Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

TEAM COUGAR

TEMA: BULAN RAMADHAN


CERAMAH:
1. DEFINISI & SEJARAH PENSYARIATAN PUASA
2. SYARAT SAH
3. KELEBIHAN BULAN RAMADHAN
4. KELEBIHAN MALAM LAILATUL QADAR
5. PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH, KAMI DARI KUMPULAN
COUGAR INGIN MENYAMPAIKAN SEDIKIT ILMU YANG BERTEMAKAN BULAN RAMADHAN.
KITA SEDARKAN YANG BULAN PUASA/ RAMADHAN SEMAKIN HAMPIRI. JANGAN INGAT
RAYA JE... SEPATUTNYA KITA LEBIH MENUMPUKAN PERHATIAN KEPADA BULAN PUASA.
BAIK… MARI KITA MENGENALI BULAN PUASA/ RAMADHAN.

DEFINISI & SEJARAH PENSYARIATAN PUASA


Yang pertama mari kita ketahui pengertian puasa, menurut bahasa puasa
ialah menahan diri daripada melakukan sesuatu seperti makan, minum dan
bercakap. Manakala, dari segi syarak pula menahan diri daripada melakukan perkara
yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar hingga matahari terbenam dengan
niat puasa. Okeyhh… definisi kita dah tau. Jom kita tengok disebalik tadbir
pensyariatan puasa.
Firman Allah SWT:
“Wahai orang- orang yang beriman kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana
diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.”
(Surah Al-Baqarah: ayat 183)
PUASA di bulan Ramadhan telah difardhukan pada bulan sya’ban tahun kedua hijrah.
Oleh itu, kita semua wajib berpuasa yerr…kecuali atas sebab tertentu. Bolehh saya
nak tanya apa sebab yang tidak membolehkan kita berpuasa?
Jawapan:
- Keluarnya Darah Haid atau Nifas (ibu yang beranak) bagi yang perempuan
- Budak (yang belum baligh)
- orang yang mempunyai sakit parah, bila dia berpuasa dia lagi sakit.
- orang gila
- warga emas yang tidak larat dan boleh memudaratkan kesihatannya tetapi jika
masih larat boleh berpuasa
Tetapi jangan pandang mudah sebab mereka perlu menggantikan puasa yang
mereka tinggal kan dengan cara yang tertentu.
SYARAT SAH PUASA
Seterusnya, kita kena tahu syarat-syarat sah untuk berpuasa barulah kita rasa
yakin puasa kita diterima..yang pertama semestinya kita wajib beragama Islam. So
Kalau dia murtad, sah ke tidak kalau dia berpuasa? Jawapan: tidak sah kerana dia
telah keluar dari islam. Yang kedua, berakal dan mumaiyiz..tahu tak mumayyiz tu
ape? Jawapan : Mumayyiz itu ialah apabila orang yang berumur tujuh tahun bukan
kanak-kanak yang sudah tahu membezakan baik & buruk. Yang Ketiga, suci daripada
haid dan nifas. Yang terakhir ialah Niat..

KELEBIHAN BULAN RAMADHAN


Semua tahu tak kelebihan bulan Ramadhan?.. Kalau tak tahu, mari saya
ceritakan. Kelebihan Bulan Ramadhan ialah bulan yang penuh keberkatan dimana
apabila kita melakukan amalan sunat akan diberikan pahala fardhu yang digandakan
70 kali. Selain itu, tawaran pengampunan dosa-dosa yang lalu. Seterusnya, pintu
rahmat, langit dan syurga terbuka luas. Akhir sekali, syaitan dan jin akan dirantai
serta pintu neraka ditutup rapat-rapat. Puasa juga dapat melatih kita bersabar dalam
berhadapan dengan keinginan diri dan godaan luaran sepanjang ramadhan. Akhir
sekali, puasa juga mengajar kita supaya teliti dengan masa dan jadual hidup.
Contohnya, waktu berbuka dan sahur sebab kalau kita salah sikit je akan batal puasa
kita.
KELEBIHAN MALAM LAILATUL QADAR
Ada satu lagi tak disebut dalam bulan Ramadhan??? APAtu? Dia muncul
malam 10 terakhir dalam bulan ramadhan..iaitu MALAM LAILATUL QADAR. Malam
yang mempunyai berkat dan keistimewaan yang banyak..Pada malam lalilatul qadar
paras malaikat turun bersama-sama dengan berkat dan rahmat Allah swt yang
dikhaskan untuk hambanya yang bertaqwa dan beriman.

PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA


ANTARA PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA ADALAH:
1. MAKAN DAN MINUM DENGAN SENGAJA
2. MUNTAH DENGAN SENGAJA
3. DATANG HAID ATAU NIFAS
4. GILA dan MURTAD
5. MEMASUKKAN SESUATU BENDA KE DALAM RONGGA YANG TERBUKA
6. PERSETUBUHAN.
Semunya membatalkan puasa apabila dialakukan secara sengaja (kecuali gila) jika tidak
sengaja, terlupa dan dipaksa maka tidak terbatal.
ITU SAHAJA SEDIKIT PERKONGSIAN ILMU DARIPADA KAMI, JIKA ADA SALAH TAFSIR
ATAU SALAH MAKSUD ATAU TERSILAP BAHASA, KAMI INGIN MEMINTA MAAF DAN
TERIMA KASIH.

You might also like