Kemahiran Menjaring

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

FAUZIAH MOHAMAD AZAN 146718 SURIA MOHAMMED ARIFF 146871

KEMAHIRAN MENJARING

PENGENALAN Permainan bola jaring mempunyai gaya menjaring yang amat unik. Bola dilepaskan tinggi dan selalunya ia dilepaskan sewaktu penjaring tidak bergerak. Gaya menjaring telah berubah mengikut peredaran zaman, dari gaya menjaring dua tangan hinggalah kepada gaya lepasan tinggi satu tangan yang banyak digunakan. Gaya menjaring gaya masa lampau ialah melepaskan bola rendah yang menyebabkan jaringan yang agak mendatar. Pemain sering kali akan mengubah teknik jaringan mengikut kesesuaian masing-masing.

1. Kemahiran ini merupakan kemahiran tertutup dan pemain (GA= penyerang gol, GS= penjaring gol) boleh dilatih berasingan daripada ahli-ahli yang lain. 2. Setiap pemain selain daripada GA dan GS juga harus mahir dalam kemahiran menjaring, walaupun hanya dua orang pemain sahaja yang boleh membuat jaringan. 3. Menjaring bola boleh dilakukan di dalam kawasan bulatan jaringan atau kawasan D. 4. Terdapat pelbagai teknik jaringan dalam bola jaring, antaranya ialah : a. Jaringan statik. i. Gaya carribean ii. Gaya Australia b. Melangkah ke depan dan menjaring. c. Berlari sambil menjaring. d. Menjaring sambil melompat.

Kemahiran Menjaring

FAUZIAH MOHAMAD AZAN 146718 SURIA MOHAMMED ARIFF 146871

JARINGAN STATIK

1. Gaya Australia

Gambar 1 : Lepasan Tinggi Gaya Australia

Bagaimana Melakukan Lepasan Tinggi Australia a. Penjaring akan berasa bola selamat daripada jangkauan pihak lawan apabila bola dipegang tinggi di atas kepala. b. Kedudukan sebegini juga membolehkan penjaring memberikan tumpuan sepenuhnya kepada sasaran. c. Untuk melakukan jaringan tersebut, mula dengan menghadap tiang gol dengan kaki dibuka seluas bahu, badan tegak dan berat badan sama rata antara keduadua kaki. d. Tumpuan mata ke tengah-tengah gegelung jaring. e. Letakkan bola di atas jari-jari tangan yang menjaring.

Kemahiran Menjaring

FAUZIAH MOHAMAD AZAN 146718 SURIA MOHAMMED ARIFF 146871

f.

Angkatkan tangan menjaring diatas kepala sehingga tangan dalam kedudukan jangkauan penuh. Pastikan tengah-tengah siku dan pergelangan tangan selari dengan tiang gol.

g. Letakkan tangan sebelah lagi berhampiran atau menyentuh bola untuk mengawalnya sebelum membuat lepasan. h. Bengkokkan pergelangan tangan jaringan ke belakang beberapa inci di belakang kepala. Sewaktu bola dijatuhkan ke belakang, bengkokkan sedikit lutut. i. Dengan menggunakan jari-jari dan pergelangan tangan, kuiskan bola dalam lengkung yang tinggi kearah tiang gol dan pada masa yang sama luruskan lutut. j. Jari telunjuk adalah jari terakhir yang melepaskan bola, ia akan ke bawah, menyebabkab bola putar kebelakang dan ikut meyentuh tapak tangan. k. Ikut lajak pergelangan tangan dengan menunjuk kearah tanah dan bola bergerak dalam lengkungan tinggi sebelum jatuh ke tengah-tengah gegelung. l. Untuk jaringan yang terlalu hampir dengan tiang gol, hanya pergerakan kaki yang sedikit diperlukan. m. Sekiranya jarak menjaring jauh, lutut perlu dibengkokkan untuk memperolehi lebih daya bagi menjaring. n. Untuk jaringan yang hampir dengan garisan bulatan gol, pemain boleh membuat satu lontaran kecil untuk mendapatkan sedikit kelebihan jarak. lajak sehingga jari hampir

Kemahiran Menjaring

FAUZIAH MOHAMAD AZAN 146718 SURIA MOHAMMED ARIFF 146871

2. Gaya Carribean

Gambar 2: Jaringan Gaya Carribean

Bagaimana Melakukan Jaringan Carribean a. Mula dengan mengadap ke arah tiang gol. b. Letakkan kaki disebelah tangan yang menjaring dihadapan, lebih kurang setengah langkah. Kaki yang sebelah lagi diletakkan di sebelah belakang. c. Badan pemain tegak dan seimbang, dengan berat badan diletakkan di kaki belakang, lutut dibengkokkan sedikit dan tumpukan perhatian pada bahagian tengah gegelung. d. Letakkan bola di atas jari-jari tangan menjaring. e. Bengkokkan siku tangan yang menjaring agar kedudukan bola berhampiran dengan kepala. Selarikan kedudukan siku dan pergelangan tangan dengan tiang gol. f. Tangan, pergelangan tangan dan jari-jari diluruskan dan bola dilepaskan sebelum tangan lurus sepenuhnya. g. Lepaskan bola dengan membuat kuisan menggunakan pergelangan tangan dan jarijari. h. kawal bola dan lakukan putaran belakang dengan jari telunjuk dan bola perlu bergerak dalam lengkungan yang tinggi melepasi gegelung.

Kemahiran Menjaring

FAUZIAH MOHAMAD AZAN 146718 SURIA MOHAMMED ARIFF 146871

MELANGKAH KE HADAPAN DAN MENJARING

Jaringan Dengan Satu Langkah

Gambar 3: Jaringan Dengan Satu Langkah

Bagaimana melakukan jaringan satu langkah a. Dalam jaringan kaedah ini, pemain akan bergerak selangkah ke hadapan untuk menghampiri tiang gol. b. Ini dilakukan jika terdapat ruang di hadapan pemain, atau jika tindakan pemain untuk membuat jaringan tidak dihalang oleh pemain lawan. c. Pemain akan melangkah ke hadapan dengan salah satu kakinya lalu melontar bola melepasi tangan. d. Jaringan cara ini memberi kelebihan kepada pemain medekatkan diri dengan tiang gol.

Kemahiran Menjaring

FAUZIAH MOHAMAD AZAN 146718 SURIA MOHAMMED ARIFF 146871

BERLARI SAMBIL MENJARING Walaupun pada dasarnya, jaringan cara ini menarik dan mempunyai gaya yang tersendiri, undang-undang permainan berkaitan gerak kaki tidak harus dikecualikan kerana dalam permainan bola jaring ini, kawalan pergerakan kaki amat penting. Oleh itu, pemain hendaklah memastikan supaya tindakan pemain yang membuat lompatan semasa menjaringkan gol tidak melanggar aturan gerak kaki. Dalam melakukan jaringan ini, pemain juga harus memastikan laluan bola ke arah gol tidak terhalang supaya mudah untuk menuju ke arah gol. Pergerakan lakuan haruslah tangkas.

Gambar 4: Berlari sambil menjaring

cara melakukan : a. pemain mendapat hantaran bola pada kedudukan berlari. b. Pemain melompat dengan menggunakan kaki yang bertentangan dengan tangan yang memegang bola. c. Pemain membuat jaringan sambil melompat, dengan kekuatan bola, dan

ketepatannya adalah daripada tolakan dan lompatan yang dilakukan pemain. d. Ikut lajak selepas bola dilepaskan ke arah gol.

Kelebihan

: jaringan dapat dibuat dengan pantas sehingga boleh menyukarkan pihak lawan membuat halangan.

Kemahiran Menjaring

FAUZIAH MOHAMAD AZAN 146718 SURIA MOHAMMED ARIFF 146871

KELEMAHAN DALAM MEMBUAT JARINGAN

1. Pemain kurang atau tidak memberi penumpuan langsung kepada pergerakan membuat jaringan. 2. Pemain berada pada kedudukan badan yang tidak seimbang. 3. Pemain tidak melonjak dengan kuat dan betul. 4. Kedudukan jari pemain tidak melinkungi bola, dan ini merupakan satu kesilapan terhadap kemahiran asas permainan.

Kemahiran Menjaring

You might also like