Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 11

Nik Mohd Zikri Nik Abdul Rahman

lwn. Ketua Pengarah Kesihatan Kementerian Kesihatan


[2017] MLRSU 61 Malaysia & Yang Lain pg 1

NIK MOHD ZIKRI NIK ABDUL RAHMAN


lwn.
KETUA PENGARAH KESIHATAN KEMENTERIAN
KESIHATAN MALAYSIA & YANG LAIN

Mahkamah Sesyen, Shah Alam


Nik Nasimah Nik Mohammad
[Saman Sivil No: BA-A51-146-11/2016]
9 November 2017

Kes-kes yang dirujuk:


Kwong Hing Realty Sdn Bhd v. Malaysia Building Society Bhd & Anor [1996] 1
MLRH 382; [1997] 5 MLJ p671; [1997] 1 CLJ Supp 167 (dirujuk)
Negeri Sembilan Sdn Bhd v. One Visa Sdn Bhd [2017] 1 MLRA 570; [2017] 1
MLJ 711; [2017] 4 CLJ 718 (dirujuk)
Oakfield Enterprises Sdn Bhd v. Tenaga Nasional Bhd ([1998] 7 MLRH 56
(dirujuk)

Perundangan yang dirujuk:


Destruction Of Disease-Bearing Insects Act 1975, ss 5 (1), 9

Kaunsel:
Peguamcara Plaintif: Kee Mohd Thariq Datuk K Zainal Abidin ; Tetuan Fariz
Halim & Co
Peguamcara Defendan 1, 2 & 3: Natrah Mazman (bersama denganHani Aziza
Ismail @ Aziz)

[Tuntutan plaintif ditolak dengan kos.]

ALASAN PENGHAKIMAN

Nik Nasimah Nik Mohammad:

Pengenalan

[1] Ini adalah rayuan plaintif terhadap keputusan Mahkamah ini yang
menolak tuntutan plaintif dengan kos.

Tuntutan Plaintif

[2] Pada 26 April 2015 lebih kurang jam 6 petang, plaintif bersama abangnya
sedang melakukan kerja pengubahsuaian di rumahnya. Pada masa yang sama,
Defendan 3 menjalankan operasi penyemburan nyamuk (fogging). Semasa
plaintif menjalankan kerja, kakitangan Defendan 3 (inspektor kesihatan yang
membuat semburan nyamuk -"SD3") telah memasuki rumah plaintif tanpa
kebenaran dan menyembur asap kabus. Akibat kabus yang tebal, plaintif
mengalami sesak nafas dan beliau berlari keluar rumah. SD3 adalah
Nik Mohd Zikri Nik Abdul Rahman
lwn. Ketua Pengarah Kesihatan Kementerian Kesihatan
pg 2 Malaysia & Yang Lain [2017] MLRSU 61

pengkhidmat/ejen kepada Defendan 1, 2 dan 3.

[3] Plaintif menyatakan SD3 telah melakukan pencerobohan ke atas


rumahnya. Akibat tindakan SD3 tersebut, plaintif menanggung kesakitan,
kesengsaraan dan kerugian. Oleh itu plaintif menuntut terhadap kesemua
defendan gantirugi am sebanyak RM100,000.00, gantirugi terlampau
RM100,000.00, faedah dan kos.

Pembelaan Defendan-Defendan

[4] Defendan menyatakan bahawa pada 20 April 2015 dan 22 April 2015, Bilik
Gerakan Pejabat Kesihatan Hulu Langat telah menerima 2 notifikasi, masing-
masing dari Klinik Kesihatan Kajang dan KPJ Kajang berkenaan kes denggi
yang berlaku di Taman Semenyih Indah iaitu kawasan perumahan tempat
tinggal plaintif.

[5] Maklumat ini kemudian didaftarkan di dalam Sistem e-Notifikasi dan e-


Denggioleh Bilik Gerakan. Sistem ini kemudian telah mengenalpasti kawasan
perumahan tersebut sebagai kawasan wabak denggi. Oleh itu pada 26 April
2015 jam lebih kurang4 petang, sepasukan petugas Defendan 3 yang terdiri
daripada penyelia dan inspektor-inspektor kesihatan (termasuk SD3) telah
diarahkan untuk melakukan semburan kabus di taman perumahan tersebut.

[6] Setiba di kawasan perumahan lebih kurang jam 5 petang, penyelia


Defendan 3 membuat pemantauan terhadap kawasan di situ dan menyusuli
dengan siaraya di setiap lorong kawasan perumahan dengan menggunakan
pembesar suara. Tujuannya adalah untuk memaklumkan penduduk berkenaan
semburan kabus yang akan dibuat.

[7] Semburan kabus telah dimulakan pada jam 6.00 petang dan apabila tiba di
rumah plaintif, SD3 mendapati pintu pagar, tingkap dan pintu rumah plaintif
telah terbuka dan terdapat seorang lelaki yang sedang berdiri di luar rumah.
Lelaki tersebut tidak berkata apa-apa dan tidak menghalang SD3 daripada
memasuki halaman rumah. Oleh itu SD3 telah masuk ke dalam halaman
rumah. SD3 kemudian menghalakan mesin semburan ke dalam rumah plaintif
dan melepaskan semburan kabus dari arah pintu utama dan di luar rumah.
Selepas itu, abang plaintif (SP3) telah keluar dari rumah dan memukul kepala
SD3 dengan tangannya sebelum membaling botol air ke arah SD3 dan
mengeluarkan kata-kata ugutan. Penyelia Defendan 3 telah datang membantu
selepas melihat SD3 diserang dan membuat laporan polis atas serangan
tersebut.

[8] Defendan menyatakan bahawa tindakan menyembur kabus adalah untuk


menjaga kepentingan awam daripada penularan wabak denggi dan ianya
mengikut undang-undang dan prosidur yang ditetapkan. Tindakan tersebut
juga tidakmenyebabkan plaintif menanggung kesakitan, kesengsaraan dan
kerugian.

Saksi-Saksi
Nik Mohd Zikri Nik Abdul Rahman
lwn. Ketua Pengarah Kesihatan Kementerian Kesihatan
[2017] MLRSU 61 Malaysia & Yang Lain pg 3

[9] Plaintif memanggil 4 orang saksi iaitu isteri plaintif (SP1), plaintif sendiri
(SP2), abang plaintif (SP3) dan jiran plaintif (SP4) manakala defendan juga
memanggil 4 orang saksi iaitu 2 orang Penolong Pegawai Kesihatan
Persekitaran (SD1 & SD2), Pembantu Awam yang menyembur kabus (SD3)
dan penyelia semburan (SD4).

Ikatan-Ikatan Dokumen - Ikatan B & C

[10] Pihak-pihak telah bersetuju untuk tidak menandakan dokumen-dokumen


yang dikategorikan dalam Bahagian A & B di dalam Ikatan

Dokumen Bersama (Ikatan B & C) yang difailkan dimana kesahihan kesemua


dokumen-dokumen ini tidak dicabar.

Isu-Isu Untuk Dibicarakan - Ikatan D

1. Adakah benar Defendan 3 membuat sebarang hebahan,


pemberitahuan atau notis memaklumkan penduduk bahawa satu
semburan kabus akan dijalankan di setiap rumah dan kawasan
sekitarnya;

2. Adakah tindakan Defendan 3 yang menceroboh masuk kediaman


plaintif tanpa kebenaran adalah dikira satu pencerobohan;

3. Adakah kakitangan Defendan 3 semasa kejadian tidak memakai


pakaian seragam, tidak memperkenalkan diri dan tidak menyatakan
tujuannya adalah tindakan yang mengikut undang-undang dan
prosidur sepatutnya;

4. Adakah pintu yang terbuka dan tiada halangan untuk memasukinya


adalah petanda Defendan 3 berhak melulu masuk kedalam rumah
plaintif tanpa sebarang perkenalan/kebenaran;

5. Adakah tindakan kakitangan Defendan 3 menyembur kabus pada


masa material merupakan tindakan tidak munasabah dan
penyalahgunaan kuasa oleh defendan-defendan (misfeasance of public
authority); dan

6. Adakah tindakan kakitangan Defendan 3 menyembur kabus pada


masa material telah menyebabkan plaintif mengalami kesakitan,
kesengsaraan dan kerugian?

[11] Di akhir perbicaraan, Mahkamah telah menolak tuntutan plaintif di atas


alasan-alasan berikut:

[12] SD2 telah mengesahkan bahawa kawasan perumahan plaintif telah


dikenal pasti sebagai kawasan wabak denggi apabila Bilik Gerakan Unit
Kesihatan Daerah Hulu Langat menerima maklumat mengenai kes denggi
daripada Klinik Kesihatan Kajang dan KPJ Kajang. Maklumat ini disalurkan
melalui sistem e-Notifikasi. Maklumat ini telah diakses oleh Bilik Gerakan di
Nik Mohd Zikri Nik Abdul Rahman
lwn. Ketua Pengarah Kesihatan Kementerian Kesihatan
pg 4 Malaysia & Yang Lain [2017] MLRSU 61

Pusat Kesihatan Daerah Hulu Langat dimana SD2 bertugas - Q & A no 5


P/Utama SD2.

[13] Mengikut SD1, apabila notifikasi berkenaan kes denggi diterima, siasatan
dijalankan dan mendapati bahawa wabak tersebut dikesan di Taman
Semenyih Indah(iaitu kawasan perumahan plaintif). Oleh itu pembinasaan ke
atas nyamuk aedes adalah perlu. Atas notifikasi tersebut, SD1 telah merujuk
perkara ini kepada Ketua Unit Kawalan Vektor pada 26 April 2015 yang
mengarahkan Bilik Operasi untuk mengatur aktiviti semburan kabus di lokaliti
tersebut - Q & A no 6 P/Utama SD1.

Isu Pertama

[14] Adakah benar Defendan 3 membuat sebarang hebahan, pemberitahuan


atau notis memaklumkan penduduk bahawa satu semburan kabus akan
dijalankan di setiap rumahdan kawasan sekitarnya?

1. SD4 sebagai penyelia operasi menyatakan beliau menerima arahan


pada26 April 2015 lebih kurang jam 2 petang untuk membuat aktiviti
kawalan nyamuk. SD4 serta 7 orang anggotanya telah bergerak ke
kawasan perumahan plaintif lebih kurang jam 5 petang. Setibanya di
sana, SD4 membuat tinjauan awal dan mengisi borang Laporan
Aktiviti Semburan Kabus Secara Terma Mengikut Pasukan
Kecil.Selepas selesai membuat tinjauan lebih kurang jam 5:30 petang,
siaraya dibuatoleh anggota bernama En Raja Ridwan untuk
memaklumkan penduduk berkenaan operasi semburan kabus yang
akan dijalankan. Beliau juga meminta penduduk untuk membuka
pintu rumah, tingkap dan pagar rumah bagi membolehkan semburan
dibuat didalam dan luar rumah. Selepas siaraya dibuat, SD4
mengarahkan SD3 untuk memulakan aktiviti semburan - Q & A no 3-
5 P/Utama SD4.

2. Berdasarkan keterangan SD4, pemberitahuan telah pun dibuat


kepada penduduk taman berkenaan semburan yang akan dijalankan
oleh Defendan 3.

Isu Kedua

[15] Adakah tindakan Defendan 3 yang menceroboh masuk kediaman plaintif


tanpa kebenaran adalah dikira satu pencerobohan?

1. Plaintif mendakwa Defendan 3 telah menceroboh kerana memasuki


rumahnya tanpa kebenaran.

2. Prinsip undang-undang berkenaan pencerobohan ke atas hartanah


adalah jelas seperti yang diputuskan oleh KC Vohrah J. di dalam kes
Kwong Hing Realty Sdn Bhd v. Malaysia Building Society Bhd & Anor
[1996] 1 MLRH 382; [1997] 5 MLJ 671; [1997] 1 CLJ Supp 167 yang
menyatakan berikut:
Nik Mohd Zikri Nik Abdul Rahman
lwn. Ketua Pengarah Kesihatan Kementerian Kesihatan
[2017] MLRSU 61 Malaysia & Yang Lain pg 5

"Trespass to land consists of any unjustifiable intrusion by one


person upon the land in the possession of another

3. Berdasarkan otoriti ini, pencerobohan hanya berlaku apabila


seseorang telah memasuki hartanah orang lain tanpa sebab yang
munasabah.

4. Mengikut SD3, beliau memulakan semburan dari rumah hujung


lorong Semenyih 12 sebelum tiba di rumah plaintif yang berada di
tengah-tengah lorong tersebut -Q & A no 5 P/Utama SD3. Semburan
kabus hanya dijalankan selepas siaraya dibuat.Apabila sampai di
rumah plaintif, terdapat seorang lelaki di dalam pagar rumah yang
tidak menghalang SD3 daripada memasuki kawasan rumah - fakta ini
telah diplidkan dan diakui oleh plaintif bahawa lelaki tersebut adalah
rakan plaintif(perenggan 2 "Jawapan Kepada Pembelaan Terpinda").

5. Mengikut SD3, beliau tidak tahu terdapat orang di dalam rumah


plaintif semasa semburan kabus dijalankan. Oleh kerana siaraya telah
dibuat dan melihatkan pintu pagar, pintu rumah dan tingkap telah
terbuka maka SD3 membuat semburan di luar rumah dan
menghalakan mesin semburan ke arah pintu utama rumah- perenggan
3 dalam Q & A no 5 & perenggan 3 dalam Q & A no 6 P/Utama
SD3.

6. Mengikut versi plaintif, abang plaintif serta jirannya (SP2, SP3 &
SP4),SD3 telah masuk ke dalam rumah plaintif. Namun Mahkamah
mendapati bahawa tiada sebarang keterangan daripada SP2, SP3 &
SP4 dalam Pemeriksaan Utama bahawa SD3telah masuk sehingga ke
ruang tamu rumah. Fakta ini hanya dinyatakan oleh SP2 semasa
diperiksa balas, namun tidak dinyatakan oleh SP3 atau SP4.
Walaupun begitu, peguamcara plaintif telah berhujah bahawa
kesemua SP2, SP3 & SP4 telah melihat SD3 masuk ke dalam rumah
sehingga ke ruang tamu - perenggan 8 Hujahan Bertulis Plaintif:

"Menurut saksi SP2, SP3 dan SP4, mereka melihat SD3


memasuki sehingga kedalam rumah tersebut, iaitu sehingga ke
ruang tamu.'

7. SD3 telah menafikan keterangan tersebut dan menyatakan beliau


tidak masuk ke dalam rumah tetapi hanya berada di pintu rumah
untuk melepaskan semburan kabus dan telah melepaskannya selepas
menghalakan mesin semburan ke dalam rumah.

8. Mahkamah telah menerima keterangan SD3 sebagai benar bahawa


SD3 tidak masuk ke dalam rumah.

9. Mahkamah berpendapat demikian kerana SD3 menyatakan bahawa


semasa melakukan operasi semburan, beliau memakai alat
perlindungan keselamatan iaitu overall,earmuff, half face respirator
Nik Mohd Zikri Nik Abdul Rahman
lwn. Ketua Pengarah Kesihatan Kementerian Kesihatan
pg 6 Malaysia & Yang Lain [2017] MLRSU 61

dan safety boot - Q & A no 5 P/Utama SD3.Keterangan ini tidak


dicabar oleh mana-mana saksi plaintif. Dengan berpakaian
sedemikian dan sambil memegang mesin semburan maka adalah
sukar untuk SD3 masukke dalam rumah. Mahkamah berpendapat
demikian kerana SP2 dan SP3 telahmenyatakan bahawa hanya satu
daun pintu (daripada dua daun pintu) yang terbuka pada ketika itu - Q
& A no 8 P/Utama SP3 & SP4:

"Pintu daun tersebut mempunyai dua daun pintu. Hanya


sebelah daun pintu saja yang terbuka."

10. SP2, SP3 & SP4 juga mengesahkan bahawa SD3 memakai topeng
dan memegang mesin semburan pada ketika itu - Q & A no 3
P/Utama SP2 & SP3 dan Q & A no 4P/Utama SP4. Oleh itu
Mahkamah berpendapat adalah sukar untuk SD3 memasuki
rumahdengan hanya sebelah pintu terbuka dalam keadaan SD3
memakai boot, overall,earmuff dan half face respirator sambil
memegang mesin semburan.

11. Mahkamah berpendapat apabila hebahan dan siaraya telah dibuat


dan melihatkan keadaan pagar, tingkap dan pintu rumah telah terbuka
maka adalah munasabah untuk SD3 membuat kesimpulan bahawa
tuan rumah telah membenarkan semburan dibuat ke dalam
rumahnya. Oleh itu SD3 telah menghalakan mesin semburandari
pintu utama rumah dan menyembur kabus ke dalam rumah.

12. Plaintif juga mendakwa SD3 tidak memberikan salam terlebih


dahulu. SD3 mengakui tidak memberikan salam kerana pada masa
material, beliau memakai topeng. Mahkamah telah menerima
keterangan SD3 kerana dalam keadaan bertopeng serta dihalangi oleh
bunyi mesin semburan kabus yang kuat maka adalah sukar untuk SD3
memberikan salam dalam keadaan tersebut.

13. SP2 dan SP3 mendakwa bahawa mereka tidak mendengar siaraya
yang dibuat oleh Defendan 3 kerana mereka sampai di rumah selepas
balik bekerja pada pukul 6petang. Walaupun begitu, Mahkamah
berpendapat tindakan SD3 memasuki kawasanrumah plaintif dan
menghalakan mesin semburan ke dalam rumah bukanlah
suatutindakan pencerobohan.

14. Mahkamah berpendapat demikian berdasarkan alasan-alasan


berikut:

(i) Defendan 3 /SD3 telah memasuki kawasan dan halaman


rumah plaintif by authority of the law. Perbuatan memasuki
premis telah dibenarkan di bawah Akta Pemusnahan
Serangga Penyakit 1975 (Akta 154). Tujuan memasuki premis
adalah atas tujuan khusus iaitu untuk membuat semburan
kabus bagi mengawal penyakit bawaan nyamuk aedes.
Nik Mohd Zikri Nik Abdul Rahman
lwn. Ketua Pengarah Kesihatan Kementerian Kesihatan
[2017] MLRSU 61 Malaysia & Yang Lain pg 7

(ii) Seksyen 5 (1) Akta yang sama juga memberikan kuasa


kepada Defendan 3 untuk memasuki premis diantara pukul 6
pagi hingga 10 malam bagi menjalankan kuasa dibawah Akta
154. Seksyen 5(1) memperuntukkan berikut:

"5. Power to enter and examine premises, etc.

(1) The Director General, a Medical Officer or Health,


or an inspector may for the purpose of exercising the
powers under this Act, between the hours ofsix o'clock
in the morning and ten o'clock in the evening, with or
withoutassistants, enter and examine any premises."

(iii) Adalah fakta yang tidak dinafikan bahawa operasi


semburan dibuat pada sebelah petang dan SD3 memasuki
halaman rumah plaintif lebih kurang jam 6 petangiaitu di
dalam masa yang dibenarkan oleh Akta.

(iv) Sekyen 9 Akta 154 juga memperuntukkan bahawa pemilik


premis mestilah memberikan kerjasama kepada pegawai
kesihatan yang menjalankan tugas di bawah Akta ini bagi
melancarkan kerja pegawai tersebut. Sekyen 9
memperuntukkan berikut:

"(1) Where the Director General, a Medical Officer of


Health or an inspectorin carrying out the purposes of
this Act, requires the assistance of the owneror
occupier of any

premises, such owner or occupier shall render such assistance


as required to enable the measure or work to be taken or done
effectively."

(v) Defendan 3 telah membuat siaraya dan meminta


penduduk membuka tingkap danpintu rumah bagi tujuan
semburan kabus. Oleh kerana tingkap dan pintu rumahplaintif
telah terbuka maka adalah wajar untuk Defendan 3 /SD3
membuat semburanke dalam rumah plaintif.

(vi) Tindakan memasuki kawasan rumah plaintif adalah


justifiable keranadibenarkan oleh undang-undang. Oleh yang
demikian plaintif tiada kausa tindakanterhadap defendan-
defendan kerana tindakan tersebut bukan suatu
pencerobohan.Mahkamah ini juga merujuk kepada otoriti
Mahkamah Rayuan di dalam kes Syarikat Air Negeri Sembilan
Sdn Bhd v. One Visa Sdn Bhd [2017] 1 MLRA 570; [2017] 1
MLJ 711; [2017] 4 CLJ 718 (CA) dimana Ab Karim Ab Jalil,
JCA telah merujuk keputusan Mohd Ghazali J. (pada ketika
itu)di dalam kes Oakfield Enterprises Sdn Bhd v. Tenaga
Nik Mohd Zikri Nik Abdul Rahman
lwn. Ketua Pengarah Kesihatan Kementerian Kesihatan
pg 8 Malaysia & Yang Lain [2017] MLRSU 61

Nasional Bhd [1998] 7 MLRH 56 (HCt) yang memutuskan


berikut:

"I have earlier found that the LLN have entered the said
land in 1974 byauthority of the law. Justification of its
entry was afforded by operation oflaw and hence its
entry upon the said land is not trespass if it be justifiable.
It is trespass to place anything on or in land in the
possession of another butin the instant case, since the
erection of the pylons on the said land was byauthority
of the law, there cannot be trespass. The LLN have
entered upon thesaid land under an authority given by
law and there is nothing to show that theLLN or TNB
subsequently abused that authority. There is nothing to
show that theLLN used their statutory powers as a
charter to commit a tort. Since theoriginal entry was not
tortious, entry having been obtained under an
authoritygiven by law, and the plaintiff has not suggested
any misconduct or abuse ofauthority on the part of the
LLN or even TNB up to now, there cannot be
trespassand that being so, no question of damages arise.
(Penekanan diberi)

Kes-kes yang termasuk dalam rangkuman prinsip ini


termasuklah kes-kes yangmelibatkan antaranya badan
penguatkuasa, badan berkanun atau badan korporat
yangdikurniakan kuasa-kuasa tertentu dalam perundangan
seperti pembekal utiliti air,elektrik ataupun telekomunikasi
sepertimana yang telah diputuskan dalam kes-kesyang berikut:
Bukit Lenang Development Sdn Bhd v. Telekom Bhd & Ors
(yang akan disentuh selepas ini); Rubber Industry Smallholders
Development Authority v.Telekom Malaysia Bhd supra; One
Visa Sdn Bhd v. Telekom Malaysia Bhd supra."

(vii)Seperti yang dinyatakan, Defendan 3 / SD3 telah


memasuki kawasan rumahplaintif adalah atas tujuan khusus
iaitu untuk menyembur kabus bagi menghapuskannyamuk
aedes daripada membiak dan mengawal wabak denggi.
Perbuatan tersebutadalah justifiable dan dibenarkan oleh
undang-undang. Selepas selesai membuatsemburan, Defendan
3 / SD3 terus keluar daripada kawasan rumah
plaintif.Defendan 3 / SD3 juga tidak meletakkan atau
meninggalkan sebarang objek di dalamatau di luar rumah
plaintif. Juga tiada sebarang kehilangan barangan
berhargadilaporkan oleh plaintif. Berdasarkan otoriti di atas,
jelas bahawa tiadapencerobohan atau sebarang kesalahan tort
dilakukan oleh Defendan 3 / SD3apabila memasuki kawasan
rumah plaintif.

Isu ketiga
Nik Mohd Zikri Nik Abdul Rahman
lwn. Ketua Pengarah Kesihatan Kementerian Kesihatan
[2017] MLRSU 61 Malaysia & Yang Lain pg 9

[16] Adakah kakitangan Defendan 3 semasa kejadian tidak memakai pakaian


seragam,tidak memperkenalkan diri dan tidak menyatakan tujuannya adalah
tindakan yangmengikut undang-undang dan prosidur sepatutnya?

1. Mahkamah telah menyentuh isu ini di dalam "Isu Kedua".

2. SD3 telah menyatakan bahawa beliau memakai overall, earmuff, half


facerespirator dan safety boot semasa melakukan operasi semburan dan
keterangan inilangsung tidak dicabar oleh mana- mana saksi plaintif.

3. Berkenaan isu SD3 tidak memperkenalkan diri, SD3 mengakui


tidakmemperkenalkan diri atau memberikan salam kerana beliau bertopeng
pada ketikaitu. Saksi-saksi plaintif iaitu SP2, SP3 dan SP4 juga mengesahkan
bahawa SD3memakai topeng dan memegang mesin semburan semasa SD3
berada di rumah plaintif.Mahkamah telah menerima keterangan SD3 bahawa
beliau tidak dapat memberikansalam atau memperkenalkan diri kerana dalam
keadaan bertopeng serta dihalangioleh bunyi mesin semburan yang kuat maka
adalah sukar untuk SD3 berbuatdemikian. Namun Mahkamah berpendapat
isu tidak memperkenalkan diri adalah anon-issue kerana Defendan 3 telah
membuat hebahan dan siaraya kepada penduduktaman sebelum menjalankan
semburan kabus dari rumah ke rumah.

4. Mahkamah juga mengambil judicial notice dan berpendapat bahawa plaintif


danabangnya sepatutnya telah menjangkakan operasi semburan kabus sedang
berjalanberdasarkan bunyi mesin semburan yang kuat dan dapat didengari
sejauh 4 hingga 5buah rumah dari rumah plaintif.

Isu Keempat

[17] Adakah pintu yang terbuka dan tiada halangan untuk memasukinya
adalah petandaDefendan 3 berhak melulu masuk ke dalam rumah plaintif
tanpa sebarangperkenalan/kebenaran?

1. Isu ini juga telah disentuh di dalam "Isu Kedua".

2. SD3 telah memberi keterangan bahawa beliau tidak masuk ke


dalam rumahtetapi hanya berada di pintu utama dan melepaskan
semburan ke dalam rumah daripintu utama apabila menghalakan
mesin semburan ke dalam rumah. SD3 jugamenyatakan bahawa
beliau tidak mengetahui terdapat orang di dalam rumah
plaintifsemasa semburan kabus dibuat kerana beliau tidak masuk ke
dalam rumah dan hanyamembuat semburan dari luar rumah.

3. Sebagaimana yang telah diputuskan oleh Mahkamah Rayuan di


dalam kes Syarikat Air Negeri Sembilan (supra), tindakan Defendan 3 /
SD3 memasuki kawasanrumah adalah dibenarkan oleh undang-
undang sekiranya perbuatan tersebut adalahjustifiable. Seperti yang
dinyatakan, tindakan Defendan 3 /SD3 memasuki kawasanrumah
plaintif telah dibenarkan oleh undang- undang di bawah Akta
Nik Mohd Zikri Nik Abdul Rahman
lwn. Ketua Pengarah Kesihatan Kementerian Kesihatan
pg 10 Malaysia & Yang Lain [2017] MLRSU 61

Pemusnahan Serangga Penyakit 1975 (Akta 154) bertujuan untuk


membuat kawalan terhadappenyakit denggi yang menular di kawasan
tersebut.

Isu Kelima

[18] Adakah tindakan kakitangan Defendan 3 menyembur kabus pada masa


material merupakan tindakan tidak munasabah dan penyalahgunaan kuasa
olehdefendan-defendan (misfeasance of public authority)?

1. Plaintif telah menimbulkan isu penyalahgunaan kuasa oleh


defendan-defendan(misfeasance of public authority) yang tidak pernah
diplidkan di dalamPernyataan Tuntutan. Kausa tindakan plaintif
terhadap defendan-defendan adalahpencerobohan dan bukan
penyalahgunaan kuasa oleh defendan-defendan - perenggan 8& 9
Pernyataan Tuntutan:

"8. Plaintif mendapati kakitangan Defendan Ketiga sedang


menjalankan operasi penyemburan nyamuk di kawasan
rumah tersebut dan telahmemasuki rumahnya tanpa
kebenaran.

9. Plaintif percaya dan yakin bahawa kakitangan Defendan


Ketiga telahmelakukan satu pencerobohan ke atas kediaman
yang dihuninya.

10. Disebabkan tindakan oleh kakitangan Defendan Ketiga


yang merupakanpengkhidmat atau ejen kepada Defendan
Pertama, Kedua dan Ketiga pada masa yang material, Plaintif
telah menanggung kesakitan, kesengsaraan dan kerugian."

2. Plaintif juga menyatakan di dalam keterangannya seperti berikut -


Q & A no 2 P/Utama SP2:

"Saya hadir untuk memberi keterangan berkenaan dengan


tuntutan saya terhadapDefendan-Defendan yang telah
menceroboh rumah kediaman saya. "

3. Tiada dimana-mana keterangan plaintif (SP2) yang


membangkitkanpenyalahgunaan kuasa oleh Defendan 3 (misfeasance
of public authority).

4. Bagaimanapun bagi isu kelima ini, Mahkamah telah berpendapat


bahawa tindakan kakitangan Defendan 3 yang menyembur kabus
pada masa material adalahmunasabah (justified) dan tidak dibuat
sesuka hati setelah kawasan perumahanplaintif telah diisytiharkan
sebagai kawasan wabak denggi. Oleh itu pencegahan adalah perlu
untuk mengawal penyakit denggi daripada merebak kepada penduduk
lain di sekitarnya. Jika kawalan tidak dibuat maka kebarangkalian
Nik Mohd Zikri Nik Abdul Rahman
lwn. Ketua Pengarah Kesihatan Kementerian Kesihatan
[2017] MLRSU 61 Malaysia & Yang Lain pg 11

untuk penduduk lain di perumahan tersebut terkena denggi adalah


tinggi. Oleh itu operasisemburan kabus oleh Defendan 3 / SD3 bagi
mengawal wabak denggi daripada merebakadalah bukan suatu
penyalahgunaan kuasa.

Isu Keenam

[19] Adakah tindakan kakitangan Defendan 3 menyembur kabus pada masa


material telah menyebabkan plaintif mengalami kesakitan, kesengsaraan dan
kerugian?

1. Mahkamah berpendapat plaintif telah gagal untuk membuktikan bahawa


tindakan Defendan 3 / SD3 memasuki kawasan rumah plaintif adalah suatu
pencerobohan. Ini kerana tindakan mereka memasuki kawasan rumah adalah
bersebab(justified) iaitu untuk mencegah wabak denggi.?

2. Semasa operasi dijalankan di rumah plaintif, tiada sebarang


kehilanganbarangan berharga dilaporkan. Plaintif juga tidak mengalami
kecederaan ataukesakitan akibat terkena semburan kabus serta tidak
mengalami kesengsaraan ataukerugian akibat semburan tersebut. Plaintif juga
mengakui tidak berjumpa doktoruntuk mengesahkan beliau mengalami
kesakitan, kecederaan atau kecacatan akibatsemburan tersebut.

[20] Berdasarkan alasan-alasan yang dinyatakan, Mahkamah memutuskan


bahawa plaintif telah gagal membuktikan tuntutannya di atas imbangan
kebarangkalian dandengan itu tuntutan plaintif ditolak dengan kos.

You might also like