VT 2 Brek Dan Power Sterring

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

INSTITUT KEMAHIRAN MARA

BESERI,PERLIS

DIPLOMA TEKNOLOGI AUTOMOTIF

VEHICLE TECHNOLOGY 2

TAJUK
1. BRAKE SYSTEM
2. POWER STEERING

DISEDIAKAN OLEH:
1. MUHAMMAD NASHRIF BIN MUHD TASHRIF
2. MUHAMMAD NURSYAMIL FITRI BIN SOKRI
3. MUHAMMAD RADZIF BIN ABD RAZAK
4. MUHAMMAD RAZIF BIN SALEH
5. MUHAMMAD HAKIM ABRAR BIN CHE MAMAT

KELAS:
3A

SESI:
JUL-DIS 2023
ISI KANDUNGAN
1.1 PENGENALAN SISTEM BRAKE

 Sistem brek direka untuk membenarkan pemandu memperlahankan serta


memberhentikan kenderaan. Selinder induk disambungkan ke pedal brek yang
diinjak oleh pemandu bagi memaksa bendalir dikenakan tekanan ke tiap-tiap
pepasangan brek roda. Disini daya hidraul digunakan untuk memaksa pad dalam
pepasangan brek piring menentang pusingan rotor atau menolak keluar kekasut brek
menentang pusingan gelendong brek.
 Sistem brek letak/brek tangan kereta biasanya menggunakan kaedah mekanikal dan
dipasang pada roda belakang. Ia biasanya digunakan untuk mengunci roda
kenderaan ketika meletakkan kenderaan ( parking ) atau membrek dalam
kecemasan.
 Satu pengalak kuasa ( servo ) digunakan keatas selinder induk untuk menambah
kuasa ketika membrek.
1.2 KEGUNAAN BRAKE PADA KENDERAAN

 Brek adalah sejenis alat yang digunakan bagi memperlahankan atau menghentikan
pergerakan sesebuah mesin atau kenderaan, atau boleh jadi juga alat bagi
menghalanynya daripada mula bergerak lagi.
 Tenaga kinetik yang hilang daripada bahagian bergerak biasanya ditukarkan kepada
haba oleh daya geseran.
 Sistem brek yang baik mestilah :-
1. Boleh memberhentikan kenderaan dengan cepat apabila dikehendaki.
2. Berada dalam keadaan baik dan dalam kawalan pemandu pada setiap masa.
3. Tidak boleh kehilangan kuasa brek.
4. Tidak berkehendakkan larasan yang kerap.
5. Sesuai untuk segala kelajuan,keberatan dan suhu.
1.3 JENIS-JENIS BREK

1. Mekanikal
2. Gabungan mekanikal dan hidraulik
3. Hidraulik
4. Angin(Pneumatic)
1.4 KOMPONEN BRAKE JENIS HIDRAULIK

Bahagian-bahagian utama brek hidraulik adalah seperti berikut:-

 Pedal brek
 Silinder induk (master cylinder)
 Saluran paip brek (brake pipe line)
 Silinder roda (wheel cylinder)
 Angkup brek (brake caliper)

1.5 CARA MENUKAR BREK PAD


1.6 CARA TUKAR BREK SHOE
2.1 PENGENALAN POWER STERING
 Sistem stereng didalam sesebuah kenderaan berkait rapat dengan sistem gantungan, gandar
hadapan (front axle) dan juga rangka kenderaan. Kebanyakannya bergantung diantara satu
sama lain.
 Sistem stereng membolehkan pemandu mengarahkan kenderaannya samaada kekiri atau
kekanan. Roda hadapan memainkan peranan penting didalam proses mengarahkan haluan
kenderaan ini. Sistem stereng terdiri daripada gear stereng,roda stereng dan rangkaian
stereng. Penyambung stereng ialah rangkaian system pemaut, roda, tiub dan tuil digunakan
untuk memindahkan pergerakan daripada gear stereng ke buku sendi roda hadapan.
 Gear stereng ialah alat yang membuatkan gear memindahkan kesan putiran oleh pemandu
ke pemaut bagi aturan mengawal arah kenderaan.
 Terdapat dua jenis system stereng iaitu jenis insani dan jenis kuasa.
 Kegagalan sistem stereng hanya akan menyebabkan berlakunya kemalangan. Perkhidmatan
stereng yang bermutu adalah dikira dari aspek bagaimana stereng ini boleh menjamin
keselamatan pemandu dan penumpangnya.
 Kenderaan boleh dikawal arahnya samaada oleh roda hadapan atau roda belakang Kawalan
stereng oleh roda belakang adalah lebih mudah dilakukan jika pemandu nya berada
dibahagian belakang juga, contoh seperti fork lift, kerete elektrik dan lain-lain lagi. Tetapi
walaubagaimanapun stereng pada roda hadapan adalah lebih mudah dikawal. Antara
susunan yang terdapat ialah enjin hadapan, pacuan belakang. Jenis susunan ini memisahkan
antara sistem stereng dengan sistem pacuan. Yang palin popular digunakan sekarang ini
adalah enjin hadapan dan stereng pun hadapan. Sistem ini menyatukan antara sistem
pacuan dengan sistem stereng. Terdapat juga enjin belakang dan roda hadapanya hanya
berfungsi untuk mengawal stereng sahaja.

2.2 FUNGSI POWER STEERING


 Kegunaan utama stereng kenderaan adalah untuk membolehkan pemandu
mengawal kenderaan dengan baik semasa kenderaan bergerak di jalan raya. Ia
membolehkan pemandu membelok roda hadapan ke arah yang mereka hendaki
dengan senang dan memerlukan daya yang sedikit. Dengan adanya stereng,
pemandu mampu mengawal kenderaan secara sempurna walaupun berada pada
jalan yang tidak rata.

 Penggunaan sistem stereng kuasa dalam sesebuah kenderaan akan memudahkan


pergerakan roda depan terutamanya bagi kenderaan berat yang mempunyai beban
yang tinggi. Ia dapat meningkatkan kestabilan pada kelajuan yang tinggi ketika
mengemudikan kenderaan dan mengurangkan daya putaran.

2.3 JENIS-JENIS POWER STEERING


Terdapat dua jenis sistem stereng kuasa yang digunakan dalam sesebuah kenderaan
berdasarkan jenis dan pengeluar kenderaan. Kedua-dua jenis stereng kuasa ini mempunyai
fungsi penggunaan berbeza seperti berikut:

1) Hidraulik

 Sistem stereng kuasa jenis hidraulik menggunakan tekanan hidraulik yang dibekalkan
oleh pam untuk memudahkan pemutaran stereng. Kuasa enjin akan digunakan bagi
mengerakkan pam tersebut supaya stereng dapat digerakkan dengan senang.
Minyak stereng kuasa pula digunakan sebagai medium penyampaian tenaga untuk
membolehkan stereng berputar dengan mudah. ‘Reservoir tank’, ‘pump body’ dan
‘flow control valve’ merupakan antara komponen pam stereng kuasa yang
membantu pemutaran stereng kenderaan menerusi enjin pembakaran dalam.

2) Elektrik

 Sistem stereng kuasa jenis elektrik menggunakan motor elektrik arus terus (DC
motor) untuk meringankan beban pemusingan setereng kenderaan. Ia berfungsi
sepenuhnya dengan penggunaan motor dan tidak menggunakan kuasa enjin. Sistem
ini dilengkapi dengan penggunaan penderia daya kilas yang dikenali sebagai torque
sensor dan maklumat dari Electronic Control Unit (ECU) untuk menentukan kadar
kelajuan kenderaan dan kadar tork. Ia diperlukan untuk menentukan arah dan daya
bantuan kuasa yang diperlukan untuk sistem stereng dan kemudian mengerakkan
motor berdasarkan arah yang diperlukan.
 Penggunaan stereng elektrik juga lebih mesra alam kerana ia tidak menggunakan
bahan bakar untuk memutarkan sistem stereng. Selain itu, stereng lebih mudah
dikawal ketika memandu kenderaan dan menjimatkan penggunaan bahan api.

2.4 CARA BUKA POWER STEERING

You might also like