Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

KEMENTERIAN

PENDIDIKAN
MALAYSIA
_______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik, Negeri Sembilan

JABATAN PENGAJIAN MELAYU


Nama Pelajar MUHAMMAD HAZIM BIN HASSNAN

Angka Giliran 2023162311013

No Kad Pengenalan 050429080361

Kumpulan/Unit 2 PPISMP BAHASA MELAYU 1

Kod & Nama Kursus BMMB 1114 PENGENALAN SISTEM EJAAN JAWI DAN RUMI

Tajuk Tugasan SEJARAH PERKEMBANGAN TULISAN JAWI DAN TULISAN RUMI


SEBELUM DAN SELEPAS ERA KEMERDEKAAN

Nama Pensyarah DR. MARIA BINTI TAHIR

Tarikh Hantar 30 JANUARI 2024

Pengakuan pelajar menerima maklum balas daripada pensyarah

Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki
dan fahami.
Catatan (jika ada)

Tanda tangan Pelajar: Tarikh:

Markah:

1
PERKARA MUKA/SURAT
1.0PENGHARGAAN 3
2.0PENDAHULUAN 4
3.0SEJARAH PERKEMBANGAN TULISAN JAWI 4
3.1KERAJAAN PASAI 4-5
3.2KERAJAAN MELAYU MELAKA/JOHOR RIAU 5
3.3TULISAN JAWI BATU BERSURAT TERENGGANU 5-6
4.0 SEJARAH PERKEMBANGAN TULISAN JAWI 6-7
SELEPAS ERA KEMERDEKAAN
5.0SEJARAH PERKEMBANGAN TULISAN RUMI 7
5.1EJAAN RUMI NEGERI-NEGERI SELAT (1878) 7
5.2EJAAN RUMI SWETTENHAM (1881) 8
5.3EJAAN RUMI MAXWELL (1882) 8
5.4 EJAAN RUMI WILKINSON (1904) 8
5.5EJAAN RUMI ZAABA (1941) 8
5.6EJAAN RUMI FAJAR ASIA (1943) 8
5.7EJAAN RUMI KONGRES (1956) 9
6.0 SISTEM TULISAN MABBIM 9
7.0 SISTEM TULISAN TERKINI 9-10
8.0 KESIMPULAN 10
8.0 RUJUKAN 10-11

1.0 PENGHARGAAN

2
Alhamdulillah saya dapat menyiapkan pentaksiran berterusan penulisan esei
Pengenalan Sistem Ejaan Jawi dan Rumi BMMB 1104.Pentaksiran Berterusan ini
amat penting buat saya memandangkan perkara ini merupakan pentaksiran yang
melayakkan saya mendapat markah untuk subjek kursus ini.Saya ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr. Maria binti Tahir selaku pensyarah
bagi kursus ini yang membantu saya menyiapkan pentaksiran berterusan
ini.Sekalung penghargaan saya ucapkan kepada Pn Zanariah binti Wahab yang
merupakan mentor saya kerana memberikan tunjuk ajar dan motivasi kepada saya
sepanjang saya menyiapkan tugasan ini.

Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama berhempas


pulas dalam menyempurnakan tugasan pentaksiran berterusan ini.Bantuan kalian
dari segi maklumat terkini mengenai tugasan pentaksiran berterusan amat saya
hargai .Budi kalian yang sanggup meluangkan masa untuk memberikan maklumat
akan saya hargai.

Akhir sekali terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu saya secara
langsung atau tidak langsung sepanjang saya menyiapkan tugasan pentaksiran
berterusan ini.

2.0 PENDAHULUAN

3
Bahasa ialah ujaran melalui pertuturan manusia secara artibrari melambangkan
maknanya dan digunakan oleh satu masyarakat bahasa untuk perhubungan (Hashim
Musa, 2006). Tulisan pula lahir apabila orang tahu bagaimana untuk menyampaikan
fikiran dan perasaan mereka melalui simbol visual dalam bentuk yang mereka dan
orang lain boleh fahami. Maka, muncullah sistem ejaan yang menjadi pelengkap
kepada sesebuah komunikasi.

3.0 SEJARAH PERKEMBANGAN TULISAN JAWI SEBELUM


KEMERDEKAAN

Sistem ejaan Jawi merupakan peninggalan teragung bangsa Melayu. Ejaan


Jawi telah memberi impak yang sangat kritikal kepada bangsa Melayu kerana
memainkan peranan penting dalam mengembangkan ilmu dan kebudayaan bangsa
Melayu. Oleh itu, berdasarkan sejarah bahasa Melayu (Kang Yong Seok, 1990)
perkataan “Jawi” berasal daripada bahasa Arab “Jawah” dan perkataan itu dilaraskan
oleh orang Melayu agar sesuai digunakan dalam bahasa Melayu (Sohasni Dollah,
2023).Para pedagang dari Arab dan India memperkenalkan aksara Jawi pertama kali
di Tanah Melayu pada abad ke-10 semasa mereka tiba untuk berdagang dan
membawa agama Islam.Perkembangan tulisan jawi di wilayah Nusantara berjalan
sejalan dengan penyebaran agama Islam yang dipegang oleh Masyarakat Melayu
pada masa itu.Fungsi utama tulisan jawi juga digunakan untuk mencatat teks
agama,termasuk al-Quran dan hadis (Abdullah,2020;Yahya,2015)

Di Kepulauan Nusantara,tulisan Jawi telah muncul sejak sekitar tahun 1300


M.Perkembangannya sangat erat dengan penyebaran agama Islam,terutama melalui
pengaruh dari komuniti Parsi.

3.1 KERAJAAN PASAI

Tulisan Jawi semakin banyak digunakan dalam berbagai bidang,termasuk


pentadbiran kerajaan,undang-undang dan pendidikan.Tulisan Jawi semakin penting
sebagai sarana komunikasi dan dokumentasi.

4
Pada zaman kegemilangan kerajaan Melayu Pasai,Kerajaan Pasai merupakan
pusat perdagangan yang dikunjungi oleh pedagang daripada pelbagai negeri seperti
China,India,Arab,Siam,Parsi dan lain-lain.Kedatangan para pedagang ini turut
membawa ajaran agama islam.Kemungkinan individu yang memeluk agama Islam
memilih menggunakan aksara Jawi kerana ia memiliki hubungan erat dengan
budaya Islam berbanding menggunakan aksara Jawa yang berkembang dari sistem
tulisan yang digunakan dalam wilayah-wilayah beragama Hindu atau Buddha di Asia
Selatan (Nik Hassan , 2013 ;Asmah).

Hikayat Raja-Raja Pasai merupakan Hikayat yang ditulis dengan menggunakan


tulisan Jawi.Hikayat ini merupakan hasil kesusasteraan Melayu.Hikayat ini
mengisahkan aktiviti dan budaya masyarakat Melayu.Dalam hikayat tersebut
terdapat keterangan yang mengatakan bahawa Sharif dari Makkah telah menghantar
satu rombongan pendakwah yang diketuai oleh Syeikh Ismail untuk menyebarkan
agama Islam di Sumatera Utara pada abad ke 13 masihi.

3.2 KERAJAAN MELAYU MELAKA DAN JOHOR-RIAU

Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka dan Johor-Riau tulisan Jawi memainkan
penting dalam masyarakat.Tulisan jawi digunakan sebagai perantara penting dalam
semua urusan pentadbiran,adat istiadat dan perdagangan.Sebagai contoh,tulisan
Jawi digunakan dalam perjanjian-perjanjian penting antara pihak-pihak diraja Melayu
dengan pihak-pihak berkuasa Portugis,Belanda dan Inggeris.Manakala dalam urusan
perdagangan pula,tulisan jawi digunakan untuk mencatat sesuatu perjanjian
disamping menulis undang-undang kanun dalam pemerintahan mereka.Hal-hal
perundangan seperti Hukum Kanun Melaka dan termasuk juga Hukum-Hukum
Kanun Johor,Kedah dan Brunei semuanya ditulis dalam tulisan Jawi.Contoh-contoh
surat diraja Kerajaan Johor-Riau adalah surat daripada Sultan Abdul Jalil IV dari
Johor kepada Raja Louis XV dari Perancis.

3.3 TULISAN JAWI BATU BERSURAT TERENGGANU

Kelahiran ulama dari Tanah Melayu juga telah menarik minat masyarakat dari
dalam dan luar negeri pada ketika itu untuk datang belajar ilmu agama dan juga
tulisan Jawi (Ahmad Farid Abdul Jalal,2005).Tulisan Jawi telah wujud di Tanah
Melayu bermula dari abad kesepuluh Masihi Lagi.Pernyataan ini telah dibuktikan
dengan penemuan batu nisan di Permatang Pasir,Pekan (419H/1028M) dan juga

5
Batu Bersurat Terengganu (702H/1303M).Keadaan ini telah menunjukkan kepada
kita bahawa tulisan Jawi.Keadaan ini telah menunjukkan kepada kita bahawa tulisan
Jawi telah mula dikembangkan peranannya.

4.0 SEJARAH PERKEMBANGAN TULISAN JAWI SELEPAS


KEMERDEKAAN

Penggunaan tulisan Jawi di Malaysia memiliki sejarah yang panjang dan


kaya.Selama berabad-abad ,Sistem ejaan tulisan Jawi mengalami berbagai
perubahan dan penyempurnaan.Ejaan Jawi pertama yang wujud selepas
kemerdekaan ialah Ejaan Klasik.Ejaan Klasik merupakan sistem ejaan asli yang
digunakan dalam penulisan tulisan Jawi di Malaysia.Sistem ini didasarkan pada
tulisan Arab yang telah diperkenalkan di rantau Melayu melalui perniagaan dan
penyebaran agama Islam.Ejaan Klasik mencerminkan aturan ejaan Arab yang telah
selama berabad-abad.Antara ciri-ciri tentang ejaan klasik ialah penggunaan huruf
dan tanda bada arab seperti tanda berhenti,tanda jeda dan tanda baca lainnya.

Ejaan Dian adalah sistem ejaan Jawi yang diperkenalkan oleh Munsyi Abdullah
pada Abad ke-20.Sistem ini menggantikan beberapa huruf Arab dengan huruf Latin
dan memperkenalkan beberapa tanda baca tamabahan untuk memperbaiki
kesesuaian ejaan dengan bunyi dalam bahasa Melayu (Muhammad Haji
Salleh,2011;Munshi Abdullah,1852).Ejaan Dian mencadangkan perubahan dalam
sistem ejaan tulisan Jawi untuk membuatnya lebih sesuai dengan bunyi bahasa
Melayu.Meskipun Ejaan Dian mengganti beberapa huruf Arab dengan huruf
Latin,pengaruh Ejaan Klasik masih dapat dilihat dalam beberapa aspek,terutama
dalam penggunaan tanda baca dan kata-kata serapan Arab dalam tulisan Jawi.

Ejaan Za’ba adalah sistem ejaan Jawi yang diperkenalkan pada tahun
1976.Sistem ini telah disesuaikan dengan ejaan Rumi secara lebih konsisten dan
memberikan penjelasan tentang bunyi-bunyi tertentu,Nama ejaan ini diambil dari
tokoh terkenal,Za’ba,yang merupakan ahli bahasa dan
penulis(Za’ba,1976;1953;Kementerian Pendidikan Malaysia,2005).

Setelah itu ,Kerajaan Malaysia memperkenalkan Pedoman Ejaan Jawi yang


Disempurnakan pada tahun 2017 sebagai upaya untuk memperbaiki dan
menggabungkan sistem ejaan tulisan Jawi yang ada.Pedoman ini memberikan

6
panduan yang lebih terperinci dalam menggunakan huruf-huruf Jawi,penulisan kata
serapan dan penggunaan tanda baca yang lebih konsisten.Pedoman Ejaan Jawi
yang telah disempurnakan bertujuan untuk menjaga keaslian budaya dan warisan
Jawi sambil memastikan kebolehgunaan dan pemahaman yang lebih baik dalam
konteks moden.

5.0 SEJARAH PERKEMBANGAN TULISAN RUMI

Sejarah awal penggunaan tulisan Rumi dilakukan oleh pedagang, pengembara


dan penjelajah dari Eropah (Portugis, Sepanyol dan Itali) ke Nusantara secara
persendirian pada abad ke-16. Tambahan pula, kedatangan kuasa Barat juga telah
memperkenalkan sistem ejaan Rumi kepada masyarakat di Nusantara meskipun
penduduk ketika itu sudah diperkenalkan dengan sistem ejaan Jawi.

Evolusi dalam sistem ejaan merupakan sebahagian daripada perkembangan


dalam bahasa Melayu di Tanah Melayu dan di Kepulauan Timur Belanda. Keperluan
sistem ejaan Rumi menjadi penting pada awal abad ke-20 kerana ejaan Jawi tidak
dapat menjelaskan sistem bunyi bahasa Melayu yang sebenar bagi mereka yang
tidak memahaminya. Oleh itu, terdapat beberapa sistem ejaan Rumi yang pernah
digunakan antaranya ialahEjaan Negeri-Negeri Selat,Ejaan Swettenham,Ejaan
Maxwell, Ejaan Wilkinson, Ejaan Za’ba, Ejaan Rumi Fajar Asia dan Ejaan Kongres.

5.1 EJAAN RUMI NEGERI-NEGERI SELAT 1878

Sistem Ejaan Rumi Negeri-Negeri Selat diperlukan unruk memudahkan urusan


rasmi kerajaan dan mengelakkan perasaan ragu-ragu untuk menggunakannya
terutamanya keperluan bagi menulis nama khas seperti nama orang dan nama
tempat.
Sistem ejaan rumi negeri-negeri Selat mula diperkenalkan sejurus British menakhluk
kepulauan Singapura dan menjadikannya sebagai pusat pentadbiran British di Asia
Tenggara.Sistem ejaan Jawi yang digunakan secara rasmi oleh Kesultanan Johor di
Singapura telah pun ditransliterasi kepada tulisan rumi dan telah diselaraskan ke
seluruh Negeri-Negeri Selat di Pulau Pinang,Melaka dan Singapura.

5.2 EJAAN RUMI SWETTENHAM 1881

7
Ejaan Rumi Swettenham merupakan cetusan idea daripada Gabenor Negeri-
Negeri Selat.Beliau yang juga merupakan seorang penulis menggunakan peluang ini
untuk menyelaras dan menyusun kembali penggunaan abjad-abjad Latin dan
selaraskan dengan penggunaan tulisan jawi yang telah ditransliterasikan.

5.3 EJAAN RUMI MAXWELL 1882

Ejaan Rumi Maxwell pada tahun 1882 merupakan cetusan Idea Sir William Edward
Maxwell yang merupakan setiausaha Jajahan Negeri-Negeri Selat ke-6 .Beliau
menambah penggunaan tulisan rumi dalam mentranlisterasikan tulisan jawi kepada
tulisan rumi.Beliau turut menambah penggunaan kosa kata bagi mengikut
kesesuaian aksara Jawi yang digunakan pada zaman itu.

5.4 EJAAN RUMI WILKINSON 1904

Ejaan Rumi Wilkinson merupakan sistem ejaan Rumi bahasa Melayu yang
diasaskan oleh sebuah jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Kerajaan Melayu
Bersekutu (British) pada tahun 1904. Terdapat enam peraturan utama untuk
merumikan ejaan bahasa Melayu.

5.5 EJAAN RUMI ZAABA 1926

Selepas kewujudan sistem ejaan Wilkinson pada bulan Oktober 1904,sistem


ejaan rumi Za'ba,iaitu hasil daripada Zainal Abidin Ahmad,sasterawan bahasa
Melayu di Maktab Perguruan Sultan Idris,Tanjung Malim,pada tahun 1924 telah
muncul.Sistem ejaan ini telah diperkemas dalam beberapa tahun serta termasuk
dalam beberapa buah buku yang pedoman bahasa terbitan Pejabat Karang-
mengarang mengenai maktab yang berkaitan.

5.6 EJAAN RUMI BARU FAJAR ASIA 1945

Ejaan Rumi Fajar Asia merupakan kaedah ejaan yang digunapakai dalam majalah
dwimingguan ‘Fajar Asia’ yang diterbitkan di Singapura bermula tahun 1943 di
bawah kelolaan Zainal Abidin bin Ahmad sebagai ketua pengarang.Grafem yang

8
digunakan dalam sistem ejaan ini juga memperlihat perbezaan yang sedikit sahaja
daripada Sistem Ejaan Wilkinson dan sistem Ejaan Zaaba di Tanah Melayu.

5.7 EJAAN RUMI KONGRES

Sistem Ejaan Rumi Kongres ini merupakan hasil daripada salah satu sidang di
bawah Jawatankuasa Ejaan dan Bunyi Bahasa Melayu pada 16 sehingga 21
September 1956.Sidang tersebut mempunyai tiga kertas kerja mengenai ejaan dan
bunyi bahasa Melayu.Selain mereka telah mengutuskan 16 ketetapan tentang ejaan
bahasa Melayu.

6.0 SISTEM EJAAN RUMI MABBIM 1972

MABBIM ialah sebuah badan kebahasaan serantau yang dianggotai oleh tiga
buah negara.Asalnya badan ini dinamai Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia
(MBIM),yang ditubuhkan pada 29 Disember 1972.Setelah satu pernyataan bersama
ditandatangani oleh Allahyarham Tun Hussein Onn,Menteri Pendidikan Malaysia dan
Bapak Mashuri Saleh S.H. Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia
pada,23 Mei 1972 di Jakarta.MBIM menjadi MABBIM apabila negara Brunei
Darussalam menggangotai Majlis ini pada 4 November 1985.Manakala Singapura
menjadi pemerhati Majlis sehingga kini.Misi utama penubuhan MABBIM adalah
untuk membina dan mengembangkan bahasa rasmi atau bahasa kebangsaan iaitu
Bahasa Melayu/Bahasa Indonesia di ketiga-tiga negara anggota MABBIM menjadi
bahasa peradaban tinggi,bahasa ilmu,bahasa sains,bahasa teknologi moden,bahasa
perusahaan dan bahasa ekonomi.

7.0 SISTEM TULISAN TERKINI

Akhir sekali, Sistem Ejaan Baharu bagi bahasa Melayu dan bahasa Indonesia
adalah kemuncak kepada semua aktiviti untuk memperbaiki semua sistem ejaan.
Sistem ejaan telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Tun Abdul
Razak pada 16 Ogos 1972. Sistem ejaan ini mempunyai enam ciri utama iaitu
terdapat beberapa jenis abjad Melayu iaitu vokal, diftong dan konsonan. Kedua,
wujudnya sistem koordinasi vokal. Ketiga ialah penulisan perkataan bahasa Melayu

9
seperti penulisan rangkai kata. Keempat, penggunaan huruf kecil dan besar. Kelima,
penggunaan tanda baca dan terakhir ialah penulisan partikel seperti lah, kah dan tah
serta dieja mengikut susunan perkataan sebelumnya.

8.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, kita hendaklah menjaga dan memartabatkan tulisan Jawi dan


Rumi ini yang merupakan sebuah peninggalan yang amat bernilai dari zaman nenek
moyang kita sehingga ke anak cucu sekarang. Kita yang merupakan penduduk tetap
Malaysia ini hendaklah bersama-sama mengkaji bahasa dan tulisan ini supaya tak
lapuk dek zaman. Oleh itu, kita perlu sentiasa memberi pendedahan kepada
anakanak sekarang terutamanya sistem Ejaan Jawi agar keunikan sistem ejaan di
negara terus berkekalan.

9.0 RUJUKAN

BUKU

Amat Juhari Moain. (1996). Perancangan Bahasa: Sejarah Aksara Jawi. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Dr.Naziroh Ibrahim,E.t (2024). Pengajian Jawi dan Khat. Local Publications (M)
SDN BHD.

Faisal Abdul Hamid & Faizuri Abdul Latif. (n.d). Sejarah Perkembangan Tulisan
Jawi: Analisis Mengenai Teori Kang Kyoung Seok. Jurnal al-Tamaddun Bil 9 (2)
2014, 1-15.

Ismail Dahaman. (1996). Pedoman Ejaan Rumi Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2010). Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kang Kyoung Seok. (1990). Perkembangan Tulisan Jawi dalam Masyarakat


Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

10
Lutfi Abas. (1975). Linguistik Deskriptif dan Nahu Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka

Sohasni Dollah. (2023). Jawi dan Rumi. Selangor: MK e-Solutions Sdn. Bhd.

SUMBER INTERNET

Ahmad Naufal. (n.d). Ejaan Jawi Dian. Dipetik daripada


https://www.scribd.com/presentation/370652552/Ejaan-Jawi-Dian#

Nur Baiti Nazri. (n.d). Sejarah Ejaan Jawi dan Rumi. Dipetik daripada
https://www.academia.edu/42039357/Sejarah_Ejaan_Jawi_dan_Rumi

11

You might also like