22 Buku Panduan Menangani Ibu Bapa Yang Ragu Atau Menolak Vaksin

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 136

MOH/S/ASA/114.

21(GU)-e

Ministry of Health Malaysia

Panduan Menangani Ibu Bapa


Yang Ragu Atau Menolak Vaksin
Untuk Kegunaan Anggota Kesihatan
Ministry of Health Malaysia

Panduan Menangani Ibu Bapa Yang Ragu Atau Menolak Vaksin


Penerbitan Pertama, 2021
Hak Cipta Terpelihara © Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga,
Kementerian Kesihatan Malaysia.

ISBN 978-967-19800-0-2
Hak Cipta Terpelihara. Setiap bahagian daripada penerbitan ini tidak boleh
diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan kepada
bentuk lain, sama ada dengan cara elektronik, mekanik, gambar, rakaman
dan sebagainya tanpa izin pemilik hakcipta terlebih dahulu.

Diterbitkan oleh:
Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga
Kementerian Kesihatan Malaysia
Aras 7 & 8, Blok E10, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya
Email: bpkk@moh.gov.my
Panduan Menangani
Ibu Bapa Yang Ragu
Atau Menolak Vaksin
Untuk Kegunaan Anggota Kesihatan
PENGHARGAAN

Terima kasih di atas segala sumbangan dan kerjasama kepada


semua yang terlibat dalam menghasilkan buku Panduan
Menangani Ibu Bapa Yang Ragu Atau Menolak Vaksin.

Datuk Dr Zulkifli Ismail (Editor) Dr Ahmad Rostam bin Md Zin


Pakar Perunding Pediatrik dan Kardiologi Pakar Perunding Psikiatri (Konsultasi
Pediatrik, Hospital Pakar KPJ Selangor Liaison), Hospital Sultanah Bahiyah
& Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Kedah, Kementerian Kesihatan Malaysia
Immunise4Life
Dr Jamiatul Aida Md Sani
Dato’ Dr Musa Mohd Nordin Pakar Perubatan Kesihatan Awam,
Pakar Perunding Pediatrik, Hospital Pakar Bahagian Kawalan Penyakit,
KPJ Damansara & Ahli Jawatankuasa Kementerian Kesihatan Malaysia & Ahli
Teknikal Immunise4Life Jawatankuasa Teknikal Immunise4Life

Dr Thiyagar Nadarajaw Puan Norleen bt Mohamad Ali


Pakar Perunding Pediatrik & Perubatan Ketua Penolong Pengarah Kanan
Remaja, Hospital Sultanah Bahiyah Seksyen Farmakovigilans, Pusat
Kedah, Kementerian Kesihatan Malaysia Komplians & Kawalan Kualiti, Bahagian
Regulatori Farmasi Negara (NPRA),
Dr Tang Swee Fong Kementerian Kesihatan Malaysia
Pakar Perunding Kanan Rawatan Intensif
Pediatrik, Hospital Pakar Kanak-Kanak, Dr Rozita binti Ab Rahman
Universiti Kebangsaan Malaysia Pakar Perubatan Kesihatan Awam,
Bahagian Pembangunan Kesihatan
Mejar (Dr) Ahmad Faidhi Mohd Zaini Keluarga, Kementerian Kesihatan
Pegawai Perubatan, Jabatan Malaysia & Ahli Jawatankuasa Teknikal
Anestesiologi Hospital Angkatan Tentera Immunise4Life
Tuanku Mizan & EXCO, Islamic Medical
Association Malaysia (IMAM) Dr Suhazeli Abdullah
Pakar Perubatan Keluarga,
Klinik Kesihatan Tengkawang
Terengganu,
Kementerian Kesihatan Malaysia
4
Prof Dr Zakuan Zainy Deris Puan Nor Safina bt Zainal
Pakar Mikrobiologi Klinikal/Ketua Jabatan, Pengarah, Bahagian Maqasid Syariah,
Jabatan Mikrobiologi dan Parasitologi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Perubatan, Hospital Universiti Sains (JAKIM)
Malaysia (USM) & Ahli Jawatankuasa
Teknikal Immunise4Life Puan Norshazareen Abd Manab
Ketua Penolong Pengarah Kanan,
Ustaz Mohd Amri Abdullah Seksyen Farmakovigilans, Pusat
Penolong Setiausaha Kanan, Unit Komplians dan Kawalan Kualiti, Bahagian
Hal Ehwal Islam, Bahagian Khidmat Regulatori Farmasi Negara (NPRA),
Pengurusan, Kementerian Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia
Malaysia
Matron Rohaya bt Ramli
Cik Azila Azmi Penyelia Jururawat Kesihatan Kanan,
Pegawai Pendidikan Kesihatan Sektor Kanak Kanak, Bahagian
Jabatan Kesihatan Negeri Kedah, Pembangunan Kesihatan Keluarga,
Kementerian Kesihatan Malaysia & Ahli Kementerian Kesihatan Malaysia
Jawatankuasa Teknikal Immunise4Life
Matron Sharina Mohd Lazim
Dr Megat Mohamad Amirul Amzar Penyelia Jururawat Kesihatan,
bin Megat Hashim Bahagian Pembangunan Kesihatan
Pegawai Perubatan Sarjana, Keluarga, Kementerian Kesihatan
Jabatan Perubatan Rawatan Utama, Malaysia
Pusat Perubatan Universiti Malaya
(PPUM) Dr Sheela Bai a/p Pannir Selvam
Pakar Perubatan Keluarga,
Matron Munah Abdul Rahman Klinik Kesihatan Cheras, Kuala Lumpur,
Ketua Penyelia Jururawat Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia
Jabatan Kesihatan Negeri Pahang,
Kementerian Kesihatan Malaysia Dr Ziti Akhtar Supian
Pakar Perubatan Keluarga,
Puan Norazilah binti Mohd Roslan Klinik Kesihatan Seri Kembangan,
Pegawai Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia
Bahagian Pembangunan Kesihatan
Keluarga, Kementerian Kesihatan Cik Syarifah Noratiqah Syed Badrul
Malaysia Sekretariat Immunise4Life

Dr Norizan Ahmad Cik Maryam Madihah


Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Sekretariat Immunise4Life
Ketua Penolong Pengarah Kanan
(Kesihatan Keluarga), Cik Fasehah Ali
Jabatan Kesihatan Negeri Kedah, Sekretariat Immunise4Life
Kementerian Kesihatan Malaysia
5
PRAKATA

Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham Abdullah


Ketua Pengarah Kesihatan
Kementerian Kesihatan Malaysia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Program Imunisasi Kebangsaan telah diperkenalkan sejak tahun 1950-an lagi
dengan objektif utama untuk membendung penularan penyakit cegahan vaksin dan
mengurangkan morbiditi dan mortaliti khususnya dalam kalangan kanak-kanak bawah
lima tahun. Penyakit-penyakit seperti tuberkulosis, hepatitis B, difteria, tetanus, batuk
kokol (pertusis), polio, Haemophilus influenzae B, campak, beguk, rubela, ensefalitis
Jepun (JE), pneumokokal dan kanser yang disebabkan oleh human papilloma virus
mampu dicegah dengan kewujudan Program Imunisasi Kebangsaan ini. Kesemua
vaksin ini disediakan secara percuma oleh kerajaan kepada semua kanak-kanak di
Malaysia sejak lahir sehingga mereka berumur 13 tahun.

Melalui program imunisasi yang dijalankan di seluruh dunia, adalah dianggarkan


sehingga tiga juta kanak-kanak setahun dapat diselamatkan daripada kematian
daripada penyakit-penyakit berjangkit ini. Namun demikian, laporan daripada
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada tahun 2019 telah menyenaraikan Keraguan
Vaksin (Vaccine Hesitancy) sebagai salah satu daripada sepuluh ancaman kepada
kesihatan global. Ancaman daripada keraguan vaksin ini mampu menggugat kejayaan
yang telah kita capai sebelum ini melalui program imunisasi yang terbukti berkesan
mencegah penyakit-penyakit berjangkit tersebut. Sekiranya kita berjaya meningkatkan
liputan imunisasi, adalah dianggarkan tambahan seramai 1.5 juta lagi kanak-kanak
dapat diselamatkan daripada kematian di seluruh dunia setiap tahun.

Kementerian Kesihatan sedar bahawa terdapat ibu bapa di Malaysia yang ragu atau
menolak vaksin untuk diberikan kepada anak-anak mereka. Menurut data terkini

6
yang diperolehi daripada fasiliti kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),
antara alasan penolakan adalah keraguan tentang status halal dan isi kandungan
vaksin, kecenderungan menggunakan rawatan homeopati dan rawatan tradisional
serta terpengaruh dengan maklumat-maklumat palsu dan teori-teori konspirasi yang
tidak berasas sama ada daripada internet atau media sosial.

Oleh yang demikian, buku Panduan Menangani Ibu Bapa Yang Ragu Atau Menolak
Vaksin ini dihasilkan sebagai rujukan anggota kesihatan di lapangan yang sering
berhadapan dengan kumpulan ibu bapa yang ragu atau menolak vaksin di fasiliti
kesihatan kerajaan. Anggota kesihatan KKM seharusnya menggunakan peluang untuk
menjalankan khidmat nasihat kepada ibu bapa yang ragu ini sebaik mungkin. Jadikanlah
buku ini sebagai rujukan dan panduan untuk petua dan kaedah komunikasi yang
bersesuaian agar ibu bapa yang ragu sebelum ini diberi maklumat dan penerangan
yang secukupnya semasa sesi konsultasi. Buku ini turut mengetengahkan teknik-teknik
dalam memahami psikologi ibu bapa dan komunikasi berkesan, soalan-soalan lazim
berkenaan isu vaksin dan imunisasi, serta tatacara selepas konsultasi sekiranya ibu
bapa masih berhasrat untuk menolak vaksinasi.

Akhir kata, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan ribuan
tahniah dan syabas kepada Sektor Kesihatan Kanak-Kanak di Bahagian Pembangunan
Kesihatan Keluarga dan Program Immunise4Life (IFL) di atas segala usaha dan komitmen
yang diberikan dalam penghasilan buku ini. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada
semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam penerbitan buku
Panduan Menangani Ibu Bapa Yang Ragu Atau Menolak Vaksin.

Saya amat berbesar hati dengan penghasilan buku ini dan berharap agar ianya dapat
dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua anggota kesihatan di lapangan semasa proses
pengendalian kes-kes keraguan dan penolakan vaksin dalam kalangan ibu bapa.
Bersama-samalah kita berganding bahu dalam menangani isu ini untuk memastikan
kanak-kanak di Malaysia mendapat imunisasi yang lengkap.

Sekian, terima kasih.

Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham bin Abdullah


Ketua Pengarah Kesihatan
Kementerian Kesihatan Malaysia

7
ISI KANDUNGAN

10 TOPIK 1
PENGENALAN

17 TOPIK 2
FAHAMI & KENALI PSIKOLOGI IBU BAPA

24 TOPIK 3
CARA BERKOMUNIKASI DENGAN IBU BAPA YANG RAGU
DAN MENOLAK VAKSIN

44 TOPIK 4
MEYAKINKAN IBU BAPA TENTANG KEPENTINGAN VAKSIN

55 TOPIK 5
MEYAKINKAN IBU BAPA BAHAWA VAKSIN SELAMAT

69 TOPIK 6
MENGUBAH SALAH FAHAM IBU BAPA TENTANG AEFI

8
76 TOPIK 7
MEMBERI PENJELASAN TENTANG VAKSIN DARI
SUDUT AGAMA

92 TOPIK 8
MEYAKINKAN IBU BAPA BAHAWA KAEDAH ALAMI ATAU
PERUBATAN ALTERNATIF BUKAN PENGGANTI IMUNISASI

98 TOPIK 9
MENJAWAB TEORI-TEORI KONSPIRASI YANG
DIKAITKAN DENGAN VAKSIN

110 TOPIK 10
MERUNGKAI SALAH FAHAM IBU BAPA MENGENAI
SETIAP JENIS VAKSIN

129 TOPIK 11
TATACARA SELEPAS KONSULTASI JIKA IBU BAPA
MASIH MENOLAK VAKSIN

9
TOPIK 1:
PENGENALAN

1.1 Pengenalan
Program Imunisasi merupakan intervensi kesihatan awam yang paling berkesan dan
menjimatkan kos selain daripada penjagaan kebersihan dan penyediaan air bersih.
Kaedah ini merupakan salah satu pencapaian kesihatan awam yang terbesar pada
abad ke-20 ini. Program imunisasi telah berjaya mencegah sebanyak 10 juta kematian
di antara tahun 2010 sehingga 2015, di samping berjaya menyelamatkan jutaan nyawa
daripada penyakit cegahan vaksin.1-2

Pada tahun 2019, isu keraguan dan penolakan vaksin telah menjadi topik hangat
di peringkat antarabangsa dan tempatan. World Health Organisation (WHO) turut
mengisytiharkan isu ini sebagai salah satu daripada 10 ancaman kesihatan global
yang perlu diberi perhatian.3 Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyedari akan
kewujudan golongan ibu bapa yang menolak vaksin dan pemantauan kes penolakan
vaksin telah dilaksanakan secara formal semenjak tahun 2013 lagi.

Teori konspirasi dan maklumat palsu berkaitan kesan sampingan, keselamatan vaksin
dan isu halal haram adalah antara isu-isu yang sering dibangkitkan oleh kumpulan
antivaksin. Mereka sering mengutarakan isu-isu tersebut di dalam media sosial dan
blog peribadi yang dikongsikan kepada masyarakat. Apabila maklumat-maklumat
palsu ini menular, ianya akan menakut-nakutkan ibu bapa yang kurang pengetahuan
tentang vaksin dan imunisasi. Bahkan juga, ibu bapa yang ragu terhadap imunisasi
lebih cenderung untuk mencari maklumat berkenaan vaksin dan imunisasi daripada
platform yang tidak disahkan sumbernya seperti media sosial dan blog.

Justeru, anggota kesihatan memainkan peranan penting dalam membantu ibu bapa
untuk memahami kepentingan vaksin dan imunisasi. Kajian telah menunjukkan anggota
kesihatan sama ada dari kalangan doktor atau paramedik adalah antara golongan yang
lebih dipercayai oleh ibu bapa dalam menyediakan maklumat dan informasi kesihatan.

10
Nasihat daripada doktor dan jururawat terbukti berkesan dalam meningkatkan kadar
penerimaan ibu bapa terhadap vaksin. Semua anggota kesihatan perlu melengkapkan
diri dengan ilmu yang secukupnya dan berusaha untuk mendepani masyarakat dan
ibu bapa dengan penuh yakin. Kemahiran memberi maklumat berkaitan vaksin dan
imunisasi semasa sesi konsultasi adalah sangat penting.4

1.2 Objektif
Pengendalian dan pengurusan isu keraguan dan penolakan vaksin dalam kalangan
ibu bapa ini merupakan satu cabaran bagi anggota kesihatan. Objektif buku panduan
ini adalah seperti berikut:

1. Buku ini adalah sebagai panduan untuk semua anggota kesihatan yang terlibat
secara langsung ketika berhadapan dengan ibu bapa semasa sesi konsultasi.

2. Mengurangkan kes-kes ibu bapa yang masih ragu untuk menerima vaksin melalui
teknik konsultasi berilmiah yang menggunakan pendekatan-pendekatan yang
disyorkan.

3. Supaya anggota kesihatan dapat mengenali dan memahami psikologi ibu bapa
yang ragu dan menolak vaksin, serta teknik komunikasi yang berkesan mengikut
kumpulan sasaran semasa sesi konsultasi.

4. Melengkapkan pengetahuan anggota kesihatan berkenaan isu-isu yang sering


dibangkitkan oleh ibu bapa berkenaan vaksin dan imunisasi.

5. Memberi panduan tatacara selepas konsultasi jika ibu bapa masih menolak vaksin.

11
1.3 Sebagai Rujukan Anggota Kesihatan
Buku ini dihasilkan untuk panduan semua kategori anggota kesihatan KKM yang terlibat
dengan pengurusan penolakan vaksin, khususnya yang terlibat secara langsung dalam
Program Imunisasi Kebangsaan di lapangan. Ini kerana, usaha meminimakan keraguan
imunisasi bermula sejak dari pertemuan pertama anggota kesihatan dengan ibu
bapa. Ini termasuk Jururawat Kesihatan, Penolong Pegawai Perubatan (PPP), Pegawai
Perubatan, Pakar Perubatan Keluarga (FMS) dan lain-lain.

Ibu bapa/penjaga ragu atau


menolak vaksin untuk anak

Khidmat nasihat
oleh Paramedik
Klinik Pesakit Luar/Klinik
Kesihatan Ibu dan
Anak/Klinik Desa/Hospital
BERJAYA
Ya
Tidak Rujuk

Pegawai Perubatan

Ya
BERJAYA Beri suntikan Imunisasi

Tidak Rujuk
Pakar Perubatan Keluarga
(FMS)

Ya
BERJAYA

Tidak

Borang penolakan vaksin


Pemantauan berkala dan
khidmat nasihat imunisasi
diteruskan oleh semua
anggota kesihatan yang Pelaporan dalam format reten
terlibat dalam memberi penolakan vaksin
perkhidmatan imunisasi

Ibu bapa TETAP diberi tarikh


janji temu untuk lawatan
akan datang

Rajah 1: Pengurusan penolakan imunisasi di hospital dan fasiliti kesihatan5

NOTA :
1. Borang penolakan vaksin yang diluluskan oleh KKM terkandung dalam Buku Panduan Program Imunisasi
Kebangsaan.
2. Terdapat situasi dimana kes-kes penolakan vaksin yang tegar yang memerlukan sesi konsultasi secara khusus dan
berfokus oleh Pakar Perubatan Keluarga (case-by-case basis).
3. Kes-kes penolakan vaksin yang dimasukkan ke hospital perlu mematuhi SOP sedia ada di hospital.

12
1.4 Kaedah Komunikasi Secara Tersusun Dan
Sistematik
Pastikan anda mempunyai Tanamkan sifat empati
Konsultasi
Sebelum

pengetahuan yang Bersedia dari segi emosi supaya situasi menghakimi


menyeluruh dan lengkap untuk komunikasi yang lebih atau menghina ibu bapa
mengenai isu “ Keraguan berkesan yang menolak vaksin dapat
dan Penolakan Vaksin” dielakkan

Teknik pendekatan Membuat Topik 2: Fahami & kenali


andaian TERIMA andaian ibu bapa psikologi ibu bapa
(Presumptive menerima vaksin
approach)* Topik 3: Cara berkomunikasi
dengan ibu bapa yang ragu
* Kaedah ini terpakai TOLAK
sebelum ibu bapa dan menolak vaksin
menyatakan mereka
menolak vaksin Topik 4: Meyakinkan ibu
Memberi bapa tentang kepentingan
pengesyoran
Konsultasi

TERIMA vaksin
Semasa

Kaedah yang kukuh


motivational Menjawab Soalan Khusus
interviewing (MI) Ibu Bapa Tentang Vaksin:

Topik 5: Meyakinkan ibu


TOLAK bapa bahawa vaksin
selamat

Topik 6: Mengubah salah


faham ibu bapa tentang AEFI

Topik 7: Memberi penjelasan


Dengar dan tentang vaksin dari sudut
jawab soalan agama
TERIMA yang diajukan
oleh ibu bapa Topik 8: Meyakinkan ibu
bapa bahawa kaedah alami
atau perubatan alternatif
bukan pengganti imunisasi

Topik 9: Menjawab
TOLAK teori-teori konspirasi yang
dikaitkan dengan vaksin

Topik 10: Merungkai salah


faham ibu bapa mengenai
setiap jenis vaksin

Memberi dos Menutup sesi Topik 11: Tatacara selepas


vaksin rundingan konsultasi jika ibu bapa
Konsultasi

yang disyorkan dengan baik


Selepas

masih menolak vaksin

Teruskan lawatan
susulan mengikut jadual

Rajah 2: Gambaran keseluruhan komunikasi mengenai imunisasi kepada ibu bapa6-7

13
1.5 Persiapan Perlu Dilakukan Sebelum Sesi Janji
Temu/Konsultasi

Anggota kesihatan yang terlibat perlu memainkan peranan penting membantu ibu
bapa untuk memahami kepentingan dan kebaikan imunisasi. Nasihat daripada
anggota kesihatan terbukti berkesan dalam penentuan penerimaan vaksin dan
imunisasi di kalangan ibu bapa.4 Adalah amat penting untuk anda mempersiapkan
diri sebelum sesi janji temu imunisasi bersama ibu bapa. Hal ini bagi memastikan anda
sentiasa bersedia dengan kemahiran dan ilmu pengetahuan yang mencukupi untuk
berhadapan dengan ibu bapa yang mempunyai pelbagai tanggapan terhadap vaksin.
Sebelum sesi konsultasi bagi lawatan imunisasi, anda haruslah:

1. Mempunyai pengetahuan menyeluruh, lengkap dan terkini mengenai isu keraguan


dan penolakan vaksin di kalangan ibu bapa/penjaga.

2. Bersedia daripada segi emosi untuk komunikasi yang lebih berkesan.

3. Menanamkan sifat empati supaya situasi menghakimi atau menghina ibu bapa
yang menolak vaksinasi dapat dielakkan.

Senarai Semak Sebelum Imunisasi

Setiap bayi dan kanak-kanak perlu dinilai berdasarkan Senarai


Semak Sebelum diberi Imunisasi seperti yang terdapat dalam
Buku Rekod Imunisasi Bayi dan Kanak-Kanak 0-6 tahun (kad B).

Bayi/kanak-kanak yang demam dengan suhu >37.50C atau


yang hadir dengan tanda-tanda penyakit yang lain perlu dirujuk
kepada Pegawai Perubatan terlebih dahulu.

14
Sebelum berhadapan dengan ibu bapa, anda haruslah bersedia dan mempunyai ilmu
dan pemahaman yang lengkap berkenaan dengan isu-isu vaksin dan imunisasi yang
sering ditanya semasa sesi konsultasi. Pastikan anda mempunyai maklumat yang
tepat dan terkini supaya anda dapat menjawab pertanyaan mereka dengan baik bila
perlu.

FOKUS HANYA KEPADA SOALAN YANG DITANYA.


JANGAN MEMPERKENALKAN PERSOALAN LAIN YANG TIDAK
DIBANGKITKAN OLEH IBU BAPA TENTANG VAKSIN.

Peranan anda sebagai anggota kesihatan

• Terdapat pelbagai sumber dan berita berkaitan vaksinasi di laman


web dan media sosial untuk bacaan dan tontonan masyarakat.
• Sebagai anggota perubatan, anda berperanan untuk menasihati
pesakit atau ibu bapa supaya:
» Berhati-hati dalam menapis bahan yang dibaca di alam maya.
» Jika ragu-ragu tentang sebarang isu, mereka harus merujuk doktor,
jururawat atau sesiapa yang lebih pakar berkenaan topik tersebut.
» Jangan mudah menyebarkan sebarang kandungan selagi anda
tidak mendapat kepastian tentangnya.

Persoalan ibu bapa mengenai isu vaksin dan imunisasi boleh dibahagikan kepada
beberapa kategori dan akan dibincangkan dengan lebih terperinci pada topik-topik
yang seterusnya.

Penjelasan Kaedah
dari alami & Teori
Vaksin AEFI sudut perubatan konspirasi
n
berkesa agama alternatif

Salah faham
vaksin
mengikut
jenis

15
Rujukan Topik 1:

1. World Health Organization. (2017). The power of vaccines: still not fully utilized.
Diakses pada Disember 2, 2020, daripada https://www.who.int/publications/10-
year-review/vaccines/en/
2. World Health Organization. (2011). Bulletin of the World Health Organization |
Vaccination greatly reduces disease, disability, death and inequity worldwide.
Diakses pada Disember 2, 2020, daripada https://www.who.int/bulletin/
volumes/86/2/07-040089/en/
3. World Health Organization. (2019). Ten threats to global health in 2019. Diakses
pada Disember 3, 2020, daripada https://www.who.int/news-room/spotlight/
ten-threats-to-global-health-in-2019
4. The Lancet Child Adolescent Health (2019). Vaccine hesitancy: a generation at
risk. The Lancet. Child & Adolescent Health, 3(5), 281. https://doi.org/10.1016/S2352-
4642(19)30092-6
5. Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga. Sektor Kesihatan Kanak-kanak.
(2017). Panduan program imunisasi kebangsaan bayi dan kanak-kanak. Kementerian
Kesihatan Malaysia.
6. Centers for Disease Control and Prevention. (2018). Talking with parents about
vaccines for infants. Diakses pada Disember 4, 2020, daripada https://www.cdc.
gov/vaccines/hcp/conversations/downloads/talkinfants-508.pdf
7. Gagneur A. (2020). Motivational interviewing: A powerful tool to address
vaccine hesitancy. Canada Communicable Disease Report = Releve des Maladies
Transmissibles au Canada, 46(4), 93–97. https://doi.org/10.14745/ccdr.v46i04a06

16
TOPIK 2:
FAHAMI DAN KENALI PSIKOLOGI
IBU BAPA

2.1 Fahami Psikologi Ibu Bapa Secara Umum


Pandangan dan penerimaan ibu bapa terhadap imunisasi dipengaruhi oleh pelbagai
faktor antaranya; mengikut konteks (pengaruh sejarah, latar belakang sosiobudaya,
persekitaran, sistem kesihatan, ekonomi dan politik), pengaruh individu atau kumpulan
(pandangan peribadi terhadap vaksin atau pengaruh persekitaran sosial atau rakan)
atau isu-isu berkaitan vaksin (yang berkait secara langsung dengan vaksinasi).1
Ada sesetengah faktor berada di bawah kawalan mereka, manakala terdapat
sesetengahnya pula di luar bidang kawalan mereka.

Fahami bahawa ibu bapa sentiasa mahukan yang terbaik untuk anak mereka. Oleh itu,
bagi membina hubungan dan mendapatkan kepercayaan ibu bapa, anda haruslah
meletakkan diri ditempat mereka.

Jika ibu bapa lewat membawa anak mereka untuk mendapatkan imunisasi mengikut
tarikh yang telah ditetapkan, jangan sesekali memarahi dan menuduh mereka tidak
mahu memvaksinkan anak. Pengalaman yang negatif ketika berhadapan dengan
anggota kesihatan akan menyebabkan ibu bapa berasa enggan untuk hadir ke sesi
janji temu yang seterusnya. Tunjukkan kepada ibu bapa bahawa anda peduli agar ibu
bapa sentiasa merasakan bahawa imunisasi adalah penting.

Ibu bapa mungkin akan lupa dengan apa yang anda katakan, tetapi mereka tidak
akan lupa dengan sesuatu yang menyentuh perasaan mereka. Jika kata-kata atau
perilaku anda menyakitkan atau melukakan hati mereka (dengan mendakwa mereka
sebagai seorang ibu atau bapa yang tidak bertanggungjawab, mengatakan bahawa
kepercayaan mereka adalah salah, tidak masuk akal dan tidak berasaskan bukti-
bukti saintifik), ia hanya akan memburukkan lagi keadaan. Segala usaha anda dalam
menasihati ibu bapa dengan data dan bukti-bukti saintifik adalah sia-sia jika anda
tidak berjaya memenangi hati mereka.2

17
2.2 Komunikasi Awal Dengan Ibu Bapa Tentang
Imunisasi
Mulakan konsultasi dengan mengaplikasikan teknik pendekatan andaian dan “gaya
komunikasi tanggapan”:3-4

1. Anggap kesemua ibu bapa yang hadir untuk sesi lawatan imunisasi pertama sedia
untuk menerima vaksin.

2. Menggunakan tona dan nada percakapan yang positif supaya tampil meyakinkan
dan berempati.

3. Maklumkan kepada ibu bapa mengenai jenis vaksin yang telah dijadualkan untuk
anak mereka.

4. Jelaskan tentang penyakit-penyakit yang dapat dicegah oleh vaksin yang diberikan.

5. Jelaskan tentang kesan sampingan yang mungkin berlaku selepas imunisasi dan
apa ibu bapa perlu lakukan jika anak mereka menghadapinya.

Sampaikan 4 perkara ini dengan jelas sebelum memberi vaksin kepada


anak mereka. Jika perlu, penggunaan bahan bertulis juga amat membantu.5

1. Nama vaksin
2. Penyakit yang dapat dicegah daripada vaksin tersebut
3. Kesan sampingan biasa yang mungkin dialami
4. Apa yang perlu dilakukan jika kesan sampingan selepas imunisasi berlaku

Elakkan “gaya komunikasi penyertaan” semasa konsultasi:3-4

1. Jangan mulakan percakapan yang boleh mencetuskan perbahasan mengenai


keraguan atau penolakan terhadap imunisasi.

2. Elakkan bertanya tentang pemikiran dan tanggapan negatif terhadap vaksin


sekiranya ibu bapa sendiri tidak memulakannya.

18
2.2.1 Contoh dialog permulaan sesi lawatan imunisasi

KATAKAN3-4 ELAKKAN3-4

Hari ni, anak puan perlukan Puan tahu tak suntikan


suntikan vaksin enam vaksin apa yang anak puan
serangkai. perlukan hari ni?

Hari ni, saya akan beri anak Anak puan perlu satu
puan satu suntikan vaksin. suntikan vaksin hari ini. Puan
ada apa-apa masalah
dengan ini?

2.3 Jadual Imunisasi Tambahan


Galakkan ibu bapa untuk mendapatkan imunisasi tambahan untuk anak mereka. Vaksin
tambahan melindungi anak daripada penyakit-penyakit yang lazim menjangkiti kanak-
kanak, tetapi ianya tidak termasuk dalam Program Imunisasi Kebangsaan Malaysia.6

Jadual di bawah menunjukkan jadual pengambilan vaksin tambahan untuk


perlindungan lengkap bagi anak-anak:

Umur (Bulan) Tahun


Imunisasi
0 1 1½ 2 3 4 5 6 8 12 18 >9
2 atau 3 dos
Rotavirus
(diberi selang 4 minggu)

2 dos diberi selang


1 bulan (untuk 8 tahun per-
Influenza
tama, diikuti dengan
1 dos setiap tahun)

Meningokokus 1 dos (bergantung kepada jenama vaksin)


2 dos
Hepatitis A (diberi selang 6
bulan)

2 dos
(diberi sekurang-
Cacar Air
kurangnya
selang 3 bulan)

19
Vaksin-vaksin tambahan yang digalakkan ini boleh didapati di klinik dan hospital
swasta dengan harga tertentu mengikut jenis vaksin. Vaksin-vaksin ini melindungi bayi
daripada penyakit-penyakit seperti berikut:

Vaksin Penyakit
Cacar Air (Varisela) Penyakit mudah berjangkit yang menyebabkan demam
dan kulit yang melepuh. Ia boleh mengakibatkan komp-
likasi seperti radang paru-paru (pneumonia) dan radang
otak (ensefilitis).

Hepatitis A Jangkitan dan keradangan hati disebabkan virus


hepatitis A. Jangkitan hepatitis A adalah antara yang
paling sering terjadi di kalangan kanak-kanak.

Influenza Jangkitan virus yang boleh mengakibatkan pneumonia


dan jangkitan bakteria sekunder yang menyebabkan
kematian.

Meningokokus Jangkitan bakteria pada lapisan otak dan saraf tunjang


yang boleh menyebabkan hilang upaya yang kekal atau
kematian dalam masa 24 jam selepas menunjukkan
gejala.

Rotavirus Menyebabkan muntah dan cirit-birit teruk di kalangan


bayi. Boleh juga menyebabkan sawan apabila berlaku
dehidrasi teruk.

20
2.4 Kenali Ibu Bapa Yang Ragu dan Menolak Vaksin
Sekiranya ibu bapa menyatakan keraguan, kebimbangan atau penolakan vaksin,
beralih ke langkah seterusnya. Sebelum memulakan perbincangan dengan ibu bapa
yang ragu atau menolak vaksin, adalah penting untuk mengenal pasti sebab dan
tahap keraguan dan penolakan mereka.

Kumpulan yang ragu terhadap vaksin merupakan


satu kontinum di antara kumpulan yang menerima
vaksin secara berhati-hati dan kumpulan yang
menolak vaksin secara mutlak. Individu-individu
yang ragu terhadap vaksin merupakan kumpulan
beraneka ragam di antara kedua-dua kumpulan
ekstremis ini.

Kenalpasti kumpulan ibu bapa


yang ragu dan menolak vaksin
supaya kaedah memberi
nasihat bertepatan
dengan keperluan mereka.

Secara umum, kumpulan yang


menerima dan menolak vaksin dapat
dibahagikan seperti Rajah 3.

21
Permintaan tinggi • Mahu anak-anak divaksinasi
Terima tanpa • Tiada soalan tentang vaksin dan
persoalan keselamatannya
• Mengikuti mereka yang menyokong
imunisasi
Terima kesemua • Mempunyai hubungan baik dengan
vaksin
anggota kesihatan
• Sebahagian daripada mereka mempunyai
pengetahuan yang kurang terperinci
mengenai vaksinasi

• Mempunyai kerisauan tetapi masih


Terima tetapi Terima
Kontinum ragu terhadap vaksin

memberi vaksin kepada anak


mempunyai secara
keraguan • Percaya vaksin ada kesan sampingan
berhati-hati
tetapi berharap anak tidak terkesan

• Ibu bapa mempunyai banyak keraguan


Teragak-
• Berada ‘atas pagar’ apabila bersetuju
agak
dengan kebaikan dan keselamatan vaksin
• Hubungan neutral dengan anggota
Terima/
melewatkan/ segelintir kesihatan
menolak • Lebih fokus kepada isu risiko
• Ingin berdiskusi

Menangguh/ • Mempunyai keraguan yang jelas tentang


memilih vaksin, keselamatan dan keperluannya
vaksin • Mempunyai konflik perasaan tentang
siapa yang boleh dipercayai
• Aktif mencari maklumat tentang vaksin
Penolak vaksin

• Menolak semua jenis vaksin


• Lebih percaya nasihat ahli perubatan
Penafi vaksin Menolak
alternatif
• Cenderung untuk bergaul dengan
kumpulan yang mempunyai kepercayaan
Permintaan rendah yang sama
• Mempunyai pengetahuan yang salah
tentang vaksin
• Sebahagian daripada mereka menyokong
secara aktif aktiviti promosi yang giat
dijalankan oleh kumpulan penolakan
vaksin

Rajah 3: Spektrum penerimaan, keraguan dan penolakan vaksin dikalangan individu.


(Rajah di atas di ubah suai daripada MacDonald NE and SAGE Working Group on Vaccine Safety,7-8)

22
Rujukan Topik 2:

1. World Health Organization. (2014). Report of the SAGE working group on vaccine
hesitancy. https://www.who.int/immunization/sage/meetings/2014/october/1_
Report_WORKING_GROUP_vaccine_hesitancy_final.pdf
2. Lavender, N. (2019). 6 health-care providers on how they talk to vaccine-hesitant
patients. SELF. Diakses pada Januari 4, 2021, daripada https://www.self.com/
story/vaccine-hesitant-patients
3. Centers for Disease Control and Prevention. (2018). Talking with parents about
vaccines for infants. Diakses pada Disember 5, 2020, daripada https://www.cdc.
gov/vaccines/hcp/conversations/talking-with-parents.html
4. McGee MD, L. U., & Suh JD, J. (2019). Communication Strategies to Address Vaccine
Hesitancy in Healthcare Settings and on Social Media. Journal of Applied Research
on Children: Informing Policy for Children at Risk, 10(2), 7.

5. World Health Organization. (t.t.). MODULE 6 – simplified and key messages - WHO
vaccine safety basics. Diakses pada Januari 4, 2021, daripada https://vaccine-
safety-training.org/simplified-and-key-messages.html
6. Immunise4Life. (2021). 5 vaksin tambahan bagi kanak-kanak. Diakses pada Januari
4, 2021, daripada https://www.immunise4life.my/ms/5-vaksin-tambahan-bagi-
kanak-kanak/
7. MacDonald, N. E., & SAGE Working Group on Vaccine Hesitancy (2015). Vaccine
hesitancy: Definition, scope and determinants. Vaccine, 33(34), 4161–4164. https://
doi.org/10.1016/j.vaccine.2015.04.036
8. Leask, J., Kinnersley, P., Jackson, C., Cheater, F., Bedford, H., & Rowles, G. (2012).
Communicating with parents about vaccination: a framework for health
professionals. BMC Pediatrics, 12, 154. https://doi.org/10.1186/1471-2431-12-154

23
TOPIK 3:
CARA BERKOMUNIKASI DENGAN IBU BAPA
YANG RAGU DAN MENOLAK VAKSIN

3.1 Konsep Komunikasi Secara Umum


Komunikasi adalah proses dua hala dalam menyampaikan pesanan atau maklumat
seperti idea, fikiran, perasaan dan pendapat di antara dua individu atau lebih. Ia
bertujuan untuk mewujudkan kesefahaman. Komunikasi yang berkesan adalah apabila
maklumat yang disampaikan dapat difahami dalam konteks yang sama seperti yang
dimaksudkan.1

Kita sentiasa berkomunikasi setiap masa, melalui pelbagai bentuk, saluran, gerak
isyarat dan ekspresi. Komunikasi bermula dengan mendengar. Namun, mendengar
tidak semestinya bersetuju dengan pandangan ibu bapa. Walaupun begitu, menjadi
pendengar yang aktif dengan memahami luahan ibu bapa merupakan kunci kepada
komunikasi yang berkesan.

Berikut adalah petua komunikasi yang


boleh dijadikan panduan:

1. Kelihatan mesra dengan senyuman

2. Berkeyakinan dan tidak sombong

3. Mendengar dengan baik

4. Fahami dan selami pola pemikiran


dan gaya psikologi ibu bapa

5. Gunakan gaya komunikasi


yang sama seperti ibu bapa

24
Rajah di bawah menggambarkan beberapa jenis saluran komunikasi dan ekspresi
secara umum.2

Jenis Komunikasi

Berdasarkan Saluran Berdasarkan Gaya


Komunikasi dan Tujuan

Lisan Tanpa Lisan Formal Tidak Formal

Bersemuka
Percakapan
Berjauhan

Bertulis

Rajah 4: Jenis saluran komunikasi dan ekspresi secara umum


(Rajah ini diubah suai daripada Types of Communication2)

3.1.1 Komunikasi tanpa lisan


Kaedah komunikasi ini merangkumi postur dan gerak tubuh, nada dan kelajuan suara,
serta sikap ketika berkomunikasi. Komunikasi tanpa lisan akan lebih berkesan jika anda
terus konsisten menggunakan dua aspek berikut:

1. Postur dan gerak tubuh

2. Menyesuaikan diri dengan apa yang anda ingin dinyatakan

3.1.2 Komunikasi secara percakapan (bersemuka)


Kaedah komunikasi ini sering digunakan terutamanya apabila melibatkan perbincangan
dua hala. Ianya boleh menjadi formal atau tidak formal mengikut situasi. Berikut adalah
petua yang boleh dijadikan panduan untuk meningkatkan kemahiran komunikasi
secara bersemuka:

25
1. Sentiasa pandang ke arah mata pendengar dengan penuh yakin dan terbuka

2. Sentiasa memperbaiki teknik penyampaian dari masa ke semasa

3. Galakkan penglibatan pendengar dengan komunikasi dua hala. Anda boleh


mengajukan soalan, bertanyakan pendapat dan mendorong pendengar untuk
mengemukakan idea mereka

4. Jadi pendengar yang aktif.

3.1.3 Komunikasi formal


Gaya komunikasi secara formal merupakan teras dalam bidang profesional. Berikut
adalah petua yang boleh dijadikan panduan:

1. Mulakan dengan menjelaskan tujuan komunikasi

2. Gunakan bahasa yang jelas dan mudah difahami oleh pendengar

3. Gunakan gaya bahasa yang terbuka, profesional dan mesra

4. Menutup sesi komunikasi dengan pengukuhan maklumat-maklumat penting

5. Akhiri dengan ucapan terima kasih

3.1.4 Komunikasi tak formal


Gaya komunikasi ini adalah secara spontan dan bebas, tanpa protokol atau formal.
Komunikasi gaya ini dianggap lebih “mesra pengguna” dan mempunyai kelebihan jika
digunakan dengan bijak.

3.2 Strategi Berdialog Secara Efektif


3.2.1 Beri perhatian3
Berikan perhatian sepenuhnya terhadap apa yang ingin disampaikan oleh ibu bapa.
Kenal pasti cara berkomunikasi yang berkesan. Ianya dapat dilakukan dengan:

1. Pandang secara terus kepada ibu bapa


2. Bersangka baik
3. Mendengar tanpa prejudis dan skeptik
4. Elakkan gangguan dari luar seperti panggilan telefon, staf yang keluar masuk dan
sebagainya
5. Perhatikan bahasa tubuh ibu bapa

26
3.2.2 Tunjukkan yang anda benar-benar mendengar3
Gunakan bahasa tubuh anda untuk menunjukkan bahawa anda memberi perhatian
kepada mereka. Berikut merupakan beberapa isyarat tubuh yang boleh membantu:

1. Anggukkan kepala sebagai tanda faham


2. Senyum dan gunakan ekspresi muka
3. Tunjukkan postur badan yang terbuka dan berminat untuk mendengar
4. Galakkan ibu bapa untuk terus bercakap dengan memberi maklum balas yang
ringkas seperti “ahaa..”

3.2.3 Berikan maklum balas3


Amat penting untuk kita bertanya soalan
untuk memastikan maklumat yang didengari
adalah betul dan cuba untuk memahami
dengan membuat rumusan. Contoh:

1. Ulang semula perkongsian ibu bapa bagi


menunjukkan anda cuba untuk memahami
seperti “Saya dengar…..”, “Apa yang encik
maksudkan…”
2. Bertanya kepada mereka sekiranya kurang
jelas
3. Rumuskan secara berkala

3.2.4 Elakkan menilai (judgemental)3


Menilai isi kandungan percakapan ibu bapa untuk memahami pendirian mereka
secara rasional adalah penting. Elak daripada membuat kesimpulan secara terburu-
buru atau terlampau kritikal terhadap mereka samada dari segi pegangan moral atau
sikap mereka.

Sebagai contoh, menggunakan gelaran “anti-vaxxer” atau memanggil mereka sebagai


ibu bapa yang tidak bertanggungjawab. Keadaan ini perlu dielakkan sepenuhnya
kerana ia hanya akan menimbulkan kemarahan dan menyebabkan perbincangan
dipenuhi dengan emosi negatif.

Ianya boleh menyebabkan ibu bapa boleh menjadi kecewa dan maklumat mungkin
gagal disampaikan atau tidak dapat difahami.

27
Berikut merupakan petua yang boleh dijadikan panduan:
1. Benarkan mereka menghabiskan setiap perkara yang ingin disampaikan
2. Elakkan memotong percakapan mereka dan tunggu sebelum memberikan
maklum balas
3. Elak melabel ibu bapa dengan label yang mereka tidak sukai seperti “anti-vaxxer”.
4. Ambil maklum kegusaran mereka dan jelaskan dengan baik fakta yang boleh
mengurangkan atau menghilangkan kegusaran mereka.

3.2.5 Memberi respon secara berhemah3


1. Berikan maklum balas yang ringkas, terbuka dan jujur
2. Sampaikan pendapat dengan cara yang terhormat
3. Layan ibu bapa sebagaimana kita ingin dilayani

Digalakkan

Beri perhatian Beri maklumbalas Tunjukkan minat Tunjukkan


dengan berhemah untuk mendengar rasa hormat

Elakkan

Elakkan Elakkan Jangan memandang Jangan memarahi


menghakimi mencelah apabila remeh perkara yang mereka
mereka bercakap mereka sampaikan

3.3 Berkomunikasi Dengan Ibu Bapa Mengikut


Penerimaan Mereka Terhadap Vaksin
Pada topik yang lepas, anda telah mengenal pasti jenis-jenis kumpulan ibu bapa yang
hadir ke klinik untuk janji temu imunisasi anak mereka. Setiap ibu bapa mempunyai latar
belakang psikologi yang berbeza-beza. Jadi, langkah seterusnya adalah menyesuaikan

28
teknik komunikasi selari dengan kumpulan tersebut dalam meyakinkan mereka bahawa
imunisasi adalah berkesan, selamat dan tidak memudaratkan.

Berikut merupakan kumpulan ibu bapa dan teknik komunikasi yang sesuai digunakan
apabila berhadapan dengan mereka:

3.3.1 Terima tanpa persoalan


Apabila anda berhadapan dengan ibu bapa daripada kumpulan ini, objektif utama
komunikasi adalah untuk mengekalkan kepercayaan mereka. Sebahagian daripada
mereka mempunyai pengetahuan yang kurang terperinci mengenai imunisasi.4 Oleh
itu, ceritakan kelebihan dan manfaat imunisasi.

Petunjuk utama bagi kumpulan


ini adalah ibu bapa hadir untuk
imunisasi mengikut tarikh janji
temu yang telah ditetapkan

Matlamat konsultasi adalah memastikan bayi


menerima imunisasi dan ibu bapa kekal positif
dengan keputusan mereka. Berikut adalah petua
untuk mencapai objektif komunikasi berkesan:

Teknik komunikasi4-5

Berkeyakinan Tunjukkan keyakinan dan kecekapan anda dalam komunikasi.

Bina hubungan Bina hubungan yang baik dengan ibu bapa.

Memupuk budaya
Berkongsi pemahaman untuk mencapai persamaan.
perkongsian
Menerima pandangan ibu bapa, bersikap positif, tunjukkan
Akui dan bersifat
rasa hormat dan empati (selami dan fahami perasaan atau
empati
emosi ibu bapa).

Tunjukkan yang anda peduli. Beri perhatian semasa


Bahasa tubuh konsultasi serta elakkan gangguan, seperti menggunakan
komputer atau telefon semasa bercakap.

29
3.3.2 Terima secara berhati-hati

Semasa berkomunikasi dengan kumpulan ini, fahami objektif utama komunikasi adalah
untuk mengukuhkan kepercayaan bahawa vaksin adalah selamat dan berkesan.
Ibu bapa dalam kumpulan ini termasuk dalam “kontinum ragu terhadap vaksin”, di
mana mereka kurang yakin dengan imunisasi tetapi masih lagi menerima suntikan
imunisasi. Oleh itu, anda haruslah menunjukkan sikap ambil berat dan peduli akan
kerisauan mereka. Yakinkan ibu bapa bahawa imunisasi adalah selamat, namun jika
berlaku kesan-kesan sampingan sama ada ringan atau berat, anggota kesihatan akan
sentiasa ada untuk membantu mereka.

Petunjuk utama bagi kumpulan ini adalah anak


mendapat imunisasi penuh mengikut jadual imunisasi
terkini namun sekali-sekala menyatakan kebimbangan
mereka tentang vaksin

Matlamat konsultasi adalah memastikan bayi menerima imunisasi dan ibu bapa
kekal positif dengan keputusan mereka. Berikut adalah petua untuk mencapai
objektif komunikasi berkesan:

Teknik komunikasi4-5
Perbincangan
Gunakan penerangan secara lisan dan berstruktur. Elakkan
ringkas dan
menggunakan istilah perubatan yang sukar difahami.
fleksibel
Terima soalan dan Mempunyai ilmu dan pemahaman yang mendalam
kebimbangan berkenaan risiko dan kesan sampingan vaksin.
Tunjukkan minat Mendengar dengan baik dan beri maklum balas dengan
untuk mendengar berhemah. Elakkan mencelah semasa perbincangan.
Memupuk budaya
Berkongsi pemahaman untuk mencapai persamaan.
perkongsian

Akui dan bersifat Menerima pandangan ibu bapa, bersikap positif, tunjukkan
empati rasa hormat dan empati.

Bahasa tubuh Tunjukkan yang anda peduli.

30
3.3.3 Teragak-agak

Objektif utama komunikasi bagi kumpulan


ini adalah untuk memenangi hati ibu bapa
yang ragu. Ibu bapa dalam kumpulan ini juga
termasuk dalam “kontinum ragu terhadap
vaksin” dan mempunyai hubungan yang neutral
dengan anggota kesihatan. Kerisauan mereka
lebih tertumpu kepada isu risiko vaksin.

Petunjuk utama bagi kumpulan ini adalah hadir tepat


mengikut janji temu imunisasi tetapi kerap menyatakan
kebimbangan terhadap vaksin ATAU hadir sedikit lewat
kerana kebimbangan tersebut

Matlamat konsultasi adalah memastikan bayi mendapat imunisasi dan ibu bapa
menerima keputusan yang dibuat oleh mereka. Berikut adalah petua untuk
mencapai objektif komunikasi berkesan:

Teknik komunikasi4-6

Fahami pendapat, kebimbangan dan pemahaman ibu bapa


Bersifat terbuka
dengan perasaan ingin tahu dan terbuka.

Minta izin untuk berbincang serta mendorong mereka


Fahami motivasi
meneroka kebaikan dan keburukan keputusan yang mereka
ibu bapa
lakukan. Bangkitkan motivasi mereka untuk berubah.

Akui dan bersifat Menerima pandangan ibu bapa, bersikap positif, tunjukkan
empati rasa hormat dan empati.

Bahasa tubuh Tunjukkan yang anda peduli.

Tunjukkan minat Mendengar dengan baik dan beri maklum balas dengan
untuk mendengar berhemah. Elakkan mencelah semasa perbincangan.

Perbincangan Gunakan penerangan secara lisan dan berstruktur mengikut


ringkas dan persoalan ibu bapa. Elakkan menggunakan istilah yang sukar
fleksibel difahami.

31
Teknik komunikasi4-6

Mempunyai ilmu dan pemahaman yang mendalam


Terima soalan dan berkenaan dengan persoalan dan kebimbangan ibu bapa.
kebimbangan Perbincangan sering menjurus kepada konteks risiko
vaksinasi.
Memupuk budaya
Berkongsi pemahaman untuk mencapai persamaan.
perkongsian

3.3.4 Menangguh/memilih vaksin

Bagi kumpulan ini pula, objektif utama komunikasi adalah untuk membimbing ibu
bapa ke arah mempertimbangkan vaksinasi. Ibu bapa dalam kumpulan ini juga
termasuk dalam “kontinum ragu terhadap vaksin” dan mempunyai konflik perasaan
tentang siapa yang boleh dipercayai. Mereka mempunyai keraguan yang jelas tentang
keselamatan dan keperluan vaksin.

Petunjuk utama bagi kumpulan ini adalah ibu bapa memilih


jenis imunisasi untuk diberikan kepada anak mereka dan
melewatkan janji temu imunisasi yang telah dijadualkan

Matlamat konsultasi adalah mengubah tanggapan mereka mengenai imunisasi.


Berikut adalah petua untuk mencapai objektif komunikasi berkesan:

Teknik komunikasi4-6

Konsultasi untuk kumpulan ini memakan sedikit masa. Hal


ini kerana kumpulan ini mempunyai banyak pengetahuan
Bersabar
tentang vaksin (sama ada benar atau tidak) dan cenderung
untuk bertanya pelbagai soalan.

Persiapkan diri dengan ilmu berkenaan dengan isu-isu yang


Lengkap dengan dibangkitkan. Fokus kepada isu yang dibincangkan serta elak
pengetahuan membangkitkan isu yang lain. Gunakan bahan pendidikan jika
perlu.

Tiru gaya penyampaian ibu bapa semasa berkomunikasi.


Kaedah komunikasi
Gunakan bahasa yang mudah dan elakkan menggunakan
pencerminan
istilah yang sukar difahami.

32
Teknik komunikasi4-6

Fahami pendapat dan pemahaman ibu bapa dengan


Bersifat terbuka
perasaan ingin tahu dan terbuka.

Menerima pandangan ibu bapa, bersikap positif, tunjukkan


Akui dan bersifat
rasa hormat dan empati. Elakkan daripada memarahi ibu
empati
bapa.

Tunjukkan yang anda peduli. Beri perhatian semasa


Bahasa tubuh
konsultasi serta elakkan gangguan.

Mendengar dengan baik dan beri maklum balas dengan


Tunjukkan minat
berhemah. Elakkan mencelah semasa perbincangan dan
untuk mendengar
tidak memandang remeh perkara yang mereka sampaikan.

Elakkan pujukan yang berlebihan atau perbalahan. Buat janji


Buat janji temu
temu untuk perbincangan susulan jika perlu.

3.3.5 Menolak

Komunikasi amat penting bagi kumpulan ini. Objektif utama komunikasi bagi kumpulan
ini adalah untuk membetulkan salah faham ibu bapa terhadap vaksinasi.

Petunjuk utama bagi kumpulan ini adalah mereka


menolak semua jenis vaksin dan tidak hadir janji temu atas
alasan yang lain. Anak mereka tidak menerima sebarang
vaksin atau menerima sebahagian sahaja.

Matlamat konsultasi adalah untuk


menggalakkan ibu bapa bersikap
terbuka untuk berbincang dan hadir
ke klinik. Ia juga bertujuan untuk
menunjukkan bahawa anggota
kesihatan mengambil berat kerisauan
mereka berkaitan vaksin. Berikut
adalah petua untuk mencapai objektif
komunikasi berkesan:

33
Teknik komunikasi4-6
Persiapkan diri dengan ilmu berkenaan dengan isu-isu yang
Lengkap
dibangkitkan oleh ibu bapa. Fokus kepada isu yang dibincangkan
dengan
serta elak membangkitkan isu yang lain. Gunakan bahan
pengetahuan
pendidikan jika perlu.
Kawal emosi serta elakkan perdebatan dengan menggunakan
Kawal emosi
hujah-hujah saintifik.
Tiru gaya penyampaian ibu bapa bagi membantu anda
Kaedah
membina hubungan baik semasa komunikasi. Gunakan bahasa
komunikasi
yang mudah dan elakkan menggunakan istilah yang sukar
pencerminan
difahami.
Dengar pendapat ibu bapa mengenai kepentingan melindungi
Dapatkan anak mereka daripada penyakit berjangkit dan keyakinan
maklum balas mereka terhadap vaksin. Beri maklum balas yang bersesuaian
mengikut jawapan mereka.
Fahami pendapat dan pemahaman ibu bapa dengan
Bersifat terbuka perasaan ingin tahu dan terbuka. Elakkan menghukum semasa
perbincangan.

Akui dan Menerima pandangan ibu bapa, bersikap positif, tunjukkan rasa
bersifat empati hormat dan empati. Elakkan daripada memarahi ibu bapa.

Tunjukkan yang anda peduli dan perbincangan tersebut


Bahasa tubuh adalah penting. Beri perhatian semasa konsultasi serta elakkan
gangguan, seperti menggunakan komputer semasa bercakap.

Tunjukkan Mendengar dengan baik dan beri maklum balas dengan


minat untuk berhemah. Elakkan mencelah semasa perbincangan dan tidak
mendengar memandang remeh perkara yang mereka sampaikan.

Perbincangan Pastikan perbincangan ringkas dan terbuka untuk perbincangan


ringkas lanjut jika ibu bapa mahu mempertimbangkan imunisasi.

Tawarkan janji temu khas di klinik jika ibu bapa menunjukkan


Buat janji temu
minat.

34
3.4 Contoh Dialog Mengikut Kesesuaian Kumpulan

3.4.1 Kumpulan yang menerima tanpa persoalan dan berhati-hati4

Anggota kesihatan : Hello Puan Lai. Saya difahamkan puan membawa Wen
Tzien untuk imunisasi hari ini.

Ibu : Ya, betul.

Anggota kesihatan : Hello, Wen Tzien. Baiklah, puan dah baca risalah mengenai
suntikan imunisasi? Jika puan sudi, saya boleh berkongsi
dengan puan maklumat lanjut mengenai vaksinasi.
(membina hubungan, bertanya soalan dan kebimbangan)

Ibu : Ya, saya ada baca. Cuma ada satu soalan. Wen Tzien
mengalami sedikit demam pada minggu lepas, tetapi
sekarang dia dah pulih. Adakah selamat untuk berikan
vaksin kepada Wen Tzien?

Anggota kesihatan : Adakah Wen Tzien telah sembuh dari demam tersebut?

Ibu : Ya.

Anggota kesihatan : Jika telah sembuh, selamat untuk Wen Tzien mendapatkan
suntikan imunisasi pada hari ini. (berhenti sebentar untuk
membenarkan ibu mencelah jika dia mempunyai soalan
dan perhatikan bahasa badan). Hari ini, kita akan berikan
Wen Tzien dua suntikan imunisasi. Saya akan memberi
satu suntikan di lengan kiri dan satu suntikan lagi di lengan
kanan. Suntikan-suntikan tersebut mungkin membuatkan
dia kurang selesa untuk seketika tetapi kebanyakan
kanak-kanak selesa serta-merta selepas dipujuk.
Sebanyak 90% kanak-kanak sama sekali tidak mempunyai

35
kesan sampingan yang lain (Menggambarkan kesan
positif dengan menggunakan peratusan). Sekiranya
terdapat masalah, perkara yang paling biasa adalah
sakit lengan sedikit untuk beberapa hari dan kemudian
hilang (berhenti sebentar untuk membenarkan soalan
atau penjelasan - pengelompokan dan memeriksa).

Ibu : OK – ada apa-apa lagi yang saya perlu tahu?

Anggota kesihatan : Salah satu vaksin ini mengandungi sejumlah kecil virus
campak, beguk dan rubela yang telah dilemahkan bagi
merangsang sistem imun Wen Tzien untuk bertindak
balas dan membina perlindungan terhadap jangkitan-
jangkitan yang sebenar. Ini bermakna dia mungkin akan
mengalami beberapa gejala ringan demam campak,
seperti ruam dan demam, dan kurang sihat selama
5 hingga 12 hari selepas suntikan imunisasi. (Berhenti
sebentar) Kira-kira 3 minggu selepas imunisasi, dia
mungkin akan mendapat beguk dalam bentuk ringan,
dengan sedikit bengkak di bawah bahagian rahang.
Tetapi, perkara ini sangat jarang berlaku dan hanya
berlaku kira-kira dalam 1% kanak-kanak (anggaran risiko
kualitatif dan kuantitatif). Gejala-gejala ini tidak berjangkit,
jadi dia tidak boleh menyebarkannya kepada orang lain.
Gejala-gejala ini biasanya akan hilang selepas 1 hingga
2 hari. Kesan sampingan imunisasi kebiasaannya ringan
berbanding daripada risiko jika menghidap penyakit
campak, beguk atau rubela. Sekiranya puan mempunyai
kerisauan selepas imunisasi, puan boleh bawa Wen Tzien
kembali ke klinik dan kami boleh memeriksanya. Adakah
puan bersetuju? (maklumat berstruktur menggunakan
pengelompokan, pemeriksaan dan jangkaan persetujuan
yang tidak berat sebelah)

Ibu : Baiklah, saya setuju.

36
3.4.2 Kumpulan yang teragak-agak dan menangguh/memilih vaksin4

Anggota kesihatan : Selamat pagi Puan Saraswathy. Saya difahamkan puan


bawa Hema untuk vaksinasi pertamanya hari ini.

Ibu : Ya, betul.

Anggota kesihatan : OK, adakah puan telah membaca risalah mengenai


suntikan imunisasi? Puan ada apa-apa soalan yang ada
di fikiran? (membina hubungan, bertanya soalan dan
kebimbangan)

Ibu : Ya. Saya agak gementar kerana Hema masih kecil lagi
untuk mendapatkan imunisasi.

Anggota kesihatan : Puan nampak agak bimbang (tindak balas empati).


Mari kita bincangkan bersama, beritahu saya apa yang
puan bimbangkan? (membina hubungan berterusan dan
menimbulkan kebimbangan)

Ibu : Salah seorang ibu di dalam kelompok kenalan saya ada


mengatakan bahawa salah satu suntikan mempunyai
enam kandungan dan itu terlalu banyak untuk sistem
imun bayi kecil untuk menghadapinya. Hema masih kecil
untuk mendapatkan suntikan terhadap semua penyakit
ini dalam satu masa. Bukankah suntikan itu akan
membuatkan dia sakit?

Anggota kesihatan : Baiklah, kita boleh berbincang tentang perkara ini


(membimbing) tetapi adakah puan mempunyai
kebimbangan lain? (menimbulkan kebimbangan
selanjutnya).

Ibu : Saya juga ada baca bahawa bayi yang menerima


suntikan imunisasi boleh mengalami sakit kaki selepas
itu. Jadi, saya rasa sedikit bimbang.

Anggota kesihatan : (berhenti sebentar untuk membenarkan ibu mencelah jika


dia mempunyai soalan dan memerhati bahasa badan)

37
Anggota kesihatan : Baiklah, mari kita bincangkan mengenai enam kandungan
vaksin dan kemudian kita boleh membincangkan
kemungkinan mendapat sakit kaki (penstrukturan
penjelasan). Puan, betul bahawa suntikan itu terdapat
enam kandungan yang akan melindungi Hema daripada
penyakit iaitu difteria, kancing gigi, batuk kokol, polio,
hepatitis B dan Haemophilus influenzae b (Hib). Ia
kedengaran banyak bukan? (tindak balas empati). Kanak-
kanak, bahkan bayi yang baru lahir, terdedah dengan
sejumlah besar bakteria dan bahan asing lain setiap hari,
dan sistem imun tubuh bertindak balas terhadap setiap
dari bakteria dengan pelbagai cara untuk melindungi
badan. Sistem imun bayi boleh mengatasinya, dan vaksin
pada masa ini telah dikaji dengan menyeluruh sehingga
bayi dengan mudah dapat mengatasi beberapa vaksin
sekali gus. (sebahagian maklumat diberikan diikuti
dengan berhenti sebentar untuk ibu mengemukakan
soalan lebih lanjut dan memerhatikan bahasa badan ibu).

Ibu : Baiklah, dan bagaimana pula dengan sakit kaki?

Anggota kesihatan : Kebanyakan kanak-kanak tidak mempunyai sebarang


reaksi langsung, selain menangis kerana suntikan,
malahan mereka akan kembali tenang dengan pelukan
dan pujukan dari ibu (memperkasakan). Betul, bahawa
sebilangan kecil kanak-kanak, sekitar 10%, atau 1 dari
10, boleh mendapat kemerahan atau sakit di tempat
suntikan jarum (mengakui) - tetapi reaksi ini biasanya
tidak menyakitkan bayi, dan akan hilang dalam beberapa
hari. Oleh itu, saya sering memberi pesanan kepada ibu-
ibu untuk memerhatikan anak mereka. Sekiranya mereka
masih bimbang, boleh bawa anak kembali ke klinik
supaya kami dapat memeriksa mereka. (elakkan terlalu
memujuk, menggambarkan kesan positif)

Ibu : Ada apa-apa perkara khusus yang perlu saya perhatikan?

Anggota kesihatan : Hema mungkin agak tidak selesa selama sehari atau
lebih selepas suntikannya tetapi dia tidak akan jatuh sakit.

38
Anggota kesihatan : Puan boleh ambil dan baca risalah ini. Ia memberitahu
puan tentang apa yang harus diperhatikan dan apa yang
perlu dilakukan sekiranya puan merasa bimbang.

Ibu : Terima kasih - Saya masih sedikit gugup tetapi saya


bersetuju untuk memberikan Hema imunisasi pada hari ini.

3.4.3 Kumpulan yang menolak vaksin4


(Ibu bapa hadir ke klinik untuk berbincang berkenaan masalah kesihatan lain)

Anggota kesihatan : Hai Puan Hawa, puan sudi meluangkan sedikit masa
untuk bercakap mengenai imunisasi Naufal?

Ibu : Ah, ya. Saya dan suami telah membuat sedikit kajian
dan memutuskan untuk tidak memberi imunisasi kepada
anak saya.

Anggota kesihatan : OK, bolehkah kita bincangkan supaya saya faham


mengapa puan dan suami membuat keputusan
sedemikian? (meminta izin untuk berbincang dan
menggunakan gaya panduan)

Ibu : Ya, baiklah.

Anggota kesihatan : Boleh saya tahu apa pendapat puan mengenai


kepentingan melindungi Naufal daripada penyakit-
penyakit yang boleh dicegah dengan vaksinasi? (menilai
kepentingan)

Ibu : Ya, bagi saya kebanyakan penyakit tidak menjadi


masalah untuk kanak-kanak yang sihat. Kami akan
memastikan Naufal sentiasa sihat. Kami berikan dia diet
yang baik, makanan organik, serta bersiar-bersiar untuk
mendapatkan udara segar yang lebih banyak.

39
Anggota kesihatan : Puan, memang betul, ada diantara penyakit berjangkit
yang mudah untuk diatasi oleh sistem imun kanak-kanak
(mengakui). Malangnya, sesetengah penyakit berjangkit
bukan sahaja sukar untuk dirawat, tetapi ia juga
menyebabkan komplikasi kesihatan yang serius kepada
kanak-kanak. Paling digeruni apabila sebilangan besar
kanak-kanak akhirnya dimasukkan ke hospital dengan
komplikasi daripada penyakit ini. Misalnya campak; 9 dari
setiap 100 kanak-kanak mendapat radang paru-paru
dan perlu dirawat di hospital (berhenti sebentar).

Ibu : Saya tidak tahu itu.

Anggota kesihatan : Ya, ia boleh menjadi masalah yang sangat serius.


Bolehkah saya tahu berkenaan dengan keyakinan puan
tentang keselamatan vaksin? (menilai keyakinan)

Ibu : Saya tidak yakin ianya selamat.

Anggota kesihatan : Apa yang puan pernah dengar berkenaan keselamatan


vaksin? (meneroka).

Ibu : Saya ada baca satu artikel di internet yang mengatakan


bahawa anak-anak boleh mengalami kecederaan otak
dan banyak masalah lain setelah vaksinasi. Syarikat
farmaseutikal tidak telus dan menutup kes-kes seperti itu.

Anggota kesihatan : Bunyinya agak menakutkan (tindak balas empati). Vaksin


mana yang paling puan bimbangkan? (menimbulkan
kebimbangan khusus)

Ibu : Saya paling risau vaksin MMR kerana ia boleh


menyebabkan autisme.

Anggota kesihatan : Saya faham puan prihatin berkenaan vaksinasi (membina


hubungan dengan menerima dan bukannya menolak
kerisauan), tetapi saya ingin memberikan pandangan
saya jika puan tiada masalah? (Ibu mengangguk-

40
angguk). Walaupun telah ada beberapa penyelidikan
yang menimbulkan kebimbangan mengenai keselamatan
vaksin, setiap kali muncul keraguan, penyelidikan baru
dilakukan untuk memeriksa sama ada hasil keputusan
konsisten atau tidak. Vaksin yang kita gunakan sangat
selamat dan kesan sampingan yang serius sangat
jarang berlaku. Adakah puan ingin melihat keputusan-
keputusan kajian vaksin MMR yang dapat membantu
puan untuk mempertimbangkan antara risiko vaksin dan
penyakit jika tidak divaksin? (menghormati autonomi,
menawarkan maklumat)

Ibu : Baiklah, saya rasa saya akan melihatnya tetapi saya


masih cukup berjaga-jaga untuk Naufal mengambil
suntikan ini.

Anggota kesihatan : Baiklah, puan boleh ambil bahan pendidikan ini untuk
membuat bacaan lanjut. Jika puan mahu, kami boleh
menjadualkan janji temu yang lain selepas ini untuk
perbincangan seterusnya. Saya akan berada di klinik
hampir setiap minggu. Puan berminat untuk datang
semula dalam masa dua minggu? (membuka ruang
perbincangan selanjutnya)

Ibu : Ya, terima kasih.

41
3.5 Video Demo Kaedah Komunikasi dengan
Ibu Bapa (Do’s & Dont’s)
Contoh komunikasi yang
tidak baik (dismissive)

Untuk tonton KLIK DI SINI


atau IMBAS KOD QR

Contoh komunikasi Contoh komunikasi


yang baik (Teknik 1) yang baik (Teknik 2)

Untuk tonton KLIK DI SINI Untuk tonton KLIK DI SINI


atau IMBAS KOD QR atau IMBAS KOD QR

Contoh komunikasi Contoh komunikasi


yang baik (Teknik 3) yang baik (Teknik 4)

Untuk tonton KLIK DI SINI Untuk tonton KLIK DI SINI


atau IMBAS KOD QR atau IMBAS KOD QR

42
Akhir kata, setiap pengalaman berkomunikasi bersama ibu bapa tidak harus dilihat dari
sudut kejayaan mahupun kegagalan semata-mata. Gunakan sepenuhnya peluang
berkomunikasi dengan mereka ini untuk menambah ilmu pengetahuan, mempertajam
gaya komunikasi berkesan, mengenalpasti kelemahan di pihak kita sendiri dan
memperhalusi kerisauan ibu bapa bagi tujuan berhadapan dengan ibu bapa yang
mempunyai kerisauan yang sama pada masa akan datang.

Dengan penambahan ilmu pengetahuan dan pengalaman, perawat akan dilihat lebih
tenang dan meyakinkan. Bahkan, psikologi dan emosi perawat juga tidak mudah
terganggu dengan kerenah ibu bapa yang bermacam ragam. Harus diingat bahawa,
asasnya, perawat dan ibu bapa berada di pihak yang sama iaitu inginkan yang
terbaik untuk si kecil mereka. Namun sudut pandang berbeza menyebabkan adanya
perselisihan dalam pemilihan.

Rujukan Topik 3:

1. What is communication process? Definition and meaning. (2016). Business


Jargons. Diakses pada Januari 6, 2021, daripada https://businessjargons.com/
communication-process.html
2. Shethna, J. (2021). Types of communication. EDUCBA. Diakses pada Januari 6, 2021,
daripada https://www.educba.com/types-of-communication/
3. Active listening: Hear what people are really saying. (t.t.). Mind Tools. Diakses pada
Januari 8, 2021, daripada https://www.mindtools.com/CommSkll/ActiveListening.
htm
4. Leask, J., Kinnersley, P., Jackson, C., Cheater, F., Bedford, H., & Rowles, G. (2012).
Communicating with parents about vaccination: a framework for health
professionals. BMC Pediatrics, 12, 154. https://doi.org/10.1186/1471-2431-12-154
5. Hall, K., Gibbie, T., & Lubman, D. I. (2012). Motivational interviewing techniques -
facilitating behaviour change in the general practice setting. Australian Family
Physician, 41(9), 660–667.

6. Gagneur A. (2020). Motivational interviewing: A powerful tool to address


vaccine hesitancy. Canada Communicable Disease Report = Releve des Maladies
Transmissibles au Canada, 46(4), 93–97. https://doi.org/10.14745/ccdr.v46i04a06

43
TOPIK 4:
MEYAKINKAN IBU BAPA TENTANG
KEPENTINGAN VAKSIN

Sebelum menjawab persoalan daripada para ibu bapa, ceritakan pengalaman anda
atau anekdot berkenaan vaksin.

Contoh anekdot (cerita ringkas):

“Di Malaysia, masih ada ibu bapa yang menolak dan tidak mahu memberikan
vaksin campak kepada anak mereka, jadi jangkitan kepada penyakit ini masih
ada. Kadar keberjangkitan penyakit campak adalah tinggi. Bayangkan jika puan
tempatkan anak puan di pusat asuhan yang menjaga 20 orang kanak-kanak dan
salah seorang daripada kanak-kanak tersebut dijangkiti penyakit campak. Dia
boleh menyebarkan penyakit tersebut kepada 18 orang rakan-rakan yang lain jika
kesemua mereka tidak divaksin.”

44
Kes Penolakan Vaksin di Malaysia
1800
1603
1600 1541
1404 1305
1400 1337 1295
1200
1000 918
800
637
600
400
200
0
2013 2014 2015 2016 2017 2018 2019 2020

No.
Sumber: Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, KKM

Insidens Campak di Malaysia; 1980 – 2020


700

KES KES
2013: 195 (6.6) 2013: 0
600 2014: 235 (7.8) 2014: 1
2015: 1,316 (43.2) 2015: 2
2016: 1,587 (51.4) 2016: 1
500 2017: 1,693 (52.3) 2017: 1
2018: 1,958 (59.5) 2018: 6
Insidens per 1 juta penduduk

2019: 1,077 (32.2) 2019: 15


400 2020: 478 (14.1) (12 daripada wabak
di Kuala Koh)
2020: 1
300

MMR @ 7 tahun, SIA


SIA diseluruh sasaran
MMR @ 12 bulan
200 Vaksinasi Campak Monovalen negara intensif MMR 1 @ 9 bulan
@ 9 bulan 8-16 tahun MMR 2 @ 12 bulan

100

0
77
76

20 0
86

19 4

10

18
80

96
79

19 5
83

88

98

20 2
19 1

20
16
95
84

13
78

20 6
19 7

20 9

20 3
19 9
90

20 19
20 5
93
87

20 2

20 7
19 2

15
20 8
20 9
19 2

14
20 7
20 4
19 1

20 1

20 1
8

0
9

1
9

1
8

0
0

1
9

0
8
8

20
0
0
0

20
19

20
19

20
20
19

20
19
19
19

19

19
19

19
19

19
19

19
19

19

Kadar insidens per 1 juta


Sumber: Sistem Pengawasan Campak, KKM

Trend Poliomielitis dan Liputan Imunisasi Polio; 1974 – 2020


140 120

1977 Wabak besar WPV terakhir


120
100

100
Liputan imunisasi (%)

80
Bilangan kes

80
60
60

40
40

20
20
2019: 3 kes
1992: 3 kes import cVDPV1
0 0
1974
1976
1978
1980
1982
1984
1986
1988
1990
1992
1994
1996
1998
2000
2002
2004
2006
2008
2010
2012
2014
2016
2018
2020

Kes Polio Liputan Imunisasi Polio

Sumber: Bahagian Kawalan Penyakit, KKM


45
Insidens Campak Di Malaysia; 1980 – 2020
300

250
250 2014: 2 kes
218 2015: 4 kes (1 kematian)
200 2016: 31 kes (5 kematian)
Jumlah Kes

2017: 32 kes (6 kematian)


150 2018: 18 kes (6 kematian)
131
2019: 16 kes (6 kematian)
115
100 98 2020: 12 kes (5 kematian)
88

50
39 35 3132
24 2826 20 18 16
15 12
10 17 9 12 4 4 5 6 4 7 11 3 0 2 4
0 0 1 0 2 1 3 0 4 0 3 0 0 4

2009
2005
2003

2007
2001
1989

1999
1983
1985

1995

2019
1993

2013
2015
1987

1997

2017
1979
1975
1977

1981

1991

2011
Tahun

Sumber: Bahagian Kawalan Penyakit, KKM

4.1 Apakah Manfaat Imunisasi?


Semasa sesi konsultasi, yakinkan ibu bapa bahawa imunisasi adalah bermanfaat
untuk anak mereka. Gunakan informasi di bawah sebagai panduan:

• Beritahu ibu bapa bahawa selain bekalan air bersih dan kebersihan, imunisasi
merupakan antara intervensi yang sangat penting dalam usaha mengurangkan
kadar penyakit berjangkit di dunia.
• Berikan contoh-contoh kejayaan vaksin yang dapat kita lihat pada hari ini:

Sebelum Vaksin Wujud Selepas Vaksin Wujud


Pada tahun 1988, terdapat Pada tahun 2018, hanya 33 kes
lebih 350,000 kes polio dalam polio direkodkan di dua buah
setahun di 125 buah negara. 1
negara.1

Tahun 1980, World Health


30% risiko kematian akibat Organisation (WHO)
penyakit cacar (smallpox).2 mengisytiharkan cacar
dihapuskan di seluruh dunia.2

46
2.6 juta kematian akibat Tahun 2018, penurunan kes campak
campak (measles) setiap sebanyak 73% berbanding tahun
tahun.3 2000. Vaksin dianggarkan telah
mencegah 23.2 juta kematian
akibat campak sepanjang tahun
2000 - 2018 di seluruh dunia.3

4.2 Apa Akan Berlaku Sekiranya Vaksin Tidak Diberi?


Beri contoh kepada ibu bapa sebagai gambaran tentang kesan-kesan sekiranya
vaksin tidak diberi kepada kanak-kanak. Anda boleh menggunakan pengajaran
daripada masa lalu untuk menunjukkan kepentingan pemberian vaksin dalam usaha
menghapuskan penyakit berjangkit yang berbahaya. Berikut adalah contoh yang
sesuai untuk diberikan kepada ibu bapa:

• Di Jepun, pemberian vaksin untuk penyakit pertusis telah dihentikan pada tahun
1974 kerana kebimbangan rakyatnya akan keselamatan vaksin. Lihat kesan yang
berlaku akibat perkara tersebut:4

Tahun 1974 Pemberian Tahun 1979


• 70% kadar pengambilan vaksin pertusis • 20 – 40% kadar
vaksinasi dihentikan pengambilan
• 393 kes imunisasi
di Jepun
• 0 kematian • 13 ribu kes
• 41 kematian

• Di Filipina, penurunan kadar vaksinasi berlaku disebabkan oleh beberapa faktor


antaranya penghantaran vaksin yang tidak mencukupi pada peringkat komuniti,
sesi rawatan asas imunisasi yang sedikit, dan kesukaran untuk pergi ke kawasan-
kawasan pedalaman di kepulauan Filipina. Disamping itu, ketakutan rakyat terhadap
vaksin meningkat susulan kontroversi vaksin Denggi pada tahun 2017. Lihat kesan
yang berlaku akibat perkara ini:5

47
Tahun 2015 Tahun 2018-2019
Sistem kesihatan
• 100% yakin vaksin yang lemah • 60-80% yakin vaksin adalah
adalah penting, & kontroversi penting, selamat dan
selamat dan berkesan.6 vaksin Denggi. berkesan.6
• Wabak campak pada
tahun 2019. Sehingga Mei
2019, sebanyak 34,950 kes
dan 477 kematian telah
dilaporkan.7
• Wabak polio pada tahun
2019. Sehingga Jun 2020, 16
kes polio telah dilaporkan.8

Contoh di atas menunjukkan peranan vaksin amat penting untuk menghapuskan


penyakit berbahaya, malahan sekiranya pemberian vaksin dihentikan, penyakit ini
berpotensi untuk muncul semula.

4.3 Bagaimana Vaksin Melindungi?9


Berikan sedikit penjelasan bagaimana vaksin melindungi anak mereka. Gunakan
bahasa yang mudah dan elak penggunaan istilah perubatan yang sukar difahami.

Anak-Anak Tanpa Imunisasi Anak-Anak Dengan Imunisasi

Tiada imunisasi Ada imunisasi

Berbanding
Tiada imuniti Ada imuniti

Penyakit/cacat/kematian
Tidak mendapat Penyakit ringan
penyakit dengan
(dilindungi) komplikasi ringan

48
4.4 Apakah Kesan Sekiranya Kanak-kanak Tidak
Mendapat Vaksin?
Terangkan kepada ibu bapa kesan sekiranya anak mereka tidak mendapat vaksin.
Anak yang tidak divaksin berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan penyakit berbahaya.
Sila gunakan informasi di bawah sebagai panduan:

• Imunisasi mengurangkan risiko mendapat penyakit berjangkit dan dapat


meningkatkan imuniti kelompok yang berupaya melindungi golongan yang tidak
boleh diberi vaksin seperti bayi yang lahir dengan penyakit lemah imuniti, pesakit
HIV/AIDS, pesakit yang menjalani radioterapi dan kanak-kanak yang masih belum
cukup umur untuk menerima vaksin.
• Sebagai contoh, kes kematian seorang kanak-kanak akibat jangkitan difteria yang
berlaku di Johor Bahru pada Februari 2019, kanak-kanak tersebut tidak pernah
menerima sebarang imunisasi sejak lahir. Dalam masa kurang sebulan, tiga lagi
kes difteria dicatatkan melibatkan kanak-kanak yang tinggal di rumah yang sama
dengan kes kematian.
• Kes tersebut antara bukti yang menunjukkan risiko penyebaran penyakit berjangkit
adalah sangat tinggi sekiranya kanak-kanak tidak mendapat imunisasi yang
lengkap.

49
Perbandingan Risiko: Jangkitan Campak (Measles) Tanpa Imunisasi
Berbanding
Penerima Imunisasi Campak
Dijangkiti Virus Campak (Measles)
Penerima Imunisasi Campak (Measles)
Tanpa Imunisasi
59% kanak-kanak akan mengalami 86% penerima vaksin campak
gejala jangkitan campak seperti demam mengalami gejala ringan selepas
panas, konjuntivitis, batuk, selesema imunisasi seperti sakit dan bengkak di
(coryza) dan ruam tempat suntikan

Risiko tinggi mendapat komplikasi


jangkitan campak
• 10% - 14% jangkitan telinga tengah
(otitis media)
• 10% - 12% cirit birit
14% mungkin mengalami kesan
15% mengalami gejala serius
sampingan sederhana (moderate)
• 5% - 9% jangkitan paru-paru
• 5% ruam
(pneumonia)
• 4% demam panas
• 1% mengalami sawan demam
• 1 dalam 1,000 kanak-kanak mengalami
• 5% measles croup
sawan demam
1 - 2 dalam 1,000 mungkin mengalami
keradangan dan bengkak otak 1 dalam 1 juta mungkin mengalami
(encephalitis) yang boleh menyebabkan encephalitis
sawan dan kerosakan otak

3 dalam 1,000 mengalami


26 dalam 1 juta mungkin mengalami
thrombocytopenia (kecenderungan
thrombocytopenia
berdarah)

4 ke 11 dalam 100,000 mungkin


mengalami subacute sclerosing
panencephalitis (SSPE), terjadi 7 ke 10 Tiada yang mengalami subacute
tahun selepas jangkitan, berterusan sclerosing panencephalitis (SSPE)
menyebabkan kerosakan otak dan
kematian

2 dalam 1,000 mati sebab komplikasi


campak; lazimnya pneumonia

50
4.5 Vaksin dalam Program Imunisasi Kebangsaan
Memberi Perlindungan Kepada 13 Penyakit
Cegahan Vaksin10
Berikut merupakan penyakit-penyakit yang dicegah oleh setiap vaksin yang diberikan
di klinik kesihatan. Gunakan bahasa mudah serta elak meggunakan istilah perubatan
yang sukar difahami ketika memberi penerangan kepada ibu bapa.
VAKSIN PENYAKIT
Vaksin BCG (Bacille Tuberkulosis (TB)
Calmette-Guerin) • Disebabkan oleh bakteria Mycobacterium tuberculosis.
Diberikan kepada bayi • Mencegah daripada penyakit TB jenis Pulmonari.
baru lahir • Penyakit yang lazimnya menjangkiti paru-paru, tetapi
boleh juga menyerang bahagian-bahagian lain seperti
buah pinggang, tulang belakang, kulit, usus dan otak.
Rawatan penyakit ini memerlukan antibiotik selama
sekurang – kurangnya 6 bulan.

Vaksin Hepatitis B Hepatitis B


Dos pertama diberikan • Disebabkan oleh virus hepatitis jenis B.
kepada bayi baru lahir • Virus ini akan menyerang hati dan menjadi antara
penyebab kepada karsinoma hepatoselular (kanser hati).

Vaksin DTaP Difteria


Dos pertama diberikan • Difteria disebab oleh toksin yang dihasilkan oleh bakteria
kepada bayi berusia Corynebacterium diphtheriae.
1 bulan • Difteria akan menyebabkan saluran pernafasan
diselaputi lapisan tebal yang menyebabkan
sukar bernafas dan menelan. Rawatan biasanya
melibatkan penebukan di leher anak untuk
bantuan pernafasan.

Tetanus
• Tetanus disebabkan oleh jangkitan bakteria Clostridium
tetani.
• Juga dikenali sebagai kancing gigi, penyakit
ini menyerang sistem saraf tubuh badan yang
menyebabkan kekejangan teruk dan kematian. Boleh
dijangkiti melalui luka atau pusat bayi yang baru lahir.

51
VAKSIN PENYAKIT
Vaksin DTaP Batuk kokol
Dos pertama diberikan • Batuk kokol atau pertusis disebabkan oleh bakteria
kepada bayi berusia Bordetella pertussis.
1 bulan • Ia paling mudah berjangkit, dengan batuk teruk dan
berterusan yang mungkin menyebabkan seorang kanak-
kanak sukar untuk bernafas dan bertukar menjadi biru
(cyanosis).

Vaksin DT Dos penggalak (booster) yang memberi perlindungan


Dos penggalak yang terhadap penyakit difteria dan tetanus.
diberikan pada usia 7
tahun
Vaksin Hib Haemophilus influenzae jenis B (Hib)
Dos pertama diberikan • Sebarang penyakit yang disebabkan oleh bakteria
kepada bayi berusia Haemophilus influenzae jenis B.
1 bulan • Jangkitan radang otak (meningitis) dan paru-paru
(pneumonia) yang menjangkiti kebanyakan kanak-kanak
berusia bawah 5 tahun.

Vaksin Polio Polio


Dos pertama diberikan • Polio atau poliomyelitis adalah penyakit
kepada bayi berusia 1 yang disebabkan oleh virus polio.
bulan • Virus ini menyerang sistem saraf yang
mengakibatkan kecacatan, lumpuh dan kematian.

Vaksin MMR Demam campak


Dos pertama diberikan • Demam campak (Rubela) adalah jangkitan akut pada
kepada bayi berusia kanak-kanak disebabkan oleh virus measles. Virus ini
9 bulan masuk melalui mulut, hidung atau mata dan menyerang
paru-paru.
• Pesakit demam campak biasanya mengalami gejala
jangkitan respiratori dan disertai ruam pada kulit.
• Menyebabkan komplikasi seperti radang paru-paru dan
otak (ensefalitis).

Beguk
Jangkitan virus yang merupakan penyebab paling lazim
keradangan otak (ensefalitis). Boleh juga menyebabkan
radang testis atau ovari yang menyebabkan kemandulan.

52
VAKSIN PENYAKIT
Vaksin MMR
Rubela
Dos pertama diberikan
Jangkitan kepada ibu mengandung dalam trimester
kepada bayi berusia
pertama menyebabkan keabnormalan pada janin.
9 bulan
Vaksin Measles
Hanya diberikan di negeri Sabah sahaja dan melindungi
Diberikan pada usia
daripada penyakit demam campak (measles).
6 bulan
Vaksin MR
Dos penggalak yang Perlindungan terhadap penyakit demam campak
diberikan pada usia (measles) dan rubela.
7 tahun

Vaksin JE
Dos pertama diberikan Japanese encephalitis (JE)
kepada bayi berusia Jangkitan otak yang disebabkan oleh virus JE. Vaksin ini
9 bulan diberikan di negeri Sarawak.

Vaksin HPV Human papillomavirus (HPV)


Diberikan semasa Jangkitan paling lazim yang disebarkan menerusi
berusia 13 tahun hubungan seks dan boleh menyebabkan kanser serviks,
iaitu kanser ketiga paling lazim di kalangan wanita.
Vaksin
Pneumokokal Penyakit pneumokokus
Boleh menyebabkan penyakit seperti sinusitis, jangkitan
bahagian tengah telinga, pneumonia, meningitis.

53
Rujukan Topik 4:

1. World Health Organization. (2019). Poliomyelitis. Diakses pada Disember 18, 2020,
daripada https://www.who.int/news-room/fact-sheets/detail/poliomyelitis
2. Ochmann, S., & Roser, M. (2018). Smallpox. Diterbitkan secara dalam talian
di OurWorldInData.org. Diakses pada Disember 19, 2020, daripada https://
ourworldindata.org/smallpox#citation
3. World Health Organization. (2019). Measles. Diakses pada Disember 19, 2020,
daripada https://www.who.int/news-room/fact-sheets/detail/measles
4. Six common misconceptions about vaccination--and how to respond to them.
(1998). International Journal of Trauma Nursing, 4(3), 109–112. https://doi.org/10.1016/
s1075-4210(98)90079-7
5. Thornton J. (2019). Polio returns to the Philippines. Lancet (London, England),
394(10205), 1217. https://doi.org/10.1016/S0140-6736(19)32263-9
6. Larson, H. J., Hartigan-Go, K., & de Figueiredo, A. (2019). Vaccine confidence
plummets in the Philippines following dengue vaccine scare: why it matters to
pandemic preparedness. Human Vaccines & Immunotherapeutics, 15(3), 625–627.
https://doi.org/10.1080/21645515.2018.1522468
7. UNICEF and World Health Organization. (2019). UNICEF-WHO Philippines: Measles
outbreak, situation report 11, 27 May 2019. https://reliefweb.int/sites/reliefweb.
int/files/resources/UNICEF%20WHO%20PHL%20SitRep11_Measles%20
Outbreak_27May2019.pdf
8. International Federation of Red Cross And Red Crescent Societies. (2020).
Philippines: Re-emergence of vaccine preventable diseases – polio outbreak –
operation update, DREF n° MDRPH032 (12-month update: 29 December 2020).
https://reliefweb.int/sites/reliefweb.int/files/resources/MDRPH032_12m.pdf
9. Nordin, M. M., Ismail, S. A., & Jin, C. L. (2016). Immunisation controversies: What you
really need to know (2nd Edition). Islamic Medical Association of Malaysia.

10. Immunise4Life. (2021). Program Imunisasi Kebangsaan Malaysia (NIP). Diakses


pada Disember 20, 2020, daripada https://www.immunise4life.my/ms/
program-imunisasi-kebangsaan-malaysia-nip/

54
TOPIK 5:
MEYAKINKAN IBU BAPA
BAHAWA VAKSIN SELAMAT

Keselamatan vaksin merupakan topik yang sering menjadi perhatian ibu bapa. Perlu
memahami bahawa ibu bapa bimbang kerana mereka mahu memastikan apa sahaja
yang diberikan kepada anak mereka adalah selamat dan tidak memudaratkan.
Anggota kesihatan juga menginginkan perkara yang sama seperti ibu bapa. Anggota
kesihatan perlu meyakinkan ibu bapa bahawa anda juga mahu memberikan yang
terbaik untuk anak-anak mereka.

Sebelum menjawab persoalan daripada para ibu bapa, ceritakan pengalaman anda
atau anekdot berkenaan vaksin.

Contoh anekdot (cerita ringkas):

“Saya telah memberikan vaksin ini


kepada bayi dan kanak-kanak selama
bertahun-tahun. Sepanjang pengalaman
saya memberikan vaksin ini kepada bayi,
tiada kesan-kesan buruk yang dialami
oleh bayi yang dilaporkan oleh ibu bapa.
Bayi mungkin menangis sekejap setelah
menerima suntikan vaksin tetapi ianya
adalah normal. Mereka akan berhenti
menangis setelah dipujuk atau disusukan
dan ini bukanlah sesuatu yang perlu
dibimbangkan”

55
1. Soalan berkenaan keselamatan vaksin, terutama
bagi bayi dan kanak-kanak yang masih terlalu kecil1

Ibu bapa mungkin akan bertanya:

“Adakah vaksin selamat, terutama


bagi anak saya yang masih terlalu kecil?”

Untuk menjawab persoalan ini, anda boleh:

• Terangkan kepada ibu bapa bahawa vaksin telah diuji dengan teliti dan ketat ke
atas ribuan orang menerusi kajian klinikal berskala besar, sebelum dipasarkan
secara komersial untuk digunakan.
• Semua vaksin di Malaysia juga didaftarkan dan diluluskan oleh Pihak Berkuasa
Kawalan Dadah, KKM sebelum ia boleh digunakan di Malaysia dan dimasukkan ke
dalam Program Imunisasi Kebangsaan.

Kongsikan dengan mereka fasa ujian klinikal vaksin yang dijalankan secara menyeluruh
untuk menguji keselamatan, keberkesanan dan respons vaksin sebelum ia dipasarkan
dalam negara:2

Ujian Klinikal Fasa 1

„ Melibatkan 20-50 orang sukarelawan.


„ Selalunya mengambil masa 12-18 bulan

Ujian Klinikal Fasa 2

„ Vaksin diberikan kepada lebih kurang 100-300


sukarelawan. Secara purata,
tempoh
„ Selalunya mengambil masa > 2 tahun.
penghasilan
vaksin
Ujian Klinikal Fasa 3 mengambil
„ 3,000-50,000 subjek. masa
„ Ujian keselamatan dan keberkesanan pada skala 12-15 tahun.*
besar terhadap populasi bersesuaian.
*Tempoh ini boleh menjadi lebih
singkat semasa krisis global
Ujian Klinikal Fasa 4 (Farmakovigilans) seperti bencana pandemik.
Ini kerana ia menjadi prioriti
bukan sahaja negara-negara
„ Mengesan, menilai, memahami, mengelakkan dan dan syarikat pengeluaran
vaksin malah komuniti seluruh
mengambil tindakan terhadap apa-apa kesan dunia. Sumber-sumber yang
sampingan yang tidak diingini selepas vaksinasi atau membolehkan kajian dilakukan
dengan cepat seperti
isu lain berkaitan vaksin. kewangan, logistik dan subjek
kajian dapat diperolehi dengan
lebih cepat dan mudah.
56
“Sebelum vaksin boleh diberikan secara komersial, keselamatan
dan keberkesanan vaksin telah diuji secara menyeluruh. Ujian ini
mengambil masa dan melibatkan ribuan orang. Selepas ianya
betul-betul terbukti selamat dan berkesan, baru ianya boleh
mendapat kelulusan untuk digunakan.”

2. Soalan berkenaan dengan bayi terbeban dengan pemberian vaksin yang


sangat banyak3-4

Ibu bapa mungkin akan bertanya:

“Mengapa terlalu banyak vaksin diberikan


kepada bayi saya? Adakah anak saya
memerlukan semua vaksin yang disyorkan?”

Untuk menjawab persoalan ini, anda boleh:

• Kongsikan bahawa pemberian vaksin yang banyak tidak akan merosakkan atau
membebankan, bahkan ianya menguatkan sistem imun anak mereka.
• Terangkan apa itu antigen (bahagian kuman) dan jelaskan bahawa vaksin
mengandungi antigen yang amat sedikit berbanding dengan pendedahan tubuh
terhadap kuman (virus/bakteria) melalui persekitaran. Sistem imun bayi masih
belum matang dan mereka terdedah kepada kuman (virus/bakteria) setiap hari.
• Beri peringatan kepada ibu bapa bahawa mereka harus mendapatkan imunisasi
untuk anak mereka mengikut jadual yang telah ditetapkan, untuk melindungi anak
mereka secepat mungkin. Tiada kajian yang menunjukkan dengan menjarakkan
pemberian vaksin (tidak mengikut jadual) adalah lebih selamat dan berkesan dalam
melindungi anak mereka daripada penyakit-penyakit cegahan vaksin.
• Yakinkan ibu bapa bahawa lebih daripada satu vaksin boleh diberi pada satu masa
dan ia tidak akan membebankan sistem imun kanak-kanak.
• Setiap vaksin yang dihasilkan adalah spesifik kepada virus/bakteria yang tertentu.

“Tidak ada bukti yang menunjukkan vaksin yang disyorkan adalah


bahaya. Namun begitu, jika puan menangguh-nangguhkan vaksinasi
anak, anak puan akan terdedah kepada risiko penyakit yang lebih
tinggi. Ikut jadual imunisasi yang telah ditetapkan adalah yang terbaik.”

57
3. Soalan berkenaan pemberian vaksin yang sama beberapa kali3

Ibu bapa mungkin akan bertanya:

“Mengapa anak saya perlu mendapatkan


vaksin yang sama berkali-kali?”

Untuk menjawab persoalan ini, anda boleh:

• Jelaskan kepada ibu bapa bahawa sesetengah vaksin memberi perlindungan untuk
tempoh terhad. Beberapa dos perlu diberi untuk menangani kegagalan vaksin yang
boleh disebabkan oleh antibodi ibu terhadap antigen berkenaan.
• Dos tambahan (booster) diperlukan untuk merangsang sistem imun dan memastikan
antibodi berada pada paras yang tinggi.
• Sekiranya anak tidak mengambil dos tambahan mengikut jadual yang ditetapkan,
mereka tidak mendapat perlindungan yang berkesan.

“Bagi sesetengah vaksin, kita akan berikan beberapa kali untuk


memastikan sistem imun anak puan berada pada paras tinggi dan
cukup kuat untuk melawan penyakit jika mereka dijangkiti.”

4. Soalan berkenaan pengawet dan penstabil dalam vaksin5-6

Ibu bapa mungkin akan bertanya:

“Mengapa vaksin memerlukan pengawet dan


penstabil? Adakah ianya selamat?”

Untuk menjawab persoalan ini, anda boleh:

• Jelaskan kepada ibu bapa bahawa semua kandungan yang terdapat dalam vaksin
memainkan peranan yang penting, sama ada dalam proses pembuatan vaksin atau
dalam memastikan produk akhir vaksin adalah selamat dan berkesan. Disamping
itu, beri jaminan bahawa jumlah kandungan pengawet dan penstabil dalam vaksin
adalah sangat kecil.

58
Berikut merupakan kandungan dan fungsi bahan yang terdapat dalam vaksin:

KANDUNGAN FUNGSI
Antigen • Komponen yang diperbuat daripada virus atau bakteria.
• Merangsang sistem imuniti supaya antibodi bertindak untuk
melawan jangkitan.
• Contoh: virus yang telah dilemahkan, dimatikan, sub-unit atau
menggunakan teknik DNA/RNA rekombinan
Adjuvan • Menggalakkan tindak balas sistem imun terhadap vaksin.
• Contoh: aluminium salt (dalam bentuk garam aluminium)
Pengawet • Bahan yang digunakan untuk memastikan vaksin yang dihasilkan
tahan lebih lama.
• Kebiasaannya digunakan dalam bekas vaksin yang mempunyai
lebih daripada 1 dos kerana setiap kali satu-satu dos diambil
daripada bekas tersebut, ada potensi untuk ia dicemari.
• Contoh: thiomersal di dalam sesetengah vaksin
Penstabil • Membantu mengekalkan antigen dalam vaksin agar masih
berfungsi sepanjang proses penghasilan, penyimpanan dan
pemindahan vaksin
• Mengelakkan antigen daripada berubah disebabkan faktor
perubahan suhu di tempat penyimpanan vaksin.
• Contoh: lactose-sorbitol
Antibiotik • Mengelakkan jangkitan silang dari bakteria luar

“Semua kandungan yang terdapat dalam vaksin memainkan


peranan penting, sama ada dalam proses pembuatan vaksin
atau dalam memastikan produk akhir vaksin adalah selamat
dan berkesan dalam melindungi anak anda.”

Analogi:
Seperti membuat kek, setiap bahan yang diperlukan
mempunyai fungsi tersendiri untuk menghasilkan kek
yang enak. Kekurangan bahan akan menjejaskan rasa
dan tekstur kek. Begitu juga kandungan dalam vaksin
yang memainkan peranan penting untuk menjamin
keberkesanannya.

59
5. Soalan berkenaan memasukkan bahan berbahaya ke dalam badan1,7-8

Bagi ibu bapa yang kurang kesedaran tentang imunisasi, mereka menganggap vaksin
mengandungi bahan berbahaya iaitu virus yang dimasukkan ke dalam badan anak
mereka. Ibu bapa mungkin akan bertanya:

“Mengapa saya perlu sengaja memasukkan


virus ke dalam badan anak saya?”

Untuk menjawab persoalan ini, anda boleh:

• Terangkan kepada ibu bapa bahawa virus dalam vaksin tidak sama dengan virus
hidup yang terdedah secara semulajadi dalam persekitaran.
• Virus dalam vaksin tidak berupaya menyebabkan penyakit kepada tubuh badan
kanak-kanak yang sihat kerana ia wujud dalam bentuk sama ada telah dilemahkan,
dimatikan, dinyahaktif atau tidak lengkap.
• Berikut merupakan jenis-jenis virus yang terdapat dalam vaksin:

KANDUNGAN FUNGSI
• Virus/bakteria dalam vaksin dilemahkan di makmal
dengan mengubah cara pertumbuhannya.
• Contoh: Vaksin measles, mumps, rubella (MMR) dan
Vaksin daripada agen hidup yang
dilemahkan (live, attenuated) varisela (chickenpox)

• Virus/bakteria dalam vaksin ini dimatikan


menggunakan suhu tinggi atau bahan kimia.
Vaksin daripada agen yang • Contoh: vaksin suntikan polio
dimatikan (inactivated/killed)

• Vaksin ini mengandungi toksoid iaitu toksin yang


telah dinyahaktifkan.
Vaksin daripada toksin kuman yang • Contoh: vaksin difteria dan tetanus (kancing gigi)
dinyahaktif (inactivated toxin)

• Vaksin ini menggunakan hanya sebahagian daripada


patogen yang disasarkan untuk merangsang
tindakbalas dari sistem imun.
Vaksin subunit (subunit vaccine)
• Contoh: Vaksin hepatitis B dan pertusis (batuk kokol)

• Vaksin ini diperbuat daripada cantuman kuman


subunit dengan protein konjugat.
Vaksin konjugat • Contoh: vaksin meningokokal dan pneumokokal
(conjugate vaccine)

60
“Virus dalam vaksin tidak akan membahayakan anak puan
kerana ia wujud dalam bentuk yang sama ada telah dilemahkan,
dimatikan, dinyahaktif atau tidak lengkap. Tujuannya adalah
untuk merangsang dan menguatkan sistem imun anak puan
untuk melawan virus sebenar jika mereka dijangkiti.”

6. Soalan berkenaan vaksin penyebab autisme4,9

Walaupun terdapat ibu bapa yang menyedari bahawa terdapat banyak kajian yang
menunjukkan bahawa vaksin tidak menyebabkan autisme, namun begitu masih
terdapat ibu bapa yang mempunyai persoalan dan kebimbangan mengenai isu ini.

Ibu bapa mungkin akan bertanya:

“Saya pernah dengar ada ibu bapa mengatakan tingkah


laku anak mereka berubah selepas mendapat vaksin;
bagaimana anda tahu bahawa vaksin tidak menyebabkan
autisme?”

Untuk menjawab persoalan ini, anda boleh:

• Jelaskan kepada ibu bapa bahawa merkuri dalam vaksin yang sering dikaitkan
dengan autisme adalah merkuri dalam thiomersal iaitu ethyl mercury. Ia adalah
merkuri yang berbeza dengan methyl mercury (jenis yang ditemui dalam ikan dan
diketahui bahaya dalam kuantiti tinggi).
• Ethyl mercury diuraikan dan dikumuhkan lebih cepat berbanding methyl mercury.
• Tiada kajian membuktikan kaitan ethyl mercury dengan autisme atau kesan lain.

Sekiranya ibu bapa mengemukakan hujah-hujah lain yang mengaitkan vaksin dan
autisme, gunakan tiga teknik utama seperti berikut:

1. Berikan jaminan dengan penuh empati bahawa anda faham kesihatan bayi adalah
keutamaan mereka, dan ia juga merupakan keutamaan anda. Oleh itu, anda tidak
sanggup mengambil risiko untuk meletakkan anak mereka dalam bahaya dijangkiti
penyakit cegahan vaksin tanpa bukti saintifik yang kukuh mengaitkan vaksin dan
autisme.

61
2. Terangkan kepada ibu bapa bahawa umur permulaan gejala autisme sering muncul
sama seperti umur bayi semasa vaksinasi, tetapi ianya tiada kena mengena dengan
vaksin.
3. Berikan pendapat anda secara peribadi dan profesional bahawa vaksin adalah
selamat. Jika anda juga seorang ibu atau bapa, boleh beritahu mereka bahawa
anda telah beri vaksin ini kepada anak anda.

“Autisme merupakan cabaran bagi banyak keluarga dan individu


yang mahukan jawapan, termasuklah saya. Tapi, banyak kajian-
kajian yang dipercayai diluar sana yang saya boleh kongsikan,
menunjukkan bahawa vakin MMR bukanlah penyebab autisme.”

KESIMPULAN KAJIAN INI


Kajian ini yang melibatkan 657,461 kanak-kanak menyokong bahawa vaksin
MMR tidak meningkatkan risiko mendapat autisme pada kanak-kanak
yang berisiko, dan ia juga tidak mempunyai kaitan dengan kluster kes-kes
autisme yang berlaku setelah vaksinasi.

7. Vaksin penyebab Sudden Infant Death Syndrome (SIDS)10-11

Ibu bapa mungkin akan bertanya:

“Benarkah vaksin boleh menyebabkan


kematian bayi mengejut?”

62
Untuk menjawab persoalan ini, anda boleh:

• Terangkan kepada ibu bapa bahawa sehingga kini, banyak kajian yang telah
dijalankan, namun para penyelidik masih gagal menemui kaitan antara vaksin dan
kematian bayi mengejut atau juga dikenali sebagai Sudden Infant Death Syndrome
(SIDS).
• Jumlah kes kematian bayi mengejut telah menurun sebanyak lebih daripada 50%
dalam beberapa tahun kebelakangan ini, sedangkan jumlah vaksin yang diberikan
kepada kanak-kanak terus meningkat.
• Yakinkan ibu bapa bahawa KKM terus komited dalam memastikan vaksin yang
diberikan kepada kanak-kanak di Malaysia adalah selamat dan terus membuat
pemantauan yang teliti dan ketat.

“Tiada kajian yang berjaya membuktikan vaksin adalah


penyebab kepada kematian bayi mengejut. Semua vaksin yang
diberikan kepada kanak-kanak di Malaysia adalah selamat dan
KKM terus komited membuat pemantauan yang ketat dan teliti.”

8. Pengsan (syncope) selepas vaksinasi?12

Ibu bapa mungkin akan bertanya:

“Saya pernah dengar ada ibu bapa mengatakan anak mereka


pengsan selepas vaksinasi; adakah ini bermakna ianya tidak
selamat diberikan kepada anak saya?”

Untuk menjawab persoalan ini, anda boleh:

• Jelaskan kepada ibu bapa bahawa pengsan selepas imunisasi adalah normal dan
tidak mendatangkan sebarang kemudaratan.
• Ia sering berlaku kepada remaja perempuan berusia 11 hingga 18 tahun, dan
dipercayai disebabkan oleh rasa cemas dan bimbang yang melampau semasa
prosedur imunisasi.
• Oleh itu, penerima vaksin dinasihatkan untuk berada di bawah pengawasan doktor
selama 15 minit selepas vaksinasi.

“Pengsan selepas imunisasi adalah normal dan tidak memudaratkan.”

63
9. Aluminium dalam vaksin berbahaya9

Bagi ibu bapa, aluminium dalam vaksin berbahaya dan sering dikaitkan dengan
penyakit otak dan tulang. Ibu bapa mungkin akan bertanya:

“Adakah bahan dalam vaksin selamat? Bukankah


aluminium berbahaya?”

Untuk menjawab persoalan ini, anda boleh:

• Jelaskan kepada ibu bapa bahawa garam aluminium dalam vaksin merupakan
adjuvan yang ditambah untuk meningkatkan tindakbalas sistem imuniti. Jadi, hanya
sedikit sahaja dos vaksin tersebut diperlukan untuk membina imuniti.
• Yakinkan mereka bahawa garam aluminium yang ditambah sebenarnya juga boleh
didapati dalam tumbuhan, tanah, air, udara dan susu ibu.
• Kuantiti garam aluminium dalam vaksin amat rendah dan tidak menyebabkan kesan
yang membahayakan kesihatan. Ia hanya berbahaya jika diserap dalam kuantiti
tinggi atau jika buah pinggang tidak berfungsi elok. Bahkan bayi hanya mendapat
4.4 mg garam aluminium daripada vaksin berbanding 7 mg garam aluminium
daripada susu ibu dalam masa 6 bulan.

“Garam aluminium dalam vaksin adalah dalam kuantiti yang


rendah dan tidak memudaratkan. Kandungan garam aluminium
yang bayi terima daripada susu ibu dalam masa 6 bulan adalah
lebih banyak berbanding yang mereka terima daripada vaksin.”

64
10. Formaldehyde dalam vaksin penyebab kanser9

Terdapat wujud salah faham dikalangan ibu bapa yang menganggap formaldehyde di
dalam vaksin menjadi penyebab kepada kanser. Soalan ibu bapa:

“Mengapa perlu masukkan formaldehyde ke dalam vaksin?


Saya ada baca bahawa formaldehyde adalah karsinogen dan
boleh menyebabkan kanser?”

Untuk menjawab persoalan ini, anda boleh:

• Terangkan kepada ibu bapa bahawa tujuan formaldehyde digunakan di dalam


vaksin adalah untuk menyahaktif virus dan mendetoks toksin bakteria supaya tidak
menyebabkan penyakit apabila digunakan dalam suntikan.
• Yakinkan ibu bapa bahawa formaldehyde dalam kuantiti yang sedikit adalah
selamat. Ia sentiasa wujud dalam badan manusia sebagai sebahagian daripada
proses metabolisme semulajadi. Formaldehyde menjadi bahaya jika terdedah dalam
satu jangka masa yang panjang dengan kuantiti yang tinggi.
• Kuantiti formaldehyde dalam vaksin amat sedikit dan kebanyakannya telah
larut sewaktu proses penghasilan. Formaldehyde dalam vaksin hanyalah unsur
surih (trace elements) kerana ianya telah ditulenkan semasa penghasilan vaksin.
Kandungan tertinggi formaldehyde dalam vaksin hanyalah sebanyak 0.02 mg.
• Jika dibandingkan dengan kandungan formaldehyde secara semulajadi, seorang
bayi berusia 2 bulan mempunyai lebih kurang 1.1 mg formaldehyde dalam badan
mereka.
• Berikan jaminan kepada ibu bapa bahawa terdapat kajian-kajian yang telah
membuktikan formaldehyde dalam vaksin adalah selamat.

“Formaldehyde dalam vaksin adalah sisa bahan tidak aktif


yang digunakan untuk membunuh virus atau menyahaktifkan
toksin semasa proses pembuatan vaksin. Sisa formaldehyde
dalam vaksin sangat sedikit dan ianya selamat.”

65
11. Vaksin penyebab tindakbalas alergik (anafilaksis)9

Soalan ibu bapa:

“Saya kenal seseorang yang anaknya mendapat


alergik selepas suntikan imunisasi. Adakah anak saya
juga akan mendapat tindak balas yang sama?”

Untuk menjawab persoalan ini, anda boleh:

• Jelaskan kepada ibu bapa tindak balas alergik boleh berlaku kepada kanak-kanak
yang mempunyai alergi kepada gelatin yang terkandung di dalam vaksin. Gelatin
adalah penstabil dalam vaksin untuk memastikan vaksin tersebut berada dalam
keadaan baik semasa proses penghasilan, penyimpanan dan pemindahan vaksin.
• Kuantiti gelatin berbeza-beza mengikut vaksin, dan amat sedikit bilangan vaksin
yang mengandungi gelatin. Usaha kini dijalankan untuk memastikan kesemua vaksin
bebas dari protein haiwan. Sehingga kini, semua vaksin yang digunakan dalam NIP
tidak mengandungi gelatin. Namun begitu, kanak-kanak yang mempunyai alergi
perlu mendapat nasihat doktor untuk alternatif lain.
• Terangkan kepada mereka bahawa kajian telah membuktikan hanya 1 dalam 2 juta
suntikan dilaporkan menyebabkan anafilaksis disebabkan oleh gelatin.
• Beri peringatan kepada ibu bapa untuk memberitahu doktor sebelum mendapatkan
imunisasi jika anak mereka mempunyai sejarah alahan terhadap gelatin dalam
makanan mereka.

“Anak puan boleh mengalami tindak balas alergik jika


mereka mempunyai alahan kepada gelatin. Kami galakkan
puan untuk memberitahu doktor sebelum imunisasi jika anak
puan mempunyai sejarah alahan terhadap gelatin dalam
makanan mereka.”

66
12. Kandungan Monosodium Glutamate (MSG) dalam vaksin9

Soalan ibu bapa:

“Ada kenalan saya memberitahu bahawa vaksin boleh


menyebabkan mual dan tidak selesa kerana ia mengandungi
MSG; adakah ianya memudaratkan?”

Untuk menjawab persoalan ini, anda boleh:

• Jelaskan kepada ibu bapa bahawa jumlah MSG yang digunakan dalam vaksin
adalah sangat sedikit, malahan World Health Organisation (WHO) dan beberapa
organisasi lain mengklasifikasikan ia selamat untuk digunakan.
• Sama seperti gelatin, ia digunakan sebagai penstabil untuk memastikan vaksin
tersebut berada dalam keadaan baik semasa proses penghasilan, penyimpanan
dan pemindahan vaksin.
• Kebimbangan mengenai MSG ini bermula sejak tahun 1960-an apabila terdapat
satu laporan bukan dari sumber yang sahih menyatakan bahawa makanan yang
mengandungi MSG boleh menyebabkan mual, sakit kepala dan berpeluh. Akibat
daripada isu tersebut, penggunaan MSG dalam vaksin turut dipertikaikan.
• Yakinkan ibu bapa bahawa MSG tidak memudaratkan dan ia telah digunakan
dalam makanan sebagai penambah rasa sejak berdekad lamanya. Malah, MSG
juga wujud secara semulajadi di dalam bahan makanan seperti tomato, ekstrak
soya dan keju.13
• MSG yang digunakan dalam masakan adalah MSG yang sama digunakan dalam
penghasilan vaksin tertentu, malah jumlah kandungan dalam vaksin jauh lebih
rendah berbanding penggunaan biasa dalam masakan.

“MSG selamat dan tidak memudaratkan. Ia telah


digunakan dalam makanan sebagai penambah rasa
sejak berdekad lamanya. Malah, MSG juga wujud secara
semulajadi di dalam bahan makanan seperti tomato,
ekstrak soya dan keju.”

67
Rujukan Topik 5:

1. Yeong, M. L. (2015). Imunisasi: Fakta dan kemusykilan. PORTAL MyHEALTH. Diakses


pada Disember 20, 2020, daripada http://www.myhealth.gov.my/imunisasi-fakta-
dan-kemusykilan/
2. World Health Organization. (2020). How are vaccines developed? Diakses pada
Disember 20, 2020, daripada https://www.who.int/news-room/feature-stories/
detail/how-are-vaccines-developed
3. Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. (2015).
Soalan lazim mengenai vaksin dan imunisasi. Diakses pada Disember 20, 2020,
daripada http://fh.moh.gov.my/v3/index.php/component/jdownloads/send/20-
sektor-kesihatan-kanak-kanak/308-soalan-lazim-berkaitan-vaksin-imunisasi-
02072015-1?Itemid=0
4. Centers for Disease Control and Prevention. (2018). Prepare for vaccine questions
parents may ask about vaccines. Diakses pada Disember 20, 2020 daripada
https://www.cdc.gov/vaccines/hcp/conversations/preparing-for-parent-vaccine-
questions.html
5. Office of Infectious Disease and HIV/AIDS Policy. (2021). Vaccine ingredients. HHS.Gov.
Diakses pada Disember 20, 2020, daripada https://www.hhs.gov/immunization/
basics/vaccine-ingredients/index.html
6. Oxford Vaccine Group. (2021). Vaccine ingredients. Vaccine Knowledge. Diakses pada
Disember 20, 2020, daripada http://vk.ovg.ox.ac.uk/vk/vaccine-ingredients
7. Abd Rahman, R. (2014). Vaksin-Apakah yang berlaku dalam badan anda? PORTAL
MyHEALTH. Diakses pada Disember 20, 2020, daripada http://www.myhealth.gov.
my/vaksin-apakah-yang-berlaku-dalam-badan-anda/
8. Nordin, M. M., Ismail, S. A., & Jin, C. L. (2016). Immunisation controversies: What you
really need to know (2nd Edition). Islamic Medical Association of Malaysia.
9. What goes into a vaccine? (2021). PublicHealth.Org. Diakses pada Disember 20,
2020, daripada https://www.publichealth.org/public-awareness/understanding-
vaccines/goes-vaccine/
10. Ben-Joseph, E. P. (2019). Common questions about immunizations (for parents).
Nemours KidsHealth. Diakses pada Disember 20, 2020, daripada https://kidshealth.
org/en/parents/fact-myth-immunizations.html
11. Centers for Disease Control and Prevention. (2020). Sudden infant death syndrome
(SIDS) and vaccines. Diakses pada Disember 20, 2020, daripada https://www.cdc.
gov/vaccinesafety/concerns/sids.html
12. Centers for Disease Control and Prevention. (2020). Fainting (syncope) after
vaccination. Diakses pada Disember 20, 2020, daripada https://www.cdc.gov/
vaccinesafety/concerns/fainting.html
13. Center for Food Safety and Applied Nutrition. (2018). Questions and answers
on monosodium glutamate (MSG). U.S. Food and Drug Administration. Diakses
pada September 23, 2021, daripada https://www.fda.gov/food/food-additives-
petitions/questions-and-answers-monosodium-glutamate-msg

68
TOPIK 6:
MENGUBAH SALAH FAHAM
IBU BAPA TENTANG AEFI

PETUA KONSULTASI BERKESAN


“Jangan berbohong kerana masyarakat akan hilang kepercayaan
terhadap anda dan institusi secara menyeluruhnya”

Secara umumnya, vaksin adalah selamat. Seperti juga ubatan lain, vaksin juga
mempunyai risiko berlakunya kesan advers. Anda haruslah bersedia untuk
menerangkan kepada ibu bapa bagi isu yang menjadi persoalan untuk meyakinkan
mereka bahawa vaksin walaupun ianya mempunyai risiko kesan advers, ianya selamat.
Ini adalah bagi mengelakkan daripada hilang kepercayaan ibu bapa terhadap vaksin
yang seterusnya menyebabkan penurunan kadar vaksinasi. Penurunan kadar vaksinasi
boleh mengakibatkan kenaikan kadar penyakit cegahan vaksin. Penerangan yang baik
dan jelas perlu diberikan kepada ibu bapa tentang AEFI dan perkara yang berkaitan.1

Anda perlu menerangkan kepada ibu bapa bahawa majoriti kesan advers yang
berlaku adalah ringan dan boleh sembuh tanpa rawatan atau dengan rawatan,
namun terdapat juga peratusan kecil bagi kejadian kesan advers yang lebih serius.
Dalam menyediakan pelan strategi komunikasi dan mesej berkenaan AEFI, anda perlu
memahami beberapa prinsip berkaitan komunikasi risiko. 1

6.1 Konsep Komunikasi Secara Umum

1. Rasa takut dan marah adalah penghalang kepada komunikasi berkesan dengan
ibu bapa.
2. Dengar dahulu apa yang ingin disampaikan ibu bapa dan cuba fahami mengapa
mereka berfikiran sebegitu (persepsi terhadap penyakit, suntikan dan vaksin).
3. Jika berlakunya kesan advers, cuba dapatkan maklumat berkenaannya secepat
mungkin. Ibu bapa perlu tahu bahawa kita mengambil berat perkara ini.

69
4. Pastikan semua organisasi yang terlibat memberikan mesej yang sama kepada
masyarakat. Tujukan maklumat yang jelas kepada situasi yang memerlukannya.
5. Gunakan maklumat dari sumber yang dipercayai supaya ianya mudah diterima
oleh masyarakat.
6. Perlu pastikan masyarakat faham akan kebaikan vaksin yang melebihi risiko.
7. Adalah penting untuk menerangkan kebaikan vaksin dan risiko dengan
menggunakan medium yang mudah difahami. Elakkan penggunaan istilah
perubatan yang rumit dan sukar difahami semasa berkomunikasi dengan ibu
bapa.

6.2 Adakah AEFI Bukti Vaksin Bahaya?


Sesetengah ibu bapa merasakan bahawa oleh sebab vaksin mempunyai AEFI,
bermakna vaksin tidak selamat. Bagaimana untuk menjawab persoalan ini?

Semua ubat-ubatan termasuk sediaan herba mempunyai risiko kesan advers dan
vaksin tidak terkecuali. Beri ibu bapa kefahaman tentang apa sebenarnya kesan
advers susulan imunisasi atau yang lebih dikenali sebagai AEFI.

AEFI adalah apa sahaja kesan advers yang berlaku


selepas seseorang mendapat imunisasi. Namun,
ia tidak semestinya mempunyai hubungkait
dengan pemberian vaksin. Tidak semua AEFI yang
dilaporkan adalah disebabkan oleh vaksin. Ada
yang berlaku secara kebetulan sahaja.

Sebagai contoh, seorang kanak-kanak mengalami sakit perut selepas minum pagi di
rumahnya. Walaupun tidak dapat dikenalpasti sama ada dia mengalami sakit perut
disebabkan oleh makanan yang dimakan semasa minum pagi tersebut ataupun faktor
lain, ia tetap dikira sebagai kesan advers selepas minum pagi.

Adakah jika vaksin menyebabkan AEFI bermakna ia tidak selamat?2

• Sebelum vaksin dipasarkan secara komersial, ia telah diuji dengan teliti pada
ribuan orang menerusi kajian klinikal berskala besar. Ia dipantau dengan ketat bagi
menjamin keselamatan penerimanya.
• Seperti ubat-ubatan, semua vaksin boleh menyebabkan kesan advers tetapi ini
tidak bermakna vaksin tersebut tidak selamat.

70
• Kebanyakan kesan advers ini adalah ringan dan akan sembuh dengan segera
seperti kesakitan dan kemerahan pada tempat suntikan atau demam. Kesan advers
seperti ini merupakan tindak balas badan dalam pembentukan imuniti terhadap
vaksin berkenaan atau lebih dikenali sebagai kesan reactogenicity.
• Kesan advers serius amat jarang berlaku. Sekiranya berlaku, ibu bapa boleh terus
merujuk kepada fasiliti kesihatan terdekat dan pelaporan berkaitan akan dibuat.
• Risiko mendapat jangkitan penyakit cegahan vaksin akibat tidak memberi vaksin
kepada anak adalah lebih tinggi daripada risiko mendapat AEFI yang ringan.
• Yakinkan ibu bapa bahawa vaksin selamat dan KKM memantau keselamatan
penggunaan vaksin secara berterusan.

Analogi:
Kanak-kanak yang melintas jalan tanpa menggunakan
jejantas mempunyai risiko lebih tinggi mendapat
kemalangan yang teruk berbanding kanak-kanak
yang menggunakan jejantas. Konsep ini sama
seperti imunisasi, kanak-kanak yang tidak mendapat
imunisasi terdedah kepada risiko yang lebih tinggi
untuk mendapat jangkitan penyakit berbahaya
berbanding kanak-kanak yang mendapat imunisasi.

1
Produk vaksin - komponen
(kandungan) produk vaksin.

2
Kualiti vaksin - kualiti vaksin
dan alatan administrasi.

AEFI boleh
berlaku
disebabkan
3 Perasaan kebimbangan - bimbang terhadap proses
imunisasi bukan disebabkan oleh vaksin.

oleh:3

4 Kesilapan teknikal - kesilapan dalam penyediaan,


pengendalian atau pemberian vaksin.

5 Kebetulan - faktor-faktor lain dan tidak berkait dengan produk


vaksin, kualiti vaksin, kesilapan teknikal mahupun perasaan
kebimbangan.
71
6.3 Risiko AEFI VS Risiko Penyakit
Adalah tidak wajar untuk terlalu risau tentang AEFI sedangkan risiko yang disebabkan
oleh jangkitan penyakit tersebut adalah lebih besar seperti yang ditunjukkan di bawah:4

VAKSIN RISIKO AEFI RISIKO AKIBAT PENYAKIT


• Alahan teruk • Radang hati kronik pada 90%
(anafilaksis) bayi yang dilahirkan oleh ibu yang
• 1.1 dalam 1 juta dos dijangkiti hepatitis B aktif.
Hepatitis B
(sangat jarang)5 • Barah hati bagi 40-50% orang yang
mempunyai radang hati kronik

• Lumpuh (vaccine- • Radang selaput otak (meningitis):


associated paralytic 1 dalam 25 kes polio
polio): 1 dalam 2.9 juta • Lumpuh: 1-2%
Polio bagi pemberian Oral Polio • Kematian: 2-5%
Vaksin (OPV)5

• Parut • Radang selaput otak dalam 13%


• BCG Osteitis : 1 dalam pesakit TB (5% jika hanya TB paru-
BCG 3333 -10 dos (sangat
6
paru)
(Batuk Kering) jarang)5

• Sawan panas: 0.5 • Difteria:


dalam 100,000 dos » Saluran pernafasan tersumbat
(sangat jarang)6 menyebabkan 5-12% risiko
• Tangisan berpanjangan, kematian.
Difteria, 3 jam atau lebih » Radang jantung (miokarditis)
Kancing Gigi (fussiness): 4.7-12.4% 6
» Radang urat saraf (neuritis)
& Batuk Kokol • Demam melebihi 40 C: 0
• Kancing gigi: Kadar kematian 25%
(DTaP) 0.9% 6
jika memerlukan rawatan intensif
• Batuk Kokol: Radang otak, sawan
dan radang paru-paru & risiko
kematian 2 dalam 1000

• Demam: 1 dalam 50 dos7 • Kematian: 2-5%


Haemophilus
• Reaksi pada tempat • Radang otak dan pekak
influenzae B
suntikan: 1 dalam 10 dos7
(Hib)

72
VAKSIN RISIKO AEFI RISIKO AKIBAT PENYAKIT
Campak, • Anafilaksis: 1 - 3.5 dalam • Campak: Risiko kematian 2 - 3 dalam
Beguk & 1 juta dos (sangat 1000 kes (negara maju). 10-20 kali
Rubela (MMR) jarang) 5
ganda di negara membangun.
• Sawan panas: 1 dalam » Radang otak 1 dalam 1000 kes.
2,000 – 3,000 dos » Sub-acute sclerosing pan
(jarang) 5
encephalitis (SSPE) sering
• Thrombocytopenia: menyebabkan kematian 4 - 11
1 dalam 30,000 dos dalam 100,000 kes
(sangat jarang) 5
• Beguk: Radang otak, pekak
» Radang testis (orchitis) yang
menyebabkan 17 - 38% lelaki hilang
kesuburan
» Menyebabkan wanita keguguran
• Rubela: Sindrom Rubela Kongenital
(katarak, terencat akal, pekak, jantung
berlubang dan lain-lain: Berisiko tinggi
hingga 85% jika ibu mengandung
dalam trimester pertama, 25 - 50%
jika trimester kedua)
Human • Alahan teruk • Risiko barah serviks, faraj, lubang
Papilloma (anafilaksis): 1.7 dalam dubur dan mulut.
Virus (HPV) 1 juta dos (sangat
jarang)8

6.4 Apa Ibu Bapa Perlu Lakukan Jika Berlaku AEFI


KKM sentiasa memantau keselamatan produk yang berdaftar di pasaran termasuk
vaksin. Sila maklumkan kepada ibu bapa/penjaga/pesakit bahawa jika berlakunya
sebarang AEFI, mereka perlu merujuk kepada fasiliti kesihatan yang terdekat. Anggota
kesihatan akan memberi nasihat serta rawatan jika perlu.

Jika anggota kesihatan telah mengesahkan bahawa berlakunya AEFI, ibu bapa/
penjaga/pesakit boleh melaporkan AEFI tersebut menggunakan salah satu cara
pelaporan seperti berikut:9

73
AEFI Dikenalpasti

Pos atau Faks Atas Talian

a. Borang biru: Diisi oleh anggota a. Laman sesawang NPRA


kesihatan (npra.gov.my)
b. Borang pemantauan kesan advers b. Pharmacy Hospital
ringan susulan imunisasi: Diisi oleh Information System
penerima vaksin/ ibu bapa / penjaga (PhIS)
c. Consumer Side Effect Reporting Form
(ConSERF): Diisi oleh pengguna

Pusat Komplians dan Kawalan Kualiti,


Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA),
Lot 36, Jalan Profesor Diraja Ungku Aziz, 46200 Petaling Jaya,
Selangor.
Email: fv@npra.gov.my

74
Rujukan Topik 6:

1. UNICEF. (2019). Building trust and responding to adverse events following


immunisation in south asia: Using strategic communication. https://
communityengagementhub.org/wp-content/uploads/sites/2/2020/04/
Immunisation_report_17May_05final_editing_text.pdf
2. Yeong, M. L. (2015). Imunisasi: Fakta dan kemusykilan. PORTAL MyHEALTH. Diakses
pada Disember 20, 2020, daripada http://www.myhealth.gov.my/imunisasi-
fakta-dan-kemusykilan/
3. Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga. Sektor Kesihatan Kanak-
kanak. (2017). Panduan program imunisasi kebangsaan bayi dan kanak-kanak.
Kementerian Kesihatan Malaysia
4. Nordin, M. M., Ismail, S. A., & Jin, C. L. (2016). Immunisation controversies: What you
really need to know (2nd Edition). Islamic Medical Association of Malaysia.

5. WHO Regional Office for the Western Pacific. (2015). Immunization safety
surveillance: Guidelines for immunization programme managers on surveillance of
adverse events following immunization (3rd ed.). World Health Organization.

6. World Health Organization. (2020). Diphtheria, pertussis, tetanus vaccines


information sheet. Diakses pada Februari 17, 2021, daripada https://www.who.int/
publications/m/item/DTP-vaccine-rates-information-sheet
7. World Health Organization. (2012). Hib information sheet. Diakses pada Februari
17, 2021, daripada https://www.who.int/publications/m/item/hib-vaccine-rates-
information-sheet
8. World Health Organization. (2017). HPV vaccine information sheet. Diakses pada
Mac 21, 2021, daripada https://www.who.int/publications/m/item/hpv-vaccine-
rates-information-sheet
9. Reporting adverse drug reactions and adverse events following immunisation. (t.t.).
National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA). Diakses pada Disember
20, 2020, daripada https://npra.gov.my/index.php/my/health-professionals-2/
pelaporan-adr.html

75
TOPIK 7:
MEMBERI PENJELASAN TENTANG
VAKSIN DARI SUDUT AGAMA

7.1 Teknologi Imunisasi dalam Sejarah Tamadun


Islam

Pendidikan pada zaman kini kurang mengakui sumbangan yang telah diberikan
oleh tamadun Cina, India dan Islam terhadap perkembangan sains dan peradaban
manusia pada era tahun ke 600 sehingga 1600 Masihi (Abad ke-6 hingga ke-16).
Hakikatnya, 1000 tahun keemasan bagi tamadun Islam ini adalah merupakan ‘Zaman
Gelap’ bagi tamadun Eropah. Carta di bawah sering ditemui di dalam buku-buku teks
yang menjelaskan tentang sejarah peradaban dan sains moden, jelas dilihat bahawa
sumbangan tamadun Islam seolah-olah tidak wujud. Salah tanggapan ini telah
menyebabkan ramai orang Islam sendiri tidak menyedari bahawa sains termasuk
perubatan moden adalah kesinambungan sumbangan para saintis di zaman
kegemilangan Islam.1-2

Era Tahun 600 - 1600


Sejarah Sains dan Peradaban yang Peradaban
diajar oleh kebanyakan sistem pendidikan Zaman Moden
Revolusi
Zaman Perindustrian
Renaissance
Zaman
Zaman
Roman
Yunani

Abad BC ke-5 ke-16 ke-18/19 ke-20

Zaman Gelap Eropah

Ilmu sains adalah satu proses berterusan berkembang maju seiring dengan
perkembangan peradaban manusia. Ilmu sains pada zaman ini adalah kesinambungan
ilmu-ilmu sains yang telah ditemui oleh sarjana-sarjana Islam pada abad ke-6 hingga
abad ke-16 lagi. Para ilmuan pada zaman dahulu memberi contoh yang terbaik bahawa
kajian dan ilmu sains adalah selari dengan tuntutan agama Islam yang menggalakkan
ummatnya melihat alam untuk mengenal kekuasaan Allah. Setiap penemuan

76
mempunyai kepentingan terhadap agama dan tuntutan ibadah seperti menentukan
arah kiblat, waktu solat dan seterusnya menyumbang kepada perubahan peradaban
manusia.1-2

Era Tahun 600 - 1600 Peradaban


Zaman Moden
Sejarah Sains dan Peradaban Dunia
Revolusi
Zaman Perindustrian
Renaissance
Zaman
Kegemilangan Islam

Zaman Zaman Zaman Cina, India


Parsi Roman
Zaman Yunani

Peradaban
BC ke-5 ke-7 ke-15/16 ke-18/19 20th
ke-20
Awal

Zaman Gelap Eropah

Sesetengah orang hanya ingin menggunakan perubatan Islam dan tidak mahu
menerima vaksin kerana menganggap ianya sebahagian daripada perubatan
moden yang dikatakan sebagai liberal dan bertentangan dengan agama. Hal ini tidak
benar kerana kebanyakan ilmu sains pada masa kini merupakan kesinambungan
penemuan-penemuan saintifik oleh sarjana-sarjana Islam pada zaman dahulu. Asal
sesuatu ilmu termasuk ilmu perubatan adalah bersifat neutral dan universal yang
boleh dimanfaatkan semua manusia tidak kira ia dipelopori oleh ilmuan mana-mana
kaum, bangsa dan agama. Tidak wajar kita membezakan suatu ilmu itu sekular atau
liberal. Bahkan, Rasulullah SAW juga menerima perubatan berasal dari kaum bukan
Muslim sebagai ikhtiar kerana baginda sendiri merujuk kepada ahli perubatan yang
mahir untuk berubat.

Islam juga mengiktiraf kaedah perubatan yang menggunakan kajian


saintifik. Antara tokoh-tokoh perubatan yang terkenal dari zaman
kegemilangan Islam termasuklah Al Khawarizmi, Muhammad ibn Zakariyya
Al-Razi, Ibnu Sina dan Al Haitham. Malahan, Al Razi mengkaji sistem
imunisasi setelah eksperimen beliau menemui virus campak dan cacar.

Hal ini menunjukkan bahawa imunisasi telah diguna pakai sejak zaman dahulu lagi,
dan vaksin bukanlah perubatan moden atau diasaskan oleh orang kafir seperti yang
diperkatakan.

Sejarah awal vaksin di Eropah hakikatnya bermula setelah seorang wanita bangsawan
British bernama Lady Montague pada kurun ke-17 melihat teknik inokulasi cacar
(smallpox) yang diamalkan secara meluas di empayar Turki Uthmaniyyah, seterusnya
dikembangkan di Eropah.
77
7.2 Berubat dan Kaedah Pencegahan Selari
Dengan Tuntutan Agama Islam

• Islam menyarankan umatnya agar sentiasa mencari penawar kepada penyakit


yang dihidapi, kerana setiap penyakit ada penawar yang perlu dicari, diterokai dan
dikaji.3 Ini sesuai dengan sabda Nabi SAW:

َ ‫ِل ُك ِّل َداءٍ َد َوا ٌء َف ِإذَا ُأ ِص ْي َب َد َوا ُء‬


ِ ‫الدا ِء َب َر َأ ِب ِإذْ ِن ا‬
‫هلل َع َّز َو َج َّل‬
Maksudnya: “Setiap penyakit mempunyai penawar, apabila penawar
menepati penyakit tersebut, nescaya akan sembuh dengan izin Allah.”
(Riwayat Muslim)”

• Usaha merawat atau berubat termasuk tindakan menghindari penyakit sebelum


terjadi. Demikian juga jika dikhawatirkan timbulnya suatu penyakit dan dilakukan
imunisasi untuk melawan penyakit yang muncul di suatu tempat atau di mana saja,
kerana hal itu termasuk tindakan pencegahan. Sebagaimana penyakit yang datang
diubati, demikian juga penyakit yang dikhawatirkan kemunculannya.3 Benarlah
sabda Nabi SAW:

ٌ ‫َل ُيو ِر َد َّن مُ ََّر‬


‫ض َع َلى ُم َص ٍح‬
Maksudnya: “Jangan didekatkan yang sakit dengan yang sihat.”
(Riwayat Bukhari)

• Pengambilan vaksin termasuk salah satu daripada rawatan pencegahan yang


disebut pepatah arab sebagai:4

‫الوِ َقا َي ُة َخ ْي ٌر ِم َن ال ِع َل ِج‬


Maksudnya: “Mencegah itu lebih baik daripada merawat.”

• Di dalam Islam, penjagaan terhadap lima (5) perkara utama yang terkandung
dalam Maqasid Syariah iaitu agama, nyawa, akal, keturunan dan harta adalah
amat dituntut. Penjagaan dan pemeliharaan syariat terhadap lima perkara asas ini
merupakan tanggungjawab yang sangat penting dalam Syariat Islam.

• Kesihatan individu dan masyarakat adalah antara tuntutan agama dan kehidupan,
di mana ia akan memberi manfaat dan kemaslahatan kepada kehidupan seluruh
umat manusia.

78
Pemeliharaan Agama

Pemeliharaan Nyawa

Rujuk Pemeliharaan Akal


al-Muwafaqat
(2/18-19) Pemeliharaan Keturunan

Pemeliharaan Harta

• Pengambilan vaksin telah terbukti boleh mencegah tubuh badan daripada pelbagai
penyakit dan ini bertepatan dengan kaedah Maqasid al-Syariah:4

Maksudnya: “ Penjagaan maslahat-maslahat itu berlaku daripada sudut


mewujudkan maslahat itu dan daripada menjaganya daripada hilang”

7.3 Adakah Islam Membenarkan Imunisasi?

• Penggunaan vaksin dalam program imunisasi bagi mengelak bahaya penyakit-


penyakit yang berkenaan adalah diharuskan oleh syarak selaras dengan Kaedah
Fiqhiyyah iaitu ‫املصالح‬ ‫درء املفاسد مقدم على جلب‬ - Dar-u al-Mafasid Muqaddamun ála
Jalb al-Masalih (Menolak kerosakan adalah didahulukan daripada mencari
kemaslahatan). Sesuatu kerosakan akan cepat berkembang dan bahayanya
adalah lebih besar sekiranya tidak dicegah daripada awal.

• Tidak boleh mendatangkan kemudaratan serta tidak boleh membalas dengan


kemudaratan. Terdapat sebuah kaedah masyhur yang telah disebutkan oleh para
ulama fiqh iaitu :

‫َل َض َر َر َو َال ِض َر َار‬


Maksudnya: “Tidak boleh memberi mudarat dan tidak boleh
membalas kemudaratan dengan kemudaratan”

Melalui kaedah ini dapat difahami bahawa sekiranya meninggalkan suntikan vaksin
akan mendatangkan kemudaratan ke atas dirinya, maka perbuatan meninggalkan
pengambilan vaksin itu dianggap suatu kesalahan di sisi syarak iaitu memberikan
mudarat kepada seseorang manusia.
79
• Kemudaratan itu perlu disingkirkan, Ini berdasarkan sebuah kaedah fiqh yang
masyhur:

ُ ‫الض َر ُر ُي َز‬
‫ال‬ َّ
Maksudnya: “Kemudaratan itu hendaklah dihilangkan.”

• Sesuatu kemudaratan itu dihilangkan atau disingkirkan melalui pelbagai cara.


Antaranya adalah dengan mengambil langkah berjaga-jaga (precaution) terhadap
sesuatu bahaya yang bakal menimpa. Justeru, pengambilan vaksin turut termasuk
dalam cara menyingkirkan kemudaratan kepada sisi seseorang maka vaksinasi ini
turut bertepatan dengan kaedah fiqh di atas.

• Keharusan ini juga adalah berdasarkan Firman Allah S.W.T. dalam surah Al- Baqarah,
Ayat 195 ۛ‌ِ‫ٱلت ۡہ ُل َكة‬
َّ ‫ َو َل ُت ۡل ُقو ْا ِب َأ ۡيدِ ي ُك ۡم ِإ َلى‬yang bermaksud: “Dan janganlah kamu sengaja
mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan”. Program imunisasi
bukan lagi merupakan kehendak seorang individu, tetapi imunisasi kini menjadi
keperluan kepada masyarakat secara umumnya.

• Oleh itu, tindakan pencegahan terhadap perkara-perkara yang boleh memudaratkan


kesihatan, nyawa dan akal manusia adalah amat dituntut oleh Islam bersesuaian
dengan Kaedah Fiqhiyyah ‫ سد الذريعة‬- Saddu al-Zari’ah (Menyekat Pintu Kerosakan).

• Pengambilan vaksin berjadual mengikut Program Imunisasi Kebangsaan


adalah wajib ke atas ibu bapa untuk anak-anak mereka.

• Ibu bapa dan penjaga yang lalai daripada kewajiban ini adalah berdosa
apabila anak-anak mereka dijangkiti penyakit berjangkit yang boleh
dielakkan.

• Sekiranya penyakit berkenaan membawa mudarat kepada orang


lain kerana kecuaian ibu bapa, atau penjaga tersebut, maka mereka
mendapat dosa yang lain.4

Mufti Wilayah Persekutuan


Bayan Linnas Siri ke-167

80
7.4 Adakah Islam Membenarkan Penggunaan
Ubat Daripada Sumber Yang Haram?

• Islam pada dasarnya menegah penggunaan ubat dari sumber yang haram untuk
mengubati sesuatu penyakit. Ketetapan ini adalah berdasarkan hadis Rasulullah
S.A.W. Daripada Abi Darda’ RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

َ َّ ‫إ َِّن‬
‫ َو َج َعلَ ِل ُك ِّل َداءٍ َد َوا ًء َف َت َد َاو ْوا َو َل َت َد َاو ْوا ب َِح َر ٍام‬،‫الل َأ ْن َز َل الدَّ ا َء َوالدَّ َوا َء‬
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah telah menurunkan penyakit dan penawar,
dan Dia telah menjadikan bagi tiap-tiap penyakit itu penawar, maka kamu
semua berubatlah dan janganlah kamu semua berubat dengan (perkara-
perkara) yang haram”

• Walau bagaimanapun, dalam keadaan darurat di mana tiada ubat lain yang
boleh digunakan secara berkesan untuk mengubati sesuatu penyakit, sedangkan
sesuatu penyakit itu perlu dicegah dan dirawat untuk memelihara kesihatan diri
dan nyawa, ubat yang bersumberkan perkara-perkara yang ditegah adalah
diharuskan selama mana tiada ubat lain dari sumber yang halal ditemui dan
ianya dilakukan mengikut kadar yang diperlukan sahaja. Dalam mempertimbangkan
hukum keharusan mengambil benda haram dalam situasi darurat beberapa
kaedah fiqhiyyah boleh dijadikan sandaran. Antaranya ialah kaedah
‫امل ُظورات‬
ْ َ ‫ِيح‬
ُ ‫ورات ُتب‬ ّ “Darurat mengharuskan perkara yang dilarang”.
ُ ‫الض ُر‬

• Dalam situasi sesebuah negara yang memerlukan perlindungan atau pelalian


daripada ancaman wabak atau penyakit berjangkit, kepentingan ubat atau
vaksin memang tidak dinafikan. Dalam situasi darurat yang mengancam nyawa,
walaupun penggunaan ubat dari sumber yang haram mungkin diharuskan,
namun pengambilan suatu yang haram semasa darurat dibatasi dengan
kaedah ‫الض ُر ْو َر ُة ُتق ََّد ُر ِبق ََدر َِها‬
َّ (Darurat dinilai sekadar keperluan). Dalam masa yang
sama orang Islam wajib berusaha bersungguh-sungguh keluar daripada situasi
darurat. Berdasarkan kaedah ini, menggunakan suatu yang haram dalam situasi
bukan darurat adalah dilarang.

81
• Dalam mempertimbangkan keharusan penggunaan sesuatu yang haram dalam
situasi darurat ini, syarat-syarat yang ditetapkan untuk memastikan keperluan situasi
tersebut berada di peringkat darurat perlulah dipenuhi. Syarat-syarat tersebut ialah:

i. Berlaku atau wujud satu keadaan di mana kemusnahan atau kemudaratan


pada lima perkara asas (agama, nyawa, akal, keturunan dan harta) atau pun
kemusnahan akan berlaku secara pasti ataupun berdasarkan kepada sangkaan
yang kuat berpandukan pengalaman-pengalaman atau pengetahuan.

ii. Seseorang yang berada dalam keadaan darurat itu bertentangan dengan
perintah atau larangan syarak, atau tidak terdapat sesuatu yang diharuskan oleh
syarak untuk menghilangkan kemudaratan melainkan perkara yang ditegah.

iii. Mestilah dipastikan bahawa kewujudan benda-benda halal yang lain tidak
dapat menghindarkan kemudaratan yang menimpa pesakit.

iv. Pengambilan yang haram itu sekadar keperluan sahaja.

v. Pada waktu pengubatan, pengambilan yang haram itu hendaklah dipasti dan
diperakui oleh seorang doktor pakar muslim yang adil.

7.5 Adakah Mematuhi Arahan Ulil Amri Satu


Kewajipan bagi Umat Islam?

• Mentaati pemerintah adalah perkara yang dituntut oleh syarak. Banyak nas dari Al-
Quran dan Al-Sunnah yang jelas menunjukkan kepada perkara ini. Antaranya adalah
firman Allah S.W.T dalam surah Al-Nisa’ ayat 59 :

ُ ‫ال ْم ِر ِم‬
َ ْ ‫ول َو ُأو ِلي‬ َ َّ
‫نك ْم‬ َ ‫الر ُس‬ َ ‫َيا َأ ُّي َها ا َّل ِذ‬
َّ ‫ين آ َم ُنوا َأ ِطي ُعوا الل َو َأ ِطي ُعوا‬
Maksudnya: “Wahai orang yang beriman taatlah kamu kepada Allah,
taatlah kamu kepada Rasul serta (taatlah kepada) ulil amri (para pemimpin)
dari kalangan kamu.”

• Ketaatan kepada ulil amri hanyalah terikat dengan ketaatan kepada Allah S.W.T serta
Rasul-Nya S.A.W. Oleh itu, ketaatan kepada arahan ulil amri adalah berkaitan dengan
perkara-perkara yang makruf sahaja. Ini bertepatan dengan sebuah hadis yang
diriwayatkan oleh Ibn Umar R.A beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :

82
‫اع َة‬ َ ‫ َف ِإذَا ُأ ِم َر بِ َ ْع ِص َي ٍة َف‬،‫ َما َل ْم ُي ْؤ َم ْر ب ِْالَ ْع ِص َي ِة‬، ٌّ‫اع ُة َحق‬
َ ‫ال َس ْم َع َو َال َط‬ َّ ‫الس ْم ُع َو‬
َ ‫الط‬ َّ
Maksudnya: “Dengar dan taat (kepada pemerintah) itu merupakan suatu
perkara yang hak (kemestian), selama mana mereka tidak memerintahkan
kepada maksiat. Apabila mereka (pemerintah) mengarahkan kepada maksiat
maka tidak wajib dengar dan taat (pada arahan tersebut).”
Riwayat Al-Bukhari

• Oleh itu, arahan yang dikeluarkan oleh ulil amri merupakan suatu kemakrufan,
kebaikan, dan bukan maksiat maka wajib hukumnya arahan tersebut untuk dipatuhi.
Ini bertepatan dengan kaedah fiqh yang masyhur:

َّ ‫َت َص ُّر ُف اإل َما ِم َع َلى‬


ٌ ‫الر ِع َّي ِة َم ُن‬
‫وط بِاملَ ْص َل َحة‬
Maksudnya: “Urus tadbir pemerintah ke atas rakyat hendaklah
terikat dengan maslahah.”

7.6 Persoalan-Persoalan Yang Sering Dibangkitkan


Dari Sudut Agama oleh Ibu Bapa

Janin Bayi Digunakan Dalam Proses Pembuatan Vaksin5-7


• Sel berasal daripada janin digunakan untuk membuat vaksin seperti rubela, cacar
air (varisela) dan hepatitis A.

• Ia digunakan sebagai tapak pembiakan virus-virus penyakit tersebut bagi


penghasilan vaksin (seperti kita menggunakan tanah dan baja bagi menanam
sayur-sayuran untuk dimakan).

• Tiada kezaliman berlaku di sini kerana sel janin yang digunakan adalah berasal
daripada dua janin yang digugurkan secara sukarela pada awal tahun 1960-an. Sel-
sel tersebut di inkubasi didalam sel fibroblas dan terus membiak tanpa pengunaan
sel janin yg baru.

• Pengguguran janin bayi untuk penghasilan vaksin yang baharu tidak perlu dilakukan
lagi kerana sel janin yang telah diperoleh itu masih dikekalkan lagi dalam kultur
makmal.

• Sebelum virus diproses untuk dimasukkan ke dalam vaksin, ia telah diasingkan


daripada tapak pembiakan tersebut.

83
Pemberian Vaksin Bererti Menolak Ketentuan Tuhan8
• Sesetengah penganut agama Islam beranggapan imunisasi adalah bertentangan
dengan konsep menerima ketentuan tuhan.

• Konsep ini adalah sama sekali tidak benar kerana sebelum bertawakal, kita
seharusnya berusaha.

• Konsep berusaha dan kuarantin termasuk dalam bentuk mencegah penyakit


sebelum ia berlaku seperti yang dinyatakan oleh hadis di bawah:

‫ َفال َت ْخ ُر ُجوا ِف َر ًارا ِم ْن ُه‬، ‫ َو ِإذَا َو َق َع ِب َأ ْر ٍض َو َأ ْن ُت ْم ب َِها‬، ‫ِإذَا َس ِم ْع ُت ْم ِب ِه ِفي َأ ْر ٍض َفال َتقْ َد ُموا َع َل ْي ِه‬

“Jika kamu mendengar sesuatu wabak menular di sesebuah tempat,


janganlah kamu memasuki kawasan itu. Namun jika wabak tersebut
merebak di tempat kamu, janganlah kamu meninggalkan kawasan itu.”
HR Sahih Al-Bukhari

Vaksin Diperbuat Daripada Kandungan yang Berasaskan Babi9-10


• Ada beberapa vaksin yang proses pembuatannya melibatkan penggunaan enzim
babi seperti vaksin oral polio (tidak lagi digunakan di Malaysia) dan rotavirus.

• Fungsi enzim babi yang digunakan iaitu tripsin adalah untuk mengasingkan virus
daripada sel kultur.

• Melalui proses microfiltration dan ultrafiltration, tripsin dan komponen tertentu lain
telah dikeluarkan.

• Proses ini dilakukan sehingga produk akhir vaksin tidak mempunyai sebarang kesan
tripsin.

• Ini menepati konsep istihlak di mana tripsin tersebut telah hilang disebabkan proses
penapisan dan penulenan.

84
7.7 Merujuk Ahli Ikhtisas (Pakar)
• Ahli ikhtisas (pakar rujuk yang berautoriti) adalah mereka yang berkepakaran dan
mempunyai ilmu serta pengalaman yang mendalam dalam bidang masing-masing.
Dalam isu vaksin ini, sudah tentu pakar-pakar perubatan khususnya berkenaan pakar
dalam bidang vaksin telah dirujuk dan dibentangkan untuk mendapat gambaran
secara khusus dan terperinci. Justeru, asaskan pertimbangan ini berdasarkan
kepada nas Ilahi: 3,11

ِّ َ‫اس َأ ُلوا َأ ْهل‬


َ‫الذ ْك ِر إِن ُكن ُت ْم َل َت ْع َل ُمون‬ ْ ‫َف‬
Maksudnya: Oleh itu bertanyalah kamu (wahai golongan musyrik) kepada
orang-orang yang berpengetahuan ugama jika kamu tidak mengetahui.
(Surah al-Nahl: 43)

• Berkata Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi: “Jelasnya merujuklah kepada pakar dan ahli
bidang-bidang tertentu jika kamu tidak mengetahui dan memahaminya. Kaedah ini
merupakan pedoman hidup sepanjang masa sebagaimana jika seseorang atau
salah seorang daripada ahli anggota keluarganya menderita sakit, (pakar rujuk
yang berautoriti) maka dia akan merujuk dan memohon bantuan orang yang
pakar dalam bidang perubatan iaitu doktor. Begitu juga dalam perkara agama,
ia mesti merujuk dan meminta nasihat serta petunjuk daripada pakar-pakar yang
menguasai ilmu agama iaitu para ulama’.” (Lihat Fatwa Antara Ketelitian dan
Kecerobohan oleh Dr Yusuf al-Qaradhawi, hlm 45)3,11

7.8 Apakah Ketetapan Jawatankuasa Muzakarah


Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama
Islam Malaysia Mengenai Kedudukan
Beberapa Jenis Vaksin dan Imunisasi?

• Fenomema ibu bapa menolak suntikan imunisasi kepada anak-anak mereka adalah
amat membimbangkan. Perbuatan ini bukan sahaja merbahaya kepada anak-
anak yang merupakan generasi masa depan kita, tetapi juga boleh menjadi punca
merebaknya jangkitan penyakit-penyakit merbahaya tersebut. Dalam hal ini Islam
amat menitikberatkan keselamatan umat manusia. Perlu difahami bahawa sesuatu
perkara yang hendak dilaksanakan untuk maslahah ummah hanya diperakukan
oleh syarak sekiranya tidak bercanggah dengan Maqasid Syariah iaitu
menjaga agama, nyawa, akal, keturunan dan harta.
85
• Menurut Jumhur Fuqaha’, sebarang penyakit perlu dihindari, dirawat dan diubati.
Dalam konteks ini pencegahan daripada sebarang bentuk gejala yang boleh
menjejaskan kesihatan, nyawa dan akal adalah menjadi pegangan dan keutamaan
ajaran Islam.

• Kaedah pencegahan melalui vaksinasi dapat dilihat dalam tujuh keputusan


Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia
daripada tahun 1988 hingga 2013 seperti berikut:

i. Pelalian Rubela (Imunisasi Rubela) (tahun 1988).

ii. Imunisasi Hepatitis B (tahun 1988).

iii. Imunisasi Campak, Tibi, Batuk Kokol, Difteria, Tetanus Dan Polio (tahun 1989).

iv. Pelalian Vaksin Meningococcal Meningitis (tahun 2002 dan dipinda keputusannya
pada 2014).

v. Vaksin Biothrax Dan Vaksin Rotateq (tahun 2008).

vi. Vaksin Human Papilloma Virus (HPV) (tahun 2010).

vii. Vaksin Meningitis Menveo (tahun 2013).

• Daripada tujuh keputusan ini, hanya Vaksin Biothrax dan Vaksin Rotateq sahaja
yang tidak diharuskan oleh Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal
Ehwal Ugama Islam Malaysia kerana mengandungi unsur haram dan tidak berlaku
keadaan darurat untuk mengambilnya.

• Dapatlah disimpulkan bahawa keharusan pengambilan sesuatu vaksin bukanlah


bersifat secara mutlak. Ia mempunyai syarat-syarat seperti berikut :

i. Sumber vaksin hendaklah daripada bahan-bahan yang suci dan tidak najis.
ii. Jika tidak dapat dielakkan, vaksin yang bersumberkan daripada bahan haram
dibenarkan atas dasar darurat.

iii. Sekiranya terdapat dua pilihan vaksin iaitu yang bersumberkan bahan halal dan
yang haram, maka wajib memilih vaksin yang bersumberkan bahan halal.

iv. Sebarang pengenalan kepada vaksin baru di Malaysia khususnya, wajar


mendapat pandangan hukum pihak berautoriti agama seperti Jawatankuasa
Muzakarah MKI terlebih dahulu.

86
VAKSIN PANDANGAN ISLAM11

Fatwa: Harus
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal
Ugama Malaysia yang bersidang kali ke-22 pada 24 November
Hepatitis B
1988 telah memutuskan bahawa vaksin untuk imunisasi hepatitis B
yang dihasilkan daripada ragi adalah TIDAK NAJIS dan HARUS (boleh)
digunakan untuk tujuan tersebut.

Fatwa: Harus
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal
Ugama Islam Malaysia Kali Ke-21 yang bersidang pada 12 Sep 1988
telah membincangkan pelalian rubela (imunisasi rubela). Muzakarah
Rubela
telah memutuskan bahawa vaksin rubela yang digunakan oleh
Kementerian Kesihatan Malaysia pada masa ini tidak najis dan
hukumnya harus digunakan untuk suntikan dalam badan bagi
mencegah penyakit rubela.

Hukum: Harus
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal
Ugama Islam Malaysia Kali Ke-24 yang bersidang pada 5-6 Jun 1989
telah membincangkan pandangan Islam terhadap imunisasi
campak, tibi, batuk kokol, difteria, tetanus dan polio.

Campak, Tibi,
Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:
Batuk Kokol,
1. Program imunisasi campak, tibi, batuk kokol, difteria, tetanus dan
Difteria,
polio adalah harus di segi syarak kerana berdasarkan kaedah
Tetanus Dan
‫“ درء املفاسد مقدم على جلب املصالح‬menolak kerosakan adalah didahulukan
Polio
daripada mencari kemaslahatan” dalam perundangan Islam.
2. Vaksin-vaksin yang digunakan dalam imunisasi bagi penyakit-
penyakit tersebut hendaklah diambil daripada bahan yang suci,
sekiranya vaksin daripada bahan suci tidak diperolehi atau sukar
diperolehi, maka penggunaan vaksin yang sedia ada adalah
diharuskan.

87
VAKSIN PANDANGAN ISLAM11

Hukum: Harus dari unsur lembu


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi
Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-53 yang bersidang
Meningococcal pada 27 Nov 2002 telah membincangkan suntikan pelalian
Meningitis vaksin Meningococcal meningitis oleh orang Islam. Muzakarah
telah memutuskan bahawa hukum menggunakan pelalian
Meningococcal meningitis mencevax yang diambil daripada
sumber lembu adalah harus.

Hukum: Haram kerena menggunakan unsur dari babi


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal
Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-81 yang bersidang pada 31
Mac 2008 telah membincangkan hukum penggunaan vaksin
Biothrax dan vaksin Rotateq yang menggunakan unsur babi
Vaksin Biothrax dalam proses penghasilannya. Muzakarah telah memutuskan
Dan Vaksin bahawa penggunaan vaksin Biothrax dan Rotateq adalah tidak
Rotateq dibenarkan kerana:
1. Situasi kini dianggap tidak darurat
2. Terdapat bahan atau ubat alternatif selain penggunaan unsur
babi dalam pemprosesan kedua-dua vaksin
3. Tiada data sokongan yang kuat untuk membuktikan rakyat
negara ini memerlukan kedua-dua vaksin ini.
Fatwa: Harus
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal
Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-92 yang bersidang pada
15 - 17 Disember 2010 telah membincangkan hukum pengambilan
vaksin Human Papilloma Virus (HPV). Muzakarah telah membuat
keputusan seperti berikut:
Human 1. Setelah mendengar taklimat daripada pihak Biro Pengawalan
Papilloma Virus Farmaseutikal Kebangsaan serta pandangan dan hujah-
(HPV) hujah yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa
Islam menggesa umatnya supaya menjaga kesihatan kerana
penjagaan kesihatan seseorang individu akan menentukan
tahap dan mutu kesihatan masyarakat secara umumya.
Pemberian vaksin merupakan jalan pencegahan awal yang
diambil oleh pihak kerajaan dalam usaha mengelakkan
penyebaran virus di kalangan wanita.

88
VAKSIN PANDANGAN ISLAM11

2. Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa


pengambilan vaksin Human Papilloma Virus (HPV) yang telah
dipastikan tiada unsur meragukan dalam kandungannya dan
Human tidak mendatangkan kemudaratan adalah diharuskan bagi
Papilloma mencegah penyakit kanser pangkal rahim (servik) di kalangan
Virus (HPV) wanita.
3. Muzakarah juga memutuskan bahawa pemvaksinan ini hendaklah
tidak mengandungi unsur-unsur eksploitasi terhadap pengguna
atau digunakan untuk tujuan yang bercanggah dengan syarak.

Hukum: Harus
Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal
Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 17 Julai 2013
telah membincangkan hukum penggunaan vaksin Meningitis
menveo.
Meningitis
Menveo Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:
“Setelah mendengar taklimat dan penjelasan daripada Biro
Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) dan meneliti
keterangan, hujah-hujah serta pandangan yang dikemukakan,
Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa hukum penggunaan
vaksin Meningitis menveo adalah diharuskan”.

Hukum: Harus
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal
Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-105 yang bersidang pada 3-5
Februari 2014 telah membincangkan mengenai kajian semula hukum
penggunaan vaksin Meningitis menomune.

Meningitis
Muzakarah telah memutuskan bahawa:
Menomune
1. “Setelah meneliti formulasi dan proses terbaru dalam penghasilan
vaksin menomune yang bebas daripada penggunaan sebarang
sumber haiwan beserta fakta-fakta dan hujah-hujah yang
dikemukakan, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa hukum
penggunaan vaksin Meningitis menomune yang dikeluarkan oleh
Sanofi Pasteur adalah diharuskan.”

89
VAKSIN PANDANGAN ISLAM11
2. Oleh yang demikian, status pengharaman terhadap vaksin
tersebut yang telah diputuskan pada Muzakarah kali Ke-53
tarikh 27 November 2002 adalah dibatalkan.
Hukum: Masih belum ada fatwa yang menentukan hukum
pengambilan vaksin ini
DTaP-IPV-
HepB-Hib
Proses pembuatan vaksin ini adalah melalui sumber yang
halal dan pembuatannya tiada mencurigakan.

Hukum: Masih belum ada fatwa yang menentukan hukum


pengambilan vaksin ini
Pneumokokal
Proses pembuatan vaksin ini adalah melalui sumber yang
halal dan pembuatannya tiada mencurigakan

Fatwa: Harus untuk masyarakat umum. Wajib untuk golongan


tertentu.12
Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah MKI Kali Ke-10 yang
Covid-19
bersidang pada 3 Disember 2020, telah mengambil ketetapan
bahawa hukum penggunaan vaksin COVID-19 harus dan wajib
diambil oleh golongan yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia.

90
Rujukan Topik 7:

1. National Geographic. (2012). Salim Al-Hassani: 1001 inventions | Nat Geo live [Video].
YouTube. https://www.youtube.com/watch?v=879kqbx9rqc
2. Ahmed, S. A. (2017). Relocating muslim contributions on the road to civilization. The
Companion. Diakses pada Januari 5, 2021, daripada https://thecompanion.in/
relocating-muslim-contributions-road-civilization/
3. Irsyad al-fatwa ke-30: Hukum vaksin daripada perspektif Islam. (2015). Pejabat
Mufti Wilayah Persekutuan. Diakses pada Mac 8, 2021, daripada https://
muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/2069-30
4. Bayan linnas siri ke-167: Kewajiban mengambil vaksin mengikut jadual imunisasi
kebangsaan daripada perspektif Islam. (2019). Pejabat Mufti Wilayah
Persekutuan. Diakses pada Mac 8, 2021, daripada https://muftiwp.gov.my/
artikel/bayan-linnas/3129-bayan-linnas-siri-ke-166-kewajiban-mengambil-
vaksin-mengikut-jadual-imunisasi-kebangsaan-daripada-perspektif-islam
5. Pelčić, G., Karačić, S., Mikirtichan, G. L., Kubar, O. I., Leavitt, F. J., Cheng-Tek Tai,
M., Morishita, N., Vuletić, S., & Tomašević, L. (2016). Religious exception for
vaccination or religious excuses for avoiding vaccination. Croatian Medical
Journal, 57(5), 516–521. https://doi.org/10.3325/cmj.2016.57.516
6. Vatican statement on vaccines derived from aborted human fetuses. (t.t.).
Immunization Action Coalition. Diakses pada Januari 4, 2021, daripada https://
www.immunize.org/talking-about-vaccines/vaticandocument.htm
7. Yeong, M. L. (2015). Imunisasi: Fakta dan kemusykilan. PORTAL MyHEALTH. Diakses
pada Disember 20, 2020, daripada http://www.myhealth.gov.my/imunisasi-
fakta-dan-kemusykilan/
8. Nordin, M. M., Ismail, S. A., & Jin, C. L. (2016). Immunisation controversies: What you
really need to know (2nd Edition). Islamic Medical Association of Malaysia.
9. Oxford Vaccine Group. (2020). Gelatine in vaccines. Vaccine Knowledge. Diakses
pada Disember 21, 2020, daripada https://vk.ovg.ox.ac.uk/vk/gelatine
10. Rosman, A. S., Khan, A., Fadzillah, N. A., Darawi, A. B. S., Hehsan, A., Hassan, A.
M., Ghazali, M. A., Haron, Z. (2020). Fatwa debate on porcine derivatives in
vaccine from the concept of physical and chemical transformation (istihalah)
in Islamic jurisprudence and science. Journal of Critical Reviews, 7(7), 1037-1045.
doi:10.31838/jcr.07.07.189
11. Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga. Sektor Kesihatan Kanak-
kanak. (2017). Panduan program imunisasi kebangsaan bayi dan kanak-kanak.
Kementerian Kesihatan Malaysia.
12. Al-Bayan siri 7. (2021). Pengambilan vaksin Covid-19 : Hukum dan permasalahannya.
Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). https://mira.
gov.my/wp-content/uploads/2021/01/AL-BAYAN_SIRI-7.pdf

91
TOPIK 8:
MEYAKINKAN IBU BAPA BAHAWA KAEDAH
ALAMI ATAU PERUBATAN ALTERNATIF
BUKAN PENGGANTI IMUNISASI

PETUA KONSULTASI BERKESAN


“Sebelum menjawab soalan ibu bapa, elak menggunakan kata-
kata dan perilaku yang menyakitkan hati mereka. Dengar dengan
baik dan jangan sekali-kali mengatakan bahawa kepercayaan
mereka adalah salah dan tidak masuk akal.”

Pemberian susu ibu, pemakanan sunnah dan kaedah perubatan alternatif sering
menjadi hujah bagi golongan anti-vaksin di mana mereka mengatakan kaedah alami
ini boleh menggantikan vaksin. Walaupun kaedah alami seperti ini mempunyai manfaat,
ianya tidak dapat memberikan perlindungan terhadap penyakit berjangkit.

8.1 Susu Ibu Tidak Dapat Melindungi Bayi untuk


Selamanya

• Ketika mengandung dan juga semasa menyusu, antibodi dipindahkan secara pasif
daripada ibu kepada bayi. Antibodi ini melindungi bayi daripada demam-demam
biasa tetapi tidak bagi penyakit yang merbahaya.1
• Perlindungan ini penting untuk bayi di peringkat awal kehidupan tetapi perlindungan
ini adalah untuk tempoh yang sementara.1
• Ini berlaku kerana antibodi daripada ibu akan berkurangan apabila bayi semakin
membesar. Antibodi ini tidak diganti kerana bayi tidak menghasilkan antibodinya
sendiri.
• Kebiasaannya, bayi tidak akan mempunyai perlindungan mencukupi 6-12 bulan
selepas lahir.1
• Vaksin diperlukan bagi membolehkan bayi menghasilkan antibodi mereka sendiri
yang bertahan lebih lama dan khusus untuk penyakit-penyakit yang sering
mengancam nyawa bayi.

92
Vaksin dan Susu Ibu Saling Melengkapi
Terdapat kajian yang menunjukkan susu ibu dapat:2
• Membantu ibu dan bayi menangani situasi tekanan
yang berlaku selepas mendapat vaksinasi.
• Menambah baik rangsangan terhadap vaksin bagi
sistem imun bayi yang masih sedang dalam proses
matang.

8.2 Salah Tanggapan Tentang


Tahnik dan Makanan Sunnah
Tahnik
• Tahnik bermaksud membelah mulut bayi yang baru
dilahirkan dengan buah tamar (kurma) yang dikunyah
dan digosokkan ke mulut bayi di bahagian lelangit
mulut, dan sebahagiannya lagi masuk ke dalam perut
bayi tersebut.3-4
• Biasanya dengan tamar (kurma kering) atau ruthab (kurma basah). Sekiranya
ketiadaan kurma maka boleh menggunakan selain dari kurma yang bersifat manis
seperti madu.
• Terdapat tanggapan bahawa amalan tahnik bayi dapat meningkatkan sistem imun
bayi.
• Kajian terkini menunjukkan kurma mempunyai ciri-ciri anti-oksidan, anti-inflamasi
dan anti-kanser yang masih perlu dipastikan dengan kajian yang lebih terperinci.5
• Tahnik dengan kurma memberi tiga kebaikan kepada bayi:
1. memastikan kadar gula yang stabil kerana bayi berisiko tinggi untuk mendapat
hipoglisemia
2. menguatkan deria rasa
3. menguatkan refleks hisap dan telan (suck and swallow).
• Tahnik adalah amalan sunat yang digalakkan tetapi kaedah ini tidak mempunyai
pencegahan kepada penyakit berjangkit yang khusus.
• Vaksin sebaliknya terbukti secara khusus dapat mencegah penyakit-penyakit
berjangkit berbahaya seperti tuberkulosis, difteria, pertusis, campak, polio dan lain-
lain.

93
Makanan Sunnah

• Jawatankuasa Muzakarah MKI Kali Ke-108 yang bersidang pada 2-3 November
2015 telah memutuskan bahawa penggunaan istilah ruqyah dan ‘makanan
sunnah’ secara tidak bertanggungjawab untuk tujuan mengaut keuntungan dan
melariskan produk perlu dihentikan kerana dibimbangi ia termasuk dalam perbuatan
memperdagangkan ayat-ayat al-Quran yang ditegah oleh ajaran Islam.
• Bahkan amalan ini dibimbangi akan menggugat akidah sekiranya masyarakat
meyakini keberkesanan ruqyah pada sesuatu produk tersebut mengatasi usaha
dan ikhtiar serta kekuasaan Allah SWT.6-7
• Semasa hayatnya, Rasulullah SAW ada mengambil madu, zaitun, kurma, ara, delima,
habbatus sauda, air zam-zam, tembikai, pisang, labu, tepung, cuka, susu, daging
kambing dan lembu sebagai sumber diet makanan untuk badan dan kesihatan.3,8
• Ada di antara makanan ini yang telah dibuktikan dapat menguatkan sistem imun,
tetapi perlindungan yang diberikan bersifat umum dan tidak khusus kepada penyakit
berjangkit.
• Vaksin masih sangat diperlukan untuk mencegah penyakit-penyakit berjangkit
yang merbahaya.

“MAKANAN SUNNAH TIDAK MENYANGKAL


KEPENTINGAN VAKSIN DALAM MENCEGAH
PENYAKIT BERJANGKIT”

8.3. Vitamin, Penggalak Imun, Zat Tambahan dan


Makanan Tambahan

• Secara umumnya; vitamin atau makanan tambahan adalah penting untuk menjadi
bahan asas pembentukan sistem pertahanan badan.9
• Bahan-bahan ini diumpamakan seperti blok asas untuk pembinaan bangunan
yang kuat. Blok-blok asas ini sangat penting terutama untuk pertahanan awal bagi
menghadapi kuman (innate immunity).

94
• Blok-blok asas ini sahaja tidak mencukupi untuk membina bangunan bagi
menghadapi kuman yang merbahaya. Bentuk bangunan adalah berbeza
bergantung kepada musuh yang bakal dihadapi. Contohnya, bangunan bagi
menghadapi banjir berbeza dari bangunan untuk menghadapi tanah runtuh.
• Begitu juga dengan sistem imun badan manusia, ia bergantung kepada sistem
keimunan perolehan (adaptive immunity). Adaptive immunity ini boleh diperolehi
dengan vaksinasi.

Vaksin membina sistem


imun terarah (adaptive
immunity) dengan lebih
Makanan Zat Vitamin
Tambahan Galian sempurna

8.4 Homeopati dan Naturopati Tidak Menafikan


Fungsi Vaksin

• Naturopati dan homeopati adalah sistem penyembuhan yang bertujuan untuk


memberikan rawatan kesihatan secara menyeluruh menggunakan beberapa
kaedah tradisional. 10
• Antara amalan yang diketengahkan oleh mereka adalah seperti:
» Jadual vaksinasi alternatif untuk kanak-kanak dan bayi11
Mereka menyusun sendiri vaksin yang patut diberi mengikut tahap betapa serius
sesuatu penyakit itu pada pandangan mereka.

95
» Mempromosikan penggunaan nosode12
Nosode adalah satu kaedah penyediaan homeopati yang diperbuat daripada
bahan patologi yang diambil daripada bangkai haiwan atau mayat manusia
seperti air liur, nanah, air kencing atau tisu berpenyakit.
• Tiada kajian yang dapat membuktikan penggunaan nosode berkesan sebagai
alternatif kepada vaksin.13
• Penggunaan jadual vaksinasi alternatif juga tidak boleh dituruti. Masyarakat perlu
tahu bahawa jadual vaksinasi yang telah dikeluarkan oleh KKM adalah berdasarkan
perbincangan pakar-pakar kesihatan Malaysia dan merupakan jadual yang terbaik
untuk anak-anak.

Rujukan Topik 8:

1. Babies receive antibodies with breast milk. Why do they need vaccines if they
already get this natural protection? (2020). VaccinesToday. Diakses pada
Disember 21, 2020, daripada https://www.vaccinestoday.eu/faq/babies-
receive-antibodies-with-breast-milk-why-do-they-need-vaccines-if-they-
already-get-this-natural-protection/
2. Dòrea J. G. (2009). Breastfeeding is an essential complement to vaccination.
Acta Paediatrica (Oslo, Norway : 1992), 98(8), 1244–1250. https://doi.org/10.1111/
j.1651-2227.2009.01345.x
3. Nordin, M. M., Ismail, S. A., & Jin, C. L. (2016). Immunisation controversies: What you
really need to know (2nd Edition). Islamic Medical Association of Malaysia.

4. Al-Kafi #1605 : Hukum tahnik dengan selain tamar. (2020). Pejabat Mufti Wilayah
Persekutuan. Diakses pada Mac 21, 2021, daripada https://www.muftiwp.gov.
my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/4182-al-kafi-1605-hukum-tahnik-dengan-selain-
tamar
5. Rahmani, A. H., Aly, S. M., Ali, H., Babiker, A. Y., Srikar, S., & Khan, A. A. (2014).
Therapeutic effects of date fruits (Phoenix dactylifera) in the prevention of
diseases via modulation of anti-inflammatory, anti-oxidant and anti-tumour
activity. International Journal of Clinical and Experimental Medicine, 7(3), 483–491.
6. Hukum penjualan produk menggunakan ayat ruqyah (ayat Al-Quran) untuk tujuan
komersial. (2015). JAKIM. Diakses pada Mac 21, 2021, daripada http://e-smaf.
islam.gov.my/e-smaf/index.php/main/mainv1/fatwa/pr/10334
7. Hukum penjualan produk menggunakan ayat ruqyah (ayat al-Quran) untuk tujuan
komersial. (2016). JAKIM. Diakses pada Mac 21, 2021, daripada http://e-smaf.
islam.gov.my/e-smaf/index.php/main/mainv1/fatwa/pr/11018

96
8. Wan Abdullah, W. N., Rahim, F., & Abdullah, A. (2015). Indahnya pemakanan &
perubatan Islam. Telaga Biru.

9. Erickson, K. L., Medina, E. A., & Hubbard, N. E. (2000). Micronutrients and


innate immunity. The Journal of Infectious Diseases, 182(1), S5–S10. https://doi.
org/10.1086/315922
10. Naturopathy. (2018). MyDr.Com.Au. Diakses pada Disember 21, 2020, daripada
https://www.mydr.com.au/complementary-medicine/naturopathy/
Science-Based Medicine. (2010). Homeopathic Vaccines. Diakses pada
Disember 29, 2020 daripada: https://sciencebasedmedicine.org/reference/
homeopathy/
11. Alternative medicine. (2019). Naturopathic Medicine Blog | Natural Medicine
Articles of Interest. Diakses pada Disember 21, 2020, daripada https://www.
healthforlifend.com/blog/alternative-vaccine-schedules/
12. Fulgham, J. (2016). Homeopathy. Science-Based Medicine. Diakses pada
Disember 29, 2020, daripada https://sciencebasedmedicine.org/reference/
homeopathy/
13. Rieder, M. J., & Robinson, J. L. (2015). ‘Nosodes’ are no substitute for vaccines.
Paediatrics & Child Health, 20(4), 219–222. https://doi.org/10.1093/pch/20.4.219

97
TOPIK 9:
MENJAWAB TEORI-TEORI KONSPIRASI
YANG DIKAITKAN DENGAN VAKSIN

PETUA KONSULTASI BERKESAN


“Beri peluang kepada ibu bapa untuk meluahkan apa yang mereka
rasa, dengar pengalaman mereka berkenaan vaksin dan punca yang
menyebabkan mereka menolak vaksin. Biarkan ibu bapa berbicara dan
anda harus menjadi pendengar yang baik. Jangan membalas hujah
ibu bapa dengan data dan statistik semata-mata, sebaliknya kongsi
kepercayaan dan pengalaman anda sebagai ibu bapa yang memberi
vaksin kepada anak-anak anda.”

9.1 Sejarah Imunisasi: Bagaimana Semuanya


Bermula
429 BC
Thucydides daripada negara Greek
mendapati bahawa mereka yang
terselamat daripada smallpox tidak
akan mendapat jangkitan semula 900 AD

Orang Cina menemui


teknik variolasi
910 AD
Zakaria Al-Razi daripada Iran telah
mendokumenkan perubatan
smallpox yang pertama
1700s

Lady Mary Wortley Montagu


menyebarkan ilmu teknik variolasi
(inokulasi) ke dunia barat
1796
Edward Jenner
memperkenalkan asas kepada
vaksin moden

98
429 BC: Thucydides mendapati bahawa mereka yang terselamat daripada
smallpox tidak akan mendapat jangkitan semula1
• Sejarawan Greek, Thucydides sedar akan keadaan ini sewaktu wabak smallpox
melanda Athens.

900: Orang Cina menemui teknik variolasi1


• Orang Cina adalah yang pertama sekali menemui dan menggunakan teknik primitif
ini seawal kurun ke-10.
• Teknik ini digunakan untuk menghalang penyakit smallpox dengan mendedahkan
orang sihat kepada tisu daripada keruping penyakit ini.

910 AD: Zakaria Al-Razi - dokumen perubatan smallpox pertama2


• Beliau mendokumenkan bahawa penyakit smallpox dapat berjangkit dari seorang
ke orang lain.
• Penjelasannya berkenaan mengapa orang yang telah mendapat penyakit tersebut
tidak akan sakit buat kali kedua adalah teori pertama yang wujud berkenaan
acquired immunity (imuniti yang terbina/terbentuk setelah terdedah kepada
jangkitan).

1700s: Lady Mary Wortley Montagu menyebarkan ilmu teknik variolasi


(inokulasi) ke dunia barat1-4
• Teknik inokulasi untuk mencegah penyakit cacar bermula dalam peradaban Islam.
Ia diamalkan secara meluas pada zaman kerajaan Turki Uthmaniyyah.
• Lady Mary Wortley Montagu, isteri seorang duta British di Turki mengagumi teknik
variolasi (inokulasi) ini dan membawa idea ini pulang ke England.
• Sebelum datang ke Turki, Lady Mary dan keluarganya dijangkiti penyakit cacar
yang menyebabkan kematian adik kesayangannya. Beliau turut menderita penyakit
tersebut yang meninggalkan kesan parut di wajahnya.
• Setelah beberapa minggu tiba di Istanbul, beliau sangat kagum dengan amalan
inokulasi yang diamalkan di sana dan menulis prosedur tersebut kepada kawannya
yang berada di England.
• Sebelum pulang ke England, Lady Mary telah melakukan teknik ini kepada anak
lelakinya kerana beliau risau akan wabak cacar yang melanda dunia Eropah pada
ketika itu.
• Apabila wabak cacar sekali lagi melanda London pada tahun 1971, Lady Mary
melakukan teknik inokulasi ini terhadap anak perempuannya dihadapan ramai
termasuk tabib diraja.
• Teknik ini juga diuji ke atas banduan dan didapati berjaya mencegah cacar.
• Hal ini meyakinkan orang ramai dan akhirnya teknik ini digunakan ke atas keluarga
diraja.
99
1796: Edward Jenner memperkenalkan asas kepada vaksin moden1,5
• Beliau mendapati bahawa pemerah susu yang dijangkiti cowpox dilindungi dari
jangkitan smallpox yang teruk.
• Untuk menguji teori ini, beliau menyuntik cecair daripada nanah pemerah susu yang
dijangkiti cowpox ke atas seorang budak lelaki sihat.
• Hasilnya, budak tersebut tidak dijangkiti smallpox dan teorinya terbukti berjaya.

9.2 Teori Konspirasi


Terdapat pelbagai teori konspirasi yang sering disebarkan untuk mempengaruhi
orang ramai daripada menerima vaksinasi. Teori-teori ini kebanyakannya direka oleh
golongan penolak vaksin dan kebiasaannya adalah tidak berasaskan sebarang bukti.
Teori konspirasi yang sering menjadi perhatian adalah seperti berikut:

9.2.1 Benarkah Vaksin Suatu Konspirasi Big Pharma untuk Mendapat


Keuntungan Semata-mata?

Teori
• Syarikat-syarikat farmaseutikal dituduh menghasilkan vaksin tanpa mengira etika
dan nilai moral hanya untuk mengaut keuntungan daripada penyakit-penyakit
berjangkit yang boleh dicegah dengan vaksinasi.
• Mereka juga dituduh menghasilkan vaksin bagi penyakit yang mereka sendiri
wujudkan bagi tujuan yang sama.

Bagaimana untuk menjawab persoalan ibu bapa berkaitan teori ini:6


• Ia mengambil masa bertahun-tahun untuk Pendapatan daripada
jualan vaksin
menghasilkan sesuatu vaksin di mana proses yang
3.3%
terlibat adalah daripada fasa kajian praklinikal
sehinggalah ujian klinikal.
• Kajian saintifik juga telah banyak membuktikan Pendapatan lain
sektor farmaseutikal
bahawa vaksin adalah pencegah penyakit, bukan
96.7%
penyebabnya.
• Dianggarkan jumlah pasaran vaksin di seluruh dunia
hanyalah 3.3% dari keseluruhan pasaran industri
pasaran perubatan.
• Pendaftaran dan kemasukan vaksin ke dalam
pasaran adalah dikawal ketat di peringkat
antarabangsa dan tempatan.

100
9.2.2 Vaksin Agenda Yahudi?

Teori
Vaksin dikatakan sebagai alat ciptaan orang Yahudi untuk menjatuhkan umat
Islam. Terdapat pelbagai teori berkenaan isu ini seperti:
• Vaksin dapat memandulkan umat Islam
• Vaksin dihasilkan menggunakan bahan haram (babi) secara sengaja untuk
mengganggu umat Islam
• Vaksin dapat digunakan untuk membunuh umat Islam beramai-ramai dengan
cepat

Teori ini tidak berasas kerana:7


• Israel mempunyai jadual
vaksinasi kebangsaan sendiri
- sekiranya orang Yahudi ingin
melemahkan atau membunuh
orang Islam dengan vaksin,
sudah tentu mereka tidak akan
menggunakan vaksin juga.
• Bahkan, Program Imunisasi
Kebangsaan Israel melindungi
kanak-kanak daripada 15 jenis
penyakit, lebih banyak daripada
Program Imunisasi Kebangsaan
yang diberikan di Malaysia.
• Layari laman web Kementerian
Kesihatan Israel di sini untuk
melihat penyakit-penyakit
cegahan vaksin yang termasuk
dalam Program Imunisasi
Kebangsaan mereka:

https://www.health.gov.il/English/Topics/Pregnancy/Vaccination_of_infants/Pages/default.aspx

101
• Tokoh-tokoh Islam juga banyak memainkan peranan
dalam bidang vaksinasi, contohnya, Al-Razi, Ibn Sina dan
Ibn Khatima. Zakaria Al-Razi adalah orang pertama yang
mendokumentasi bahawa penyakit smallpox dapat
berjangkit daripada seorang kepada orang lain. 8

• Teknik inokulasi telah dijalankan


sejak zaman Turki Uthmaniyyah
lagi dan dibawa ke Eropah oleh
Lady Mary Montagu.1,4

9.2.3 Bill Gates Mahu Mengurangkan Populasi Dunia dengan Vaksin?

Teori
“Teori Depopulasi Bill Gates” melalui vaksinasi.
• Ketika menyampaikan TED Talk pada Februari 2010, Gates telah memberi
kenyataan berikut:

“First, we’ve got population. The world today has 6.8 billion people. That’s
headed up to about nine billion. Now, if we do a really great job on new
vaccines, health care, reproductive health services, we could lower that by,
perhaps, 10 or 15 percent, but there we see an increase of about 1.3.”

• Kenyataan ini telah disalah ertikan oleh orang ramai sebagai rancangan jahat
“New World Order” beliau untuk mengurangkan populasi dunia melalui vaksin
yang kononnya membunuh orang, bukan mencegah penyakit.

102
Bagaimana untuk menjawab persoalan ibu bapa berkaitan teori ini:9-10

• Maksud Bill Gates dalam kenyataan beliau adalah apabila sesebuah negara
mempunyai penjagaan kesihatan yang baik, program imunisasi yang lengkap serta
mempunyai pengetahuan dalam merancang keluarga, kadar kematian kanak-
kanak di negara tersebut adalah rendah.
• Bagi negara-negara yang mempunyai kadar kematian kanak-kanak yang rendah,
kadar kelahiran kanak-kanak di negara tersebut juga adalah rendah. Hal ini kerana,
jika ibu bapa mengetahui bahawa anak mereka akan hidup sehingga dewasa,
mereka akan mula mengurangkan saiz keluarga. Menurunkan kadar kelahiran tidak
bererti mengurangkan jumlah penduduk sedia ada.
• Mempunyai keluarga yang besar boleh menjadi satu masalah terutamanya di
negara-negara miskin.
• Tambahan, kenyataan yang dibuat oleh Bill Gates bukanlah untuk mengurangkan
populasi dunia sebanyak 10 hingga 15 peratus, sebaliknya adalah untuk
mengurangkan kadar pertumbuhan penduduk sebanyak 10 hingga 15 peratus
terutamanya di negara-negara miskin.
• Bill Gates adalah antara orang yang kuat menyokong vaksinasi, terutamanya melalui
yayasannya, Bill & Melinda Gates Foundation.
• Yayasan ini telah banyak menyumbang kepada tajaan imunisasi secara besar-
besaran terutamanya di Afrika.
• Penggunaan vaksin serta sistem penjagaan kesihatan yang baik dapat
menyelamatkan nyawa. Salah satu daripada sistem penjagaan kesihatan yang
baik adalah penjagaan kesihatan reproduktif yang berkesan untuk menurunkan
kadar kelahiran yang tidak diingini.

9.3 Teori Autisme oleh Andrew Wakefield


Teori
• Andrew Wakefield mengetengahkan teori bahawa vaksin MMR menyebabkan
autisme melalui artikelnya yang diterbitkan dalam jurnal The Lancet:11
• Mereka yang kuat menolak vaksin, menyokong data yang diterbitkan oleh
Andrew Wakefield. Ada yang mengatakan bahawa Dr Wakefield difitnah setelah
artikelnya ditarik semula daripada jurnal The Lancet.

103
Bagaimana untuk menjawab persoalan ibu bapa berkaitan teori ini:12

• Kajian Andrew Wakefield mendapat banyak liputan media dengan teori beliau “vaksin
MMR penyebab autisme”. Oleh yang demikian, banyak pihak telah menjalankan
kajian susulan dengan jumlah populasi yang lebih besar di mana ianya melibatkan
lebih satu juta kanak-kanak dari beberapa buah negara.13
• Hasil kajian susulan tersebut mendapati bahawa vaksin MMR tiada kaitan dengan
kejadian penyakit autisme.
• Di samping itu, 10 daripada 13 penyelidik bersama kajian Andrew Wakefield yang
diterbitkan di dalam jurnal The Lancet pada tahun 1998 telah menarik balik sokongan
mereka.
• Pada tahun 2010, British General Medical Council telah mendapati Andrew Wakefield
bersalah dalam melaporkan kajian beliau. Lesen perubatan dan artikelnya ditarik
semula daripada jurnal The Lancet.
• Pada tahun 2011, British Medical Journal (BMJ) menerbitkan beberapa siri artikel yang
menyimpulkan bahawa data dalam kajian oleh Andrew Wakefield pada tahun 1998
telah disalahtafsir atau diubah.

Berikut adalah 5 daripada lebih 20 kajian terkemuka yang tidak menemukan hubungkait
antara vaksin MMR dan autisme. Kajian-kajian ini dipilih kerana ianya menggambarkan
kepelbagaian kaedah yang digunakan di dalam kajian mereka.

104
KAJIAN Dapatan Kajian
Lack of Association
• Kajian ini mengkaji berkenaan hubungan antara autisme
between Measles
dengan pendedahan kepada RNA virus campak yang
Virus Vaccine
berterusan pada saluran gastrousus atau vaksin MMR.
and Autism with
• Kumpulan kajian terdiri daripada 25 kes (kumpulan
Enteropathy: A Case-
autisme/saluran gastrousus) dan 13 kawalan (kumpulan
Control Study14
kawalan saluran gastrousus)
• Kesimpulan: Kajian ini memberikan bukti kukuh bahawa
autisme tidak mempunyai kaitan dengan pendedahan
kepada RNA virus campak yang berterusan pada
saluran gastrousus atau vaksin MMR.

Age at First Measles-


• Mengkaji perbandingan usia pertama kali vaksin MMR
Mumps-Rubella
diberikan di antara kanak-kanak autisme dan kanak-
Vaccination in
kanak yang tidak mempunyai autisme.
Children with Autism
• Merupakan kajian berasas populasi ke atas kanak-kanak
and School-Matched
di metropolitan Atlanta. Kumpulan kajian terdiri daripada
Control Subjects: A
624 kanak-kanak autisme dan 1824 kumpulan kawalan.
Population-Based
• Kesimpulan: Perkadaran kanak-kanak dengan autisme
Study in Metropolitan
dan kanak-kanak kumpulan normal yang menerima
Atlanta15
vaksin pada usia yang disarankan (iaitu 18 bulan)
adalah sama dimana perkembangan atipikal biasanya
dikenali pada kanak-kanak dengan autisme (iaitu, 24
bulan). Kajian menunjukkan bahawa vaksin MMR bukan
penyebab autisme.

Immunization Safety
• Laporan kelapan dan terakhir daripada the Immunization
Review: Vaccines and
Safety Review Committee telah meneliti hipotesis
Autism16
berkenaan vaksin, khususnya vaksin MMR dan vaksin
lain yang mengandungi thimerosal menyebabkan
autisme.

105
KAJIAN Dapatan Kajian
Immunization Safety
• Laporan ini telah meyemak kajian-kajian epidemiologi
Review: Vaccines and
mengenai potensi mekanisme biologi dimana imunisasi
Autism16
penyebab autisme.
• Kesimpulan: Jawatankuasa menyimpulkan bahawa
bukti daripada kajian-kajian epidemiologi menolak
hubungan bersebab antara vaksin MMR dan vaksin lain
yang mengandungi thimerosal boleh menyebabkan
autisme.

A population-based
• Kajian ini mengkaji berkenaan vaksin MMR penyebab
study of measles,
autisme.
mumps, and rubella
• Merupakan kajian kohort retrospektif ke atas 537,303
vaccination and
kanak-kanak di Denmark.
autism17
• Kesimpulan: Kajian mendapati bahawa pemberian
vaksin MMR bukan menyebab autisme.

Autism and measles,


• Merupakan kajian epidemiologi berkenaan vaksin MMR
mumps, and
penyebab autisme.
rubella vaccine: no
• Kajian ini dijalankan ke atas 498 kanak-kanak yang
epidemiological
mengalami autisme di United Kingdom.
evidence for a causal
• Kesimpulan: Analisis kajian menyokong bahawa vaksin
association18
MMR bukan penyebab autisme.

9.4 Polio Belum Lenyap: Teori Suzanne Humphries


Teori
• Suzanne Humphries mengemukakan teori dalam bukunya dengan menyatakan
bahawa polio sebenarnya belum lenyap lagi kerana vaksin polio tidak berkesan.
• Beliau menyatakan bahawa vaksin polio tidak mengawal penyakit polio, ia hanya
ditukar istilah kepada acute flaccid paralysis (AFP).

Bagaimana untuk menjawab persoalan ibu bapa berkaitan teori ini:19-20

• AFP adalah sejenis sindrom yang boleh disebabkan oleh pelbagai punca, jangkitan
virus polio adalah salah satu darinya.

106
• Kes polio telah berkurang sebanyak 99% sejak Global Polio Eradication Initiative
(GPEI) dimulakan.
• Pemberian vaksin polio menyelamatkan lebih daripada 18 juta orang daripada
lumpuh.
• Selepas 27 tahun Malaysia bebas polio, kes polio telah berlaku di Sabah pada tahun
2019 dan 2020 akibat dari liputan imunisasi polio yang rendah dalam kalangan
kanak-kanak bukan warganegara. Kempen Imunisasi Polio Sabah yang dijalankan
pada tahun 2020 telah berjaya mengawal wabak polio dari terus menular.

9.5 Vaksin Polio Salk Membunuh


Teori
Vaksin polio yang dicipta oleh Jonas Salk adalah satu penipuan, tidak berkesan dan
akan membunuh kanak-kanak. Berikut adalah punca tercetusnya teori tersebut:28
• D. H. Miller menulis dalam karya anti-vaksinnya:
“Only God above will know how many thousands of little white coffins will
be used to bury the victims of Salk’s heinous, fraudulent vaccine.”
• Beberapa minggu sebelum fasa pengujian kebangsaan vaksin Salk,
Walter Winchell, penyampai berita American Broadcasting Company (ABC)
mengumumkan:
“Good evening, Mr. and Mrs. America and all the ships at sea! Attention,
everyone! In a few moments I will report on a new polio vaccine. It may be
a killer!”

Nota: Pengumuman Winchell menyebabkan ibu bapa bagi 150,000 kanak-kanak menarik diri daripada
pengujian vaksin tersebut.

Bagaimana untuk menjawab persoalan ibu bapa berkaitan teori ini:22-23

• Vaksin polio Salk terbukti berkesan:


» 60 - 70% terhadap PV1 (poliovirus jenis 1)
» Lebih 90% berkesan terhadap PV2 dan PV3
» 94% berkesan terhadap bulbar polio
• Di Amerika Syarikat, terdapat penurunan kes polio dari 35,000 pada 1953 hingga
5,600 pada 1957 selepas imunisasi besar-besaran dijalankan.
• Salk enggan mempaten vaksin polio yang diciptanya kerana berpendapat kesihatan
awam adalah tanggungjawab moral dan menyatakan vaksin polio ciptaannya
adalah milik semua.
107
• Dengan adanya vaksin polio, dunia telah diisytiharkan bebas virus polio liar (wild
polio virus) jenis 2 pada tahun 2015 dan jenis 3 pada tahun 2019.

Rujukan Topik 9:

1. Bushak, L. (2016, Mac 21). A brief history of vaccines: From Medieval Chinese
‘variolation’ to modern vaccination. Medical Daily. Diakses pada Mac 1, 2021,
daripada https://www.medicaldaily.com/history-vaccines-variolation-378738
2. Epidemics of the past: Smallpox. (2020). InfoPlease. Diakses pada Mac 1, 2021,
daripada https://www.infoplease.com/math-science/health/diseases/
epidemics-of-the-past-smallpox-12000-years-of-terror
3. Hager, T. (2019). How one daring woman introduced the idea of smallpox
inoculation to England. Time. Diakses pada Mac 2, 2021, daripada https://time.
com/5542895/mary-montagu-smallpox/#:%7E:text=The%20opposition%20
seemed%20only%20to,included%20the%20King%E2%80%99s%20
own%20physician.&text=When%20they%20all%20did%20well,run%20
on%20eleven%20London%20orphans
4. Dinc, G., & Ulman, Y. I. (2007). The introduction of variolation ‘A La Turca’ to the
West by Lady Mary Montagu and Turkey’s contribution to this. Vaccine, 25(21),
4261–4265. https://doi.org/10.1016/j.vaccine.2007.02.076
5. Barquet, N., & Domingo, P. (1997). Smallpox: the triumph over the most terrible of
the ministers of death. Annals of Internal Medicine, 127(8 Pt 1), 635–642. https://
doi.org/10.7326/0003-4819-127-8_part_1-199710150-00010
6. Vaccine profits from big pharma – let’s take a closer look at this trope. (2021).
Skeptical Raptor. Diakses pada Januari 11, 2021, daripada https://www.
skepticalraptor.com/skepticalraptorblog.php/the-myth-of-big-pharma-
vaccine-profits-updated/
7. Vaccines for babies and children. (t.t.). Ministry of Health State of Israel. Diakses
pada Januari 11, 2021, daripada https://www.health.gov.il/English/Topics/
Pregnancy/Vaccination_of_infants/Pages/default.aspx
8. Salih, N. K. M., & Yusoff, W. M. W. Microbe in Muslim scholars thinking. Research
Journal (IUKLRJ), 39.
9. Herper, M. (2011). With vaccines, Bill Gates changes the world again
Forbes. Diakses pada Mac 11, 2021, daripada https://www.forbes
com/sites/matthewherper/2011/11/02/the-second-coming-of-bill-
gates/?sh=4241acbd13fd
10. Swenson, A. (2021). Bill Gates never said ‘3 billion people need to die.’ AP
NEWS. Diakses pada Mac 11, 2021, daripada https://apnews.com/article/fact-
checking-afs:Content:9917566788
11. Wakefield, A. J., Murch, S. H., Anthony, A., Linnell, J., Casson, D. M., Malik, M.,
Berelowitz, M., Dhillon, A. P., Thomson, M. A., Harvey, P., Valentine, A., Davies, S.
E., & Walker-Smith, J. A. (1998). Ileal-lymphoid-nodular hyperplasia, non-specific

108
colitis, and pervasive developmental disorder in children. Lancet (London,
England), 351(9103), 637–641. https://doi.org/10.1016/s0140-6736(97)11096-0
[Retraction published Lancet. 2010 Feb 6;375(9713):445]
12. Andrew Wakefield: The fraud investigation. (t.t.). Brian Deer | Award-Winning
Investigations. Diakses pada Mac 2, 2021, daripada https://briandeer.com/
mmr/lancet-summary.htm
13. MMR vaccine does not cause autism examine the evidence! (t.t.). Immunization
Action Coalition. Diakses pada Januari 14, 2021, daripada https://www.
immunize.org/catg.d/p4026.pdf
14. Hornig, M., Briese, T., Buie, T., Bauman, M. L., Lauwers, G., Siemetzki, U., Hummel,
K., Rota, P. A., Bellini, W. J., O’Leary, J. J., Sheils, O., Alden, E., Pickering, L., & Lipkin, W.
I. (2008). Lack of association between measles virus vaccine and autism with
enteropathy: a case-control study. PloS One, 3(9), e3140. https://doi.org/10.1371/
journal.pone.0003140
15. DeStefano, F., Bhasin, T. K., Thompson, W. W., Yeargin-Allsopp, M., & Boyle, C.
(2004). Age at first measles-mumps-rubella vaccination in children with
autism and school-matched control subjects: a population-based study
in metropolitan atlanta. Pediatrics, 113(2), 259–266. https://doi.org/10.1542/
peds.113.2.259
16. Institute of Medicine (US) Immunization Safety Review Committee. (2004).
Immunization Safety Review: Vaccines and Autism. National Academies Press (US).
17. Madsen, K. M., Hviid, A., Vestergaard, M., Schendel, D., Wohlfahrt, J., Thorsen, P.,
Olsen, J., & Melbye, M. (2002). A population-based study of measles, mumps,
and rubella vaccination and autism. The New England journal of medicine,
347(19), 1477–1482. https://doi.org/10.1056/NEJMoa021134
18. Taylor, B., Miller, E., Farrington, C. P., Petropoulos, M. C., Favot-Mayaud, I., Li, J.,
& Waight, P. A. (1999). Autism and measles, mumps, and rubella vaccine: no
epidemiological evidence for a causal association. Lancet (London, England),
353(9169), 2026–2029. https://doi.org/10.1016/s0140-6736(99)01239-8
19. World Health Organization. (2017). 10 facts on polio eradication. Diakses pada
Januari 14, 2021, daripada https://www.who.int/news-room/photo-story/photo-
story-detail/10-facts-on-polio-eradication
20. World Health Organization. (2019). Poliomyelitis. Diakses pada Januari 24, 2021,
daripada https://www.who.int/news-room/fact-sheets/detail/poliomyelitis
21. Oxford University Press. (2015). Jonas Salk and the polio vaccination. OUPblog.
Diakses pada Januari 15, 2021, daripada https://blog.oup.com/2015/04/jonas-
salk-polio-vaccination/
22. Neumann D. A. (2004). Polio: its impact on the people of the United States and
the emerging profession of physical therapy. The Journal of Orthopaedic and
Sports Physical Therapy, 34(8), 479–492. https://doi.org/10.2519/jospt.2004.0301
23. Palmer, B. (2014). Jonas Salk: Good at virology, bad at economics. Slate
Magazine. Diakses pada Januari 15, 2021, daripada https://slate.com/
technology/2014/04/the-real-reasons-jonas-salk-didnt-patent-the-polio-
vaccine.html

109
TOPIK 10:
MERUNGKAI SALAH FAHAM IBU BAPA
MENGENAI SETIAP JENIS VAKSIN

Topik ini akan mengenengahkan isu salah faham ibu bapa mengenai setiap jenis vaksin
dan panduan untuk anda menjawab persoalan mereka.

10.1 Vaksin Polio

Isu
Sama seperti penyakit lain, kes polio telah berkurangan sebelum ciptaan Vaksin
Salk pada 1955 lagi.

Menjawab Persoalan Ibu Bapa1


• Kegunaan vaksin polio Sabin dan vaksin Salk telah mengurangkan kes-kes polio
diseluruh dunia sehingga hanya dua negara sahaja yang terdapat penularan polio.
Penularan virus polio liar (wild poliovirus) masih berlaku di Afghanistan dan Pakistan.

Isu
Insiden Cutter: Program vaksinasi polio di AS yang telah menyebabkan jangkitan
polio kepada 40,000 orang, 200 lumpuh kekal, 10 kematian.

Menjawab Persoalan Ibu Bapa2


• Insiden ini berlaku pada tahun 1955, dimana beberapa kelompok (batch) vaksin
yang diberikan kepada masyarakat mengandungi virus polio hidup. Vaksin tersebut
dihasilkan oleh sebuah syarikat iaitu Cutter Laboratories. Vaksin tersebut ditarik
serta merta apabila kes-kes polio dikesan.
• Insiden Cutter merupakan satu pengajaran penting dalam industri pembuatan dan
pengawalan vaksin, menyebabkan terciptanya satu sistem kawalan vaksin yang
lebih baik dan ketat. Insiden tersebut sudah pun di atasi dengan pembangunan dan
pemindahan teknologi moden dalam proses pembuatan vaksin.

110
Isu
Vaksin Polio mengandungi virus kanser SV40 dan virus AIDS.

Menjawab Persoalan Ibu Bapa3


• Pada tahun 1955 sehingga 1963, dianggarkan 10-30% vaksin polio yang diberikan
di AS tercemar dengan virus simian 40 (SV40). Virus ini berasal daripada sel ginjal
monyet yang digunakan untuk menghasilkan vaksin polio pada masa itu. Setelah
pencemaran dikenalpasti, kerajaan AS telah menetapkan bahawa semua vaksin
polio yang dihasilkan haruslah bebas daripada SV40.
• Oleh sebab kajian ke atas virus SV40 dilakukan pada model haiwan, terdapat
kerisauan dikalangan masyarakat virus tersebut boleh menyebabkan kanser
dikalangan manusia. Walau bagaimanapun, kajian-kajian yang telah dilaksanakan
menunjukkan bahawa virus SV40 tidak menyebabkan kanser.
• Vaksin yang dihasilkan kini tidak lagi mengandungi virus SV40.

Isu
Polio tidak mungkin boleh dibasmi dan ia telah dibuktikan oleh saintis belasan tahun
dahulu.

Menjawab Persoalan Ibu Bapa4-6


• Polio boleh dibasmi, seperti dibuktikan oleh Global Polio Eradication Initiative (GPEI)
yang dimulakan pada tahun 1988. Malaysia telah mula menggunakan vaksin
polio pada tahun 1972, dan kes polio terakhir berlaku pada 1992. Malaysia telah
diisytiharkan bebas polio pada tahun 2000.
• Malangnya, akibat liputan imunisasi yang rendah dalam kalangan bukan
warganegara, penularan virus polio dari Filipina telah melanda Sabah sehingga
berlakunya wabak polio pada tahun 2019 dan 2020. Kempen imunisasi polio kepada
semua kanak-kanak berumur bawah 13 tahun di seluruh Sabah telah berjaya
mengawal penularan jangkitan polio. Wabak polio ini juga telah diisytiharkan tamat
pada bulan September, 2021.

111
Isu
Polio dua kali ganda lebih ‘selamat’ berbanding satu penyakit yang seakan-akan
polio iaitu penyakit NPAFP (Non-Polio Acute Flaccid Paralysis).

Menjawab Persoalan Ibu Bapa


• Kedua-dua penyakit NPAFP dan polio boleh mengakibatkan kecacatan dan
kematian. Vaksin polio boleh mencegah penyakit polio.

Isu
Vaksin Polio yang masih diberikan kepada kanak-kanak di Peshawar, Pakistan
telah menyebabkan sekitar 700 dari mereka dikejarkan ke hospital kerana jatuh
sakit pada April 2019. Mereka mengalami mual dan muntah-muntah yang teruk.

Menjawab Persoalan Ibu Bapa7


• Laporan ini merupakan berita palsu. Gejala yang dilaporkan sebenarnya tidak
berlaku. Vaksin polio dari kelompok (batch) yang sama juga digunakan di kawasan
lain dan tiada sebarang kesan sampingan dilaporkan.

10.2 Vaksin Smallpox


Isu
Penyakit smallpox tidak pupus kerana vaksin, kerana ada sejarah dan bukti yang
menunjukkan sebaliknya.

Menjawab Persoalan Ibu Bapa8


• Kes terakhir jangkitan smallpox adalah di Somalia pada 1977. Pada 1980, WHO telah
mengisytiharkan dunia bebas dari jangkitan smallpox. Tanpa vaksin smallpox,
penyakit ini tidak mungkin dapat dibasmi di seluruh dunia.

112
Isu
Penarikan vaksin smallpox menyebabkan penurunan kes TB.

Menjawab Persoalan Ibu Bapa8-9


• Vaksin smallpox telah dihentikan penggunaannya setelah smallpox diisytiharkan
telah dibasmi di seluruh dunia pada tahun 1980.
• Penggunaan vaksin BCG (ditemui pada tahun 1921), saringan awal dan rawatan TB
yang digunakan secara meluas telah menyumbang kepada penurunan kes TB.

Isu
Anak Edward Jenner sendiri cacat otak dan mati akibat eksperimen vaksin smallpox
beliau.

Menjawab Persoalan Ibu Bapa10


• Kematian anak Edward Jenner berlaku akibat TB pada tahun 1810. Pada masa itu,
vaksin BCG masih belum ditemui. Ia tiada kena mengena dengan vaksin smallpox.

Isu
Satu buku yang ditulis pada 1889 bertajuk “45 years of Registration Statistics, Proving
Vaccination to be Both Useless and Dangerous”. Buku ini meliputi statistik sepanjang
45 tahun (1844-1889) tentang kegagalan vaksin termasuk peningkatan kes kematian
dan penyakit-penyakit lain bilamana darah telah diracuni vaksinasi. Buku ini juga
membincangan kesihatan orang-orang yang telah divaksin berbanding yang tidak
divaksin, dan berita buruk bagi yang divaksin iaitu lebih ramai daripada mereka yang
mati akibat penyakit seperti campak, beguk, smallpox dan difteria.

Menjawab Persoalan Ibu Bapa11


• Buku ini telah ditulis oleh Alfred Russell Wallace. Pada ketika itu, hujah beliau adalah
berdasarkan pemerhatian beliau tanpa bukti dari kajian saintifik. Masyarakat
perubatan moden kini telah melakukan pelbagai kajian yang membuktikan
keberkesanan dan keselamatan vaksin, sekaligus menolak pendapat Alfred Russell
Wallace ini.

113
Isu
Vaksin smallpox diperolehi daripada nanah dan darah dari luka pada lembu dan
kuda yang dijangkiti, dan seseorang. Inilah asal usul amalan vaksin moden.

Menjawab Persoalan Ibu Bapa12


• Pada 1796 teknik vaksinasi smallpox yang diperkenalkan oleh Edward Jenner telah
menggunakan nanah dan darah dari lembu yang dijangkiti cowpox.
• Namun, penghasilan vaksin smallpox secara moden tidak lagi menggunakan teknik
sedemikian. Ia dihasilkan di dalam makmal menggunakan teknik kultur sel dengan
kawalan kualiti yang ketat.

Isu
Penyakit smallpox ini berkaitan dengan kebersihan dan ianya tidak berjangkit.

Menjawab Persoalan Ibu Bapa13


• Penyakit smallpox berlaku akibat jangkitan virus smallpox, dan ianya boleh berjangkit
melalui sentuhan langsung dan titisan air liur yang tercemar.

Isu
Statistik penyakit smallpox semakin berkurang dan penyakit lain juga semakin
menurun hanya setelah masyarakat Barat mempunyai kesedaran terhadap
kebersihan dan pihak berkuasa memberi tumpuan kepada sistem pembentungan
dan rawatan air.

Menjawab Persoalan Ibu Bapa12


• Penyakit smallpox berkurang sehingga dapat dibasmi sepenuhnya susulan
penggunaan vaksin dan penjagaan kebersihan diri meningkat dan kebersihan
alam sekitar seperti sistem pengurusan najis dan rawatan bertambah baik. Namun,
pengawasan persekitaran sahaja tidak mencukupi. Tanpa vaksin, penyakit ini tidak
dapat dikawal dan dibasmi.

114
10.3 Vaksin Bacille Calmette-Guerin (BCG)
Isu
Terdapat banyak kesan sampingan vaksin BCG dan ianya tidak sesuai untuk diberikan
kepada bayi baru lahir. Antara kesan sampingan tersebut:
• Bengkakan merah kecil yang sakit muncul di tapak suntikan dan berubah menjadi
ulser yang meninggalkan parut ringan
• Pembesaran kalenjar limfa
• Kejutan atau anafilaksis
• Jangkitan osteitis (radang bahan tulang) atau osteomyelitis (radang tulang atau
sumsum tulang)

Menjawab Persoalan Ibu Bapa14


• BCG seharusnya diberikan kepada bayi yang baru lahir terutamanya di negara yang
masih tinggi insiden tuberkulosis. Ini bagi mengelakkan jangkitan serius kepada
bayi seperti tuberkulosis meningitis (jika terkena, 1 dari 2 akan berakhir dengan
kecacatan kekal dan 1 dari 5 akan meninggal dunia). Jangkitan tuberkulosis jenis ini
lebih kerap berlaku pada bayi berbanding orang dewasa.
• Bengkakan kecil selepas suntikan tersebut adalah satu kesan sampingan yang
dapat dijangka. Ia tidak membahayakan. Ia digelar tindakbalas reaktogenisiti yang
menunjukkan badan bayi sedang dirangsang untuk melawan kuman tuberkulosis.
• Jangkitan radang tulang selepas vaksinasi BCG amat jarang. Insidennya serendah
0.01 kes daripada 1 juta suntikan dan kematian akibatnya selalu berlaku jika vaksin
ini diberi kepada mereka yang mempunyai masalah kelemahan imuniti.

Isu
Malaysia tidak menyaring golongan yang tidak perlu dan tidak boleh menerima
imunisasi (ujian kulit dengan tuberkulin).

Menjawab Persoalan Ibu Bapa15


• Ujian tuberkulin hanya dijalankan ke atas individu yang terdedah dengan risiko
jangkitan TB seperti kanak-kanak yang tinggal bersama pesakit TB.
• Vaksin BCG pula melindungi kesemua kanak-kanak ini daripada jangkitan TB yang
serius.

115
10.4 Vaksin Hepatitis B

Isu
Hepatitis B adalah penyakit bawaan seksual, darah dan bendalir badan. Kenapa
dimasukkan ke dalam Jadual Imunisasi Kebangsaan dan diberi kepada semua
bayi selepas kelahiran, dan juga semasa 1 dan 6 bulan (bermakna 3 dos)? Adakah
bayi-bayi ini berisiko mendapat penyakit hepatitis B?

Menjawab Persoalan Ibu Bapa16


• Ibu yang membawa hepatitis B boleh menjangkiti anak mereka semasa kelahiran.
Imunisasi hepatitis B masa kelahiran mengurangkan jangkitan daripada ibu kepada
anak.
• Virus hepatitis B lebih mudah berjangkit berbanding virus HIV. Selain hubungan
seksual, ia juga boleh berjangkit melalui luka atau membran mukosa yang terdedah
kepada virus ini. Virus ini boleh hidup di permukaan selama 7 hari lamanya.
• Vaksin ini diberikan kepada bayi kerana jangkitan pada bayi adalah lebih merbahaya.
Jika dijangkiti sebelum berusia 1 tahun, 90% akan menjadi pembawa kronik dan
berisiko menghidap kanser hati.

Isu
Golongan berisiko tinggi tidak dipaksa tapi bayi yang berisiko rendah dipaksa
mengambil imunisasi.

Menjawab Persoalan Ibu Bapa17


• Pengambilan vaksin di Malaysia adalah secara sukarela. Namun, kerajaan memberi
subsidi melalui Program Imunisasi Kebangsaan (termasuk vaksin hepatitis B) kepada
kanak-kanak kerana mereka ini lebih berisiko mendapat komplikasi sekiranya
dijangkiti. Bagi sesetengah penyakit seperti COVID-19 di mana golongan yang paling
berisiko tinggi untuk maut atau sakit teruk adalah dikalangan orang dewasa pula,
maka prioriti vaksinasi diberikan kepada orang dewasa.

116
Isu
Hepatitis B tersebar melalui cecair badan, bukan udara; tiada kena mengena dengan
herd immunity.

Menjawab Persoalan Ibu Bapa18


• Pemberian vaksin hepatitis B lebih bertujuan untuk melindungi individu, berlainan
dengan vaksin lain seperti campak, beguk, rubela dan COVID-19 yang memberi
perlindungan kelompok (herd immunity). Oleh sebab itu, semua bayi perlu mengambil
vaksin Hepatitis B.
• Pemberian vaksin hepatitis B dalam tempoh 24 jam selepas kelahiran (dos kelahiran)
adalah 90% berkesan untuk mencegah jangkitan hepatitis B dari ibu yang dijangkiti
hepatitis B kepada anaknya semasa proses kelahiran.

Isu
Program imunisasi sepatutnya menyasarkan golongan berisiko tinggi, bukan bayi.
Keberkesanan program vaksinasi tidak dicapai melalui cara ini.

Menjawab Persoalan Ibu Bapa19


• Vaksinasi hepatitis B semasa lahir mengurangkan pembawa hepatitis B, seterusnya
akan mengurangkan jangkitan hepatitis B dan juga kes-kes kanser hepar/hati.
• Selepas pengenalan vaksin ini di Malaysia pada tahun 1989, insiden hepatitis B
menurun dengan mendadak.

Isu
Tiada ujian alahan kepada bayi yang menerima vaksin ini (ujian ke atas yis).

Menjawab Persoalan Ibu Bapa20


• Alahan teruk kepada vaksin hepatitis B berlaku pada kadar 1 kes dalam 600,000
dos. Namun, alahan ini tidak disebabkan oleh alahan kepada yis.

117
Isu
Bayi mengalami sakit kuning dan penyakit lain kerana vaksin ini diberikan kepada
bayi dalam masa 24 jam selepas kelahiran

Menjawab Persoalan Ibu Bapa21


• Penyakit kuning pada bayi (neonatal jaundice) adalah disebabkan pertukaran sel
darah merah bayi bagi menyesuaikan kehidupan bayi yang asalnya di dalam rahim
dan kini dilahirkan ke dunia. Pertukaran ini menyebabkan sel darah merah bayi
pecah dan menghasilkan pigmen bilirubin yang mengakibatkan kuning pada kulit.
Tanpa vaksinasi, keadaan ini tetap akan terjadi.
• Oleh yang demikian, pemberian vaksin hepatitis B semasa kelahiran tiada kena
mengena dengan demam kuning.

Isu
Ada pengilang vaksin yang menggunakan aluminium dan thiomersal untuk
menghasilkan vaksin hepatitis B.

Menjawab Persoalan Ibu Bapa22


• Aluminium digunakan sebagai adjuvan atau bahan penguat bagi memastikan
vaksin itu berkesan. Disebabkan kita tidak menggunakan virus hidup, adjuvan
diperlukan bagi memastikan sistem imuniti kita berjaya menghasilkan antibodi
terhadap kuman.
• Thiomersal digunakan sebagai pengawet dalam vaksin. Ia digunakan dalam vaksin
multidose vial (banyak suntikan dalam satu botol). Namun, vaksin jenis ini tidak lagi
digunakan kepada bayi kita. Kita hanya menggunakan single dose vial sekarang
untuk vaksin kepada bayi. Single dose vial ini tidak mengandungi thiomersal.

118
Isu
Kaedah yang lebih masuk akal adalah membuat ujian hepatitis B kepada ibu
mengandung, jika positif barulah diberikan vaksin kepada anak seperti saranan
Centers for Disease Control and Prevention (CDC).

Menjawab Persoalan Ibu Bapa23


• Ini boleh dilakukan jika berkemampuan. Dikalangan populasi Asia, kadar pembawa
hepatitis B adalah tinggi. Oleh yang demikian, suntikan vaksin hepatitis B semasa
lahir adalah lebih berkesan. Terdapat banyak negara-negara lain yang memberi
vaksin hepatitis B kepada orang dewasa.

10.5 Vaksin Demam Campak


Isu
Jangkitan campak secara semula jadi lebih baik daripada menerima vaksinasi.
Kanak-kanak yang dijangkiti boleh menangani campak dengan cara biasa dan
memperoleh imuniti dalam jangka masa yang panjang.

Menjawab Persoalan Ibu Bapa24


• Tanpa vaksinasi, 1 dari 5 orang kanak-kanak yang dijangkiti campak memerlukan
rawatan di dalam hospital.
• 1 dari 20 orang kanak-kanak yang dijangkiti campak akan mendapat jangkitan
paru-paru, yang merupakan punca utama kematian akibat campak.
• 1 dari 1000 kanak-kanak yang dijangkiti campak akan mendapat radang kepada
tisu otak yang berpotensi menyebabkan kecacatan kekal. Risiko ini berterusan
7-10 tahun selepas kanak-kanak itu pulih daripada jangkitan campak. Keadaan ini
dipanggil subacute sclerosing panencephalitis (SSPE).

Isu
Bukankah demam campak adalah sesuatu yang normal pada umur kanak-kanak?
Kadar kematian dan cacat kekal disebabkan oleh campak adalah kecil sebelum
vaksin diperkenalkan lagi.

Menjawab Persoalan Ibu Bapa25


• Tiada data yang menunjukkan kadar kematian dan cacat kekal akibat campak
adalah kecil sebelum vaksin diperkenalkan.

119
Isu
Bukankah ianya sesuatu yang mustahil untuk membasmi demam campak?

Menjawab Persoalan Ibu Bapa26


• Jika transmisi virus campak dapat dibendung dan 95% komuniti diberi vaksin MMR
yang mencukupi, campak boleh dibasmi seperti juga dengan smallpox dahulu dan
polio pada masa kini. Itu adalah sasaran WHO dan KKM.

10.6 Vaksin MMR

Isu
Suntikan MMR diberikan terlalu awal (9 bulan) menyebabkan ianya kurang efektif
dan memerlukan bayi divaksin kali kedua pula selepas atau pada umur 12 bulan.

Menjawab Persoalan Ibu Bapa27


• Ini benar. Vaksin MMR yang diberikan pada usia 9 bulan memerlukan dua dos lagi.
Hal ini kerana dos pada umur 9 bulan sahaja tidak mencukupi untuk keberkesanan
yang optimum. Oleh yang demikian, pemberian vaksin MR di sekolah perlu diteruskan.
• Suntikan vaksin MMR boleh diberi seawal 6 bulan. Namun, pemberian yang terlalu
awal menyebabkan imuniti tidak tahan lama kerana interaksi dengan antibodi yang
didapati dari darah ibu sewaktu dalam kandungan. Oleh sebab itu, pemberian pada
9 bulan perlu diulang pada 12 bulan bagi memastikan imuniti bertahan lebih lama.
• Namun yang demikian, vaksinasi pada usia 9 bulan amat diperlukan kerana pada
waktu ini bayi terdedah kepada jangkitan campak kerana antibodi yang diperolehi
daripada ibu sudah semakin menurun.

120
Isu
Kandungan vaksin MMR adalah virus hidup dan mengandungi banyak bahan kimia.

Menjawab Persoalan Ibu Bapa28


• Vaksin MMR mengandungi virus hidup yang telah dilemahkan, dan bahan kimia
yang bertujuan untuk mengekalkan kestabilan dan keberkesanan vaksin. Kesemua
bahan kimia ini telah terbukti selamat untuk digunakan dalam vaksin.

Isu
• Tidak berbaloi mengambil vaksin kerana terdapat banyak kesan sampingan
semata-mata untuk mencegah penyakit biasa kanak-kanak termasuk campak,
beguk dan rubela.
• Campak, beguk dan rubela penyakit biasa kanak-kanak dan tidak berbahaya.

Menjawab Persoalan Ibu Bapa29


• Kesemua penyakit ini mempunyai risiko komplikasi yang lebih tinggi, termasuk
kematian. Risiko ini adalah lebih tinggi berbanding risiko AEFI serius yang berlaku
kurang dari 1%.
• Antara komplikasi penyakit beguk (mumps) adalah orchitis (bengkak testis), pekak,
meningitis (bengkak selaput sarah tunjang) dan encephalitis (bengkak otak).
• Antara komplikasi penyakit campak (measles) pula termasuk otitis media (jangkitan
telinga tengah), cirit-birit dan muntah yang boleh menyebabkan dehidrasi
(kekeringan), jangkitan paru-paru dan jangkitan dalam otak.
• Bagi rubela pula, apabila wanita yang tiada imuniti terhadap rubela mendapat
jangkitan rubela semasa mengandung, komplikasi terhadap bayi dalam kandungan
boleh berlaku seperti keguguran atau kecacatan organ bayi (termasuk cacat
pendengaran atau cacat organ seperti jantung dan mata).

121
Isu
Jepun tidak membenarkan vaksin MMR sejak tahun 1993 kerana kesan sampingan
dan 3 kematian dilaporkan (Jepun memberi semula vaksin MMR pada tahun 1999).

Menjawab Persoalan Ibu Bapa30


• Pemberhentian vaksinasi wajib MMR pada tahun 1993 di Jepun adalah kerana
khabar angin vaksin tersebut meningkatkan insiden aseptic meningitis. Namun,
mereka mendapati insiden penyakit tersebut adalah lebih tinggi dalam kalangan
mereka yang tidak menerima vaksin MMR. Maka, vaksin tersebut dimasukkan
semula dalam jadual imunisasi mereka.
• Walau bagaimanapun, akibat pemberhentian tersebut, berlaku kelompongan
imuniti kelompok (herd immunity) yang menyebabkan berlaku jangkitan rubela
pada generasi tertentu.

10.7 Vaksin MR
Isu
Penghasilan vaksin MR daripada sumber yang haram (babi) dan sel janin bayi
sebagai tapak pembiakan virus.

Menjawab Persoalan Ibu Bapa31


• Penggunaan sel haiwan atau embrio sebagai tapak pembiakan virus difatwakan
harus oleh kebanyakan badan fatwa di seluruh dunia. Sel ini tidak dimasukkan
secara langsung ke dalam vaksin. Produk akhir vaksin adalah bebas daripada sel
khinzir atau sel janin bayi.

122
Isu
Penggunaan Human Diploid Cell (HDC) yang diperolehi daripada janin bayi yang
digugurkan dalam hampir kesemua vaksin untuk penyakit campak dan rubela
juga sepatutnya mempunyai implikasi besar kepada undang-undang serta etika. Ia
melibatkan pengguguran lebih 70 janin.

Menjawab Persoalan Ibu Bapa32


• Pengguguran ini berlaku lebih dari 50 tahun dahulu. Ia juga dilakukan dengan
persetujuan ibu bapa. Sehingga kini, sel dari janin yang sama digunakan dalam
proses awal penghasilan vaksin. Sejak itu, tiada lagi sebarang pengguguran janin
dilakukan untuk penghasilan vaksin.

10.8 Vaksin HPV


Isu
Tiada ujian saringan sebelum vaksinasi.

Menjawab Persoalan Ibu Bapa


• Ujian saringan dilakukan sekiranya ada indikasi. Ujian saringan alahan sebelum
pemberian vaksin adalah tidak praktikal kerana risiko alahan kepada vaksin adalah
amat rendah.

Isu
Vaksin HPV tidak memberi perlindungan kepada semua yang menerima vaksin ini.

Menjawab Persoalan Ibu Bapa33-34


• Vaksin HPV hanya melindungi serotip HPV yang terkandung dalam vaksin.
• Keberkesanan vaksin Cervarix adalah 91% manakala vaksin Gardasil adalah
sehingga 98%, dan bukan 100%.

123
Isu
Vaksin HPV sepatutnya perlu diberikan hanya untuk mereka yang aktif secara
seksual sahaja.

Menjawab Persoalan Ibu Bapa35


• Vaksin ini perlu diberi sebelum sesorang individu aktif secara seksual, bagi memberi
perlindungan yang optima.

Isu
Vaksin HPV tidak melindungi daripada kesemua strain HPV. Penerima vaksin masih
berpotensi untuk mendapat kanser serviks.

Menjawab Persoalan Ibu Bapa35


• Vaksin HPV Cervarix hanya melindungi terhadap serotip HPV 16 dan 18, manakala
vaksin Gardasil melindungi terhadap serotip 6, 11, 16 dan 18. Serotip HPV ini adalah
yang penyebab utama kanser pangkal rahim.

Isu
Tiada bukti HPV penyebab kanser serviks.

Menjawab Persoalan Ibu Bapa36


• 91% daripada kanser serviks disebabkan oleh jangkitan virus HPV.

Isu
Saringan pap smear/ujian HPV DNA lebih berkesan berbanding pemberian vaksin
HPV.

Menjawab Persoalan Ibu Bapa37


• Ujian pap smear dan ujian HPV DNA adalah ujian saringan untuk mengenalpasti
jangkitan HPV. Manakala vaksin HPV pula bertujuan untuk mencejah jangkitan
HPV. Gabungan kedua-duanya berkesan untuk menangani kanser pangkal rahim
(serviks).

124
10.9 Vaksin Pneumokokal
Isu
Bayi berpotensi mendapat penyakit Kawasaki dan komplikasi penyakit lain akibat
vaksin ini.

Menjawab Persoalan Ibu Bapa38


• Data daripada Sistem Pelaporan Kesan Sampingan Vaksin Amerika Syarikat (VAERS),
menunjukkan peningkatan kes penyakit Kawasaki selepas pemberian vaksin
pneumokokal PCV 13. Namun setelah dikaji, tiada hubungkait statistik bahawa vaksin
PCV-13 menyebabkan penyakit ini.
• Bermakna, peningkatan penyakit Kawasaki selepas pemberian vaksin PCV-13 ini
berlaku secara kebetulan. Penyakit Kawasaki juga boleh berlaku di kalangan kanak-
kanak yang tidak mengambil vaksin PCV-13.

Isu
Kes di AS, 3 orang adik beradik kembar menjadi autistik pada hari yang sama selepas
menerima vaksin pneumokokal.

Menjawab Persoalan Ibu Bapa


• Autisma berlaku dikalangan keluarga dan sebabnya adalah pelbagai

125
Rujukan Topik 10:

1. Global Polio Eradication Initiative. (t.t.). Endemic countries. Diakses pada Mac
21, 2021, daripada https://polioeradication.org/where-we-work/polio-endemic-
countries/
2. Centers for Disease Control and Prevention. (2020). Historical vaccine safety
concerns - Cutter incident - 1955. Diakses pada April 4, 2021, daripada https://
www.cdc.gov/vaccinesafety/concerns/concerns-history.html
3. Centers for Disease Control and Prevention. (2020). Historical vaccine safety
concerns - Simian Virus 40 (SV 40) - 1955-1963. Diakses pada April 4, 2021,
daripada https://www.cdc.gov/vaccinesafety/concerns/concerns-history.html
4. Global Polio Eradication Initiative. (t.t.). History of polio. Diakses pada Mac 21,
2021, daripada https://polioeradication.org/polio-today/history-of-polio/
5. Polio. (t.t.). Info Sihat | Bahagian Pendidikan Kesihatan Kementerian Kesihatan
Malaysia. Diakses pada Mac 21, 2021, daripada https://www.infosihat.gov.my/
polio.html
6. WHO isytihar wabak polio di Malaysia tamat - Khairy. (2021, Nov 9). BERNAMA.
https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2002283
7. Press Trust of India. (2019). Students fall sick after being administered polio
drops in Pakistan. NDTV.Com. Diakses pada Mac 21, 2021, daripada https://
www.ndtv.com/world-news/students-fall-sick-after-being-administered-polio-
drops-inpakistan-parents-ransack-health-centre-2026984
8. Centers for Disease Control and Prevention. (2017). Smallpox. Diakses pada
Mac 21, 2021, daripada https://www.cdc.gov/smallpox/index.html
9. July 18: 90 years of tuberculosis vaccination. (t.t.). The History of Vaccines.
Diakses pada Mac 21, 2021, daripada https://www.historyofvaccines.org/
content/blog/july-18-90-years-tuberculosis-vaccination
10. Riedel S. (2005). Edward Jenner and the history of smallpox and vaccination.
Proceedings (Baylor University. Medical Center), 18(1), 21–25. https://doi.org/10.10
80/08998280.2005.11928028
11. Fichman, M., & Keelan, J. E. (2007). Resister’s logic: the anti-vaccination
arguments of Alfred Russel Wallace and their role in the debates over
compulsory vaccination in England, 1870-1907. Studies in history and
philosophy of biological and biomedical sciences, 38(3), 585–607. https://doi.
org/10.1016/j.shpsc.2007.06.006
12. Centers for Disease Control and Prevention. (2021). History of smallpox. Diakses
pada Mac 21, 2021, daripada https://www.cdc.gov/smallpox/history/history.
html
13. Centers for Disease Control and Prevention. (2016). Transmission | Smallpox.
Diakses pada Mac 21, 2021, daripada https://www.cdc.gov/smallpox/
transmission/index.html

126
14. U.S. Food and Drug Administration. (2018). BCG vaccine. Diakses pada Februari
15, 2021, daripada https://www.fda.gov/vaccines-blood-biologics/vaccines/
bcg-vaccine
15. Centers for Disease Control and Prevention. (2016). Tuberculosis (TB)- What to do
if you have been exposed to TB. Diakses pada Mac 21, 2021, daripada https://
www.cdc.gov/tb/topic/basics/exposed.htm
16. Schillie, S., Vellozzi, C., Reingold, A., Harris, A., Haber, P., Ward, J. W., & Nelson,
N. P. (2018). Prevention of hepatitis B virus infection in the United States:
Recommendations of the advisory committee on immunization practices.
Centers for Disease Control and Prevention. Diakses pada Februari 15, 2021
daripada https://www.cdc.gov/mmwr/volumes/67/rr/rr6701a1.htm
17. Kementerian Kesihatan Malaysia. (2017). Hepatitis B bagi kanak-kanak. PORTAL
MyHEALTH. Diakses pada Mac 21, 2021, daripada http://www.myhealth.gov.my/
hepatitis-b-bagi-kanak-kanak/
18. Centers for Disease Control and Prevention. (2021). Pinkbook: Hepatitis B.
Diakses pada Mac 21, 2021, daripada https://www.cdc.gov/vaccines/pubs/
pinkbook/hepb.html
19. Raihan R. (2016). Hepatitis in Malaysia: Past, present, and future. Euroasian
Journal of Hepato-gastroenterology, 6(1), 52–55. https://doi.org/10.5005/
jpjournals-10018-1167
20. Offit, P. A. (2018). Vaccine ingredients – yeast. Children’s Hospital of Philadelphia.
Diakses pada Mac 21, 2021, daripada https://www.chop.edu/centersprograms/
vaccine-education-center/vaccine-ingredients/yeast
21. NHS website. (2018). Newborn jaundice. Nhs.Uk. Diakses pada Mac 21,
2021, daripada https://www.nhs.uk/conditions/jaundice-newborn/
causes/#:%7E:text=Jaundice%20is%20common%20in%20
newborn,removing%20it%20from%20the%20blood
22. Centers for Disease Control and Prevention. (2020). Adjuvants and
vaccines | vaccine safety. Diakses pada Mac 21, 2021, daripada
https://www.cdc.gov/vaccinesafety/concerns/adjuvants.
html#:%7E:text=Aluminum%2Dcontaining%20adjuvants%20are%20
vaccine,air%2C%20food%2C%20and%20water
23. Seladi-Schulman, J., PhD. (2021). What to know about hepatitis B in the asian
community. Healthline. Diakses pada Mac 21, 2021, daripada https://www.
healthline.com/health/infection/hepatitis-b-asian#what-can-be-done
24. Centers for Disease Control and Prevention. (2020). Complications of measles.
Diakses pada Februari 16, 2021, daripada https://www.cdc.gov/measles/
symptoms/complications.html
25. Centers for Disease Control and Prevention. (2020). History of measles. Diakses
pada Mac 21, 2021, daripada https://www.cdc.gov/measles/about/history.html
26. Desai, A. N., & Majumder, M. S. (2020). What Is Herd Immunity? JAMA, 324(20),
2113. https://doi.org/10.1001/jama.2020.20895

127
27. Reviews suggest first measles vaccination typically best after 9 months
of age. (2019). Center for Infectious Disease Research and Policy. Diakses
pada Mac 21, 2021, daripada https://www.cidrap.umn.edu/news-
perspective/2019/09/reviews-suggest-first-measles-vaccination-typically-
best-after-9-months-age
28. Centers for Disease Control and Prevention. (2021). Measles, mumps, and
rubella (MMR) vaccination. Diakses pada Mac 21, 2021, daripada https://www.
cdc.gov/vaccines/vpd/mmr/public/index.html
29. Centers for Disease Control and Prevention. (2020). Measles, mumps, rubella
(MMR) vaccine. Diakses pada Mac 21, 2021, daripada https://www.cdc.gov/
vaccinesafety/vaccines/mmr-vaccine.html
30. Uchiyama, T., Kurosawa, M., & Inaba, Y. (2007). MMR-vaccine and regression
in autism spectrum disorders: negative results presented from Japan. Journal
of Autism and Developmental Disorders, 37(2), 210–217. https://doi.org/10.1007/
s10803-006-0157-3
31. Noor, U. M. M. (2019). Bayan linnas siri ke-167: Kewajiban mengambil vaksin
mengikut jadual imunisasi kebangsaan daripada perspektif Islam. Pejabat
Mufti Wilayah Persekutuan. Diakses pada Mac 21, 2021, daripada https://
muftiwp.gov.my/artikel/bayan-linnas/3129-bayan-linnas-siri-ke-166-kewajiban-
mengambil-vaksin-mengikut-jadual-imunisasi-kebangsaan-daripada-
perspektif-islam
32. Vatican statement on vaccines derived from aborted human fetuses. (2005).
Immunization Action Coalition. Diakses pada Mac 21, 2021, daripada https://
www.immunize.org/talking-about-vaccines/vaticandocument.htm
33. Efficacy of GARDASIL®9 (human papillomavirus 9-valent vaccine, recombinant).
(2021). MerckVaccines.Com. Diakses pada Mac 21, 2021, daripada https://www.
merckvaccines.com/gardasil9/efficacy/
34. Harper, D. M., & DeMars, L. R. (2017). HPV vaccines - A review of the first
decade. Gynecologic oncology, 146(1), 196–204. https://doi.org/10.1016/j.
ygyno.2017.04.004
35. National Institutes of Health. (2021). Human papillomavirus (HPV) vaccines.
National Cancer Institute. Diakses pada Mac 21, 2021, daripada https://www.
cancer.gov/about-cancer/causes-prevention/risk/infectious-agents/hpv-
vaccine-fact-sheet
36. Centers for Disease Control and Prevention. (2020). How many cancers are
linked with HPV each year? Diakses pada Mac 21, 2021, daripada https://www.
cdc.gov/cancer/hpv/statistics/cases.htm
37. World Health Organization. (2020). Human papillomavirus (HPV) and cervical
cancer. Diakses pada Mac 21, 2021, daripada https://www.who.int/news-room/
fact-sheets/detail/human-papillomavirus-(hpv)-and-cervical-cancer
38. Baker, M. A., Baer, B., Kulldorff, M., Zichittella, L., Reindel, R., DeLuccia, S., Lipowicz,
H., Freitas, K., Jin, R., & Yih, W. K. (2019). Kawasaki disease and 13-valent
pneumococcal conjugate vaccination among young children: A self-controlled
risk interval and cohort study with null results. PLoS medicine, 16(7), e1002844.

128
TOPIK 11:
TATACARA SELEPAS KONSULTASI JIKA
IBU BAPA MASIH MENOLAK VAKSIN

11.1 Bagaimana Sekiranya Ibu Bapa Masih Menolak


Vaksin?

Sekiranya ibu bapa masih menolak vaksin selepas anda cuba


meyakinkan mereka sepanjang proses perbincangan, strategi
berikut adalah disarankan:1

1. Jangan berputus asa dan sambung perbincangan


pada janji temu yang seterusnya. Terus beri
keyakinan yang kuat kepada mereka berkenaan
manfaat vaksin dan imunisasi.
2. Beri gambaran kepada ibu bapa berkenaan dengan
gejala-gejala klinikal bagi penyakit-penyakit cegahan
vaksin termasuklah gejala awal.
3. Beri peringatan kepada ibu bapa tentang komplikasi teruk
yang mungkin dihadapi sekiranya anak-anak yang tidak
divaksin dijangkiti penyakit bahaya yang boleh dicegah
dengan vaksin seperti measles. Antara komplikasi adalah
seperti radang paru-paru, radang selaput otak (encephalitis),
kecacatan kekal dan kematian.
4. Kongsikan bahan-bahan pendidikan berkaitan yang memberi
penerangan kepada ibu bapa berkenaan risiko dan
tanggungjawab mereka, jika mereka masih menolak vaksin.
5. Minta ibu bapa untuk menandatangani borang penolakan
vaksin, setiap kali ibu bapa enggan untuk memberikan vaksin kepada anak mereka,
supaya anda mempunyai rekod penolakan ibu bapa di dalam laporan perubatan
anak mereka.2

129
11.2 Menutup Sesi Rundingan dengan Baik
Anda harus ingat bahawa kejayaan itu datang dalam pelbagai bentuk. Ia mungkin
dalam bentuk dimana anda berjaya meyakinkan ibu bapa untuk menerima semua
vaksin yang dicadangkan, atau mereka bersetuju untuk tukar kepada penjadualan
semula mengikut keperluan.

Bagi ibu bapa yang menolak vaksin, kejayaan adalah apabila anda berjaya
membuatkan mereka lebih terbuka untuk perbincangan akan datang. Yakinkan ibu
bapa untuk bersetuju dengan tindakan di bawah:

1. Menjadualkan janji temu imunisasi yang lain


2. Galakkan ibu bapa untuk membaca bahan pendidikan berkaitan vaksin dan
imunisasi (FAQ)

Sekali ibu bapa menolak vaksin, tidak menjamin mereka


akan menolak vaksin selamanya. Sentiasa mengingatkan
ibu bapa tentang kepentingan vaksin dan implikasi jika tidak
mengambil vaksin. Sentiasa bersedia membuka peluang untuk
perbincangan dengan ibu bapa. Hormati juga pendirian dan
kekangan mereka.

Jadual Imunisasi Kebangsaan

Program Imunisasi Kebangsaan atau juga dikenali sebagai National Immunisation


Programme (NIP) yang telah dilaksanakan di Malaysia semenjak tahun 1950-an
bertujuan untuk melindungi kanak-kanak daripada penyakit cegahan vaksin serta
mengurangkan morbiditi dan mortaliti akibat penyakit cegahan vaksin sehingga
penyakit tersebut tidak lagi menjadi masaalah kesihatan awam.

130
Jadual Imunisasi Kebangsaan
Bagi Bayi dan Kanak-kanak
Umur (Bulan) Tahun
Vaksin
0 1 2 3 4 5 6 8 9 12 15 18 21 7 13 15
BCG (Bacille
Calmette- D1
Guerin)

Hepatitis B D1

DTap-IPV-HepB-
D1 D2 D3 B
Hib

Pneumokokal D1 D2 B

Campak D1
(Measles)

MMR (Measles,
Mumps & D1 D2
Rubella)

MR (Measles
B
& Rubella)

DT (Diphtheria
B
& Tetanus)

D1
HPV (Human
papillomavirus) D2

Tetanus B

JE (Japanese D1 D2
encephalitis)

Dos Utama Dos Penggalak

131
Vaksin Fungsi

BCG (Bacille
Calmette- Vaksin yang memberi perlindungan terhadap tuberkulosis
Guerin)

Hepatitis B Mencegah penyakit hepatitis B

DTap-IPV-HepB- Kombinasi vaksin yang memberi perlindungan terhadap


difteria, tetanus, pertusis, polio, hepatitis B & Haemophilus
Hib influenzae type B

Vaksin ini memberi perlindungan daripada jangkitan


Pneumokokal
bakteria Streptococcus pneumoniae (pneumokokal)

Campak Vaksin yang memberi perlindungan terhadap campak dan


(Measles) hanya diberikan di Sabah

MMR (Measles,
Vaksin yang memberi perlindungan terhadap campak,
Mumps &
beguk & rubela
Rubella)

Vaksin yang memberi perlindungan terhadap campak &


MR (Measles
rubela. Diberikan kepada kanak-kanak yang lahir sebelum
& Rubella)
Julai 2015

DT (Diphtheria Dos penggalak yang memberi perlindungan terhadap


& Tetanus) difteria & tetanus

Vaksin ini hanya disediakan untuk remaja perempuan


HPV (Human
berumur 13 tahun dan diberikan 2 dos berasingan di dalam
papillomavirus)
tempoh 6 bulan

Tetanus Mencegah penyakit kancing gigi

Vaksin ini memberikan perlindungan daripada penyakit JE


JE (Japanese
yang disebarkan kepada manusia melalui gigitan nyamuk
encephalitis)
dan hanya diberikan di Sarawak

132
Rujukan Topik 11:

1. Centers for Disease Control and Prevention. (2018). Talking with parents about
vaccines for infants. Diakses pada Januari 18, 2021, daripada https://www.cdc.
gov/vaccines/hcp/conversations/talking-with-parents.html
2. Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga. Sektor Kesihatan Kanak-
kanak. (2017). Panduan program imunisasi kebangsaan bayi dan kanak-kanak.
Kementerian Kesihatan Malaysia.

133
Rujuk sumber maklumat yang autoritatif dan sahih:

Malaysia Immunise4Life
Portal MyHEALTH, Kementerian https://www.immunise4life.my/
Kesihatan Malaysia
http://www.myhealth.gov.my/category/bayi-
dan-kanak-kanak/bayi-imunisasi/

Bahagian Pembangunan Kesihatan


Keluarga
http://fh.moh.gov.my/v3/index.php/pages/
orang-awam/kesihatan-kanak-kanak

Lain-lain
Muslim Heritage Immunization Action Coalition (IAC)
https://muslimheritage.com/category/ https://www.immunize.org/
science/medicine/
U.S. Dept. of Health and Human
Centers for Disease Control and Services (HHS)
Prevention (CDC) https://www.hhs.gov/programs/
https://www.cdc.gov/vaccines/ prevention-and-wellness/vaccines-and-
immunizations/index.html
World Health Organization (WHO)
https://www.who.int/health-topics/ Vaccinate Your Family
vaccines-and-immunization#tab=tab_1 https://vaccinateyourfamily.org/

American Academy of Pediatrics (AAP) Vaxopedia


https://www.aap.org/en-us/advocacy- https://vaxopedia.org/
and-policy/aap-health-initiatives/
immunizations/Pages/Immunizations- Voices for Vaccines (VFV)
home.aspx https://www.voicesforvaccines.org/

History of Vaccines
https://www.historyofvaccines.org/
timeline/all

134
135
Ministry of Health Malaysia

Buku ini disediakan oleh


Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, Kementerian Kesihatan Malaysia
dengan kerjasama Immunise4Life dan Vaccination Is Protection

ISBN 978-967-19800-0-2

9 7 8 9 6 7 1 9 8 0 0 0 2

You might also like