Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 17

MISI PERUBATAN DAN KEMANUSIAAN DI

KAWASAN PEDALAMAN SARAWAK


TAHUN 2018

ANJURAN BERSAMA
YAYASAN IKHLAS (YI)
IKATAN PENGAMAL PERUBATAN DAN KESIHATAN
MUSLIM MALAYSIA (I-MEDIK)

DENGAN KERJASAMA
HARAKAH ISLAMIAH (HIKMAH)
URUSETIA SAUDARA KITA (USK)
YAYASAN DAKWAH ISLAMIAH MALAYSIA (YADIM)
JABATAN AGAMA ISLAM SARAWAK (JAIS)
1. TUJUAN
Kertas kerja ini dikemukakan untuk memohon bantuan dana dalam bentuk wang
atau barangan berjumlah RM 212,800.00 daripada badan korporat atau mana-mana
badan bagi membolehkan Yayasan Ikhlas dan Ikatan Pengamal Perubatan dan
Kesihatan Muslim (I-Medik) mengadakan Misi Perubatan dan Kemanusiaan ke
kawasan-kawasan pedalaman sekitar Sarawak. (Lihat Lampiran IV untuk senarai
kawasan yang akan disampaikan bantuan sepanjang tahun 2018)

2. PENGENALAN
Program berbentuk misi perubatan ini merupakan satu inisiatif Kemanusiaan dan
Kebajikan hasil cetusan idea daripada Yayasan Ikhlas dan Ikatan Pengamal
Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-MEDIK) setelah mengambilkira
kawasan pedalaman Sarawak yang tidak mempunyai akses yang mudah untuk ke
klinik-klinik atau hospital-hospital yang berdekatan serta mempunyai masalah
kesihatan yang memerlukan rawatan segera.

Program seperti ini sebenarnya amat-amat diperlukan oleh masyarakat pedalaman


kerana kesihatan merupakan satu keperluan kepada manusia lebih-lebih lagi kepada
masyarakat pedalaman yang mempunyai masalah kesihatan dan memerlukan
perhatian perubatan dengan kadar segera.

Pemeriksaan kesihatan secara percuma dilihat perlu dijalankan sekali – sekala. Hal
ini bagi mengetahui tahap dan taraf kesihatan masyarakat Sarawak khususnya
pedalaman seterusnya mengelakkan golongan ini dari diserang penyakit tanpa
disedari dan diketahui. Rawatan segera wajar dijalankan sekiranya didapati
mempunyai sebarang penyakit.

Selain kesihatan, bantuan kewangan juga diperlukan bagi mereka yang memerlukan
agar mereka dapat meneruskan kehidupan sehari-harian yang semakin mendesak.

Tema “Anda sihat, Masyarakat Hebat” dipilih untuk program kali ini dengan
harapan masyarakat sentiasa dalam keadaaan sihat dan sejahtera dan akhirnya dapat
menyumbangkan sesuatu kepada masyarakat serta negara yang tercinta.

2|Kertas Kerja Misi Perubatan dan Kemanusiaan ke Kawasan


Pedalaman, Sarawak
Selain itu, Yayasan Ikhlas turut mengambil inisiatif untuk menjalankan projek baik
pulih surau atau masjid di kawasan pedalaman serta penyediaan kemudahan asas
iaitu sumber air bersih dan elektrik amat sangat-sangat diperlukan oleh mereka di
kawasan pedalaman.

Surau atau masjid yang dibina dapat digunakan umat Islam di kawasan pedalaman
untuk beribadah serta menjadikan tempat sebagai pusat kemasyarakatan.
Kemudahan asas air dan solar akan dibina di kawasan pedalaman supaya penduduk
di sana mendapat akses elektrik lebih lama dan sumber air bersih.

Kawasan pedalaman yang dipilih bagi pembinaan kemudahan asas ini ialah
Kampong Tebun, Kuching Sarawak, Kampung Long Busang di Kapit dan Kampung
Jaong, Kuching Sarawak.

Isu di Kampong Tebun ini ialah tanah mereka lebih tinggi dari tanah kampung
sekitar mereka. Jika air dah siap, kemungkinan pressure air di kpg mereka masih
rendah untuk sampai ke rumah-rumah mereka. Penyelesaian bagi hal ini ialah
pembinaan tangki air yang diletakkan tinggi dari kawasan tanah kampung mereka.

Kampung Penan Muslim, Batu 13, Bintulu telah dipilih untuk baik pulih surau bagi
kegunaan umat Islam di sana bagi menunaikan ibadah.

3. OBJEKTIF
Pencapaian objektif yang disasarkan dibahagikan kepada tiga aspek, iaitu:

3.1Meningkatkan kualiti hidup masyarakat pedalaman


 Mengurangkan beban masyarakat yang tidak mempunyai akses yang mudah
untuk ke klinik dan hospital.
 Mengurangkan statistik penduduk Malaysia yang sakit terutamanya
Masyarakat di pedalaman Sarawak.
 Memberi kesedaran betapa pentingnya untuk menjaga kesihatan dengan
mengadakan konsultasi ringkas daripada para doktor yang bertauliah.
 Memberi bantuan kemanusiaan kepada masyarakat pedalaman yang kurang
berkemampuan

3|Kertas Kerja Misi Perubatan dan Kemanusiaan ke Kawasan


Pedalaman, Sarawak
 Memberi Ceramah motivasi kepada masyarakat umum berkenaan
kepentingan meningkatkan kualiti hidup

3.2Pengalaman mengurus program


 Melaksanakan tanggungjawab sosial dan kebajikan dengan memperkenal
dan memberi pendedahan tentang asas-asas penjagaan kebersihan dan
kesihatan kepada masyarakat pedalaman Sarawak.
 Memberi pendedahan kepada doktor-doktor muda dan sukarelawan
mengenai keadaan masyarakat pedalaman.
 Membuat pemeriksaan kesihatan secara spontan dan membina hubungan dua
hala dengan masyarakat pedalaman agar dapat mendalami dan memahami
permasalahan dan keperluan mereka dengan lebih jelas.
 Mengurangkan penyakit berjangkit yang merebak dalam kalangan
masyarakat setempat melalui penerangan yang diberikan di samping
menyedarkan dan memberi pengetahuan asas tentang punca dan cara sesuatu
wabak itu berjangkit serta kaedah pencegahan yang betul dan berkesan.
 Menggerakkan dan menyusun pasukan sukarelawan Yayasan Ikhlas yang
sama-sama ingin menyumbang khidmat bakti bagi membantu melancarkan
perjalanan program.

3.3Membantu penyediaan keperluan asas kawasan pedalaman


 Menyediakan keperluan asas air bersih dan elektrik di kawasan pedalaman
yang memerlukan
 Membantu masyarakat setempat bagi menjalani hidup lebih baik
 Kerjasama bersama kontrakter dan para pelajar kemahiran dalam membina
kemudahan asas yang dirancang

4. STRATEGI PERLAKSANAAN

4.1Mengumpul dana dan sumbangan dari badan-badan kerajaan, korporat dan


swasta bagi menaja keperluan bagi perubatan dan sumbangan
4.2Mencari rakan strategik serta menjalinkan kerjasama erat dengan badan-badan
atau institusi-institusi yang mempunyai kepakaran yang boleh disumbangkan
kepada masyarakat pedalaman mengenai aspek penjagaan kesihatan dan
kebersihan seperti;
4|Kertas Kerja Misi Perubatan dan Kemanusiaan ke Kawasan
Pedalaman, Sarawak
 Kerjasama dengan Universiti-Universiti tempatan
 Kerjasama dengan badan Korporat-Korporat
 Kerjasama dengan Hospital atau Klinik
 Kerjasama dengan pihak media elektronik
 Kerjasama dengan pihak masjid daerah

5. PELAN TINDAKAN

• Memohon tajaan dari Badan Kerajaan, Swasta


atau Korporat
Pengumpulan • Membuka tabung sumbangan kepada
masyarakat awam di kawasan-kawasan
Dana strategik
• Bekerjasama dengan NGO/Badan Swasta/
Korporat dalam pengumpulan dana

• Mendapatkan jumlah tenaga dan


jawatankuasa dari rakan kerjasama dan rakan
Merangka Pasukan strategik
Pelaksana
• Menggerakkan pasukan sukarelawan bagi
membantu kelancaran program

• Setiap tenaga dari rakan kerjasama dan rakan


strategik menjalankan tugas mengikut
kepakaran masing-masing
• Menyampaikan sumbangan dari penyumbang
Menjalankan Program dana kepada sasaran
• Menyediakan laporan bergambar dan video
untuk diserahkan kepada penyumbang dana
• Mengadakan sesi revisi bagi menambah baik
program dari semasa ke semasa

5|Kertas Kerja Misi Perubatan dan Kemanusiaan ke Kawasan


Pedalaman, Sarawak
6. PERLAKSANAAN PROGRAM
Berdasarkan aktiviti yang dirancang, perlaksanaan program adalah seperti berikut
 Pemeriksaan Kesihatan oleh Doktor-doktor yang bertauliah
 Ceramah Kesihatan atau ceramah motivasi
 Sumbangan umum kepada masyarakat pedalaman yang kurang
berkeupayaan

7. TAKWIM MISI PERUBATAN DAN KEMANUSIAAN


Rujuk LAMPIRAN 1

8. ATURCARA PROGRAM DI KAWASAN PEDALAMAN


Rujuk LAMPIRAN 1

9. BELANJAWAN BAIK PULIH SURAU DAN KEMUDAHAN ASAS


Rujuk LAMPIRAN 2

10. CADANGAN BELANJAWAN TAHUNAN


Rujuk LAMPIRAN 3

11. PENUTUP DAN HARAPAN


Menjadi harapan yang tinggi agar masyarakat pedalaman Sarawak dapat berdikari
dan membina struktur masyarakat mereka sendiri serta mampu duduk sama rendah
dan berdiri sama tinggi dengan masyarakat lainnya di Malaysia.

Diharapkan juga pembudayaan adab dan akhlak seorang muslim dalam kehidupan
dapat dipraktikkan dengan baik sebagai seorang Muslim sejati memandangkan Islam
di Malaysia telah bertapak sekian lama, maka sudah sewajarnya ianya tersebar dan
menjadi suatu cara hidup kepada penduduk Malaysia termasuk juga masyarakat
pedalaman Sarawak.

Amatlah diharapkan Misi Perubatan dan Kemanusiaan ini dapat dijalankan dengan
jayanya serta segala aktiviti yang dirancang dan bakal dilaksanakan menepati
objektif dan mencapai sasaran supaya ianya dapat memberi impak yang berkesan
dan mendalam. Semoga ianya juga diterima oleh Allah sebagai suatu amal yang di
terima yang bakal menyelamatkan kita semua dari azab api neraka.

6|Kertas Kerja Misi Perubatan dan Kemanusiaan ke Kawasan


Pedalaman, Sarawak
LAMPIRAN 1
TAKWIM MISI PERUBATAN DAN KEMANUSIAAN

MISI TARIKH TEMPAT


1 10 & 11 Feb Sri Aman
2 24 & 25 Mac Mukah
3 14 & 15 April Kampung Samalatong, Simunjan
4 12 & 13 Mei Kapit
5 12 hingga 17 Julai Long Busang, Kapit
6 31 Ogos hingga 2 Sept Song, Kapit
7 13 & 14 Oktober Miri
8 8 & 9 Disember Kg Taee, Serian

TENTATIF PROGRAM DI KAWASAN PEDALAMAN

Cadangan Tentatif 3 hari 2 malam

Hari Pertama
8.00 Pagi Berkumpul di Pejabat Yayasan Ikhlas Cawangan Kuching
Taklimat Program
10.00 pagi Bertolak ke Destinasi menggunakan jalan darat
5.00 petang Tiba di Kawasan Penginapan, Makan, rehat, solat.
Hari Kedua
8.00 Pagi Bertolak dari Kawasan Penginapan ke Destinasi
10.00 Pagi Taklimat / perjumpaan dengan Ketua Kampung
10.30 Pagi Pemeriksaan Kesihatan
12.00 Tengah Hari Rehat / Solat / Makan Tengah Hari
2.00 Petang Gotong – royong / Pemberian Sumbangan
5.00 Petang Bincang santai – Keperluan Semasa Kampung yang dilawat /
Ceramah
Hari Ketiga
8.00 Pagi Sarapan / Persediaan Balik Kuching / Bersurai

7|Kertas Kerja Misi Perubatan dan Kemanusiaan ke Kawasan


Pedalaman, Sarawak
LAMPIRAN 2

BELANJAWAN BAIK PULIH SURAU DAN PENYEDIAAN KEMUDAHAN


ASAS

PERBELANJAAN BAIK PULIH SEBUAH SURAU


Harga Seunit
Bil Perkara Kuantiti Jumlah (RM)
(RM)
1 Pintu dan aksesorinya 800.00 3 2,400.00
2 Tingkap dan aksesori 500.00 7 3,500.00
3 Karpet / Tail 6.00 (Sekaki) 700 4,200.00
4 Kipas Dinding 300.00 10 3,000.00
5 Kipas Berdiri 250.00 5 1,250.00
60.00
6 Telekung 10 600.00
(sepasang)
PA System (Termasuk
speaker dalam,
7 Microphone, aksesori lain 5000.00 LS 5,000.00
dalam PA system serta kos
pemasangan)
8 Rak / Almari 400.00 2 800.00
9 Langsir 100.00 6 600.00
10 Cat 200.00 5 1,000.00
40.00
11 Simen 20 800.00
(sekampit)
12 Sumbangan kepada surau 1,000.00 LS 1,000.00
Operasi (Kos Buruh,
Pengangkutan, Upah,
13 5,850.00 LS 5,850.00
Majlis Perasmian dan
sebagainya)
Jumlah 30,000.00

8|Kertas Kerja Misi Perubatan dan Kemanusiaan ke Kawasan


Pedalaman, Sarawak
PERBELANJAAN PEMBINAAN PANEL SOLAR DAN TELAGA TIUB
Harga Seunit Jumlah (RM)
Bil Perkara Unit
(RM)
1 Telaga Tiub 202,000.00 1 202,000.00
2 Panel Solar 1,000,000.00 LS 1,000,000.00
Tanki air + 4 nos tank
+ asas bawah + kos
3 pasang + kos 200,000.00 1 200,000.00
maintenance + kos
penyulingan
Jumlah 1,402,000.00

BANTUAN KEPERLUAN ASAS


KAMPUNG LONG
KAMPONG TEBUN KAMPUNG JAONG
BUSANG

Bantuan sumber air :


Bantuan sumber air Kemudahan elektrik
Pembinaan telaga tiub /
bersih : Pembinaan melalui pemasangan
tubewell beserta sistem
tangki air panel solar.
saluran

9|Kertas Kerja Misi Perubatan dan Kemanusiaan ke Kawasan


Pedalaman, Sarawak
LAMPIRAN 3
CADANGAN BELANJAWAN TAHUNAN

Harga (RM) Jumlah


Bil Butiran Kuantiti
/ Kuantiti (RM)
Pengangkutan
Darat / Air / Udara
1 ( Jika di Darat, menaiki kenderaan RM 2500.00 8 20,000.00
pacuan 4 roda. Jika di Air, menaiki
kenderaan bot atau feri )
Makanan (selama 3H2M)

Hari Pertama – RM 10 x 20 Pax


Hari Kedua - RM 30 x 50 Pax RM 200.00
2 8 15,200.00
(Sukarelawan dan penduduk RM 1,500.00
kampung)
Hari Ketiga – RM 10 x 20 Pax RM 200.00
(Sukarelawan)
Penginapan
3 RM 1500.00 8 12,000.00
RM 150 X 5 Bilik X 2 Malam
Sumbangan untuk Keluarga Kurang
4 berkemampuan (terhad kepada 50 RM 5000.00 8 40,000.00
Keluarga berpendapatan rendah)
5 Media (Fotografi + Banner) RM 200.00 8 1,600.00
6 Kos Ubat – Ubatan RM 5,000.00 8 40,000.00
7 Kotigensi RM 500.00 8 4,000.00

Jumlah Keseluruhan bagi 8 Misi 132,800.00

* Cadangan Belanjawan Tahunan terhad kepada 20 Sukarelawan

BIL PERKARA JUMLAH (RM)


1 Perbelanjaan Baik Pulih Sebuah Surau 30,000.00
2 Perbelanjaan Pembinaan Panel Solar Dan Telaga Tiub 1,402,000.00
3 Jumlah Keseluruhan Bagi 8 Misi 132,800.00
JUMLAH KESELURUHAN RM 1,564,800.00

10 | K e r t a s K e r j a M i s i P e r u b a t a n d a n K e m a n u s i a a n k e K a w a s a n
Pedalaman, Sarawak
LAMPIRAN 4
GAMBAR BAIK PULIH SURAU DI PENAN MUSLIM, BATU 12

Jalan Menuju
ke Kampung
Penan Muslim

11 | K e r t a s K e r j a M i s i P e r u b a t a n d a n K e m a n u s i a a n k e K a w a s a n
Pedalaman, Sarawak
KEADAAN SURAU PENAN MUSLIM

PENYEDIAAN TANGKI AIR DI KAMPUNG TEBUN, KUCHING

12 | K e r t a s K e r j a M i s i P e r u b a t a n d a n K e m a n u s i a a n k e K a w a s a n
Pedalaman, Sarawak
13 | K e r t a s K e r j a M i s i P e r u b a t a n d a n K e m a n u s i a a n k e K a w a s a n
Pedalaman, Sarawak
LAMPIRAN 5
GAMBAR-GAMBAR PROJEK TAHUN 2017

Program Bantuan Perubatan dan Kemanusiaan di Tegageng, Niah, Miri pada bulan
2 tahun 2017

14 | K e r t a s K e r j a M i s i P e r u b a t a n d a n K e m a n u s i a a n k e K a w a s a n
Pedalaman, Sarawak
Yayasan Ikhlas menyampaikan alat pembesar suara di Surau Kampung Tegageng

Program Sukaneka bersama penduduk kampung oleh sukarelawan Yayasan Ikhlas

15 | K e r t a s K e r j a M i s i P e r u b a t a n d a n K e m a n u s i a a n k e K a w a s a n
Pedalaman, Sarawak
Bantuan perubatan dijalankan oleh para doktor dari I-Medik

16 | K e r t a s K e r j a M i s i P e r u b a t a n d a n K e m a n u s i a a n k e K a w a s a n
Pedalaman, Sarawak
Penduduk kampung yang rata-ratanya
adalah mualaf berkumpul bagi menerima
rawatan kesihatan percuma, dan
dijalankan aktiviti sukaneka serta
sumbangan barangan keperluan asas dan
wang tunai

17 | K e r t a s K e r j a M i s i P e r u b a t a n d a n K e m a n u s i a a n k e K a w a s a n
Pedalaman, Sarawak

You might also like