Jurnal 1 (DONE)

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Bilangan Jurnal : 1/14

Minggu Praktikum : PERTAMA

Tarikh Peristiwa / Kejadian : 19 – 23 Januari 2015

Tajuk Jurnal : Minggu Pertama di Sek. Keb. Seksyen 7, Kota

Damansara

Pada hari pertama memulakan praktikum iaitu pada 19 Januari 2015 (Isnin), saya bersama 3
orang lagi rakan saya telah melaporkan diri kepada Pn Alawiyah Binti Sidin selaku Guru
Besar Sekolah Kebangsaan Seksyen 7, Kota Damansara. Kami memperkenalkan diri seorang
demi seorang kepada beliau dan menyerahkan Surat Pengenalan Diri. Guru Besar telah
memberi sedikit taklimat kepada kami bahawa terdapat 2 buah prasekolah yang terdapat di
Sekolah itu iaitu Permata Kasih 1 dan Permata Kasih 2. Beliau juga memberitahu kami
bahawa Guru Prasekolah Permata Kasih 2 telah berpindah ke Sekolah lain dan Guru
Gantinya masih belum melaporkan diri di Sekolah itu. Kebetulan juga Pembantu Pengurusan
Murid Prasekolah Permata Kasih 2 tidak hadir pada hari itu kerana sebab-sebab tertentu.
Guru Besar telah membawa kami ke Prasekolah Permata Kasih 1 dan memperkenalkan kami
kepada Pn Rohani Bt Abd Ghani. Pn Rohani telah meminta kami berempat untuk
menguruskan murid di Prasekolah Permata Kasih 2 kerana ketiadaan Guru dan PPM. Saya
memulakan aktiviti bersama murid-murid Prasekolah Permata Kasih 2 dengan
memperkenalkan diri saya serta 3 lagi rakan saya. Seterusnya saya meminta mereka pula
untuk memperkenalkan diri masing-masing. Tepat jam 10 pagi, kami menguruskan murid
untuk rehat dan memberi mereka makanan yang telah disediakan iaitu nasi lemak. Selepas
waktu rehat, rakan saya iaitu Nur Shafiqah Bt Mohd Nazir telah membuat aktiviti membaca
buku cerita yang bertajuk ‘Jack dan Pokok Kacang Ajaib’ dan Nur Hidayah Bt Bedellah teleh
membaca cerita tentang ‘Kelawar Terbang Malam’. Seterusnya aktiviti diteruskan oleh Nor
Aisyah Bt Musa dengan membuat aktiviti mengenal ABC. Setelah jam menunjukkan pukul
12 tengahari kami meminta murid untuk beratur dan bersedia untuk pulang. Kami
meninggalkan perkarangan sekolah pada jam 1.30 petang.

Pada hari kedua pula iaitu pada 20 Januari 2015 (Selasa), kami berempat tiba di
sekolah seawal jam 7.15 pagi dan kami terus pergi berjumpa dengan En. Nadzri bin Mash
Tuki dan menyerahkan garis panduan kepada beliau disamping berbincang tentang proses
praktikum yang akan berjalan selama 3 bulan 11 hari. Setelah itu, En. Nadzri telah
memberikan tugasan kepada kami berempat untuk menggantikan guru yang tidak hadir di
beberapa kelas aliran perdana iaitu tahun 4, 5 dan 6 dimana beliau telah membahagikan kami
kepada 2 orang untuk setiap kelas pada waktu yang telah ditetapkan. Setelah selesai
menggantikan kelas, En. Mohd Nadzri telah membahagikan kami ke kelas Prasekolah
masing-masing dimana saya dan Nor Aisyah Bt Musa ditempatkan di Prasekolah Permata
Kasih 1 manakala Nur Shafiqah Bt Mohd Nazir dan Nur Hidayah Bt Bedellah pula
ditugaskan mengajar di Prasekolah Permata Kasih 2. Saya dan rakan saya Nor Aisyah Bt
Musa telah pergi ke Prasekolah Permata Kasih 1 dan berjumpa dengan Pn Rohani dan
memberitahu bahawa kami berdua telah ditempatkan di Prasekolah tersebut oleh En Nadzri.
Selaku guru pembimbing, Pn Rohani telah berbincang dengan kami mengenai jadual
sepanjang tempoh praktikum kami yang perlu mencukupi masa 420 minit seminggu setiap
seorang. Pn.Rohani menyerahkan sepenuhnya kepada kami untuk menggubal jadual dan itu
telah memudahkan kami berdua. Setelah selesai berbincang, kami membantu Pn. Rohani
menguruskan murid sementara menunggu waktu pulang.

Pada hari ketiga pula iaitu pada 21 Januari 2015 (Rabu), kami berempat tiba di
sekolah seawal jam 7.10 pagi. Kami kemudian mengisi kehadiran guru di pejabat seperti
yang diarahkan oleh Puan Guru Besar. Setelah itu, kami masuk ke kelas pra masing-masing
dan mengawal murid supaya tidak membuat bising. Jam 8.00 pagi guru pembimbing
mengambil tempat untuk memulakan sesi rutin serta perbualan pagi manakala kami hanya
memerhati cara guru pembimbing memulakan perbualan pagi tersebut untuk diaplikasikan
dalam pengajaran kami nanti. Sekitar jam 10.00 pagi, kami diberi kebenaran oleh guru
pembimbing untuk keluar bersarapan di kantin dan setelah itu kami pulang ke pra dan
menguruskan portfolio. Kami kemudian membantu guru pembimbing memantau murid
melakukan latihan menulis dan membimbing mereka menulis dengan cara yang betul. Setelah
itu, kami mengambil alih menguruskan murid yang sudah selesai membuat latihan supaya
kelas kelihatan terkawal.

Pada hari keempat pula iaitu pada 22 Januari 2015 (Khamis), seperti biasa kami tiba
di sekolah seawal 7.10 pagi dan menulis nama pada buku kehadiran guru di pejabat. Pada jam
8.00 pagi, kami pergi berjumpa dengan En.Nadzri untuk mendapatkan maklumat sekolah
seperti misi dan visi sekolah, takwim sekolah, carta organisasi dan sebagainya. En.Nadzri
telah memberikan tugasan kepada kami sekali lagi untuk menggantikan guru aliran perdana
yang tidak dapat hadir pada hari itu. Saya dan rakan saya, Nor Aisyah Bt Musa telah
ditugaskan masuk ke kelas tahun 4 Kristal pada pukul 8.30 hingga 9.10 pagi dan 4 Mutiara
pada pukul 10.10 hingga 10.50 pagi. Pada waktu relief yang pertama, kami mengadakan satu
permainan Bahasa dimana kami mengemukakan soalan dan murid-murid tahun 4 Kristal akan
menjawab dengan menggunakan Bahasa yang betul. Seterusnya kami memberikan mereka
latihan membina ayat berdasarkan gambar yang diberi. Kemudian kami masuk semula ke
kelas pra dan membantu guru pembimbing menguruskan murid untuk beratur dan mengambil
makanan seterusnya membacakan doa makan. Pada waktu relief kedua pula, kami masuk ke
kelas 4 Mutiara dan kami dapati telah ada seorang guru lain yang mengambil alih menjaga
kelas tersebut dan kami pulang semula ke kelas pra. Kami membantu guru pembimbing untuk
membimbing murid melakukan latihan pada buku tulis dan mengajar mereka cara menulis
dengan betul.

Pada hari kelima pula iaitu pada 23 Januari 2015 (Jumaat), Pada pagi itu iaitu pukul
8.00 hingga 8.30 pagi, seperti biasa kami memerhati guru pembimbing menguruskan rutin
serta perbualan pagi bersama murid-murid pra dan dalam masa yang sama, saya dan rakan
saya Nor Aisyah Bt Musa meneliti cara-cara untuk menarik perhatian murid-murid pra itu di
samping mencari idea bagaimana untuk mengawal perhatian mereka supaya proses
pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar. Kami telah diminta untuk
menggantikan kelas oleh En Nadzri pada jam 9.00 hingga 10.00 pagi untuk menjaga kelas 5
Berlian. Jam 10.10 pagi kami membantu menguruskan murid berbaris dan membasuh tangan
untuk makan pagi. Pada pukul 10.30 pagi, kami menyambung menguruskan fail dan mencatat
jurnal pada minggu itu sehingga waktu pulang.

Disemak oleh Guru Pembimbing: Disahkan oleh Pensyarah Penyelia:

Tandatangan: ....................................... Tandatangan: .....................................

Nama: .................................................... Nama : .................................................

Tarikh : ................................................. Tarikh : ...............................................

You might also like