Surat For SARVESH RESTAURANT

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SEKOLAH KEBANGSAAN ST. GEORGE SATU


34000 TAIPING TEL : 05 - 807 3539
PERAK DARUL RIDZUAN FAX : 05 - 805 3341
EMAIL : ABB6064@moe.edu.my
“PENDIDIKAN BERKUALITI, SEKOLAH UNGGUL, MURID HOLISTIK"
“SEIRING MENCAPAI ASPIRASI”
Ruj.Tuan :
Ruj. Kami : SKSG1/TPG/ 100 /11 /2 / 3 ( )
Tarikh : 09 Januari 2024
Kepada ;

Sarvesh Restaurant,
170, Jalan Pasar,
34000 Taiping,
PERAK DARUL RIDZUAN

Tuan,

PERMOHONAN SUMBANGAN SAMBUTAN PROGRAM PONGGAL PERPADUAN (OTRUMAI PONGGAL)

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan Program Ponggal Perpaduan (Otrumai
Ponggal) seperti ketentuan berikut :-

Tarikh : 17 Januari 2024 ( Rabu )


Masa : 4.00 pm hingga 7.00 pm
Tempat : Dataran SK St. George Satu

3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah dengan rendah diri memohon jasa baik tuan agar dapat menyumbang
sumber kewangan atau barangan bagi menjayakan Program Ponggal Perpaduan (Otrumai Ponggal) ini. Untuk
makluman tuan, tuan dijemput hadir bersama bagi menjayakan program diatas.

Diharapkan kerjasama, sokongan dan keprihatinan tuan dalam perkara diatas, kami dahului dengan ucapan ribuan
terima kasih. Sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan Pn. Kalpana Devi a/p Sithambaram. Penolong Kanan
Pentadbiran di talian 05 – 807 3539 di waktu pejabat.

“MALAYASIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

“PERAK SEJAHTERA 2030”

”SEJAHTERA RAKYAT PERAK DARUL RIDZUAN”


(Sila catatkan rujukan pejabat ini apabila berhubung)

You might also like