Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN (1) JALAN BATU TIGA

JALAN PEKAN BARU, TAMAN ENG ANN, 41150 KLANG, SELANGOR

MINIT MESYUARAT GURU BIL 4 2022


_______________________________________________________________________

Tarikh : 10 November 2022


Hari : Khamis
Masa : 1.00 petang
Tempat : Bilik gerakan

Kehadiran
Bil Nama Jawatan
1 Encik Mohd Muhan bin Ismail (Guru Besar)
2 Puan Tong Bee Hui (PK Pentadbiran)
3 Puan Hasnita binti Siatan (PK HEM)
4 Encik Raj Kumar a/l Lenin @ M. Rasaratnam (PK KOKO)
5 Puan Nurul Idza binti Ismail (Guru Perpustakaan & Media)
6 Puan Puan Noryatty binti Killing ( Guru Data dan Maklumat )
7 Puan Amuthavalli a/p Munusamy (SU Peperiksaan/ Guru DATA)
8 Puan Hafizah binti Anuar (Guru PRA Cemerlang)
9 Puan Syahruniza binti Mohd Radzali (Guru PRA Gemilang)
10 Puan Juliana binti Anuar (Setiausaha Kurikulum)
11 Puan Mashitah binti Hamid (Penyelaras RMT)
12 Puan Shamidar binti Ishak ( Penyelaras Tahun 6, KP Bahasa Melayu )
13 Puan Siti Nurhafizzah binti Daud ( Penyelaras Tahun 1, SU NILAM )
14 Encik Mazwan bin Md. Sharafi (SU Sukan/PPDA)
15 Encik Zainal Azilan bin Baharom (Pen. Ketua guru Disiplin)
16 Encik Muhamad bin Hussin (KP Bahasa Arab/ Guru kelas 3 Kasawari)
17 Encik Asri bin Mohd (Ketua disiplin/ KP Muzik)
18 Puan Anida binti Kaimi (KP Sains/SU PIBG/Guru penyayang)
19 Puan Zulina binti Awang (KP Sejarah/KWAMP/OKU)
20 Puan Aisyah binti Hasanudin (SU PIBG/Guru kelas 3 Rajawali)
21 Puan Kogilavani a/p Muniandy (KP Bahasa Inggeris)
22 Puan Nina Nadia binti Hamidi ( Guru ICT )
23 Puan Nur Eizzati binti Ibrahim ( Guru Kelas 1 Kasawari
24 Puan Ruwaidah Asrah binti Mohd Khairi ( KP Pendidikan Islam )
25 Puan Nur Zatul Bukhti binti Othman (PPM)
26 Puan Siti Fatimah binti Mohd Fawzi (PPM)
27 Puan Nurul Adnin binti Roslan (Pembantu Tadbir)

Tidak Hadir (bersebab)


1 Puan Rohazaliza binti Nawi ( Cuti sakit )
2 Cik Lee Cheng Bei ( Kursus pandu puteri )
3 Puan Norazurawati binti Alizuddin ( Cuti sakit )

Urus Setia Mesyuarat


1 Puan Zaiazlina binti Zainudin Penyelaras SPBT/ SU HEM
1.0 PERUTUSAN PENGERUSI
Encik Mohd Muhan bin Ismail ( Guru Besar )
1.1 En. Mohd Muhan mengucapkan assalammualaikum dan selamat sejahtera
kepada semua guru yang dapat menghadiri mesyuarat guru bilangan 4 tahun
2022 mengikut ketetapan waktu yang telah diberi.
1.2 En. Mohd Muhan merujuk minit mesyuarat bil 3 dan memaklumkan format
baharu minit mesyuarat terkini tiada pengesahan minit.

Tindakan: Setiausaha

2.0 PERKARA - PERKARA BERBANGKIT


3.1 Tiada

Tindakan:makluman
3.0 PERKARA -PERKARA BAHARU
Encik Mohd Muhan bin Ismail ( Guru Besar )
3.1.1 Encik Mohd Muhan memaklumkan pada 11 November 2022 hari Selasa pihak PPD
dan JPNS telah menyatakan bahawa guru-guru serta kakitangan awam dilarang
menyiarkan apa-apa maklumat berkaitan sistem pendidikan di media massa tanpa
kebenaran pengarah.
3.1.2 Guru Besar juga memberitahu agar guru-guru lelaki tidak boleh menyentuh murid
perempuan dan guru-guru perempuan juga tidak boleh menyentuh murid lelaki.
3.1.3 Rekod RPH perlu ditandatangan apabila menghantar RPH. Mohon guru-guru semak
kembali rekod penghantaran RPH dan tandatangan bagi yang belum.
3.1.4 Guru tidak boleh terlibat kempen pilihanraya. Calon pilihanraya juga tidak dibenarkan
untuk masuk ke kawasan sekolah untuk tujuan kempen pilihanraya.
3.1.5 Sekolah digalakkan membuat program motivasi.
3.1.6 Guru-guru yang telah berkhidmat melebihi 10 tahun perkhidmatan, cuti 5 hari telah
ditambah dalam HRMIS bermula 1 November. Permohonan cuti CRK telah diperluas
kepada waris terdekat iaitu adik-beradik.
3.1.7 Sekirannya ada urusan keluar pejabat, perlu isi borang keluar pejabat.
3.1.8 Guru perlu memaklumkan kepada Puan Tong dan Encik Muhan berkaitan cuti sama
ada cuti sakit atau cuti rehat khas.
3.1.9 Perbincangan antara guru dan guru besar perlu sebelum mengisi nota minta supaya
guru besar maklum tentang barangan dan perbelanjaan yang hendak dilakukan.
3.1.10 Pihak luar tidak boleh menganjurkan aktiviti di sekolah tanpa kebenaran daripada PPD
dan JPNS.
3.1.11 Mengharapkan penglibatan Tahun 4, 5 dan 6 dalam pelbagai program menjelang
Januari 2023.
3.1.12 Pencerapan pertama telah selesai. Manakala, sekarang dalam fasa kedua pencerapan.
3.1.13 Sektor perancangan (PSO) perlu ambil maklum berkaitan jadual 1 hingga 5.
Perancangan perlu mengambil kira sesi persekolah Mac hingga Feb tahun berikutnya.
3.1.14 Setakat ini tiada tarikh untuk kemaskini SKPMG2.
3.1.15 Jawatankuasa bencana perlu bermesyuarat dan wujudkan fail.
3.1.16 Setakat ini tiada aduan daripada murid dan ibu bapa.
3.1.17 Lawatan yang diperuntukan untuk murid adalah 2 kali setahun. 1 diberi kepada
prasekolah dan 1 lagi diberi kepada kelas perdana.
3.1.18 Pada tahun ini, unit HEM telah menyertai Anugerah HEM dalam pengurusan
bantuan.Unit-unit lain juga diharap dapat menyertai anugerah ini pada tahun hadapan.
3.1.19 Diharapkan semua penyelaras bilik khas dapat menceriakan bilik khas masing-masing.
3.1.20 Semua ketua panitia diharapkan dapat menggunakan wang PCG dengan baik.
3.1.21 Semua guru telah melepasi mata jam kredit dalam SPLKPM.

Tindakan: Semua guru


4.0 UNIT HAL EHWAL MURID
Pn. Hasnita binti Siatan ( GPK Hal Ehwal Murid )
4.1.1 Pn. Hasnita menggucapkan selamat sejahtera kepada semua.
4.2.1 Bantuan awal persekolahan
4.2.1.1 Guru kelas kemaskini maklumat murid dan kenal pasti maklumat murid
dalam APDM sehingga 30 November 2022.
4.2.1.2 Pihak sekolah akan pemanggil pegawai BSN untuk membuka buku akuan
bank untuk semua murid.
4.2.1.3 Bantuan awal persekolahan yang akan diterima murid berjumlah RM150.
Saluran wang yang akan diterima adalah melalui buku akuan bank.
4.2.2 Rancangan Makanan Tambahan (RMT)
4.2.2.1 Bermula 6 November, kadar RMT telah dinaikkan daripada RM2.50 ke
RM3.50. Diharapkan murid dapat menikmati makanan berdasarkan harga
tersebut.
4.2.2.2 Diharapkan guru bertugas dapat memantau kualiti dan kuantiti makanan
yang disediakan. Jika tidak mengikut perjanjian, guru bertugas boleh
ambil gambar dan buat aduan. Aduan boleh ditulis di bahagian catatan.
4.3.2 Keselamatan
4.3.2.1 Berdasarkan situasi semasa , latihan sukan sedang berlangsung. Ada
murid yang cedera. Minta bantuan dan kerjasama semua guru untuk
memastikan semua murid berada di padang. Jangan biarkan murid
berkeliaran di kelas-kelas atau tempat yang tidak sepatutnya kerana
dikhuatiri berlaku perkara yang tidak diingini.
4.3.3 Anugerah kualiti ( bantuan )
4.3.3.1 Unit HEM telah menyertai Anugerah Kualiti dalam pengurusan bantuan.
Segala keperluan sudah lengkap. Tarikh dipantau adalah pada 25
November 2022.
4.3.3.2 Setiap ketua unit sediakan fail dan evidens untuk pemantauan tersebut.

Tindakan: Semua guru

5.0 HAL - HAL LAIN


5.1.1 En. Mohd Muhan mengucapkan terima kasih kepada badan kebajikan guru
kerana telah banyak membantu pihak sekolah khususnya dalam kutipan derma.
Beliau menambah, bagi ahli yang belum menyelesaikan bayaran, boleh
berhubung dengan bendahari kelab.
5.1.2 En. Mohd Muhan menyatakan TP murid boleh dinilai pada awal Januari .
Evidens yang dirujuk ialah buku tulis dan buku kerja murid.
5.1.3 En. Mohd Muhan memberitahu semakin tinggi gred seseorang guru, maka
semakin banyak jawatan yang perlu disandang guru tersebut.
5.1.4 En. Mohd Muhan juga mengingatkan guru bertugas agar memantau murid ketika
waktu rehat di kantin dan juga waktu murid balik. Pada waktu tersebut dilihat
murid berlari-lari dan bising tanpa kawalan guru.
5.1.5 En. Mohd Muhan meluluskan graduasi Tahun 6 boleh pakai jubah
memandangkan pihak sekolah ada jubah sendiri.
5.1.6 En. Mazwan membacakan jawatankuasa kerja hari sukan tahunan 2022 di
telegram.
5.1.7 En. Mohd Muhan meluluskan untuk menyewa pa sistem untuk kegunaan hari
sukan tahunan.
5.1.8 En. Mazwan menyatakan pada tahun ini tiada hiasan khemah dan tiada
perbarisan untuk hari sukan.
5.1.9 En. Zainal selaku pengerusi kelab staf memberitahu kelab memberi subsidi
RM10 bagi pembelian baju seragam. Guru lelaki pula akan mencari baju kameja
di pasaraya berdasarkan warna pilihan kain yang telah dipersetujui.
5.1.10 Kelab staf juga akan menganjurkan lawatan ramah mesra ke Terengganu.
Lawatan ini juga akan melawat Sk Losong ( Sekolah TS25 ). Lawatan ini
dijadualkan pada minggu kedua dalam bulan Februari 2023.

Tindakan: Makluman
6.0 PENUTUP
6.1 Guru Besar merakamkan ucapan terima kasih atas kehadiran, kerjasama yang telah
diberikan oleh semua.
6.2 Encik Mohd Muhan mengharapkan agar semua guru dan kakitangan sentiasa ceria
dalam menjalankan tugasan dan amanat yang diberikan.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.16 petang.

Disediakan oleh:

ZAIAZLINA BINTI ZAINUDIN


Setiausaha Hal Ehwal Murid
SK (1) Jalan Batu Tiga, Klang
Tarikh : 25 Nov 2022

You might also like