Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 7

SULIT / CONFIDENTIAL

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS


PEPERIKSAAN AKHIR
FINAL EXAMINATION
SEMESTER 2 SESI 2022/2023
SEMESTER 2 SESSION 2022/2023
KOD / CODE : UPU3112 KURSUS : FALSAFAH DAN ISU SEMASA

COURSE : PHILOSOPHY AND


CURRENT ISSUES
TARIKH / DATE : MASA : 1 JAM
DURATION : 1 HOUR

ARAHAN / INSTRUCTIONS
1. Kertas ini mengandungi 20 SOALAN OBJEKTIF.
This question paper consists of 20 OBJECTIVE QUESTIONS.

2. Jawab SEMUA soalan.


Answer ALL questions.

3. Jawab SEMUA soalan dalam borang OMR yang disediakan.


Answer ALL questions in the OMR form provided.

4. Kertas soalan ini akan dikumpul semula pada akhir peperiksaan.


Question paper will be collected immediately after the examination.

Kertas soalan ini mengandungi 7 muka surat termasuk muka hadapan


This question paper consists of 7 printed pages including front page

PROGRAM / PROGRAMME:

TAHUN / YEAR: KUMPULAN KULIAH / CLASS GROUP:

NO. PENDAFTARAN / REGISTRATION NO:

NO. KAD PENGENALAN / I.C. NO:

PENSYARAH / LECTURER:

TIDAK DIBENARKAN MEMBUKA SOALAN SEHINGGA DIBERITAHU


DO NOT OPEN THIS QUESTION PAPER UNTIL YOU ARE TOLD TO DO SO

SULIT / CONFIDENTIAL
2
UPU3112 Falsafah dan Isu Semasa

Arahan : Jawab semua soalan. Pilih jawapan yang tepat dan tandakan jawapan dalam
borang OMR. (20 Markah)

1. Perkataan ‘falsafah’ berasal daripada perkataan bahasa Yunani yang secara


terminologinya bermaksud

A. cinta kepada Tuhan.


B. cinta kepada hikmah.
C. cinta kepada kebahagiaan.
D. cinta kepada ilmu pengetahuan.

2. Ilmu falsafah mempunyai pelbagai pentafsiran antaranya ialah

I. menyelesaikan perkara-perkara teoritikal sahaja.


II. mempunyai hubungan akrab dengan kehidupan praktis.
III. satu ilmu yang sangat rapat dengan pemikiran manusia.
IV. menjawab persoalan-persoalan yang timbul dalam setiap bidang.

A. I dan II.
B. I, II, dan III.
C. II, III dan IV.
D. I, II, III dan IV.

3. Pilih penyataaan yang benar tentang falsafah

A. ilmu falsafah adalah proses untuk menguruskan pemikiran manusia.


B. falsafah mendorong pemikiran kepada tingkahlaku yang tidak seimbang.
C. penghayatan falsafah membolehkan manusia sentiasa dalam kebingungan.
D. memberi panduan bagaimana melahirkan suatu kehidupan yang baik dan
bahagia.

4. Fungsi falsafah dalam menangani kehidupan manusia adalah

A. untuk membolehkan menguasai pemikiran manusia.


B. untuk memastikan seorang itu menjadi ahli sufi yang baik.
C. untuk manusia boleh membuat pertimbangan dalam pemilihan agama.
D. untuk membolehkan manusia dapat berfikir dengan kritis dan mendalam bagi
menyelesaikan masalah kehidupan.
Lihat Sebelah
3
UPU3112 Falsafah dan Isu Semasa

Soalan 5 merujuk kepada rajah di bawah.

“” Falsafah adalah ilmu yang meneliti hakikat yang mendasari kepada


sesuatu benda atau perkara disebalik sifat luarannya.”

5. Berdasarkan kenyataan di atas, ahli sarjana yang memberi takrifan tersebut ialah

A. Plato.
B. Aristotle.
C. Socrates.
D. Pythagoras.

6. Pernyataan berikut menjelaskan maksud individu yang sihat emosi dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan iaitu

I. dapat mengawal tingkah laku dan perasaan.


II. memiliki semangat perpaduan, kekitaan dan toleransi.
III. sentiasa beriadah dan melaksanakan ritual keagamaan.
IV. sentiasa berfikiran kreatif, kritis, inovatif dan menghasilkan idea-idea
baharu.

A. I dan II sahaja.
B. I, III dan IV sahaja.
C. II, III, dan IV sahaja.
D. I, II, III dan IV.

7. Pilih pernyataan yang benar tentang Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

A. Pembentukan FPK melalui rundingan antara kaum.


B. Memberi tumpuan kepada aspek fizikal, spiritual, sosial, akal.
C. Mewujudkan sistem sokongan sosial yang sempurna untuk negara.
D. Melibatkan kompenan seperti jasmani, emosi, rohani dan intelektual.

Lihat Sebelah
4
UPU3112 Falsafah dan Isu Semasa

Soalan 8 merujuk kepada rajah di bawah

“Untuk mencapai kehidupan yang bahagia, para pemimpin menjadi


pencatur dan penyempurna kepada kesempurnaan dan
kebahagiaan hidup ahli masyarakat”

8. Pernyataan di atas merujuk kepada kata-kata tokoh falsafah

A. Plato (428-348 SM).


B. Al-Farabi (870-951 M).
C. Ibn Sina (980-1037 M).
D. John Locke (1632-1704 M).

9. Menurut fahaman agnostisisme, kewujudan tuhan tidak dapat disahkan atau dinafikan
melalui perkara berikut kecuali

A. keunikan penciptaan manusia.


B. pemahaman manusia terhadap tuhan adalah terhad.
C. manusia terlalu lemah untuk mengetahui hakikat tuhan.
D. kewujudan tuhan tidak dapat dinafikan mahupun disahkan.

10. Contoh persoalan yang dikaji dalam falsafah metafizik adalah

I. apakah kriteria atau sifat ilmu?


II. apakah apakah sifat akal dan berfikir?
III. apakah sifat semulajadi benda tersebut?
IV. apakah kesimpulan umum fenomena itu wujud?

A. I dan II sahaja.
B. II dan III sahaja.
C. I dan III sahaja.
D. III dan IV sahaja.

Lihat Sebelah
5
UPU3112 Falsafah dan Isu Semasa

11. Antara cabang falsafah praktikal adalah

A. Falsafah Induktif.
B. Falsafah Ekonomi.
C. Falsafah Perniagaan.
D. Falsafah Pentadbiran.

12. Pernyataan berikut merupakan pandangan Barat terhadap falsafah Timur iaitu

A. kajian yang bersifat pesimis, pasif dan statik.


B. kajian lebih kepada bersifat alam semulajadi.
C. kajian yang tidak mengetengahkan pengalaman.
D. kajian yang hanya mengikut kehendak diri semata-mata.

13. Pernyataan berikut merupakan ideologi pemikiran yang mempromosikan fahaman


bahawa semua agama adalah sama-sama menuju kebenaran yang mutlak iaitu

A. Panteisme.
B. Pluralisme.
C. Liberalisme.
D. Sekularisme.

14. Perkataan logik berasal daripada istilah Yunani iaitu ‘logos’ yang secara
terminologinya bermaksud

A. pengucapan, pernyataan, pemikiran dan pemikiran akal.


B. ilmu untuk merasionalkan perkara yang bersifat metafizik.
C. ilmu yang mengkaji tentang teori dan prinsip yang bersifat konspirasi.
D. ilmu tentang cara berfikir dalam aspek penghujahan dan pembuktian sesuatu.

15. Bahagian akhir dalam penghujahan logik dinamakan sebagai

A. premis.
B. induktif.
C. deduktif.
D. kesimpulan.
Lihat Sebelah
6
UPU3112 Falsafah dan Isu Semasa

16. Pernyataan yang berikut merujuk kepada logik induktif iaitu

A. kesimpulan tidak semestinya benar.


B. terdapat sekurang-kurangnya dua premis.
C. premis yang umum perlu disusuli dengan premis yang khusus
D. dimulakan dengan pernyataan yang umum pada premis pertama.

17. Pilih pernyataan berikut yang merupakan contoh premis pertama bagi logik deduktif.

I. semua haiwan mamalia mempunyai sayap.


II. semua ahli politik berintegriti dan amanah.
III. mimi seekor kucing yang mempunyai ekor.
IV. pokok yang bergoyang itu disebabkan ada angin yang meniupnya.

A. I dan II sahaja.
B. I dan III sahaja.
C. II dan IV sahaja.
D. II, III dan IV sahaja.

18. Pernyataan yang berikut merupakan contoh bagi logik induktif iaitu

I. Tom adalah seekor kucing yang suka makan ikan.


II. bangau yang kurus disebabkan ketiadaan ikan dalam sungai untuk
dimakan.
III. seorang pelajar yang hendak berjaya dalam peperiksaan, mencuba untuk
melakukan strategi tertentu meskipun tiada jaminan strategi tersebut akan
berjaya.
IV. Qamarul dan Ah Weng hadir lambat ke kelas. Maka kesemua pelajar hadir
lambat ke kelas.

A. I dan II sahaja.
B. I dan III sahaja.
C. II dan IV sahaja.
D. I, II dan III sahaja.

Lihat Sebelah
7
UPU3112 Falsafah dan Isu Semasa

19. Pernyataan yang berikut merupakan contoh situasi bagi pemikiran heuristik iaitu

A. makanan yang manis disebabkan adanya gula.


B. pesawat yang terhempas disebabkan kegagalan enjin.
C. kegawatan ekonomi di seluruh dunia disebabkan pandemik COVID-19.
D. seseorang yang terperangkap dalam kesesakan lalu lintas, menukar laluan ke
jalan lain dengan tanggapan dapat sampai ke destinasi dengan lebih cepat.

Soalan 20 merujuk kepada gambar di bawah.

20. Berdasarkan dialog pada gambar tersebut, pesakit tersebut telah melakukan falasi
yang dikategorikan sebagai

A. Strawman.
B. Red herring.
C. Bandwagon.
D. Post hoc ergo propter hoc.

SOALAN TAMAT

You might also like