Erp LATEST 2024

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 19

STANDARD OPERATING PROSEDURES

(SOP)

PELAN TINDAKAN MENGHADAPI KEBAKARAN

JAWATANKUASA LALUAN KECEMASAN

DAN HAZARD FIRE


Disediakan oleh:

Nama Jawatan Tarikh

Mohd Jamaluly bin Abd Rahman Penolong Jurutera 21 Mei 2015

Disemak oleh:

Nama Jawatan Tarikh Status

Azli Fitri bin Hamzah Penolong 21 Mei 2015 Penyemak


Pengarah

Diluluskan oleh:

Nama Jawatan Tarikh

Zulkifli bin Ismail Ketua Penolong 21 Mei 2015


Pengarah

Tempat Tarikh Tempoh


No fail simpanan masa Tarikh review
disediakan
(Bilik fail) kuatkuasa
KANDUNGAN

Seksyen Tajuk Seksyen Muka surat


A Tujuan 1
B Penggunaan dan Skop 1
C Ringkasan Prosedur 1
D Takrif 2
Kelayakan Personal dan
E 3
Tanggungjawab
Prosidur Pelan Tindakan
F 4-8
Menghadapi Kebakaran
G Pengurusan Rekod 9
Kawalan Kualiti dan Jaminan
H 9 - 11
Kualiti
I Rujukan 12
Carta 1: Pelan Tindakan
13
Menghadapai Kebakaran (Individu)
Carta 2: Pelan Tindakan
14
Menghadapai Kebakaran (Umum)
Jadual 1: Nombor Talian Yang
Perlu Dihubungi Jika Berlaku 15
Kebakaran
Carta 3: Carta Organisasi Pasukan ERT 16
STANDARD OPERATING PROCEDURES (SOP)

PELAN TINDAKAN MENGHADAPI KEBAKARAN


UNTUK
WISMA NEGERI

A. TUJUAN

Standard Operating Procedures (SOP) - Pelan Tindakan Menghadapi


Kebakaran disediakan adalah untuk menentukan:

1. Pegawai/kakitangan dapat bertindak dengan tenang dan selamat


semasa diancam bahaya kebakaran;

2. Pengawal keselamatan, Pegawai Keselamatan Kebakaran (PKK), Penyelia


bangunan dapat melaksanakan tanggungjawab mereka dengan selamat,
teratur dan berdisiplin semasa menghadapi kebakaran;

3. kemudahan untuk menyelamat diri yang ada dapat digunakan


mengikut perancangan awal dengan selamat; dan

4. pemindahan penghuni daripada bangunan dapat dilakukan dengan


teratur dan pantas.

B. PENGGUNAAN DAN SKOP SOP

1. Tujuan SOP ini adalah untuk digunakan oleh semua yang terlibat iaitu
pegawai dan kakitangan wisma negeri, pengawal keselamatan,
kakitangan unit keselamatan, pegawai keselamatan kebakaran
semasa di ancam kebakaran.

2. SOP ini digunakan bagi menentukan pelan tindakan menghadapi


kebakaran dilaksanakan secara seragam, terancang dan memenuhi
segala prosedur keselamatan jika berlaku kebakaran di bangunan
wisma negeri .

C. RINGKASAN PROSEDUR

Pencegahan kebakaran adalah merupakan langkah penting semasa berlaku


kebakaran dan dilaksanakan mengikut prosedur keselamatan yang telah
ditetapkan. Secara umumnya jika mengesan sesuatu kebakaran dilokasi-
lokasi tertentu, tindakan-tindakan berikut perlu diambil iaitu:

1. Membunyikan penggera kebakaran;

2. Cuba melawan kebakaran jika kebakaran kecil;

1
3. Menghubungi Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat,
Pegawai keselamatan kebakaran (PKK), pengawal keselamatan dan
pihak penyelia bangunan;

4. Menghentikan mesin/proses kerja dan memutuskan bekalan kuasa;

5. Memastikan semua dokumen-dokumen penting disimpan dan dikunci


di dalam kabinet besi;

6. Berkumpul di tempat yang selamat (Assembly Point [AP]) dan


mengambil kedatangan; dan

7. Mengosongkan bangunan (pengungsian).

D. TAKRIF

Takrif adalah untuk memberi penjelasan mengenai beberapa perkara yang


mempunyai makna penting yang perlu diingati dan difahami oleh pegawai
dan kakitangan serta anggota yang terlibat semasa diancam kebakaran:

1. ‘Pelan Pengungsian Bangunan’ bermakna pelan pengosongan bangunan.


Pengosongan boleh berlaku dalam keadaan berikut:
• Terdapat lokasi jalan keluar semasa kecemasan;
• Terdapat Laluan menyelamat diri;
• Tempat berkumpul; dan
• Mengambil kedatangan;

2. (Assembly Point) ialah tempat berkumpul iaitu satu lokasi yang jauh dari
lokasi kebakaran. Kawasan yang selamat dan terlindung dari bahaya
kebakaran.

3. Call point ialah penggera kebakaran

4. Notis kebakaran hendaklah mengandungi:


• Cara membunyikan penggera kebakaran;
• Cara menghubungi Perkhidmatan Bomba; dan
• Melawan Kebakaran.

5. Nada bunyi loceng penggera memberi makna berikut:

a) Bunyi loceng putus-putus :-

• Bersedia untuk mengosongkan bangunan;


• Tutup suis lampu dan peralatan elektrik; dan
• Tutup pintu dan tingkap.

2
b) Bunyi loceng berpanjangan :-

• Apabila mendengar loceng berpanjangan, ataupun arahan


melalui P.A Sistem, tindakan mengosongkan bolehlah bermula;
dan

• PKK yang diarahkan oleh Ketua Fire Fighting Squad untuk


membantu kerja-kerja pemadaman kebakaran/ Penyelamatan,
hendaklah menjalankan tugas masing-masing.

6. Jenis-jenis kelengkapan kebakaran

a) Sistem amaran awal

i) Sistem Penggera Manual


ii) Sistem Pengesanan Kebakaran Automatik:
a) Pengesan Haba
b) Pengesan Asap

b) Peralatan melawan kebakaran

i) Alat Melawan Kebakaran Manual:

• Alat Pemadam Api Mudah-alih


• Salur bantu mula
• Pili Bomba

ii) Automatik:

• Semburan (air)
• Karbon Dioksida

E. KELAYAKAN PERSONAL DAN TANGGUNGJAWAB

1. Pegawai keselamatan kebakaran perlu diberi pendedahan dan kursus


mengenai aspek-aspek kawalan keselamatan tingkat bila berlaku
sesuatu kebakaran;

2. Pasukan Emergency esponse Team (ERT) yang terdiri daripada pegawai


dan kakitangan wisma negeri hendaklah diberi latihan dan pendedahan
tentang aspek melawan kebakaran dan tanggungjawab semasa
kebakaran;

3. Pengawal keselamatan perlu menghadiri latihan serta kursus yang


dianjurkan oleh Bomba serta perlu mendapat sijil; dan

4. Pihak penyelia bangunan dipilih dari penyelia yang mempunyai


kakitangan yang mahir dalam aspek kebakaran.

3
F. PROSEDUR PELAN TINDAKAN MENGHADAPI KEBAKARAN

BIL TINDAKAN TANGGUNGJAWAB CATATAN/


SENARAI
SEMAK
Tindakan pada kebakaran peringkat
kecil.

1. Menyembunyikan penggera Pegawai dan kakitangan


kebakaran (call point) dengan cara terserempak atau terlihat
memecahkan kaca pada panel (glass kebakaran.
break-red) yang paling berhampiran
(rujuk Pelan Kedudukan Zon
Kebakaran) dan menjerit Api! Api! Api!

2. Perhatian terhadap penggera Penghuni banguanan


kebakaran akan berbunyi sebanyak Wisma negeri.
dua (2) kali. Kali pertama mengambil
masa lebih kurang 15 saat, dan kali
kedua akan berbunyi berterusan.
Bunyi kecemasan 15 saat pertaa
adalah sebagai langkah berjaga-jaga.

3. Cuba untuk memadamkan api dengan Penghuni Bangunan


menggubakan peralatan pemadam Wisma Negeri yang
kebakaran yang disediakan apabila terlatih sahaja.
api masih kecil, tetapi jangan
membahayakan diri, seperti berikut :-
i. Alat Pemadam Api Kecil
(Fire Extinguisher) atau
ii. Hose Reel

Tindakan pada kebakaran peringkat


kecemasan

4. Bunyikan loceng amaran kebakaran. Pegawai dan kakitangan


terserempak atau terlihat
kebakaran.

5. Menghubungi terus Pengawal Ketua Fire Fighting


keselamatan/Penyelia Bangunan Squard
Wisma negeri di bilik kawalan untuk
mengenal pasti zon yang terbakar.

6. Memeriksa dengan teliti tempat Fire Fighting Squard


berlakunya kebakaran untuk
mengetahui besarnya api dan
kedudukan yang tepat berlakunya
kebakaran.

7. Jika nampak mangsa kebakaran, - Fire Fighting Squard


selamatkan mangsa tersebut.
- Pegawai / kakitangan
yang berhampiran
4
BIL TINDAKAN TANGGUNGJAWAB CATATAN/
SENARAI
SEMAK

8. Hubungi Pusat Kawalan Kebakaran / Ketua Fire Fighting


Jabatan Bomba dan Penyelamat Squad / Pegawai
Malaysia beserta dengan maklumat bertugas di bilik Pusat
seperti berikut :- Kawalan Kebakaran.
i. Maklumat ringkas pengadu ;
ii. Tempat dan Alamat Kebakaran ;
iii. Peringkat Kebakaran;
iv. Maklumat ringkas berkaitan tempat
kebakaran; dan
v. Ikuti tindakan lanjut pihak Bomba
sehingga pasukan Bomba tiba.

9. Mengesahkan tempat sebenar Fire Fighting Squard


berlakunya kebakaran daripada
pengawal keselamatan, dan
berkumpul di kawasan kebakaran
bersama dengan alat-alat pemadam
api.

10. Membunyikan alarm kebakaran Pengawal keselamatan /


(loceng kecemasan) berterusan Penyelia Bangunan.
(isyarat mengosongkan bangunan)

11. Mengaturkan proses pengungsian Fire Fighting Squard


bangunan dari setiap aras dan blok.

12. Keluar daripada bilik kerja dan Penghuni yang paling


memastikan perkara di bawah akhir meninggalkan bilik
diberikan perhatian sebelum atau tempat kerja.
menyelamatkan diri ke tempat
berkumpul. Perkara tersebut adalah :-
i. Wang tunai dan dokumen-dokumen
penting dimasukkan ke dalam
kabinet besi dan dikunci; dan
ii. Tutup semua komputer.

13. Padamkan semua suis lampu dan - Penghuni yang paling


peralatan elektrik di luar bilik. akhir meninggalkan
bilik atau tempat kerja.
- Fire Fighting Squard

14. Tutup pintu-pintu di belakang anda. - Penghuni yang paling


akhir meninggalkan
bilik atau tempat kerja.
- Fire Fighting Squard

5
BIL TINDAKAN TANGGUNGJAWAB CATATAN/
SENARAI
SEMAK

15. Jika terperangkap di dalam asap yang


tebal :-
i. Bertenang, jangan panic. Penghuni Bangunan
ii. Rebahkan diri, merangkak di paras Wisma Negeri
lantai untuk mencari jalan keluar
(udara bersih masih boleh di
peroleh
di paras 1 kaki dari lantai)
iii. Bernafas secara perlahan,
gunakan
tuala basah, sapu tangan atau kain
yang bersih untuk menutup mulut
dan
hidung jika perlu.
iv. Hampiri tingkap, berteriak meminta
pertolongan atau melambai-lambai
untuk mendapatkan bantuan.

Pasukan Penyelamat

16. Bersedia untuk membantu pihak Pasukan ERT


bomba
dengan Fire Hydrant.

17. Keluar meninggalkan bangunan


melalui tangga dan turun ke bawah Penghuni Bangunan
(Jangan menggunakan lif). Jangan Wisma Negeri
membawa apa-apa barangan
bersama anda.

18. Laporkan diri di tempat berkumpul


dan jangan tinggalkan tempat Penghuni Bangunan
berkumpul sehingga diarahkan Wisma Negeri
berbuat demikian.

19. Semasa menuruni tangga, jangan Penghuni Bangunan


berpatah balik, jangan berbuat bising, Wisma Negeri
bertolak-tolak atau berlari.

20. Jangan gugup atau panic, tetapi Penghuni Bangunan


tinggalkan tempat itu dengan secepat Wisma Negeri
mungkin.

21. Jangan membuat bising atau Penghuni Bangunan


berpatah balik ke dalam pejabat Wisma Negeri
melainkan disuruh.

6
BIL TINDAKAN TANGGUNGJAWAB CATATAN/
SENARAI
SEMAK

22. Bergerak dengan posisi Penghuni Bangunan


membongkok, jika anda terpaksa Wisma Negeri
bergerak melalui kawasan berasap.

23. Jangan memecahkan barisan semasa Penghuni Bangunan


mengunsi, jangan berlari potong- Wisma Negeri
memotong.

24. Pastikan berkumpul di tempat yang Penghuni Bangunan


telah dikhaskan (Assembly Point) dan Wisma Negeri
mengambil kehadiran.

25. Dengan segera mengambil Ketua Bahagian


kedatangan semua yang hadir di (setiap tingkat)
tempat berkumpul.

26. Menyemak senarai kakitangan. Ketua Bahagian


(setiap tingkat)

27. Melaporkan keadaan kepada Ketua Seksyen


Pegawai Bomba dan Pasukan ERT

28. Pengawal Keselamatan mesti - Pengawal


memastikan tiada kenderaan yang Keselamatan
keluar dan masuk ke kawasan
bangunan wisma negeri :- - Fire Fighting Squad
i. Jika syif malam, dengan segera
seorang Pengawal ke pintu
belakang;
ii. Cegah orang-orang yang tidak
berkenaan dari memasuki kawasan
bangunan tersebut.

29. Mencari kakitangan yang hilang di First Aider


kawasan Bangunan Wisma Negeri
apabila mendapat arahan dari
Pasukan ERT.

30. Memberikan rawatan awal kepada First Aider


mangsa yang cedera.

7
BIL TINDAKAN TANGGUNGJAWAB CATATAN/
SENARAI
SEMAK

31. Bersedia untuk bertindak membantu Penyelia Bangunan


pihak Bomba jika diperlukan misalnya
bantuan peralatan, maklumat tentang
tekanan air dan saluran bekalan
elektrik.

32. Menghidupkan atau mematikan suis Penyelia Bangunan


elektrik bila mendapat arahan.

Apabila berlaku kebakaran, prosedur atau peraturan mencegah dan melawan kebakaran perlu diikuti
bagi memastikan keselamatan bangunan dan manusia terjamin.

8
G. PENGURUSAN REKOD

1. SOP akan diletakkan di dalam kotak khusus berwarna merah dan


akan diletakkan di semua tempat strategik iaitu di bilik kawalan,
pengawal, bilik unit keselamatan, bilik semua pegawai keselamatan
kebakaran di setiap Bahagian, dan Penyelia Bangunan.

2. Semua kakitangan yang bertanggungjawab secara aktif dalam


sebarang kebakaran dikehendaki untuk membaca SOP ini setiap dua
minggu bagi mengingati dan memahirkan diri kepada prosedur yang
ditetapkan.

H. KAWALAN KUALITI DAN JAMINAN KUALITI

1. Jika kebakaran berlaku, tindakan pencegahan dan kawalan hendaklah


diambil dengan berkesan. Di samping itu pengawalan kualiti prosedur
dan peralatan mencegah kebakaran perlu diperkemas. Pegawai dan
kakitangan perlu memahami aspek-aspek penyelenggaraan,
pengetahuan dan kesedaran mengenai pelan tindakan kebakaran.

2. Bagi tujuan memantapkan lagi aspek pencegah kebakaran dan


memastikan SOP prosedur pelan tindakan kebakaran boleh beroperasi
sepenuhnya langkah-langkah berikut perlu diberi perhatian iaitu:

a) Kursus Dan Latihan Kebakaran

i) Semua staf hendaklah menjalani latihan kebakaran secara


berkala. Latihan hendaklah merangkumi:

• Pencegahan Kebakaran Am;


• Cara membunyikan penggera kebakaran;
• Tindakan apabila mendengar bunyi penggera;
• Cara menghubungi Perkhidmatan Bomba dengan betul;
• Lokasi dan cara mengguna peralatan melawan
kebakaran;
• Laluan menyelamat diri;
• Tempat Berkumpul; dan
• Mengambil kedatangan.

ii) Latihan Kebakaran (seelok-eloknya tidak diumumkan terlebih


dahulu) hendaklah dijalankan sekurang-kurangnya sekali (1)
kali setahun. Latihan dianggap berjaya jika semua pekerja
dapat mengosongkan bangunan dan berada di tempat
berkumpul dalam masa 25 minit selepas penggera berbunyi.

iii) Penghuni perlu diberikan kursus dan latihan asas kebakaran


bagi membiasakan penghuni bangunan dalam keadaan
sentiasa bersedia jika berlakunya kebakaran. Kursus dan
latihan tersebut boleh dilakukan satu (1) tahun sekali.

9
b) Pengetahuan mengenai kebakaran

Pegawai dan kakitangan mempunyai pengetahuan yang jelas mengenai


alat pencegahan kebakaran dan selok-belok bangunan iaitu:

i) Kedudukan alarm point yang paling berhampiran.


ii) Kedudukan alat pemadam api yang paling berhampiran dan
tahu cara untuk menggunakannya.
iii) Jalan keluar yang berhampiran dan laluan menuju jalan
keluar. zon kebakaran
iv) Bagi keselamatan, laporkan kepada KETUA JABATAN anda
jika:

• Anda tidak mendengar isyarat amaran semasa ujian


pengungsian bangunan;
• Jika mana-mana pintu keluar atau jalan keluar di halang
dengan longgokan barang-barang;
• Jika sebarang alat pemadam api hilang, terlindung, dirosakkan
atau tidak boleh digunakan lagi;
• Jika sebarang Alarm Point terlindung dari pandangan atau
terhalang oleh barang-barang; dan
• Jika kunci “Pintu Laluan Kecemasan Terakhir” hilang.

c) Kemudahan Menyelamat Diri

Kemudahan Menyelamat Diri yang lengkap mesti disediakan di dalam


bangunan untuk memudahkan penghuni keluar dengan selamat
semasa kebakaran atau kecemasan.

Bangunan hanya akan dianggap mempunyai kemudahan menyelamat


diri yang cukup bila memenuhi keperluan berikut:-

i) Jumlah jalan keluar kecemasan dan reka bentuknya diluluskan


oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat;
ii) Jalan keluar tidak dikunci dan dihalang; dan
iii) Alat-alat melawan kebakaran berfungsi dengan baik.

d) Penyelenggaraan Peralatan Melawan Kebakaran

1. Peralatan Melawan Kebakaran hendaklah diperiksa dan diuji secara


berkala. Di bawah adalah Jadual Penyelenggaraan yang
dicadangkan:

JENIS UJIAN/PEMERIKSAAN

Laluan Kecemasan 4 Kali /Tahun

10
JENIS UJIAN/PEMERIKSAAN
Fire Extingusher 2 Kali / Tahun

Sprinkler 2 Kali / Tahun

Hose Reel dan Wet Riser Pump 2 Kali / Tahun

Smoke Detector / Heat Detector / Fire


Alarm Panel 2 Kali / Tahun

Fire Suppression System untuk Bilik


Generator Set dan MSB 1 Kali / Tahun

Pemadam Api 2 Kali / Tahun

2. Selain daripada itu, audit berkaitan perlu dijalankan ke atas jenis-jenis


alat melawan kebakaran bagi memastikan alat melawan kebakaran
dalam keadaan sedia dan boleh digunakan dalam situasi kecemasan.

e) Penjagaan Kawasan Bangunan

1. Mengamalkan penjagaan kawasan yang bersih dan teratur akan


membantu mencegah kebakaran:

a) Bersihkan dan buang sampah sarap;


b) Musnahkan bahan-bahan mudah terbakar yang buruk; dan
c) Penyimpanan yang betul bahan-bahan mudah terbakar.

2. Penyimpanan khusus hendaklah dilakukan untuk bahan-bahan cecair


mudah terbakar seperti:

a) Bahan cecair mudah terbakar hendaklah disimpan berasingan


daripada agen pengoksidaan;

b) Cecair dengan takat semburan yang rendah (bawah 66 °C)


disimpan dalam kontena yang tertutup. Kontena hendaklah
disimpan sama ada dalam:
• Kawasan yang terbuka; atau
• Berasingan yang mempunyai peredaran udara yang baik
dalam bangunan setingkat.

11
I. RUJUKAN

Carta 1: Pelan Tindakan Kebakaran (Individu)


Carta 2: Pelan Tindakan Kebakaran (Umum)
Jadual 1: Nombor talian yang perlu dihubungi jika berlaku kebakaran
Carta 3: Carta Organisasi Pasukan ERT

12
CARTA 1: PELAN TINDAKAN KEBAKARAN
(INDIVIDU)
Mula

Alarm berbunyi (15 saat


dan berterusan)

TIDAK
Berlaku Abaikan dan
kebakaran teruskan kerja

YA

BESAR
Situasi Lari
kebakaran

KECIL

TIDAK
Lawan Lari
kebakaran

Hubungi JBPM
YA dan berkumpul
di Assemly Point

TIDAK
BERFUNGSI
Alat Lari
pemadam
api

BERFUNGSI

TIDAK
Hose BERFUNGSI Lari

Reel

BERFUNGSI

Padam kebakaran

Tamat

13
CARTA 2: PELAN TINDAKAN KEBAKARAN (UMUM)

Mula

Kebakaran berlaku

Dikesan oleh penghuni


bangunan

KECIL Lawan kebakaran dengan


Situasi
menggunakan alat
kebakaran
pemadam api / Hose reel
?

BESAR

Aktifkan Fire Alarm (red)

Hubungi JBPM

JBPM tiba Lari ke tempat berkumpul


(AP)

Beratur di Bahagian /
Seksyen / Unit Masing-
Operasi memadam masing dan mengambil
kebakaran nama.

HILANG
Melaporkan
Operasi menyelamat
jumlah
mangsa yang terperangkap kakitangan

CUKUP

Selesai memadamkan Menunggu arahan


kebakaran dan bersurai
mengesahkan bangunan
selamat dihuni semula

Dapat arahan
dan bersurai

Tamat 14
JADUAL 1: NOMBOR TALIAN YANG PERLU DIHUBUNGI JIKA BERLAKU
KEBAKARAN

BIL BALAI / ORGANISASI NO. TELEFON

1. Kuala Terengganu 09-6224444 / 6234444 / 6243103 / 6243104

2. Jalan Kota, Kuala Terengganu 09-6243105

3. Marang 09-6183444

4. Wakaf Tapai 09-6803544

5. Kuala Berang 09-6811444

6. Al – Muktafi Billal Shah, Dungun 09-8221848

7. Dungun 09-8484444

8. Paka 09-8274444

9. Kerteh 09-8261444

10. Kemaman (Jalan Abd Rahman) 09-8594444

11. Chukai 09-8598744

12. Cheneh 09-8730444

13. Besut 09-6956444

14. Setiu 09-6097444

15. Jerteh 09-6904444

16. Pertahanan Awam 09-6672991

17. Pondok Pengawal 09-6274285

15
CARTA 3: CARTA ORGANISASI PASUKAN ERT

Ketua ERT

Aziz bin Mambong

Timbalan Ketua ERT

Ramli bin Abdul Rahman

Ahli
Mohamad Faizal bin Yusof

Shukri bin Mohamad

Che Adanan bin Che Tawang

Wan Hassan bin Wan Abdullah

Wan Zulkifli bin Wan Ismail

Mohd Hisyam bin Talib

Harun bin Ahmad

Ramlee bin Mohamad

Naim Sardi bin Ahmad @ Mahadi


16

You might also like