Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 82

1

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengesan penggunaan kaedah projek terhadap

kebolehan menghasilkan bentuk dalam kalangan murid prasekolah. Penyelidik

menghuraikan kajian mengenai penggunaan kaedah projek untuk murid prasekolah.

Selain itu, penyelidik juga menghuraikan mengenai pernyataan masalah, objektif

kajian, soalan kajian dan hipotesis yang telah di timbulkan oleh penyelidik. Penyelidik

juga menerangkan mengenai limitasi kajian dan definisi operasional.


2

1.2 Pernyataan Masalah

Berdasarkan dapatan kajian-kajian lepas yang telah dibincangkan itu, dengan ini

jelaslah wujud masalah dalam penggunaan kaedah projek dalam menghasilkan

bentuk-bentuk asas seperti segitiga, segiempat dan bulat dalam kalangan murid

prasekolah yang mana penyelidik telah mengkajinya dalam kajian ini.

Tujuan kaedah projek adalah untuk melibatkan murid dengan idea-idea

konseptual dan memperkembangkan kemahiran-kemahiran yang tidak mungkin

dicapai melalui kaedah pengajaran lain. Objektif utama kaedah ini adalah untuk

pemerolehan pengetahuan yang baru oleh murid atau penggunaan pengetahuan sedia

ada kepada situasi-situasi kehidupan seharian, penyelesaian masalah atau penghasilan

produk. Guru perlu membuat demonstrasi terlebih dahulu sebelum menyuruh murid-

murid melakukan sesuatu projek. Dalam kaedah ini, guru berperanan untuk

menentukan tajuk yang sesuai kepada murid. Ada sesetengah guru menyediakan tajuk

yang tidak bersesuaian dengan murid-murid. Guru seharusnya berperanan sebagai

rakan pembimbing, memastikan setiap murid mempunyai peranan dan tugasan dalam

melaksanakan projek, memberikan kebebasan dan kepercayaan kepada murid untuk

melaksanakan sesuatu projek mengikut kemampuan murid dengan pemantauan guru,

bertindak sebagai motivator dengan sentiasa member dorongan kepada murid untuk

mengekalkan minat mereka serta member masa yang secukupnya kepada murid untuk

melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan. Ada sesetengah guru juga tidak

memberi peluang kepada murid untuk melakukan sendiri kerana tidak memberi

kepercayaan kepada murid.


3

Untuk melancarkan perjalanan sesuatu projek yang dirancangkan, guru

perlulah menyediakan alatan yang mudah dikendalikan, ringan dan tidak terlalu

membahayakan murid supaya mudah dan selamat digunakan. Sebelum projek

dilaksanakan, guru sepatutnya terlebih dahulu menerangkan setiap tugasan itu, cara

penggunaan alatan, tujuan projek dan sebagainya dengan berulang-ulang agar murid

faham. Guru tidak seharusnya membiarkan murid melakukan projek tanpa bimbingan.

1.3 Objektif Kajian

i. Untuk mengenalpasti kesan penggunaan kaedah projek terhadap

kebolehan menghasilkan bentuk di kalangan murid prasekolah.

ii. Untuk mencari hubungan antara menghasilkan bentuk dengan kaedah

projek.

1.4 Soalan Kajian

Penyelidik telah menjalankan kajian ini berdasarkan soalan kajian yang berikut:

i. Apakah kesan penggunaan kaedah projek terhadap kebolehan

menghasilkan bentuk di kalangan murid prasekolah?

ii. Adakah terdapat hubungan antara menghasilkan bentuk dengan kaedah

projek?
4

1.5 Limitasi Kajian

Kajian ini mempunyai batasan-batasan dari segi tempat kajian, masa, sampel

kajian dan juga kaedah kajian. Dalam kajian ini, telah wujud kesukaran untuk

mengawal pembolehubah luar yang memesong dari tujuan kajian, misalnya maklumat

palsu yang mungkin akan diberikan oleh sampel kajian. Penyelidik telah mempunyai

masalah kekangan masa dalam menyiapkan kajian ini dan penyelidik telah memilih

sekolah yang berdekatan dengan kediaman penyelidik kerana bagi mengurangkan

perbelanjaan dalam membuat kajian ini.

1.5.1 Lokasi Kajian

Kajian ini telah dijalankan hanya di sebuah sekolah di Kota

Damansara, Selangor, Malaysia sahaja.

1.5.2 Masa

Masa yang telah diambil untuk membuat kajian ini adalah selama 11

bulan iaitu dari Jun 2014 hingga Mei 2015.

1.5.3 Sampel Kajian

Sampel kajian diambil dari keseluruhan murid Prasekolah di sekolah

yang dikaji. Sampel yang dipilih adalah seramai 50 orang iaitu merangkumi 2

kelas Prasekolah di sebuah sekolah di Kota Damansara.


5

1.5.4 Kaedah Kajian

Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan beberapa jenis kaedah

untuk mengumpul data iaitu melalui kaedah pemerhatian dengan

menggunakan beberapa item yang telah ditentukan oleh penyelidik dan item-

item ini merupakan item yang biasa digunakan. Pemerhatian ini dilakukan

semasa kaedah projek dijalankan. Sebelum memulakan kaedah projek,

penyelidik telah menceritakan cara-cara untuk melakukan kaedah projek

tersebut kerana responden masih tidak tahu memahami dengan mudah apa

yang diperkatakan, jadi penyelidik perlu menerangkan cara-cara itu dengan

lebih jelas supaya responden dapat melakukannya dengan baik.

1.6 Definisi Operasional

1.6.1 Penggunaan Kaedah Projek

Kaedah projek ini diperkenalkan berlandaskan teori pembelajaran yang

menyatakan bahawa hasil pembelajaran murid akan menjadi lebih berkesan

jika murid sering bersedia untuk melaksanakan aktiviti pembelajaran yang

dirancangkan dengan cara yang menarik.

Melalui kaedah ini, murid akan memerhati satu situasi yang sebenar

untuk mendapatkan hasil. Di samping itu, kaedah ini boleh meningkatkan

penglibatan murid dan secara langsung mengembangkan kemahiran yang ada


6

pada murid yang tidak mungkin dicapai melalui kaedah lain. Dalam satu

pengajaran yang dilaksanakan dengan kaedah projek secara langsung member

kelebihan kepada murid. Menerusi kaedah projek ini, pengetahuan dan

kemahiran projek yang dipelajari secara langsung dapat digunakan dalam

situasi sebenar.

1.6.2 Kebolehan Menghasilkan Bentuk Geometri Matematik

Kebolehan menghasilkan bentuk ini merupakan sesuatu yang sangat

mudah untuk dipelajari oleh murid-murid prasekolah. Merangsang murid

dengan bersoal jawab berkaitan bentuk-bentuk yang di tunjukkan. Murid

menyebut semula nama-nama setiap bentuk yang disebutkan oleh guru dan

menamakan setiap bentuk yang telah di tunjukkan. Mengenal ciri-ciri setiap

bentuk.

1.6.3 Murid Prasekolah

Pendidikan prasekolah adalah satu program yang menyediakan

pengalaman pembelajaran kanak-kanak 4-6 tahun dalam jangka masa satu

tahun atau lebih sebelum masuk ketahun satu di sekolah formal. Oleh itu,

murid yang belajar di prasekolah dikenali sebagai kanak-kanak prasekolah

kerana berumur bawah 7 dan 8 tahun. Dalam pendidikan prasekolah, kanak-

kanak belajar melalui kaedah bermain sambil belajar (pembelajaran tidak

formal) sebagai persediaan untuk menghadapi pendidikan formal iaitu sekolah

rendah.
7

BAB 2

SOROTAN LITERATUR

2.1 Pendahuluan

Dalam bab 2 ini, penyelidik membincangkan mengenai penggunaan kaedah projek

terhadap kebolehan menghasilkan bentuk. Penyelidik juga telah mengkaji dua teori

yang berkaitan dengan kajian ini, iaitu teori konstruktivisme dan Teori pembelajaran

matematik (kognitif piaget). Penyelidik mengaitkan kedua-dua teori itu dalam

kerangka teoritikal kajian. Selain itu, penyelidik juga telah menghurai beberapa

kajian-kajian lepas dari dalam dan luar negara mengenai penggunaan kaedah projek

dan kemahiran menghasilkan bentuk. Penyelidik mengaitkan kedua-dua kajian ini

antara satu sama lain dalam kerangka konseptual kajian.


8

2.2 Teori Yang Mendasari Kajian

2.2.1 Teori Pembelajaran Matematik (Kognitif Piaget)

Teori Piaget dikenali juga dengan Teori Perkembangan Kognitif Piaget ini

telah mendapat perhatian meluas dalam bidang Psikologi sejak kajiannya

dikemukakan. Kajian ini dapat menerangkan peringkat-peringkat

perkembangan kognitif kanak-kanak dan proses pemikiran berasaskan

perkembangan skema.

Dalam teori kognitif ini, Piaget menyatakan kanak-kanak mempelajari

matematik melalui empat konsep utama iaitu skema, penyerapan,

pengubahsuaian dan keseimbangan. Walau bagaimanapun, dalam

pembelajaran matematik kanak-kanak hanya dikaitkan dengan tiga konsep

iaitu penyerapan, pengubahsuaian dan keseimbangan. Konsep-konsep ini

melibatkan perubahan dalam pemikiran kanak-kanak mengenai pembelajaran

sesuatu konsep dalam mempelajari asas matematik. Sekiranya konsep

matematik dapat diajar dengan betul daripada peringkat awal, maka kanak-

kanak akan terus mengekalkan konsep yang mereka pelajari pada awal umur

sehingga mereka dewasa. Begitu juga apabila kanak-kanak telah didedahkan

dengan bentuk-bentuk seperti bulat, segitiga ataupun segi empat dari peringkat

awal lagi, maka mereka tidak akan mempunyai masalah untuk mengenali

setiap bentuk-bentuk itu apabila telah memasuki alam persekolahan.


9

Sebagai guru prasekolah yang hendak mengajar awal matematik,

seharusnya memberi tumpuan terhadap perkembangan kanak-kanak pada

peringkat pra operasi. Pada peringkat usia sebegini, kanak-kanak sedang cuba

memahami konsep melalui pengalaman mereka sendiri. Maka, bahan bantu

mengajar dapat membantu murid-murid memahami konsep matematik yang

bakal diajar. Piaget berpendapat bahawa asas sesuatu pembelajaran ialah

aktiviti kanak-kanak itu sendiri. Beliau juga menegaskan bahawa kepentingan

interaksi idea-idea antara kanak-kanak tersebut dengan kawan-kawannya

adalah mustahak dalam perkembangan mental seseorang.

Praoperasi merupakan peringkat pertama operasi konkrit di antara usia

dua tahun hingga tujuh atau lapan tahun. Kanak-kanak di peringkat ini

membina perkembangan prakonsep. Kanak-kanak boleh manipulasi simbol

atau sesuatu yang mewakili fizikal alam. Pada masa ini kanak-kanak belajar

pengekalan. Kanak-kanak membina kefahaman bahawa bahan atau objek

kekal sama biarpun akan berubah dalam bentuk atau di susun cara berlainan di

dalam ruang. Kanak-kanak boleh belajar kemahiran matematik yang mudah

atau pengiraan rutin tanpa mengunakan pengekalan. Tanpa kemahiran

pengekalan kanak-kanak sukar membina kefahaman matematik dan tidak akan

berupaya untuk menyelesaikan masalah komplek dan tugasan.

2.2.2 Teori Konstruktivisme

Konstruktivisme merupakan proses pembelajaran yang menerangkan

bagaimana pengetahuan disusun dalam minda murid. Whitehead (1929),


10

mengingatkan kita supaya tidak membebankan kanak-kanak dengan

pengetahuan yang tidak berkembang (dead knowledge). Apa yang

diketengahkan oleh Whitehead ialah amalan mengajar di sekolah perlulah

menjurus kepada usaha membolehkan kanak-kanak atau murid berfikir

dalam persekitaran kehidupan dan mengelakkan daripada hanya memberi

pengetahuan yang bersifat kaku (inert ideas) yang tidak mampu digunakan

bagi menyelesaikan masalah harian.

Barnes (1976) dan Bransford (1986) mengkaji tentang 'inert ideas'

mendapati kebanyakan pengetahuan yang diajar di sekolah adalah terasing

daripada cara kanak-kanak berfikir. Menurut Bransford ramai yang

berpandangan bahawa pengetahuan yang didapati di sekolah hanya merupakan

pengetahuan yang dipindahkan dari seseorang kepada seseorang yang lain.

Pengetahuan tersebut hanya cukup untuk menjawab soalan daripada guru

ataupun untuk menjawab soalan-soalan peperiksaan sahaja tetapi ianya tidak

menunjukkan pengetahuan individu secara keseluruhan. Pengajaran yang

lazim diamalkan oleh kebanyakan guru masa kini masih lagi berasaskan

kepada amalan yang sama iaitu menyuap murid-murid dengan pengetahuan

bagi membolehkan mereka menjawab dengan betul dalam peperiksaan tetapi

tidak mampu menyelesaikan masalah yang melibatkan pengaplikasian

pengetahuan tersebut.

Di dalam kaedah projek, murid-murid tidak hanya mendengar segala

penjelasan guru tetapi murid juga perlu mengaplikasi pengajaran itu. Murid-

murid akan didedahkan dengan beberapa perkara terlebih dahulu dan


11

kemudian guru akan meminta setiap murid untuk menjalankan satu aktiviti

yang boleh membuktikan kefahaman mereka. Guru perlu menyediakan bahan-

bahan pengajaran yang sesuai dan lengkap sebelum memulakan kaedah projek

ini. Melalui kaedah ini, murid-murid bukan sahaja akan lebih memahami

sesuatu pengajaran tetapi mereka sudah boleh mengaplikasikannya dalam

kehidupan seharian.

Untuk membantu murid membina konsep atau pengetahuan baru, guru

perlu mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada pada mereka. Apabila

maklumat baru telah disesuaikan dan diserap untuk dijadikan sebahagian

daripada pegangan kuat mereka, barulah bentuk baru tentang sesuatu ilmu

pengetahuan dapat dibina. Proses ini dinamakan Konstruktivisme. Beberapa

ahli konstruktivisme berpendapat bahawa pembelajaran bermakna bermula

dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada murid.

Rutherford dan Algren berpendapat bahawa murid mempunyai idea

mereka sendiri tentang hampir semua perkara sama ada betul atau salah. Jika

kefahamandan pandangan diabaikan dan tidak diatasi, kefahaman atau

kepercayaan asal mereka itu akan tetap kekal walaupun dalam peperiksaan,

mereka memberi jawapan seperti yang dikehendaki oleh guru. John Dewey

menguatkan lagi teori konstruktivisme dengan mengatakan bahawa guru yang

cekap harus melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sebagai proses

menyusun atau membina pengalaman secara berterusan. Beliau juga

menekankan kepentingan penyertaan murid di dalam aktiviti pengajaran dan

pembelajaran.
12

Konstruktivisme juga berasaskan pandangan bahawa proses

pembelajaran adalah aktif dan dinamik. Ia berkembang sedikit demi sedikit

sepanjang hayat seorang individu. Dalam erti kata lain, apa yang dilalui dalam

kehidupan seorang individu merupakan himpunan kesemua pengalaman yang

dialami oleh manusia.

Kerangka Teoritikal Kajian

Bahan
Bantu
Memahami Mengajar Penyertaan
Konsep Murid di
Melalui Dalam Aktiviti
Pengalaman Pengajaran dan
Sendiri Pembelajaran

Kebolehan
Pembelajaran Menghasilkan
di Peringkat Bentuk Pengetahuan
Sedia Ada
Awal Geometri
Matematik

Rajah 2.1 : Menunjukkan Kerangka Teoritikal Kajian

Di dalam kerangka teoritikal kajian, penyelidik akan mengaitkan teori

Teori Pembelajaran Matematik (Kognitif Piaget) dan Teori Konstruktivisme.

Setelah menelitikan teori-teori yang digariskan oleh Piaget, kita dapat

melihatkan ia berkaitan dengan konsep konstruktivisme. Konstruktisvisme


13

merupakan satu teori mengenai pengetahuan dan pembelajaran yang menarik

minat, memotivasikan serta memudahkan pemahaman murid-murid.

Berdasarkan kedua-dua teori yang dinyatakan di atas iaitu teori

Pembelajaran Matematik (Kognitif Piaget) dan Teori Konstruktivisme.

Penyelidik merumuskan kebolehan menghasilkan bentuk geometri matematik

dapat dipengaruhi oleh pembelajaran di peringkat awal, memahami konsep

melalui pengalaman sendiri, bahan bantu mengajar, penyertaan murid di dalam

aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan pengetahuan sedia ada seperti yang

ditunjukkan dalam rajah 2.1.

2.3 Kajian Lepas Yang Berkaitan

2.3.1 Pengguna Kaedah Projek

Brodi (2008) mengkaji pelaksanaan pembelajaran berasaskan projek yang

menumpukan kepada aspek kesesuaian, pengelolaannya serta nilai tambah

ilmu yang mungkin diperolehi di sebuah Sekolah di daerah Kuching, Sarawak,

Malaysia. Kajian beliau menggunakan sampel seramai 9 orang guru dan 14

orang murid tahun 4 di SK Dato’ Traoh. Metodologi kajian beliau adalah

menggunakan instrumen pengukuran data melalui soalselidik ke atas

responden dan juga pemerhatian serta pengukuran tahap prestasi subjek

kajian. Dapatan kajian beliau menunjukkan bahawa keseluruhan kesemua

responden bersetuju Pembelajaran Berasaskan Projek sesuai untuk semua jenis


14

sekolah dan sesuai untuk dilaksanakan di semua persekitaran sekolah. Selain

dari itu pengelolaan aktiviti dalam PBL dikatakan sesuai dengan keperluan

murid.

Krone (2006) mengkaji pendekatan projek kepada teori pengaturcaraan

bahasa di university di daerah Granville, United States. Kajian beliau

menggunakan pelajar-pelajar senior di Universiti Denison sebagai sampel.

Metodologi kajian beliau adalah dengan membuat pemerhatian berdasarkan

dokumentasi dan pembentangan yang dilakukan oleh pelajar di dalam kelas

dan juga kaji selidik. Dapatan kajian beliau menunjukkan bahawa peningkatan

terhadap pengetahuan dan kemahiran dalam bahasa pengaturcaraan berlaku.

Ini dapat dibuktikan dengan kemampuan pelajar mendokumentasi,

membentang dan menganalisis bahasa-bahasa pengaturcaraan yang telah

dipilh. Dapatan kajian juga menunjukkan pensyarah hanya bertindak sebagai

fasilitator dalam kelas pengaturcaraan. Sebelum kajian Projek Semester

dijalankan, pensyarah bertindak sebagai ‘pemberi maklumat’ yang

menyebabkan pelajar menjadi kirang aktif serta tidak melibatkan diri secara

langsung di dalam kelas.

Kaedah projek ialah penyiasatan secara mendalam berkaitan dengan

topik dunia sebenar agar dapat menarik perhatian murid mengenai topik yang

ingin diajar. Melalui pendekatan ini, murid-murid dapat mengaitkan

pengalaman luar sekolah dengan aktiviti. Ia juga dapat membantu murid-murid

bersedia untuk menjalankan kajian dalam bidang sains dan sains sosial. Hal ini

kerana kebanyakan projek berbentuk sains. Namun demikian, sekiranya dalam


15

pengajaran kepada kanak-kanak 4-6 tahun pelbagai bentuk projek boleh

dipelbagaikan. Pendekatan ini mestilah mempunyai langkah-langkah atau

urutan dalam melaksanakannya. Pendekatan ini juga perlu diakhiri dengan

penilaian kanak-kanak terhadap apa yang telah mereka lakukan.

Pendekatan projek di dalam Pendidikan Prasekolah merupakan satu

pendekatan yang memperkembangkan kemahiran dan kebolehan kanak-kanak

untuk menyelesaikan masalah. Projek boleh dijalankan secara kelas atau dalam

kumpulan kecil. Apakah kepentingan menggunakan pendekatan projek.

Mungkin kita sering tertanya-tanya apakah kepentingan pendekatan projek ini.

Projek memperkayakan aktiviti kanak-kanak seperti permainan dramatik,

pembinaan, melukis dan mewarna. Dengan cara ini projek dapat

menghubungkan aktiviti-aktiviti tersebut dengan kehidupan diluar sekolah.

Pendekatan projek juga memberi peluang kanak-kanak untuk menjalankan

kajian sendiri dan membentangkannya didalam pelbagai cara. Selain itu,

kanak-kanak berpeluang menggunakan pengetahuan dan kemahiran asas

matematik dan bahasa di sepanjang pelaksanaan projek.

2.3.2 Kemahiran Menghasilkan Bentuk

Khairil Anuar Mosmin (2008) mengkaji rekabentuk ‘smart volume’untuk topic

ruang dan isipadu matapelajaran matematik tahun 4 di sebuah sekolah luar

bandar di daerah Pontian, Johor. Kajian beliau menggunakan sampel seramai

10 orang murid tahun 4. Metodologi kajian beliau adalah menggunakan ujian

pra dan ujian pos yang dilakukan di akhir eksperimen. Dapatan kajian beliau
16

menunjukkan bahawa “Smart Volume” yang dicipta penyelidik berkesan untuk

meningkatkan kefahaman pelajar. Dalam kajian ini juga, penyelidik

mengemukakan cadangan bagi membaiki dan memantapkan mutu rekacipta

dan penyelidikan pada masa akan datang.

Norly Jamil dan Mahani Razali (2012) mengkaji konsep bentuk, ruang

dan pengukuran kepada kanak-kanak melalui rutin harian di Larkin, Johor.

Kajian beliau menggunakan sampel seorang kanak-kanak berusia 4 tahun.

Metodologi kajian beliau adalah menggunakan kaedah pemerhatian, rakaman

video dan temubual. Dapatan kajian beliau menunjukkan bahawa rutin pagi,

rutin makan, rutin tidur, rutin mandi dan rutin aktiviti bebas dapat digunakan

sebagai kaedah pengenalan awal konsep bentuk, ruang dan pengukuran kepada

kanak-kanak awal ini. Justeru, rutin harian kanak-kanak di pusat asuhan dan

didikan wajar dilihat sebagai satu persekitaran pembelajaran yang bermakna.

Rutin harian ini merupakan satu wadah permulaan untuk kanak-kanak

menguasai konsep matematik awal iaitu konsep bentuk, ruang dan

pengukuran.

Abdul Halim Abdullah dan Mohini Mohamed (2011) mengkaji

penggunaan kemahiran berfikir di kalangan pelajar dalam persekitaran perisian

geometri interaktif di sebuah sekolah menengah di daerah Johor. Kajian beliau

menggunakan sampel seramai tiga orang pelajar tingkatan dua di sebuah

sekolah menengah. Metodologi kajian beliau adalah menggunakan perisian

KIG dan rakaman video. Dapatan kajian beliau menunjukkan bahawa pelbagai

jenis kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif yang telah digunakan
17

sepanjang mengalami pembelajaran geometri menggunakan perisian KIG ini.

Peranan pengkaji sebagai fasilitator juga mampu menggalakkan pelajar

menggunakan kemahiran berfikir.

Kerangka Konseptual Kajian

Penyiasatan
Kebolehan Menghasilkan
Bentuk Geometri
Matematik :
Mendokumentasi 1) Pengalaman Sedia Ada
2) Kreatif dan Kritis

Penglibatan
Murid

Rajah 2.2 : Menunjukkan Kerangka Konseptual Kajian

Berdasarkan dapatan kajian lepas dari dalam dan luar Negara,


penyelidik merumuskan bahawa faktor penyiasatan, mendokumentasi dan
penglibatan murid mempengaruhi kebolehan menghasilkan bentuk Geometri
Matematik melalui pengalaman sedia ada dan kreatif dan kritis seperti yang
ditunjukkan dalam rajah 2.2.
18

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pendahuluan

Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji kaedah projek dalam kemahiran

menghasilkan bentuk. Dalam sesebuah kajian atau penyelidikan yang dijalankan,

ianya memerlukan metod atau kaedah dalam mendapatkan data atau dapatan kajian.

Dengan data yang mencukupi, barulah sesebuah kajian itu dapat dijalankan dengan

baik. Dalam bab ini, penyelidik telah menerangkan tentang reka bentuk kajian,

instrument kajian, populasi kajian, persampelan kajian, prosedur pengumpulan data,

pemprosesan dan analisis data, etika kajian, jadual kerja dan jangka masa kajian dan

anggaran kos perbelanjaan kajian.


19

3.2 Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk kajian merupakan kaedah atau teknik yang digunakan untuk

mendapatkan maklumat yang diperlukan bagi menyelesaikan masalah. Metodologi

yang telah digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk kuantitatif dan kajian

deskriptif yang bertujuan untuk meninjau dan mendapatkan maklumat mengenai

penggunaan kaedah projek dalam menghasilkan bentuk. Kajian yang telah dijalankan

ini adalah berbentuk kajian lapangan. Di dalam kajian lapangan, penyelidikan

dilakukan dalam persekitaran semulajadi dan situasi yang realistik.

Di dalam kajian ini tiga pembolehubah tidak bersandar iaitu kemahiran berfikir

kritis dan kreatif, kaedah projek dan pengalaman sedia ada murid di lihat

mempengaruhi pemboleh ubah bersandar iaitu kebolehan menghasilkan bentuk.

Seiring dengan itu kajian yang telah dijalankan ini adalah untuk melihat kekuatan

hubungan antara pembolehubah bersandar dengan pembolehubah tidak bersandar.

3.3 Instrumen Kajian

Kajian ini merupakan satu kajian tinjauan dan melibatkan kajian mengkaji kesan

antara satu faktor dengan faktor yang lain. Dalam kajian ini, penyelidik telah mengkaji

kesan penggunaan kaedah projek terhadap kebolehan menghasilkan bentuk. Sampel

kajian terdiri daripada murid Prasekolah di sebuah Prasekolah di Kota Damansara.


20

Instrumen kajian yang telah digunakan adalah satu set soal selidik dan

pemerhatian. Soal selidik lampiran ini mengandungi dua bahagian, iaitu Bahagian A,

B, C dan D. Bahagian A mengandungi item-item berkaitan latar belakang responden.

Ini termasuklah umur, jantina, keturunan, lokasi sekolah dan butiran ibu bapa

responden seperti pendapatan ibubapa dan jenis pekerjaan ibubapa. Bahagian B pula,

mengandungi item-item mengenai pengetahuan sedia ada murid prasekolah mengenai

bentuk. Bahagian C pula mengandungi item-item mengenai tahap penguasaan

Responden. Manakala bagi bahagian D pula, mengandungi item-item mengenai

kemahiran kaedah projek. Penyelidik sendiri yang telah mentadbirkan soal selidik ini

dan mengumpulkannya. Instrumen ini dipilih kerana ia dianggap antara yang paling

sesuai untuk menilai perubahan dalam pengetahuan, kesedaran, kemahiran, sikap,

keyakinan dan tingkahlaku.

3.3.1 Pemerhatian

Pemerhatian yang dijalankan adalah untuk mendapatkan maklumat dan

pengumpulan data, ianya bukan sahaja sebagai pandangan yang kosong

semata-mata. Penyelidik telah menjalankan pemerhatian ke atas aktiviti yang

dijalankan oleh murid prasekolah. Penyelidik telah menjalankan satu kaedah

projek terhadap kebolehan menghasilkan bentuk.

3.3.2 Borang Soal Selidik

Borang soal selidik digunakan oleh penyelidik kerana ia tidak mengambil

masa yang lama untuk menjalankan sesuatu pengumpulan data. Dalam kajian
21

ini, penyelidik menggunakan borang soal selidik semasa menjalankan kaedah

projek. Terdapat set soal selidik yang meliputi 4 bahagian iaitu bahagian A, B,

C dan D. Dalam bahagian A, borang soal selidik ini meliputi demografi

responden dengan tujuan untuk mendapatkan maklumat mengenai umur,

jantina, keturunan, lokasi sekolah dan beberapa butiran ibubapa. Manakala

dalam bahagian B pula, meliputi tahap pengetahuan sedia ada responden

terhadap kebolehan menghasilkan bentuk. Dalam bahagian C pula adalah

untuk melihat kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis responden.

Seterusnya, bahagian D adalah untuk kemahiran yang telah dikuasai oleh

responden setelah melakukan kaedah projek. Borang soal selidik akan

berbentuk skala likert, skala likert mempunyai 5 peringkat seperti yang

dinyatakan dalam jadual 3.1.

Jadual 3.1 : Jadual Skala Likert

SKALA PENGELASAN
1 Sangat Lemah
2 Lemah
3 Baik
4 Sangat Baik

3.3.3 Ujian Pra dan Pasca

Responden telah diberikan dua soalan bagi setiap item. Soalan pertama adalah

soalan pasca-ujian (post-test questions) yang bertujuan menilai kebolehan

responden selepas menjalani latihan. Soalan kedua pula berbentuk soalan pra-
22

ujian (pre-test questions) iaitu untuk mengukur tahap kebolehan responden

sebelum mengikuti latihan.

3.4 Populasi Kajian

Kajian ini dijalankan ke atas murid-murid prasekolah di sebuah prasekolah di Kota

Damansara. Keseluruhan prasekolah di Kota Damansara ialah sebanyak 6 buah

Prasekolah. Jumlah populasi ialah sebanyak 150 iaitu jumlah murid prasekolah yang

merangkumi sekolah di Kota Damansara. Oleh yang demikian 2 buah Prasekolah yang

telah dipilih bagi tujuan kajian ini.

3.5 Persampelan Kajian

Terdapat dua kriteria bagi menentukan sesuatu sampel yang baik iaitu perwakilan dan

kecukupan (Ary, 1985). Perwakilan bermakna sampel yang dipilih mestilah mewakili

populasi kajian. Kajian ini telah dijalankan di sebuah sekolah di Kota Damansara. Jadi

mengikut keseluruhannya, sampel yang telah digunakan dalam kajian ini adalah

seramai 50 orang murid prasekolah. Dalam kajian ini sebanyak 50 set soal selidik

akan disediakan untuk 2 buah prasekolah di sebuah sekolah di Kota Damansara.

Pemilihan Prasekolah ini adalah untuk melihat kesan kaedah projek dalam

menghasilkan bentuk.
23

3.6 Prosedur Pengumpulan Data

Pengumpulan data kajian ini melibatkan beberapa prosedur rasmi yang melibatkan

murid-murid Prasekolah di sebuah sekolah di Kota Damansara. Oleh itu sebelum

menjalankan kajian ini terlebih dahulu penyelidik telah mendapatkan surat kebenaran

melakukan penyelidikan dari pihak Universiti Selangor (UNISEL), untuk membuat

kajian. Kemudian penyelidik telah membuat permohonan kepada Jabatan Pelajaran

Negeri Selangor untuk menjalankan kajian ke atas murid-murid Prasekolah di Kota

Damansara.

3.6.1 Kaedah

Penyelidik telah menggunakan kaedah pengumpulan data secara kuantitatif

iaitu berbentuk korelasi. Penyelidik menggunakan kaedah pemerhatian dan

soal selidik. Selain itu, penyelidik juga menjalankan satu projek yang berkaitan

dengan kebolehan menghasilkan bentuk.

3.6.2 Kajian Rintis

Kajian rintis telah dijalankan dengan tujuan untuk memastikan bahawa soalan-

soalan yang dikemukakan kepada responden melalui borang soal selidik

adalah sesuai dan mudah difahami. Ujian ini telah dijalankan bagi

memperolehi kesahan dan kebolehpercayaan terhadap item-item yang terdapat

dalam dalam soal selidik. Kepentingan sesuatu kajian rintis atau alat penilaian
24

mencerminkan keupayaannya. Maka dapat dirumuskan bahawa ujian yang

berkesan mempunyai kebolehpercayaan.

3.7 Pemprosesan dan Analisis Data

Data yang dikumpulkan dianalisis secara kuantitatif mudah seperti peratusan dan graf.

Semua data diperolehi melalui pemerhatian dan borang soal selidik dikumpulkan.

Data-data yang telah dikumpulkan itu dianalisis secara manual. Data yang telah

dikumpulkan melalui soal selidik dianalisis secara kiraan mudah berdasarkan bilangan

responden yang menjawab mengikut Skala Likert.

3.8 Etika Kajian

Semasa menjalankan kajian, penyelidik perlu mengetahui bahawa responden yang

dipilih untuk kajian ini harus diberitahu mengenai kajian yang akan dijalankan

termasuk risiko-risiko yang akan dihadapi. Segala maklumat demografi responden

adalah sulit dan tidak boleh didedahkan kepada pihak lain. Penyelidik perlu menjaga

rahsia peribadi responden kerana ini merupakan satu etika kajian yang sangat penting.

Setiap responden yang dipilih itu mempunyai hak untuk tidak menyertai kajian yang

akan dijalankan itu, oleh itu penyelidik tidak boleh memaksa reponden. Penyelidik

juga perlu memastikan bahawa responden memahami setiap soalan yang diajukan dan

memahami semua mengenai kajian ini.


25

3.9 Jadual Kerja dan Jangka Masa Kajian

Dalam jadual kerja perlu dinyatakan tarikh dan jangka masa setiap peringkat

penyelidikan yang akan dijalankan iaitu bermula dengan menyediakan kertas

cadangan kajian, melaksanakan sorotan kajian, menentukan teori dan hipotesis,

merangka soal selidik, membuat kajian rintis, mengumpul data, menganalisis data dan

menulis laporan kajian. Salah satu kaedah yang sesuai untuk merangka jadual kerja

kajian ialah dengan menggunakan Carta Gantt. Sebagai panduan untuk menyediakan

jadual kerja.

Jadual 3.2 : Menunjukkan Anggaran Masa Untuk Menjalankan Kajian

BULAN 2014 / 2015

2014 2015
BIL AKTIVTI
JULAI

OGOS

MAC
NOV
OKT

APR
JUN

JAN

MEI
FEB
SEP

DIS

1. Menyediakan Cadangan

Kajian
2. Membina dan

Mengemaskini Bab 1
3. Membina dan

Mengemaskini Bab 2
4. Merangka Bab 3 √

5. Membina Bab 3 √

6. Merangka Instrumen

Kajian
7. a) Menyediakan

Proposal Lengkap
b) Menghantar Proposal √
26

8. Menjalankan Kajian

Rintis
9. Mengemaskini

Instrumen
10. Persediaan Kajian

Sebenar
11. Mengumpul Data
√ √
12. Menganalisis Data

13. Menulis Laporan

14. Menjilid Laporan

Jumlah

Di atas merupakan jumlah masa yang diambil untuk melakukan kajian ini.

keseluruhan masa yang diambil untuk melakukan kajian ini adalah selama 12 bulan

iaitu daripada Jun 2014 sehingga Mei 2015. Penyelidik telah melakukan proposal bab

1 hingga bab 3 bermula pada Jun 2014 hingga Julai 2014. Pada bulan Ogos pula,

penyelidik telah menghantar proposal dan menjalankan kajian rintis. Penyelidik mula

mengumpul data pada Februari 2015 sehingga Mac 2015. Laporan kajian untuk bab 4

dan 5 mula ditulis pada bulan Mei 2015.


27

BAB 4

DAPATAN KAJIAN

4.1 Pendahuluan

Dalam bab 4 ini, penyelidik telah membincangkan mengenai dapatan kajian kepada

persoalan kajian yang telah dikemukakan berkaitan dengan penggunaan kaedah projek

terhadap kebolehan menghasilkan bentuk dalam kalangan murid prasekolah. Dapatan

kajian ini diperolehi melalui analisis instrumen yang telah dilakukan oleh penyelidik.

Penyelidik memproses dan menganalisis data-data yang dipungut daripada Borang

Kaji Selidik, Ujian Pra dan Ujian Pasca, senarai semak pemerhatian berstruktur seperti

data demografi Responden, Pengetahuan Sedia Ada Responden, Tahap Penguasaan

Responden dan Kemahiran Projek yang dilakukan oleh Responden.

Oleh itu, pemilihan metodologi kajian yang sesuai adalah penting untuk

memastikan dapatan kajian yang dihasilkan mempunyai kesahihan dan boleh


28

dipercayai. Oleh yang demikian, penyelidik telah menggunakan borang soal selidik

bagi pemerhatian terhadap Responden. Bagi menjalankan kajian ini penyelidik telah

memilih keseluruhan murid prasekolah Sekolah Kebangsaan Seksyen 7, Kota

Damansara iaitu seramai 50 orang.

4.2 Maklumat Demografi Responden

Analisis latar belakang responden telah dilakukan ke atas 50 orang responden yang

telah dipilih iaitu melibatkan murid prasekolah yang berumur enam tahun dari dua

buah Prasekolah di Sekolah Kebangsaan Seksyen 7, Kota Damansara. Analisis ini

dibahagikan mengikut ciri-ciri latar belakang responden seperti umur, jantina,

keturunan dan lokasi sekolah. Terdapat juga butiran ibubapa responden seperti

pendapatan dan pekerjaan ibubapa. Seramai 28 orang dari jumlah keseluruhan murid

prasekolah ini terdiri daripada lelaki manakala selebihnya seramai 22 orang adalah

perempuan. Ini menunjukkan jumlah murid lelaki adalah lebih ramai berbanding

murid perempuan di prasekolah ini. Ini boleh dilihat di rajah 4.1.

30
Bilangan Responden

28
25

20 22
Lelaki
15 Perempuan

10

0
Jantina

Rajah 4.1 Jantina Responden


29

Kesemua murid di Prasekolah ini adalah berumur enam tahun kerana guru di

Prasekolah ini lebih mengutamakan kanak-kanak yang berumur enam tahun untuk

diserap masuk ke Prasekolah ini, ini boleh dilihat pada Rajah 4.2. Majoriti daripada

responden kajian ini adalah berketurunan melayu iaitu seramai 47 orang tetapi

terdapat juga keturunan lain selain daripada bangsa melayu iaitu seorang Kedayan,

seorang Dusun dan seorang lagi Brunei, sila rujuk Rajah 4.3. Lokasi sekolah yang

dipilih untuk membuat kajian ini adalah di dalam Bandar iaitu di Kota Damansara, sila

rujuk Rajah 4.4.

50 50
Bilangan Responden

45
40
35
30
5 Tahun
25 6 Tahun
20
15
10
5 0
0
Umur

Rajah 4.2 Umur Responden

50
45 47

40
Bilangan Responden

35
30 Melayu
Kedayan
25
Dusun
20 Brunei
15
10
5 1 1 1

0
Keturunan

Rajah 4.3 Keturunan Responden


30

50 50
45

Bilangan Responden
40
35
30
Bandar
25 Luar Bandar
20
15
10
5 0

0
Lokasi Sekolah

Rajah 4.4 Lokasi Sekolah

Rajah 4.5 pula menunjukkan pendapatan ibubapa untuk kesemua responden,

penyelidik telah mengelaskan beberapa pendapatan iaitu RM1000 ke bawah,

RM1000-RM3000, RM3000-RM5000 dan RM 5000 ke atas. Seramai 3 orang

responden yang pendapatan ibubapanya RM1000 ke bawah, manakala seramai 36

orang responden yang pendapatan ibubapanya RM1000-RM3000. Selain itu, untuk

pendapatan ibu bapa RM3000-RM5000 adalah seramai 9 orang dan yang terakhir

pendapat sebanyak RM5000 ke atas adalah seramai 2 orang.

40

35 36
Bilangan Responden

30

25 RM 1000 Ke bawah
RM 1000 - RM 3000
20
RM 3000 - RM 5000
15 RM 5000 Ke atas

10
9
5 3
2

0
Pendapatan Ibubapa

Rajah 4.5 Pendapatan Ibubapa


31

4.3 Pengetahuan Sedia Ada Responden

14
14
Bilangan Responden

12
12

10

8
Lelaki
7 7 7
6 Perempuan

4
3
2

0
Telah Menguasai Sedang Maju Belum Menguasai

Rajah 4.6 Mengenal Bentuk Segitiga

Kebanyakkan responden sudah boleh mengenal bentuk Segitiga dengan baik iaitu

walaupun sebelum diajar mengenai bentuk segitiga, Responden sudah boleh mengenal

bentuk segitiga apabila guru menunjukkan bentuk segitiga. Ini mungkin kerana

mereka telah didedahkan dengan bentuk segitiga ini dari peringkat awal lagi.

Ini boleh dilihat pada Rajah 4.6 iaitu seramai 14 orang Responden lelaki yang

telah menguasai bentuk segitiga dengan baik manakala seramai 12 orang Responden

perempuan yang telah menguasai bentuk segitiga, kesemua reponden yang telah

menguasai ini boleh mengenal bentuk segitiga dengan baik tanpa bantuan guru dan

yakin dengan jawapan mereka. Ini menjadikan sebanyak 52% Responden yang telah

menguasai bentuk segitiga walaupun sebelum pengajaran guru.

Seramai 7 orang Responden lelaki dan 7 orang Responden perempuan yang

sedang maju iaitu mereka sudah mengenali bentuk segitiga tetapi mereka memerlukan
32

bimbingan daripada guru atau rakan mereka. tetapi apabila diberitahu mereka akan

boleh menjawab soalan guru selepas itu , peratusan bagi Responden yang sedang maju

ialah sebanyak 28%.

Selain itu, seramai 3 orang responden lelaki dan 7 orang responden perempuan

yang belum menguasai bentuk segitiga. Apabila ditanya bentuk apa yang

ditunjukkkan oleh guru, mereka hanya diam dan tidak tahu untuk menjawab. Ini

mungkin kerana mereka tidak pernah diberitahu mengenai bentuk segitiga ini atau

mungkin mereka ini berada dalam kategori responden yang lemah. Responden yang

belum menguasai ini hanya tahu beberapa perkara yang asas sahaja dan mereka ini

sentiasa memerlukan bimbingan daripada guru kerana tanpa bimbingan guru, mereka

langsung tidak dapat melakukan sesuatu. Peratusan bagi Responden yang belum

menguasai ini ialah sebanyak 20%.

Oleh itu, dapat kita lihat bahawa peratusan responden yang telah menguasai

bentuk segitiga ini adalah yang paling tinggi berbanding sedang maju dan belum

menguasai. Jadi dapat kita simpulkan bahawa separuh daripada responden sudah

mempunyai pengetahuan sedia ada mengenai bentuk segitiga. Peratusan yang kedua

tertinggi ialah sedang maju, ini kerana responden pada skala ini sudah boleh mengenal

bentuk segitiga tetapi masih memerlukan bimbingan daripada guru.


33

14 14

12

Bilangan Responden
12

10

8
Lelaki
7 7 Perempuan
6 7

4
3
2

0
Telah Menguasai Sedang Maju Belum Menguasai

Rajah 4.7 Menyebut Nama Bentuk Segitiga

Walaupun responden sudah mengenal bentuk segitiga dengan baik, tetapi

responden masih tidak boleh menyebut perkataan segitiga dengan betul. Apa yang

dapat kita lihat pada rajah 4.7, seramai 7 orang responden lelaki dan 12 orang

responden perempuan sahaja yang telah menguasai cara menyebut bentuk segitiga itu

dengan betul. Apabila guru menunjukkan gambar segitiga, mereka dapat menjawab

dengan betul dan bertatasusila, mereka juga tidak memerlukan bimbingan guru untuk

menyebut bentuk tersebut. Peratusan yang diperolehi bagi lelaki dan perempuan untuk

telah menguasai ini adalah sebanyak 38%.

Bagi responden yang sedang maju pula, seramai 7 orang responden lelaki dan

7 orang responden perempuan, ini menjadikan peratusannya sebanyak 28%. Selain itu,

seramai 14 orang responden lelaki dan 3 orang responden perempuan yang masih

belum menguasai menyebut bentuk segitiga itu.mereka tidak tahu langsung bentuk

segitiga ini dan tidak tahu apa itu segitiga. Peratusan bagi lelaki dan perempuan untuk

yang masih belum menguasai ini adalah sebanyak 34%.


34

Oleh itu, dapat kita simpulkan disini bahawa walaupun responden sudah

mengenali bentuk segitiga tetapi ada sesetengahnya yang masih tidak boleh menyebut

perkataan segitiga itu dengan baik. Masih ramai responden yang memerlukan

bimbingan daripada guru dan rakan-rakan.

16
15
14
Bilangan Responden

12 12

10
9
8 Lelaki
8
Perempuan
6

4 4

2 2

0
Telah Menguasai Sedang Maju Belum Menguasai

Rajah 4.8 Melukis Bentuk Segitiga

Bagi kemahiran melukis segitiga pula, kebanyakkan responden telah

menguasai kemahiran ini. mereka sudah boleh melukis bentuk segitiga apabila

diminta oleh guru. Cuma terdapat segelintir sahaja reponden yang masih tidak boleh

menguasai kemahiran melukis bentuk segitiga ini dengan betul.

Apa yang dapat kita perhatikan pada rajah 4.8 ini, seramai 15 orang responden

lelaki dan 12 orang responden perempuan yang telah menguasai kemahiran melukis

bentuk segitiga ini dengan baik. Mereka dapat melukis bentuk segitiga ini dengan

bertatasusila dan tidak memerlukan bimbingan guru. Mereka sudah tahu bagaimana

rupa segitiga itu dan berapa bucu yang terdapat pada segitiga. Peratusan bagi
35

responden lelaki dan perempuan yang telah menguasai kemahiran melukis ini adalah

sebanyak 54%.

Manakala bagi responden yang sedang maju terdapat seramai 9 orang

responden lelaki dan 8 orang responden perempuan. Responden-responden pada

kategori ini tahu dan boleh melukiskan bentuk segitiga tetapi dengan bantuan daripada

guru ataupun rakan. Peratusan bagi responden lelaki dan perempuan dalam kategori

sedang maju ini adalah sebanyak 34%. Cuma terdapat segelintir responden sahaj yang

masih belum menguasai kemahiran melukis segitiga ini iaitu seramai 4 orang

responden lelaki dan 2 orang responden perempuan, ini menjadikan peratusannya

sebanyak 12% sahaja. Responden pada kategori ini langsung tidak boleh melukis

bentuk segitiga apabila diminta dan tidak mengenal bentuk segitiga.

Oleh itu dapat kita lihat bahawa peratusan bagi responden yang telah

menguasai adalah yang paling tinggi berbanding dua lagi kategori yang lain.

Kebanyakkan responden sudah boleh melukis bentuk segitiga dengan baik dan

bertatasusila. Peratusan yang kedua tertinggi adalah sedang maju kerana responden ini

masih memerlukan bimbingan daripada guru.


36

14
13
12

Bilangan Responden
10

9 9 9
8
Lelaki
6 Perempuan
6

4
4

0
Telah Menguasai Sedang Maju Belum Menguasai

Rajah 4.9 Mengenal Bentuk Segiempat

Kebanyakkan responden masih memerlukan bimbingan guru dalam mengenal

bentuk segiempat ini. Mereka tidak dapat mengenali bentuk segiempat ini dengan

baik. Apabila guru menunjukkan gambar segiempat kepada mereka, mereka tidak

dapat menjawab pertanyaan guru dengan baik. Tetapi terdapat juga segelintir

responden yang sudah mengenali bentuk segiempat dan boleh menjawab pertanyaan

guru dengan baik apabila ditunjukkan gambar segiempat.

Apa yang dapat dilihat pada rajah 4.9, seramai 6 orang responden lelaki dan 9

orang responden perempuan sahaja yang telah menguasai kemahiran mengenal bentuk

segiempat. Responden pada kategori ini sudah boleh mengenal bentuk segiempat

dengan baik tanpa bantuan guru dan boleh menjawab sebarang pertanyaan guru

mengenai segiempat dengan baik. Peratusan bagi responden lelaki dan perempuan

dalam kategori ini adalah sebanyak 30% sahaja.

Manakala, seramai 13 orang responden lelaki dan 9 orang responden

perempuan yang sedang maju dalam mengenal bentuk segiempat. Ini bermaksud
37

responden-responden dalam kategori ini sudah boleh mengenal bentuk segiempat

tetapi dengan bimbingan daripada guru. Mereka masih ragu-ragu dengan jawapan

mereka walaupun jawapan mereka itu betul. Peratusan bagi responden lelaki dan

perempuan yang sedang maju ini adalah sebanyak 44%. Selain itu, seramai 9 orang

responden lelaki dan 4 orang responden perempuan yang masih belum mengenali

bentuk segiempat ini. apabila guru menunjukkan gambar segiempat dan bertanyakan

soalan, mereka tidak dapat menjawab langsung. Peratusan bagi responden lelaki dan

perempuan yang masih belum menguasai kemahiran mengenal bentuk segiempat ini

adalah sebanyak 26%.

Ini menjadikan peratusan bagi responden yang sedang maju lebih tinggi

berbanding 2 kategori yang lain. Kebanyakan responden sudah mengenal bentuk

segiempat tetapi dengan bimbingan daripada guru. Peratusan yang kedua tertinggi

adalah telah menguasai walaupun tidak jauh beza dengan peratusan bagi yang belum

menguasai.

14
13
12
Bilangan Responden

10
9 9 9
8
Lelaki
6 Perempuan
6

4
4

0
Telah Menguasai Sedang Maju Belum Menguasai

Rajah 4.10 Menyebut Nama Segiempat


38

Berlainan dengan bentuk segitiga tadi yang berbeza bilangan responden bagi

mengenal dan menyebut bentuk segitiga, bagi bentuk segiempat ini bilangan

responden bagi menyebut dan mengenal bentuk segiempat adalah sama sahaja iaitu

seperti yang dapat kita lihat pada rajah 4.10, seramai 6 orang responden lelaki dan 9

orang responden perempuan sahaja yang telah menguasai cara menyebut bentuk

segiempat itu dengan betul. Apabila guru menunjukkan gambar segiempat, mereka

dapat menjawab dengan betul dan bertatasusila, mereka juga tidak memerlukan

bimbingan guru untuk menyebut bentuk tersebut. Peratusan yang diperolehi bagi

lelaki dan perempuan untuk telah menguasai ini adalah sebanyak 30%.

Bagi responden yang sedang maju pula, seramai 13 orang responden lelaki dan

9 orang responden perempuan, ini menjadikan peratusannya sebanyak 44%. Selain itu,

seramai 9 orang responden lelaki dan 4 orang responden perempuan yang masih

belum menguasai menyebut bentuk segiempat itu. Mereka tidak tahu langsung bentuk

segiempat ini dan tidak tahu apa itu segiempat. Peratusan bagi lelaki dan perempuan

untuk yang masih belum menguasai ini adalah sebanyak 26%.

Oleh itu, dapat kita simpulkan disini bahawa kebanyakan responden masih

tidak boleh mengenali bentuk segiempat dengan baik kerana mereka masih

memerlukan bimbingan daripada guru. Terdapat juga responden yang tidak dapat

menyebut segiempat dengan baik dan mengatakan bahawa segiempat itu petak sahaja.
39

16
15 15
14

Bilangan Responden
12

10

8 Lelaki
Perempuan
6 7 7
6

2
0
0
Telah Menguasai Sedang Maju Belum Menguasai

Rajah 4.11 Melukis Bentuk Segiempat

Bagi kemahiran melukis segiempat pula, kebanyakkan responden sudah boleh

dan tahu untuk melukis bentuk segiempat tetapi memerlukan bimbingan. Mereka

sudah boleh melukis bentuk segiempat apabila diminta oleh guru tetapi memerlukan

bimbingan guru. Cuma terdapat segelintir sahaja reponden yang masih tidak boleh

menguasai kemahiran melukis bentuk segiempat ini dengan betul.

Apa yang dapat kita perhatikan pada rajah 4.11 ini, seramai 6 orang responden

lelaki dan 7 orang responden perempuan yang telah menguasai kemahiran melukis

bentuk segiempat ini dengan baik. Mereka dapat melukis bentuk segiempat ini dengan

bertatasusila dan tidak memerlukan bimbingan guru. Mereka sudah tahu bagaimana

rupa segiempat itu dan berapa bucu yang terdapat pada segiempat. Peratusan bagi

responden lelaki dan perempuan yang telah menguasai kemahiran melukis ini adalah

sebanyak 26%.

Manakala bagi responden yang sedang maju terdapat seramai 15 orang

responden lelaki dan 15 orang responden perempuan. Responden-responden pada


40

kategori ini tahu dan boleh melukiskan bentuk segiempat tetapi dengan bantuan

daripada guru ataupun rakan. Peratusan bagi responden lelaki dan perempuan dalam

kategori sedang maju ini adalah sebanyak 60%. Cuma terdapat segelintir responden

sahaja yang masih belum menguasai kemahiran melukis segiempat ini iaitu seramai 7

orang responden lelaki dan 0 responden perempuan, ini menjadikan peratusannya

sebanyak 14% sahaja. Responden pada kategori ini langsung tidak boleh melukis

bentuk segiempat apabila diminta dan tidak mengenal bentuk segiempat.

Oleh itu dapat kita lihat bahawa peratusan bagi responden yang sedang maju

adalah yang paling tinggi berbanding dua lagi kategori yang lain. Kebanyakkan

responden sudah boleh melukis bentuk segiempat dengan baik tetapi memerlukan

bimbingan daripada guru. Peratusan yang kedua tertinggi adalah telah menguasai

14
13
12
Bilangan Responden

11
10

8 8
Lelaki
7 Perempuan
6 6
5
4

0
Telah Menguasai Sedang Maju Belum Menguasai

Rajah 4.12 Membezakan Segiempat Sama dan Segiempat Tepat

Walaupun ada sesetengah responden yang sudah mengenali bentuk segiempat

itu bagaimana tetapi ada juga responden yang masih tidak boleh membezakan
41

segiempat sama dan segiempat tepat. Ada yang hanya tahu segiempat sama, ada juga

yang tidak tahu perbezaan kedua-duanya dan tidak dapat menjelaskan kepada guru

apakah perbezaan antara segiempat sama dan segiempat tepat.

Melalui rajah 4.12, dapat kita perhatikan bahawa seramai 7 orang responden

lelaki dan 5 orang responden perempuan yang telah menguasai kemahiran

membezakan segiempat sama dan segiempat tepat. Apabila guru meminta mereka

untuk melukiskan gambar kedua-dua segiempat tepat itu, mereka dapat

melukiskannya dengan baik tanpa bimbingan daripada guru. Mereka juga sudah dapat

membezakan segiempat sama dan segiempat tepat apabila diajukan soalan oleh guru.

Peratusan bagi responden lelaki dan perempuan yang telah menguasai perbezaan

segiempat sama dan segiempat tepat adalah sebanyak 28%.

Manakala, seramai 8 orang responden lelaki dan 11 orang responden

perempuan yang sedang maju iaitu mereka sudah tahu untuk membezakan antara

segiempat sama dan segiempat tepat, tetapi memerlukan bimbingan daripada guru

kerana mereka tidak yakin dengan jawapan mereka. Ini menjadikan peratusan untuk

responden lelaki dan perempuan yang sedang menguasai adalah sebanyak 38%. Selain

itu, seramai 13 orang responden lelaki dan 6 orang responden perempuan yang masih

belum boleh membezakan perbezaan antara segiempat sama dan segiempat tepat.

Mereka sentiasa memerlukan bimbingan daaripada guru untuk melakukan sesuatu.

Guru juga perlu membimbing mereka untuk membina segiempat sama dan segiempat

tepat dengan betul. Peratusan bagi responden yang masih belum menguasai adalah

sebanyak 38%.
42

Ini menjadikan responden yang pada kategori sedang maju dan belum

menguasai mempunyai nilai peratusan yang sama iaitu 38%. Ini terjadi kerana

kebanyakkan responden masih memerlukan bimbingan daripada guru dalam

menghasilkan bentuk segiempat atau membezakan bentuk segiempat sama dan

segiempat tepat.

25

23
Bilangan Responden

20 20

15
Lelaki
Perempuan
10

3
2 2 0
0
Telah Menguasai Sedang Maju Belum Menguasai

Rajah 4.13 Mengenal Bentuk Bulat

Hampir keseluruhan reponden telah mengenal bentuk bulat dengan baik tanpa

bimbingan guru. Mereka juga sudah boleh dan tahu bagaimana untuk melukis bentuk

bulat itu apabila diminta oleh guru. Hanya segelintir sahaja responden yang

memerlukan bimbingan daripada guru dan tidak boleh melakukan sendiri. Ada

beberapa orang responden yang masih tidak kenal bentuk bulat itu dan apabila

ditunjukkan gambar bentuk bulat, mereka memberikan bermacam-macam jawapan.

Melalui rajah 4.13 ini, dapat kita perhatikan bahawa seramai 23 orang

responden lelaki dan seramai 20 orang responden perempuan yang telah menguasai

bentuk bulat, mereka telah mengenal bentuk bulat dengan baik. Apabila ditunjukkan
43

gambar bentuk bulat, mereka dapat menjawab dengan baik setiap pertanyaan guru.

Mereka sudah tidak memerlukan bimbingan guru. Peratusan bagi responden lelaki dan

perempuan yang telah menguasai ini adalah sebanyak 86%. Manakala, seramai 3

orang responden lelaki dan 2 orang responden perempuan yang sedang maju iaitu

mereka sudah mengenal bentuk bulat tetapi dengan bimbingan daripada guru.

Peratusan bagi responden lelaki dan perempuan untuk sedang maju ini adalah

sebanyak 10% sahaja. Selain itu, seramai 2 orang responden lelaki yang belum

menguasai bentuk bulat iaitu mereka langsung tidak mengenal bagaimana bentuk

bulat. Peratusan bagi responden yang masih belum menguasai ini adalah sebanyak 4%

sahaja.

Dengan ini dapat kita simpulkan bahawa majoriti responden-responden ini

telah menguasai bentuk bulat. Hampir kesemua responden yang telah mengenal

bentuk bulat dengan baik tanpa bimbingan daripada guru. Ini mungkin kerana mereka

sudah didedahkan dengan bentuk bulat seperti bola, bulan dan sebagainya.

25

23
Bilangan Responden

20
20

15
Lelaki
Perempuan
10

3
2 2 0
0
Telah Menguasai Sedang Maju Belum Menguasai

Rajah 4.14 Menyebut Nama Bulat


44

Bagi bentuk bulat ini bilangan responden bagi menyebut dan mengenal bentuk

bulat adalah sama sahaja iaitu seperti yang dapat kita lihat pada rajah 4.14, seramai 23

orang responden lelaki dan 20 orang responden perempuan yang sudah boleh

menyebut bentuk bulat tanpa bimbingan guru. Mereka sudah boleh nama bentuk bulat

dengan betul. Ini dapat dilihat apabila guru menunjukkan gambar bentuk bulat dan

mereka dapat memberitahu bentuk apa yang ditunjukkan oleh guru tanpa ragu-ragu.

Peratusan bagi responden lelaki dan perempuan yang telah menguasai bentuk bulatan

adalah sebanyak 86%.

Manakala, seramai 3 orang responden lelaki dan 2 orang responden perempuan

yang sedang maju, iaitu mereka sudah boleh menyebut bentuk bulatan tetapi dengan

bimbingan daripada guru. Peratusan bagi responden lelaki dan perempuan yang

sedang maju adalah sebanyak 10% sahaja. Selain itu, terdapat seramai 2 orang

responden lelaki yang masih belum boleh menyebut bentuk bulatan dengan baik.

Mereka sentiasa memerlukan bimbingan guru dalam menyebut bentuk bulatan.

Peratusan bagi responden yang masih belum menguasai adalah sebanyak 4% sahaja.

25

22
Bilangan Responden

20

18
15
Lelaki
Perempuan
10

5
4 4
2 0
0
Telah Menguasai Sedang Maju Belum Menguasai

Rajah 4.15 Melukis Bentuk Bulat


45

Bagi kemahiran melukis bentuk bulatan pula, kebanyakkan responden sudah

boleh dan tahu untuk melukis bentuk bulatan tanpa bimbingan daripada guru. Mereka

sudah boleh melukis bentuk bulatan apabila diminta oleh guru. Cuma terdapat

segelintir sahaja reponden yang masih tidak boleh menguasai kemahiran melukis

bentuk bulatan ini dengan betul.

Apa yang dapat kita perhatikan pada rajah 4.15 ini, seramai 22 orang

responden lelaki dan 18 orang responden perempuan yang telah menguasai kemahiran

melukis bentuk bulatan ini dengan baik tanpa bimbingan daripada guru. Mereka dapat

melukis bentuk bulatan ini dengan bertatasusila tanpa perlu meminta bantuan daripada

guru mahupun rakan malahan mereka mampu untuk membantu rakan-rakan lain yang

masih lemah. Mereka sudah tahu bagaimana rupa bentuk bulatan itu. Peratusan bagi

responden lelaki dan perempuan yang telah menguasai kemahiran melukis ini adalah

sebanyak 80%.

Manakala bagi responden yang sedang maju terdapat seramai 4 orang

responden lelaki dan 4 orang responden perempuan. Responden-responden pada

kategori ini tahu dan boleh melukiskan bentuk bulatan tetapi dengan bantuan daripada

guru ataupun rakan. Peratusan bagi responden lelaki dan perempuan dalam kategori

sedang maju ini adalah sebanyak 16% sahaja.

Cuma terdapat segelintir responden sahaja yang masih belum menguasai

kemahiran melukis bentuk bulatan ini iaitu seramai 2 orang sahaja responden lelaki.

Ini menjadikan peratusannya sebanyak 4% sahaja. Responden pada kategori ini


46

langsung tidak boleh melukis bentuk bulatan apabila diminta dan tidak mengenal

bentuk bulatan.

Oleh itu dapat kita lihat bahawa peratusan bagi responden yang telah

menguasai adalah yang paling tinggi berbanding dua lagi kategori yang lain.

Kebanyakkan responden sudah boleh melukis bentuk bulatan dengan baik tanpa

bantuan daripada guru. Peratusan yang kedua tertinggi adalah sedang maju.

4.4 Tahap Penguasaan Responden Selepas Kaedah Projek

18
17
16

14
Bilangan Responden

12
12
10
Lelaki
9
8 Perempuan
6 7

5
4

2
0 0 0
0
Sangat Lemah Lemah Baik Sangat Baik

Rajah 4.16 Melukis Bentuk Segitiga Dengan Betul

Selepas melakukan kaedah projek bersama-sama murid, penyelidik dapati

terdapat peningkatan dalam penguasaan murid dalam melukis bentuk segitiga. Rajah

4.16 menunjukkan, kebanyakkan responden sudah boleh melukis bentuk segitiga

dengan baik dan sangat baik. Hanya terdapat beberapa orang responden lelaki yang
47

masih lemah dalam melukis segitiga dengan betul. Responden yang sudah boleh

melukis bentuk segitiga dengan baik iaitu mereka hanya mmemerlukan sedikit

bimbingan sahaja daripada guru dan selebihnya mereka boleh melakukan sendiri

adalah seramai 12 orang responden lelaki dan 17 orang responden perempuan, ini

menjadikan peratusannya sebanyak 58%.

Manakala bagi responden yang boleh melukis bentuk segitiga dengan sangat

baik iaitu mereka yang boleh mengikut dan memahami arahan guru dengan sangat

baik dan boleh mengenal dan menghasilkan bentuk-bentuk asas dengan sangat baik

dan bertatasusila adalah sebanyak 9 orang responden lelaki dan 5 orang responden

perempuan. Peratusan bagi responden lelaki dan perempuan yang sangat baik ini

adalah sebanyak 28%. Hanya terdapat 7 orang responden lelaki yang masih lemah

untuk melukis bentuk segitiga dan tiada responden perempuan yang lemah.

Responden yang lemah ini, tidak dapat melukis dan menghasilkan bentuk segitiga

dengan betul, sentiasa memerlukan bimbingan guru. Mereka tidak dapat melakukan

sesuatu tanpa bimbingan daripada guru. Peratusan bagi responden yang lemah adalah

sebanyak 14% sahaja.

12
Bilangan Responden

10 11

9 9
8 9
8

6 Lelaki
Perempuan

4
4

0 0
0
Sangat Lemah Lemah Baik Sangat Baik

Rajah 4.17 Melukis Bentuk Segiempat Dengan Betul


48

Kaedah projek telah banyak membantu responden dalam mengenali dan tahu

cara untuk menghasilkan bentuk segiempat melaui lukisan mereka. setelah melakukan

kaedah projek, responden sudah dapt melukis bentuk segiempat dengan betul. Ini

kerana melalui kaedah projek, responden dapat lebih mengenali bentuk segiempat.

Walaupun masih ramai yang berada pada kategori lemah, tetapi mereka sudah boleh

melukis bentuk segiempat apabila diminta oleh guru. Sebelum kaedah projek,

kebanyakan responden langsung tidak mengenali bentuk segiempat walaupun telah

dibimbingan oleh guru tetapi mereka tidak dapat melukis bentuk segiempat dengan

baik.

Berdasarkan rajah 4.17, terdapat seramai 11 orang responden lelaki dan 9

orang responden perempuan yang telah boleh melukis bentuk segiempat tetapi

memerlukan bimbingan daripada guru kerana mereka masih berada pada kategori

lemah. Mereka sudah boleh melukis bentuk segiempat dengan betul walaupun tidak

dapat membezakan bentuk segiempat sama dan segiempat tepat. Namun begitu,

mereka sudah boleh melukis bentuk segiempat selepas kaedah projek bersama

kumpulan masing-masing. Peratusan bagi responden lelaki dan perempuan yang

berada pada kategori lemah ini ialah sebanyak 40%.

Manakala, terdapat seramai 9 orang responden lelaki dan 9 orang responden

perempuan yang berada pada kategori baik. Mereka yang berada pada kategori ini

sudah boleh melukis bentuk segiempat dengan sendiri tetapi memerlukan bimbingan

guru sekali sekala. Peratusan bagi responden lelaki dan perempuan yang berada pada

kategori baik ini adalah sebanyak 36%. Yang selebihnya merupakan responden yang

berada pada kategori sangat baik iaitu seramai 8 orang responden lelaki dan 4 orang
49

responden perempuan. Responden pada kategori ini sudah boleh melukis bentuk

segiempat dengan baik tanpa bimbingan daripada guru. Mereka dapat melukis dan

mengenal bentuk segiempat secara bertatasusila. Mereka juga sudah boleh

membezakan bentuk segiempat sama dan bentuk segiempat tepat. Peratusan bagi

responden lelaki dan responden perempuan pada kategori sangat baik ini adalah

sebanyak 24%.

18

16 17
16
Bilangan Responden

14

12

10
Lelaki
8 9 Perempuan

4 5

2 3
0 0 0
0
Sangat Lemah Lemah Baik Sangat Baik

Rajah 4.18 Melukis Bentuk Bulat Dengan Betul

Melalui kaedah projek dapat membantu responden dalam mengenali dan tahu

cara untuk menghasilkan bentuk bulatan melalui lukisan mereka. Walaupun sebelum

kaedah projek, responden sudah mempunyai pengetahuan sedia ada mengenai bentuk

bulatan tetapi setelah melakukan kaedah projek, responden dapat melukis bentuk

bulatan dengan baik. Ini kerana melalui kaedah projek, responden dapat lebih

mengenali bentuk bulatan. Kebanyakan responden berada pada kategori baik selepas

kaedah projek dijalankan, mereka sudah boleh melukis bentuk bulatan apabila diminta

oleh guru.
50

Berdasarkan rajah 4.18, terdapat seramai 16 orang responden lelaki dan 17

orang responden perempuan yang telah boleh melukis bentuk bulatan tetapi

memerlukan bimbingan daripada guru iaitu mereka berada pada kategori baik. Mereka

sudah boleh melukis bentuk bulatan dengan betul. Walaupun lukisan mereka tidak

begitu cantik, namun begitu mereka sudah boleh melukis bentuk bulatan selepas

kaedah projek bersama kumpulan masing-masing. Peratusan bagi responden lelaki dan

perempuan yang berada pada kategori baik ini ialah sebanyak 66%.

Manakala, terdapat seramai 9 orang responden lelaki dan 5 orang responden

perempuan yang berada pada kategori sangat baik. Mereka yang berada pada kategori

ini sudah boleh melukis bentuk bulatan dengan sendiri. Responden pada kategori ini

sudah boleh melukis bentuk bulatan dengan baik tanpa bimbingan daripada guru.

Mereka dapat melukis dan mengenal bentuk bulatan secara bertatasusila. Peratusan

bagi responden lelaki dan perempuan yang berada pada kategori baik ini adalah

sebanyak 28%. Yang selebihnya merupakan responden yang berada pada kategori

lemah iaitu seramai hanya 3 orang responden lelaki dan tiada responden perempuan

pada kategori ini. Peratusan bagi responden lelaki dan responden perempuan pada

kategori lemah ini adalah sebanyak 6% sahaja.


51

20
18 19

Bilangan Responden
16
14
12
10 11 Lelaki
Perempuan
8 9
8
6
4
2 3
0 0 0
0
Sangat Lemah Lemah Baik Sangat Baik

Rajah 4.19 Boleh Bekerjasama Semasa Aktiviti

Responden sudah boleh bekerjasama semasa menjalankan projek yang

diberikan oleh guru. Guru telah membahagikan responden kepada kumpulan masing-

masing dan responden telah dapat melakukan projek itu bersama-sama denga ahli

kumpulan mereka. Merujuk rajah 4.19, terdapat seramai 11 orang responden orang

lelaki dan 19 orang perempuan yang telah boleh bekerjasama dengan baik iaitu

mereka boleh membantu sesame sendiri dan memberikan idea kepada projek yang

diberikan. Mereka juga saling boleh membantu antara satu sama lain. Peratusan bagi

responden yang berada dalam kategori baik ini adalah sebanyak 60%.

Yang kedua teramai adalah dalam kategori sangat baik, iaitu mereka sudah

boleh bekerjasama dengan ahli kumpulan mereka dan akan saling membantu ahli

kumpulan mereka yang lain. Mereka boleh membimbing ahli kumpulan mereka yang

masih lemah dengan baik sekali. Dalam kategori sangat baik ini terdapat seramai 9

orang responden lelaki dan 3 orang responden perempuan, ini menjadikan

peratusannya sebanyak 24%. Terdapat juga responden yang masih lemah dalam

bekerjasama semasa kaedah projek iaitu mereka langsung tidak mahu bekerjasama
52

dengan ahli kumpulan dan tidak mahu mengikut arahan guru.ini terjadi kerana mereka

tidak dapat memahami arahan guru. Terdapat seramai 8 orang sahaja responden lelaki

yang tidak boleh bekerjasama. Dan tiada responden perempuan berada di dalam

kategori ini. Peratusan bagi kategori ini adalah sebanyak 16% sahaja.

14
13 13
12
Bilangan Responden

10
10

8
Lelaki
Perempuan
6
5 5
4
4

2
0 0
0
Sangat Lemah Lemah Baik Sangat Baik

Rajah 4.20 Menguasai Bentuk Selepas Kaedah Projek

Kebanyakkan responden sudah boleh menguasai bentuk-bentuk asas selepas

kaedah projek. Rajah 4.20 menunjukkan, mojoriti responden telah boleh menguasai

bentuk-bentuk asas dengan baik, mereka ini berada pada kategori baik iaitu seramai

13 responden lelaki dan 13 responden perempuan. Peratusan bagi kedua-dua

responden bagi kategori ini adalah sebanyak 52%. Manakala yang kedua tertinggi

adalah bagi kategori lemah iaitu mereka sudah boleh menguasai bentuk-bentuk asas

tetapi mereka sentiasa memerlukan bimbingan daripada guru. Mereka perlu sentiasa

diajar dan ditunjukkan bentuk-bentuk asas tersebut supaya mereka akan terus

mengingati. Seramai 10 orang responden lelaki dan 4 orang responden perempuan

yang masih lemah.


53

Peratusan bagi responden pada tahap ini adalah sebanyak 28%. Dan yang

terakhir adalah responden yang telah dapat menguasai bentuk-bentuk asas dengan

sangat baik selepas kaedah projek. Responden-responden ini sememangnya sudah

mempunyai pengetahuan sedia ada mengenai bentuk-bentuk asas. Seramai 5 orang

responden lelaki dan 5 orang responden perempuan yang telah sangat baik untuk

menguasai bentuk-bentuk asas. Peratusan bagi responden lelaki dan perempuan yang

berada pada tahap sangat baik ini adalah sebanyak 20

4.5 Kemahiran Kaedah Projek

14 14

12
Bilangan Responden

11
10
10
9
8
Lelaki
6 Perempuan

2 2 2 2
0
0
Sangat Lemah Lemah Baik Sangat Baik

Rajah 4.21 Mendengar Penerangan Guru

Sebelum memulakan projek yang diminta oleh penyelidik, responden telah mendengar

dahulu arahan daripada penyelidik. Penyelidik telah menerangkan cara-cara untuk

melakukan projek tersebut. Responden dapat mendengar arahan penyelidik dengan

baik walaupun terdapat segelintir responden yang masih tidak memahami arahan
54

penyelidik. Seramai 14 orang responden lelaki dan 9 orang responden perempuan

yang masih lemah dalam mendengar arahan penyelidik. Mereka perlu sentiasa diingati

cara-cara untuk melakukan projek tersebut. Mereka sudah boleh memahami arahan

guru tetapi tidak dapat mengaplikasikannya. Peratusan bagi responden lelaki dan

perempuan yang masih lemah adalah sebanyak 46%. Manakala seramai 10 orang

responden lelaki dan 11 orang responden perempuan yang boleh mendengar arahan

penyelidik dengan baik, ini menjadikan peratusannya sebanyak 42%. Responden yang

telah boleh mendengar arahan penyelidik dengan sangat baik adalah seramai 4 orang

iaitu 2 orang responden lelaki dan 2 orang responden perempuan. Peratusannya adalah

sebanyak 8%. Terdapat juga responden yang masih sangat lemah dalam mendengar

arahan iaitu seramai 2 orang responden lelaki dan menjadikan peratusannya sebanyak

4% sahaja.

14
14

12
Bilangan Responden

10 11
10 10

8
Lelaki
6 Perempuan

3
2
0 1
1
0
Sangat Lemah Lemah Baik Sangat Baik

Rajah 4.22 Menyiapkan Projek Dengan Baik

Kebanyakkan responden sudah boleh menyiapkan projek yang diberikan

dengan baik dan bagus. Rajah 4.22 menunjukkan seramai 14 orang responden lelaki
55

dan 10 orang responden perempuan yang boleh menyiapkan projek mereka dengan

baik kerana mereka memahami arahan penyelidik. Peratusan bagi responden lelaki

dan perempuan yang berada pada tahap baik ini adalah sebanyak 48%. Manakala

bilangan yang kedua tertinggi adalah bagi tahap lemah, responden pada tahap ini

sudah boleh menyiapkan projek yang diberikan tetapi sentiasa memerlukan bimbingan

daripada penyelidik untuk menyiapkan projek yang diberikan. Seramai 10 orang

responden lelaki dan 11 orang responden perempuan yang berada pada tahap ini. dan

menjadikan peratusannya sebanyak 21%. Terdapat juga responden yang telah boleh

menyiapkan projek mereka dengan sangat baik iaitu tanpa bantuan daripada guru dan

mereka boleh membimbing rakan yang lain. Seramai 3 orang responden lelaki dan

seorang responden perempuan sahaja yang berada pada tahap ini. peratusannya adalah

8% sahaja.

14
14

12
12
Bilangan Responden

10
10

8
8 Lelaki
6 Perempuan

3
2
2
1 0
0
Sangat Lemah Lemah Baik Sangat Baik

Rajah 4.23 Meletak Bentuk Pada Ruang Yang Betul

Merujuk rajah 4.23, kategori untuk baik daan lemah mempunyai bilangan responden

yang sama, perbezaannya Cuma pada jumla responden lelaki dan perempuan sahaja.
56

Dalam kategori baik, seramai 14 orang responden lelaki dan 8 orang responden

perempuan yang sudah boleh meletakkan bentuk pada ruang yang betul semasa

kaedah projek dijalankan. Responden ini sudah boleh melakukan projek dengan baik

dan boleh melakukan mengikut arahan guru tetapi memerlukan bimbingan daripada

guru.peratusan bagi responden yang telah mencapai kategori baik ini adalah sebanyak

44%. Manakala kategori yang kedua iaitu kategori lemah mereka boleh melakukan

kaedah projek ini, tetapi sentiasa memerlukan bimbingan daripada guru. Mereka tidak

dapat melakukan projek yang diberikan jika tidak diberi bimbingan daripada guru.

Seramai 10 orang responden lelaki dan 12 orang responden perempuan yang berada

pada kategori lemah. Peratusan bagi responden lelaki dan perempuan yang berada

dalam kategori lemah ini adalah sebanyak 44%.

Terdapat juga responden yang sudah boleh melakukan projek yang diberikan

dengan sangat baik iaitu mereka tidak perlu langsung bimbingan daripada guru dan

mereka boleh melakukan sendiri. Mereka ini berada pada kategori sangat baik,

seramai 3 orang responden lelaki dan 2 orang responden perempuan yang berada

dalam kategori ini. Peratusan bagi kategori ini adalah sebanyak 10% sahaja.
57

4.6 Kekerapan Responden Yang Telah Menguasai Bentuk Sebelum dan


Selepas Kaedah Projek

Jadual 4.1 Kekerapan Responden yang Telah Menguasai Bentuk

Kekerapan Responden Jumlah


No. Item Sebelum Selepas
1. Melukis Bentuk Segitiga 27 43 70

2. Melukis Bentuk Segiempat 13 30 43

3. Melukis Bentuk Bulat 40 47 87

Jadual 4.2 Peratusan Responden yang Telah Menguasai Bentuk

Peratusan Responden
No. Item Sebelum Selepas
1. Melukis Bentuk Segitiga 38.6% 61.4%

2. Melukis Bentuk Segiempat 30.2% 69.8%

3. Melukis Bentuk Bulat 46% 54.02%


58

Telah Menguasai Bentuk Segitiga

38.60%
Sebelum
61.40% Selepas

Rajah 4.24 Peratusan Responden Yang Telah Menguasai Bentuk Segitiga

Rajah 4.24 menunjukkan peratusan bagi responden yang telah menguasai bentuk

segitiga dan dapat melukis bentuk segitiga dengan sangat baik. Peratusan bagi

responden sebelum melakukan kaedah projek adalah sebanyak 38.60%, manakala

peratusan bagi reponden selepas kaedah projek adalah sebanyak 61.40%. ini

menunjukkan responden telah dapat menguasai bentuk-bentuk segitiga dan dapat

melukis bentuk segitiga dengan sangat baik selepas kaedah projek. Apa yang dapat

dihuraikan oleh penyelidik disini ialah kaedah projek ini adalah sangat berkesan untuk

responden dalam menghasilkan bentuk segitiga.

Responden lebih menguasai bentuk segitiga selepas kedah projek dan dapat

melakukannya dengan baik sekali. Peratusan ini telah dikira berdasarkan bilangan

responden yang telah menguasai bentuk dengan mengambil kira bilangan responden

sebelum dan selepas kaedah projek. Responden dapat menguasai bentuk segitiga ini

selepas kaedah bentuk kerana penyelidik telah meminta mereka untuk membuat satu

buku skrap di dalam kumpulan. Penyelidik juga meminta mereka untuk bekerjasama

untuk membina bentuk rumah di dalam buku skrap tersebut. Mereka telah
59

bekerjasama dalam membuat buku skrap itu dan saling bantu membantu. Ini

membolehkan responden yang telah banyak menguasai ini dapat membantu responden

yang masih lemah.

Telah Menguasai Bentuk Segiempat

30.20%

Sebelum
Selepas
69.80%

Rajah 4.25 Peratusan Responden Yang Telah Menguasai Bentuk Segiempat

Rajah 4.25 menunjukkan peratusan bagi responden yang telah menguasai

bentuk segiempat dan dapat melukis bentuk segiempat dengan sangat baik tanpa

bantuan daripada orang lain. Peratusan bagi responden yang telah dapat melukis

bentuk segiempat sebelum melakukan kaedah projek adalah sebanyak 30.20%,

manakala peratusan bagi responden yang dapat melukis bentuk segiempat selepas

kaedah projek adalah sebanyak 69.80%. Ini menunjukkan kebanyakkan responden

telah dapat menguasai bentuk-bentuk segiempat dan dapat melukis bentuk segiempat

dengan sangat baik tanpa bantuan daripada orang lain selepas kaedah projek. Apa

yang dapat dihuraikan oleh penyelidik disini ialah kaedah projek ini juga adalah

sangat berkesan untuk responden dalam menghasilkan bentuk segiempat.


60

Responden lebih menguasai bentuk segiempat selepas kedah projek dan dapat

melakukannya dengan baik sekali. Peratusan ini telah dikira berdasarkan bilangan

responden yang telah menguasai bentuk dengan mengambil kira bilangan responden

sebelum dan selepas kaedah projek. Responden dapat menguasai bentuk segiempat ini

dengan sangat baik, malah mereka dapat mengenali bentuk segiempat ini dengan

sangat baik selepas kaedah projek kerana penyelidik telah meminta mereka untuk

membuat satu buku skrap di dalam kumpulan. Penyelidik juga meminta mereka untuk

bekerjasama untuk membina bentuk rumah di dalam buku skrap tersebut. Mereka

telah bekerjasama dalam membuat buku skrap itu dan saling bantu membantu. Ini

membolehkan responden yang telah banyak menguasai ini dapat membantu responden

yang masih lemah.

Telah Menguasai Bentuk Bulatan

46.00%
Sebelum
54.02%
Selepas

Rajah 4.26 Peratusan Responden Yang Telah Menguasai Bentuk Bulatan

Rajah 4.26 pula menunjukkan peratusan bagi responden yang telah menguasai

bentuk bulatan dan dapat melukis bentuk bentuk bulatan dengan sangat baik tanpa

bantuan daripada orang lain. Peratusan bagi responden yang telah dapat melukis

bentuk bulatan dengan sangat baik sebelum melakukan kaedah projek adalah
61

sebanyak 46%, manakala peratusan bagi responden yang dapat melukis bentuk

bulatan dengan baik selepas kaedah projek adalah sebanyak 54.02%%. Ini

menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang ketara antara sebelum dan selepas

melakukan kaedah projek bagi menghasilkan bentuk bulatan. Kebanyakkan responden

telah dapat menguasai bentuk-bentuk bulatan dan dapat melukis bentuk bulatan

dengan sangat baik tanpa bantuan daripada orang lain. Apa yang dapat dihuraikan

oleh penyelidik disini ialah kaedah projek ini juga adalah sangat berkesan untuk

responden dalam menghasilkan bentuk bulatan.

Responden lebih menguasai bentuk bulatan selepas kedah projek dan dapat

melakukannya dengan baik sekali. Peratusan ini telah dikira berdasarkan bilangan

responden yang telah menguasai bentuk dengan mengambil kira bilangan responden

sebelum dan selepas kaedah projek. Responden dapat menguasai bentuk bulatan ini

dengan sangat baik, malah mereka dapat mengenali bentuk bulatan ini dengan sangat

baik selepas kaedah projek kerana penyelidik telah meminta mereka untuk membuat

satu buku skrap di dalam kumpulan. Penyelidik juga meminta mereka untuk

bekerjasama untuk membina bentuk rumah di dalam buku skrap tersebut. Mereka

akan membina sebuah rumah didalam buku skrap itu dengan menggunakan kesemua

bentuk-bentuk asas yang telah mereka ketahui. Mereka telah bekerjasama dalam

membuat buku skrap itu dan saling bantu membantu.


62

BAB 5

PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pendahuluan

Dapatan kajian yang telah dilaporkan dalam Bab 4 dibincangkan dan dirumuskan

dalam bab 5 ini. Perbincangan dalam bab ini dibahagikan kepada empat bahagian iaitu

Ringkasan kajian, Perbincangan dapatan kajian, Implikasi dapatan kajian dan

Cadangan kajian lanjutan.

5.2 Perbincangan

Untuk kajian ini penyelidik telah menjalankan satu projek berasaskan bentuk-bentuk

asas.projek yang telah dijalankan ialah menghasilkan buku skrap yang mengandungi

kesemua bentuk-bentuk asas seperti segitiga, segiempat sama, segiempat tepat dan
63

bulatan. Projek menghasilkan buku skrap ini telah meningkatkan prestasi murid

terhadap pengenalan kepada bentuk-bentuk asas. Murid-murid dibahagikan kepada

kumpulan masing-masing dan mereka diminta untuk melukiskan gambar bentuk-

bentuk asas dan selepas siap melukis mereka akan menggabungkan kesemua bentuk

yang telah dilukis untuk menjadi buku skrap. Disini akan dibincangkan mengenai

kesan penggunaan kaedah projek terhadap kebolehan menghasilkan bentuk dan

kesesuaian kaedah projek untuk kebolehan menhasilkan bentuk.

5.2.1 Kesan penggunaan kaedah projek terhadap kebolehan

menghasilkan bentuk dalam kalangan murid prasekolah

Secara keseluruhannya, penyelidikan tindakan ini telah mendatangkan kesan

secara positif kepada murid-murid. Mereka telah berjaya menguasai kemahiran

menghasilkan bentuk dan mengenal bentuk-bentuk asas selepas penyelidikan

yang mengggunakan kaedah pembelajaran berasaskan projek ini dijalankan.

Mereka juga mampu untuk menjawab soalan-soalan guru yang berkaitan

dengan tajuk ini. Setelah menjalankan penyelidikan ini, penyelidik telah

mengetahui dengan lebih mendalam tentang kaedah pembelajaran berasaskan

projek. Penyelidik juga mengetahui kelebihan dan kelemahan kaedah projek

ini. Dapatan kajian telah menunjukkan kaedah pembelajaran berasaskan projek

sangat berkesan dalam membantu murid mempelajari kemahiran menghasilkan

bentuk. Hasil analisis soal selidik dan pemerhatian mendapati setelah kaedah

ini dijalankan, responden kajian yang tidak begitu berminat dengan bentuk-

bentuk ini menjadi lebih seronok, ceria, dan suka mempelajarinya. Mereka
64

juga berkeyakinan dan seronok melakukan projek yang telah diberikan oleh

penyelidik.

Sepertimana yang dinyatakan oleh Solomon (2003), pembelajaran

berasaskan projek mencabar pelajar untuk belajar mengatasi masalah dalam

kehidupan yang sebenar di dalam bilik darjah sebagai satu titik permulaan. Di

mana pelajar belajar dan bekerja dalam satu pasukan untuk menyelesaikan

masalah yang bersifat authentik berasaskan kurikulum dan pelbagai

kemahiran. Pernyataan ini disokong oleh Lucas (2002) yang menyatakan

strategi pembelajaran berasaskan projek, pelajar dapat menguasai

pembelajaran dan perkembangan kemahiran melalui projek yang dijalankan

dengan melatih mereka menggunakan kemahiran-kemahiran yang diperlukan

untuk menghadapi keadaan dunia sebenar yang kompleks dan berasaskan

masalah.

5.2.2 Kesesuaian kaedah projek untuk kebolehan menghasilkan bentuk

Persoalan kajian ini dijawab dengan menggunakan data daripada ujian pra dan

juga ujian pasca. Sebelum kaedah projek dijalankan, hasil keputusan ujian pra

mendapati setengah daripada responden hanya mengenali beberapa jenis

bentuk sahaja seperti segitiga dan bulatan sahaja. Kebanyakkan reponden

masih tidak mengenali bentuk segiempat dan tidak boleh membezakan

segiempat sama dan segiempat tepat. Oleh itu, penyelidik telah menjalankan

satu kaedah pembelajaran berasaskan projek. Setiap responden terlibat secara

berkumpulan dalam projek menghasilkan buku skrap. Setelah selesai kaedah


65

projek itu, satu ujian pasca telah dijalankan dan keputusan ujian pasca telah

menjawab persoalan kajian ini apabila keputusan ujian pasca mendapati

hampir kesemua reponden sudah dapat mengenali bentuk-bentuk asas seperti

segitiga, segiempat sama, segiempat tepat dan bulatan. Terdapat dua orang

responden yang berjaya mendapat skala tertinggi bagi kesemua item selepas

kaedah projek. Dengan berlakunya peningkatan yang positif dalam keputusan

ujian pasca jika dibandingkan dengan ujian pra, bermakna berlakunya

peningkatan tahap penguasaan murid terhadap kebolehan menghasilkan

bentuk-bentuk asas. Ini dapat membuktikan bahawa kaedah projek iaitu

penghasilan buku skrap mampu meningkatkan tahap penguasaan murid dalam

topik penghasilan bentuk asas.

Dapatan kajian ini disokong oleh Newmann dan Wehlage (1995) yang

menyatakan bahawa projek penghasilan buku skrap akan meningkatkan

prestasi pemahaman murid. Projek penghasilan buku skrap ini merupakan satu

aktiviti berkumpulan yang melibatkan kesemua responden dan penyelidik

bertindak sebagai pemudah cara. Menurut Meyes dan Jones (1993),

pembelajaran berpusatkan murid akan dapat meningkatkan motivasi,

pemahaman dan murid akan lebih meminati pelajaran yang diajar.

5.3 Rumusan

Kebolehpercayaan sesuatu instrumen adalah antara kriteria penting dalam proses

pengujian dan penilaian dalam pembelajaran. Instrumen yang memiliki darjah atau
66

tahap kebolehpercayaan yang tinggi akan menghasilkan keputusan pengujian yang

tepat dan penilaian yang dibuat kemudiannya akan menghasilkan tindakan susulan

yang sewajarnya.

Kaedah projek ini telah memberi peluang kepada murid untuk mempelajari

sesuatu perkara melalui penglibatan diri secara langsung dalam aktiviti pembelajaran

sama ada dilaksanakan dalam bentuk kumpulan mahupun individu. Kaedah ini juga

merupakan aktiviti yang dapat melibatkan murid secara secara langsung dengan

merasai sendiri pengalaman pembelajaran iaitu secara hands-on dam minds-on.

Dengan kaedah projek ini penyelidik dapat melakukan pemerhatian di dalam dan luar

bilik darjah.

Bagi kajian ini, penyelidik telah menjalankan kaedah projek untuk bentuk-

bentuk asas seperti segitiga, bulatan, segiempat sama dan segiempat tepat bersama-

sama murid prasekolah. Sebelum memulakan projek, ada beberapa langkah yang perlu

diikuti oleh murid iaitu guru menerangkan terlebih dahulu jenis projek yang akan

dijalankan dan guru memilih projek yang bersesuaian dengan kebolehan murid dari

segi fizikal dan mental. Guru akan menentukan kumpulan setiap murid dan

mengawasi murid secara terbimbing semasa aktiviti dijalankan. Didalam kaedah

projek ini murid dapat melibatkan diri dalam perancangan dan menghasilkan

rancangan serta dapat menerapkan nilai kerjasama dan bertanggungjawab.

Penyelidik telah memahami kepentingan menjalin hubungan rapat dengan

murid, iaitu mereka berani berjumpa penyelidik sekiranya mereka menghadapi apa-

apa masalah dalam pembelajaran mereka. Dengan itu, penyelidik lebih memahami
67

masalah yang mereka hadapi dan seterusnya dapat membantu mereka. Sepanjang

menjalankan kajian ini, Penyelidik mendapati bahawa guru-guru harus sentiasa

menyesuaikan kaedah dan strategi pengajaran mereka berdasarkan tahap kemampuan

dan keperluan murid-murid. Jika guru mendapati sesuatu kaedah atau strategi

pengajaran yang digunakanya tidak sesuai untuk muridnya maka guru harus berusaha

untuk mencari kaedah lain yang sesuai agar murid dapat menerima apa yang ingin

disampaikan oleh guru mereka dengan baik.

Proses ini memerlukan seseorang guru membuat refleksi pengalaman yang

lepas, mengenalpasti masalah, menentukan objektif yang ingin dicapai, merancang

cara penyelesaian, melaksanakan pelan tindakan, mengumpul maklumat dan akhirnya

menentukan kesesuaianya untuk digunakan dalam kelas. Inilah rasional utama kajian

tindakan yang dijalankan oleh guru sekolah dari semasa ke semasa. Secara

keseluruhannya, penyelidikan ini merupakan salah satu daripada cara menambahkan

pengalaman mengajar yang memberi peluang kepada penyelidik untuk

memperkukuhkan lagi perkembangan profesionalisme sebagai guru yang berupaya

menilai diri.

Masalah yang dihadapi semasa menjalankan kaedah projek ini, penyelidik

mendapati bahawa terdapat beberapa responden yang tidak mahu melibatkan diri

dalam kaedah projek yang dijalankan oleh guru. Mereka tidak mahu bekerjasama

dengan ahli kumpulan. Hal ini disebabkan responden ini tidak mempunyai keyakinan

tinggi dan malu untuk melakukan projek yang diberikan oleh guru.
68

Secara keseluruhannya, penyelidik berpuas hati dengan hasil kajian ini.

Kaedah pembelajaran berasaskan projek yang digunakan dalam pengajaran

menghasilkan bentuk-bentuk asas ini berjaya memberi kesan yang positif kepada

peningkatan kefahaman murid prasekolah. Walaupun pada akhir kajian, masih

terdapat beberapa orang murid yang tidak dapat menguasai tajuk ini dengan

sepenuhnya, namun pada hakikatnya mereka telah mencapai peningkatan jika

dibandingkan dengan sebelum ujian pasca. Penyelidik percaya jika murid tersebut

diberi lebih banyak bimbingan dan diajar dengan keadah pengajaran yang lebih

interaktif, mereka pasti dapat menguasai tajuk ini dengan baik.

5.4 Cadangan Kajian Lanjutan

kajian ini bertujuan untuk mengakaji sejauh mana keberkesanan kaedah projek dalam

pengajaran menghasilkan bentuk-bentuk asas untuk murid prasekolah. Hasil dapatan

kajian yang dijalankan oleh penyelidik ini mendapati bahawa terdapat perubahan yang

positif pada responden selepas projek penghasilan buku skrap ini dijalankan.

Perubahan positif pada responden ini dapat dilihat apabila mereka sudah boleh

membezakan bentuk segiempat sama dan segiempat tepat dengan baik. Mereka juga

sudah boleh melukis bentuk-bentuk asas ini dengan lebih cantik. Oleh yang demikian,

untuk memastikan bahawa penggunaan kaedah projek ini akan menjadi lebih efektif

dan berkesan pada masa hadapan, penyelidik telah mengemukakan beberapa cadangan

penambahbaikan untuk kajian ini.


69

Cadangan penambahbaikan yang pertama ialah meluaskan skop kajian yang

dijalankan. Kajian ini hanya dijalankan oleh penyelidik di sebuah sekolah sahaja. Oleh

yang demikian, data kajian ini hanya melibatkan responden dalam lingkungan yang

kecil. Sehubungan dengan itu, penyelidik mencadangkan supaya kajian ini dijalankan

dengan lebih luas dan melibatkan lebih banyak sekolah. Selain itu, penyelidik juga

mencadangkan agar responden kajian ditambah kuantitinya. Hal ini akan memberi

gambaran dan penilaian yang lebih jelas tentang keberkesanan penggunaan kaedah

projek.

Cadangan yang kedua yang dicadangkan oleh penyelidik ialah menggunakan

instrument tambahan dalam pengumpulan data bagi kajian ini. Bagi kajian ini,

penyelidik telah menggunakan ujian pra dan pasca, pemerhatian dan soal selidik.

Penggunaaan pelbagai instrumen seperti temubual, nota lapangan, dan sebagainya

akan membantu penyelidik untuk mendapatkan maklumat serta dapatan kajian yang

lebih tepat dan seterusnya memberi penilaian yang lebih mendalam mengenai kajian

ini.

Oleh yang demikian, diharapkan hasil dapatan daripada kajian ini dapat

mengatasi masalah penggunaan kaedah projek untuk penghasilan bentuk-bentuk asas

dengan menggunakan buku skrap. Penggunaan bahan bantu mengajar amat berguna

dan dapat membantu guru dalam penyampaian pengajaran yang baik dan

berkesan.bahan bantu mengajar yang menarik dapat membantu gurur menarik

perhatian murid sekaligus meningkatkan kafahaman murid.


70

Rujukan

Abdul Halim Abdullah, Mohini Mohamed. (2011). Penggunaan Kemahiran Berfikir


Di Kalangan Pelajar Dalam Persekitaran Perisian Geometri Interaktif. 1081
1st International Malaysian Educational Technology Convention

Crow, D. a. (1983). Psikologi Pendidikan untuk Perguruan. Kuala Lumpur: Dewan


bahasa aaadan Pustaka.

Hafidz Hj. Omar, Khairil Anuar Mosmin. (2008). Rekacipta : “Smart Volume” Untuk
Topik Ruang Dan Isipadu Matapelajaran Matematik Tahun 4. Fakulti
Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

John Brodi. (2008). Pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan Projek. Kajian Kes


Teaching School, IPTAR.

Krone, J. (2006). A Project Approach To The Theory Of Programming Languages.


Journal of Computing Sciences in Colleges . Volume 22 (1) : 84-93. ISSN :
1937-4771.

Merill, j. (1991). Approaches to teaching science subjets: Project based learning,


United States:Pearson Education

Mohd Azman Mohd Idros. (2012). Teori Pembelajaran Konstruktivisme Dan


Kesediaan Belajar. Diperoleh semula pada 18 Jun 2014 daripada world wide
web
http://sharapsikomtpm.blogspot.com/2012/08/teori-pembelajaran-
konstruktivisme-dan.html

MohdSaid. (2008). Teori-Teori Pembelajaran Matematik.Diperoleh semula pada 18


Jun 2014 daripada world wide web
http://mindamohdsaid.blogspot.com/p/pintar-matematik.html

Norly Jamil, Mahani Razali. (2012). Pengenalan Konsep Bentuk, Ruang Dan
Pengukuran Kepada Kanak-Kanak Melalui Rutin Harian : Satu Kajian Kes.
Jurnal Pendidikan Sains & Matematik Malaysia Vol.2 No.1 Issn 2232-0393.
71

Ooi Lilian. (2012). Pembelajaran matematik. Diperoleh semula pada 18 Jun 2014
daripada world wide web
http://learningzone2012.blogspot.com/2012/12/normal-0-false-false-false-en-
us-zh-cn.html
72

LAMPIRAN A

Butiran:

Borang soal selidik ini adalah bertujuan untuk kajian akademik sahaja. Segala
maklumat yang diberikan dalam kajian ini adalah sulit dan hanya digunakan untuk
laporan kajian sahaja. Diharapkan kerjasama yang diberikan adalah tepat dan ikhlas.
Borang soal selidik ini mempunyai tiga bahagian iaitu Bahagian A : Demografi
Responden, Bahagian B : Pengetahuan Sedia Ada Responden, Bahagian C :
Tahap Penguasaan Responden dan Bahagian D : Kemahiran Kaedah Projek.
Kerjasama anda amat dihargai, terima kasih.
73

No. Siri

BORANG KAJI SELIDIK

Bahagian A : Demografi Responden

Sila tandakan √ di dalam kotak yang berkaitan sahaja di bahagian A ini.

Butiran Responden

1. Jantina : Lelaki [ ]

Perempuan [ ]

2. Umur : 5 Tahun [ ]

6 Tahun [ ]

3. Keturunan : Melayu [ ]

India [ ]

Cina [ ] Lain-lain: ________________

4. Lokasi Sekolah : Bandar [ ] Luar Bandar [ ]

Butiran Ibubapa Responden

5. Kelulusan Ibu Bapa : SPM [ ] Diploma [ ] Ijazah [ ]

6. Pendapatan Ibu Bapa : RM5000 keatas [ ]

RM3000-RM5000 [ ]

RM1000-RM3000 [ ]

RM1000 kebawah [ ]

7. Jenis Pekerjaan Ibu Bapa : ______________________


74

No. Siri

Bahagian B : Pengetahuan Sedia Ada Responden

Sila tandakan √ pada petak skala perkembangan murid mengikut pengetahuan sedia
ada responden.

SKALA PERKEMBANGAN MURID (STANDARD PRESTASI


PRASEKOLAH)

Skor (Tahap Simbol Kriteria


Penguasaan)
Telah Menguasai 3 Tahu dan boleh buat dengan sendiri dengan baik
secara bertatasusila
Sedang Maju 2 Tahu dan boleh buat dengan bimbingan
Belum Menguasai 1 Tahu beberapa perkara asas (yang minimum)
berkaitan dengan konstruk tetapi tidak boleh buat
(sentiasa memerlukan bimbingan)

Bil. Perkara Skala


3 2 1
1. Responden sudah mengenali bentuk segitiga.

2. Responden sudah boleh melukis bentuk segitiga.

3. Responden sudah boleh menyebut nama bentuk


segitiga apabila ditunjukkan gambar segitiga.

4. Responden sudah mengenali bentuk segiempat.

5. Responden sudah boleh melukis bentuk segiempat.

6. Responden sudah boleh menyebut nama bentuk


segiempat apabila ditunjukkan gambar segiempat.

7. Responden sudah boleh membezakan segiempat


sama dan segiempat tepat.

8. Responden sudah mengenali bentuk bulat.

9. Responden sudah boleh melukis bentuk bulat.

10. Responden sudah boleh menyebut nama bentuk bulat


apabila ditunjukkan gambar bulat.
75

No. Siri

Bahagian C : Tahap Penguasaan Responden

Instrumen soal selidik pemerhatian terhadap responden dalam kaedah projek terhadap
kebolehan menghasilkan bentuk. Bulatkan nombor yang sesuai bagi menunjukkan
penilaian tahap penguasaan responden berdasarkan skala yang disediakan

1. Sangat Lemah
2. Lemah
3. Baik
4. Sangat Baik

Bil. Perkara Skala

1. Responden boleh melukis bentuk segitiga dengan


1 2 3 4
betul.
2. Responden sudah boleh berkerjasama semasa
1 2 3 4
aktiviti dijalankan dan memahami konsep bentuk.
3. Responden boleh melukis bentuk segiempat dengan
1 2 3 4
betul.
4. Responden boleh melukis bentuk bulat dengan
betul.
1 2 3 4
5. Responden sudah boleh memadankan setiap bentuk
1 2 3 4
dengan perkataan yang betul.
6. Responden seronok melakukan projek berasaskan
bentuk.
1 2 3 4
7. Responden sudah boleh melakukan projek tanpa
1 2 3 4
bantuan guru.
8. Responden sudah boleh mengeja setiap perkataan
1 2 3 4
bentuk tanpa bantuan guru.
9. Responden dapat melukis bentuk dengan sendiri
1 2 3 4
tanpa bantuan guru
10. Responden dapat menumpukan perhatian semasa
1 2 3 4
aktiviti yang dijalankan
76

11. Responden lebih menguasai bentuk-bentuk selepas


kaedah projek.
1 2 3 4
12. Responden boleh menjawab soalan guru.

1 2 3 4
13. Responden sudah boleh menguasai kemahiran
mereka bentuk.
1 2 3 4
14. Responden dapat mengenali bentuk-bentuk yang
1 2 3 4
terdapat di dalam kelas.
15. Responden dapat memberi respon terhadap
1 2 3 4
pertanyaan guru.
16. Responden memberi tindak balas positif terhadap
1 2 3 4
semua pengajaran guru.
77

No. Siri

Bahagian D : Kemahiran Kaedah Projek

Bahagian ini adalah untuk mengetahui tahap perkembangan responden selepas


menjalankan kaedah projek. Bulatkan nombor yang sesuai bagi menunjukkan
penilaian tahap penguasaan responden berdasarkan skala yang disediakan.

1. Sangat Lemah

2. Lemah

3. Baik

4. Sangat Baik

Bil. Perkara Skala

1. Responden mendengar penerangan guru 1 2 3 4


sebelum memulakan projek mereka
bentuk.

2. Responden bersungguh-sungguh untuk 1 2 3 4


menyiapkan projek yang diberikan.

3. Responden dapat menyiapkan projek 1 2 3 4


dengan baik.

4. Responden membuat projek dengan 1 2 3 4


meletakkan bentuk-bentuk yang diberi
pada ruang yang betul.
78

LAMPIRAN B

Ujian pra dan ujian pasca bertujuan untuk menentukan tahap perkembangan murid
prasekolah setelah guru memberikan satu kaedah iaitu kaedah projek. Bahagian A
merupakan Ujian Pra dan Bahagian B merupakan Ujian Pasca.
79

No. Siri

Bahagian A : Ujian Pasca

Lukiskan bentuk SEGITIGA, SEGIEMPAT dan BULATAN yang anda ketahui dan
warnakan.

SEGIEMPAT SAMA - MERAH

SEGIEMPAT TEPAT - OREN

SEGITIGA - HIJAU

BULATAN - BIRU
80

No. Siri

Bahagian B : Ujian Pasca

Lukiskan bentuk SEGITIGA, SEGIEMPAT dan BULATAN yang anda ketahui dan
warnakan.

SEGIEMPAT SAMA - MERAH

SEGIEMPAT TEPAT - OREN

SEGITIGA - HIJAU

BULATAN - BIRU
81

LAMPIRAN C

Skala Skema Pemarkahan :

Kriteria 4 – Sangat Baik

Sangat baik dalam komponen mengikut dan memahami arahan guru, mengenal dan
menghasilkan bentuk-bentuk asas dengan baik secara bertatasusila dan cemerlang
dalam sahsiah.

Kriteria 3 - Baik

Baik dan perlukan sedikit bimbingan dalam komponen mengikut dan memahami
arahan guru, mengenal dan menghasilkan bentuk-bentuk asas dengan baik boleh
melakukan kemahiran projek dengan bimbingan dan sederhana cemerlang dalam
sahsiah.

Kriteria 2 - Lemah

Lemah dalam komponen mengikut dan memahami arahan guru, tidak dapat mengenal
dan menghasilkan bentuk-bentuk asas dengan betul, sentiasa memerlukan bimbingan
guru, dan memahami arahan kemahiran projek tetapi tidak boleh buat tanpa
bimbingan guru dan kurang cemerlang dalam sahsiah

Kriteria 1 – Sangat Lemah

Sangat lemah dan tidak mahu mengikut dan memahami arahan guru, tidak tahu
menyebut dan menghasilkan bentuk-bentuk asas, tidak dapat mengenal bentuk-bentuk
asas, tidak jelas mengenai kemahiran projek, sentiasa memerlukan bimbingan guru
untuk melakukan sesuatu dan kurang cemerlang dalam sahsiah.
82

LAMPIRAN D

ALAMAT LOKASI KAJIAN PRASEKOLAH

1. Sekolah Kebangsaan Seksyen 7, Kota Damansara


Kota Damansara, 47810
Petaling Jaya, Selangor.

You might also like