Kimmy - Mari Memandu ! (Minggu 2)

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

RANCANGAN PELAKSAAN AKTIVITI ( RPA )

Nama Pendidik Siti Nursyafiqah Aina Binti Mohd Tajuddin


Logeetha A/P Suras Naidu
Tarikh / Hari 7 september 2022

Masa 10.30 Pagi – 11.00 Pagi

Bilangan Kanak- 10 orang kanak-kanak


Kanak
Umur 3 – 4 Tahun

Pendekatan Belajar sambil bermain

Tema Pengangkutan di darat

Tajuk “ Mari memandu ! “

Bidang Perkembangan fizikal dan Estetika


Pembelajaran
Pengetahuan Sedia 1. Kanak-kanak telah mengenali beberapa nama kenderaan di
Ada darat.
2. Kanak-kanak telah mengenali warna asas .
Objektif 1. Kanak – kanak boleh menyebut nama – nama jenis kenderaan
darat yang ditunjukkan oleh pendidik dengan betul.
2. Kanak – kanak boleh melintasi semua halangan yang disediakan
oleh guru.
3. Kanak – kanak dapat mengikut arahan semasa melakukan
simulasi membawa kereta dengan baik.
Senarai Bahan /  Lagu
Alat  Speaker
 Flash card
 Telephone bimbit
 Lampu isyarat
 Stereng kereta
 Touch N’ Go Coin
 Terowong
 Jaring bola
Ruang Aktiviti Ruang gym

Langkah – Langkah Permulaaan pengajaran :


Perlaksanaan 1. Guru mengajak kanak – kanak ke ruang gym dan meminta kanak
– kanak duduk dengan tertib.
2. Guru mengucapkan selamat pagi kepada kanak – kanak .
3. Guru meminta kanak – kanak untuk membaca doa belajar
bersama-sama .
4. Guru menanyakan hari mereka sebelum memulakan sesi
pembelajaran .
5. Guru bertanya beberapa soalan kepada murid- murid berkait
dengan pengangkutan :
‘’boleh tak beritahu cikgu , tadi awak datang sekolah naik
apa ? “
“ selain daripada kereta , kenderaan apa yang ada di jalan
raya ? “
6. Guru memberi masa kepada kanak – kanak untuk memberi
jawapan dan memberi pujian kepada mereka dengan baiknya .

Kandungan Pengajaran :
7. Guru mengajak kanak – kanak untuk bersama berdiri dan
menyanyikan lagu “ Bapa ku pulang dari kota “
8. Guru mengajak kanak – kanak untuk duduk semula dengan
tertib.
9. Guru menanyakan beberapa soalan kepada kanak – kanak
berkaitan dengan lagu yang dinyanyikan .
10. Guru menerangkan topik pembelajaran hari ini kepada kanak –
kanak.
11. Guru mengeluarkan gambar kenderaan yang terdapat di darat.

12. Guru meminta kanak – kanak untuk meneka gambar tersebut .


13. Guru memberi peluang kepada kanak – kanak untuk mencuba
dan memberi pujian kepada mereka .
14. Guru meminta kanak – kanak untuk menyebut semula nama-
nama kenderaan yang ditunjukkan oleh guru.
15. Guru meneruskan kepada slot kedua dan meminta kanak-kanak
untuk berdiri diluar ruang gym.
16. Guru memberi penerangan tentang aktiviti seterusnya dan
mengeluarkan bahan “ simulasi kereta “.
17. Guru menunjukkan cara permainan kepada kanak – kanak.
18. Pendidik mengagihkan bahan-bahan tersebut kepada kanak-
kanak.
19. Guru memberi peluang kepada kanak – kanak untuk mencuba
dan memberi pujian kepada mereka .
20. Guru meminta kanak – kanak untuk mengucapkan selamat
tinggal kepada bahan – bahan yang digunakan.
21. Guru meminta kanak – kanak untuk mengimbas semula topik
yang mereka telah pelajari.
22. Guru mengucapkan terima kasih kepada kanak -kanak.

Langkah Kontigensi :
- Sekiranya kanak-kanak tidak dapat menjawab soalan yang
diberikan atau tidak boleh melepasi halangan tersebut, guru akan
membantu kanak-kanak tersebut.

Pemerhatian :
1.Keselamatan :
- Memastikan tempat melaksanakan aktiviti dalam keadaan yang
selamat dan selesa.
2.Kebersihan :
- Membersihkan semula ruang aktiviti selepas melaksanakan
aktiviti.
3.Kesihatan :
- Keadaan kesihatan kanak – kanak dalam keadaan yang baik.

Refleksi

Cadangan

You might also like