LELAKI / PEREMPUAN) – 1 orang lelaki / 1 orang perempuan

1. Setiap pemain perlu menghabiskan buah lawan.

2. Pemain yang dapat mengumpul paling banyak buah akan dikira sebagai pemenang.

DAN AJI (LELAKI / PEREMPUAN) – 1 orang lelaki / 1 orang perempuan

1. Dam aji yang akan dimainkan adalah dam aji panjang.

2. Jika pemain tidak makan makan buah akan dicabut.

3. Setelah berjaya aji, buah tersebut boleh bergerak lebih jauh.

4. Pemain yang berjaya menghabiskan buah lawan adalah dikira pemenang.

5. Perlawanan adalah secara “Best Of Three”

BATU SEREMBAN (LELAKI / PEREMPUAN) – 3 orang lelaki / 3 orang perempuan

1. Setiap pemain akan dibekalkan dengan 5 biji batu seremban.

2. Pemain akan diberikan 3 kali percubaan.

3. Kiraan yang paling tinggi akan direkodkan.

4. Jumlah mata pasukan akan dikumpulkan (ketiga-tiga peserta)

5. Mata kiraan pasukan yang paling tinggi adalah pemenang.

You might also like