Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Daripada: uwaisalmateen 09@yahoo.

com
Kepada: aidilrizqi_0195@gmail.com
Subjek: Keistimewaan permainan tradisional

Apa khabar, Aidil? Semoga keluarga awak sihat dan sejahtera. Saya dan keluarga saya sihat walafiat.
Kepentingan permainan tradisional sebagai warisan budaya Malaysia.Permainan tradisional
melambangkan adat, budaya dan identiti sesuatu bangsa.Contohnya,permainan gasing.Bak kata
peribahasa,tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.Tuntasnya, permainan tradisional merupakan warisan
leluhur yang perlu dilestarikan untuk tatapan generasi akan datang.
Keistimewaan permainan tradisional seterusnya ialah dijadikan sebagai hiburan untuk mengisi masa
lapang. Hal ini demikian kerana, permainan tradisional dapat mengurangkan stres dan menyihatkan tubuh
badan. Sebagai tamsilan, permainan tradisional ialah layang-layang. Sesungguhnya dengan melancong dan
melayani hobi akan menghilangkan tekanan sedikit demi sedikit dan akhirnya hilang langsung, kata
Paralembang pakar psikologi Nusantara. Tuntasnya, permainan tradisional mampu menghilangkan stres
seseorang.
Permainan tradisional merupakan salah satu produk pelancongan.Hal ini demikian,permainan
tradisional boleh mempamerkan keunikan budaya,menggamit pelancong luar. Contohnya,Malaysia
menganjurkan "Pesta Wau Peringkat Malaysia".Jadinya,ini akan menjadi satu cara untuk menarik
pemandangan pelancong luar iaitu di mana ada gula,di situ ada semut.Dengan ini,memang tidak dapat
disangkal lagi bahawa permaianan tradisional menjadi salah satu produk pelancongan yang menguntungkan.
Konklusinya, permainan tradisional dipinggirkan oleh generasi muda. Permainan tradisional
perludilestarikan sebagai warisan nenek moyang yang tidak ternilai. Peribahasa ‘tepuk dada tanya selera’
sesuai menjadi renungan kita semua kerana jika kita masih leka mungkin permainan ini akan terus terkubur.

Sahabatmu,
Uwaisamlmateen

You might also like