Minit Moral 3 2023

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

SJK(T) LADANG TAMPIN LINGGI

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN MORAL

BILANGAN 3 /2023-2024

Tarikh : 31.10.2023 (Selasa )

Masa : 1.30 – 2.30 petang

Tempat : Bilik ICT SJK T Ladang Tampin Linggi

Kehadiran :

Bil Nama Jawatan Tandatangan

1. Puan G. Kala Guru Besar & Pengerusi & Guru

Tahun 6

2. Puan B. Sarimilah Guru Akademik (GPK1)

Guru Tahun 2

3. Puan V.Gunasundari Ketua Panitia & Guru Tahun 1

4. Puan R.Valiamah Guru Tahun 3

5. Puan A.Usha Guru Tahun 5

Agenda Mesyuarat:

1. Ucapan Pengerusi
2. Pembentangan Minit Mesyuarat bilangan 2
2023/2024
3. Perkara-perkara berbangkit
4. Perbincangan
4.1 Program panitia
4.2 Penjaminan Kualiti
4.3 Post mortem Analisa PBD (Jul-Okt)
4.4 Program bacaan pagi
4.5 Pencerapan / Learning Walk
4.6 Pemantauan buku latihan murid
4.7 LDP / PLC
4.8 Kewangan
5. Hal-hal lain
6. Penangguhan mesyuarat
1. Ucapan Pengerusi (Guru Besar – Pn. G. Kala)
0
1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua guru. Beliau mengucapkan terima kasih
kepada semua guru yang hadir ke mesyuarat Panitia Pendidikan Moral yang ke-3.
1.2 Guru Besar meminta guru-guru menyemak buku latihan murid dalam tempoh masa tiga
hari dengan teliti. Guru-guru juga diminta menghantar buku latihan murid-murid bagi
matapelajaran elektif kepada guru besar sebelum hari Jumaat untuk semakan.
1.3 Beliau juga meminta guru-guru menghantar intervensi PBD bulan Julai hingga Oktober
kepada ketua panitia dan setiausaha PBD.
1.4 Beliau juga meminta ketua panitia meneruskan PLC sepanjang tahun.
1.5 Inovasi sekolah telah di buat oleh Pn.R.Valiamah dan Pn.R.Thavakumary. Manakala,
amalan baik sekolah telah di dibuat oleh Pn.B.Sarimilah dan Pn.V.Guna Sundari. Beliau
mengingatkat inovasi sekolah perlu dibentangkan pada bulan Januari.
1.6 Pengerusi meminta guru-guru mengemaskini fail panitia masing-masing.
1.7 Guru besar mengingatkan kepada guru-guru bahawa sebarang hasil karya ataupun projek
murid perlu di simpan di bilik bbm di sekolah.
1.8 Pentaksiran Bilik Darjah Semester 2 bagi murid-murid tahap 1 akan dijalankan pada
04.12.2023 – 08.12.2023. Guru-guru di minta menghantar kertas ujian sebelum
10.11.2023 kepada setiausaha peperiksaan.
1.9 Beliau juga menasihati para guru untuk menjalankan pembelajaran berbeza bagi murid -
murid kerana tahap pencapaian mereka tidak sama malah berbeza.
1.10 Pengerusi meminta guru-guru memberikan kertas Ujian Akademik Sesi Akhir pada tahun
2022 kepada murid-murid sebagai latihan sebelum murid-murid menduduki UASA 2023.
1.11 Guru besar meminta guru-guru melengkapkan borang skpm kualiti@sekolah yang
diberikan dan menghantar pada bulan Januari bersama dengan evidense. Penyelaras
skpm kualiti @sekolah Pn.K.Suganeswary akan memasukkan markah pada bulan
Februari.
Makluman semua guru

2. Pembentangan minit mesyuarat bilangan 2/2023-2024


0
Puan V.Guna Sundari selaku ketua panitia membentang minit mesyuarat bilangan kedua
tahun 2023/2024.
Pencadang : Puan R.Valiamah
Penyokong : Puan B.Sarimilah
3. Perkara- perkara berbangkit
0
3.1 Tiada perkara berbangkit
Makluman semua guru
4. Perbincangan dan Perancangan 2023/2024
0
4.1 Pn.V.Guna Sundari selaku Ketua Panitia membentangkan aktiviti panitia seperti yang
berikut:

Bil Nama Program Pelaksanaan Sasaran


1 Thirumurai Vizha selesai murid
2 Minggu Panitia Moral Selesai Murid
3 Muthamizh Vizha Selesai Murid
perigkat sekolah
4 PLC Sudah dilaksanakan Guru
(3 kali)
5 Kelas Agama hari Hari Jumaat Murid
Jumaat
6 Vinayagar Sathurthi Selesai Murid
7 Navarathiri Selesai Murid
8 Muthamizh Vizha Diberi latihan murid

Makluman semua guru PM


4.1.1 Pengagihan tugas Muthamizh Vizha
Thirupadal : Guru matapelajaran dari tahun 1-tahun 6
Mewarna : Pn.R.Valiamah
Kolam : Pn.A.Usha
Kuiz : Pn.B.Sarimilah
Syarahan : Pn.V.Guna Sundari

4.2 Penjaminan Kualiti


1. Pementoran – Memberikan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran mengenai
prosedur dan garis panduan kepada guru.
2. Penyelarasan – Menyelaras pengetahuan dan kefahaman guru terhadap panduan
penskoran.
3. Pemantauan – Memastikan PBS dilaksanakan mengikut prosedur dan garis
panduan.
4. Pengesanan – Memastikan instrumen pentaksiran menepati dokumen kurikulum.

4.3 Post Mortem Analisa PBD


4.3.1 Pentaksiran Bilik Darjah telah dijalankan secara berterusan. Jadual di lampiran
menunjukkan tahap penguasaan murid dalam matapelajaran Pendidikan Moral
mengikut kelas.
4.3.2 Murid-murid yang mencapai tahap penguasaan TP 2 hingga TP 5 akan
dijalankan intervensi yang dirancangkan oleh guru mata pelajaran dan
memberikan perhatian yang lebih semasa PdPc dan selepas PdPc supaya
mereka dapat mencapai tahap penguasaan TP 4 hingga TP 6.
4.3.3 Program pemulihan diteruskan semasa waktu PdPc untuk murid-murid yang
masih berada dalam TP 2 hingga TP 3 dalam PBD.
4.3.4 Bagi murid-murid yang berpotensi untuk mencapai TP 5 dan 6, program
pengukuhan perlu dijalankan semasa PdPc.
4.3.5 PBD akan dijalankan secara berterusan sepanjang sesi persekolahan.
4.3.6 Analisa PBD bersama dengan intervensi turut dinyatakan dalam jadual lampiran
4.3.8 1.
Tracker PBD adalah seperti berikut:

Tahap Pencapaian Nama murid yang tidak mencapai


Tahun
1 2 3 4 5 6 minimum kompetensi TP4
Darjah 1 3
Darjah 2 1 1
Darjah 3 4 4 2
Darjah 4 3
Darjah 5 9
Darjah 6 4 5

Subjek/ TP TP BMTM TP TP TP TP MTM CMRLG


TP 1 2 3 4 5 6
PM 0 0 0 0 8 25 3 33 28

Tindakan : Guru Moral


4.4 Pencerapan/ Learning Walk
4.4.1 Guru besar, para GPK akan menjalankan pemantauan dan pencerapan secara
berterusan bagi meningkatkan kualiti PdPc.
4.4.2 Hasil pemantauan akan dicatat dalam borang rekod pencerapan.
4.4.3 Borang pemantauan akan disimpan dalam fail kecil RPH .

Makluman semua guru

4.5 Pemantauan buku latihan murid


4.5.1 Guru-guru diminta menyemak buku latihan murid dalam tiga hari. Buku latihan
murid akan disemak oleh guru besar dari semasa ke semasa.
4.5.2 Guru-guru perlu memastikan murid-murid menjaga kebersihan dan keadaan
buku latihan.
4.5.3 Guru-guru diminta memberikan penghargaan bagi tugasan murid.
4.5.4 Guru mata pelajaran perlu memastikan murid-murid membuat pembetulan.

Makluman semua guru

4.6 LDP / PLC


4.6.1 LDP / PLC akan diadakan secara berterusan sepanjang tahun untuk membincangkan
tentang penambahbaikan PdPc dan cara-cara menangani masalah yang dihadapi
4.7 Kewangan
oleh murid semasa PdPc .
4.7.1 PCG bagi tahun 2023-2024 fasa 2 untuk Panitia PM adalah seperti berikut :
4.6.2 Laporan PLC perlu disertakan bersama gambar dan disimpan dalam fail panitia.
4.6.3 Panitia Pendidikan Moral telah menjalankan tiga PLC sehingga bulan Oktober
2023/2024.
Makluman semua guru

Kewangan
4.7
4.7.1 PCG bagi tahun 2023-2024 fasa 2 untuk Panitia PM adalah seperti berikut :
JUMLAH PCG RM 180.13 JUMLAH PCG RM 264.37
tambahan
Hadiah RM 164.00 Hadiah RM 245.00
Baki RM 16.13 Baki RM 19.37
Makluman semua guru

4. Hal-hal lain
8
4.8. Guru-guru diminta menyediakan kertas Pentaksiran Bilik Darjah sehingga kemahiran yang
telah diajar
4.8. Guru-guru diminta menjalankan latihan Muthamil Vizha kepada murid-murid yang telah
dipilih.
Makluman semua guru

6. Penangguhan mesyuarat
0

Mesyuarat telah ditangguhkan pada pukul 3.45 petang.

Dicatat oleh , Disemak oleh ,

................................................. ..........................................
(GUNA SUNDARI A/P VELAYUTHAM) (KALA A/P GANESAN)
Ketua Pendidikan Moral Guru Besar
SJK(T) LDG TAMPIN LINGGI

Tarikh : 10 November 2023

You might also like