Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 7

1.

0 TUJUAN

Kertas kerja ini dikemukakan untuk mengadakan Program Klinik Bola Baling bagi pendedahan
tentang teknik dan taktikal berkesan untuk kemajuan permainan bola baling di SK Penghulu Haji
Darus ( SKPHD )

2.0 PENGENALAN

Kejayaan sesuatu sukan di peringkat sekolah, daerah, negeri dan negara amnya amat bergantung
kepada kualiti pemain yang dilahirkan. Pemain berkualiti mempunyai kemahiran yang tinggi
yang lahir daripada jurulatih yang benar-benar berpengetahuan dan berpengalaman. Jesteru itu,
perlulah program sebegini diadakan di sekolah ini kerana permainan bola baling merupakan
permainan yang baru bagi murid-murid di sini. Melalui klinik ini diharapkan setiap peserta akan
dapat menimba ilmu yang amat berguna daripada jurulatih. Pihak sekolah juga akan mendapat
manfaat daripada pendedahan teknik latihan di dalam program ini. Semoga program ini menjadi
satu usaha awal ke arah melahirkan pemain yang berkualiti terutamanya di Daerah Kubang Pasu.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Memberi pendedahan kemahiran bola baling secara sistematik dan betul kepada
peserta.

3.2 Mendedahkan peserta tentang teknik latihan dari aspek pemakanan, disiplin dan
persedian mental bagi seseorang ahli sukan.

3.3 Menanam minat permainan bola baling dikalangan Warga SKPHD.

3.4 Melahirkan pemain yang bermutu dan berbakat di Daerah Kubang Pasu.

4.0 MATLAMAT

Matlamat program ini adalah untuk memberi pendekatan berkaitan kemahiran bola baling dan
mencungkil bakat di kalangan murid-murid SKPHD. Program ini juga dijalankan seiring dengan
seruan Menteri Pelajaran Malaysia bagi “1 Murid 1 Sukan” untuk meningkatkan potensi setiap
murid dari awal bangku persekolahan.
5.0 BUTIRAN

5.1 Tempat : Padang SKPHD

5.2 Tarikh : 29 September 2014

5.3 Tentatif : Rujuk Lampiran

5.4 AJK : Rujuk Lampiran

6.0 KEWANGAN

6.1 Anggaran Kos Perbelanjaan Klinik Bola Baling

Bil. Perkara Anggaran Kos


1. Sijil dan Hadiah RM 100.00
2. Bayaran Jurulatih RM 100.00
3. Makanan Jurulatih dan Peserta RM 100.00
4. Alatan dan Bola RM 200.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 500.00

7.0 SENARAI JURULATIH

7.1 En. Mohd Kamal bin Abu Bakar – Pengerusi Teknik Kedah ( Lesen Kejurulatihan
Kelas B )
7.2 En. Mohd Shukri bin Abdul Wahab
7.3 En. Mustapa bin Yahaya

8.0 KUMPULAN SASARAN

8.1 Program ini mensasarkan kumpulan murid perempuan SKPHD yang berumur 10
hingga 12 tahun. ( senarai nama rujuk lampiran )
9.0 AKTIVITI PROGRAM

9.1 Aktiviti program ini akan merangkumi aspek :

9.1.1 Latihan asas fizikal/kecergasan

9.1.2 Kemahiran asas bola baling

9.1.3 Undang-undang bola baling

9.1.4 Taktikal bola baling

10.0 PENUTUP

Adalah menjadi harapan agar program ini akan menjadi perintis kepada Pembangunan Bola
Baling di SKPHD dan Daerah Kubang Pasu. Semoga ianya menjadi persiapan yang jitu ke arah
melahirkan pemain yang bermutu bermula dari peringkat rendah dan seterusnya menjadi pemain
yang serba lengkap apabila dewasa.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

………………………………… ………………………….
( MOHD SHUKRI ABDUL WAHAB) ( ABD RAZAK BIN BAKAR )
Penyelaras Bola Baling SKPHD GPK Kokurikulum SKPHD
SK PENGHULU HAJI DARUS

KERTAS KERJA

PROGRAM KLINIK BOLA BALING

1 MURID 1 SUKAN

TEMPAT :

PADANG SK PENGHULU HAJI DARUS

TARIKH :

29 SEPTEMBER 2014
ANJURAN :

KELAB BOLA BALING SKPHD


PROGRAM KLINIK BOLA BALING

1 MURID 1 SUKAN

TENTATIF PROGRAM KLINIK BOLA BALING

MASA AKTIVITI JURULATIH / GURU

8.00 pg – 8.30 pg Pendaftaran peserta En. Mohd Shukri

9.30pg – 11.00pg Latihan Fizikal dan Kecergasan En. Mohd Kamal

11.00pg – 12.30tgh Undang-undang bola baling En. Mustapa

12.30 tgh –2.00 ptg Rehat / makan / solat En. Mohd Shukri
Nor Khairunisa bt. Adnan
2.00 ptg – 3.30 ptg Tayangan Video &
Wan Nur Afiqah bt. Wan
Rustam

4.00 ptg – 6.00 ptg Kemahiran Asas dan Taktikal Bola En. Mohd Kamal
Baling

6.00 ptg Bersurai

PROGRAM KLINIK BOLA BALING

1 MURID 1 SUKAN

SENARAI NAMA MURID

NO NAMA TAHUN
1 ROSLINDA BT. OTHMAN 4B
2 NURUL ASYIQIN BT. FAUZI 4B
3 ALIA MAISARAH BT. ABDUL GHANI 4B
4 KU IMAZIRA BT. KU ISMAIL 4B
5 WAN AMIRA QISTINA BT. MEGAT IZHAM 4P
6 NOR ALIA SHAZLIANA BT. MD ZAIN 5B
7 HUDA NASUHA BT. ABD GHANI 5B
8 SHARIFAH NUR RAIHAN BT. SYED MOHD NAIM 5P
9 NUR ALMA LIYANA BT. NORRIZAM 6B
10 ROSLINA BT. OTHMAN 6B
11 NUR NAJIHAH BINTI MUHAMMAD ASRI 6B
12 NOR HUWAIDA BINTI NORDIN 6B
13 PUTERI NUR AYUNI BT SHAARI 6B
14 NUR FAHANIS BINTI CHEK 6B
15 SUFI NAJIHA BT. SHAFIZAN 6B
16 WAN FARAH NISA BT. MEGAT IZHAM 6B
17 NADIRAH AISYAH BT ROMLI 6B
18 NURUL ASSYUHADA ASMADIANA BT. ROHAIMI 6B
19 NUR ALLYANA BT. MANAF 6P
20 NUR SYAKINAH BT. MOHD NOR 6P

You might also like