Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PUSAT LATIHAN AMALI MELAKA TENGAH BIL.

2/2024

Tarikh : 25 Januari 2024


Masa : 9.00 Pagi- 12.30 Tengahari
Tempat : Pusat Latihan Amali Melaka Tengah

KEHADIRAN:

1. Aiman Syukri Bin Rahmat


2. Cyprian Antally Anak Remang
3. Hazim Al Zadanqi Bin Nor Azhar
4. Mohd Izzam Syahfiz Bin Umar
5. Muhamad Anwar Shafiq Bin Mohd Lazim
6. Muhammad Syafiq Bin Shamsuddin

TIDAK HADIR DENGAN IZIN:


-

1. ALUAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi meminta semua pelatih untuk menjaga disiplin, menepati masa dan menghormati
orang lain semasa berada di PKD.

1.2 Pengerusi meminta semua pelatih untuk menyelesaikan tugas-tugas dalam buku log, fail re
fleksi dan laporan yang telah diamanahkan.

1.3 Pengerusi menyatakan tarikh-tarikh penting:


• Lawatan Eksekutif: 5-6 Februari 2024

Tindakan: Makluman

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


2.1 Minit mesyuarat Teknikal Bil. 1/2024 yang diadakan pada 12 Januari 2024 disahkan dengan
pindaan seperti yang berikut:

2.1.1 Pembetulan kesalahan ejaan perkara kehadiran

Daripada Muhammad kepada Muhamad Anwar Shafiq Bin Mohd Lazim

2.1.2 Pembetulan kesalahan ejaan perkara 2.1

Daripada Muhammad kepada Muhamad Anwar Shafiq Bin Mohd Lazim

2.1.3 Pembetulan kesalahan ejaan perkara 3.1

Daripada Litar kepada litar

Pengesahan minit mesyuarat disahkan oleh Muhamad Anwar Shafiq Bin Mohd Lazim
dan disokong oleh Aiman Syukri Bin Rahmat.
1
Tindakan: Makluman

2. LAPORAN DAN PERKEMBANGAN BUKU LOG


2.1 Pengerusi ingin mengetahui perkembangan buku log pelatih dan pencapaian minit
perbincangan selepas 2 minggu berada di PKD.

2.2 Pengerusi menyuruh pelatih untuk menyiapkan buku log dan minit perbincangan selepas
aktiviti dilakukan.

2.3 Pelatih diminta untuk mengemaskini peratus di buku rekod laparan pencapaian pada setiap
minggu.

2.4 Pelatih diminta untuk melakukan penambahbaikkan tentang laporan yang telah disemak
oleh pengerusi mengikut format yang betul seperti:
• Saiz huruf 12 dan Arial
• Borang yang sebenar untuk dijadikan lampiran
• Kesalahan ejaan dan format
• Menggunakan gambar yang berkaitan
• Tinggalkan satu muka surat yang kosong di akhir laporan

2.5 Pengerusi menasihati pelatih untuk tidak meletakkan perkara yang tidak berkaitan dalam
laporan.

2.6 Pengerusi mencadangkan untuk bahagian kronologi kes dibuat di dalam bentuk kotak.

Tindakan: Makluman

3. PERBINCANGAN TENTANG AKTIVITI DI PEJABAT KESIHATAN DAERAH MELAKA

3.1 Unit CDC


• Tiada sebarang isu yang muncul ketika berada di Unit CDC selama 2 minggu.
• Semua staf PKD melayan dengan baik hati dan memberi ilmu dengan seikhlas hati.
• Staf di PKD memaklumkan untuk memakai baju tshirt apabila melakukan aktiviti dan
dipersetujui oleh trainer.
Unit Vektor
• Semua staf memberi komitmen yang bagus semasa memberi tunjuk ajar kepada
pelatih.
• Tiada sebrang isu yang bermasalah berlaku kepada pelatih.

3.2 Pembentangan tentang larvaciding dan mistblower oleh Mohd Anwar Shafiq bin Mohd Lazim
bahawa beliau telah belajar cara dan teknik yang betul ketika menjalankan sesuatu kes yang
kawasan wabak Denggi iaitu di Desa Tamingsari.

3.3 Cyprian memaklumkan pemandu susah untuk menunggu pelatih sekiranya terdapat aktiviti
pada waktu tengahari.

Tindakan: Makluman

4. PEMBENTANGAN DANA
2
4.1 Pembentangan Dana oleh Bendahari
• Anwar meminta semua pelatih untuk mengumpul duit Rm50 setiap orang setiap
bulan selepas terima elaun.
• Semua pelatih bersetuju untuk mengggunakan duit sendiri untuk pembelian baju
tshirt PLA dengan menggunakan duit sendiri.
• Semua pelatih bersetuju untuk mengutip duit sebanyak Rm10 jika dana tidak
mencukupi.

4.2 Pembelian Baju PLA


• Izzam menyatakan anggaran harga baju adalah sebanyak Rm38 sehelai.
• Pengerusi menyatakan untuk menggunakan jata negara, nama dan bendera di baju
pla.

Tindakan:AJK Tugas Khas

5. PERKARA-PERKARA YANG BERBANGKIT


5.1 Asrama:
• Encik Budin memaklumkan bahawa kipas siling dan litar pintas pada suis lampu
akan dibaiki dan diganti oleh pihak pembangunan kolej.

Tindakan: Makluman
6. HAL-HAL LAIN
6.1 Sukan:
• Pengerusi meminta semua pelatih yang ingin mengikuti sukan di PKD untuk
memberitahu trainer.
• Pengerusi memaklumkan aktiviti sukan pada masa bekerja adalah dilarang.

6.2 Keceriaan:
• Pengerusi meminta AJK Tugas Khas untuk menceriakan PLA dengan segera.

Tindakan: AJK Tugas Khas

5. PENUTUP/ PENANGGUHAN

5.1 • Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir dan ketua
mesti memastikan semua berjalan lancar.
5.2 • Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.00 pagi.

DISEDIAKAN OLEH, DISEMAK OLEH,

………………………………………….. …………………………………..
(HAZIM AL ZADANQI BIN NOR AZHAR) (ENCIK HEREE FAIZAL BIN ZAINAL)
Setiausaha Penyelaras Pusat Latihan Amali Melaka Tengah
Melaka

You might also like